October 28, 2011

Sejuk

aku sejuk dalam ofis ni. sebab diorg ni semua banyak lemak. musim2 ujan sah2 aa sejuk gila, dalam ofis aircon central dah bukak pon, nak bukak aircon yg dalam ofis. aku sungguh takpaham. mungkin kulit diorang ni lebeh tebal dari kulit biawak. aku nak menaip ni pun menggigil.
kadang2 aku selalu suke2 ati pegi kat aircon central astu aku OFF semua. hahaahahaha

jakgi dah lame diorg perasan apsal panas? haa padan. baru panas sikit nak komplen2. belom dok kat padang pasir lagi.

aku stop using the lumiglow cream untuk sementara sebab i've read somewhere that it is not OK to take it with BCP. so aku ada lagi 11 hari utk menghabiskan Yasmin ni, then lepas period datang, aku nak continue balik. i promise i will give a good testimonial and help others who wanted to conceive. especially yang kawan2 rapat2 yang masih berusaha. Tak kisah la usaha dalam bentuk ape, ade je kawan aku yg tak pegi jumpe dokter pun, tapi dok sedih2 kenape tak pregnant2 lagi, nak ambik mase lah hape la..terpulang kat diri masing2....ade orang yang tak kisah sangat, ade orang baru kawin 2bulan dah cuak sebab tak pregnant lagi....so semua tu usaha dan kehendak diri masing2...tapi niat aku kalau aku berjaya with this cream, i will help others.
aku tau bukan dengan sapu menda ni je leh pregnant. ada kena amalkan pemakanan sihat dan sbgnya. tapi mana tau kalau menda ni the answer for the PCOS mystery kan.

FertilAid tu aku akan beli balik kot. sebab dia boleh combine dengan progesterone cream. tapi ada cara2nya. kena membace lagi untuk lebih faham.






October 25, 2011

Natural Progesterone Cream

I knew it.
Lumiglow ialah sejenis Natural Progesterone Cream.
Why dont they just say it on their websites? hohohoh
jadi buat masa skang ni, aku tgh research pasal natural progesterone cream and PCOS. yes, memang dia membantu sebab dia ada PROGESTERONE, which im lacking.

i tried them on my husband, yang testimonial diorg semua katenye Lumiglow ni boleh menghilang robek2 di muka, mencantikkan kulit semua tu kan. kebetolan asben aku kene mcm gatal2, kulit terkopek2, bersisik, merah2, belakang telinga dia. aku suruh dia apply, ade yang aku sapukan psl die taknampak celah mana yang sisik2 tu.

3 days later, it's all GONE.
magic doh!
dia sendri pon pelik "EH ILANG DAH?"

amboi licin teros kulit dia? jadi experiment dkt laki aku agak berkesan.
aku sapu kat jerawat aku gak, yang baru nak tumbuh nanah2...harini sapu, esok ilang. KEWL!

and how about my abdomens, utk "sukar hamil" katenye kan.
dah 3 hari aku muntah2, cirit birit..BBT aku elevate naik.
muntah2 tu bukan pregnant, aku tau tapi sebab progesterone is increasing. so sama la mcm org pregnant punya symptom, progesterone naik, akan menyebabkan muntah2 dan loya.
pagi tadi muntah paling byk, dah aa kuar air putih2 je, yang makan ape smlm tak kuar pun tapi kuar kat bawah. haha!
i have some faith in this lumiglow. bcoz live proof on BBT and on skins, and muntah2, i think its a positive reaction.

sebab aku dah kate kan kalau aku dok sapu benda tu and NOTHING HAPPEN, maksud nothing happen tu ialah takde effect apa2, jadi aku takmo continue beli lagi. habiskan je botol yg dah ada.

tapi buat mase skang ni aku tgh on yasmin kan, so aku better stop menyapu Lumiglow tu sementara tunggu aku period sebab aku takot aku muntah2 ni disebabkan byk hormon absorb ke darah aku. maybe sebab tu aku muntah banyak.

im going to post some research on natural progesterone cream soon!
interesting!

"The Natural-Progesterone-Advisory-Network.com website, whilst aware of this information, rarely sees cases where there is not a logical explanation for the abovementioned side effects. We interpret these symptoms as estrogen dominance wake-up crisis where the introduction of progesterone is ‘waking up’ and stimulating the estrogen receptors exacerbating the estrogen effects in the body."

