Showing posts with label blabbing. Show all posts
Showing posts with label blabbing. Show all posts

August 17, 2012

Period!

Yesterday at 4pm, i felt something was coming out but i ignored it because i thought it was a normal vaginal discharge. then balik je rumah tengok, ada darah merah.
WEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
I'M HAVING MY PERIODS BACKKKKKKKKKKKKKK
its thick, and bright red, so i know it was not spotting, it was blood.
SUKA GILA excited terus pegi pakai pad hahAhahaha
walaupun dah petang dan lagi 2 hari nak raya, TAKPE LAH.
(saya raya awal)
heuheuheuheueee
i have no senggugut at all, (ada senak2 sikit je), no breast pain. senak di abdomen je.
tapi tak sakit mana pun, so i knew myself that maybe, this rahim is really new and tried to adapt with my cycle.
well my last period was 15 June - 21 June (malam selepas berubat tu terus period, remember?)
So am i getting on with my usual cycle during my normal days zaman sekolah2 dulu (2 bulan sekali)
kalau ya, Alhamdulillah syukur, 2 bulan skali means long cycle, but its normal to have long cycle as long as it is consistent.

BUT.

ok. ada BUT.

now the darah already gone dan tak kuar2. -___-

so period satu hari?!

This was the chronicles

15 - 21 June : Normal period, healthy period
5   - 16 July : Spotting
16 Aug : bright red, thick blood but only lasted till midnight.

(1st cycle: 23 days) and (2nd cycle: 43 days)

Okay skang ni pagi lagi apa kata kite sabar dan tunggu sampai petang.

Tapi ada gak google apa possibility leh jadi mcm ni kan.
So here's various of answers from Dr Edward Ramirez http://womenshealthandfertility.blogspot.com/2010/03/very-weak-one-day-menstrual-flow-is.html

Kemungkinan:

1. It's normal because the amount of blood flow is proportional to the thickness of endometrial lining. So my uterus mungkin baru nak develop it's own lining? And as long as it is a flow, it's nothing to worry about.

2. Hormonal imbalance *menguap* b o r i n g

3. Implantation bleeding (which i dont think so) - BBT is low today 36.34c so, nope, i dont think so.

Well, it's okay we'll wait until evening, or tomorrow.
Nak je minum air nenas ke apa bagi dia kuar banyak tapi kot tajam sangat kang bahaya. hmm

Apa2 pun I'm glad to have my periods back!! :D
Korang penah period satu hari ke??
---
Selamat Hari Raya to me! ;P huhuhu



August 16, 2012

Why We Mustn't 'Canang'

Baru2 ni aku update status dekat facebook.

"Awal-awal jangan canang sangat. So-Not-Kewl"


kpd yang ada add aku dlm friendlist, korang mesti ada terbaca status tu, LIKE atau ada komen.

I've deleted that post sebab RAMAI yang salah faham. 
i dont mean pregnancy only. i meant anything general. 
Anything.

Contoh 1:
Awal2 bercinta jgn terlalu canang kat orang pasal nak hidup bersama sehidup semati la sanggup renangi lautan api la lautan pasir la lumpur la, skali breakup or bf ada scandal, sedih terlampau2. Ubatnya? Awal2 jgn canang sangat.

Contoh 2:

Awal2 bertunang jgn terlalu canang kat orang sgt, My fiance this my fiance that, lovey2 dovey la konon, astu asik update hal2 kawin je. Survey brg hantaran with tunang, dating with tunang, tunang bagi me present, tunang says he misses me, blablabla. Skali putus tunang...haaaa tau plak kata Takde jodoh.nak buat mcm mana....Ubatnya? Awal2 jgn canang sangat.

Contoh 3: 

Awal2 kawin, sket2 citer pasal hubby ku ini, hubby ku itu, hubby this hubby that, thank you hubby, miss ur kisses hubby, OKAY fine sweet la kalau kena pada tempatnya tapi kalau asik dok citer hubby je macam kau sorang je ada hubby??
and kena ke thank you kat hubby kat wall memasing? i mean, u cannot talk at home la? ke maybe hubby jauh sgt ada kat oversea kot..then paham la kalau mcm tu kan..hehhee but cant u just keep it private? takperlu canang, tayang sgt kat orang yang awak tu bahagia walaupun halal. rilek2 sudahhh
esok lusa kau bergaduh, caci maki sesama sendri, sebok bercerai-berai,
update pulak status gini: Lelaki semua sama..Lelaki smua kejam..Kenapa saya diduga begini..blablabla.
ha haritu ko kepoh sgt hubby itu hubby ini. 
Ubatnya? Awal2 jgn canang sangat.

and same goes to pregnancy, yg ni takyah bagi contoh smua tau apakah contohnya. semua boleh bagi contoh sebab semua pernah alami. kan. 
Masa aku pernah lekat 3 kali dulu pun aku takottttttt sangat kalau TER update apa2 yang berbaur pregnancy. Aku penah update "Letih la harini" 
Itu pun ada orang komen "ada isi ke?" 
Then terus aku delete post tu sebab aku takot.
Then 2minggu pastu aku bleeding. Terus aku janji aku TAKKAN update apa2 sbb takot jatuh riak, takot orang salah faham, takottt sangat :( please lah rasa takot kalau diri terjadi RIAK. please.
Yang tak penah kena memang takkan rasa takot dan aku doakan korang jgn lah terkena tapi satu je, buang lah sifat riak kerana banyak kelakuan kite yang kita tak sedar telah mendatangkan RIAK. 

But canang awal2 tu, i meant GENERALLY...bukan satu benda je.
takyah canang awal2 benda yang belum tentu.
nanti makan diri sendri nauzubillah :( 
mintak dijauhkan kita dari suka canang-mencanang ni. tahan diri. 
keep it to urself and closefriends/relatives only. okay? 

for me skali skala ok laa kite happy, semua org berhak utk rasa gembira dan ingin share. takpe its okay dan tak salah pun. dan itu bukannya "Canang"
Canang maksudnya disini HEBOH KECAH sana sini kepoh citer kat satu dunia, kat public, semua org baca, and be proud about it. That's Canang.
(what's ironic is that, bile sedih pun, Canang juga) haish! 

zaman skg org asik salahgune kan facebook/social media, sampai boleh mengundang fitnah. 
Salah faham pun ramai, i think i should not update anything that's not important anymore.
Sebab orang salah faham and when orang salah faham, it annoys me. 
It annoys me especially when people thought I AM THE ONE who is pregnant and secretly taknak canang awal2, tapi baru bgtau orang nih, taknak canang, tapi orang tanya pregnant ke jay? tibe2 mengaku. errrr kan macam tak kena tu. 

But its my bad, aku yang being too general and my TTC friends thought i only mean pregnancy. 
No, Anything can go with that statement.

(but no im not pregnant, dont worry) baru je test 2 hari lepas and its negative anyway :P

so itu saja penerangan saya :P hehehe maaf zahir batin aku tidak berniat sakitkan hati sesapa sekadar nak ingatkan diri sendri dan kawan2 yg lain. 
sayang sangat kat my TTC friends!!! mmuahhhhxx <33333


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ;) 
maafkan saya kalau ada blog entry yang menyinggung perasaan sape2, saya hanya manusia lemahhhh (ceh!) :P hehehe minta maaf dari hujung rambut sampai ujung kuku kaki yaa..
SELAMAT MENJAWAP SOALAN CEPUMAS DARI SAUDARA MARA hehehehe dan DRIVE SAFELY!!! 
JGN CANANG SANGATTTT TAUUU RAYA NI :P heheheh

August 9, 2012

Raya is Coming.

Hehehe, cara aku menjawap dengan orang di post bawah ni jgn la ikut sgt ye hehehe kang orang benci lak kat kite :P tibe2 rasa bersalah mengajak orang utk menjawap2.

Tapi sbenanye itu my tips je, u dont have to follow mine, buat ayat sendri yg lebih neutral pun takpe.

Semalam, lepas lepak dekat Laman Seri S.Alam tu aku jalan2 kat bazar jualan yang ada kat situ, saja la tgk2 kuih raya, baju raya. then we all happen to bumped into my hubby's friend.
lepas dia borak2, kami pun nak blah aa, then kwn dia sEMPAT LAGI sound dari jauh "wei! berDUA JE KEEEE"

laki aku terus tarik tangan aku pegang erat2 tunjok kat kawan dia "berdua laaaaa :D :D :D" Sengeh banyak2.
terus rasa diri ini sgt dihargai dan disayangi HAHAHHAHAHAHAHAHA

ok harap2 jangan la laki aku jumpe post aku ni :P

padanmuke kawan dia tu! bajet nak harap kitorg sedeh statement tu meant for Bila nak bertiga, tapi who cares? laki aku siap nak pelok aku kalau boleh dpn kawan dia tu.

hohoho
BIAR LA org nak lovey-dovey bertahun pun yang orang susah tu kenapa? astaghfirullah

So raya dah nak dekat. Tipu la sbenanye kalau aku  tak jeles sket la kan orang lain beli baju anak2 astu matching2 dgn colour tema family, kfine la. jeles sikit laaa tapi takkesah sgt pun :P esok lusa aku ade la tu anak. kate la takde anak lagi bape tahun pun, kalau ade rezeki ambik anak angkat aku ambik je. pun boleh belikan baju cantik2, tak dosa pun.

