March 28, 2013

Eat Healthy! Tolonglah.



Okay, honestly, how many of you yang betul2 amalkan pemakanan sihat?
Especially, when it comes to TTC.
Ramai yang tanya, apa tips aku masa TTC.
Aku memang takde jawapan lain selain bagitau korang, amalkan pemakanan sihat dahulu.
Then baru proceed yang lain2.
Proceed apa?
Proceed usaha2 lain la macam exercise ke, acupunture ke, homeopathi ke whatever option yang alternative yang korang nak cuba. Kalau nak cuba fertility drugs dulu pun silakan, tapi pemakanan mesti sihat dahulu.

If u ask my personal opinion yang dah berkali2 fail dengan fertility drugs, i certainly NOT recommend u to start with fertility drugs. Fertility drugs may help u of course (for some people), tapi tak guna kalau badan masih tak sihat, darah tak bersih, gula tinggi, banyak kolesterol dan lain2 yang seangkatan dengan Tak Sihat. There is no use. Sebab badan akan jadi lebih haywire dengan kemasukkan synthetic2 hormone ni. Doctors wont tell you this. Doctors wont ask you to "Betulkan pemakanan".
But then, terpulang lah :) ikut gerak hati masing2.

You cant just go and hentam all KFC, MCD, oily food, processed food (nugget,sausages,fishballs,fishcakes,fillets,etc), makan & minuman bergula yang manis2, lepas tu ambik fertility drugs or buat acupuncture, lepastu bila takde perubahan, jangan rasa upset.

I often came accross beberape pendapat orang lain tentang produk kesuburan yang baru dicuba.
"Saya dah cuba sebulan/dua bulan, takde perubahan pun"
"Saya dah try berbotol2, masih tak berjaya"
"Dah la mahal, harga untuk 2 set dah sama dengan buat IUI"

Kalau tak berjaya tapi dah apply pemakanan sihat, then mungkin rezeki belum tiba.
Tapi kalau pemakanan masih tunggang langgang, then try satu dua produk, tak menjadi, review "Takde Perubahan" takleh diterima for me., apetah lagi kalau komplen produk tu mahal. - kalau rasa tak serasi, fine, try other products, tapi takpayah cakap Dah la Mahal.

Well, what do you expect?
Product yang bernilai RM30-RM50 makan sebotol then tibe2 pregnant?
Kalau berjaya pun itu kuasa Allah semata2.
Kalau makan ubat pun it takes several months to see the difference.
Apetah lagi natural supplements/healthy diet/alternative treatments.
Kan??
Even IUI pun berapa cebis je yang berjaya with first attempt?
Aku belum pernah dengar lagi orang yang pregnant dengan 1 kali IUI. Ini selama aku TTC sejak 2009 lah. Aku tak dengar lagi ada yang pregnant dengan 1st IUI.
Kebanyakannya after 2nd or 3rd, or FIFTH.
Atau 4th IVF.

Jadi statement itu macam agak pelik sebab, you should know supplements are made of NATURAL elements. Tak sama macam drugs. Drugs yang CEPAT pun ramai yang lambat berjaya, apetah lagi yang natural. For me its safer to use natural elements dari drugs. For me la. Sebab aku buat kesilapan time TTC dulu, dimana aku tak hairan dengan all alternative treatment. Aku cuma obsess dengan Medical Treatment. Aku obsess dengan Clomid, Letrozole, Norethisterone, etc etc etc
Aku salah, sebab badan aku tak sihat, tapi aku sumbat dengan synthetic hormones, otak aku tak faham ape aku nak dan buat keadaan lebih kucar-kacir.

You can't just try any supplements/products without preparing yourself HEALTHY first.
Sebab kalau badan masih penuh toksik, lemak, minyak, gula, kolestrol, dan sbgnya, macam mana nak absorb product yang korang baru ambik tu dengan berkesan?
Nak-nak lagi kalau kite insulin resistant, my gynae cakap, folic acid pun body susah nak absorb kalau badan kite insulin resistant (PCOS major symptom).
(Which makes me wonder entah2 folic acid yang aku telan sejak 2009 tak memberi makne lansung pun sbb mase tu PCOS aku tengah teruk. hahaha)

Im not a nutritionist. So boleh refer kat internet atau pakar2 pemakanan untuk pemakanan sihat. Yang aku penah share kat blog ni pun setakat mana yang aku tahu je. Terpulang nak ikot cara aku atau tak sebab sbenanye banyak lagi cara lain. Asalkan badan sihat, insyallah will lead to healthy reproductive system :)

Rajin2 la ajak hubby jogging ke, main badminton ke, takdapat hari2 seminggu sekali pun ok :)
Kalau penat jogging, jalan kaki pun kira exercise.

Yang caffein addict, kurangkan, lagi bagus kalau berhenti terus.
Sebab caffein juga penyumbang infertility.
Aku susah nak berhenti caffein, it takes about 2years. Cepat atau lambat yang penting mesti cuba avoid kay? :)

Happy weekend, all.

