September 29, 2011

Yasmin

Nak tanya, if anyone of you have tried Yasmin? the bcp or The Pill. i know you cant get pregnant while on bcp but some gynaes, prescribed us with bcp to jump start our period. like last year, so-called-gynae in Klinik Umra gave me DIANE35. yg menyebabkan kegemokkan aku skg ni. tahun lepas gak, aku emo terok, marah semue org yg pregnant, kucing pregnant pun kena curse gak dgn aku.

bila aku tukar doc, (Dr Delaila) prescribed me with Norethisterone or NE plak.

beza 2 ni, Diane35 tu mmg birth control. pil perancang. mmg takkan pregnant punye (1%) chance je pregnant kalau ambik. period pun normal every month (masa ambik)

aku, bila stop diane, period takdtg dah. Bila jumpe dr delaila, dia ckp dia takfaham kenape gynae yg sebelum ni bagi aku DIANE35. (different doctors, different chaos kot) huh..

Norethisterone/NE plak, bukan birth control, cuma dia act to Delay period. contoh:

1. untuk org yg nak honeymoon, tibe2 tarikh nak gi honeymoon tu dah dkt dengan waktu patut period dtg, then NE boleh delay period tu if taken atleast dlm seminggu ke 2 3 hari sebelum due period kot. selagi kite on NE tu, period delay. but after stopping, period kite immedietely dtg after 4-7 days.  NE ni tugasnya, menebalkan rahim kita (NE ada progesterone) so we all know progesterone akan tebalkan rahim, up to only certain stage, and can hold it that way, until kita stop NE tu. Then our uterus lining nipis balik, and shred, so kite period lah.

2. Selain delay period, dia boleh jump start a period. Kalau terus ambik, rahim kite terus menebal, sampai satu tahap bile kite stop ambik, kite period. im sure about this sbb with BBT, my temps will be elevated right after taking only 1 tablet.

3. Untuk stop bleeding yg melampau (atas sebab hormon tak terator dan sebagainya) - Aku pernah. Sebab masa so-called-gynae kat klinik UMRA tu pegi bg injection yg TIDAK sepatutnya, (please refer to my previous2 entry for this story) aku bleeding/period sampai SEBULAN, dan senggugut for SEBULAN. bila aku jumpa dr delaila, dia bagi NE ni and kena makan SAMPAI bleeding stop. bila dah stop pun, kena habiskan. aku xingat dlm brape hari aku kene telan NE tu. 3minggu lebih gak. Lepas stop, aku period balik after 2weeks, normal period. natural period.

YASMIN



So which one should i take? Diane35 mmg tobat aku xnak ambik lagi. Ive read somewhere yg Diane35 ni mmg elok utk PCOS sebab dia balance kan balik hormon, tapi MAYBE untuk orang yg system badan dia taksame dgn bangsa badan aku. Sebab orang2 itu lepas stop Diane35, period dia dtg mcm biase kalau die tak pregnant, tapi aku tidak! Jadi Diane35 MUNGKIN menjadi salah satu faktor, period aku TEROS tak dtg kalau tak makan ape2 PILL. mungkin otak aku sangka, takde ape2 trigger dia utk send SIGNALS, jadi dia tido je.

adek2 iparku yg active on Birth Control.

1. Kak Lang - ambik diane for 2years, after stopping them, she got pregnant. AFTER beranak, anak dia dah 2tahun skang n die ckp die susah gila nak pregnant balik even though period die mmg regular.

2. Kak Chik - ambik yasmin for almost 3years - to regulate period sebab dia lagi teruk dari aku, 6bulan skali je period. Dah tu die dapat period pun mase form 5. Dia kawin setahun lepas aku, and mase nak kawin pun dia still ON YASMIN sebab dia nak regular kan period, siap gitau husband dia "awak jangan espek dapat anak cepat ye sbb saye makan pil perancang ni, mmg takkan mengandung..saye kene betulkan period saye dulu"

Kuasa Allah, she got pregnant while ON YASMIN. (eh mcm nak taip ON YASMIN dan hantarkan ke 32999) hahaha...

