December 21, 2011

My Generation

Sepanjang weekend bulan December ni, abgsdare aku kawin. So mcm biasa lah, kazen mazen aku berkumpul dan kami pun bergosip2 tak lupe juga aunty2 aku yang boleh tahan gak kaki bergosip.
Ini kazen mazen blah bapak aku, yang kebanyakkannya shares the same problem as mine. 
ada yang dah anak 4 tapi nak pregnant anak 1st tu sampai 4-5tahun tunggu.
Some with High Prolactin problems, some with PCOS, some with rahim terbalik, some with masalah senggugut yang kronik seumur hidup, some with ovarian cyst and endometriosis.

Yang high prolactin tu, kakak sdare aku. She's a dentist. aku panggil dia KakLong. kaklong ni 5years gak kot menunggu. mula2 mase aku tgh citer2 pasal problem aku, die tiba2 datang dan tanya,
"awak masih on fertility treatment ke??"

aku jawap "aaaaaa taknak citerrr dgn awakk awak dentisttt check gigi bukan check perott" (sambil menutup telinga sambil nak lari dari dapur)

teros dia tarik lengan aku dan cakap 


"Helooooo kaklong pun buat fertility treatment tau dulu!, mkn ubat mcm2, pagi2 check temperature, dah la temp dulu2 oldskool, baru celik mate kena lukis2 graf, lepas tu cari peak day bila, kire ovulation day, beli testkits blablabla ape ingat tak penah buat ke?"

:D heeee aku sengih! teros aku tanya "kaklong buat BBT Jugak ke?"
"YE LAA"

ada genggg!! aku ingat aku sorang je saiko dalam family ni!!
dia cakap after a few years buat, baru la tau dia prolactin tinggi. prolactin kan hormon susu. badan dia mengeluarkan hormon pregnancy padahal die tak pregnant.
tapi nak solve senang je, doc cucuk ubat kasi turun prolactin level dia dan walla! dia terus pregnant, now with 4kids yang sejuk mata memandang. 2 laki 2 pompuan. yang lelaki hensem weh anak2 buah aku ni. pandai2 lak tu. yang pompuan COMEL sangat muke chinese, pendiam, dgr suara pun susah, sopan gilaa, membaca Quran punyaaa lah SEDAP sangat! 
by the way kaklong aku ni dah 40+ pun. anak first dah form 5 taksilap aku.

kaklong kata lagi "sebenanye, Atok kita pun dulu, nak dapat MakLong ko, 5 tahun jugak"

wah? PATOT LA! ini memang keturunan aku! keturunan aku semua lambat dapat anak tapi bukan takboleh lansung just that Lambat je. Jarang gila aku dgr orang dulu2 ada masalah susah mengandung. Atok aku (nenek aku) tunggu 5tahun rupanya. then anak dia 6 orang terus. 
tapi ye lah, org dulu2 6 org anak tu kire sikit la kan. slalunya orang dulu2 anak lebih dari 6. kire atok aku dapat 6 tu kire sikit la. hehe. patutlah adikbradik bapak aku pun, 3 je anak plg ramai.
aku takleh count keturunan mak aku, sebab byk benda yang aku taksama dgn keturunan mak aku, baik dari segi rupa, ketinggian (mak aku keturunan arab, semua tinggi2 idung mancung2 kecuali aku) juga kesuburan dan lain2. yg ikut blah mak aku hanya otak aku je, iaitu blah mak aku byk yang ke arah seni. abis blaja, ambik grafik ke, blaja videography ke, photography, seni mengait, kazen aku jadi cikgu sorang, cikgu pendidikan seni..itu je yang aku ikut. sebab blah bapak aku semua engineer, dokter, lawyer, accountant, tiba2 aku? :P

tapi dari segi kesuburan, blah mak aku semua subur. semua senang beranak. mak aku susah sebab prob pun dari bapak aku dulu.
jadi aku assume, aku byk ikut blah bapak aku. 
so betol lah kalau atok aku (bapak aku punye mak) nak pregnant pun 5 years after kawin baru berjaya, jadi aku hanya perlu rasa lega sebab diorang semuaaa lambat! ada yang cepat tapi 2 3 orang je la dari cousins2 & makciks2 aku.

