KE HADAPAN FETUS
Maafkan bonda
bonda belum gubah nama buatmu
tapi bonda punya doa
bonda punya mimpi
bonda punya harapan menggunung ke tebing langit
Bonda teruja, mahu lihat kamu tertubuh jadi manusia
bonda canting kamu, cukup untuk pasti mana betul,
mana salah
mana dosa, mana pahala
mana neraka, mana syurga
Bonda tidak akan lukis kamu menjadi bonda
Bonda mahu kamu jadi kamu semata
perguna minda selarasnya
perguna jiwa searifnya
Ke hadapan fetus,
Yang lemah-kalah, yang sabar-menang
Matang kamu kelak, realiti datang menggigit
Tapi kamu usah bercerai tulang dari daging
dunia mungkin kejam, tapi tulang dan daging itu segumpal Tuhan sulamkan.
Jangan putus. Jangan putus asa dan percaya.
Dunia ini berputar mengikut ekor mata.
Kamu menjeling jelik, jeliklah ia.
Kamu memandang molek, moleklah ia.
Ukir takdirmu dengan usaha- itu janji Dia.
Jangan putus. Jangan putus hubungan dengan Tuhan.
Bumi ini luas, sayang
Kamu usah membangga diri dan membeza orang
besarnya bumi pada Tuhan, besar lagi hama di tangan kita
dan si hidung tinggi adalah serendah-rendah manusia.
Jangan putus. Jangan putus ilmu dan budi-bahasa.
Ke hadapan fetus
maafkan bonda
bonda sekadar mampu mengangankanmu
tapi bonda punya doa
bonda punya harapan
bonda punya mimpi seriang mega menari.
Wani Ardy
Bogor
2009
----
Kalau nak beli buku ini caranya di
SINI
harga RM20
Secara terus-terangnya aku bukan peminat Puisi.
Sebab aku susah nak faham bahasa sastera.
aku taktau macam mana mase form 5 dulu SPM aku BM dapat A2. (eh tetibe nak gitau dpt A utk BM) hahahaha, tapi serious aku susah nak hasilkan tulisan bahsa melayu yang proper dan sedap. selalunya ayat aku adalah merapu dan panjang lebar tapi isinya sikit, bebel yang lebih. Itu Aku.
HAhahAHhaha
tapi syukur, kawan2 aku ramai pandai menulis puisi yang sedap. kadang2 aku anggap itu Useful writings utk dijadikan tauladan.
Mereka share pengalaman hidup dalam bentuk puisi, aku cuma pandai baca dan mengiyakan saje.
Dalam buku Langit Vanilla, 100% adalah semua yang pernah berlaku pada Wani dan apa yang beliau observe dari ratusan manusia. ada jugak cerita yang dipetik dari pengalaman orang2 lain. Seriously, aku mudah faham style wani menulis sebab Direct, ringkas dan padat. Takde nak berbunga sangat, tapi disusun dengan indah. BELI WEI!
Semuanya tentang HIDUP.
(promot)
Aku pernah berangan
KONONNNYAAAA nak cipta lagu dengan Wani tentang TTC.
tapi aku bodoh menulis. mungkin boleh tulis sama2?
aku pernah tulis lagu, dan pernah hasilkan 2keping CD DIY yang dijual ada lah tak sampai 500 orang pun. tapi itu zaman dulu, zaman aku suka ber-Gigs, berjimba sakan tanpa arah, cuma peminat muzik, tapi tulisan aku Kosong, takde maksud mendalam, just simple direct words, kebanyakkan nya lagu cinta. ada gak lagu rebel. hahaha.
Tapi aku pernah nak buat lagu tentang TTC, cuma ayat aku takreti nak keluarkan kerana ayat aku semua berunsurkan marah dengan orang sekeliling yang tak faham. jadi aku diamkan je.
Puisi wani diatas rasa mcm nak dibuatlagu, entah2 dia pun ada buat, cuma tunggu masa untuk keluarkan. Ada ke Wani? hahaha
jombuatpuisinijadilaguPLEASE.
ok siapa wani ardy ni? dia kawan aku yang aku cerita with MRKH syndrome haritu, if you've missed it,