So i researched. (eh panjang lagi ke citer aku ni, suke ati korang la nak continue bace ke tak)

i thought Diane & Yasmin is the same thing, brand name je lain. rupenye, chemical content die beza sket. Diane35 is with CYPROTERONE ACETATE + ETHINYLESTRADIOL . Yasmin is with DROSPIRENONE+ETHINYLESTRADIOL

ENTAH aku pon takbrape nak paham tapi kalau google dan bace dengan muka penuh berkerut, boleh paham la sket2.
aku tattau and aku tak pasti, aku just assume, kenape Diane35 tu sgt horrible utk aku dulu. Cyproterone blabla tu sbenanye utk hilangkan simptom 'classic' PCOS iaitu facial hair, jerawat yg byk dan lain2, masalahnye aku takde tu semua. aku cume ada ovary yg polycystic yg menghalang aku utk ovulate n period. So sebab tu mgkin, DIANE35 tu tak sesuai.

jadi YASMIN ni pulak, bile aku google YASMIN+METFORMIN, (aku saja guess) taksangka ramai gynae prescribed YASMIN combine with METFORMIN utk PCOS.

aku siap jumpe kak cik untuk tanya dia psl yasmin ni. dia ckp alhamdulillah skang mmg period regular, tapi syaratnye mmg kena ambik straight for 3-6months. lepas tu tgk mcm mana lps 3 bulan. kalau lepas stop pill tu, 2minggu tak period, maksudnya tak sesuai lah tu. or hormon belum regular. continue taking it for another 3month. Skang dah ada anak and die breastfeed, die tak ambik dah yasmin, so period die jap ade jap takde sebab BF kan, but still dia dah boleh period without any meds. anak dia skang dah dekat setahun dah.

aku tau tak semue org body system dia sama. aku just try, and guess what, aku beli YASMIN without prescription. selamba kodok je aku buat semua ni. aku bli kat farmasi. 2 kotak lak tu. mgkin aku dah tattau ape yg perlu difikirkan.

ape yg perlu nak buat lagi. aku buat assumption base on my research yg ikot sukeati aku je.

aku tak refer lansong dgn doc. aku tau Dr Delaila wont approve BCP pills to jump start a period. masalahnye NE tu pon doesnt do any good for me. its not for PCOS. Yasmin is for PCOS. kat US+UK ramai gynae bagi patient diorg.

eh tetibe aku terlebeh pandai dari doc plak.

lebih 3 org yg aku kenal, got pregnant after stopping yasmin. tapi ade seorang kawan aku ini, lepas stop yasmin, tak dtg2 terus period. ade gak yg aku baca kat forum2, susah nak pregnant lepas stop yasmin. so mmg semua org tak sama. jadi utk tau apekah effect nye kat aku, kita CER-CUBA.

tattau, aku dah letih kot. biar aku jadi doctor utk badan sendri. aku dah research betol2 psl YASMIN combine with metformin ni. nanti aku post next entry apekah yg aku jumpa.

PEHAL panjang sgt citer aku. heheheh



Sarcastic pic. I imagined having lots of eggs in my fridge, tapi semuanya kecik2 dan busuk. mcm mana nak goreng?

September 14, 2011

Bali 2011



Haritu ada mention nak gi bali kan? patot kitorg gi raya ke-4 tu tapi takjadi sebab memandangkan umi ada kursus isnin (5hb) tu, so pospon to 16th-18th Sept ni. Jadi kami sekeluarga berEnam akan holiday, release tensen sket kat sana. Adik aku nak PMR tahun ni, bapak aku mcm saje la nak bwk dia release tension b4 exam kononnya. (aku dulu takdpt pun! lagi dia soh aku dlm bilik kot!) hehehehe..