"When you first start using Natural Progesterone cream you can start getting estrogen dominant symptoms (eg headaches, breakthrough bleeding because it is waking up the estrogen receptor sites). These will usually pass once your dosage becomes more normal. So don't worry too much if that happens the first month or two. It is your body re-acquainting itself with progesterone. It is also stimulating the estrogen. Estrogen’s activity in the body is more ‘pronounced’."


lack of PROGESTERONE is the reason for PCOS, (selain dari insulin resistant)

If you have PCOS:
You can use 15 to 20 mg of progesterone cream daily from day 14 to day 28 of your cycle, adjust accordingly. The disappearance of facial hair and acne are usually obvious signs that hormones are becoming balanced, but to see these results, you'll need to give treatment at least 6 months, in conjunction with proper diet and exercise.
If your symptoms fade, try gradually easing off the progesterone (take half the dose, for example) and see how it goes.
If your symptoms return, stay on the full dose for six more months. Ideally, as a young woman you would use the progesterone cream only during the months you need it, and encourage your body to return to its normal hormonal rhythms as much as possible.
Some women with many damaged follicles may always need to supplement with a little bit of progesterone cream. "

Dr.John R. Lee.

October 21, 2011

Laparoscopy. Do it or Dont Do it?


Kalau dah pelbagai benda macam dah makan, kalau dah pelbagai supplement ditelan, kalau dah pelbagai krim disapu, kalau dah pelbagai doctor meng-consult, kalau dah terlalu banyak membebel dalam blog, kalau dah terlalu banyak buat self-research yang memanglah mendatangkan ilmu tapi hasilnya belum dicapai,


maka, i want to proceed to Laparoscopy. (OVARIAN DRILLING)
doctor, kau drill je lah ovary aku ni, keluarkan cyst2 kecik2 yang tak mendatangkan faedah ni. kau pecahkan la cyst2 ni, menyibuk gila dan aku tattau dari mana dia develop. or tattau kenapa dia STOP develop.

aku dah nak habis period, dan aku dah start pack baru Yasmin. (sebab dah after 7days since last tablet) kalau period dah betol2 kering aku nak gi check dengan Dr Delaila, mintak dia vaginal scan tengok ovary aku ape dah jadi. dari situ aku leh tau Yasmin ni membantu tak PCOS aku tu. dan LUMIGLOW ni ada memberi kesan ape2 tak, dan sambil2 tu aku akan monitor BBT aku untuk tgk ade ape2 perubahan tak. IF LUMIGLOW really have natural progesterone, my BBT will elevate. ini tidak tipu. kalau tak elevated, maksudnya kemungkinan memerlukan lagi 2 botol utk proceed tgk mcm mana, tapi kalau dah sebulan nothing happen, then it doesnt work with me.

benda yang nyata yang aku akan cuba dulu is to my husband. aku akan test kat kaki dia yang dulu bekas eksiden terok tu. dan kebetulan tadi die tunjuk kat aku belakang telinga dia mcm, kena kulit mengelupas ke ape tah, mcm melecet and bersisik..merah gila. aku teros sapu kat blkg telinga dia and nak tgk ade perubahan ape2 tak.yer2 aku bace testimonial dari blog2 lumiglow ni yang ade akak ni apply kat anak dia yg jatoh tersadung mcm mana tah, dan bengkak. esoknya dah hilang. amboi2 cepat nooo? yeke?

cer-cuba cer-cuba.

Laparoscopy lak, option yg aku nak cuba next year if after 3YEARSand 5MONTHS NOTHING HAPPEN, jadi aku nak refer to dr delaila, if she recommend laparoscopy ni. atau aku perlu IUI? alaa IUI ni kejadian baby tanpa berbaby dancing laa..mcm tak syok jeee...heheheheh
eh gatal lak aku ni.
why 3 years and 5 months? sebab itu jangka waktu yang MAK aku ambik untuk mengandungkan aku dulu. die tunggu 3tahun 5bulan baru mengandungkan aku. selagi aku belum 3tahun 5bulan kawin, aku cuba lagi apa yang boleh. skang baru 2 tahun 9 bulan lebih. duit boleh dicari. aku design 10 album sebulan leh dpt 3 ribu.so laparoscopy dlm 4-5k agaknya? kalau SJMC mau 10k..so buatlah album banyak2, kumpul duit. (rajin ke? EHh kene la rajin kate ikhtiar. kalau tak rajin bukan namenye ikhtiar!) gagaga



October 19, 2011

LUMIGLOW pulak?

