August 29, 2013

Durian.

Aku tak makan durian.
Tahap yang, tak makan lansung, tak boleh bau lansung. Taksuka, malah taksuka dok sbelah orang yang baru lepas makan durian. Tak suka tempoyak, aiskrim durian, durian crepe dan segala yang berkaitan dengan durian. Laki aku hantu durian. So kalau die makan durian, sila tido kat luar atau aku yang volunteer tido kat luar. Wahaha..

Mase aku kecik2 dulu, kazen aku siap nak kasi aku RM5 kalau aku makan jugak durian. Aku memang pernah la makan seulas tu. (Semata2 nak upah 5 ringgit) Pastu Urghhhhhhhhhhhhhhhhhhh
:(( TAKSUKAAA!!
Siapa yang makan durian dan sendawa depan aku, PUTUS KAWAN ok. Hahahaa!

Masa kat sekolah dulu, ade budak ni mak die hantar durian beberapa bijik untuk bebudak dorm aku. AKU SANGGUP TIDO KAT PREP SORANG2 (adalah dimaklumkan, sekolah aku dulu sekolah teknik dalam hutan kat Jelebu tu) aku peduli apa kalau kena teman dengan kak ponti ke apa dalam prep tu? Asalkan aku takyah tidor sambil kena hidu bau durian!

HAhahaha!

TAPI, untuk korang yang sangat sukaaaaaaaa makan durian, especially TTCians, here's actually new research by my TTCian friend Wanda.

Dulu aku suka anggap Durian ni takde khasiat. Sebab ramai yang makan kalau makan terlebih je, akan pening, gula naik dan sebagainya. Yelah sebab durian tu kan panas.
RUPANYA banyak khasiat ye?
Bukan saja khasiat, boleh membantu kesuburan pulak tu!

Tapi aku rasa kalau aku masih TTC aku takkan makan jugak kot. Hahaha..anyway, untuk korang yang TTC and PCOS, boleh baca what my friend found about the benefits of Durian & Fertilility. It may help, because the phyto hormones in Durians are actually the GOOD ones.

Click here---> http://wandalova.com/durian-meningkatkan-kesuburan/

Selamat makan durian! Dan jangan sendawa depan aku!
:P

August 28, 2013

So, How's Everybody?

Dah lama draft, baru nak publish sebab gambar baru edit :P
Gambar raya kami 2013 -


Pagi Raya - Rumah MIL at Shah Alam

Petang Raya - Rumah my parents at PutraHeights

The :-O Expression

And Fahim is 3 Months+ !
Dah pandai gelak sekuat2 hati, dah pandai masukkan semua tangan dalam mulut, dah pandai mengada-ngada, dah pandai pusing, (pusing je, meniarap masih perlu bantuan :P), dah pandai pegang certain toys yang ringan (dan masuk dalam mulut), dah pandai cakap German.
-
Alhamdulillah..:D



I hope u guys enjoyed your raya :) despite "soalan2" wajib setiap tahun, I'm sure you'll be stronger, dan makin bersemangat nak TTC kan?

Me, alhamdulillah biasa2 je raya ni, yang menceriakan lagi raya mestilah dengan kehadiran Fahim, yang jadi tumpuan semua orang raya ni, ada yang sanggup datang dari jauh untuk ke rumah parents aku untuk tengok Fahim. Aku teringat zaman aku kena tembak dengan soalan cepumas dulu, mase tu kazen2 aku ade 2 3 orang yang raya dengan baby baru. Tak kisah la baby pertama kedua or ketiga, tapi baby baru la kan. Aku ditanya seorang kazen "bila lagi?, orang lain dah 2-3 dah"
Aku senafas je jawap "Ala lek dulu, biar semua orang beranak dulu, time turn kite, kite sorg je ade baby baru nanti semua orang tumpu kat anak kite je...heheheh"

Hah, rupenye jadi betul. Memang aku sorang je ade baby baru. Rezeki Fahim pulak, jadi tumpuan. Dulu semua orang tunggu dia. Aku harap TTCians lain pun berbaik sangka mcm ni, mungkin rezeki kite lambat sikit, takpe.
Nanti bila dah ada, time tu kite baru faham, kenapa tuhan baru bagi sekarang dan bukannya sebelum2 ni.