Dulu dah gi honeymoon kat bali, sebelom honeymoon tu pun dah penah gi Bali (company trip), tapi kali ni tak sama sbb bapak aku sponser hehehehehehe ok la kan! Kami akan dok Hotel Paradiso Hotel. (aku jakun sket-pasal hotel ni 5star) weeeee!



Pegi 3 Hari jek, jadi la..harap boleh la rilex betol2 kat sana nanti..Doakan kami selamat pergi dan balik k

:)



JAY
(still, AF hasnt came)
Xtau nak update menda, saje letak gambar2 lama.

September 13, 2011

Dacing.

Sebenarnye, idup kita ni balance.
Kalau semua orang senang pregnant, mesti takde org nak kisah pasal anak2 yatim. Kan? Kalau semue budak ada makbapak, kesian jugak kat orang yg takde anak tu. sebab tu ada orang, makbapaknye diambil oleh Allah. Dan ada setengah orang, susah dapat anak, takde masalah pun, takboleh mengandung jugak. Jadi orang2 ini akan 'rescue' anak2 yang perlukan makbapak itu.

Jadi 2 kategori manusia ini, complete each other.

Nak tau, aku kira berapa ramai orang keliling aku atau orang yg aku penah rapat/kenal yang kawin dekat2 dgn aku atau lepas aku yang dah mengandung, dan yang masih belum ada anak. BALANCE jumlahnya.

Married, with kids.
 
1. aini/wawi (married july 2008)
- Now with 2 kids (adam & adra)
2. hana/khairul (married oct 2008)
- Now with 2kids (maryam & zahra)
3. balqis/own (married oct 2008)
- Now with 2kids (luqman & qaseh)
4. kak dayang/abgawie (cousin) (married nov 2008)
- Now with 2 kids (abd aziz & dayang amirah)
5. nana/nazwan (married dec 2008)
- Now with 1 kid (nadhim), expecting another one soon.
6. hidd/adi (married jan 2009)
- Now with 1 kid (umar arjuna)
7. iezah/moqh (married june 2009)
- Now with 1 kid (zikry) and expecting another one soon.
8. ida/halim (married june 2009)
- Now with 1 kid (syed ashraf)
9. kakcik/kamal (married jan 2010)
- (Now with 1 kid (ismah khalisha)
10.kecik/wan (ex-dorm mate & colleague) (married feb 2010)
- Now with 1 kid (zahratul)
11.zurina/aremie (married june 2010)
- Now with 1 kid (firash)
12.arni/anas (married nov 2010)
- Expecting in September 2011
13.amalia/shahrul (cousin) (married dec 2010)
New born this sept: Adam

Married, no kids/preggies yet.

1. shana & jidin (married 2006)
2.rina (ex-client) (married march 2008)
3.erin (ex client) (married nov 2008)
4.fynn jamal (married 2008)
5.me (married jan 2009)
6.paktam & nurul (married april 2009)
7.nazee (married aug 2009)
8.farniem (married dec 2009)
9.fida (colleague) (married dec 2009)
10.emy suraya (exskoolmate) (married dec 2009)
11.wani ardy (married sept 2010)
12.k.nazirah (married dec 2010)
13.meli (married dec 2010)

Total for Both: 13

Entry sedapkan ati

:)

September 10, 2011

TGIF

Habbatus-Sauda

 



Semalam, saya beli serbuk Habbatus-Sauda dekat MyDin, tattau kenapa tergerak nak beli. baru 3kali je minum, mak oi, pahit gila..naik kembang la tekak ni..rupenye aku bodo tak letak gula. kene letak gula rupenye. hehehe!

aku tgh research psl Habbatus-Sauda ni pulak. nama saintifik dia NIGELLA SATIVA. Memang diantara alternative herbs untuk kesuburan, untuk betulkan period (Zzz....), untuk banyakkan susu ibu, untuk seksual suami isteri, dan sbgnya.

Dah balik rumah baru aku perasan kat depan botol HabbatusSauda ni, ada gamba ustaz faveret aku, Ust. Ismail Kamus. hehe! Ini produk dia rupanya. Takpelah, kita tawakal ye.

