January 27, 2012

Cara & Tarikh, Salah?

Banyak nak cakap. tapi sibuk.  tapi tetap nak tulis sikit.
orang-orang ignorant yang senang beranak ni memang ingat kita yang susah mengandung ni sebab CARA and TARIKH main salah?


eh, ignorant nye korang? selama hidup ni, belajar ape je? 
kalau itu je yang kau tau. orang yg 10 tahun takde anak tu pun, cara main salah. tarikh salah. mcm tu?
so cyst, endo, tube block, hormon prob, smua takde kaitan lah? main dengan betul, terus lekat. ?
begitu?



*bebelan to be continued!

January 25, 2012

Mimpi

Entah kenapa, 2 bulan ni, dalam seminggu akan mimpi pegang baby. 3 4 malam berturut akan mimpi benda mcm tuh. Pegang baby, bagi baby minum susu, aku menyusukan baby, ada org hulur anak dekat aku suruh jaga, mimpi bukak2 bungkusan tiba2 ada baby, tengah duduk diam tiba2 ada anak orang tersengeh tepi aku. EH kadang2 macam scary pun ada!


tapi 3 hari lepas, aku mimpi benda lain. aku mimpi nampak, ada satu pulau, aku kat pulau tu, tiba2 ada ikan paus/ikan besar (entah Wallahualam tattau ikan apa) tapi BESAR GILA. GIANT FISH yang muncul dari tengah2 laut tu, aku ingat mcm monster ke apa, tapi bila tgk muke ikan tu, CHOMELNYA mcm dolphin! tapi sumpah BESAR GILA ikan tu. die datang dekat tepi pulau tu, macam jinak gila. siap ada bunyi2 dolphin tu. dia macam suruh aku pegang2 kepala dia. aku nak pegi tapi terpikir, kang aku pegi, dia ngAP aku mampos. so aku tgk dari jauh je. ikan tu warna blue-black. 


aku citer kat kawan2 husband aku yg supportive pasal rezeki anak ni. haha, diorg semua lelaki tapi agaknya sebab kawan rapat, semua memahami bab2 mcm ni walaupun diorang tu tak kawin lagi.
sorang ni cakap 


"Oh kalau mimpi ikan tu, selalunya rezeki jay...agaknya nak dapat duit..atau nak dapat baby tak?" 


sorang lagi tanya, "dalam perut ikan tu ada baby kot?"


Kalau perut ikan tu yg ada baby, kenapa die nak bagi anak ikan pulak kat akuh!!!
hahahaha


Aku mcm biasa, Google Whore kan. hahaha, benda mcm ni pun aku pegi google. dah beberapa source aku dapat dari website indon, mimpi ikan paus bermaksud : Sahabat baik kita akan pergi.


Ok. Pergi mana? kalau just PERGI ke sesuatu tempat memang betul lah, kawan aku Hana, yang rapat since berbelas tahun dulu memang akan PERGI ke UAE, ikut husband dia (yang juga 2pupu aku). dapat kerja dekat sana (Oil & Gas)
tapi kalau PERGI di ambil Allah, astaghfirullahalazim :( aku sayang semua kawan2 aku :((( apa2 pun aku redha, tapi kalau boleh mintak jauh lah. pergi jalan2 takpe, jangan pergi terus kawannnn2 :(((


ada source aku jumpe dari website melayu, ada tafsir mimpi mengikut al-quran dan sunnah. 
mimpi melihat ikan paus bermaksud: akan mendapat rezeki yang banyak.


Apa2 pun bentuk rezeki, aku bersyukur. sebab seperti yang aku katakan, Rezeki itu bukan dalam bentuk "anak" sahaja. 
Mempunyai ibubapa juga rezeki, ditemukan jodoh juga rezeki, mempunyai sahabat karib yang ramai dan baik2 juga rezeki, Mempunyai pekerjaan tetap, tempat tinggal dan makan minum yang cukup, juga rezeki.


Alhamdulillah. 


Taken from WhaleTime.com




ps: Tapi mimpi ikan paus ni betul2 first time dalam hidup. Teringat sangat muka ikan paus tu yang chomel. BIG dolphin agaknya. hehe! mcm free willy tu, whale kan? ha die lebih kurang lah tapi besar dia mcm KAPAL. dan dia muncul macam gambar di atas. hehe! 
Kawan2 tetap kata "nak dapat baby tu jay! ikan paus tu rezeki besar tu!" 
hm apa2 pun, terima kasih kerana mendoakan, tapi aku n husband aku redha dan terima je apa2 bentuk rezeki yang Allah beri. 


