February 28, 2013

PCOS is getting more common now. What to do?

Makin lama aku rasa makin ramai yang kena PCOS.

Kenapa la agaknya puncanya eh?

PCOS is not a virus and its also not cancerous. Tapi kalau tak treat memang boleh jadi lagi teruk.
Dulu zaman aku baru dapat tau aku ada PCOS, doc cakap every 1 of 40women akan kena.
Sekarang 1 of 15women.

Mula-mula I believe that PCOS is genetic.
Dr Delaila kate PCOS ni faktor keturunan.
But NOWADAYS, I don't think all PCOS-er berkait dengan keturunan.
Sbenarnya the major reason is PEMAKANAN & LIFESTYLE.

Don't agree?

I tried to change my pemakanan and of course lifestyle during my struggle to fight PCOS.
Mula-mula macam malas gila nak tukar pemakanan.
Kalau korang susah nak tukar pemakanan tu aku faham. Memang susah nak deal dengan nafsu makan kite ni. Aku sendiri pun susah nak kontrol. Aku cuba dari 2010, aku berjaya ubah betul2 tahun 2012.
Nak ubah pemakanan ni effect emosi kite jugak, sebab bile kite try nak ubah, baru nak konsisten je, tibe2 period tak datang2, ATAU period asik datang je (meaning: NOT PREGNANT)
Jadi kite akan cepat giveup dan bagitau diri sendri: AH! BAIK AKU MAKAN JE APE AKU NAK!
BUAT PENAT JE PANTANG ITU INI! ORANG LAIN MAKAN SEMUA BENDE! LEH JE PREGNANT! (penah cakap mcm tu kan kan kan? ngaku laa) heheheheh :P

I know how that felt, sebab aku pernah rasa.
Benda paling susah nak lawan ialah aku dulu ADDICTED to nescafe.
Addicted tahap gaban punya. Kalau takdapat, rasa macam nak mati.
Macam orang gian heroin tu.
Macam tu lah aku ketagih nescafe.
Sehari aku minum minimum 4 gelas nescafe.

Bila dah masuk keje baru, ada 3in1 lak kat office, so HARI-HARI aku bedal Nescafe 3in1 tu.
Diulangi, HARI-HARI.

Kat sbelah ni ada ticker aku berjaya stop nescafe baru berapa bulan.
3 bulan aku stop nescafe dan aku conceive.

Ha sape yang addict caffein tu sila cuba berhenti sekarang kalau anda PCOS dan TTC.
Susah? Memang susah. Sama macam orang nak berhenti rokok.
Aku rasa terseksa jiwa dan raga dan batin. hHAhaa!
Mase stop tu, migrain, demam, nak pengsan, mengantuk all the time, menggigil, macam jatuh bangunan, Eh macam-macam lagi perasaan yang ridiculous.
Mase bulan puasa ini lah yang aku kene tanggung dulu tapi dah bukak puasa tu leh teguk banyak2 nescafe kan? Abeh nak TTC ni camne kalau dok telan caffein?

Aku tak caya mule2. Sebab ramai kawan aku yang minum nescafe setiap hari tapi boleh pregnant.
Rupenye diorang minum 1 cup a day je. Aku 4-5gelas :P

Macam mana aku leh tetibe stop betul2?
Last May 2012, ada satu kompeni jual produk bersihkan darah guna pil herba apebende tah. Datang tempat keje aku utk promote produk tu.
Tak, aku tak beli produk tu pun. Aku cuma bayar RM10 untuk buat test darah. Dia ada bawak satu machine ni siap dengan monitor untuk 'teropong' saluran darah kite ni bersih ke tidak.
Kite kena letak jadi je bawah machine tu, die somewhat like microscope la. Then kat skrin tu akan keluar saluran darah kite. Sbelum turn aku, ada officemate ni buat, so dlm skrin tu leh nampak saluran darah dia berjalan, kalau ade kotor2 kite leh nampak dari situ.
Bile turn aku, saluran darah aku TAKNAMPAK LANSUNG tapi penuh dengan satu benda habuk2 macam kaler hitam. Orang tu cakap Ini name dia toksik!
Soalan pertama dia : Awak minum nescafe eh?
Aku jawap: Errr.....minum.
Die senyum dan kata "Pemakanan awak teruk sangat ni sampai saluran darah awak pun saya tak nampak. Haid awak normal?"
Aku: Tak lansung.
Die kate "Sebab saluran darah awak pun tak bersih ni"

Ada benda kuning2, silver2, aku tanya itu semua apa?
"Ini lemak tepu. Awak banyak makan fast food, kalau makan ayam, kulit ayam tu yang awak suke. betul?"
ERRRKKKK

Jadi bile menyaksikan sendiri saluran darah sendiri yang TERUK GILA tu. Aku macam TRAUMA.
Mindset aku bile nak minum je nescafe aku terbayang saluran darah aku yang dah BLOCK teruk. Patot la aku selalu pening!

Orang tu suruh beli herba yang dia jual tu (Tak ingat ape ke name die tah)
Agak pricey botol kecik pun RM200. Aku takbeli.
Tapi aku check Ingredient dia.
Ada Wheat Grass, Avocado, dan ape tah lagi.

Sebab tu aku balik tu aku buat research on Avocado, dan timbul idea nak buat Avocado Smoothie.
Avocado & Wheat Grass ni agent terbaik untuk detox sebab die bersihkan saluran darah, usus, dan toksik2 dalam badan.

My last TVS before i quit nescafe, my ovary was like this:


Yang "MY Polycystic Ovary" tu aku edit sendiri dari gamba sebenar. Ha itu lah rupe PCOS aku.
Memang sangat teruk. Sampai doc takleh kira brapa biji telur yang TAK MATANG ada dlm tu. Geli kan?
Itu baru gamba edit je, bukan gamba sebenar dari TVS. heheeh..kalau tgk yang tu lagi geli.

Bila tengok ovary aku macam tu, Doc kata "What medicine to give u aa? U teruk sangat la? U buat IUI je lah!!"

Nak buat IUI apebende kalau ovary tu rupe mcm tu? Nak buat IUI pun mesti la kena makan ubat utk stimulate ovary dulu, Untuk check telur berapa besar smua. Kalau dah mcm tu la rupe ovary, memang takkan ada telur yang matang lah! Lagi nak proceed IUI apebenda?

Jadi, I did change my pemakanan.
Yang baru dapat tau ada PCOS tu, jangan sedih or gelabah sebab penyakit ni SUNGGUH COMMON skang ni. Sebab pemakanan kite zaman skang ni teruk.
Almost EVERYTHING is processed.
Kalau minum susu lembu, lembu2 semua dah inject dengan growth hormones. Sebab tu lah disyorkan untuk minum susu kambing sebab kambing tidak disuntik growth hormones. Ini pemilik ladang kambing la cakap.
Ayam pulak kalau boleh cari lah ayam kampung sebab tak disuntik.
Go for organic food.
Go for brown rice.
Makanan sihat ada banyak tapi kite yang taknak makan sebab bukan lifestyle kite. Betul tak.
MESTI CUBA ubah.
Aku dah suggest tips2 ni kat SINI, SINI dan SINI.

I'm free of fertility drugs for 1 year after knowing my ovary looks like the above picture. Dengan tukar pemakanan, Alhamdulillah dengan izin Allah aku berjaya conceive naturally (within 1 year)
So memang lambat sikit lah, ada yang cepat, ada yang lambat. Depend kat kekuatan diri kite nak maintain pemakanan tu. Better ubah sekarang dari tangguh2. Sebab effect nya agak lambat tapi kite bebas dari drugs.
I'm not againts the fertility drugs. Tapi bile terlalu banyak kite ambik, it wont do any good to your body.
(you know what i mean)

Kalau boleh, sbenanye aku nak sarankan TTCians yang ada PCOS untuk ubah pemakanan dulu, bukan buat macam aku buat dulu, sumbat segala ubat yang boleh, dengan harapan period normal+telur matang+pregnant. Kadang2 badan kite akan penat kalau terlalu banyak drugs yang masuk.
Maksud aku bukan lah aku kata Clomid tu salah, IUI tu salah, whatever. Itu salah satu usaha moden.
Tapi kalau dah lebih 3 kali pun taknampak perubahan, better jangan proceed to what the doctor suggest. Aku tak cakap aku lebih pandai dari doctor. Tapi korang kena faham ape 'tugas' doctor. They only consult you on 'medical', bukan natural remedy ke apa. Itu bukan keje doctor.
Kite leh fikir sendiri.
Pendapat aku senang, kalau badan belum sihat untuk 'carry' seorang baby, tuhan takkan izinkan kite pregnant. dan bagi aku itu ADIL.
Allah nak kite sihat sebab Dia nak kite have a healthy pregnancy and a healthy baby.
Jadi SIHATkan lah badan dulu.
Bila badan sihat, hormon pun sihat.