SABDA RASULULLAH (SAW) :

Dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)

---

BBT 

Today, im on Cycle Day 78. korang pernah? sampai cycle day 78? 78 hari since my LAST period. huuuuuu.....



Terok gila BBT mcm nih! sampai skrin ni kene scroll banyak2 sampai ke kanan!

In case anyone of u wondering, what's a NORMAL, good BBT looks like. Probably if anyone of you who have normal cycle, if you track your BBT, it will look like this. 

its like this:

[this woman ovulates on CD 15, got her period on Day 30., temp will drop]

If you have NORMAL cycle, and PREGNANT, your BBT will look like this:

[This woman ovulated on CD 14, missed her period on CD 29, did a HPT, and Positive, she did a Beta test the next day, and positive. so her temp stays Up]

IF, YOU ARE A PCOS sufferer, then your temp will look like Rocky Mountains:



LIKE MINE! but this woman took Progesterone pills (like NE or provera, etc) on CD 32 (i assumed that she wanted to induce her period)
so at CD 43, she got her period. if i took progesterone pills, my temp will be UP too, and will drop once period is about to come.

Maksudnya My brain, reproductive system, hormones, semua tak betol! sewel, tak balance!

Next week, kite pegi jumpe Dr Delaila je lah k.  See what happen. Kali ni aku nak mintak dia print kan ultrasound aku tu, nnt aku paste kat sini k? Ya Allah, dah leh bayangkan encik PCOS tu makin terok...mesti dah berbiji2 dan berketol2, dah crowded gile dekat both ovaries aku ni. :-|

Im sorry, ovaries. EH ovaries aku yg kene sorry kat aku patutnya! hoh! :P

Owh! By The way la kan, if anyone of you belum join DREAM MOTHERS group kat FB, please search kat fb "dream mothers" lepastu join the group k! boleh kita share experience masing2 :)

Happy weekend,

Jay
Cycle Day Seventy EIGHT.

September 7, 2011

Congratulate me, now

Congratulate me, that i am

1. already 2 years,8 months and 4days MARRIED

2.  already 2 years and 6 months 4days, TTC - masih tabah and enjoy the journey!

all i want is a 'congratulations'

like semua org suka bila dpt twit, dpt up status fb, yg iM pregnant! lepastu semua org balas congratulations! alhamdulillah!
like semua org suka bila dpt twit, dpt up status fb, yg Im now a mummy! dan up gambar new born babies mereka.

eh x lame lagi je dah 3 tahun!

arwah mama nak mengandungkan aku tunggu 3 tahun 5bulan. they got married in Nov 1979, dan aku lahir pada 3 jan 1984, jadi aku buat calculation, die mengandungkan aku lepas 3 tahun 5 bulan or 6bulan. i was due at Dec 30, 1983 actually. tapi aku tak keluar2. tibe2 3rd Jan 1984 mak aku sakit tibe2, sampai kat klinik bersalin taksempat baring, nurse kata "dah nampak kepala!!" (taksabo beno aku nak tgk dunia time tu?)

arwah mama baring je, die push skali je aku teros kuar. Wah, senang mak aku bersalinkan aku. tunggu 4tahun, tapi beranak senang. ada org mengandung teros lepas kawin, nak branak sampai 2hari kat wad pun tak bukak2 jalan lagi, kena induce, c-zer dan sbgnya. tapi ada gak org yg sng mengandung, sng beranak.

Rezeki masing2.

Oh and if after 3 years and 5 months im still not pregnant, then i will get major help. IUI, GONAL-F, watsoever. watsoever that is possible to be done.

What happens to FertilAid?

Tattau weh, tak period pun?

September 6, 2011

Blog theme

I'll be changing blog themes from time to time. sebab saya busan.