Lumiglow



Cream yang ada WILD YAM. dan lain2 herbs. ni kire teknologi nano lah katenye. Happen to click on a facebook ad, "SUKAR HAMIL?" amboi mcm tau2 je. so aku pun klik dkt iklan page SENANG HAMIL tu. aku ingat mesti tahape2 jamu lah yang biase org promot. Zureat la, Bidadari DCL la, semua tu aku dah try, takjadi ape, maybe semue tu utk org2 yg takde masalah je kot. mane mungkin minum itu je tibe2 PCOS aku leh baik kan. tapi what i found 2 days ago was something different. aku assume benda ni ialah somewhat like 'Progesterone Cream' yang Gynae selalu guna tapi bila aku bace betol2, benda ni herbs yang diorg guna extract WILD YAM.
aku dah lame bace psl WILD YAM ni, ade byk website yg ckp die ade natural progesterone, ade yg kate Tipu plak. so tattau mane satu btol, kalau nak membace mmg leh muntah sbb byk sgt source nya. tapi live testimonial dari org2 yang dah penah guna Lumiglow ni, buat aku terpengaroh gak, and cara2 pemakaian nye pun aku agak terpengaruh.
cume yang nak gelaknye, Semua penyakit die boleh treat. Wah, tutop wei semua hospital mcm tu. tapi miracle nya, memang betol sometimes, disease that cannot be treated, tiba2 guna benda2 nano technology lah, herba lah., jamu lah, boleh baik.
i dont know, sometimes i am skeptical, tapi Allah memang ade sebut, semua penyakit ada ubatnya dan Dia tak ckp pun ubat tu semestinya dalam bentuk perubatan moden. kan?
so utk org2 yg bermasalah taksudah2 mcm aku ni, bila dgr product2 mcm ni, mula la nak mencuba kan?
sebab its different. its cream. takyah makan.

aku bace gak Lumiglow ni rupanya Uptrend yg punya. aah, MLM ke. Takpe lah, aku bukan nak masuk pun. nak beli product je. Korang try google or find kat fb yer. Atau klik je iklan tu kalau kuar kat page korang. iklan tu ade gamba ibu mngandung astu die tulis "SUKAR HAMIL?" mcm tu la. owner FB tu jual lumiglow ni dgn harga staff, so boleh la tanya.

pagi tadi aku dah email dia, dia reply link ni http://uptrend.com.my/uptrend.aspx?name=per_care

so korang tgk lah, aku tau WIld Yam tu, so aku bace bende ni pun takguna. aku dah tau wild yam tu ape benefit dia. ade satu negara kat afrika, ade town kecik nama "the twin city" ke hape tah, semue org kat situ majoriti TWINS, bila kaji2, rupenye diorg hari2 makan WILD YAM, so saintis2 kaji lagi, wildyam ni ada source of progesterone, so org2 kat situ semua subur. Wallahuallam...aku cume nak tau in which way that thing will help. maksud aku, dengan menyapu krim sahaja ke? then badan kite menyerap krim tu kemana?

aku jumpe gak kat fb dia, dia ade list kan semue penyakit and masalah wanita. Contoh: kalau susah pregnant, cara sapu dia begini, and dkt mana.
Kalau slalu gugur, sapu mcm mana, kalau muka byk kedut, sapu katmana. (believe me, tempat sapu tu tak semestinya kat tempat yg masalah tu. kdg2 kene sapu kat tengkuk la tetiba, kat tapak kaki la,...aku rase ade kene ngene dgn point refleksologi gak kot? psl mende ni katenye akan lalu ikot darah terus, takkan pegi ke otak. EH same mcm GONAL-F lah? i know its not the same, Gonal-f is a drug. but it seems like it works the same way kot?

aku tattau. aku nak cuba baru tau. aku dah nak order dah ni kang. have anyone of you heard of this Lumiglow? aku jumpe website yg kutok2 pun ada, katenye mana logik, sapu krim je muke yg huduh tibe2 leh jd cantik. itu la aku pun taknak caya, tapi live testimonial weh. Yang ada cyst, tetibe cyst ilang lepas guna. Siap website diorg tunjok bukti doctor nye diagnosis lagi, ade minah ni ade cyst brape cm tah, astu guna lumiglow, check balik dgn doctor, doctor tulis, cyst gone.
gitu la.
ade pompuan ni gugur 8 kali since 5years kawin, siap tunjuk kad dari klinik gomen tu yg kaler merah tu, doc tulis dia gugor siap ada tarikh smua. tiba2, after 8kali, kali ke 9 tu die mengandung dan dah beranak. hmmmmmmmm.......oh punca die gugur sbb kurang hormon, hormon tak stabil. aku assume progesterone die kurang aa tu sbb byk kali sgt gugur. tapi die mudah ovulate? probably shes not a PCOS-er. Kuasa Allah kan..
hmmm.....kalau bende ni tipu takyah beli dah la kan. yg penting its harmless.