Raya tahun ni aku jangka nanti ada orang dah mula risau pasal kami takde anak. biasa nya tahun2 lepas orang cuma tanya2 Bila nak ada, dah ada ke belum, dan sbgnya.

Tahun pertama 2009 balik raya: orang terus tanya selepas bersalam "dah ada isi?"
bila jawap belum dengan senyuman, diorang ok je mungkin perangai kepoci dlm diri sukar nak buang dlm setiap orang melayu, jadi soalan tu aku maafkan dan diorang tanya cuma sebagai pengganti soalan "Apa Khabar?" ok fine. diorang pun doakan "takpe mudahan2 cepat la dpt anak, baru lagi ni enjoy dulu"

Tahun kedua 2010 balik raya: orang mula raba perut aku sambil senyum2 dan itu adalah annoying tahap rasa nak tampo. Aku dengan selamba ckp "nak rasa taik ke?"
Jawapan mereka: Tak, nak rasa dah ada baby ke belum (selamba gile direct)
Jawapan aku: Belum la.
Muka diorang: *mencebik* dan cakap "ape la..bile nak berisi ni?..lambatnya"
Aku: tgh treatment dgn doctor la setakat ni dah 2 3 ribu dah duit abis.
Mereka: Ala takpe duit leh cari..usaha tu penting..(eh senangnye cakap duit leh cari)

Tahun ketiga 2011 balik raya: orang bertanya sambil muke berkerut macam aku ni tak taubat2 dari membuat dosa besar. menadah tangan dan tunjuk ke perut (mcm kelaparan tu) "TAKDA LAGI?"
Aku sengeh: TAKDA!
Mereka: Laaaaaaaaa lamenyeeeeeee (mcm dah 10tahun kawin) orang lain beranak pinak dah!
Aku: takpe, tak syok beranak beramai2, nnt orang berkira nak kasi hadiah. biar anak korang smua dah pegi skolah baru kite beranak k? jgn lupe beli present best2 dan bagi duit byk2 kat kite tau! *Sengeh besar*
Mereka: -___-

Tapi Bila tahun ke 4 balik raya 2012 ini pun takde apa2 aku rasa orang akan mula concern lebih serious dan mungkin dah tak ke arah perli-merli lagi.
Mula lah nanti ada banyak dokter2 tak bertauliah, tips2 dari sana sini. Yang kelakar nya none of it will be tips on how to get my periods back. smua nya pasal Tarikh nak bersama la (Zzzz) pasal apa nak kena makan or surah ape yg perlu amalkan la..(surah takpe, itu bagus)

bila aku kata "saya susah nak period"
takde sorg pun akan cakap selain dari "Pergi lah jumpe doktor!"
atau "ambik lah ubat period!"
hehehehe
so selama ni aku ambik ubat apa? besarkan bontot?
bila aku ckp "dah penah lekat dah tapi gugur"
diorang akan kata "rahim tak kuat laa tu..pegi la urut!"

mcm senanggg nyeee solution dlm kepala otak diorang? eh apa kata korang jadi gynae. sebab korang nye jalan penyelesaian sgt mudah. Pegi la urut. Makan la jamu. Makan la folic acid. Bacalah doa. (ok doa tu memang la mesti baca) tapi mcm buat semua tu je kompem pregnant terus.

aku memang nak jawap setiap apa tips yg diorang bagi, aku nak tanya kalau aku tak mengandung gak mcm mana? apa kata kite bet? kalau aku buat apa yang korang suggest ni (seperti mengurut, sengkak rahim, watever, minum jamu akar kayu watever, bermain pada tarikh2 yang disyorkan) dan aku tidak mengandung dlm masa 3 bulan, korang kene bagi aku RM500. amacam? mesti tak brani suggest kan? :P
nanti kalau aku tak mengandung gak mesti diorang kata Dah takde rezeki nak buat macam mana?
Jadi apa beza dengan apa yang aku dah usahakan selama ni? Sama la jugak Takde rezeki jawapannya to every failure. bukan takde, BELUM. and there's nothing wrong about LATE being a mommy.
I'm late, i know. But what's wrong?
ko tunggu sok, anak ko 2 3 orang smua kelas belakang2, kelas budak takpandai. anak aku lambat keluar tapi IQ genius sampai tahap leh solve soalan fizik form 5. Haaaaaaaa skang sapa ketinggalan??? *perasan*

sbenanye aku bukan lah EGO taknak terima nasihat atau tips. Im okay if u are helping. just some of it are annoying sebab macam mudah sgt nak buat. macam aku bodo sangat taktau itu ini. I'll appreciate if org2 yg nak bantu ni to be spesifik sket nak membantu. bukan just Pegi lah urut, Makan lah jamu, Jumpa lah doctor. as if selama ni aku tak jumpe jalan pegi klinik. please lah guna otak. i dont buy all that.
Aku faham if my cousins concern pasal PCOS aku ni, aku takkisah pun. kadang2 aku lega bila aku dapat explain apa penyakit aku, dan aku akan lega bila they share what they know about it. Tapi makcik pakcik yang tidak bertauliah tolong diam and stop berkerut dahi pasal aku tak mengandung boleh?

Tapi since berubat dgn tuan haji haritu aku rasa ada modal baru leh cerita ni hahaha, itu pun kalau diorang faham. tapi makcik pakcik, kompem suka cerita2 mistik dan aneh seperti ini. TAPI, kompem aku kene suggestion lain (which is ke arah positive) seperti Ha banyakkan mengaji, baca quran, supaya tak terkena jin lagi..blablabla OK yang ini aku lebih rela. jadi apa kata aku guna je modal psl berubat kampung haritu.

Funny thing is, aku taksuke menunjukkan kesedihan kepinginan aku nak anak tu sebab AKU OKAY je sbenanye. i dont go " :( saya sedih, dah lama dah kawin tapi xde anak lagi ni..mcm mana aa....leh tolong tak ape2 tips :(" dan muka asik begini :( :( :( :(
becoz im noT!
IM NOT that pathetic. serious. aku OKAY.
tapi kdg2 bila orang tanya2 tu rasa mcm bende tu patut disedihkan. SAYA DIPAKSA BERSEDIH.
dia mcm EH apa kau gelak2 takde anak ni, takde anak itu SERIOUS! kau kena risau! kau kena sedih! bukan gembira! mcm tu?
its like being happy for having cancer.
haaaa mcm tu la diorang punye nak suruh aku sedih tu.

atau apa kata bile diorang tanya je, aku terus meraung mcm org histeria?
like, "Eh kenapa tak mengandung2 lagi ni?"
aku pun terus "Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahwaawaaawaaaaaaaaaa!!!!" *menarik2 rambut menghentak2 kaki, meraung menangis berjujuran air mata di depan org ramai*

macam orang gile kan? nak kene buat mcm tu baru orang tak tanya kot?
hoho.

apa2 pun, aku pun mcm korang.
berdebar tunggu raya sebab takot sakit hati.
haritu aku ada buat satu post kat TTC Group Malaysia which mengenekan batang hidung sendri dan orang lain yg TTC. tapi aku ckp tu mmg utk sama2 kite jgn busuk hati dan buruk sangka.
Nanti aku copy paste balik apa yang aku post tu. skang ni takleh bukak fb sbb office hour.
i said something like this :
Bila orang tanya kita Bila nak ada anak? Dan kita sakit hati - ITU SETAN. 
Bila dengar pregnancy news org lain, Dan kita sakit hati - ITU SETAN.

Yes mende2 di atas yang aku tulis ni sama seperti buruk sangka tapi i cant help it sebab aku dah trauma 3tahun terkena mcm tu. jadi apa yang aku boleh buat before raya dan sebelum berjumpa orang raya ni nanti, cuma zikir banyak2 dan berdoa orang tak sakitkan hati kita. itu je kite mampu.