September 5, 2011

RAYA stories

Sepatutnya aku citer psl raya dulu kan? hehehe

Well, my RAYA this year, alhamdulillah, dapat jumpe semua saudara-mara, dan atok saya, yg sihat walafiat even dia dah 84 tahun..(she's my mother's mother) byk tempat gak kami beraya this year, dan kami balik naik Alphard (yg bapak aku sewa) sebab adektiri aku ikut raya skali. jadi kami ber-Enam, mula2 ke

1. Tangkak
2. Bkt Kangkar, Muar
3. Kluang (tido satu malam)

then buleh jumpe kwn saya HANA plak kat hotel tu, kami ni dimana2 pun berjodoh, bilik pun satu floor, leh layan sembang depan bilik plak. hehe!

4. JB (tido satu malam)
5. Kota Tinggi
6. Pontian
7. Tangkak balik, then terus balik Shah Alam.

Happy, jumpe semua org. Mcm biasa soalan2 yg telah dijangka akan ditanya oleh pakciks dan makciks, aku patut nak plan jawap mcm bawah ni yg aku pernah tulis tu..tapi Allah kurniakan aku dgn idea baru by the time diorg tanya tu. aku tibe2 jawap "Rilek dulu!! Biar org lain beranak dulu...nanti kalau semue org beranak skang, tahun2 depan takde baby baru plak..tak best kan!"

aku ckp mcm tu sbb kazen aku ada 2 org yg due this raya. ada yg due awal syawal, ada yg hujung syawal. yg due hujung syawal tu dah bersalin (dalam kereta) 2hb Sept aritu. Sangat Drama. Tapi baby dia lahir dalam kereta, dan dia sambut sendri baby dia. Congrats Kak lin! Tunggu lama utk 2nd baby ni...4-5thn i guess, akhirnya keluar baby boy yg sgt bertuah :D hehehe, lahir pulak hari jumaat....alhamdulillah.. Yg due awal syawal tu pun dah bersalin 1 hari lepas kazen aku yg bersalin dlm kereta tu. oh dia bersalin normal. bukan dlm kereta gak. hehehe.

Back to soalan2 mereka, aku berjaya jawap dgn rasa tak salah dgn diri sendri, dan berjaya jawap dgn tiada rasa sakit di hati. WAH gitu. masa kat kluang, kene lagi..

"jihan...TAKDE LAGI KE? BABY??"

Allahuakbar..mengapakah kamu ini semua??

aku jawap "eh, biar anak orglain besar dulu nnt baru kite branak....nnt semue org tgk anak kite sorg je...hehe"

then org yg bertanya tu gelak je. (worth it ke ko tanya aku astu aku jwp mcm tu tah?) Alhamdulillah Allah kasi aku idea begini. Allah saves my heart!

Masa kat Kota Tinggi, makcik aku pegang perut aku, dan berkata "Ini? Dah Ada?"

aku tattau kenapa aku jawap "entah ada kot?"

"IYA KEEE???"

"Mana la tau kan, kot2 dah ada tapi tak perasan ke kan?"

"Mudah-mudahan..aminn" makcik aku jawap gitu. Ha kan ke elok tu? Happy plak aku dpt jawap benda yg tidak menyakitkan hati aku sikit pun. i feel happy! kalau ckp takde, mcm doa jadi takde je kan. kalau ckp ada, dia leh jadi doa mcm ada kan! kata2 tu kan doa..

so korang semua, pinjam je ayat aku atas ni. ckp je "Tah dah ada kot? nnt saya cek esok." People will keep their mouth shut after that.

kalau ko ckp belom ada org akan tanye tanye tanye, sebok tanye ada check ke tak? ade gi urut ke tak? suggest makan jamu la suggest makan vitamin la...surprisingly ada yg penah suggest "tah2 suami awak masalah tak?"

blueghhh

takkan la aku kene ckp "awak ni bodoh ke?" to each questions yg pernah diajukan kat aku? haih..