Ada orang, hidup senang, cukup makan, kerja boleh tahan, gaji besar, makbapak dua2 hidup lagi dan sihat-walafiat, tapi sebab takde anak, meraung bagaikan benda2 yang dah sedia ada ini tak cukup lagi, and doesn't matter. dah bagi makbapak, nak suami. dah bagi suami nak anak. dah ada anak, nak anak kembar,...sudah-sudahlah. sudah-sudahlah memikirkan BILA nak mengandung. we should just forget about this. bukan takpayah berusaha, usaha diteruskan tapi kadang2 kita kene NAK apa yang kita ada. bukan NAK apa yang kita takde. ayat ni quote dari kawan aku Wani Ardy.(www.waniardy.com) kite kene nak ape yg kite dah ada. seperti mak ayah kawan2 adik beradik kerja makan minum, dll. 


dulu aku ada mak. sbelum mak aku diambil Allah, aku rasa mungkin takcukup aku spend masa dengan mak aku, tak sungguh2 aku jaga mak aku ketika dia sakit, skang dia dah takde, mesti mula fikir, Kenapa aku tak jaga mak aku betul2? Kenapa mase mak aku ada aku tak appreciate dia betul2? Kenapa masa mak aku ada aku asik sebok keje, sebok ambik gambar, sebok buat design, balik rumah 3 4 pagi, weekend pun kerja. mak sakit lansung tak ambil peduli. bila dah kritikal, baru lah nak ambik cuti, lansung aku terus benti keje sebab nak jaga mak aku.
Dan lepas aku kawin Allah ambil mak aku. Memang lah itu semua takdir. 
Tapi sekarang ni tiba2 rasa mcm, aku nak mak aku. Tapi die dah takde.
Jadi kite kenalah NAK ape yang kita ada. aku kena lah Nak bapak aku, adik aku, mak tiri aku, adik tiri aku, suami aku, kawan2 baik aku,..aku mesti NAK kat diorang. sebab diorang tu semua masih ada. 


Bukan nak benda yang takde. bila kita asik nak benda yang takde, sebab tu lah hidup asik runsing, pikir benda yang sama. Honestly im tired of thinking about bila nak mengandung. i had enough of it, sudah2lah. orang lain mengandung, mengandunglah. kerana mereka memerlukan anak. tanpa anak, diorg takleh move on with life. Allah sayangkan diorang dah berikan mereka anak kerana guide utk diorg teruskan hidup. (maksud teruskan hidup ni, luas ya) fikirkanlah.
Allah sayangkan kita dan kita belum lagi memerlukan anak. sebab itu lah kita tidak mengandung2 buat masa skarang. 
Hidup semua orang takkan sama. Allah takkan susun aturkan dugaan, dan jalan hidup setiap umat dia dengan cara yang sama. 
Husband aku penah cakap, setiap kali sebelum kami nak bersama, dia akan berdoa, "Ya Allah, kalau kami bersama ni berlandaskan nafsu semata2, jangan kau jadikan Janin ini"


wow.
that's deep. aku penah gak nak tanya, kalau takde nafsu camne nak main? heheheh
tapi dia cakap maksudnya bukan SEMATA2 kerana nafsu. anak yang dijadikan dari nafsu semata2 itu anak yang bakal jadi takbaik. entahlah. sebab itu Rasulullah saw ajar dan guide macam mana dan bila nak bersama, ada tarikh dan waktu sesuai. 
itu sebenarnya langkah awal je. kalau taknak buat, suke ati lah. 
bukan just nak main, sbb nak anak nak anak, nak anak. nak anak.
lansung ke tak fikir bende like, aku nak anak yang baik. taknak anak yg jahat.
aku nak anak yang akan bantu aku bila aku susah, bukan anak yang lupekan aku bile die senang. 
buat mase skg, apa dlm otak kita ialah nak anak nak anak  nak anak.
aku taknak just 'anak'.
aku nak anak jika anak itu aku memang perlukan bila aku tua. dan anak itu akan membanggakan ibubapa dia. dan anak itu takjadi matrempit, matdadah, minah bosia. (kalau dia nak main musik takpe) EH! mcm tu lak aku.  hahahaha....
kalau anak itu, dah besar die campak aku kat rumah orang2 tua, TAKPAYAH ADA ANAK. 