Raya lagipun, Bulan baik. yang setan tu smua ready nak berkompang sbelah kita supaya kite nangis, sedih, benci sesama saudara-mara sbb dia dah target kite kompem sedih dgn soalan Anak tu. jadi mari lah sama2 kite lawan supaya kita jangan geng dengan setan.
Setan mmg keje dia suruh kite menci sesama umat islam.
Itu punca kenapa kite sedih, marah, sakit hati dgn orang. Sama2 kite perbaiki diri k.
aku sendri pun takleh kontrol marah dgn menulis2 bende di atas ni, tapi itu trauma.
aku cuba terapkan dlm otak supaya kita jangan buruk sangka dgn orang dan membayangkan perbuatan tu akan buat setan berkompang berjoget kegembiraan kerana berjaya buat kite sedih/benci/marah/pissedoff dgn saudara-mara kita apatah lagi buat kita rasa benci nak ziarah saudara-mara. LAWANNNN



August 3, 2012

Kering dan Kebal

i wrote this few days ago tapi kept it as draft, harini baru publish.

---

Looking at my ticker ----> I'm TTC for 3 Years, 6 Months, 3 weeks, and 6 days.
36 36 Wahhh amboi gangster nye nomboooo....
hahahahhaa

Tidak disangka dah 3tahun setengah, tak pregnant lagi! huuuuuu
semakin lama aku rasa aku dah makin kering. bukan badan kering, badan aku ok je cume bulan puasa ni turun sekilo dah, 44kg skang uhuhuhuk...
tapi hati yg kering. aku dah rasa mcm KERING gila nak hadap semua ni. agaknya kalau tahun depan tak pregnant2 lagi taktau apa lagi kering dari kering.

Aku ni pun sengal yang nak pregnant sangat kenapa?
ha dah 3tahun setengah takde anak, ok je idup kitorang?
hmmm
Rupenye ok je kalau takde anak ni, yg tak ok cume mental.
Dan orang sekeliling. sbenanye kitorg OK tapi org sekeliling yg tak OK. hahaha!

Hehe. Eh adik ipar aku bersalin anak no 2 dah minggu lepas, dapat boy pulak dia so dia dapat sepasang. Aku KERING je tgk baby dia :P tersengeh2 aku sorang2 sbb baby tu dgr suare aku terus sengeh! maksodnya dia tau aku auntie yang cool. heheheh

tibe2 baby tu melalak. Hahhh terus telinga aku rasa bingit dan terus dlm hati berkata "mcm niiii aku nak baby sgt?"

Aku ni sabar je la tunggu raya ni kan, dah la tahun ni laki aku nak raya umah mak dia kan, so aku kompem kene tembak punye dengan senapang, pistol buruk, pistol air dengan makcik2 sdara dia yang dah lame takjumpe. yg adikbradik dia, mertua aku, smua OK sporting jekk..yg lelain tu aku fobia sket.
Aku nak jangka tembakan diorg nnt mcm mana, dan jawapan aku yang neutral tapi bagi diorang menci nak tanya lagi. :P EH tak baik la aku buruk sangka! Ok ni bukan buruk sangka, ini persediaan untuk diri sendri, eh orang yg penah kena tembak je akan rasa Fobia mcm ni. Ok kita cuba jgn buruk sangka, kalau leh berdoa lah semoga diorang tak tembak kita atau boring dah nak tembak kite. tapi andai kata kENA tembak juga, aku nak sedia jawapan ini supaya aku tak bengang dgn diorang.

1. Eh kakcik dah anak 2 ni, dahla kawin lepas kau, kau ape pun takde???
JAWAPAN AKU: Eh, ada ni kat sbelah ni anak saya. Tak nampak ke? Hm sapa taknampak pendek umur. dah 2tahun dah dia ni ha, pandai jalan dah. Taknampak gak? Sah pendek umur. :D

2. Ha, yg korang nih? Berdua je lagi? tak boring ke??
JAWAPAN AKU: TAK BORING. sebab kitorang rockstar dan retis fofular (buat muka perasan dan menjengkelkan). Dengar cite orang yg ada anak lagi boring? Eh  bukan ek? Kawan2 saya yang ada anak asik komplen boring je..hm cuba tanya diorang lak tak boring ke ada anak? EH salah eh tanya gitu.

3. Ey, dah berurut ke belum?? ---> soalan wajib
JAWAPAN AKU: Dah urut dah. selagi tak mengandung kene urut hari2 ke macam mana? Ke nak kene tunggu perut bengkak baru berhenti urut ke mcm mana? 

4. Ape nak jadi ni tak mengandung2??? Taknak anak ke?
JAWAPAN AKU: Sebenarnye banyak benda saya nak. Saya nak anak, saya nak kereta besar, saya nak rumah banglo, saya nak guitar gibson, saya nak kawin dengan sultan, tapi semua takdapat. Acane tu Johan?

ok itu saja utk hari ni.
hehehee

July 25, 2012

Belajar


Saat kita di duga begini, banyak benda yang kita belajar.
Belajar sabar, belajar bersyukur, belajar beramal, belajar ilmu baru, belajar untuk redha, belajar menerima kenyataan, belajar mengenal diri sendiri, belajar untuk tidak riak, belajar untuk tidak menjadi manusia ignorant, belajar untuk menghargai.
Katakanlah kita tidak diduga, siapa yang akan belajar? 
Takkesahlah kalau senang beranak pun, tetap juga diduga. 
Dan beranak atau tidak beranak itu bukan satu2nya jenis dugaan. Sebenarnya kalau kita ambil tahu dugaan yang melanda orang lain, kita akan rasa dugaan TTC ni kecik sangat. Dugaan takde anak ni kecik sangat. 


Tapi itu kita yang rasa, orang yang takrasa, tidak tahu, malah lebih tidak bersyukur dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Mereka lagi lah takdapat belajar. Maksud aku, orang yang suka mempersoalkan tentang kita yang belum ada anak, suka kondem, suka menuduh, suka menghina, seolah2 kita buat dosa. Itu semua bukti yang diorang ni takpernah belajar (dalam erti bahasa kasar, bodoh tak pegi skolah.sekian.)

Kadang2 aku boleh emotional, kalau terbaca mana2 blog atau post di fb tentang kesedihan masing2 bila datang period, atau bila keguguran, bila takdapat 'beri' suami zuriat. (dah lupa ke manusia memang takbole beri nyawa?) 
Jangan lah kita ni bersedih sampai fikir macam orang yang takde agama. Minta maaf ye, ini jugak peringatan untuk diri sendiri. Statement aku paling stress kalau orang mengadu yang dia baru dpt news si sipolan pregnant, si adik ipar pregnant, si kawan opis pregnant, and then disusuli dengan ayat "murahnya rezeki dia :( " seolah2 trying to say that rezeki dia murah, rezeki kita mahal. sebab?
tak pregnant2.
hmm..tak baik weh. kita yg TTC ni memang akan dilanda dugaan melihat orang lain pregnant. itu dah memang lumrah. mana ada orang yg TTC tapi takkan dengar news pregnancy dari orang lain? mesti ada punya. paling ramai kita yg TTC lah yg akan menghadapi adik ipar yang pregnant dulu. itu biasa. 
itu sbenarnye tidak perlu diluahkan. pendam dan telan je. esok tu lupekan. 
sebab biasa. semua orang rasa. bukan bende yang aneh. 


Belajar lah redha. Tolong, aku stress gila kadang2 bila baca luahan hati orang. (itu pun boleh stress ke?) hahaha...maksud aku, luahan hati smua orang itu adalah apa yang aku pernah rasa, cuma aku tak cakap sebab aku takut bila aku terlalu nakkan sesuatu, benda yang dah ada ni akan diambil pula. 
Jadi aku BELAJAR untuk diam. 
Aku takut suatu hari ada statement seperti "ha tu la nak sangat anak, kan dah _______ pulak jadi" dilontarkan kat aku.


aaaaaaaaaa


ok mungkin aku fikir negatif, tapi itu bukan negatif. itu beringat.
beringat untuk tidak "Nak sangat" kalau benda tu takde. Yang ada ini, kita mesti NAK. 

Aku paham mungkin ada setengah kawan2 TTC yang lain yang lebih teruk ujiannya, mungkin dihina ibu mertua sendiri, mungkin ditertawakan kawan2, atau saudara-mara. atau dihina suami sendri. 
Tapi jangan jadikan issue2 itu semua untuk kita 24jam memikirkan bila nak pregnant, bila nak dapat anak. 
Untuk kita yang TTC, anak itu sesuatu yang takde di depan mata, tapi cuma ada dalam angan2 kita. 
Insyallah satu hari diturunkan oleh Allah ke rahim kita, tapi insyallah juga takkan diturunkan lansung sebab di akhirat kita akan diberi ganjaran lain. Tapi usaha haruslah diteruskan, tanpa jemu. Kalau ada penyakit yang membuatkan kita tak pregnant, then usahalah untuk ubat, sebab semua penyakit ada ubat. Cari, sampai jumpa. Niat dalam hati, usaha itu untuk buang penyakit, untuk sihat badan, supaya kalau ada rezeki zuriat pun, kesihatan badan takkan memudaratkan kandungan. Bukan ubat penyakit semata2 nak pregnant. 