PS: aku penah share info ni dulu tapi mungkin ada new followers yang tak penah bukak entry lama2. It's aboout LOW FAT MILK & Fertility. Kena baca. Sebab, kalau kite TTC (especially PCOS-er) sbenanye kite kena minum full cream milk, bukan low fat. atau lagi bagus, Goat's Milk. Here's WHY Low-Fat Milk is NOT GOOD for our Fertility.

Another TTC Success! Congrats JD!

Congratulations to a TTC blogger friend, JD!
Yang baru melahirkan baby girl on 25th Feb 2013 lepas.
She's been TTC for 5years + (failed 3 IUIs) Taksilap I yang conceived ni naturally! (kan JD?-betulkan kalau i salah)
View her blog for her TTC journey ya.

So who says it will never end?
Don't give up uolls! Aku percaya semua TTCians akan dikurniakan zuriat satu hari nanti, MASA sahaja kite taktau bila :) Yang penting jangan putus doa dan usaha.
Jangan putus positive-mindset.
Reset-Minda bak kate Prof. Muhaya.
(Hey u all should watch rancangan Prof Muhaya tu, kat Astro Oasis) Sangat berguna utk kita yang TTC ni! :)


February 27, 2013

Sindiket Pengambilan Anak Angkat Secara Haram . Mengaku Dia Kerja JKM . Beware ! - by Nina Azhar

Ladies!!!

Please beware of sindiket ambil anak angkat secara haram ni ya :( kesian lah ramai kena tipu!!!!
The stories ada kat sini Blog Nina Azhar

Nina is my blogger friend from another TTC Group, it was called Isteri-isteri Sukar Hamil. Yang nak join, boleh search that group kat fb. just click Join Group ya :)

February 26, 2013

People Will Never Understand.


Saje nak post benda yang aku baru observe.

Sebenarnya kite ni terlalu harapkan orang faham situasi kite kan. Bukan takde orang yang faham, sebenarnya ramai yang faham dan cuba faham. Tapi kite takkan terputus untuk berjumpe dengan orang yang TAKKAN FAHAM ni.
Kadang-kadang kite kene gak maafkan diorang, yelah, kite dok benci kat orang tu sebab tak faham situasi kite, kite taktau ape pulak situasi dia kan. Kalau die citer kat kite mesti kite pun tak faham jugak.
(think positip) hahhaha..

Haritu aku lepak rumah MIL. Adik ipar aku dah bersalin yang no 3, so aku jenguk-jenguklah baby girlnya.
Laki aku gitau MIL yang kat hospital gomen skang, ramai cina dan india yang bersalin, melayu takramai (masa adikipar aku bersalin tu la) - die tuju kat Hospital Sg Buloh je pun, sebab laki aku keje Fac.Medic kat uitm sana.
Aku sbenanye tak espek yang  MIL akan cakap "Hm..nak buat macam mana, orang melayu suka merancang"

Zuppppppppppppppppp!!.........................naik darah ke kepala aku. Hahahahaha!
Aku bukan marah MIL, tapi ayat tu macam salah. Aku kena bagitau dia yang dia salah, dia takleh anggap macam tu. Dia mungkin lupa menantu dia nak mengandung pun kemainlah payah, skang maybe bile aku dah conceive, dia lupa statement tu mungkin salah.
Aku jawap

"Mak, orang melayu bukan suka merancang mak. Orang melayu lah kalau boleh nak cepat dapat anak sebab orang keliling suka tanya dah mengandung ke belum, bila nak dapat anak semua. Rasanya kalau dia nak merancang pun mesti tak jadi sebab tak tahan orang tanya-tanya, tekanan dari mertua ape semua. Sbenanye sebab orang melayu zaman skang SUSAH nak mengandung mak. Penyakit kesuburan ni makin hari makin teruk, makin RAMAI yang kena. Bukan merancang tu mak. Gila siapa taknak anak mak, semua orang nak"

MIL diam. She did that "Alamak-aku-lupe-menantu-aku-ni-susah-mengandung" face. heheheheheh!

Aku tak kecik ati dengan MIL, tapi maybe that's the only thing that 'pops' up in her mind, that Ramai melayu tak bersalin kat gomen sebab semua merancang.
Then aku buat lawak la sket dengan mengatakan "Orang melayu kaya mak, semua nak private je. Heheh! Kitorang ni kayap, tapi perasan kaya nak bersalin kat private, takpelah mak..Duit time treatment boleh cari kenapa tibe2 nak bersalin nak kata takde duit kan mak?"

MIL senyum :)

Mungkin juga sebab orang melayu ramai yang mengalami masalah kesuburan dan buat treatment di private, jadi bile conceive pun mesti la continue di hospital private yang same kan.

Aku risau kalau MIL kecik ati aku ni macam nak betulkan statement dia tu. Nasib baik laki aku backup balik dengan mengatekan "Betul lah tu mak. Ramai sangat orang susah mengandung skang ni. Kadang2 masalah bukan kat pompuan, orang laki pun skang ramai tak subur jugak. Masalah airmani kosong pun ada mak"

Then MIL pun kata "Kenapa lah agaknya eh? Zaman dulu susah betul nak dengar orang susah beranak ni. Agaknye pemakanan tak?"

Aku jawap "Ha tu salah satu la..dulu2 zaman mak, ada ke processed food, makanan2  yang diawet, ayam injek, fastfood semua? Mungkin dah ada tapi  orang dulu2 selalunya makan benda yang ternak sendiri, tanam sendiri kan mak. Sebab tu la sbenanye orang dulu susah nak dapat penyakit ni, orang skarang lagi banyak, ni fishball, fishcake ni semua proses ni mak, tak elok sbenanye...astu maybe ujian Allah pun ye jugak, punca lain2 pun banyak jugak"

Then aku bagitau yang penyakit aku ni (PCOS) beberapa tahun lepas cuma 1 dalam 40 wanita yang kena. Statistik terbaru, 1 dalam 15 orang wanita kena PCOS.

MIL diam, dia macam setuju lah dengan pendapat kami tu. Insyallah lepas ni dia tak anggap la orang melayu ramai yang merancang. Aku tau masih ada yang merancang atas sebab-sebab belajar ke apa, tapi tak ramai la. MIL sangat mudah mengandung. Tiap2 tahun dia mengandung sebab tu adik-beradik laki aku jarak setahun satu. Tapi dia ada ipar-ipar atau saudara yang susah mengandung jugak, cuma maybe die 'terlupa'.

It's okay mak. :)
---

Aku pegi kenduri kawin member last Saturday. Tibe-tibe terjumpe jiran lama aku. Beriye aku peluk makcik ni sebab dulu family kitorang agak rapat dengan family dia. Lama tak jumpe since mak aku meninggal tu. Then dia bagitau la makcik2 lain yang sbelah dia, "Ni anak arwah Pah ni."
Makcik sorang lagi tu kata "Ooooo yang kite pegi kenduri kawin dia tu ehh? Eh..ini anak nombo berapa?" (tunjuk perut)
Aku jawap "Anak first.."
(Kedua-dua makcik) "Haa? BARU NAK FIRST? Laaa!!..........kenape lambat eh??? Dah lameee kan kawin??" (cakap dengan kuat dengan ekspresi muka yang sangat terkejut seolah2 pelik betul kenapa lambat aku mengandung)

Jadi aku ni, jawap dengan kuat jugak
"Ehhhhh!! zaman skang ni susahhhh nak mengandunggggg makcik  hooiii!!!" (menepuk bahu makcik tu gaya mak jemah) Nasib aku tak pakai baju kelip-kelip ke labuci2 ke, kalau tak, gaya aku dah sangat mak jemah dah.
Makcik kata " Hehehe..zaman skang susah mengandung? Yer-yer je ko"
(ape maksud dia Yer-Yer je ko?) Pfft!
Aku jawap "Ehh betulll....zaman skang ramaiiiiiii sangat susahhhhhh nak mengandung! Nak dapat yang ini pun payahhh makcik...ramai lagi yg 10tahun pun takdapat2 jugak haaaaa...penyakit baru tu makcik, penyakit susah mengandung"

Kedua-dua makcik gelak.
Then aku buat muke 'Tak-Kelakar-La-Woi'" Dan aku sambung "Eh, betul la, ramai lagi kawan-kawan saya 7-8 tahun pun takdapat2 lagi...saya ni syukur lagi la tahun ke 4 baru ada..orang lain lagi dahsyat ujiannya"
Makcik2 diam dan makcik yang jiran lama tu cakap la "Hm...ye la tu kan..betul la tu, ramai susah mengandung skang ni Jahh..(name makcik sbelah die tu kot)"
Ha tahu pun?
Then makcik jiran lama ni pun kata,
"Takpelahh dah dapat ni jaga elok-elok la ye..ha pegi lah makan dulu :)"

BERJAYA AKU!