serious doh.


agaknye sebab kami ni banyak sangat syarat, jadi Allah takbagi2..hahaha..tapi aku percaya Allah nak bagi yang terbaik, sebab kami memang nak yang terbaik. Kalau takde anak buat masa skang itu terbaik, so be it. kalau lagi 3 bulan akan datang masa terbaik utk mengandung, so be it. 
Kan before ni aku pernah citer aku pegi rumah orang tua2 dekat titiwangsa. diorang tu masing2 ada anak 3 4 orang. ada yang ada anak 6 org. kenape letak mak ayah dekat situ?
aku takfaham. 
jadi aku terus berniat, kalau aku ada anak tapi anak aku taknak jaga aku mase tua nanti, Ya Allah, Kau jangan bagi aku anak. aku redha. jangan bagi. 
aku taknak sebok nak mengandung sekarang, tapi tak terfikir anak tu esok nak jadi apa. tak terpikir apakah perubahan yang bakal berlaku nanti. memang lah akan ada perubahan hidup lepas ada anak tapi kearah yang lebih baik, alhamdulillah, tapi mintak jauh la kalau ke arah tak baik.
Dan kalau ada anak tu suami aku jadi lagi annoying, lupa diri, malas keje, kami selalu bergaduh dan anak itu yang menjadi issue dan sbgnya, pun JANGAN bagi aku anak, ya Allah.
dan aku terkedu dan kesian tengok budak2 down syndrome yg ada menumpang dekat rumah orang2 tua tu, sebab parents diorang buang diorang. taknak jaga diorang. . aku terfikir lagi, Ya Allah kalau aku mengandung nanti anak tu jadi cacat, down syndrome or watever yang tidak sempurna, pun JANGAN BAGI aku anak. aku taknak aku beriya nak pregnant sangat, tiba2 bile dah mengandung, lahir2 anak tu, dia bukan seperti yang aku harap2kan. aku takut aku tak redha. aku takut aku akan salahkan Allah. aku takut aku jadi manusia tak bersyukur. aku taknak! apa yang ada ni, aku sangat syukur. tak apa lah. dengan apa yang ada ni, aku bahagia sgt.

ini serious. 
tips utk korang yang frust bila period. cuba anggap, janin itu tak jadi sebab kromosom yang tak elok, taksihat, embryo tu takbagus, kalau jadi anak tu taksempurna. kaki sbelah cacat ke, ada penyakit otak ke, buta ke, bisu ke. sebab tu Allah jatuhkan. just anggap mcm tu. ada orang finance ni, beriya pujuk aku mase aku frust aku gugur tahun 2010 dulu. diorang cakap "janin tu tak elok, bagus lah gugur. kalau jadi orang, kau marah dkt Allah sebab bagi anak cacat pulak"


eh bagus juga dia sedarkan aku. sejak tu aku terus redha.


aku tetap ber-BBT mcm biasa. just to make sure nothing like Cyst ke Endo ke hape ke jadi kat aku. langkah berhati2..BBT can let us know what is happening. hormones yang stabil pun aku dah bersyukur. period pun aku syukur. BBT helps a lot. kalau mudah frust dgn BBt yang takde peak hour, atau tunggang langgang mcm aku, jangan ber-BBT. sakit ati je nanti. heheehe!


ok ladies, dont giveup and percaya pada Allah. saya tak giveup. but im done to be obsessed too much. aku nak just go with the flow je. 





January 19, 2012

He's 34 today

Happy birthday to my beloved-loved-loved husband, faisal (a.k.a Along)
Celebrated with our beloved friends at GravyBaby Musicafe Laman Seri semalam. 
Cake sangat sedap, member2 yang pilih. Nyam!


Pic by my friend AlongZunaira


Happy 34th Birthday Sayang!
We're both January People.
kalau anak pun January, best juga. tapi perangai2 orang January ini, baran. haha! dan degil.
eh berangan nak anak bulan itu bulan ini. PERIOD betulkan dulu, JAY!


--


*ini sakit kat abdomen dah kenapa? period dah habis kot harini, tapi kenapa denyut2? what happen?!!! mgkin imagination je kot. -___-



January 16, 2012

My Natural Aunt Flow is Here!!