March 25, 2013

Infertility in Men

Punca susah nak conceive ni, semua pun tau.
40% = Punca dari Isteri
40% = Punca dari Suami
10% = Both
10% = Unknown

Kebanyakannya entry blog aku cuma share tips TTC for women je, ye la sebab aku rase takde lelaki (kot) bace blog aku. Agaknye la. Tapi mungkin ada dikalangan readers/silent readers, prob TTC ialah datang dari suami (atau kedua2nya)

Tadi aku baru baca blog Dr Zubaidi.
Dia share 2 info yang sangat bagus.

1. Bilakah Lelaki Dianggap Mati Pucuk (ED)
2. Kesuburan Sperma dapat Dirawati dengan ProXeed Plus

Bacalah, kalau suami ada prob, kot2 leh bantu suami. Kalau takde prob pun boleh baca untuk pengetahuan.

Dulu masa jumpe gynae, (Dr Delaila), dia ada share few tips untuk lelaki. Walaupun laki aku time tu takde prob tapi die gitau gak untuk 'maintain' kesuburan lelaki la.
Katanya, Orang lelaki yang TTC, better elakan makan kulit ayam, kepak ayam, SOYA, elak hisap rokok, caffien, kalau keje kat area yang bertoksik (asap2 kilang/chemical) better cari lah keje lain, jangan pakai spender ketat2.
Supplement yang boleh di amalkan ialah L-Arginine & L-Carnitine. Bagus utk kualiti sperm.

IF ever there is man yang bace my blog, yang tak berjaya lagi conceive kan isteri dan TAK PERNAH pegi check sperm, pergi lah. kesian kat isteri tu.
Buang ego dan tak perlu lah takot utk pegi check.
Ramai laki taknak check sperm, kadang2 aku heran kenape.
Mungkin malu? Kalau2 the problem datang dari diorang, mungkin malu.
Tapi doctor takkan nak ejek2 korang pulak, Booo....sperm tak power!
Is that what u think gentlemen???

Untuk conceive ni perlu kerjasama dua-dua blah pihak. Jadi jangan lah asik isteri saja dipersalahkan. Suami pun kena jaga makan n perlu check sperm dulu.
Laki lagi senang, it takes only ONCE to check.
Kalau pompuan, kene tunggu period, kena ambik darah, lepas ambik darah then kene tunggu hari subur utk check telur, macam2 untuk check to make sure what is the problem.
Lelaki sekali je kena check and that's it.

Kalau lelaki2 taksure macam mana prosedur doctor untuk check sperm, dont worry he/she wont touch ur penis for goodness sake. -_-
Or ask u to pancut in front of them (maaf bahasa aku)
Buat lah kat rumah, or setengah2 hospital ada sediakan bilik Ada botol kecik yang serupa dengan botol test urine tu. After done ejaculating, give the sample to them, doc will test and you will get result few hours later, (depends), DONE! Kalau bertuah ada doc yang bagi tengok your own sperm under the microscope!

KALAU betul lah problem becoz of you, doc akan prescribe few meds & supplement. Jangan lah terus down and malu dengan isteri. Insyallah isteri anda sedia membantu anda.

Ciri-ciri sperm yang subur adalah seperti berikut:


Normal Values Of Semen Variables

The normal ranges for various parameters of semen quality are shown below:
  • Standard Tests Volume >2.0 ml.
  • Sperm Concentration >20 million sperm/ml.
  • Sperm Motility >50% with forward movement
  • Sperm Morphology >15% normal forms
  • White Blood Cells <1 million cells/ml.
  • Sperm Antibodies (Immunobead Tests) <50% sperm with adherent particles

More info click here: Semen Analysis

Motility tu pergerakan sperm. more than 50% needed untuk sperm yang move forward. Kalau banyak sperm sekalipun tapi sperm move ke kiri, ke kanan, atau tak bergerak langsung, that's considered tak subur jugak.
Morphology pulak BENTUK sperm: kalau sperm banyak, semue bergerak hadapan, tapi bentuk normal adalah terlalu sedikit, iaitu lebih kpd yang kepala besar, atau ekor dua, atau kepala dua, itu semua tak normal , juga boleh dikira tak subur.

Sebab tu penting buat sperm check.
Ada my friend kata, dia rasa suami tak perlu check sperm sebab dia tengok sperm suami adalah PEKAT.
My dear, PEKAT doesnt meant his sperm is all fine.
PEKAT could be sperm dia memang banyak tapi how do u know the motility and morphology of the sperm. semua takleh nampak dgn mata kasar, hanya bawah microscope.

Harap link yang aku share dari blog Dr Zubaidi tu dapat bantu korang dptkan info for fertility for men :)
Yang ada suami2 belum check sperm tu, please check. Please check.
U are wasting your time kalau ulang alik ke klinik/hospital, telan ubat berbagai2, supplement berbotol2, without knowing the condition of ur partner's sperm.

Perhatian pada sesiapa yang minta add ke TTCGM

Ada banyak sangat nama yang saya takboleh search, dan takboleh Add Friends sebab takde button Add Friends di FB korang.
Jadi kalau tak add friends memang saya takboleh add ke group tu. Diulangi TTC GROUP MALAYSIA is a "Secret Group" bukan Open Group, bukan Closed Group, jadi anda takperlu susah2 untuk search sebab TAKKAN JUMPA.