Berjaya ape? hahahaha konon aku perasan menang la? :P
Bukan menang tapi sekurang-kurangnye aku bagitau benda yang betul. Yang die dok nak kata 'Apesal lambat Eh?'
Jawapan aku: Sebab zaman skang RAMAI yang susah mengandung. Not me alone. Zillions out there!
I hope that answer boleh sedarkan diorang sket.
:P

Nasib baik die takkate Yeke zaman skang susah mengandung? Anak-anak buah makcik semua bunting pelamin je..senanggg je mengandung....

Kalau die cakap gitu aku memang selamba je jawap "Takpe laaa senang mengandung tu bukan ukuran hidup untuk berjaya kannnnn :D Lambat-lambat pun takpelahhhh mane tau yang lambat ni yang membawa kite ke syurga?"

Banyak betul ayat aku create untuk jawap soalan sampai skang weh.
Trust me, dah conceive pun, it doesn't end there.

Yang kelakarnya, skang ni aku asyik create jawapan bila orang tanya "Kenapa perut kecik?"
Aku selalu pujuk hati dengan mengatakan Anak aku sihat, perut aku kecik sebab badan aku kecik, atau it just meant that not every pregnancy is the same. Ramai yang taknampak perut dan ada jugak yang nampak perut besor gila tapi anak kecik je. (Padahal aku takpayah kisah pun, yang penting dah pregnant, ape orang nak kate, katelah!) Tapi bila dah lebih 20 orang asyik tanya Kenapa perut kecik? Terpaksa gak la aku create jawapan.

"Anak saya boy, boy kan selalu tak nampak sgt perut"
"Anak saya low profile, taknak menunjuk sangat" (haha)
"Takpe senang nak bersalin nanti"
"Takpe, lepas bersalin senang nak kurus balik"
"Sebab perut saya nipis"
"Sebab mak die pun kecik"
"Sebab..sebab..sebab...sebab..." bila dah takde idea, aku tanya balik orang tu,
"Patutnye kena besar mana?"

Esok aku dah bersalin, mesti ada lagi pertanyaan annoying dari orang. Jadi lama-lama aku faham, hidup kite ni memang macam tu agaknya. Kita memang kena hadap soalan2 yang kite taksuke.
Satu-satu soalan akan diajukan. Lepas satu-satu.
Lepas kawin, tanya anak. Lepas mengandung, kritik perut. Lepas bersalin, kritik kenapa anak hitam, atau kenapa anak kecik sangat, atau kenapa bersalin c-zer. Lepas anak dah besar kritik pasal pencapaian anak di sekolah...alah, macam-macam lagi yang akan datang ni.

Aku doakan kawan-kawan TTC aku semuanya kuat bagai Iron-Lady. :)
Stress pasal soalan2 orang pasal anak? ha korang tunggu dah conceive nanti it will never stop. Dah beranak, anak dah besar, anak dah kawin, it will never end. Sok entah anak kite pulak diuji dugaan TTC, kite pulak kena jawap soalan orang "Bila kau nak timang cucu?"

:)

February 25, 2013

Doa Malaikat - Shared from Anis's Blog

Hari ni nak share sesuatu yang amat berguna.
Thanks to Anis for sharing this.



Golongan yang mendapat doa yang buruk daripada para malaikat

1) orang yang kedekut
kepada mana-mana orang yang bakhil dan kedekut, malaikat berdoa "hapuskan harta orang kedekut itu"

2) anak-anak derhaka yang tidak berbakti kepada kedua ibubapanya ketika mereka masih hidup
yang ni, dalam menjaga hati ibu bapa kita, hati mertua jangan dilupa ya.

3) orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa sebarang sebab

4) orang yang tidak berselawat ke atas Rasulullah s.a.w ketika mendengar nama Rasulullah
maksudnya orang yang tak sambut dengan s.a.w bila terdengar bila-bila orang sebut Nabi Muhammad s.a.w

5) para isteri yang mengingkari suami

Tapi ada juga part seronok. Seronok bila para malaikat mendoakan kebaikan bagi kita. 

Golongan yang didoakan kebaikan oleh para malaikat:

1) orang yang menunggu waktu solat
kira dalam setengah jam/15 minit nak masuk waktu solat, kita dah ready duduk kat sejadah & terus solat awal waktu

2) orang yang menziarahi orang sakit

3) orang yang duduk di tempat solat setelah selesai solat
kata Ustazah, doa selepas solat adalah antara doa yang makbul

4) orang yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui saudaranya itu
sekiranya kita doakan saudara/kawan kita untuk mendapat rezeki, insyaAllah, malaikat akan mengaminkan doa kita tu dan mendoakan kita pun dapat rezeki yang sama juga

5) orang yang berwuduk sebelum tidur

6) orang yang menhadiri majlis ilmu



Look at no 4 untuk golongan yang mendapat doa yang baik2 dari malaikat iaitu mendoakan orang lain tanpa diketahui orang itu.
Jom sama-sama kita doakan kawan-kawan kita semoga murah rezeki, bahagia suami isteri, dikurniakan zuriat soleh-solehah atau ditemukan jodoh bagi yang belum berkahwin :)

Look at no 2, Orang yang menziarahi orang sakit (aku rase termasuk orang yang tidak berupaya juga) Jadi mari, lawat rumah2 kebajikan!

Betul lah bak kata Anis, kite kadang2 macam selfish jugak, pikir buat ape nak doakan orang, orang tu doakan kite ke? Betul lah tu, tapi sbenanye kena jugak doakan orang supaya malaikat pula yang doakan kite nanti. Yang penting, time kite doakan orang tu mesti la kite ikhlas. Insyallah malaikat juga doakan kita :)

February 22, 2013

Charity is Important

Pernah buat charity?
Charity ni sebenarnya kena masukkan dalam usaha TTC anda.
Aku dah lama nak share tips ni tapi aku taktau macam mana nak cerita.
Aku takot orang kata aku riak pula.
Kali ni aku share sumpah bukan nak riak atau menunjuk-nunjuk.
Aku cuma nak remind sesuatu yang MUNGKIN kita terlupa.

Dalam usaha TTC ni kita lebih banyak fokus dekat diri sendri (dan suami).
Fokus cari klinik2 atau hospital2 yang ada treatment kesuburan.
Survey sana sini, makan pelbagai supplement, usaha semua benda yang berkaitan dengan zuriat.
Berdoa siang malam, untuk dapat zuriat.
Takpernah berkira wang ringgit, tak mengapalah asalkan dapat zuriat.
Asalkan berjaya mengandung.

Ada satu benda yang kadang2 kita tertinggal.
Kita terlupa orang yang lebih memerlukan bantuan.
Kita terlupa orang yang jauh lebih susah dari kita.

Sambil2 TTC ni sebenarnya kite perlu sangat-sangat bantu orang yang lebih memerlukan.
Golongan susah. Seperti: Anak-anak yatim, Anak-anak fakir miskin, Warga Tua, Orang-orang OKU, Anak-anak HIV, Anak-anak Kanser, dan banyak lagi.

Dari awal aku TTC, makcik aku (mak kepada cousin aku yang suggest buat Mind-Power for Fertility tu) pernah bagi tips ni. Masa tu tahun 2009. Tapi agaknya aku ni tak konfiden.
Aku tak pernah pegi rumah2 kebajikan selama ni jadi aku macam ade perasaan nervous ke hapebenda tah?
Kata makcik aku, "Pergilah jenguk anak-anak yatim, sedekah apa2 yang patut. Baju-baju ke, Beras, barang-barang makanan.
Bila kita tengok anak-anak yatim ni, kita akan insaf."

Aku tak faham ape yang perlu aku insafkan sebenarnya mase tu. Memanglah, mereka tu tiada makbapak semua, tapi apa kaitan dengan aku yang TTC? (gila bangang benda mcm tu pun aku takleh pikir)

Dan aku takde usaha pun cari rumah-rumah anak yatim sampai la tempat kerja aku sendiri yang anjurkan lawatan ke rumah anak yatim. Aku super excited sebab ada peluang ni! Beriya2 aku daftar nak join, tapi takde rezeki, lawatan tu dibatalkan atas sebab ape tah! Bengang gila! Tapi organizer yang suggest lawatan tu beri peluang orang2 yang nak pegi tu hantar barang2 yang nak disedekahkan.

Jadi aku pun beli lah macam2, aku tengok kat list barang yang diorang perlukan tu, banyak jugak barang2 yang takde. Kesian, kita ni semua benda ada. Diorang jangankan kate baju, beras pun tak cukup :(

Perasaan lepas beli barang2 untuk anak-anak yatim tu walaupun takdapat jumpa mereka, aku sangatlah lega dan happy.