My Last Complete NATURAL Cycle! wweeeeee!!!
Since Oct 2010 ber-BBT, ini lah first time aku dapat complete NATURAL BBT Chart! suka suka suka!
happy to be normal! 
Hm darah agak berketul2 jugak, kadang2 ada jugak terdetik, eh entah2 lekat tapi takjadi ni..Wallahualam. 
Entah2 memang natural period macam biasa je pun..hehe..takkisah lah. im hoping i have a normal cycle for the next next month! senang la nak track waktu ovulation and hold it, i can ovulate now! wuahhhh!
i can make eggs! mature eggs! *bangga*
mcm ni barulah rasa mcm seorang perempuan. 
so i should stick to the pure wild kacip fatimah, and noni? hm not sure kalau tak continue akan ganggu balik cycle aku tak. should we try not to makan the noni tablet this month?
well, natural herbs does work then! :D cuma lambat lah sikit, tapi selamat! 
(sumpah sakit senggugut ini tapi saya gembira!) 
(semalam sumpah takleh tido)
Takpa!! i know that to get pregnant is to have healthy menstrual cycle first. kalau period mcm bengong, toksah mimpi nak pregnant. 
Gila, setahun lebih tak dapat natural period. aku rasa last natural period aku Nov 2010. 
Sheesh! Now u know why i am so happy. :D 
Harap2 aku subur lagi this month :D semangat berbaby-dancing!


Dah update kat page BBT CHARTS jugak, kalau nak banding my previous "rocky-mountains" charts, boleh lah tengok ;) 


till then, darlings!

January 12, 2012

14DPO - BFN

Im at 14 Days Past Ovulation.

Pagi tadi saja test sebab semalam pegi beli Pregnancy Test Guardian yang baru. Kaler pInk (the colour i hated the most)
test pagi tadi and Negative. which i dont mind :)
lagipun i can test another 5 days kalau temperature is still UP and period doesnt show up.

Latest BBT


Today's temp: 36.75c
memang drop sikit tapi still above the coverline.
so i cannot expect my period to be here by today or tomorrow.
lagipun nak ikutkan still early to determine pregnancy or not.
so just anggap im having normal cycle this month :D
kalau tiba2 dah 25 hari ke atas, my temps still UP and negative pregnancy test, then baru lah boleh menggelabah coz there's definitely something wrong! doa2 tidak lah.

sbenanye taknak test pagi tadi sebab taknak mengharap ke apa. tapi takot kalau lekat dkt tube. sebab tu better tau skang..kalau tau awal boleh flush out without membuang tube, lagi sedih...itu pun risiko jugak kan.
so by today it's negative, then fine, i still can be happy for the raised temperature :D
i love progesterone hormone ;) hehehe

ape yang kelakar nya, dah lama tak rasa LAPAR all the time like this without meds. slalunye with Yasmin, Clomid, or other hormone pills and injections yang kasi lapar all the time. kali ni im FREE WITH MEDS! and i feel normal! (tak habis lagi aku punye happy ni) hahaahha sorry eh korang ;P
2 hari lepas makan nasi goreng bombay sepinggan dah la banyak, stengah jam lepastu tgk org lain order wedges terus terliur dan terus lapar gaya tak makan dari pagi.
hahaha! im normal, baby!
(hepi sangat ni kang, tgk2 bulan depan period dah takdtg dah mcm dulu balik :( mintak2 jangan la jadi mcm tahun lepas lagi)

huhuhuhu :P

January 10, 2012

12DPO

Its 12 Days Past Ovulation. 


Tak sure sebenarnye whether ovulation occurred tapi kalau tak, BBT aku mesti tak mcm ni.
Heh takpe la taknak meletak harapan apa2 cuma bersyukur hormones aku dah berbalik macam asal. 
Harap sangat la kalau aku period, aku boleh subur balik.
BBT mcm ni mmg confirm akan period (kalau tak pregnant) 
this is a BALANCE chart, a normal chart. walaupun sebelum tu aku nye temperature turun naik mcm rocky mountains, aku rasa kalau kire dari Nov 13, dah Cycle Day berapa puluh agaknya.
so aku taknak chart yang panjang2, jadi aku split kan chart aku supaya cantik skit rupa.
huhuhu.
kat fertilityfriends.com ni mmg ada option utk split chart.