Aku sertakan video persembahan sahabatku Wani Ardy dalam showcase AcidHadi & WaniArdy bulan May lepas di Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka KL. Lagu yang bertajuk BELAJAR hasil tulisan Wani sendiri. 
Wani Ardy ialah seorang kawan yang buat aku belajar jugak, she was diagnosed with Mayer-Rokistansky syndrome when she was 18 (Google please) which causes inability to get pregnant.




BELAJAR
Oleh Wani Ardy

Kata, mudah, murah, percuma
Kelat, lidah, kita, merasa

Bukan mempersoal- melangut cuma

Aku manusia biasa, kadang lupa


Jangan, buta, pada, yang ada

Rangkul, aku, waktu, hancur

Minta nyawa dan asa,
Aku manusia biasa, kadang sia

Melihat hujan sebagai rahmat; 
biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari sayang di dalam benci; 
merendah diri, membuka hati
Melihat gelas separuh penuh; 
yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan

Sukarnya namun aku belajar

Melihat hujan sebagai rahmat; 
biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari helai daun yang hijau, 
dalam terbentang luas kemarau
Melihat gelas separuh penuh; 
yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan

Sukarnya namun aku belajar

Copyright © 2002-2010 WaniArdy TintaJiwa Ent.

July 20, 2012

Ramadhan ke 4 Berdua


Kisah Ramadhan kami berdua.

Ramadhan 1430H (2009) 
Kahwin January 2009, so takde hal lagi la kan tak pregnant after 7months married, masih seronok kerana dapat berpuasa sebagai seorang isteri, dapat masak sahur dan berbuka untuk hubby, masa tu aku still dok kat rumah bapak aku, taksampai hati nak tinggalkan bapak aku sebab mak aku baru meninggal sebulan lepas aku kahwin. Tapi lepas raya tu dia jumpe maktiri aku (umi) and they got married :) aku moved out sebab nak bagi diorang dok kat masterbedroom, and sebab aku dapat keje kat shah alam, dekat dgn laki aku yang keje uitm tu :)

Ramadhan 1431H (2010)
First time berpuasa berdua dekat rumah sewa kitorang, first time merasa bangun pagi2 gelap prepare sahur, merasa sama2 ke bazaar ramadhan beli juadah berbuka kalau xsempat masak, merasa kelamkabut balik rumah utk masak utk suami n buka bersama :)
First time jalan kaki sama2 ke masjid utk solat terawikh :)
Masa tu bersungguh2 berdoa nak pregnant jugak, sebab takot sangat dengan soalan2 orang keliling bila balik kampung utk raya nanti.

Ramadhan 1432H (2011)
Kali ke 3 berpuasa sebagai suami isteri, OK LAGI berdua, masa ni dah start buat activity2 charity masa bulan puasa, rasa syukur sebab diberi peluang, mungkin memang ada hikmah Allah tak beri anak lagi sebab nak suruh kami ni jadi insan prihatin kat orang2 susah!! cewah..hehehe
Masa ni dah hati kering dah pikir pasal raya, hati kering tembak orang balik, hahaha! dah takde perasaan walhal menahan marah, tapi dah mampu think positive. Segan nak doa pasal pregnant lagi, sebab banyak amal masih tak cukup, malu sangat dgn Allah taala, jadi doaku hanya untuk minta Allah lindung keluarga kami, kuatkan hati kami dalam mengharungi dugaan, dan panjangkan jodoh kami suami isteri ke akhirat :)

Ramadhan 1433H (2012)
Bakal menjelang esok insyallah. Teruja sangat sebab boleh ulang perkara2 di atas lagi.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati, semoga penyakitku bakal sembuh sempena bulan yang mulia ini, semoga dimurahkan rezeki semua rakan2 TTC ku sekalian.

Buat sahabat2 TTC-ian semua, Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia ini, banyak2 beramal dan berdoa :) Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki kalau ada entry yang menyinggung perasaan kalian, maafkan lah aku. Aku doakan korang semua sentiasa diberkati Allah Taala, sentiasa diluaskan rezeki, dan sihat walafiat selalu. Selamat berpuasa dengan suami tercinta ;)

ps: Dengar citer TTC Group Malaysia akan buat next gathering buka puasa pula, nanti aku update kat sini ok!

July 6, 2012

I'm on CD24!

I'm on CD 24 today!
Hehe received few emails asking Any Good news? hahahaha
Rilek aa uolllss, i baru je cycle day 21 harini (kalau nak diikutkan dari date my full menses), kalau CD30 tak period2 then baru la i check hpt :D tapi itu pun kalau my BBT ada any signs showing I'm pregnant, kalau temperature low je memang tak pregnant la..tapi aku tak harap cycle aku akan cantik secantik buku teks tu, 28 days. sebab cycle normal aku ialah 40-50 days. memang zaman skolah dulu aku period 2 bulan skali (zaman normal).
Then when I asked my gynae, dia cakap some women mmg borned with Long Cycle. Jadi kalau normal cycle seseorang itu ialah 40-50 days, then itu normal cycle dia. Bukan dia tak normal cuma tak sama mcm majoriti wanita.
Dalam buku teks kata 28-30days sebab itu yang kebanyakan pompuan alami.
Well i tracked my BBT and i already cut down the previous temp sebab terlalu panjang chart aku sampai cycle day ke berapa ratus entahhh (kan berbulan2 tak period)
So i cut down and start from the day entry Wayang tu.

Click for larger view


Kat chart tu nampak dah CD 24 tapi aku tolak 3 hari yang spotting ( the * sign) sebab actual cycle is the day we started the full flow of menses. (darah merah, bukan brownish spots)
tapi FertilityFriend.com tengah bagi free VIP Trial membership, so tu yang chart tu ada macam2 option dan kaler. and nampak tak kaler merah ujung skali tu, itu maknanya Forecasted Menses. Wahh dia leh forecast terus, mcm tau-tau2 je cycle aku memang panjang?
hehehe sbenanye die computer generated so die calculate ikot previous charts aku.
kalau nak diikotkan forecasted menses tu agak logik untuk aku yang memang cycle panjang tapi aku ni dah lupa ke lepas wat rawatan ni rahim aku ni dah Rahim baru??!
Hmmmmm takpe kite tengok mcm mana. aku pun tattau temp drop on CD21 tu meant ovulation. or i didnot ovulate at all.
Takpe mungkin badan aku baru nak serasi dengan rahim ni so kite tengok je la ape berlaku lagi 2-3weeks.
i know we all hope for some "miracle" tapi i dont want to hope that much. Macam tergopoh-gapah baru je berubat 3minggu lepas terus harap dah lekat kali ni :P hehe, segan saya dengan Allah Taala.
Semua ni kuasa Allah dan Dia je maha mengetahui bila yang patut saya ada zuriat, kalau waktu ini belum sesuai, then aku sangat berharap darah kotor ini keluar supaya aku tidak berpenyakit lagi. amin :)

AND! sila tengok on CD24 (hari ini) aku spotting! sebenarnye dari semalam! malam tadi! before tuan haji sms beritahu yang mlm semalam adalah rawatan susulan kali ke 5 di rumah aku sendiri. before aku tido aku check kat seluar aku ada spotting -___-
owh what could it beeeee lahh.
harap2 its not a bad sign, mcm haritu. (trauma tak ilang lagi)
harap2 it meant ovulation, or sign of my menses coming, or.......HA TENGOK! dah terpikir! aaaaaarghhhhh!
JANGAN PIKIR!
nanti kecewa!

ok jangan pikir.
tapi think positive ;)


July 2, 2012

Torture Ourselves

How do we torture ourselves? and WHY?
How do we overcome this?



1. Seeing a pregnant lady and say to ourselves:
    "Jelesnya :( Kenapa bukan saya?"
    "Bestnya dia mengandung, Kenapa bukan saya?"
    "Macam mana lah rupa aku kalau mengandung ye :( Hai bila lah agaknya rezeki aku"

2. Pass by a Baby Shop like Anakku or Mothercare and wonder:
    "Bila lah agaknya aku boleh beli benda2 ni?"
    "Kan best kalau mengandung, boleh shopping barang2 baby :( "
    "Menyampah betul lalu kedai baby ni..bukannye bole beli pun :("

3. Hear a pregnancy news and say:
    " Bestnya :( kenapa dia???"
    " Tahniah!!!" senyum, then balik menangis mintak hubby pujuk.
(kalau hubby org lain mungkin larat la pujuk, tapi laki aku, free2 je aku kena ceramah forum perdana berbakul2 terus kalau pi sedih2 pasal takde anak ni)
    " Kau diam boleh tak, perlu ke bagitau semua orang" (this is what i did b4) hehahaha!
    " Eleh boring nye pregnant awal2" (padahal taktau cerita orang tu tah2 4 5 tahun baru pregnant)

4. Got your period, and say
    "sayang, saya period lah :( " to your husband. then your husband pun torture u with that :( face.
    " Why do u have to come????????" and then cryy cryyy cryy.
    "Why do you leave mummy??" in the toilet. Cakap dgn darah kotor mcm tu.