Setiap tahun pulak tu tempat keje aku buat, selalunya bulan puasa. jadi time tu la aku rebut peluang ni.
Bila gitau makcik aku, die marah gak sebab die kate "Orang suruh ko pegi!!! Pegi rumah tu pegi tengok!"
:P adoihai apebenda lah aku ni takde effort mase tu?
Memang betul lah setakat sedekah macam tu je, perasaan insaf tu tak datang pun, maksod aku, aku belum dapat mendalami lagi ape maksud INSAF yang dikatekan.
Sebab takdapat berjumpa dengan orang2 itu. Takdapat tengok life diorang macam mana.
Macam mana tempat tidur diorang? Apa yang diorang makan? Semua tu aku takleh imagine.

Sampai la bulan puasa 2011, geng-geng akustik yang aku join mase tu (AKAR Shah Alam) - AKAR ni pertubuhan untuk anak-anak seni, jadi time tu aku kan kunun nak lupekan sangat stress TTC ni, aku ada la join kugiran2 syok sendri dengan band aku. hahah! Yang bagusnya group AKAR ni, diorang RAJIN sangat buat charity. Macam-macam charity lah diorang anjurkan. Jadi aku ni baru la terhegeh2 nak bukak mata untuk join aktiviti charity.
Barulah aku faham ape maknenye aktiviti charity ni.

Mereka buat lawatan ke Rumah Warga Tua dan OKU Nur di Titiwangsa. Aku pernah cerita dulu dalam blog ni dan aku ade janji nak share gambar2 semua. Tapi aku lupa -__-

Entrance ke Rumah OKU Nur

Perkarangan Rumah Oku Nur

Masa kami baru sampai, kumpul barang2 yang nak disumbangkan
Masa tu bulan puasa jugak. So niat kami mase tu nak hantar barang2 keperluan untuk diorang, termasuk lah pakaian, beras, minyak masak, garam gula, etc2, barang2 toilettries macam sabun2, ubat gigi berus gigi, dan macam-macam lagi. Sambil tu kami bergotong royong membersihkan rumah tu.
Rumah tu dijaga oleh seorang penjaga, namanya Kak Normah.
Dalam rumah tu ada lebih kurang 15 orang tua (yang tak semuanya normal, ada yg OKU), dan 5 6 orang anak-anak OKU.
Tapi masa kami datang tu tak semua warga tua ada, kata Kak Normah, ada yang anak-anak orang tua tu ambik every weekend, weekdays hantar balik (OH ADA ANAK RUPANYA?!).

Bila dengar kak normah kata macam tu, aku terfikir, kenape letak makbapak kat situ :(
Walaupun ambik time weekend pun? Kenapa?
Kita tua esok kalau anak-anak kita buat macam tu macam mana???? :(

Ada kawan-kawan aku yang belum masuk pun rumah tu terus berderai air mata.
Sayu tak tau nak cakap apa.
Aku ni konon brutal lah tahan nangis lagi.
Orang2 tua kat situ, macam SUKAAAA sangat kitorang datang as if dah lama takde orang visit diorang.
Ada yang berwheel chair, ada yang berwayar2 kat idung, ada yang nampak sihat tapi muka tu nampak sangat lonely. Dan bila kami ni bersalam dengan orang2 tua tu, diorang siap peluk kitorang. :(
Sayu yang amat.

Kawan2 aku, Cici dan Wani (tengah tu Nana-penghuni Rumah Oku)

Nana - yang tengah2

Ada sorang budak OKU yang sangat peramah namanya Nana.
Nana ni berumur 25tahun, tapi kata K.Normah, dulu dia normal. Dia normal sampai la mase die umur 18tahun, dia terjatuh dari tingkat 2. Saraf otak dia macam ada yang terputus mengakibatkan dia cacat mental, gagap bercakap dan mata dia macam juling sikit :( Tapi Nana sangat peramah, biarpun dia susah nak bercakap, gagap dan sangat perlahan, dia bersemangat nak bercerita macam-macam dengan kitorang.
Yang paling sayu dia asyik nak peluk kitorangggg je. Macam RINDU, padahal takpernah jumpa kami pun :(
SUMPAH SAYU.

Aku malu gila-gila mase tu kat diri sendri. Tahun 2011 memang tahun aku sakit hati dengan TTC, sakit hati betul dengar berita pregnancy. Sakit hati bila tengok baby orang. Bila datang tempat tu aku rasa macam kena himpap.
Macam, YA ALLAH apa nak jadi dengan aku ni?????? Orang-orang di depan mata aku ni lagi unfortunate dari aku! Yang aku ni, tak habis2 nak mintak anak dari Allah. isk..

:( Ok, aku dah faham kenape makcik aku suruh PEGI tengok sendiri rumah2 kebajikan ni.

Dapur Rumah OKU Nur


Kami ke dapur Rumah Nur tu. Subhanallah.
Sayur2 yang dah busuk...beras2 yang dah hapak yang penuh kutu beras, biskot2 banyak yang dah expired, kata Kak Normah, kadang-kadang bile dah takde makanan, diorang bedal je makanan2 expired tu :(
AAAaaa!  Nangissssss
Dapur tu takde orang kemaskan before ni sebab kak normah tak terdaya nak buat sorang. Jadi kami satu group pun bersihkan lah, banyak gila barang expired :( kami tanya, kenapa tak makan benda ni mase masih elok? Kata k.normah, kadang2 orang2 yg bagi barang2 tu memang dah expired pun.

Eyyy sape la tak bertanggungjawap nak sedekah pun sedekah la yang elok2!!
Kata kak normah, nak buat macam mana orang bagi kite ambik je. Apa yang ada, makan. Rezeki jangan ditolak. Erkkkk.......terbayang diri sendri yang kadang2 membazir makanan..asyik makan tak habis. Aaa! :(

Dah  beli makanan untuk berbuka bersama penghuni Rumah OKU Nur

Sebahagian penghuni Rumah Nur (dua yang dibelakang tu dah meninggal hujung tahun lepas)

Saat kami membahagi2kan pakaian untuk penghuni2 Rumah Nur

Nama-nama penghuni Rumah Nur
Masa tu pulak si Nana, asyik la mintak kami belikan nasik tomato. Katanya teringin nak makan nasik tomato, dah lama tak makan yang sedap2..hari2 benda yang sama.
Ok bergenang dah air mata aku. Aku ni hari2 makan luar, kalau masak pun kemain aku nak ayam saje, serba-serbi cukup lah nak makan ape semua boleh beli. Cepat2 lah kawan-kawan aku yang lain ni pergi bazar Ramadhan belikan makanan yang sedap2 yang diorang guna duit yang kami kumpul tu.

Nana tanya kawan aku Wani tu, "Kakak, kakak....dah..kawin?"
Wani cakap "dah, tu suami kakak"
Nana terus pegang tangan Wani dan kata "Semoga...kakak bahagia sampai akhirat ya..(menadah tangan pulak lepastu) ya Allah, kekalkanlah jodoh mereka hingga akhirat...aminnnn"

Nana kiss Wani! :D
kitorang semua cam -______-
AAAAAAAAaaaaaaa nangis lahhhh (aku masih menahan2 lagi konon kontrol macho ni aku ni) wahaaha!

Then dia tanya aku pulak soalan yang sama. dan, soalan cepumas
"kakak..ada...anak?" (baca dalam intonasi gagap dan slow)
Disebabkan NANA yang tanya, aku memang tak kecik hati lansung. Aku senyum dan jawap "Belum lagi lah nana, nana doakan ye?"
(Serta merta menadah tangan)
"Ya Allah...berikanlah anak kepada kakak ni..aaa...name kakak siapa?"
(AKU KONTROL NANGIS)
"err...Jay"
"Kepada..Kak Jay....aminnnn"


AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
ok terus nangis.
hilang macho.
-__-
Kawan aku Cici yang takboleh menahan sebak dah.

Kalau nak cerita semua benda pasal rumah NUR ni memang takkan habis. Kami berkali2 gak ke rumah tu, lepas raya ada datang, raya haji ada datang lagi, skang ni diorang dah pindah rumah tapi kawasan yang sama di titiwangsa jugak, pun kami datang utk tolong mereka pindah-randah. Seronok bila atok2 kat situ dah kenal kami :) Tiba2 teringat nenek sendiri yang dah lama meninggal. Tiba2 teringat arwah mak aku. Haih, macam2 perasaan lah bila pergi rumah macam tu :(


Ade lah beberape orang tua yang aku ajak sembang, aku mesti tanya soalan "Makcik ada anak?"
Jawapan diorang semua "Ada. 4 orang" "5 orang" atau "6 orang"
Takde sorang warga tua pun jawap takde anak. Semua ada.
Aku nak sangat tanya kenapa anak diorang letak diorang kat situ, tapi aku takot aku dah buat diorang sedih. Tapi makcik2 tu akan cerita sendiri "Hm..anak saja ramai dik..semuanya takboleh nak jaga..maklumlah diorang tu ada kerjaya...semua kerja hebat2...mana ada masa jaga makcik yang sakit ni"

Erkkkk
Ada makcik sorang lagi ni pulak kata "Anak makcik yang bongsu je rajin datang jenguk makcik. Dia takboleh jaga makcik sebab dia pun sewa bilik je. Anak2 yang lain semua oversea"

:(

Entahlah. Kadang2 aku taktau macam mana nak cakap.
Aku pernah berdoa pulak time tu, kalau aku ditakdirkan ada anak tapi anak tu masukkan aku ke rumah orang tua bila aku tua, jangan bagi aku anak Ya Allah!
Sampai begitu -__- sebab aku marah sangat.