so here's my latest chart and im at 12 DPO. 
tapi perkataan DPO tu mana ilang tah? 
i still have breastpain :D suka!
korang kan, yang mana selalu merungut pasal senggugut or period tu, bawak2 berubah la perangai tu. hehehe, sebab itu lah nikmat orang pompuan. memang sakit, tapi itu tanda korang sihat.
ni aku ada la terbaca kat forum2, kat fb, kat twitter...pompuan suka merungut bila breastpain, or senggugut..
aku pulak dok pikir, bila aku nak senggugut ni? 
sebab aku tau bila aku tak senggugut, maknanya aku tak period,
bile tak period, maknanya aku tak subur, hormon aku tak balance,
kalau tak subur, jgn kata nak mengandung, darah kotor tak keluar tak sihat tau tak!
so korang tlg lah jgn merungut bila period. period itu nikmat dari Allah. perempuan yang period, diampun kan dosa2 kecilnya. jadi aku kalau period ni, aku syukur sangat. kalau pregnant lagiii lah happy sebab tak makan apa2 ubat pun! tapi taknak lah kesitu lagi pikir....
hormon dah normal pun dah kire baekkk. 


aku tibe2 la teringat 2minggu lepas aku sakit leher, aku rasa sebab aku salah urat.
bukan sebab salah tidur pun..aku main gitar mase tu, konon tundok lebih nak feel lebih. hahaa!
skali angkat kepala terus sakit leher, takleh toleh kiri kanan. jenuh la menyapu minyak bagai, nak tido pun susah, 3 hari takleh tido. 
lepas leher dah baik tiba2 BBT naik. agaknye sebab urat aku telah dibetulkan?
hahahaha, merepek jek aku tapi kalau betol, memang kebetulan.
walaupun urat kepala, tapi dalam otak kite la yang kena kasi signal dekat ovary dan sistem reproduktif kite utk hasilkan hormon. kalau brain tak trigger apa2, mcm mana kilang nak buat keje? jadi agaknye lepas urat dah betol balik..dandan "highway" utk send trigger dah betul tak?
kalau betul, alhamdulillah..
korang yang hormon tak betul, cube try urut tengkuk byk2 kali :P heheh.




January 5, 2012

I've Got DPO on my BBT chart :)

First time selama guna BBT sejak Oct 2010, baru kali ni dapat Coverlines dan perkataan DPO keluar kat chart. DPO = Days Past Ovulation. Memang lah chart in auto generate ikut figure temp yang kita key in tapi sesungguhnya selama ini memang tak penah dapat DPO tu. so samada aku ovulate atau tak, aku tak peduli, bila keluar DPO maknanya Progesterone aku may be release the eggs OR rahim aku sedang menebal utk period. THANK YOU ALLAH! :)


kenapa yeh boleh tiba2 je sedangkan aku stop meds dah lama? tapi since aku stop meds, aku amalkan herbs & supplements je which is baru2 je konsisten last 3 months.
yang pastinya Noni Chewable by Biodex tu memang aku habiskan sampai licin, 2 botol. dengan harapan bole ubah cycle aku kpd normal tapi tgk2 asik low je sebelum ni. bila 5 hari ni dah up mcm ni, semangat lah balik! syukur..