Kepada yang dah penah komen di page TTC Group Malaysia 1st Meeting dan Msg to New Members of TTC Group Malaysia dan beri ID anda, maaf kadang2 ada banyak orang nama sama, jadi mane satukah anda?
Ada yang dah bagi email address, tapi bila search di FB, tak jumpa apa2 page. 
Ada yang jumpa!
Tapi takde button ADD FRIENDS pulak. 
Saya dah message tapi takot masuk ke spam box. 

Jadi harap maaf pada yang tertunggu2 saya add ke group tu tapi masih tak masuk2, di antara sebab2 nya adalah seperti di atas.
Kalau profile anda tu dah setting PRIVATE, harap maaflah anda kena tukar setting dulu.

Lepas dah tukar, please LET ME KNOW. via email or comment, dua2nya akan sampai ke email sy jugak.
So please ya, if u want to be added to the group MAKE SURE UR FB PROFILE IS SEARCHABLE.

paling senang kalau letak link fb terus. contoh: www.facebook.com/jayfarhana

u give me ur link, i'll add u. u cant add me sbb i pun setting private atas sebab2 tertentu. hehehh.

Dan pada yang saya dah Add Friends tapi belum add ke group, sometimes i add u time lunch hour then i have something else to do - while waiting for u to APPROVE, my office dah block fb dah. hehe. so kena tunggu after 5pm pulak. my office blok fb during office hour.

Ok itu saja. harap maklum.

diulangi, lepas ni kalau korang antar email/komen tapi i cannot add u due to above reasons,(yg kaler merah)
i have no choice but to ignore u. :(
so pastikan FACEBOOK ID anda tu SEARCHABLE dan ADD-able (ade ke ayat tu).

---
updated 24 Oct 2013

IGNORE THE ABOVE, JUST SEND ME AN EMAIL SAYING THAT U WANTED TO BE ADDED IN TTCGM SO I WILL INVITE U VIA EMAIL, NO NEED TO ADD ME AS FRIEND :D


March 22, 2013

Ustaz Kazim Elias kata

Semalam aku tengok ulangan syarahan Ust. Kazim Elias. Pasal rumahtangga.
Seronok weh tengok :) korang rajin2 la tengok Astro Oasis time ceramah Ust Kazim Elias: Kalau Dah Jodoh.
Aku suke sangat!

Dia ada cakap tentang orang yang sangat bersedih bila anak meninggal. (anak yang masih kecil, belum akhil baligh)
Katanya, orang yang anaknya meninggal, dan dia REDHA, dia cuma melalui neraka di atas siratulmustakim sekadar melepaskan sumpah.

OK sbenanye aku tak paham 'melepaskan sumpah' tu macam mana.

Rupa-rupanya maksud dia, melintas siratulmustakim tu sekadar syarat je, beberapa saat je dah lepas, dan anaknya yang meninggal tadi menunggu di pintu syurga.

Subhanallah indah betul kalau kite redha :')

Then Ust.Kazim kata, Aishah r.a bertanya kepada Rasulullah SAW "Ya Rasulullah, bagaimana pula kalau tidak berkahwin? Macam mana nak ada anak?"
Dan tanya Aishah r.a lagi "Ya Rasulullah, bagaimana pula kalau berkahwin dan ditakdirkan tiada anak? Siapa nak tunggu di Syurga? Atau seseorang itu berkahwin, dapat anak, tapi anaknya tidak mati sebelum akil baligh, siapa pula yang menunggu mereka di Syurga?"

Jawapan Rasulullah "Aku yang akan menunggu kamu di pintu syurga dan tiada orang yang lebih baik daripadaku untuk menunggu di depan pintu Syurga"

Subhanallah.

Tapi syaratnya: MESTI REDHA dengan ketiadaan itu semua. Kalau mengeluh selalu, menyalahkan takdir, tak taat  perintah Allah dan Rasul, takdapat la.

Sayang sungguh Allah Taala dan Rasulullah pada kita. Semua yang ada kekurangan sebenarnya ada ganjaran yang sangat-sangat besar.

Tentang anak yang meninggal tu pulak, syaratnya mesti belum akhil baligh, dan REDHA yang dimaksudkan adalah seperti Ust.Kazim cerita, ada satu peristiwa bahawa orang ni anak seorang hamba Allah ni jatuh bumbung dan meninggal dunia. (anak dia baru 6tahun)

Pihak Hospital: Encik, anak encik jatuh bumbung, sila datang ke hospital sekarang.
Bapa: Astaghfirullahalazim, baiklah saya datang sekarang.

dah sampai hospital,

Dokter: Maaf ya encik, kami takdapat selamatkan anak encik. Anak encik telah meninggal dunia.
Bapa: Innalillahiwainnailaihirojiun. Astaghfirullahalazim. Alhamdulillah.
Kawan kepada bapa: Eh kenapa kau cakap Alhamdulillah, kan anak kau meninggal?
Bapa: Aku ucap Alhamdulillah sebab anak aku tiada dosa! Dah tentu masuk syurga, dia belum akhil baligh.

kalau kita tentu la meraung bebagai sebab anak meninggal kan :(
Masyallah, kalau lah kita ni tahu apa yang dikatakan REDHA. Mesti hidup lebih tenang.