:)


jap. tiba2 aku rase ape yg aku lalui ini ialah ape yg arwah mak aku lalui :-| 



S.I.L (Sister In Law)

Hai.
Hehe lama plak tak update sebab bizi menjelang hujung tahun. 
Semue dah setel dah so ade la free time sket.


Title entry kali ni Sister In Law. kenapa? 
last monday, aku pegi rumah Mertua aku sebab dia baru lepas discharge dari warded dekat Hospital Klang due to heart attack haritu. dia dah ok dah.
then bila aku pegi dapur rumah tu, adik ipar aku terduduk tepi dinding menahan sakit.


Me:Kenapa ni kakcik?
Kakcik: Perut tak brapa sedap. Gestrik.
Me: Gestrik? laa abis tu dah gi klinik?
Kakcik: dah. kakcik pregnant lagi..dah 2bulan.
Me & Hubby: Alhamdulillah
1 second later, Sentap jap.
5 second later, "ah takpe la rezeki dia, dapat jugak aku lagi sorang anak buah"


Ini adik ipar aku yang period setahun 2 3 kali, dan ambik Yasmin selama period dia tak betul before die kawin. dia yang kawin 1 year after aku dan terus pregnant, anak dia dah setahun 2 bulan, and dia pregnant lagi.


kewl. 
God has His own miracle.
dan aku selalu wonder kenapa kenapa kenapa dia senang je pregnant?
tapi itu dulu. skang aku wonder benda tu for just 5saat then aku wonder pulak kenapa dia hidup takbrapa senang dari segi financial, menumpang rumah mertua aku dari awal kawin smpai skang, kereta sendiri pun takde, tapi dikurniakan lagi anak? Aku rasa sebab Allah nak diorang ni lebih berusaha. takkan dah anak 5 pun masih nak dok rumah makbapak? takde effortkah utk usaha lebih lagi utk masa depan family sendiri?
kat situ aku telan airliur dan terus bersyukur, Allah memang nak uji dia.
patut la mase die cakap "kakcik pregnant lagi" 
muka dia mcm,..cuak. aku tattau nak cakap mcm mana, of course at the same time she's happy. sbb aku ingat lagi mase die baru2 kawin dia cakap "kakcik memang nak anak ramai2, 10 kalau boleh! kakcik memang suka budak2, suka anak2 keliling kakcik"
tapi muka dia mase ckp dia pregnant lagi tu mcm, risau. Eh tahpape aku ni..tak kot. dia ok je kot. hehe!


tapi ye lah, dari apa yang aku tengok selama hampir 2tahun dia kawin ni, masih lagi dia lakibini dok umah makbapak, dok dalam bilik kecik pun takpe, dan..u know what i mean kan? nak anak ramai2 tapi effort utk mencari tempat meletak anak2 itu pun belum nampak lagi.dan how about transportation? anak 3 4 takkan masih nak bwk motor? 
oh mungkin sebab masih ada mak ayah, dan adekbradek lain dalam rumah tu. sebab tu belum rasa susah lagi. yeah maybe.
aku tau pendapatan diorang kecik (aku rase mcm lebihkurang aku jugak je pon) tapi Allah memberi lagi anak dekat diorang. aku rase memang Allah nak diorang lebih berusaha supaya sedar skit, sampai bila nak duduk menumpang mak ayah dan sampai bila nak mengharapkan oranglain.
sometimes rezeki itu diberi untuk kita berusaha lebih, bukan duduk goyang kaki. 
kan?


aku selalu jugak beli mcm2 utk anak adikipar aku ni. yelah sebab kite takde anak, kite teringin la nak beli mainan, beli baju2, kdg2 pampers pun selalu aku belikan, niat nak sedekah sbenanya sebab aku paham idup diorang susah. takla susah sgt tapi maybe tak la sesenang aku yang bapak kasi kereta free, kereta yang takpayah byr apa2 sebab bpk aku beli cash (kete 2nd je), tapi rumah, laki aku byr kot. bukan la nak ckp ape, kalau die byr je duit sewa rumah, teros tggal ciput gila duit dia. sebab tu aku bantu dia byr bil dan lain2 itu pun, ngam2 je tggal utk makan sebulan lakibini. kete dpt free pun, minyak semua sendiri kott. 
katsitu aku taknampak pulak dia susah. kakcik lebih senang la begitu? takpayah byr sewa rumah, duit kete, minyak, makan dah tentu la mak ayah ada, pendek katenye aku rase mcm effort diorang tu tidak lah beriya mana. aku tibe2 rasa mcm selagi mak ayah ada diorang dok je situ dan ikot je flow, sampai satu tahap rasa anak ramai (3 pun aku rasa ramai for them yang duduk rumah mak ayah) kalau adikbradik sikit takpe, adik2 laki aku yglain pun yg dah kawin memang duduk situ. hm.