5. Everyday think of BABY. BABY. BABY. and nothing else! you forget
    a. that you have tons of debts
    b. ada buat dosa dengan orang, belum mintak maaf.
    c. that you cannot even take care of a cat.
    d. seldom call ur mom, or mother in law.
    e. takpernah bayar zakat pendapatan.
    f. the money u spend a lot for fertility treatment could've maybe save someone's life, by donating.
    g. your house is a MESS. (like mine) imagine what could have be if we have kids.
    h. that you can be happy in every way, but choose to be SAD, JUST because of no baby yet.
    i. that Allah dah beri segalanya pada hidup kita. lupe nak bersyukur eh?
   j. that you still have a husband, berbanding orang yang tak kawin2, banding dengan ibu tunggal, banding
     dengan ANDARTU, banding dengan somebody else's yang lebih SUSAH. 

6. Hari2 menangis mengenangkan benda yang sama. Taknak fikir pasal lain pun, nak fikir pasal pregnantttttttttt je.

7. A Makcik or Pakcik or a friend suggest a product, or a method for fertility, u straight away buy the product and hoping miracle will happen within 2 weeks. and if it doesnt, u ditch ur aunt/uncle for introducing the product.

8. Saw ur husband cuddling or carrying a baby of his friends or relatives, and say to urself
"kesian suamiku :( teringin sangat dah dia nak anak..kenapa aku takboleh bagi???"
(padahal dia saja2 je pegang and takde niat nak make u feel that way)

8. I'm all of the above before, that's why i have this blog for 2years already.

Im not saying all this as if i have never done any of it.. I admit, i've done HALF of it. hahhaaha.
It was a torture to myself. that's why i come out with the "If making love cant get me pregnant so Be IT" post. actually i wanted to STOP torturing myself.
Taknak benci orang lagi tapi sadly, its a hard, VERY HARD thing to do.
Bila orang datang provok kita and assume that we're planning lah, when people thought that my husband could maybe have the problem lah, semua ni is a torture. people torture us, and we tortured ourselves back with their thoughts! penat kan?

Jadi macam mana nak buat?




1. Seeing pregnant lady and say to ourselves:
"Cantiknye baju maternity yang dia pakai, esok aku pakai, cantik mcm tu jugak punye!" :)
"dia tu ada 8 adikberadik, dari kecik dah pandai jage budak2, tu yang dia asik mengandung tu" (anggap je laa)
"bagusnya dia pregnant, mesti dah TTC 10 tahun" (anggap je laaa)

2. Pass by a Baby Shop like Anakku or Mothercare, think
"siapa la yang nak beranak dalam masa terdekat ni eh? boleh belikan hadiah!"
" kedai apa ni? tahyul semua ni!" :P
" -tak pandang pun kedai tu and anggap mcm lalu kedai sparepart kereta je- nope, not interested.-"

3. Hear a pregnancy news, say:
" Congratulations!!!!!!!" terus fikir malam ni nak masak apa.
" Congratulations!!!!!!!" terus fikir kerja apa yang belum siap.
" Congratulations!!!!!!!" balik rumah tgk Astro Warna dan gelak banyak2.

4. Got your period, and say 
" Sayang!! Period!!!" to your husband, if he did :( this face, tell him, Syukur darah kotor keluar, sekurang2nya bersih dari darah kotor. 14hari lagi cuba lagi jom!
"Thank u for coming!!! Atleast i dont have to buy another pregnancy test!
" My cycle is normal! Alhamdulillah!"
think of somebody like me yang SUSAH nak period, atau yang tak period2, atau yang borned without uterus, ovaries, at least you can get your period! demit. When u get ur period u can try clomid, or other fertility boosters! kalau tak period kena ambik ubat utk induce period dulu baru leh ambik ubat subur, tahu??? It's even harder if u DONT get ur period, and of course, not pregnant. the stress is double!

5. A Makcik or a friend suggest a product, or a method for fertility, and u tried ALL of them. Say.
"Dah try SEMUA sekali, progress sikit2 je. mungkin tak ngam kot?"
"Saya ni PCOS, produk sipolan tu takde utk PCOS."
"Pergi urut tu takleh pecahkan cyst2 kecik2 ni makcik, lagi bagi banyak ada lah"
"Sengkak rahim? yang bermasalah ialah hormon saya bukan rahim"
"duit tabung sy dah habis" -__-

6. Your friend/relatives asked Planning ke?? say 
"Ikut Plan Allah Taala je"

7. Saw ur husband cuddling or carrying a baby of his friends/relatives. say:
"Hensem sungguh laki aku kalau jadi bapak nanti!kan!"
"Haaa suke ye pegang anak org, sok ada anak sendri taknak pegang, siap!" (joking dgn diri sendri)
or hear somebody say "Haaaaaa elok pun ambik berkat!"
u say back "camtu bagi kitorg je la leh hari2 dukung baru cepat sket berkat tu turun dari langit"
then dont forget to SMILE!!! hehehe, people can make sarcastic jokes, but not harsh. but its killing us. WE CAN TOO. ha kalau kau taknak bagi aku bwk balik anak kau, kau jgn ckp banyak psl berkat.
lalalala

Hehehehe, well, im just suggesting things to counter our "tortured" minds.
believe it or not, we ARE torturing our minds with all of these. including me.
im trying to counter all of that.
you should too! :)
u may not follow all my suggestions, u can create ur own :D
but make sure, it doesnt make u feel tortured, sad, distraught.

remember that we ALWAYS have choices to FEEL AND BE HAPPY rather than sad.
we are just weak, well kita ni manusia biasa. tapi taksalah berusaha :)

good luck!

May 28, 2012

Everyone's Lifestyles are Different



Children? Who Needs Them?

This is a good read shared from Emy Suraya's blog
Bacalah!
---
Lifestyle semua orang tak sama. Ini lebih kurang nak merumuskan article di atas ni. Memang betul ada anak atau takde anak dua2 ada Pros & Cons. Tuhan pula memberi anak mengikut keperluan dan ketentuan setiap makhluk yang diciptaNya.
Whether we really need it or not, tu Allah je yg tahu. Tapi tak salah usaha untuk apa yang kita mahu. Nak duit banyak? Cari lah, rajin kerjalah. Nak beli kereta? Rumah? Kumpul lah duit. Semua boleh usaha.
Nak kahwin? Bersiap sedia lah. Tengok diri sendiri. Bersediakah dari mental & fizikal? Dari segi kewangan? Dari segi emosi? Atau nak kawin sebab ramai kawan2 dah kawin? Atau jeles tengok wedding kawan2 ?
Nak Anak? sama juga.
Bersediakah dari mental & fizikal? Dari segi kewangan? Dari segi emosi? Atau nak anak sebab ramai kawan2 dah ada anak? Atau jeles tengok anak kawan2 ?
----

Tuhan takkan temukan jodoh kita kalau kita belum sampai masa.
Tuhan takkan beri zuriat kita kalau belum sampai masa.
Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu menanggungnya.
----

Lifestyle kau sama ke dengan kawan kau yang dah ada anak tadi?

Mesti jawapannya beza. Sebab tak semua orang ada lifestyle yang sama. I'm not saying my lifestyle is much happier, interesting than anyone else's. I'm not saying your life sucks either. I'm not saying people with kids suffer from boredom because they cant be young anymore, they cant live like they used to. Or they probably love their new life? maybe. well most of them. Having kids, experiencing Parenthood could be a Gift.

Kadang2 aku tak brapa suka when im trying to defend myself saying Im OK with no kids yet, ada jugak orang yang nak gak suruh aku irihati dengan memperkatakan "best woooooo ada anak...rasa complete sangat family"
jadi aku dan laki aku tak complete? serba kekurangan? tak happy?
kalau kau, mungkin ya. kalau kau, takda anak, mungkin hidup kau tak best.
lifestyle aku dengan kau sama ke?

aku rasa lifestyle aku terisi without kids, walaupun Having Children is what everyone Wanted.
a family. Yes, everyone wants a family, of course.
tapi membezakan aku dan engkau, aku belum ada, kau sudah ada.
kau dah rasa, aku belum rasa.
jadi it suits u, u may need kids now, maybe u wont have anything else to do if u dont have kids.
no offence ya, but please think of it.
what makes u think, our lives are boring?
because u imagined how TRAGIC it could be if u are us?
that's why lah kau dah ada anak sekarang.
agree?

kau tinggal dengan kami ke? tak kan?
hari2 tengok kami ni termenung kat rumah ke?
tak kan?
orang yang dah ada anak rasa tak best takde anak sebab diorang DAH ADA anak.
u already love them. but we, are struggling to have one, to LOVE one.
but u ALREADY have, u already LOVE
u already FEEL how's it like to have kids, and couldnt imagine how sad life is if they dont exist.
mcm kau bela kucing.
kau sayang sangat kucing tu. sampai kalau bayangkan kucing tu kalau mati, ya Allah sedihnya kemain. tak sanggup kehilangan kucing kesayangan.
then kau cakap dekat orang yang takde masa bela kucing walaupun suka kucing, "best woooo bela kucing!"
"u should bela kucing!"