October 18, 2011

Until day 114th, PERIOD!

FINALLY i've got my period last Sunday 18 October 2011, since my last period: somewhere in June. haih!
Mula2 Sabtu tu mcm sangat sakit gila, malam tu siap muntah2 gaye pregnant. Esoknya senggugot amat, dah agak la mmg akan period anytime now. Then puan period pun keluar. Ahad tu tengok movie dalam keadaan senggugot giLA! but how i miss the senggugut moment. hahah, boleh gitu lak.

finally dah boleh start new cycle dalam my BBT chart. kalau tak, dah sampai 114 days dah. gilo.
I created a new page: BBT charts. where i will paste all my charts there.

Agak awal gak aku period, patutnya aku kire, on day 28 lepas aku makan yasmin tu, tapi day 24 dah period, hm tattau mungkin hormon aku taksaba2 nak suroh die period kot. so i will start another pack of Yasmin this Thursday. just to regulate my periods back. Kasi dia topup hormon2 yang hilang tu.

Anyway, Welcome to my new blog! its all the same, i just exported all my posts, pics, your comments, pages, from wordpress. So jayblabbers.wordpress will be closed from now on. Please change my link in your blog kalau ada :D


October 14, 2011

Sedih

Gila, sedih semacam aku harini. Sedih for no reason at all. Nangis nangis, muka dah macam kain buruk, macam cekodok basi, tak tau lah kenapa. Yasmin u are so!!!cruel!u better be good! u better cure my PCOS! im having such a chronic depression since i 'met' you.
I am usually a strong person. I am. I know I am. Tapi start dari semalam aku macam, nak mati.
Astaghfirullah..

Maybe sebab last tablet aku 2 hari lepas, semalam ialah first day without the tablet. i will go off the pill for 7 days before i continue taking the 2nd pack of Yasmin. Maybe "days off the pill" ialah hari2 hormon aku drop dan preparing for menstrual bleeding. That is why im feeling this, maybe.

Perut dah start senggugut ni. Kalau tak malam ni, esok confirm dah period ni..hmm cepat jugak eh? Dulu masa aku ambik Diane, dah hari ke 6-off the pill tu baru rasa senggugut...ini baru 2 hari..ok lah tu. Kalau dalam 7 hari ni tak period, baru la boleh 'jeng jeng jeng', tapi duhhhh, 1% chances je jeng jeng jeng tu, so jgn lah kau berharap sangat jay oii.

 

October 6, 2011

Maktub

Tadi aku baca blog Christina Perri, dan aku tak tau kenapa ada ayat tulisan jawi yang tulisannya berbunyi "MAKTUB"

bawah tu dia tulis,

"it is written"

i kept trying to fight. i kept wondering why you weren’t fighting. i kept waiting for something different. i kept trying to direct the show. i kept trying to sculpt the statue. i kept trying to find what was already found + see what was invisible. i kept trying to have it my way… to not let it happen. to not let go…

but then i let go and realized… its already been written.

-Christina Perri

Aku Suka!

October 5, 2011

Manusia

For us who, sometimes (not just sometimes, all the time) rasa down, sebab masih belum dikurniakan anak. Entry ini juga untuk ingatkan diri sendiri.

Adakah kau rajin bersedekah? 

kalau tidak, cuba lah. Mungkin tuhan melambatkan rezeki kita sebab rezeki duit yang kita ada, kita tak pernah bersedekah. Bagaimana bentuk sedekah itu?
Baju2 yang tak terpakai dalam rumah kita, tak pernah kita kongsi dengan orang yg susah. tak semesti nya bagi 2 3 ringgit dkt org buta yang bawak tisu mase kita makan kat kedai tu je. Sedekah la juga pada, rumah2 anak yatim, rumah orang tua2. Sedekah jugak bukan dalam bentuk duit saja, mungkin pakaian, makanan, keperluan harian,  sedekah pada kawan2 yang baru melahirkan, sedekah pada anak2 kawan2 kita, (walaupun diorang dah besar), sedekah makanan pada kucing2 terbiar, itu semua sedekah.

jadi kalau kita jarang buat semua ini, boleh la mula. jangan asik meminta2 dari Allah sesuatu yang kita takde, sedangkan benda yang kita ada depan mata, kita takpernah hargai, dan takpernah kongsi dengan orang lain. Malu lah dengan Allah, untuk berminta2 sesuatu yang tidak ada itu. Tak salah berdoa, tapi jangan terlalu sedih bila sesuatu yang kita nak itu kita tak dapat. Belajar untuk Redha, jika masanya belum lagi.