Aku masih belajar untuk redha sampai skang. Kadang-kadang bila musibah berlaku, kita mesti nak merungut, menangis, sedih, marah. Terus buta pada 1001 nikmat yang Allah beri..

Kadang-kadang, dosa kita ni takdibayar CASH oleh Allah pun kite terlupa. Kalau lah setiap kali mengumpat, kena petir. Setiap kali terdetik buruk sangka pada suami, kena petir, macam mana lah agaknya??

Sama-sama lah kita belajar redha kawan2...ni pun aku nak ingatkan diri sendiri.

March 14, 2013

Agree with Prof Dr Muhaya


I would like to paste a blog entry link from Aidanisme tentang post yang lebih kurang berkaitan dengan my post "Kalau takde anak, siapa nak doakan kite time kite dah mati?"

She quotes what Prof Dr Muhaya said. Setelah ada seorang lelaki ni mengadu kat dia sebab takde anak. Korang baca cerita sepenuhnya kat blog Aidanisme kay. I only paste the part i like the most.

Dr: Sy nak bertanya, kenapa awak nak kan anak?

Lelaki: Semua orang ada anak, saya pun nak anak juga.

Dr: Ye sy tahu, tapi kenapa awak nak anak? Apa motif awak?

Lelaki: Saya malu dengan org, org ejek saya tak pandai, tak hebat dan sebagainya.

Dr: Sebab itu saja?

Lelaki: Nanti saya mati, siapa nak doa untuk saya?

Dr: Awak yakin anak awak akan doa untuk awak bila awak sudah tiada nanti? awak betul2 yakin?

Ha kisah selanjutnya baca kat blog Aidanisme ye :D

I personally like Prof Muhaya. Tagline show dia pun dah cukup terbaik. RESET MINDA.
Korang yang TTC mesti kena tengok. SANGAT BAGUS. Kat astro oasis hari rabu kalau taksilap, pukul 730pm. lepas solat maghrib boleh tengok.
Bukan untuk TTCian je, kite yang menjadi isteri2 orang memang kena tengok sebab banyak betul hal rumahtangga yang dibincangkan. :)

Kadang-kadang tak dinafikan, para suami pun memang down bab TTC ni. Sebab yang diorang selalu kena ialah "Kau tak power, Kau tak hebat, Kau tak pandai, Kau takde skill"

Sebenarnya kalau kita ni asyik down sebab period tak betul atau benih tak subur atau penyakit2 lain, sekurang2nya kite jarang diperkatakan begitu. Mungkin ada tetapi bab sexual ni memang lelaki yang selalu kena.
Kadang2 suami-suami ni sangat lah nak menjaga hati bini, tak penah cerita pun pasal apa yang diorang pernah kena dengan orang. Betul lah kalau nak kata Lelaki itu Ego.
Memang topik ni diorang terpakse ego sikit dengan kita tapi MALU yang diorang tanggung kita tak tahu.

Aku rasa sepanjang aku TTC, nenek aku je pernah cakap "Hm..awak ni tak pandai ni"
Aku nak naik hangin jugak dengan nenek sendiri tapi rupanya maksud Tak Pandai tu ialah aku tak pandai kira waktu subur so dah BD pun waktu yang salah, cara yang salah. Then nenek aku bagi tips yang basic dimana kite semua pun tahu, BD waktu subur hari ke 14, dan sebagainya.
Aku cakap elok2 dengan nenek, "Tok, kite dah kawin 2tahun lebih (mase tu baru 2tahun lebih) takkan la taktau lagi kaedah ni..mesti dah tau tok cuma ada masalah kesihatan sikit sebab tu tak lekat agaknya"
"Laaa...masalah kesihatan apa muda2 mcm ni?"

Heheh, maybe nenek aku ingat orang muda skang sama je dengan orang muda dulu. Bagi dia muda2 lagi takkan la dah ade penyakit. Nenek aku ade bagi stengah2 tarikh jugak untuk BD katanya itu 'petua' orang dulu2. Jadi maksod "Tak Pandai" yang diperkatakan pada aku itu ialah tak pandai tengok tarikh.

Tapi Tak Pandai bab sexual, jarang sekali kaum prempuan yang kena.
Aku faham ada setengah laki buat derkkk je pasal TTC ni. Kadang-kadang kite pun naik bengang sebab nampak mcm kite je bersungguh2. Walhal kite takfaham betul2 apa isi hati suami kite.
Dia bukan taknak support.
Dia bukan tak kisah.
Dia bukan ego.
Dia cuma nak jaga hati kite. Kalau dia pun stress sama dengan kite, siapa pulak nak reda kan keadaan? Mestila rumahtangga jadi lagi kucar-kacir, masing2 asyik stress pasal anak je.
Aku penah marah laki aku sebab dia buat derkkk je time aku treatment semua. Takde kata2 perangsang ke, semangat ke, tanya2 ape2 yang doc cakap ke. Seolah2 mcm tak interested.
Sebenarnya dia taktau ape yang patut ditanya.