WTF?
faham tak.

jadi berbalik kepada lifestyle.
aku heran, kalau orang sekeliling yang judge kami lakibini ni kuat berjimba sebab itu lah takde anak.
Atau, sebab takde anak tu lah kami berjimba.
Suka hati lah?
abis tu kau nak kami buat macam mana untuk puaskan hati kau?
beranak sekarang jugak? atau letak  bantal dalam seluar aku utk pretend kat kau yang aku mengandung?
baru kau puas hati sebab kami ni normal macam kau?
orang yg takde anak, are not normal. asyik enjoy je.
takde perasaan nak anak.
begitu?

Bila tunjuk yang kami bersedih sebab takde anak, kau cakap Enjoy lah dulu.
Bila tunjuk yang kami enjoy bersuka-ria, kau cakap Patutlah takde anak.
Eh semua orang yg tuhan cipta ni perlu ada kehidupan yang sama eh? kalau kau kerja akauntan, aku pun patut kerja akauntan, sebab kalau aku jadi pelukis, tak normal.
mcm tu?

Jadi kalau kau ada suami dan ada anak 3 orang lepastu laki kau jarang balik rumah and tiba2 ada pompuan lain, anak kau pulak tak senonoh perangai. Then macam mana?
Best wooooo ada anak! cakap lah?

Best ada anak mase anak tu tengah chomel. Takreti apa, kecik benor lagi.
Best ada suami mase baru2 kawin, gigih bercinta lagi macam sebelum kawin.

Jadi sebelum apa2 jangan lah judge lifestyle orang. Atau assume macam2.
Baru2 ni aku terborak dengan cousin aku yang sangka kami ni PLANNING.
bila ditanya Eh belum lagi ada lagi ke isi, mcm dah lama sangat je korang enjoy.
Oh as if when i decide OK DAH TAKNAK ENJOY, terus trengg treng treng! Pregnant!
mcm tu ka?
Aku bengang terus aku cerita A-Z sampai la cerita SIHIR dibawah.
ha baru la nak "haaa yeke..yaAllah kesiannya....yarabi taktau pun awak berusaha selama ni...laa taktahu pulak dah berhabis duit ingatkan sengaja taknak anak..."

kau ingat semua orang takde anak ni planning rupanya?
semua orang yang takde anak ni takpenah jumpa doctor?
entah, aku takde la marah. tapi aku pelik dengan mind-set orang yg kawin2 terus dapat anak ni. diorang terus sangka orang yang takde anak ni memang sENGAJA taknak anak. siap kata Cepatlah bersedia, nanti dah ada anak, best woooo.

i beg your pardon?
Cepatlah bersedia?

haihh, unik jugak kadang2 tutur kata manusia ni.
i tried not to tell the whole world about my problem, my medical issues or 'mystical' issues yang baru diketahui baru2 ni. tapi it seems like kadang2 PERLU jugak bagitau baru diam. tapi penatlah kalau nak citer.
aku bagitau jugak kazen aku ni "dah gugur 3 kali"
baru la nak cakap LAAAA pernah pregnant rupenye.

jadi sebelum judge orang fikirlah! padahal i dont need ur sympathy at all! Tapi kalau dah cetek sangat pemikiran kau, meh sini aku bagitau semuanya. ha terus kau serba salah kan? ingat aku suke ke nak citer? lainkali pikir la skejap, tah2 orang ni penah pregnant then gugur ke atau byk kali fail fertility treatment ke, kenape terus nak "Eh bila nak bersedia ni?"
BEST WOOO ADA ANAKKKK, kau kata lagi.

Pernah ada kakak HR ni, dia jaga claim staff utk medical, tanya aku "kenapa dah lama tak claim? dah ada isi ke?"
hahaha nampak sangat muka aku yang selalu claim medical sebab pegi treatment.
bila tak claim terus ingat aku dah pregnant. haha! :D
aku kata "takde pun, saja taknak pegi klinik lagi. dah stop"
"akak rase awak kena ubah lifestyle kot, takperlu dah ubat2 ni kdg2 tak elok kalau lama2 sangat ambik."
"memang dah tak ambik dah kak"
"akak rase awak ubah cara diet, lifestyle awak kena ubah, kadang2 lifestyle kita yang buatkan kita mcm tak sedia"

betul tu kak. aku sikit tak marah kat dia sebab apa dia cakap tu betul.
lifestyle aku totally lain dan tak sesuai lansung kalau ada anak.
So kalau ada nanti, semua ni perlu dikorbankan.
takde lagi melepak di acoustic shows sampai kol 2 pagi.
takde lagi bercuti ramai2 dengan kawan2 selalu.
takde lagi pergi gigs, pergi jamming. Eh tak ingat dunia ke pegi jamming tapi ada anak kat rumah? nak bagi sapa jaga? kate lah mak mertua aku lagi? *taknak. kesian mak*
so semua ni takkan ada lagi lepas ada anak nanti.

But i CAN change.
I know when i have a baby (kalaulah), I will miss all of my past lifestyles,
tapi semuanya adalah berharga :) semua ni hadiah dari Allah.
Semua ni fasa belajar.
Yang terus dapat anak pun belajar.
Yang belum dapat anak pun belajar.
Bezanya dari segi dugaan je.

Dugaan orang lambat dapat anak, perlu cari fertility treatment, perlu cari maklumat untuk improve kesihatan, perlu hadapi failure of fertility treatment seperti IUI yang tak menjadi, IVF dah kali ke 3 pun tak lekat. Duit pulak banyak dah keluar for nothing. Hadap pulak saudara-mara yang suka tembak kita pasal tak mengandung2.

Dugaan orang cepat dapat anak. Perlu spare duit lebih, perlu kerja lebih, perlu korban time2 enjoy, perlu cukupkan pampers dan susu anak, perlu korban waktu rehat, waktu nak bercuti, nak bermanja berdua2. semua perlu dikorbankan. Hadap pulak saudara-mara yang komplen tentang kita yang takpandai jaga anak sebab anak asyik sakit, atau suka biarkan anak melalak sampai ganggu orang -entah mane aku tau masalah org ade anak :P Apa2 pun dah tentu dugaan bila ada anak tu lebih banyak.
Aku salute korang yang dah jadi mak, sebab kamu sudah sedia dan mampu.
sebab tu zuriat itu dah dilahirkan :)

Habuan nya? Orang yang lambat dapat anak - dapat ilmu.
Orang yang cepat dapat anak - pun dapat ilmu. ilmu yang berbeza lah.

beza dua ilmu tu macam sains dan matematik! :)


April 16, 2012

Sad

Sabtu lepas, bila aku bukak twitter, kawan aku yg tweethandle nya bernama xalongx telah ReTweet benda ni:

Mula2 aku ignore.
Lepastu aku baca lagi sekali dan KONON nak consider.
Tapi pikir lagi skali.
Aku tak cukup duit nak tanggung diri sendiri, apetah lagi anak. 
Ok jadi aku just RT. 

Pikir kali kedua.
Apa kata aku forward benda ni dkt wani. mane tau die nak? walaupun aku tau die penah ckp die tak ready lagi buat masa skang, dgn jadual kerja nya, dengan event2 nya, tapi Mana lah kita tahu kan. 
aku sms wani dan paste twit orang tu. 
wani boleh kata dia takleh afford and suruh aku pulak ambik.
walhal aku lagi lah takleh afford. so fine kite dua takyah ambik!
hahahaha



taklame lepastu die sms lagi skali. die kate Syafiq (husband dia) NAK. 
terus tak pikir panjang, diorang contact member kitorg xalongx tu and along contact member dia yg tweet mcm tu. dapat phone number. rupenye baby tu dah diserahkan kat pusat kebajikan di PPUM. and pihak hospital suruh call hari isnin (harini)
Ok kami ni semua beriya2 sebab sebenarnye aku pun berangan lah sekali, kalau wani ambik, bole la same2 kami ni berlatih2 bela baby! jhahahaha
wani kate 
"jay nanti jadi mak no 2 tau!"

PEH bersinar2 mata aku, semata2 kerana itu aku beriya2 buat solat hajat moga dipermudahkan urusan semua ni dan moga2 ada rezeki nak adopt baby ni. Walhal utk diri sendri aku belum pernah lagi buat solat hajat.
-____-


Hari ahad tu sama2 mcm asik berangan, nak letak nama ape, nak beli barang baby semua, wEH seronok betul bermimpi! laki aku dgn laki wani pun turut excited dan agak susah kot nak tgk laki excited pasal benda ni.