Berderet2 luahan perasaan kat FB. Biasalah, semua orang pun rasa beb. Kalau luah setiap tahun pun, benda tu takkan berubah. Aku rasa dari zaman dulu pun, mentaliti manusia memang suka bertanya and annoy kita.
Kadang-kadang orang takde niat pun tapi die cuma nak 'tanya' je. So kita ni takpayah la nak emo sangat.
Kalau dah biase emo dengan semua benda, nanti bila pregnant pun asik emo, dah bersalin pun asik emo, nanti akan emo pasal hal2 lain pulak. Perasaan emo tu skali sekala cukup la lepastu telan, istiqomah, muhasabah diri. Kalau nak luah pun kat husben cukup la. takyah taip pepanjang lebar kat FB, pastu yang lelain join sama sekaki. Aku baca pun stress sebab baca orang merungut2 macam tu. -_- aku bukan tak faham. Aku SANGAT faham. Aku PERNAH melalui semua tu. Aku pun malu sebab pernah sakit hati bila ditanya. Tapi fikir2 balik, itu memang LUMRAH.

Habis tu, kita nak macam mana?
Taknak orang tanya lansung?
Itu mustahil kan?
Boleh, tapi raya la kat gua, kat dalam hutan, mesti takde orang tanya. Beruk pun taknak amik tau kite ade anak ke tidak - sorry if I'm being too harsh.
Tapi dah nama RAYA, kena balik kampung, jumpa saudara-mara, bertanya khabar, sudah TENTU akan ditanya pasal "Dah ada isi ke?"
I'm sure, niat diorang HANYA BERTANYA.
Kita jawap lah "Belum.."
(dalam hati, cepat2 doa moga2 dia tak tanya lebih2.....atau kite pulak cepat2 ubah topik supaya dia tak tanya lebih2)

TAPI
kalau dah jawap belum..die tanye lagi Merancang ke?
Kenapa lambat? Ada Masalah ke? Tak pegi berurut?
Dah jumpa dokter? Tak makan supplement? blablabala
itu mesti mengundang MARAH kan?

Apa nak buat?
Jawap je :) Jawap dengan cara paling ELOK.
Kita time skang beriya la bengang dengan orang.
Dah tua esok, kita tak tahu perangai kita mcm mana.
Mungkin Allah nak kita beringat bila dah tua esok nanti.

Orang2 yang tembak aku pasal anak, semua dpt anak lambat.
Mostly sedara-mara aku memang dpt anak lambat. Lambat lepastu tak ramai pun ada la sorang dua je. Tapi bila dia dah tua, dia tembak anak2 buah dia pulak.
Alah, same je. So kite ni, bersederhana je sudahla dalam luahan2 ni. Nak panjang berjela pun, kita taktau tua esok kite macam mana.
Harap2 tak jadi macam makcik2 skang la kan.

Aku tak ingat entry aku tahun bile, yang aku bengang dengan sepupu bapak aku ni. Die perli aku depan orang2 ramai "Hai...BERDUA JE KE? BILE TAH NAK BERTIGA TU??" Padahal aku baru je kawin 7bulan. Dah kenapa dia nak cepat sangat suh bertiga, Kalau ye pun aku pgnant bunting pelamin, belum lagi bertiga kan?

Sekali rupenye, die sendiri pun 10 years baru dapat anak. Anak die 2 orang je pun lepastu.
Tapi die punye perli aku dpn orang macam die tu beranak setiap tahun lepas kawin dulu.
Rupenya dia pun masa muda, 10tahun kene tembak dengan orang,. Agaknye dendam dibawak sampai ke tua, anak2 buah pulak ditembak balik.
Itu yang aku tanya diri sendri, "Tah2 aku ni sok dah tua esok pun buat macam tu pulak kot?"

Harap-harap takde la jadi macam tu.
Jadi dari skang ni kite ubahla diri. Takyah la sakit hati berpanjangan pasal soalan2 orang ni. Nak lari kemana? Takleh lari.
Hari Raya sepatutnye semua orang bergembira.
Nak kenang soalan yang tak sudah2, baik kenang orang2 lain yang lebih hebat dugaannya.
Kita cuma berjuang utk TTC, untuk dapatkan zuriat. Kalau baru dugaan sekecil itu dah rasa nak rebah ke tanah, fikirkan orang2 yang bertarung nyawa sakit seumur hidup, yang berperang untuk mempertahankan ISLAM di Mesir, orang2 yang mati masa perang GAZA. Eh, lebih Dahsyat dugaan seperti itu.
- Ini lah yang menguatkan semangat aku dulu.

Jadi kawan2 TTCian yang dikasihi semua, I bet all of u are IRON LADIES, kita special, dan kite kebal :) Kita mampu, sebab tu kita di duga, kan?
The key is - Bersihkan Hati, insyallah Allah dengar doa kita :)

Maaf Zahir Batin..
---

August 7, 2013

I know, being positive is not easy.