Cerita pasal anak-anak OKU pulak, kak normah kate kadang2 mak diorang yang taknak jaga :(
Yelah mungkin tak tahan dengan perangai anak OKU yg super hyper.
Kalau nak pegi shopping pun sempat drop anak OKU tu kat rumah tu sebab diorang taknak bawak.
Kak Normah ni pulak memang kerjanya membela semua orang2 tak bernasib baik ni. Dia cakap dah lama dia impikan nak jaga orang2 tak bernasib baik.
Ya Allah murni nye impian mcm tu..


Kami nak balik dah mase ni! :)
Banyak sbenanye rumah2 kebajikan yang takdapat bantuan sangat. Rumah Nur ni salah satu.
Macam2 expenses diorang, termasuk bil api air semua, makanan, pampers2 orang2 tua, susu tepung untuk orang tua yang diabetic, macam2 lagi.

Korang kalau taktau mana nak start buat charity, boleh google list of rumah2 kebajikan. Mana yang hampir dengan rumah korang tu, boleh la korang jenguk dan sedekah apa-apa yang patut. Kata makcik aku, banyak sangat kelebihan melawat rumah kebajikan ni. Makcik aku suruh aku buat sebab keluarga aku ni ramai yang susah conceive, tapi lepas rajin buat charity alhamdulillah conceive. Maybe mindset pun tukar, hormon badan pun positive, semangat jadi lain.
Ataupun it just meant that ALLAH nak kita beringat, ada yang lebih susah.
Mereka perlukan bantuan dan doa2 kita.

Percayalah, lepas pergi rumah2 ni, korang lebih bersemangat nak TTC dengan lebih positive. Sebab apa? Sebab korang dapat tengok yang ramai orang ada serba kekurangan. Semua orang dalam dunia ni tak perfect. Setiap orang diuji berlainan cara.

Baru kita perasan, ujian kat kite ni kecik je. Tak besar mana pun dibandingkan dengan oranglain.

Goodluck doing charity :) Have Fun!
Minta maaf lah kalau anda salah faham dengan entry ni, aku takde niat lansung nak bangga sebab pernah buat charity, aku rasa malu ade lah sebab sebelum ni takpernah langsung nak buat :( Aku nak ajak korang semua pun rajin-rajin lah buat amal, korang akan rasa seronok sangat :)

Tips: taktau mana nak mula? Boleh pegi kat maybank2u atau CIMBClicks and tengok list2 Rumah Kebajikan yang ada bawah list utk kita transfer duit tu. katsitu ada nama2 rumah kebajikan.

Ini blog Rumah OKU Nur.http://pusatjagaanokunur.blogspot.com/
(More pics and infos there)

Few blogs yang review tentang rumah ini
http://totcupcakes.blogspot.com/2012/07/sepetang-di-oku-nur.html
http://devidalildevil.blogspot.com/2011/05/need-help-pusat-jagaan-titian-oku-nur.html

February 21, 2013

Sohih Goat's Milk

Aku baru dapat tau yang ade setengah tempat susah nak dapatkan susu kambing ni.
Tapi takpe, I am selling Susu Kambing jugak, satu company dengan MAQ100 tu.
It is called Susu Kambing Sohih. 
Richer, tastier. 


You can order from me only for RM45 (RM39+RM6 for poslaju)
15 sachet per box. 

Special promo: Kalau beli MAQ100 + Susu Kambing Sohih, RM 120 je (including poslaju) 
Product ni not only good for TTCians, for pregnant mommies pun bagus (untuk elakkan baby kena jaundice), untuk suami lagi lah bagus, suami needs Alkali-Friendly Environment for his sperm. 
Susu Kambing adalah bersifat ALKALI. 
;)

If you want to order more than 1:
MAQ100 = 4 bottles for RM300 (free Acai Berry Coffee) 
Sohih = 5 box (free 1 box) for RM 195 

(I haven't check the poslaju rate yet for orders more than 1 but if you want, i will check out!) :)

My own review on Sohih: SEDAPPPPP dan lagi pekat!

February 20, 2013

Doa

By Wani Ardy. Sambungan post di bawah.


Do'a
oleh Wani Ardy

Ya Allah...
Teguhkan imanku, kukuhkan sabarku
Jatuh bangun tetap berserah padaMu
Redha...
dengan setiap ketentuan dariMu
Mohon tidak diuji luar mampuku

Ya Allah...
Biarlah tiada apa yang tiada
Janganlah ditiada apa yang ada
Kurnia...
cuma jika ia yang terbaik
Kau Maha Kuasa, Maha Mengetahui

Ya Allah...
Permudahkan, lancarkanlah urusanku
Ringankanlah beban di minda, hatiku
Syukur...
kekasihku setia di sisi
Izinkan tua bersama sampai mati

Ya Allah...
Jika tertulis penyelamatnya kami
Jika kami saling berumah rezeki
Jodoh...
Rahmatilah kami dengan penyatuan
Atau jauhkan dari kehampaan

Ya Allah...
Terlalu banyak dosaku di dunia
Yang kecil, yang besar, tersembunyi dan nyata
Malu...
aku kerana berani meminta
Dipinjamkan ke aku satu nyawa

Anak...
Anak...
Anak...

February 19, 2013

Kawan saya yang Unik.


Wani Ardy, kawan aku yang amat unik kerana dilahirkan tanpa rahim.
Mungkin ada followers yang dah tau, dan mungkin ada yang belum kenal siapa dia.


Kenapa aku banyak kali nak ulang pasal Wani katsini sebab aku kurang suka bila dengar TTCian yang suka mengeluh dan sedih panjang-panjang. Bila kita kata kita TTC maknanya kita ni mestilah cukup sifat untuk berTTC. Seperti ada 2 kilang ovary yang sempurna (kalau yang bermasalah pun adalah sebab benih2 kita), kita ada 2 tube (kalau bermasalah pun mungkin tersumbat, atau hilang sebelah kerana previous surgery/ectopic) dan sebuah Rahim yang elok (kalau bermasalah pun mungkin senget, ke belakang, atau terbalik)

Tapi kita mesti ada 3 organ penting ni. Masalah-masalah itulah yang kita perlu dapatkan bantuan pakar. Dan semestinya bila kita boleh dapatkan bantuan pakar, benda tu boleh diubati dengan kuasa Allah insyallah.

Bagaimana jika RAHIM itu tidak wujud.

Mungkin kah lagi berusaha utk TTC?
Tidak.

Sebenarnya ada chance yang makan puluhan/ratusan ribu ringgit (menggunakan rahim orang lain yang didermakan) tapi tiada dokter yang berani suggest sebab cara tu lebih mengancam nyawa. Lagipun majlis fatwa belum sahkan cara itu dihalalkan atau tidak. Kalau di US, orang2 yang sama penyakit dengan Wani menggunakan khidmat "Surrogate Mother" (Ibu Tumpang) tapi Islam mengharamkannya takut ada issue keturunan kelak. Jadi yang mungkin boleh maybe dengan gunakan rahim orang yang ditanam di badannya. Tapi mengancam nyawalah.
Wani lebih prefer tak perlu lah buat sebab kalau mengancam nyawa, lebih baik hargai NYAWA yang tuhan dah bagi secara percuma ini.

Sepanjang aku kenal Wani, aku takpernah sekali pun dengar kata-kata 'negative' dari mulut dia yang seperti TTCian lain mahupun aku sendiri.
Aku takpernah dengar sekali pun dia mengeluh kesah, sendu-mendu dan sakit hati bila ada sesiapa yang mengandung.

OK Mustahil dia tak rasa apa-apa. Sebenarnya dia juga manusia biasa, dan dia juga sedih jugak, dia juga mahu mengandung seperti oranglain, dia juga mahu menimang anak sendiri. Siapa yang taknak? Tapi tidaklah setiap hari nak fikir tentang tu, dia moved on, sebab dia tahu, dia adalah istimewa dan dia punya semua benda, yang mungkin oranglain takde.
Apa yang di depan matanya semua perfect, itu kata dia pada aku dulu.
Dalam lagu nya juga ada ayat seperti ini "Jangan buta pada yang ada"
Maksudnya, Apa yang ada di depan mata kita ni, kita jangan lah buat-buat buta pula. Lebih baik masih ada apa di depan mata dari diHILANGkan apa yang dah ada.