Pernahkah kita terfikir wanita lain yang dah ada anak itu, hidupnya sangat indah ke?
The kernel truth is, having a child doesnt mean EVERYTHING IS SETTLED!
Banyak lagi dugaan yang Allah akan beri, lepas Dia beri apa yang kita nak sangat. Macam nak kawin. ko nak sangat kawin, bila Tuhan dah jumpakan jodoh kau, everything is settled ke? Tak kan? timbul issue nak anak pulak. Nanti lepas nak anak, timbul issue, duit tak cukup la, atau masa takde utk spend dengan anak, atau anak kau sakit yang teruk, habis duit gaji kau lakibini bayar bil hospital anak, atau anak kau meragam teruk gila malam2 sampai kau tiba2 menyesal sebab dah ada anak, ko takdapat tidur lena lagi.atau laki ko asik outstation je sampai ko kene jaga anak kau sorang2,.the thing is, things are never settled for you.  Kalau kau takpernah REDHA.

Pernahkah kita terfikir ada ramai wanita lain yang lebih malang dari kita?
aku ada seorang sahabat, if she dont mind, aku akan bagitau dia adalah siapa. Tapi dia adalah founder group "Dream Mothers" dekat facebook tu. dia sahabat aku. dan aku kagum sebab dia moved on dengan hidup dia, life dia kalau orang tengok, mcm almost perfect.  Tapi orang tidak tahu yang dia tidak boleh mengandung sampai bila2 kerana dilahirkantiada rahim. Selama ni aku ingat orang yang takde rahim tu sebab rahimnya dikeluarkan, kerana ade cyst ke cancer ke, tapi dia bukan, dia memang lahir2 takde rahim. Syndrome ni nama dia MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser Syndrome), google, to find out more. Dalam 70,000 pompuan, ada 1 je kes. dan dia adalah 1 of 70,000 itu. Tapi dia telah berkahwin dengan lelaki yg menerima dia sepenuhnya, and believe me, hidup mereka bahagia gila, walaupun dah memang tau takkan boleh ada anak kandung. Tapi itu bukan penghalang utk dia jadi Ibu, masih boleh lagi selamatkan anak2 yang takde makbapak, boleh ambik anak angkat, dan susukan, terus jadi anak kandung. Dia juga pernah ckp dekat aku, die bersyukur gila atas nikmat yang ada skang, sebab ada oranglain yg syndrome mcm dia, bukan saja takde rahim, cacat paras rupa, senget tulang belakang, dan mcm2 lagi. Dia cuma tiada rahim sahaja tapi yg lain cukup sempurna, wajah takde cacat cela. Macam mana kalau benda ni terjadi kat kau?

Pernahkah kita terfikir ada ramai wanita lain yang boleh mengandung dan beranak tetapi ditinggalkan suami?

biras aku, yg sudah jadi ex-biras sebab mereka dah bercerai. Bukan nak canang diorang sebab bercerai, tapi sebab dia diceraikan dalam keadaan mengandung. Wait, jangan terus salahkan suami dia (adek ipar aku) suami dia innocent tapi isteri dia itu paksa gak minta diceraikan after pergaduhan yang brkali2 sejak kawin. Refer my previous entry for this story. Aku xtau nak citer mcm mana tapi, pendek citer nya, orang gila je yg tak ceraikan pompuan serupa itu. Tapi, kenapa tuhan bagi anak dekat dia? Do you think she is strong enough to handle this? Do u think u will be strong enough if u were her? Esok bila anak lahir, orang akan mengata, mencaci kerana taksampai setahun dah jadi janda, dia kena jage anak tu sorang2 lagi (kalau lom ditemukan dgn jodoh baru la). Dugaan dia banding dengan kita, susah lagi dugaan dia weh. (walaupon die sendri yg cari penyakit)

Ditinggalkan kerana Allah ambil. pun ada. Nak sangat anak, mengandung je Suami plak mati. Aku taknak benda ni jadi kat aku, Ya Allah, tolonglah jauhkan. Sebab tu aku memang berserah 100% dekat Allah untuk beri yang the best untuk aku. Aku dan suami aku pernah ckp, kalau memang ditakdirkan mmg takkan ada anak, kami redha. Kalau Allah dah tentukan kami cukup bahagia dengan hidup BERDUA sahaja, kami redha. Mungkin hidup kami tak complete seperti anda, tapi hidup kami cukup bahagia juga seperti anda yang ada 3 4 orang anak.

