August 26, 2011

Aidilfitri 1432h

Dah ramai org start balik kampong dah..

Aku nak ambik kesempatan ni utk mintak maaf zahir dan batin, dari hujung rambut sampai hujung kaki atas semua kesilapan, kesalahan, kebusukkan (hehe) aku kat korang yg pernah bace blog aku ni. Mungkin penah kata2 aku yg menyinggung stengah2 pihak, secare sengaje atau tak, aku insan lemah. kdg2 sakit hati terlebih2 tapi aku cepat kool down. Aku pon dah maafkan semua orang.



Untuk hari raya tahun ini, tipu la kalau aku ckp aku tak mengharap good news itu, kalau ada leh la atleast jawap soalan org like "Insyallah, mcm ada..doa kan laa" instead of jawap "Lom ada lagi"

..aku masih mengharap dan  mengharap, lebih2 lagi HPTs yang suka bagi harapan mase mule2, then hilang begitu sahaja. Aku dah byk kali terkena false hope dgn hpTs ni. jadi aku takot sgt.

BBT aku elevated semalam, naik ke 36.88c dari 36.58c, aku takot kalau ape yg aku rase ni cume perasaan aku je n aku takot kalau ape yg aku tgk tuh mata aku je yg main2.

aku memberanikan diri buat hpt 2 hari lepas, both of them are faint positive. FAINT, whereas, could be vanished bila2 mase esok..aku doa sgt it will get darker. BUT if not, erm kena beli lagi la FertilAid ni tapi kene gak jumpe doc utk induce period. sbb dah nak abis dah fertilaid tu. aku stop makan jap sbb dlm tu dia kate kalau ade rase mcm tande2 pregnant, stop skejap until period or confirm tak pregnant. Dari isnin aritu dah la cramp terok gila, then selasa sampai harini aku loye nak muntah. perot taksedap. sbb puase kot. eh tattau.

Oh by the way, kawan saya Nana pregnant lagi, congratulations, dah nak masuk no 2 dah dia. Aku rase kwn2 aku yg beriye subor sgt ni Aini, Hana dan Nana. masing2 serentak satu satu dpt. Murah rezeki diorg tu.

Tapi rezeki aku pun murah gak, tang lain la. Tak murah rezeki kat anak, murah rezeki kat job, kat family, kawan2..semua ini rezeki jugak kan. rezeki tu bukan semata2 duit dan anak sahaje. mempunyai kawan yang ramai jugak rezeki. mempunyai keluarga sendiri dan keluarga mertua yg best lagi sporting dan penyayang, pun rezeki. Mempunyai kenderaan dan kerja yg stabil juga rezeki, mempunyai bos yg baik hati dan sporting juga rezeki, akhir skali, mempunyai suami yang sgt sayang aku dan rumahtangga yg bahagia juga rezeki.

21 Aug 2011 haritu, aku dan AKAR shah alam pegi buat lawatan ke Rumah Jagaan OKU & Warga Tua NUR, dekat titiwangsa. nanti aku pos gambar. sape tak INSAF pegi situ mmg gila. SEBAK gile, melihat org2 tua yang semuanya MASIH ada anak, ada yg anak 4 anak 5, tapi kenape letak mak diorg kat situ?

Kadang aku terfikir, its better not having children at all than to have children who cannot take care of you when u get old. Or sick. KENAPA letak mak korang kat situ????? Entah2 mak tu mase nak dapat korang punye llaa susah gila. skali keluar dah besar gi boh kat situ. sh*t

Sedih la weh. Lepas raya ni kami plan nak pegi lagi. Sebab rumah tu mcm takde siapa yg peduli. tak mcm rumah anak2 yatim yg famous skang ni, atau rumah org tua2 yang owned by well-known management, mewah diorg tu. Tapi rumah yang aku pegi haritu, Ya Allah...semue brg makan dkt dapur diorg ade yg dah busuk, sayur2 semue dah lecor, makanan2 byk yg dah expired (diorg kata rumah yatim lain yg bagi, bila dah expired diorg campak ke rumah tu) Tapi disebabkan itu je yang ada, expired pun diorg makan. Baju yg kami bagi semua, diorg menerima dgn wajah yg sangat gembira. Baju yg diorg pakai pun alahai, sedih weh.

Expenses sebulan diorg dlm lebih kurang 6800, utk pampers, utk ubat2, utk susu org tua tu semua, dan lain2. You can go to

http://devidalildevil.blogspot.com/2011/08/captain-malaysia-of-flyfm-at-rumah-oku.html

http://devidalildevil.blogspot.com/2011/05/mengunjungi-pusat-jagaan-oku-nur.html

http://devidalildevil.blogspot.com/2011/05/need-help-pusat-jagaan-titian-oku-nur.html

Bantu lah diorg, kesian sgt. Info semua leh google and leh check fb, search Pusat Jagaan OKU Nur. Blogger atas ni pernah pegi ke rumah org tua ni, then dia ajak Fly.Fm pegi skali. kami ni antara group yg ke 3-4 yg dtg ke ruman tu sejak dibuka 2009.