Kepada yang taktahu, Wani Ardy adalah singer-songwritter dan juga penulis buku.
Dan apa yang berlaku pada dia kebanyakkannya membuatkan dia sentiasa kuat dan redha, dan dari situ jugak dia dapat inspirasi untuk menulis buku & puisi, serta lagu.
Korang kalau nak dengar lagu2 dia, ada di Reverbnation.

Ini satu poem yang dibuat untuk dirinya sendiri dan wanita2 lain yang takkan boleh conceive forever.
Tapi utk TTCians juga sesuai. Korang kena baca. Dream Mothers.

Dan Letter untuk "Future Baby" yang ditulis sebelum dapat anak angkat pun sangat menyentuh hati :')


http://waniardy.com/blog/?p=13423
Dan puisi "Kehadapan Fetus" yang aku rasakan AMATLAH menyentuh hati jugak.

Petikan Kehadapan Fetus:


Maafkan bonda
bonda belum gubah nama buatmu
tapi bonda punya doa
bonda punya mimpi
bonda punya harapan menggunung ke tebing langit

Bonda teruja, mahu lihat kamu tertubuh jadi manusia
bonda canting kamu, cukup untuk pasti mana betul,
mana salah
mana dosa, mana pahala
mana neraka, mana syurga
----- Read more kat link di atas.

Ramai orang kata pada dia "Wani, U are so strong"

Wani bagitau aku,
"Apa choice yang Wani ada Jay? Selain dari Be Strong? Sebenarnya Wani pun lembik, tapi ada pilihan lain ke selain dari Be Strong?"

Bayangkan ya, korang semua (termasuk aku yg pernah TTC) setiap kali Hari Raya, atau pergi kenduri-kendara, mesti ditanya "Bila nak ada anak?"
Kita sakit hati kan?

Tapi kita boleh cakap Tengah usaha la ni.
Kita boleh bagitahu orang, kita tengah treatment, tengah makan supplement sipolan2, atau tengah berurut, atau therapy, atau apa saja.

Wani nak jawap apa?

"Saya memang takboleh mengandung, makcik"
Makcik2 terkejut, "Isk! Takbaik lah cakap mcm tu!"
(laa tak percaya pula)

Wani jawap balik kata "Betul, saya takboleh mengandung, saya takde uterus. dah 10 dokter confirmkan"

Makcik2 masih tak percaya dan mengulangi soalan yang sama setiap kali hari raya/kenduri.

Kalau nak cakap berapa kali dia jatuh dan bangun sendiri, korang letak saja tempat korang di tempat dia.

Wani pernah tulis dalam salah satu entry blognya. Katanya dia bersyukur Allah jadikan dia begini sebab sebenarnya Allah menjadikan dia 'Hero' atau Penyelamat kepada anak-anak yatim atau anak2 terbiar. Atau anak-anak tidak sah taraf.
Katanya lagi, kalau SEMUA ORANG dalam dunia ni boleh mengandung dan senang mengandung, siapa nak pedulikan anak yatim dan anak2 terbiar?

Betul juga. Sebab itu setiap musibah yang Allah jadikan itu ada kebaikan.

Jadi instead of not being able to get pregnant, dia rasa Allah pilih dia untuk jadi penyelamat, which is tak semua orang boleh buat.
Semua orang terfikir tak?
Kita ni asyik terfikir kita ni malang, malang, malang, kita lah paling malang.
Padahal kita tak sedar Allah jadikan kita Penyelamat.

Dia sentiasa bagitau orang yang takboleh mengandung supaya fikir macam tu.
Supaya kita ni sentiasa bersyukur.
Supaya kita ni sentiasa rasa kita ni dirahmati.

Wani ada dalam group TTC tapi dia jarang share apa2 kerana semua yang ada disitu share tentang treatment masing2. which dia takpernah buat sebab takboleh buat. Jadi dia cuma baca je untuk pengetahuan sendiri.
Dia cuma jadi silent reader.

Bila hari-hari baca perbincangan orang tentang treatment kesuburan, dia pernah kata, untung semua orang boleh berusaha untuk dapat zuriat sendiri. Biar lah 5 tahun, 10 tahun, tetap ada harapan boleh berusaha. Tetap ada harapan. Tapi dia tidak. Jangan kan usaha, nak ada 'Harapan' pun memang tak boleh.
Tapi tak mengapa sebab dia dah jadi Hero.

Skang ni Wani dah dapat ambik anak angkat yang sangatlah gorgeous bernama Ikhlas.

Curik kat FB wani, Wani sori tak mintak izin hehehehhh

Trust me, usaha dia nak dapatkan anak angkat pun sangat payah dan besar dugaannya, sama macam kita yang TTC juga.
Wani is a mother now, bagi aku, semua orang layak jadi ibu sama ada boleh atau tidak boleh mengandung.
Kalau ada hasrat nak ambik anak angkat kerana dah terlalu lama berTTC, usahalah. insyallah niat anda tu diredhai Allah kalau anda ikhlas.
Besar pahalanya ambik anak angkat ni.
Jangan lah ego sangat dengan memikirkan anak angkat itu bukan darah daging kita.
Sebab itu lah Rasulullah suruh susukan anak angkat, sebab bila dah susukan, anak itu akan jadi darah daging insyallah.

Nama penyakit Wani ialah Rokistansky Syndrome.
Taksilap saya 1 of 7000 wanita sahaja yang dapat penyakit ni.
Wani pun ada join her own support group utk Rokistansky babies ni, dimana dia sendiri cakap kat aku yang dia sebenarnya bertuah.
Aku tanya kenapa pula?
Sebab wanita2 lain yang Rokistansky, ada yang tiada lubang vagina, muka senget, dan tulang belakang bentuk S. Ada hunchback. Dan pelbagai lagi kecacatan. Kata Wani lagi, sebenarnya Rokistansky syndrome ni macam2. Tapi Wani cuma tiada uterus dan organ yang affected dengan ketiadaan uterus ni adalah buah pinggang, bladder dan tulang dia (which dia selalu rasa sakit tulang dan gigi) buah pinggang dia kecik dan tak boleh tolerate to certain food, bladder dia pulak kecik dan dia takboleh tahan2 kencing. Tapi yang lain, semua perfect as a woman. Fizikalnya perfect.
Wajahnya cantik. Suara pulak sedap.
Mempunyai suami yang penyayang.

Wani kata, orang2 dalam group tu bagitau dia "Atleast u got married"
"Atleast u have a pretty face"
and even worst, ada yang kata "Atleast u can have sex"

Alamak sedih gila Masyallah.
Yang tiada lubang vagina tu takboleh nak have sex, sampai treatment yang perlu dilakukan ialah (maaf ya too much info) tapi ini pengetahuan utk anda yang aku nak share.
Untuk membuat lubang vagina, pesakit itu perlu guna dildo (sex toy) dan hari2 perlu menjolok lubang sendiri supaya dapat hasilkan lubang vagina. Supaya boleh have sex. (gulp!) =(
Itu pun, kata mereka, takde lelaki nakkan mereka sebab muka senget. So ada yang perlu buat plastik surgery dan macam2 lagi.

Kita yang berTTC ni perlu buat tak benda ni semua??????????
Jadi jangan nak mengeluh kesah sangat, ada orang yang lagi malang lagi susah, pun tak cakap benda2 negatif macam kita dok cakap selama ni. Macam kita yang dok suka cakap "bila lah turn aku.."
"bila lah aku nak mengandung.."
"sedihlah tengok kedai2 baby..bila lah turn aku boleh beli.."
yadayadayada..

Wani sendiri cakap kat aku yang dia rasa MALU sebab sebelum ni nak sedih2 sebab takde rahim sebab oranglain yang takde rahim tu bukan stakat takde rahim, Muka senget, tulang belakang senget, cacat anggota yang lain, takde boyfriend, tidak berkahwin dan tidak dapat nikmat sex.

Kalau Wani pun boleh kata dia MALU, aku mase tu apetah lagi? Aku yang sememangnya ada peluang mengandung cuma LAMBAT saja. Dia?
100juta kali malu lah mengingatkan balik entry2 blog aku yang super-emotional sebab miscarried lah, sebab tak period, sebab tak conceive, sebab makcik2 tanya soalan cepumas.
Malu aku.