Wani ambik cuti hari ni. supaya senang ape2hal terus pegi je PPUM. 
pagi dia dah call and sedihnya.

The baby was taken by a chinese couple.
:(

and baby tu chinese lagipon.
Tapi wani takkesah anak india pun takpe lah, kalau orang nak bagi die nak ambik. husband die je buat lawak sikit smlm (kalau india utara saya nak, kalau selatan saya taknak!)
hahaha hampeh.

Kitorang semua sedih, apetah lagi wani.  :(
Sabarlah wani, bukan rezeki kite. mcm mana susah nak pregnant, nak dapat anak angkat lagi susah. 
Kita usaha lagi, moga2 ada rezeki lainkali.
Apa yang buat sayu nye hati ni wani siap mimpi dia pregnant malam tu, panjang mimpi tu sampai beranak. bangon2 terus rasa macam real.
kalau aku jadi dia pun aku mengharap gila akan dapat baby tu.
tapi takpe lah, memang bukan rezeki and ada hikmahnya.
[aku pun frust gila sebenanye] 
:( 

March 12, 2012

Zuppppp!

Ada officemate (lelaki) lalu depan aku tadi,

Then kakak yang depan aku ni tegur "Eh, TAHNIAH ya!"
dia pun "thank you!"
"laki ke pompuan?"
"laki.."
"ooo bestnya, berat brapa?"
"2.8kg"
"ooo ok la tu..wife mcm mana sihat la?"
"sihat2, dekat kampung skang pantang katsana"
"oooo bestnya, dah jadi bapak la awak yer.."

Zupppp!!!

I wish I was invisible.

Aku dengan beriya nya buat-buat fokus depan PC aku ni. buat2 busy walhal kat pc aku just ada inbox aku je. tah ape yang aku klik klik sana sini. Astu orang blakang aku pulak wish dia,
"waaaaah TAHniah la yeee!"
"terima kasih terima kasih" (bersalam-salaman dgn abang2 auditor blakang aku ni)

dia pandang aku, (like, oh aku pun kena wish jugak ker ape)
aku buat2 taknampak dan continue buat2 fokus. aku mcm nak cakap jugak congrats tapi sebab rasa kena tampar jap tadi, so aku mcm taktau mcm mana nak cover muka aku yang mcm baru kena tampar tadi dengan perkataan orang sekeliling kat dia.

seriously.

I wish I was invisible.

Susah betul nak buang benda "Zupppp!" ni walaupun dah cuba sedaya upaya.
(taktau apa yang Zuppp! sangat. bukan menyirap, bukan, bukan. Bukan marah, bukan juga. Tidak tahu. Yang faham saja tahu.)

Aku rasa budak ni baru je kawin. Eh takde la baru, ye la dah 9bulan sudah. Peh, cepatnya.
:)


March 7, 2012

The Faint Bleeding Again.

Okay so nothing happened after pergi ke Jeram haritu kan.
Sebenanya ada, tapi sebab sangka takde apa2 pun.
It's the light bleeding again. Sebenanye dlm 3-4 minggu lepas aku memang ada terkena kencing kotor.
Jadi ada darah sikit bila urine, which i got confused, adakah ini darah period atau darah sebab bladder kotor.Tapi bila dah pegi klinik, doc ambik air kencing, dia tak cakap ade bleeding. die ckp probably dah ilang. tapi sbenanye dia continue 2 3 days before aku betul2 baik dari kencing kotor tu.
Then, lepas balik dari Jeram, die datang balik!

and here's my current BBT, dah 53 cycle days dah pun.
look at the ones yg ade symbol * * * * * * byk tu. itu masa light spotting seminggu.
sapa penah kena mcm ni aa?
i know that light spotting is common, and normal.
and i had light spotting before. tapi bukan lama sampai 8 hari. slalu 2 3 hari je. and usually, the spottings are somekind of brownish colour. bukan merah.
merah ini sangat cair, kdg2 mcm pinkish.
bile wipe visible. die lekat sikit kat seluar pun, it will faded.
kalau biasa mcm spotting nak period tu, dia tak fade kan, die terus lekat warna yg sama.
aku lak die mcm CAIR gila, astu die fade. WHAT WAS IT!? menci la nak anxious mcm ni.


dah 2 hari takde spotting itu lagi. tapi cramping pulak! [dont tell me to get the HPT, i already tested twice and as usual, the BFN.
so that's it for today. please tell me have you got light spotting seperti yang aku cakap ni.

February 22, 2012

Our Mother

Just nak tanya, dan survey..respond kat comments ya..

Pernah tanya tak mak korang mase nak mengandungkan korang tunggu berapa lama? Yang anak sulung berapa lama? and yang ade kakak atau abang, jarak berapa jauh and keturunan korang ada yang macam ni tak? ada PCOS, Endo, atau simply unexplained infertility?

For me, blah mak takde masalah. Adik beradik dia semua senang beranak. Tapi dia je yang susah just becoz of bapak aku, dan adik beradik bapak aku ramai yang susah jugak. Keturunan blah bapak, semua yang dapat anak lambat. paling lama takde anak, 5 tahun, dan lebih lama dari 5tahun ialah TAKDE ANAK LANSUNG.
tapi bukan adik beradik dia, cousin2 dia. cousin2 bapak aku ada yang 10tahun baru dapat anak. and ada yang failed IVF 3 4 kali, dan akhirnya ambik anak angkat sampai 2 3orang. pun boleh juga.

Jadi, how about you?




February 20, 2012

Sorry and Thank you

Ok I feel bad for writing very harsh posts in my blog that will annoy others,
seriously, i dont like.
but somehow, nobody will understand if they were not in our situation, paling senang bila bercakap, tapi tak pernah merasa. paling senang bila bercakap walhal taktahu hujung pangkal cerita. paling senang bila bercakap, lepastu sorok identiti diri. paling senang bila bercakap, tapi guna medium blog..paling senang bila bercakap, depan diam, belakang kemain.

apa2 pun aku minta maaf. dan aku dah maafkan kau jugak sambil menganggap kau memang tak tahu apa2, tapi ikut suka la nak taip ape pun kan. :P
Mungkin lepasni yang tak TTC pun dah lebih sensitif, supaya jangan make joke lagi pasal benda mcm ni and jangan buat2 ignorant pulak mentang2 senang beranak, terus ignorant buat2 taktau padahal memang faham yang susah beranak mesti ada sebab atau penyakitnya, takperlu provoke2 atau tanya2 position salah ke betul. semua kuasa Allah!
So Thank You, for being harsh. And made us stronger ;)

---

It's a Harsh World




Ok, Yang tak TTC sapa? angkat tangan?
awak? awak?
ok, saya cadangkan JANGAN baca blog saya.

INI ENTRY MARAH, KALAU RASA TAKBOLEH TERIMA, JANGAN BACA LANSUNG POST INI!

aku taknak buat invited readers tu sebab supaya senang nak kongsi info, nak share apa2 yang baru, takpayah orang nak tunggu aku invite. tapi its worst bila kita bebel kat "rumah" kite sendiri, orang lain baik sangat nak beri hujah2 utk counter what i said in MY BLOG, dekat BLOG orang lain, EH sempat pulak nak counter to every perenggan on my latest post. Kau taknak cuba check post aku dari tahun 2010 berapa banyak ayat aku yang boleh buat kau sakit ati? taknak counter every pages tu pulak?

CLEARLY, aku dah tulis di atas, my blog contain HARSH words.
well, IT'S A HARSH world lady.
kau yang TTC, sakit ati dengan mulot orang mengandung/or yang dah beranak. 
Kau yang mengandung, sakit ati dgn orang yg TTC bila komplen pasal kau yang suka komplen masa mengandung/atau pasal anak.
IT'S A HARSH WORLD.

kau taknak pulak try to tiba2 "ter-link" at page TTC Group kat Facebook, tengok kat sana lagi meriah pulak orang meluahkan perasaan? Taknak cuba pulak kau huraikan pendapat kau kat situ?