Sumbangkan lah berapa2 yang korang mampu utk diorg, kita ni sbenanye MEWAH dan should be thankful, diorg tu lagi sedih. yg OKU, mak dah takde, ade yg mak letak kat situ sbb dah taknak jage,...isk...OKU mental kebanyakkannya. nampak normal, tapi mental diorg masalah. kdg2 leh ngamok2, kdg2 ok, kdg2 senyap...Bantu lah dirog weh..

Semalam, lepas jemaah maghrib dgn laki aku, kitorg baca yassin, tibe2 die ckp "Sebelum baca, mintak dengan Allah nak mintak ape2, mintak skang"

aku tanye soalan sengal "dalam hati ke ape?"

"ye laaa"

Die mcm tau yg aku sgt anxious nak tau kenape aku asik taklarat je this week. mcm tau je yg aku harap ade janin yg lekat bulan ni..huhu..

Selamat Hari Raya all..

7 comments:

  1. insyaAllah moga Allah permudahkan,,,

    ReplyDelete
  2. btw, confrim balik raya ni aku order la fertilieaid tu. tak tangguh2 lagik. hahahaha

    ReplyDelete
  3. omg, aku doakan lekat la. dan the faint line shall be darker day by day. eh, ko pegi la check doc.

    confrim kan cepat. aiseh.

    tp, tipu kalo kate aku tak jeles. waaa.. tak pe, takpe, pasnih turn aku plak. aminnn

    ReplyDelete
  4. the line didnt get darker. u dont have to be jeles. hahaa...

    ReplyDelete
  5. hi jay. i'm khairiah. aishah hijriah's friend. me pun dulu buat pantauan BBT. for about 2 months. plus dgn fertility test kit tu. me makan EPO + vitamin E. tapi dalam masa yg sama, me macam tak confident dgn semua ni. cuma me usahakan juga. to be honest...suddenly rezeki sampai. oh btw, before that..me bykkan baca surah waqiah & kalau ada sesiapa pegi mekah, me minta diorang doakan me. spesifik my name (my request). alhamdulillah...after 2 months guna BBT, 2 of my friends specifically doakan me kat mekah..there it is...double line. alhamdulillah. it's so miracle sbb me agak down sikit dgn kondisi me yang cuma ada sebelah tiub fallopio je ni. so for you jay, insyallah...will doa for you. yakin dengan kuasa Dia ok.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah!..so happy to hear that, ak ah Aishah ada citer about u, sebab dia ckp u ada join one group kat fb yg sama, she told me that u tried 3 years eh? bole cite tak ape lagi yg u have tried..do u have a blog?
    i know EPO & vit E, and dah telan berbotol2 EPO since i got married, fortunately i have no side effects bila makan EPO, ada org sampai pening2 or loya2...tapi sbb dah taklarat nak beli hehehe, and EPO cannot help my major problem, i mean it can help but it only can help to give quality cervical mucus, but cannot regulate my period/ovulation :( 3 bulan makan, 3 bulan period takkan dtg.... :( tahun ni ade makan gak tapi dah habis may haritu..belom beli lagi stok baru....but i appreciate that u are sharing anyway :D thank u!

    ReplyDelete
  7. ha'ah. me mcm putus asa after operation walaupun doktor kata me boleh preggy lagi. bout 3 years la after operation. kondisi emosi jangan ckp la esp kalau kena keluar socializing dgn kawan2 hubby. sedara mara. even kdg2 dgn mak mertua pun boleh sentap walau she didn't mean it. yup. EPO tu memang help me a lot in cervical mucus. sebab me had problems with it & tak boleh nak trace bila my fertility period. stress giler masa tu. lain org lain efeknya maybe. satu lagi yg me buat is always try to be +ve with what HE had determine for me. me selalu cari kebaikan dgn apa yg Dia beri..like tak payah bangun malam2 bagi susu anak, boleh tgk wayang dgn hubby tgh2 malam, makan kat luar tak payah gilir2. hahaha..i knew its bad. tapi thats my way to control my emotional + mental. me pernah tak tetap period after operation, doctor kata sepatutnya my period dah tetap..then dia suruh me control my emotion + mental & not too stress. no worry jay. as far as i concern, PCOS & irregular period/ovulation ada penawar dia. will update u more ok. oh btw, after maghrib..try amalkan baca surah waqiah ok. me ada blog. http://umyraepisode.blogspot.com/

    ReplyDelete