Wani is the reason aku think more positive everyday.
Kalau dia boleh think positive kenape aku takboleh?
Wani sentiasa positive. Biarpun musibah itu semua kita nampak perit, dia jadikan semua tu benda yang indah buat dirinya.
Setiap apa musibah yang tuhan beri, semua dijadikan semangat.
Sebab tu aku selalu marah kalau orang yang setahun dua kawin tapi STRESS NAK MATI sebab tak conceive. STRESS tu mainly datang dari soalan2 orang keliling. Itu yang sebenarnya kan?

Well look at what happen to Wani. Agaknya kalau kita ni di tempat dia macam mana la?
Korang masih ada UTERUS, ada OVARY dan TUBES. Kalau bermasalah pun boleh dapatkan rawatan. Biarpun makan bertahun tapi ADA HARAPAN.

At least korang tak diberitahu oleh dokter yang korang could never get pregnant.
Aku pernah baca medical report dia.
Last medical report yang dia kena ambik sebab dia dalam usaha nak apply for anak angkat dari OrphanCare. Aku dengan sorang lagi kawan kena buat surat sokongan untuk dia. Jadi aku sempat baca sekali surat sokongan dokter.

Aku tak ingat apa nama dokter tu tapi dokter pakar dari Columbia Asia Bukit Raja/Bukit Naga (lupe)

Katanya:

"I've done a few procedure on Syazwani including endoscopy. Both ovaries and tubes are present, but failed to outline a Uterus. Thus, this means the Uterus is absent and it is IMPOSSIBLE for her to get pregnant forever. Please consider her application to adopt a child"

Macam tu lah lebih kurang.
:( Hampir nak nangis aku membacanya walaupun aku dah tau condition Wani dah lama. Tapi aku terkedu membace ayat dokter tu. "Its Impossible for her to get pregnant forever"
Aku terbayang kawan2 TTC aku, yang sangat tabah lalui macam2 procedure. Sekurang2nya kalau fail, boleh cuba lagi. dan lagi. dan lagi. Cari Duit sahaja.
Tapi Wani takboleh. Doc terus kata Impossible.

Sebab tu aku taksuka lansung dengar kita-kita yang ada BANYAK HARAPAN dan MASA tapi bersedih melampau!. Come on, kita ni masih bertuah kerana masih diberi peluang BERUSAHA.
Bersyukurlah kerana ada PELUANG BERUSAHA dari takde peluang lansung!

Allah tu Maha Mengasihani.
Kalau ikhlas dan redha insyallah Allah akan murahkan rezeki.

Yang takpernah tengok video wani menceritakan penyakitnya yang dihadapi, boleh view kat sini


Yang SUKA SANGAT RASA DIRI ANDA MALANG, lebih baik tengok video ini. Contohilah macam mana Wani fight semua ini.
Aku bukan nak promote Wani gila2 sangat, dan takde niat nak suruh orang simpati ke apa dekat Wani. Tapi aku nak share apa yang kawan rapat aku sendiri hadapi, biar jadi inspirasi untuk semua TTCians. Insyallah.

Aku sayang semua kawan2 TTCian aku, biarpun aku takkenal korang.
Sungguh.
Kalau aku tak pedulik, ape aku kesah nak update blog ni lagi kan.
Aku nak semuanya berfikiran positive, supaya Allah tak hina kita kat akhirat kelak kerana taknak bersyukur.
Masyallah :(

ps: Wani, if u are reading this, sorry sebab tak tanya dulu nak share pasal wani kat sini. I need to share your story to everyone as a motivation, harap wani takkisah, ya?

February 18, 2013

Infertility treatment - Banyak Duit?

I came across some facebook post, yang ada setengah orang menganggap mereka yang asyik buat fertility treatment like (IUI berkali2/IVF berkali2) semuanya Banyak Duit.

Dan siap ditanya pula, Banyaknya duit awak? Awak kerja apa?
Mana dapat duit banyak untuk buat IVF semua tu?

I used to wonder all those things. Aku pun ade kenal beberapa TTCians yang buat IVF more than 1 time.
nak buat ivf 1 kali pun perlukan duit yang sangat banyak. Macam mana boleh buat banyak2 kali? Kerja apa?
Yes. Itu yang kita akan wonder. Kerja ape orang tu sampai leh spend buat IVF berpuluh2 ribu.

Aku tak pernah tanya pun golongan ni semua kerja apa.
Apa yang aku tau, bila ko ade satu kemahuan, ko boleh buat apa saja.

Aku tak rasa semua yang buat IVF tu orang kaya-kaya. Betul?
Aku rasa semua kerja biasa2 je. Mungkin mereka rajin menyimpan? Atau punya aset yang banyak before ni.
Jadi jual lah aset atau jual barang-barang yang ada.

Aku ada kawan yang kakaknya takde anak dah 16tahun. Masa tahun ke 7, dia JUAL KERETA untuk buat IVF. Dapatlah dalam 30k. So dia buat IVF.

Hasilnya gagal dan dia tak berani utk kecewa lagi. Jadi dia ambik anak angkat, skang anak angkat tu dah sekolah dah pun. Problem dia, Unexplained. Memang dua2 subur. Taktau apa punca takleh conceive.

Dan aku ade kenal jugak orang yg buat IVF yang jual mcm2 harta yang dia ada. Untuk dapat duit buat IVF.

Aku ade kenal orang yang buat IVF dengan apply personal loan.

Aku ada kenal orang yang buat IVF dengan meminjam duit family.

Aku ada kenal orang yang buat IVF dengan menyimpan duit berbulan2 (malah bertahun) menabung utk buat SATU IVF.

Ya, macam2 cara pun ada.

Jadi kita ni jangan persoalkan, Mana dapat duit? Awak kerja apa?

I dont think semua orang yang buat IVF tu kerjanya CEO semata2.

Kebanyakkannya kerja biasa2 saja. Cuma KEGIGIHAN itu yang kita kena kagumkan.
Takde duit? CARI.

Takkan lah duit datang dari langit? Duit mesti cari. Nak buat treatment mesti cari duit.
Nak beli supplement mesti cari duit.
Tak mampu? Cari lah duit. Buat lah OT, buat kerja lebih. Berniaga sambil-sambilan.
Macam-macam cara ada.
Kita jangan sangka orang yang boleh buat treatment ni duit mereka tu berkepuk2 dan datang macam air. semua perlukan usaha.
Ya, mungkin ada setengah golongan yang bekerjaya yang mungkin lebih banyak duit simpanan, itu rezeki dia tapi kita takleh kata gak "oOOO sebab dia banyak duit lah boleh buat IVF."
TIDAK.
Mungkin juga they just got lucky, dapat bonus 3 bulan ke, naik gaji ke, mana tahu?

Saya kenal ramai golongan TTCian begini. Dan life is never easy for them. Kita ni jangan lah sangka diorang ni memang banyak duit, mengalir laju macam air, selamba je buat IVF berapa byk kali pun. I dont think so.
Kalau kau rasa orang tu banyak duit, kenapa kau melopong? Kau cari lah duit juga!

Maaf if I sounded harsh. Tapi itu lah hakikat sebenar. Mindset kita ni bila nak buat treatment, jangan lah asyik "oo...die banyak duit...bole la!"
"ala..die tu keje sekian2, patot la leh buat IVF 5 kali!"
"hmm...duit banyak...leh la release tensen dengan pegi melancong jauh2..." (ok ini takde kaitan)
Tapi ada juga aku dengar perkataan ini. Yang kononnya TTCian yang nak release tension ni, boleh melancong ke mana-mana sebab BANYAK DUIT.

Masalahnya kenapa kite melopong???
Kau nak melancong juga boleh! Cari lah duit? Hello? Diorang melancong tu free ke?
Nasib dan cara Allah beri rezeki tak semuanya sama. Tapi jangan sangka apa yang dilalui orang lain itu NAMPAK MUDAH.
Kalau dia banyak duit, kita taktahu masalah lain yang menimpa dia yang mungkin kau takkan tertanggung.
Tapi takkan nak cerita pula kat satu dunia?

Dont say things like this again, please. "Ala..duit banyak..boleh laa.."
Dont.
Itu ayat yang sungguh NEGATIVE.
Typical malay ALWAYS say that!
STOP IT LA wei. meluat aku.

Kau pun boleh banyak duit. Kau saja yang taknak simpan.
Aku pun golongan yang kurang berkemampuan nak buat treatment mahal2, atau beli produk mahal2.
Tapi zaman TTC aku dulu apa yang aku ingat duit gaji aku memang HABIS untuk treatment sahaja.
Aku tak enjoy mana pun, duit gaji aku adalah utk TREATMENT.
dan Supplement. Aku beli BIODEX selama setahun, memang duit aku habis kat BIODEX sahaja.
Tengah bulan, aku ada 100-200 utk buat belanja minyak kereta. Tak tipu.

Aku pun penah jugak ditanya orang, Banyaknye duit awak beli biodex? biodex tu kan mahal?
Banyak duit apa kalau aku habiskan terus gaji aku.