Aku pernah cakap kat dia "Sayang senang lah, tak penah kena dengan orang lain, sebab bukannye lelaki yang kena mengandung"
Tibe2 dia cakap "Siape kate orang tak kena? Sayang tau ke orang kat ofis kena hina mcm mana?"

Erkkkkkkk

"kena hina kenapa pulak?"
"budak2 ofis cakap orang takde skill, bodoh takreti main, tak hebat, takreti pancut. Sayang penah kena macam tu?"

Erkkkkkkkkkkk

Telan airlior sebab tak terpikir die akan terkena.

"Setakat kena perli2 dengan makcik2 dengan ayat2 biase tu, takyah fikir sangat lah. Orang lelaki ni lagi teruk kena sebenarnya."

Sudahnya, dia cerita A-Z, yang dia banyak kali asyik nak bertumbuk dengan budak ofis kalau sebut issue anak.

Erkkkkkkkkkkkkkkkk

Taktau lansung aku, issue anak ni die boleh kata sampai bawak nak bertumbuk dengan budak ofis dia.
Sebab dia cakap diorang semua masing2 kawin lepas kitorang dan asyik beranakkk je bini diorang. Jadi bila laki aku sorang je takde anak, diorang asyik perli2, mula2 bergurau2 tapi lama2 dah makin annoying. Lame-lame diorang dah tak sebut hal anak ni dengan laki aku sebab laki aku memang jenis tunjuk marah.

Die penah gak tanya. Time tu memang melampau lah sebab budak ofis gelak2kan dia kata "Ni nak kene refer Cd blue ni sebab skill asyik tak menjadi." PFFFT!!!  Kelaka ke weh?

Laki aku jerit skali je terus. "Korang yang anak ramai ni terbukti power la? Hanya sebab anak ramai? Habis tu yang tiap2 bulan takde duit nak beli susu anak dgn pampers tu, hebat sangat la? Dah lupe diri tuhan bagi anak tu sebab amanah, suh korang cari duit lebih, bukan pasal nak tayang siapa hebat kat ranjang! Skang dah baru ada anak 2, dah takde duit pinjam dengan orang, lepastu mengaku hebat. Aku takde anak pun sekurang2nya aku takde hutang keliling pinggang!"

Itu last word dia pada budak2 ofis dia yang berlagak2 pasal anak. Lama2 diorang mintak maaf and tak sebut lagi pasal hal ni.

Lebih dahsyat apa yang orang lelaki kena sbenanye :(

Lepas die cerita, baru la aku tau. Aku ingat dia takpenah kena ape2 lansung. Sebab die bukan jenis nak cerita dengan aku. Ye la orang laki jarang nak rengek2 mcm kite, kite ni asal kena kat kenduri-kendara je, mesti nak luah kat suami, nangis kat suami. Tapi rupenye suami kite pun kena, tak pernah rengek2 kat kite pun.

Sekurang-kurangnya syukur la sebab suami tak brag kite pasal TTC.
Aku ada few friends, suami diorang yang brag psl anak.
Bila kwn aku period je, suami diorang bengang2.
Siap marah "Kenapa period??"
Ada pulak yang suami hari2 cakap "Abang nak baby, Abang nak baby, Abang nak baby"

Aku syukur la laki aku takpenah buat aku macam tu. Kalau dia ignorant sket takpe, asalkan die tak tambahkan stress kite. Kalau aku jadi bini orang laki yang tanye prof muhaya tu pun aku kecik ati sebab apesal laki aku nak kena tanya orang mcm tu?
Tapi ye lah, dia stress sebab orang ejek2.

Apa2 pun, Allah je yang tahu.

March 11, 2013

Msg to New members of TTC Group Malaysia


Alhamdulillah ramai yang minta aku add korang ke TTC Group Malaysia. Ramai, sangat ramai.
Baguslah kalau group ni makin ramai, makin ramai yang tak rasa keseorangan.
Kita yang TTC ni memang perlukan support group supaya kita tak down dan terus down. Dan terus rasa negatif kat diri sendiri.Ada orang yang takde lansung kawan berTTC, jadi mungkin dia cepat rasa down, bila kena soalan2 cepumas dari orang keliling, terus taktau nak buat apa kerana tiada moral support, akhirnya menangis je pengubat luka di hati.

Maka baguslah kalau ramai yang nak join group TTC ni, sebab kat situ ramai senior2 TTC, dan yang ex-TTC nak bagi moral support kat korang :)
Aku cuma nak bagitau yang ada beberapa orang dah email / komen page ni minta di-add kan di group tu tapi aku takboleh nak add atas SEBAB2 berikut:

1. Aku search email address & fb id yang korang bagi tak jumpa. Katanya not found. Maknanya korang mungkin dah setting "privacy" korang supaya orang takleh search.

2. Aku jumpe fb korang, tapi takde Add Friends button. Aku kena add korang as friends dulu lepastu baru boleh add kat group. Takpe kalau korang tak berkenan nak jadi friends aku :P sebab nanti aku unfriend balik lepas dah add korang. No offence please, aku sbenanye buat akaun fb tu my small circle of friends & relatives je, aku kurang nak share sangat life aku kat orang yang aku tak kenal. U understand me right :P

3. Kalau bagi nama saja without email add, aku jumpe 2 3 nama yang SAMA. Jadi aku tak add sebab taktau nak add yang mana satu. Dah message tapi tiada reply pulak. Jadi aku tak add.