Post aku bawah ni about my husband sound officemate dia yang hari2 komplen pasal anak, dan husband aku dah fedap teros sound member dia, "Bunuh je la anak tu".
Ok skang ni aku tanya kau seriously think that he meant it ke?
Takkan kau takleh beza statement sarcastic (sebab dah lama fedap), dengan statement jujur?
Kau ingat ofismet die tu baru komplen sekali je ke? 
Dari lahir anak, sampai anak dah 8bulan citer dia hari2 komplen komplen komplen! 
seolah2 sedih pulak hidup susah lepas dapat anak. seolah2 mintak hidup ni lebih bagus kalau takde anak sebab semuanya susah, utang semakin banyak, tido makin tak lena, nak gomol2 dengan bini pun payah sebab asik2 ade anak yang menyusu. tu semua dia komplen kot! kau ke yang komplen tu? bukan kan?
Dia siap cakap "taksangka pulak bila ada anak ni hidup aku makin susah" 
mcm tu kau tau dia cakap dgn laki aku! (walhal mase bini pregnant kemain dia eksen dengan laki aku sbb bini dia pregnant, bini laki aku ni takpregnant2, kemain belagak! dah tu komplen lah pulak mcm tu! Memang MINTAK kena maki laaa)

kalau kau jadi makbapak yang appreciate pemberian Allah, skali skala ko merungut sebab penat, tu orang semua faham lah, tapi aku rasa kau pun tak merungut hari2 sampai anak dah besar mcm member dia tu! 
Jadi utk nak bagi member dia BERPIKIR, dia cakap lah begitu. Bukan lah kata SURUH BUNUH betol2, yang kau bangang pegi take serious tu kenapa? Siap nak explain "mana ada ibu2 yang komplen pasal anak sebab benci anak sampai nak membunuh anak la ape la. itu the way nak express diorang nye stress la, 
MEMANG LA! DUH?????????????
kan aku dah cakap dah kat entry aku, obviously that wasnt what he meant tapi pasal dah fedap sangat kalau hari2 dok dgr komplen je, memang kena cakap benda yang paling bagi sakit hati baru taknak komplen lagi. 
ini pun pengajaran jugak kat diri sendiri, supaya sok kalau dah nak ada anak jangan eksen sgt time pregnant, lepastu tuhan baru duga sikit dah macam mengeluh hari2. dah tentu la anak tu pun memang kita susah nak jaga, kena redha dan syukur, sambil menempuh semua benda ni for the sake of ur own zuriat, tapi jangan lah sampai setiap hari make it sounds like anak tu burden hidup kau!
sok kau tua, anak tu jugak yang nak jage kau kan! 

yang kata bersyukur pasal anak tu murahkan lagi rezeki ke, yang syukur anak tu konon lagi merapatkan hubungan lakibini ke, menceriakan rumahtangga ke, TAKDE!
semuanya komplen as if anak tu mcm teros ruin hidup dia! TAHU? 
siapa yang dah ada anak pun sakit ati kot dengar mcm tu! aku cite kat kawan aku yang memang dah beranak 2-3 pun bengang! takde pun kawan2 aku tiba2 explain mcm kau ni, Pasalnya kau taktau citer seluruhnya! Ni takpasal2 aku pulak kena citer A-Z kenapa laki aku cakap mcm tu sebab kau takfaham terus assume kami ni anggap orang yang komplen pasal anak tu memang benci anak. Eeeeeeiiii

dah la yang komplen itu adalah seorang Bapak Budak, KAU FAHAM TAK? 
taktau citer, DIAM LAINKALI, kan aku dah cakap, taktau diam! taktau diam! taktau DIAM!
Gatal sangat jari2 ko tu nak jugak menaip nak explain, gatal jugak rasa panas hati bila orang2 TTC komplen.

Skang ni yang bukan TTC jangan sebok nak baca blog orang TTC. 
yang dah tak TTC lagi sebab dah conceive, u may understand this. tapi yang mcm tiba2 pregnant lepas nikah, kau takkan rasa benda ni semua, dan kalau boleh kau jangan lah cakap besar sgt kang tuhan pulak uji kau mcm kitorang, silap2 kau lagi meroyan. bila ckp kitorg meroyan, PANDAI!
kau nak sangat rasa meroyan ke? silap2 sok anak kau tuhan ambil satu-satu. baru tau meroyan?

kalau korang rasa ada lagi benda yang aku share yang bole bagi manfaat kat korang, sila lah teruskan baca. Aku bukannya tiap2 hari ada entry marah pun. Kan? Yang rasa akan stress atau sakit ati bila baca blog aku lepasni, takpayah baca. 

Pros nya disini, bagus juga aku terdengar benda2 mcm ni kan. supaya aku belajar. supaya aku tak berperangai mcm tuh kalau Allah bagi anak. supaya aku tau siap2, bila ada anak pun, penat juga, bukannya semua nya indah. like u said, pompuan. "kalau semua orang tak bahagia lepas ada anak, buat apa satu dunia sebok2 nak ada anak?"
bangang sungguh statement kau ni. padahal takde sape yg TTC pun cakap mcm tu. Kau yang salah faham. Padahal ckp benda2 mcm tu je yang bole make us stronger. 
Utk sejukkan hati sendri (sambil bagi panas kat orang lain yg TIDAK MEMAHAMI STATEMENT)
Let's say orang2 yang belum kahwin, yang tak jumpa2 jodoh, mesti penah kata benda2 utk make her stronger like, "ala yang dah kawin pun bercerai jugak, kena pukul dengan suami, suami curang, stress pasal suami panas baran.."

tapi ade ke kite semua yang dah kawin ni bengap sangat nak pegi explain kat dia yang 
"Tak semua laki mcm tu, kalau semua orang yg dah kawin ni tak bahagia, kenapa satu dunia sebok2 nak kahwin?"
taknak cakap mcm tuh? 
kau sendri tau dia tak maksodkan semua lelaki kan!
ha so same lah mcm ape jua yg orang TTC cakap pasal orang2 yang dah ada anak, walhal kami semua tau bukan semua orang yg dah ada anak mcm tu. jadi perlu sungguh ke kau nak explain to every points yang kitorang dok bebel kat blog masing2 ni? perlu?

and thanks B&C for deleting those comments including mine, memang takbagus pun sebenarnya.

tapi aku nak tetap jugak bagitau dia ni sebab mungkin dia tidak tahu, jadi perlu educate dia (LIKE WHAT SHE SAID KAN, ORANG yang taktau, kite educate them!) 
padahal aku takreti educate orang! so this is MY WAY of educating! and fortunately ramai juga change their way of thinking bila baca blog aku, ramai feedback utk thank you kat aku sebab diorang pun nak positive juga supaya tak meratap sangat tentang lama ber-TTC. 
tapi kalau orang mcm kau, aku mmg tak positive! 
nak sangat suruh educate, kang bila sound kau tu TAK TAU, ko cakap, we should educate orang yang taktau ni supaya diorang faham. kemain.
yang makcik2 taktau apa, tiba2 nak pulak aku pegi EDUCATE mereka spt: "makcik, saya ni polycystic ovarian syndrome makcik, saya punye ovari ni, memang lah ada follicles, tapi dia tak grow sangat ada yang grow tapi jadi cysts je sebab hormon level saya tak balance, blabla, jadi haritu saya chemical pregnancy makcik, bukan takpenah mengandung tapi takcukup hormon lagi saya ni, biasa lah penyakit, kena makan ubat lah makcik, insulin level saya pun takberapa nak balance sangat itu yang saya susah ovulate tu makcik, progesterone saya pun susah nak ada sebab basal body temperature saya tak jumpe peak day lagi, macam mana nak jumpe kalau asik below coverline je.."

kau ingat makcik tu faham? 
jangan kate makcik tu, Kau faham? kawan2 kau yang kau backup tu, faham?
Member yang aku bengang kat twitter aritu, faham? 
bila maki2, faham pulak. bila cakap suruh bunuh, 
FAHAM pulak.
bila tanya SALAH KE KALAU TAKDE SKANG?faham pulak. 
jadi kesimpulannya,

IT'S A HARSH WORLD.
you're harsh. so am I. 
aku pun terima hujah2 kau yang tak membina tu, sbg point2 orang yang tidak TTC. 
nak marah, marah kat sini. takpayah sempil kat blog orang lain utk counter entry2 aku. 
ada ruang utk komen aku bagi, kau nak gak gaya mcm berani-berani cuak, pegi komen kat post orang lain pasal ape yang aku tulis kat blog aku sendri.-dengan nickname and akaun palsu, annonymous la konon. nak sound tapi takut, ha tu kau lah!
so embarassing! 
ni, yang aku bingit pasal member aku sound pasal Cara and Tarikh salah tu pun kelakar juga, baik gila nak explain apekah maksud member aku tu sedangkan member aku tu 10kali lagi harsh dari aku, takgune nak anggap dia cakap mcm tu utk mengharap cadangan dia berjaya pun! dia cakap tu pasal memang takde benda nak cakap pun sbenanya! dan dia memang dari dulu suka kutuk orang yg tak pregnant2 ni sebab takde skill! suka buat lawak pasal benda2 sensitive! dah bagitau pun, buat lawak jugak! sebab dia tak kena! 

beriya lah kau ni! backup orang yang kau tak kenal!
lawak!

aku aritu kata dah taknak marah pasal TTC, kan dah marah balik! tayik la!