Yesterday a friend posted on twitter,

"It's hard to be positive all the time when ur surrounding is not, but they dont have to know all ur problems"

"Our answers to THOSE questions represents who we are. So be nice, they'll be nicer insyaAllah. If not, kita tak rugi apapun"

"Whether it's RAYA or not, we'll still get those questions. So don't let em spoil ur mood what more get the best of u, peeps!"

"I had my fair shares of THOSE questions. Sampai skrg pun kena. But in a way, anggap saja itu tanda mereka sayang kita"

"Sebaik-baik jawapan kpd soalan cepumas makcik-pakcik kita adalah senyum & cakap insyaAllah. Minta mereka doakan juga."

"That moment when you feel like giving up, think of what if Allah gave up on us."

My friend yg post ayat ni semua, belum kahwin pun.
She's already 30+ and tweets tu refer kat soalan cepumas "Bila nak Kawin?"
Aku post kat sini sebab perasaan dia tu sama dengan kita yang ditanya "Bila nak ada anak?"

I know, when somebody told you to be positive, kite akan rase sedikit annoyed, mesti kite nak kate "Cakap memang la senang"
Dan sangat susah nak jadi positive kalau orang sekeliling kite tak positive.
Kite dah set positive ni, konon nak happy je, taknak benci orang, tapi tibe2 BOM! kena tembak dengan makcik yang sangat ignorant. Terus lupa nak positive, terus nangis, terus benci, terus maki hamun makcik tu blakang2..terus sendu nak TTC, dan mcm2 perasaan negative yang datang dgn hanya disebabkan 1 tembakan saja.

Kite positive, tapi orang lain yang negative.
Kite dah kate kite takkisah kalau lambat dapat anak, kite happy je, and enjoy dalam journey TTC ni. Tapi orang lain kata "Rugi tau lambat2 dapat anak"
atau
"Ee..takkan dah tua baru nak ade anak?"

Susah nak maintain positiveness tu kalau kite dah cuba, tapi mentaliti orang lain tak same mcm kita. Padahal kite cuba nak gembirakan diri kite, tapi kenape orang paksa kite bersedih?
As if, we are not supposed to be happy kalau kite lambat dapat anak.
Maknanya kena bersedih je.

Salah kalau happy. Kena sedih!

Ayat ni aku penah tulis dah tahun lepas, pasal Salah ke kalau happy lambat dapat anak? Wajib ke rase sedih tu?

Sebab aku perasan mase aku TTC dulu, aku ckp kat sorang makcik ni "Takpe saye happy je even lambat dapat anak..takde la sedih sangat..ok je..esok2 ade la tu - Actually to tell that person Not to worry about me, I'M OKAY!

Tapi dia jawap,

"Eh, happy pulak takde anak..orang lain sibuk nak anak, kau lak happy takde anak"

(dia yang takpaham maksud aku kan?)

Jadi aku-yang-cepat-tak-puas-ati-kalau-orang-tak-paham-statement-aku ni terus jawap

"Jadi kena macam mana? Menangis selalu?"

"Eh..takde la..kena la usaha.."

"Makcik tau ke saya usaha ke tak?"

Dan aku tembak-tembak lagi makcik tu dengan soalan2 aku pulak sampai die menyampah kat aku.

"Makcik nak tau ke berapa ribu saya habis untuk treatment?"
"Makcik nak dengar ke diagnosis doctor kat saya?"
"Makcik tau tak PCOS tu apa?"

Sori, tolong jangan ikot perangai aku, sebab aku taksuka oranglain menang. Aku gak nak menang :P Gagaga..
Kawan aku baru je twit atas tu, "Our answers represents who we are, be nice"

Masalahnye aku takrase orang yang suka jaga tepi kain orang ni deserved untuk dapat layanan "nice" dari aku. Ask me "nice"questions, I'll be nice.

Kan?

hehehe..sorri, lagi skali, jgn contohi aku -_- skang teringat balik rase nak sepak diri sendiri yang byk kurangajar.

Untuk semua yang pernah berlaku ni, macam mana agaknya aku develop "Positivity" dulu?
Yang aku ingat, aku banyak berdoa semoga Allah "POSITIVE" kan orang tu.
Semoga hati orang lain positive macam kite.

Kite nak pakse orang positive, kite bukannye ahli saikoloji. Bukannya professional counselor.
Kite nak suruh diri sendiri positive pun susah kan.

Kesimpulannya, aku faham SANGAT SUSAH nak jadi orang yang positive ni, Mungkin akan makan masa berbulan2 malah bertahun2 untuk fahami diri sendiri bagaimana nak positive, nak faham orang sekeliling lagi susah. Orang sekeliling pun susah nak faham kite.