4. Ada yang email or komen mcm ni je "Saya nak join!!!" Tapi tak bagi fb id, dan tak bagi email address login fb. Aku nak add hang guano???? :P

Sekian, harap check balik fb setting korang eh. Dah tukar setting, boleh email aku balik bgtau dah tukar so aku boleh add ke group TTC.

Lagi satu, kalau dah join group tu, WELCOME!!! :) Dan kalau korang ade kwn2 yang berTTC jugak dlm fb list korang, korang juga boleh ADD friends utk masuk ke group tu. Admin akan approve kemudian :)

--
UPDATE: MASIH ADA LAGI YANG EMAIL/KOMEN BLOG INI MINTA SAYA ADD TAPI SAYA TAKBOLEH SEARCH KAT FB SEBAB SETTING FB KORANG ADALAH PRIVATE. PLEASE CHANGE UR SETTING FIRST, MAKE SURE YOUR PROFILE IS SEARCHABLE. BETTER BAGI LINK FB TERUS. KALAU BAGI ID/EMAIL ADDRESS, DIA KATA NOT FOUND.
JADI LEPASNI KALAU NOT FOUND JUGAK I TERPAKSA IGNORE YOUR REQUEST. KALAU AGAK2 I TAK ADD LAGI AS FRIENDS MAKNENYE MEMANG UR PROFILE IS NOT SEARCHABLE. TUKAR SETTING DULU PLS :)
I HANYA BOLEH ADD FRIENDS DULU THEN BARU MASUK KE GROUP. JADI BILE SY ADD TU MAKNENYE I WILL HAVE TO WAIT FOR YOU TO APPROVE MY FRIEND REQUEST, THENNNN BARU I BOLE ADD YOU TO THE GROUP. KALAU LAMBAT SIKIT TUNGGU YA SEBAB I ONLY BUKAK FB VIA PC DURING LUNCH HOUR/AFTER 5-6PM. KALAU GUNA FON I TAKBOLEH ADD MEMBERS KE GROUP. HARAP MAKLUM TERIMA KASIH :)

March 7, 2013

Letting go my TTC Tshirt

Remember I used to sell TTC Tshirt?
I'm letting go 1 of my tshirt (used only once, washed once) Sbenanya aku ada 2, so yang first aku pakai sekali je. Since dah conceive, lepas ni takleh nak pakai lagi sebab macam tak kena pulak ayatnya. Yang satu lagi tu aku simpan la buat kenangan :) Nak let go 1 ni je.


Front: NOT YET: But I Will 

Back: TTC Group Malaysia Logo and link
Clearer Back View 

USED TShirt, Size S, RM25
So kalau ada TTCian yang nak, ini size S tau tapi size S ikut US standard. Maknenye kalau orang Malaysia S tu sama dengan M.

Harga RM 25 (including postage)
Kalau Sabah/Sarawak RM30
Diulangi, ini USED tshirt ye.
Still good like new. It's 100% Gildan Cotton.
Status: SOLD
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NEW: Size L, RM35
Then ada balance lagi 2 tshirt yang tak habis dijual.
Size: L (US Size) Kalau Asia, its an XL.
Masih BARU dalam plastik lagi.
Harga masih sama macam dulu RM35 (including postage)
RM40 (sabah/sarawak)
Status: SOLD
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
New Long Sleeve, Size: XL, RM 50
Clearer front view.

BACK
Satu lagi ni LONG SLEEVE tapi design lain.
Size XL (Asian Size, sebab long sleeve ialah custom made. So they made XL ikot Asian size)
Masih BARU jugak.
Harga: RM50 including postage
RM55 (Sabah/Sarawak)

HOW TO MAKE PAYMENT?
Email me! 
jayfarhana@gmail.com

I will give you my acc.details :)

ps: HPT design was designed by Me, Miracles design was designed my Nor Azlin Rosli (TTC Group member)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

CEPAT ADA 3 NI JE TINGGAL! This Tshirt takkan Re-PRINT lagi! Sebab nak buat design lain pulak! ;)

March 4, 2013

Kalau takde anak, siapa nak doakan kite time kite dah mati?


Aku taksuke sbenanye bile dengar TTCian kata
"Kalau takde anak, siapa nak doakan kite time kite dah mati?"

Maaf, boleh aku tanya.
Kenapa ye fikir mcm tu?
Seolah2 nak mengatakan Allah tu kejam tak bagi anak kat kite sebab takbagi sesiapa pun doakan untuk kite mati esok.
Seolah2 Allah sengaja taknak kita didoakan oleh anak2 kite sendiri.

Kalau ambik anak angkat, doa mereka tak valid kah?
Adakah mati esok nanti, bila anak2 angkat, atau anak susuan doakan kite, malaikat kate "Oh dia ni anak angkat..pulang balik lah doa, takleh sampai ke Allah. Kerana dia bukan anak kandung"

Macam tu?

Aku taksuke bile dengar perkataan2 yang seolah2 menyalahkan kerja Allah. As if Allah tu tak tahu. As if Allah tu kejam sebab terlupa dekat kite. As if Allah tu sengaja jadikan kite 'perempuan yang tak sempurna' kalau takboleh melahirkan anak.