Masa kat JB,

Aku bagi duit raya kat atok aku, atok aku kata

"alhamdulillah, mudah2an jihan murah rezeki, panjang umur, kekal dgn suami..cepat dapat anak (sambil pegang perot aku)"

aku pon ckp "trima kasih tok, sbb doakan"

tibe2 dia tarik aku "MEH sini tok ajar"

aku cam HA??? atok nak ajar??? aku cepat2 himpit2 sbelah atok aku.

"cepat tok, ape dia yg atok nak ajar?"

"niii..atok nak ajar bersetubuh"

ALAMAK! ATOK gua yg 84 tahun nak ajar bersetubuh ni. aku tattau mana nak letak muke aku mase tu. adik aku awal2 dah lari gi dudok kerusi lain. hahahahaa

"nanti kalau nak bersetubuh dgn suami, buat la mase 1hb, 15hb, 30hb"

"bulan hijrah ke bulan biasa tok?"

"MANA MANA laaa...same je"

"EH! atok! mane bleh tok! nabi tak bagi, wasiat nabi tu tok,,,...1hb, 15hb, dgn 30hb tu tak elokk"

"ey, wasiat nabi apa? ini ATOK yg ckp!"

hehehehehhee, okay i dont know whether its funny or not. tapi masa ni aku konpius dah..baru je aku paste wasiat Rasul tentang berjimak bwh ni..tibe2 tarikh tu atok aku kata KENA plak buat..

takpe, aku senyum je. aku cume ckp kat atok aku, jgn berhenti doakan aku...

 

Are you pregnant? Or HAVE been pregnant?

i have an honest question, and i wanted to ask because i honestly dont have a clue about what a pregnant women FEELS, towards the other women who is struggling, or had few failures during TTC treatment, etc

do u actually feel

1. PROUD

2. IGNORANT

3. INNOCENT

4. HAPPY (of course, for yourselves)

5. LUCKY

6. SORRY

7. DONT KNOW WHAT TO FEEL so you'd say anything that u want about you being pregnant.

8. DONT CARE, im not the one struggling with difficulties on getting pregnant, so its not my problem to take care of your feelings, its not my job to take care of anyone's feelings.

------ PLEASE ANSWER------------

Mintak maaf, not to offend anyone, just curious because, aku terkena banyak kali. sama ada sengaja atau tak, atau aku terlebih sensitif? tapi adakah aku je yg kene sensitif dan orglain takyah? Bila aku ckp mcm ni bukan maksudnye aku nak educate org semua, but it just that kadang2 aku wonder, adakah semue org yg sedang mengandung atau PERNAH mengandung merasa benda yg sama? seperti di atas? (sila pilih mana2)

i might be wrong, but because that was what i think u MIGHT feel, sebab aku terasa bile ade kawan or sape2 yg say something yg mcm secara taksengaja bagi aku tER-rasa. Eh pedulik apa kalau aku terasa?

But its just that, ADAKAH korang mmg rasa mcm tu? or, adakah korang rasa tak penting lansung? yg penting perasaan korang je?

i happen to bump on a friend, who tak semena2 nye citer yg dia dah 4 bulan, tapi perot laki die yg mcm 6bulan... (in a way to let me know that she IS pregnant, again) kononnya nak joke about perot laki dia yg boroi lebeh boncet dari dia yg sedang pregnant ini. So it doesnt sound like she's telling me that she is 4months pregnant, whereas it DOES sounds like it to whomever struggling to TTC kan. so what are u expecting when u say things like that, to mE?