ha tiba2 aku terdetik dalam hati "ha kan dah tuhan kasi anak lagi, esok2 nanti lagi bertambah..mase tu baru ko pikir nak usaha untuk cari rumah lain"


aku takcakap aku ni bagos benor tapi atleast bila tuhan uji aku dengan susah dapat anak, byk benda aku belajar, dan byk benda yang SEDAR, aku rasa kalau aku senang pregnant aku takkan SEDAR DIRI.. jadi dari sentap 1 saat sebentar tadi, aku realize yang ini ujian Allah utk dia. tidak perlu utk aku SENTAP atau sedih dengan rezeki orang. aku sikit pun takde rase benci kerana kakcik pregnant. 


In fact, i just smiled, cynically. 

December 15, 2011

Busy

Adui, ada audit minggu ni, kelam kabut la nak update file. jadinya minggu depan saje lah saye updet blog!
heard some good news from TTC frens, congratulations!!! :D 

December 5, 2011

PCOS: Get pregnant, Quickly?

Ada setengah2 pompuan yang aku tau, ada masalah nak conceive, period tak regular tapi taknak treat apa2. Memang la takde rase ape2 kalau tak treat pun, tapi kalau cycle tak regular tu lebih kurang lah puncanya sebab Polycystic Ovarian Syndrome. (PCOS)
Penyakit ni tiba2 pulak sangat common kan? 
Entah tattau apa punca, some say sebab keturunan, some say sebab faktor pemakanan, some say its unknown. 
Whatever it is, kalau taknak pregnant pun, kena jugak treat penyakit ni sebab kalau tak, it can lead to Ovarian Cyst. Bila dah ada cyst yang besor dok kat ovary kita, jangan nangis lah bila kena operate nanti, affected pulak dekat chances kita utk conceive soon. 


Aku dah banyak jumpa pelbagai gynae. Dr Ummul, Dr Rafi, Dr Sudha, Dr Karamjeet (The UMRAs Doctors) and lastly Dr Delaila (SJMC).
All of them have different kinds of "style" but they all say the same thing when i asked
"How to treat PCOS?"


know what they answered?


"the only way to get rid of PCOS is, to get pregnant quickly"


Aku macam nak, I beg your pardon? 
QUICKLY?


so yang selama2 ni apekah yang aku usahakan? to get pregnant quickly lah kan? 
gaye cakap mcm "go to the grocery store quickly"
atau "service your car quickly"
atau "pay your astro bills quickly"


eventhough when i thought that i should let that "feeling" go, i still have to get pregnant quickly because to get rid of the goddamn PCOS. 
so what now? to get rid of pcos, i have to get pregnant quickly. the question is, HOW TO GET PREGNANT QUICKLY LA dowhhh? 
walaupun aku dah takkisah dah benda tu cepat atau lambat, kalau tak buat apa2 PCOS aku will get worst dan memudaratkan kesihatan aku sendiri. 
untuk tidak menjadi ignorant, sekurang2nya aku perlu treat PCOS, in order to treat PCOS, is to get pregnant quickly. 
again, im asking you HOW LA to get pregnant quickly!? 


Currently, saya gigih mengunyah Noni Chewable by Biodex tu. yeah! there's improvement on my BBT! i hope (REALLY HOPE) that i will get my periods back this month. 
please, for the sake of getting rid of PCOS. (and to get pregnant-quickly, or so the doctor says)


I've got coverlines! Hopefully it will continue to rise at least for 10days. pLease!

pic credit to biodex2u.com.my


Oh btw, some of you with PCOS, try Noni Chewable by Biodex yang baru RM32 jek or any other Noni Juice Extract. Or if you are just clueless what are the benefits of Noni, just google, you'll find loads of them. If you are with Cyst, lagi lah elok. Mana nak beli? Kat kedai2 jamu yang banyak jual produk biodex mesti ada. Dia tablet boleh kunyah mcm vitamin C tu :)