Kat entry previous aku pasal doa malaikat tu pun, kite sbenanye kena doakan orang dengan IKHLAS baru lah malaikat doakan kite dan bukannye mendoakan orang sebab mengharapkan doa malaikat.
Jadi yang kita ni dok nak anak sebab nak anak yang doakan kite kenapa?
Jadi orang yang sampai tua tiada anak tu, tak guna lah hidup sebab takde orang mendoakan mereka. Walaupun mereka beramal dan dekatkan diri pada Allah, tiada anak pun tidak berguna kerana bekalan amalan di dunia tu tak complete sebab 'tiada doa dari anak'.
Begitu ke?

Salah ke kalau aku fikir macam ni?
Korang fikir macam aku tak?

Aku fikir bende ni dari aku TTC lagi.
Sebab orang2 tua slalu cakap kat aku bila aku cakap "Saya tak kisah ade anak ke takde anak sebab Allah yang tentukan"
Makcik-makcik macam tak setuju bila aku cakap TAK KESAH lalu mengatakan "Siapa nak doakan ko bile mati sok????"

As if, aku bersalah kerana cakap aku takkesah kalau aku takde anak.
Jadi, AKU MESTI KESAH sebab nanti aku mati, doa anak kandung itu perlu.
(kite ni selalu tak doakan untuk makbapak kite?) - sendiri pun kurang doakan makbapak tibe2 harap doa dari anak yang belum ada pulak. -_-

Orang-orang tua ni pun, bila sound orang, kadang2 macam tak make sense.
Bila tang solat yang takcukup, tang ibadat yang serba kekurangan, takde pulak dipersoalkan sebegitu rupa.
Tapi bila tiada anak, terus tanya Siapa-nak-doakan-ko-kalau-mati-esok.

Aku pernah jawap kat sorang makcik yang sound aku mcm tu dulu.
Makcik tanya "Mana boleh takkesah kalau takde anak. Esok kau mati siapa nak doakan?"
Aku jawap "Makciklah doakan, salah ke? (sambil tersengeh kerang buat2 muke sengal)

heh. makcik tu bengkek je aku jawap macam tu. Sorry sket, if you think of any words to let me down, I won't let you!
Aku SENTIASA akan jawap balik sampai kau diam.
Aku cuba untuk tak menjadi manusia kurang ajar, jadi aku jawap baik2.

So aku jawap mcm tu, makcik tu kata "KALAU makcik idup lagi, kalau tak idup?"
"Kalau tak idup, orang2 yang masih hidup lah doakan saya. Kenapa doa selain doa anak, tak valid ke makcik?"

Makcik geleng2 kepala dan mengatakan "Ade je jawapan kau ni"

Lalalalala.....aku senyum, aku cakap "Jangan lah marah. Saya tanye je sebab mane lah tau doa selain doa anak tu tak valid, saya kene bekerja keraslah untuk dapat anak ni...sebab doa ibubapa, saudaramara, kawan2, amalan2 saya, semuanya tak valid...susah juga saya bila mati nanti, maknanya saya dalam bahaya!" (buat2 muke sengal lagi) Padahal aku perli.

Makcik tu macam nak buat muka OK-BYE! je kat aku, heh tapi die explain 'Bukan macam tu, kalau doa anak sendiri, lebih makbul, lebih afdhal"

oh, begitu. Aku nak tanya lagi, kalau doa anak angkat macam mana? Tapi makcik tu macam pissed-off dengan aku dan terus chow. Heheh....

Biasenye kite yang pissed-off dan melarikan diri dari orang, time aku dah takkesah time TTC dulu, aku pulak buat orang pissed-off :P
Harap diorang maafkan aku. Aku sbenanye mengharapkan diorang tu jadi lebih sensitive. Ape kau ingat kau tanya aku macam tu, aku terus mengandung esoknye?
Memang kalau tak lawan untuk kuatkan diri, memang lagi down lah.
Sebab orang2 yang tak sensitive macam ni la membuatkan ramai TTCian jadi orang negative.
Kononnya sebab bila tiada anak-tiada orang nak doakan time kite mati.
Jadi ramai TTCian akan mindset macam tu.

Tapi kite tak peduli pulak nak tingkatkan amalan kite supaya amalan kite saja pun dah terlebih2 nak membantu kite time kite mati. Takperlu doa anak.
Tapi kite tak, kite nak harapkan anak yang doakan kite sebab orang tua2 dah cakap macam tu kat kite.
Mindset kite pun berubah dengan memikirkan nasib kite dah tua esok tiada anak yang nak doakan kite.
Kite ni sebenarnya selalu rasa down sebab orang sekeliling suka bagi "TEORI" yang bukan-bukan kat kite, supaya kite rasa sedih, down, stressed.
Macam ada hadis atau sunnah Rasulullah pulak yang kata macam tu.
Hadis Rasulullah tentang zuriat yang berbunyi "Sesungguhnya tikar di hujung pintu adalah lebih baik dari perempuan yang tidak dapat anak"
Itu adalah HADIS PALSU.
Isteri Rasulullah, Aishah r.a juga tiada anak, takkan lah Rasulullah nak bercakap begitu tentang isterinya sendiri???