"eh pregnant ke! congratulations!"

mcm tu ? but maybe, if I AM pregnant, i would like to share the good news to my friends, and would love to feel flattered about being congratulated for being pregnant. but sometimes, little things should be considered for just a SEC. not for your whole 9months, u can have it all! but just a SECOND. i dont know what im saying, im just honestly dont know if that is what u feel.

mesti awkward kan bila ko mcm beriya nak hint bagitau org yg ko pregnant, lepastu org tak tanya ape2 pun to show that she is interested to know anything else about ur pregnancy.

contoh:

pregnant friend: eh aku rase mcm pening2, loye2 muntah ni...period pon dah miss..
me: so?

hahaha

or

pregnantfriend: eh, kali ni aku mcm mengidam mcm2 pulak rasa...mase 1st dulu tak pon
me:..........(diam je, buat2 tgk enfon, sms)

heh, careful if  u wiSH me to be interested in your pregnancy, like "eh yeke? ko brapa week dah? blabla? muntah terok tak kalini? Sorry, i wont ask you. i WILL, if i want to, but i try not to show that im interested because im not.
ok i Congratulate ALL OF YOU in advance,  but please dont tell me anything because,

ADA AKU TANYA KE?

---

shit how jahat i sounded like..minta maaf zahir batin. i have no where else to talk to. my husband is tired of hearing things like this. so i decided to write them here, if we are in the same boat, i have no guilt about what i wrote. but if you feel like u have been the said pregnant women, u are blessed. honestly. u are. if u are my friend, im so happy that u are having a baby, or will be having the next. but if i dont ask anything, u dont need to tell me each details of your nausea, ur symptoms, ur whatever, because i dont ask, and its annoying. why do u enjoy it?

kdg2 aku heran, kenapa  manusia enjoy meng-ANNOY org. or its just an innocent feeling like "eh ko terasa ke? sorry takde niat lansung nak sakitkan hati ko..aku saje je nak cite"

MMG LA...

aku takot kalau aku kene annoy sbb mulot aku skang ni jahat, kdg2 aku teros annoy org yg annoy aku sbb aku rasa tak perlu aku risau kalau die rase annoyed sbb perasaan die adalah tak penting lansong, seperti mana perasaan aku yg takpenting lansung utk dia. jadi aku takot sgt utk rasa ANNOYED sbb aku takot aku akan ter ANNOY org.

haih ape lagi la aku ni hari2 bebel dgn diri sendri...

bukan la maksudnye aku ni terok gila sampai takleh dgr pregnancy news lansung. Aku mampu lagi utk dengar pregnancy news, aku boleh dgr dan aku syukur bila orglain mengandung. Sebab aku ada peluang utk bersedekah, bila dia beranak nanti. Aku ada peluang untuk beli baju baby atau brg2 baby utk dihadiahkan kpd org yg beranak itu.

Aku pun kdg2 bertanya kpd kawan aku yg pernah pregnant atau tgh pregnant, tentang perkembangan dia. Sebab maybe it just HAPPEN yang aku mmg nak tau, and because i care about her. tapi kalau ko buat2 bagitau psl pregnancy ko, di tgh2 perbualan yg takde kena mengena dgn pregnancy lansung, itu la yg buat aku pikir "eh nak jugak die ni citer sal hal perot dia..dia takleh idup ke satu hari kalau takde org tanye sal pregnancy dia?"

does it make u feel insecure? does it make u NOT feeling pregnant? does it make u feel relieved to let people know ur symptoms? (yang berjuta wanita lagi rasa benda yg sama, not u alone)

i dont know, thats why i asked. this is a GOOD reminder for me when im pregnant soon. u can paste this page on my face if i annoy you in the future. i promise.

but i know a few women who, just keeps quiet until her belly shows off. then org akan tanya "eh mengandung ke?"
masa tu lah baru dia jawap "insyallah...doakan ye"

kan murni dan mulia gila kalau semue org mcm tu? tapi mmg takkan leh paksa la semue org jadi gitu kan. every women feels different.

OK la I TRY to be optimistic.

mungkin dia rase mcm nak muntah darah kalau die tak citer psl ape2 perkembangan pregnancy dia hari ini.

mungkin dia rase perot die sakit gila kalau dia tak citer psl die dah brape weeks.

mungkin dia rase nak pitam kalau dia tak ckp yang dia mengidam mcm2.

--------

HESH dah la aku nih..susah la kalau asik emo je. ! hehehehe

gelak gelak gelak...