Please don't give up on being positive. Fine, kalau sekali-sekala nak down sekejap. Nak memaki sana sini, fine. Aku pun pernah lepaskan marah pasal TTC. Semua orang tak perfect. Yang penting, satu je, please jangan sedih kalau oranglain pregnant. That feeling can ruin YOUR chances of getting pregnant.
Selagi kite ade rase bengang bile dengar news sesiapa pregnant, selagi tu la chances kite lagi tipis.
Sebab ape?
Once rase macam tu, segala hormon negative tu keluar, rase benci, jeles, sedih, sekaligus drop-kan lagi kesihatan hormon kite.
Lagi lah lambat pregnant.

So how to start being positive?

Start dengan rasa happy, bile dengar orang pregnant.

Perasaan happy tu, sama mcm kite sendiri yang pregnant.
Once u heard, somebody is pregnant, kite terus rasa HAPPY sangat mcm kite yang pregnant!
Takmo happy, tapi dalam hati sedih. Takmo.
Aku banyak bace ayat ni kat Facebook.
Happy, si sipolan pregnant tapi at the same time sedih utk diri sendiri.
Lahaih, kenapa sedih untuk diri sendiri??

Happy la untuk diri sendiri jugak, sebab masih diberi peluang untuk timba ilmu ttc, untuk kumpul duit, untuk lebih bersedia. Imagine, lepas dia, kau pulak pregnant, entah2 kembar, entah2 triplets.

Baca balik ayat atas skali yang aku paste tu.
Imagine if Allah gave up on us.
Kalau Allah gave up, mana nak dapat udara free? Mana nak dapat nyawa free?
Apetah lagi "Anak" free?

So try now, dengar je anyone pregnant, be honest to yourself to be HAPPY about it.

Amacam, ada beran?

Selamat hari raya, sayang uolls :)




August 6, 2013

Maaf Zahir Batin

To all FindingTwoLines and TwoLinesFound readers,

Salam Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin kalau2 ada ayat yang menyinggung perasaan sesiapa sepanjang saya berblogging ni. Selamat Pulang ke kampung masing2, activatekan POSITIVE VIBES dalam diri masing2 pada yang belum dapat zuriat tu INSYALLAH mana lah tahu lepas raya tahun ini rezeki anda, saya doakan.

Drive safely TTCians!


August 1, 2013

Alfalfa and PCOS

Just nak share,.pada yang masih gigih mencari supplement2 yang membantu untuk hamil, Alhamdulillah, syukur anda semua takpernah putus asa. Semoga tak lama lagi Allah memberkati usaha kalian.

Zaman aku TTC dulu, banyak produk yg aku try. Yelah kite ni kan usaha, kadang2 pasal duit tu tolak tepi. Set kesuburan yang aku pakai paling lama ialah Biodex, tapi ye lah mungkin rezeki bukan dengan biodex, aku takpernah pun pregnant TAPI ada banyak kesan positive kat aku mase tu.

Aku taktau pun Shaklee ade set kesuburan mase tu. Skang ni baru tau.
Kalau nak order, order dengan Beautcology ni, ni some of testimonials for TTCians yang berjaya dengan Set Kesuburan Shaklee. Yang mana tak berjaya tu boleh cuba lagi atau try produk lain.


But something attracts me about Alfalfa, something yang aku takpernah buat research lagi masa TTC.
Aku baru ambik Alfalfa ni since aku breastfeed, ramai dapat positive effect on Alfalfa yang membantu utk boost susu badan, skang ni aku tengah gigih laaa telan sebab bulan puasa, kurang makan kurang air, susu pun kurang..astu aku ni mule laa nak google ape lagi kebaikan Alfalfa ni, selain dari milkbooster rupenye dia membantu untuk hilangkan PCOS. Sejauh mana keberkesanannya ni yang aku tengah dok baca testi2 orang ni. Then jumpa one research yang mengatakan it actually regulates Estrogen. Oh so patotla dia boleh bantu PCOS-ers since pcos-ers ni terlebih estrogen, kurang progesterone.  So bile dia regulate estrogen, bila seseorang tu terlebih estrogen die akan kurangkan, kalau terkurang estrogen die akan regularkan.
Macam tu la.

I think all PCOSers should give it a try lah. Rerajin la google Alfalfa & PCOS. Sila baca.
Maybe aku pun nak continue je ambik dengan consisten so that PCOS aku tak datang balik macam dulu.

Dr Delaila penah ckp, once u got pregnant, PCOS is gone. memang tapi ada orang, PCOS tu boleh datang balik. (especially kalau tak jaga makan la hehe)