so uolllss, kena lah sabar (yang mana period takbetul and nak betulkan guna natural supplements)
sebab biar lambat, asalkan ianya bukan drugs.
aku dah benci dgn fertility drugs, hormon drugs, sebab badan aku jadi manja.
kalau takde drugs die taknak buat apa. luckily these herbs boleh tune kan balik. isk doa2 lah sangat aku nye cycle betul balik. serious selama setahun ini aku takpenah rasa pre-menstrual symptoms tu lansung! :(
lepastu yang Lumiglow cream tu definitely takde difference lansung dkt hormon :) sebab BBT aku mcm biasa je. tak naik2. 2 botol aku cuba, yang berubah cuma kulit jadi bersih, and kalau ada scar atau jerawat kat muka, memang terus hilang dlm 2 hari lepas sapu. tu je, tapi hormon, dia tak berubah..maybe tak serasi or it will took so long to see the changes. So takpalah, aku stop.
Then aku masa asik kena pegi CM last month, aku lalu depan kedai herba. kedai tu kedai cina yang hairannya, semua herba yang dia jual, semua herba melayu. Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Misai Kucing, Manjakani, Serapat..semua akar2 asli, cuma proses jadi serbuk atau kapsul je. takda yang campur2 gula ke perasa ke. memang dia jual segala daun ranting akar kayu segala.
aku cuba beli. Nama dia Kacip Fatimah Kak Imah. Sumpah kelakar. Packaging dia dah la lawa. aku mmg pantang la tgk design packaging ni.
RM 50 sekotak ada 15 teabags je teh dia. teh tu mmg semata2 serbuk. boleh campur dengan madu.
Gila strong jugak, sekali minum senak teros rahim aku. teros rasa senggugut. tapi 2 3 hari je. then aku continue minom for 2weeks, hmm mcm takde perubahan sangat. Taksangka ada! cuma lambat sikit tapi takpe lah kan?
Cina yang jual tu siap ckp, orang cina pun byk minum kacip fatimah yg asli ni utk kesihatan. bukan yang beli dalam tin tu..itu dah proses mcm2. ambil yg betul2 dari akar kayu ranting daun dia smua. Dia cakap, cuba dulu kalau dalam seminggu takda rase ape2 effect kat abdomen kita ni, mungkin tak serasi atau kena try lagi 2 3 bulan.


aku pon tattau which one yang bertindak balas dgn betul. sebab aku try semua.
Termasuk minyak Jerslin Oil yang laki aku beli dari kawan dia.
First time laki aku beli something yang boleh membantu fertility/hormones. selalunya dia wat derk je dengan apa yg aku beli. and dia takpenah beli apa2. kali ni dia beli.
Jerslin Oil tu just ada campuran HabatusSauda, Minyak zaitun, and other herbs. konon kegunaannya, semua jenis penyakit boleh, (heh, kire tutop la hospital kot kalau semua penyakit boleh)
hahahaa...aku rase mmg bergantung kpd keserasian je la sbenanya. Dalam list of benefits tu dia tulis "untuk sukar dapat anak" dan "hormon tidak teratur" dan "haid tidak tetap" dan "tidak haid lansung atau lama tidak haid" 
hmmm, so aku cube je. lagipun dia wangi tak busuk pun.
aku amalkan gak la dlm 3 4 minggu lepas. kalini minyak tu dah nak abis. Laki aku buat sapu kat perut and pangkal ari2 sebab dia jenis kencing tak lawas. die ckp skang ni kencing dah ok! hm. ok fine.
tapi bila BBT aku raised and dpt DPO aku HAPPY! alhamdulillah mungkin ketiga2 bende yg aku ambik ni ada juga kebaikannya :)
korang google je lah benda ni kalau nak info lebih. Minyak ni harganya RM35 je.


My current BBT




On CD 16 aku start Noni Chewable sebanyak 2 botol. On CD 29 aku start teh pure Kacip Fatimah tu.
aku start guna Jerslin Oil tu on CD 35. and on CD47, i've got coverlines ;)


nak tau pasal herbs yang aku minum tu, boleh gi kat www.rahsiaherbal.com

January 3, 2012

TENDER..NIPS

hahaha! lucah pulak. eh apa pulak lucah, breast tu kan anggota badan.
hahaaha! the thing is dah 5 hari i have tender breast without any meds!!! and my BBT RAISED without any meds, any supplements! oh god please make this as a good sign, period pun dah syukur!!! 
tahun 2011 lansung takde rasa sakit breast mcm nak period tu, kecuali kalau makan ubat baru rasa. YAYY IM SO HAPPY dah lama tak rase pedih kat breast mcm ni for so long!!! it hurts but im happy!!
ini definitely sign of progesterone is showing up again! OH THANK YOU!!!!!! 
YOU'VE BEEN GONE FOR A YEAR! SKANG BARU MUNCUL BALIK!!
THANK YOU MY PROGESTERONE!!!!


boleh tak aku mcm tu hahahahha


 i know it is showing up on itself bcoz i feel what i should feel when im about to have my periods (sendiri not by meds)
asik lapar, perut senak, and bloated, muka panas (hot flashes), temperature naik, and breast pain. YYAYYY
sukaa!


hahaha mcm tu lak yeeee




and today im celebrating my 28th BIRTHDAY, and 3 YEARS ANNIVERSARY WITH MY BELOVED HUSBAND! :)