Esok lusa kat akhirat, mungkin Allah nak bagi rezeki yang lebih indah dari anak di dunia. Kita tak tahu.

---

Aku penah tengok citer Berpaling dari Jannahmu. Ogy ahmad daud & Nasir bilal khan, terbaik la lakonan diorang. Ogy dalam cerita ni, 10 thn takde anak. tapi attitude dia ni pembersih, pembersih GILA, dan suka menghias2 rumah, dan pantang rumah bersepah sikit, dia kemas. Tapi dia rasa jugak kesunyian, sebab takde anak. Satu hari dia pun berdoa kpd Allah, doa bersungguh2 minta Allah bagi anak dan berjanji akan membesarkan anak itu dengan penuh kasih sayang.

Setelah diorang buat treatment, dia mengandung dan lepastu dikurniakan baby girl (lakonan Mia Sara). Bila anak dia dah besar, punya la Ogy tu jaga rumah diorang takkasi sepah lansung, sepah je kena marah. dan hari2 si Mia Sara ni kene marah, maki dgn Ogy sbb rumah bersepah. budak2..mana ada rumah org yg ada budak2, Kemas? ada ke?

jadi mengape at the 1st place tuhan takmo bagi anak?

Sebab Allah itu Maha Mengetahui, ko bila ada anak, ko asik pukol anak ko sebab rumah ko bersepah. dah kau nak rumah kemas dan bersih sangat, memang takleh ada anak punya. So bila Allah dah takdirkan dia takde anak, dia berdoa pulak untuk NAK anak, Allah itu kan MAHA Penyayang, Dia beri jugak akhirnya.

jadi bila dah dapat, mcm mana ko layan anak itu? akhirnya anaknya itu merajuk, lari keluar rumah dan kena langgar, dan mati. Jadi ALLAH ambik balik. pasal ko dah janji ko nak jaga anak tu betul2, tapi ko mungkir janji, kau degil, sebab Allah dah takdirkan ko memang takboleh ada anak, tapi ko ingkar dengan takdir Allah, kau NAK jugak anak, jadi tuhan nak tunjuk kat kau, ada anak itu bukan TERBAIK utk kau. adalah baiknya kau takpayah ada anak sebab rumah yang kemas itu lebih penting kan?

Bapak mertua aku penah citer, dulu ada ofismate dia yang 9tahun kawin takde anak. Lepastu berdoa, semayang hajat semua, treatment merata2, akhirnya mengandung isterinya. Skang anak dia dah remaja tapi, perangai teruk, hisap dadah, selalu kena tangkap polis dan sbgnya...Bapak mertua aku ckp, Dah memang awal2 dia takpayah ada anak tapi nak jugak, sebab tu tuhan taknak bagi mula2, pasal dah bagi, tengok2 dah besar jadi mcm tu, tapi psl ko nak jugak, mintak sangat, Allah beri. dan sudahnya? Sebab tu aku cakap dapat awal ke lambat, bukan ukuran. Kalau lambat pun ade yang takjadi apa. Aku ni ha, 4 tahun lepas mak aku kawin baru aku lahir. skarang aku jadi apa? buang masa menaip kat blog. hahaha

Aku pun masih berusaha walau dah nak masuk 3 tahun kawin, tapi aku taknak struggle teruk2 sampai sedih melampau sebab takde anak. Aku taknak esok aku nak sangat, bila dah dapat aku menyesal sebab melahirkan dia. Sekurang2nya Allah lindung aku dari berperasaan RIAK, dari bangga diri, Begitu lah manusia..aku pun sama gak. Kadang2 terlalu marah, asik2 nak sound orang yang mention psl pregnancy diorang. Aku takleh marah sebenanya. tapi perasaan itu natural. aku mintak maaf..kalau aku memang banyak sakitkan hati korang dengat ayat2 aku. Itu memang cara aku menegur orang. Aku takde hak pun, tapi kau juga takde hak untuk sakitkan hati aku at the first place. Esok lusa kita tattau tuhan nak uji kita mcm mana.

Ini untuk ingatkan kita semua.