Dan kadang-kadang ade orang tua yang menggunakan hadis untuk untuk kita yang susah dapat anak ni. Jadi kite ni lebih buruk dari tikar di hujung pintu?

Aku pun takpaham kenapa, kenapa orang sekeliling suka down kan kite.
Bila kite cakap sesuatu yang positive, they try to make us think negative jugak.

Contoh bila aku kata aku 'Tak Kesah" tadi.
Sebenarnya I was trying to keep positive dan cuba taknak sakitkan hati sendiri.
Takkan aku nak meraung-histeria pulak depan makcik tu?
Atau menangis di kaki makcik tu dan berkata:
"Huwaaaaaaaa!! Tu la makcik! Saya nakk anak! Nanti takde orang doakan saya macam mana! Huwaaaaa!!! Malangnya nasib saya makcik oi!!! Apa saya nak buat ni makcik!!!! Makcik tolong lah saya dapat anak cepat!! Mane tau esok mati ke siapa pulak nak doakan saya!!! Masuk neraka lah pulak saya sebab takde anak!! wUWUuUuUu!!!!!!
 (sambil berguling2 menarik2 kain makcik sampai terlondeh di depan khalayak ramai)

Makcik tu nak macam tu ke?
So bila aku cakap aku Tak Kesah, makcik-makcik should be embarassed sebab Tuan Badan yang takde anak pun takkesah kenape pulak kau yang kepoci?
But instead, sebab ego-taknak-kalah, they say something like that to make us down.
Supaya kite yang Tak Kesah tadi jadi Kesah.

Apesal aa?
Jadi kite ni pun, mindset: "Ada anak boleh doakan kite bila mati. Kalau takde, sape nak doakan?"
Ada banyak lagi selain takde orang doakan ni.
Ada pulak suara2 pernah kata "Takde anak membazir je kawin"
or worst "Takde anak, bazir je duit hantaran"

OMG. Istighfar lah weh wahai makcik-pakcik yang suka bagi mindset salah :(
Kadang-kadang bukan golongan makcik pun berkata begitu, kawan-kawan ofis kite pun boleh tahan juga lasernya. Tapi agaknye mindset yang sama juga diberikan kpd mereka oleh orang2 tua kan.

Haih, bila lah orang tua nak ubah mindset :( Or it will never happen?
Haritu aku sound selamba je kat seorang kakak yang sedang pregnant ni, dengan selamba nya bertanya soalan" AWAK TAKDE APA2 LAGI KE?" pada seorang kawan yang baru kawin 2 bulan. Kawan tu terus merah muka. Dan jawap "takde :) belum lagi"

Aku terus cakap camni kat si tukang tanya: "Kak! Jangan tanya orang macam tu boleh tak! Tak malu ke?! Dia baru kawin 2 bulan kot! Rilek2 laaaa!"

Akak tu gelak2 dan kata "Alaaaaa saje je nak usik dia!"

Aku cakap "TAKBOLEH USIK! Usik bende lain! Nanti kesian dia baru kawin dah stress sebab semua orang tanya soalan mcm akak! Akak ni la punca orang yang lambat dapat anak tu jadi stress! Mentang2 akak kawin2 je terus mengandung, terus nak tanya orang mcm tu! (tibe2 pulak aku emotional melampau2 time tu aghahahahhahaa -ok this is pregnancy hormone :P) Akak tu kawin lambat, tapi rezki dia terus pregnant lepas kawin.

Then akak tu sengeh2 tepuk belakang aku dan kata "OK OK OK OK Akak tak tanye lagi dah :D hehehee! Amboiiii ko ni, takboleh akak tanye lansung, ko fobia ehhh? :D" (tengok tu?)

Aku cakap "YE LA! Saya 4tahun orang dok tanya Dah ada ke belum? Dah ada ke belum? Ha akak pun nak jadi orang mcm tu jugak! Kesian tau orang2 yang lambat dapat anak asik kena tanya mcm tu!"

Then kawan yang baru kawin tu kata "Kitorang takkesah kak, bile2 pun takkesah la Allah nak kasi bila pun, ade ke takde ke, redha je"

Akak tu terus marah "Ehhhhh mana boleh cakap takkesah! Perlu tauuu ada anak ni! Tua esok sapa nak tolong jaga ko?"
(See? another typical teori)

Aku jawap "Kak, yang kite sama2 pegi gotong-royong kat Rumah OKU Nur tu, orang-orang tua kat situ semua ada anak apahal anak die tak jage?"

Akak tu sengeh "Eh, ak aa kan. Hehe"

Eeee aa akak ni ade aku cubit japlagi.
Then kawan yang baru kawin tu pulak kate " Tulah, kitorang balik kampung pun semue orang tanye macam tu :( memang kawin2 je kene terus mengandung ke camna ni??"

"Tak! Semua keje ALLAH, ko honeymoon je puas2!" aku cakap camtu. Akak tadi tu sengeh2 kat aku cam rase bersalah tapi nak ajak bergurau lagi.
Hahahaha...adoi..manusia...