Pelik lah aku kadang2. Kenapa kite perlu tanya tentang duit orang?
Dia nak treatment, pandai la dia usaha cari duit celah mana pun. Kau kalau nak treatment jugak, usaha la mcm dia. Ini dok wonder je mana oranglain dapat duit, kalau kau tanya org tu pun kompem orang tu akan jawap "Cari lah"
atau "Kumpul lah"

Duit kan boleh dicari?
Takkan kena pergi merompak bank pula?

Maaf tetibe aku emo pulak. Haha! Just saying, supaya orang tak lagi berkata begitu, tak bagus!
Banyaknye duit buat IVF, kerja apa? yadayadayada.
Kalau kata kerja Kerani? Percayakah?

Sampai satu tahap bila IVF is the last resort, believe me, korang takkan caya yang korang mampu kumpul duit sebanyak itu.

February 13, 2013

Iklan Repeat :P

Alhamdulillah, banyak juga aku dapat email dari blog readers yang berminat nak beli MAQ100.
MAQ100 ialah Juice campuran buah Maqui berry, Acai Berry, Delima, Manggis, Cranberry, Hawthorne Berry, dan etc2 untuk membantu kesihatan dan kesuburan.
View more info HERE



Disamping mengamalkan pemakanan sihat mcm yang aku suggest kat post bawah ni, boleh la add MAQ100 untuk 'BOOST' your fertility.

Frankly speaking, no ive never used this product during TTC. but my TTC friend Reen Zuhdi, tried other "M" product yang ada Acai Berry ni during her 4th IVF attempt. dan dia berjaya.
(she's currently 6months pregnant, lost both tubes due to ectopic pregnancy, failed 3rd IVF due to Cornual Pregnancy)
Dia kata acai Berry may help to 'cantikkan' our follicle during TTC.
so its worth the try :)

good for DETOXing, weight lost, blood sugar and high blood pressure.
this product is safe to take throughout your whole cycle. takde syarat2 before period or after period, hari2 memang boleh ambik :)

try it now and feel the difference!

Me, kalau pening, minum sket dah ilang pening. kalah panadol! panadol pun tak secepat tu.
Skang bangun pagi, cergas gila, i had a good sleep, time keje pun tak letih lesu, (yes im taking it now during pregnancy-it is safe) Takde rasa mual/loya, VERY ENERGETIC, kalah org tak pregnant. ahaha!
My fibroid terus hilang (yes doc detected that i've got fibroid during my 10weeks)
Fibroid is GONE now! alhamdulillah
And i've suffered some Yeast Infection during my 15th weeks, yeast is gone now too!


Harga sebotol RM75 (semenanjung), RM 80 (Sabah/Sarawak)
Postage: RM8 
Total: RM 83 (including postage)
Nak by hand pun boleh if you are near Shah Alam/Klang/Subang Jaya/Petaling Jaya.

Email me (jayfarhana at gmail.com) to order and i will provide u with my account no for payment.
Will post to you straight away via POSLAJU after payment is confirmed ;)
(1-2 Days delivery)


February 8, 2013

Makanan & Supplements yang boleh dijadikan Rutin utk TTCians

Just a short tips.
Mungkin ada followers baru yang baru baca my blog, yang mungkin wonder what i did before berjaya conceive kali ni dgn izin Allah. Dan mungkin juga amat letih nak bace kisah TTC aku yang begitu panjangnya dalam blog ni. hehe. ok aku share sedikit, secara ringkas, apa yang di amalkan dari Awal tahun 2012.

Yes. Alhamdulillah yang aku pregnant ni aku conceived naturally.
Walaupun doctor kata, I WILL NEVER CONCEIVE without fertility drugs/fertility treatment.
Ada doctor yang kata i can only conceived via IUI/IVF.
(sebab failed clomid and other fertitility drugs few times and my PCOS is getting WORST)

Doctor bukan tuhan.Nuffsaid.

Jadi aku usaha berbagai2 natural  treatment sebab aku benci what those drugs did to me.

Ini dia.

We changed white rice to BROWN RICE. Brown rice is full with folic acid, iron and vitamin B! Mengurangkan kolestrol dan tiada kanji!
Changed from Susu Lembu to Susu Kambing. Hi-Goat Premium is the one yang aku amalkan sebab dia ada Kurma & Madu.
Avocado ni buat jadi Avocado Smoothie. Blend with Honey & Susu Kambing.  Drink 1 glass everyday! View HERE for recipe! View Avocado benefits HERE!

Evening Primrose Oil + Fish Oil. To increase the quality of your Cervical Mucus and quality of EGG. To help your hubby's sperm live longer in your uterus and tubes ;)
Vitamin B Complex + Folic Acid to increase the quality of your Egg and to prevent Spina Bifida for ur unborn baby!

Lastly, zikir Lailahaillallah setiap hari imagine telur & sperm bersenyawa.
Disertai dengan Ya Musawwir 70 kali sehari.

Minum air zam-zam sekerap yang mungkin.


To try all of the above,

1. Please don't make any excuses to yourself before trying. Like "Ala, brown rice tu tak sedap la" - trust me the taste same je dgn nasik putih. TAKDE BEZA sangat cuma bila mengunyah tu brown rice tu rasa mcm ada nutty taste sket, which I like! sbenanye lagi sedap dari beras putih. Kalau rasa nak turunkan berat badan, brown rice is the best. Basmathi pun ok but they said basmathi ada kanji jugak sikit. but still, can be used as an alternative.

2. Please don't say "Ala malas nye tiap2 hari kena makan semua2 ni"
Awak yang nak dapat anak, apa saja usaha mesti kene buat secara konsisten. Takboleh la skejap try yg ni, skejap try yg tu, lepastu kata semua tak berhasil. Supplements wont work within 1-2 month. Melainkan ada miracle. Sekurangnya2 cuba konsistenkan sampai 6bulan. All of the supplements above aku makan since early 2012, kecuali avocado je start dari June 2012 before I was conceived in September 2012.

3. If you say "Saya taksuke minum susu, apetah lagi susu kambing"
Rugi lah :D hehe, banyak gila khasiat susu kambing ni beb. Kalau tak bagus susu tu takde la Rasulullah suruh minum. Untuk kesuburan suami isteri lagi lah sangat banyak membantu. Aku syorkan Hi-Goat sebab dalam banyak2 susu kambing yang aku dah minum, Hi-Goat paling sedap dan takde rase ape2, lagipun harga dia affordable. Gamba Hi-Goat kat atas ni yang Hi Goat Premium, ada campur Kurma+Madu. RM45 kalau taksilap. kalau taknak yang tu pun boleh, ambik Hi-Goat biasa. RM23 maybe. (tgk tempat).

4. If you've tried avocado and cannot tolerate with the taste, boleh lah add dengan Hersheys Choc Syrup atau blend skali dengan Strawberry/Blueberry. Tapi kalau taksuka gak, takleh buat ape la :D hehe, cuba la kaedah lain. Aku cuma share apa yang aku buat kalau rasa nak cuba, boleh cuba.

5. If you're still on medication, it's safe to still continue all of these supplements. Maknanya sambil2 buat treatment, boleh jadikan semua pemakanan di atas sebagai amalan.
Kadang-kadang bila pemakanan kita sihat, senang lah nak serap ubat2 yang kite makan tu :)

PS: Avoid FastFood, 3in1 drinks, makanan berminyak2, kolestrol, air yang banyak gula.

CUBA LAH :)

February 6, 2013

Teringat.


Dulu,
Aku teringat lagi.
Yang arwah mak aku, masa dimasukkan ke hospital, mase tu aku baru 5tahun. Aku tak tau kenapa dia warded mase tu, aku tanya bapak aku "kenapa mama masuk hospital? Sakit apa?"
bapak aku cakap "mama tak sakit"
"abis tu kenapa?"
"dokter nak check mama"

aku mane la paham kan.
mase tu kitorang dok johor, hospital yang mak aku masuk hospital sultanah aminah.
aku teringat time bapak aku dukung aku and bawak aku ke parking lot, dari parking lot tu leh nampak wad mak aku. mak aku lambai2 ke bawah.

bile mak aku dah keluar wad, aku tanya "kenapa mama masuk hospital?"
"oh, dokter nak check-check mama je"
"buat apa?"
"sebab nak dapat anak no 2 lah! nak dapat adik utk awakk"

aku diam seribu bahasa sebab apa tau?

Sebab kecik ati.
HAHAHAHHA
bodoh betul aku mase tu.
mase tu aku rase Apesal mak aku nak menduakan aku???
Dia tak sayang aku lagi sampai die nak anak lain???
Ape kurangnye aku ni? Kalau satu anak je takcukup ke??? (itu fikiran aku mase tu)
Aku diam je. Pastu mak aku sakat2 aku "kenape tak suke ke?"
aku selamba jawap "TAK"
dia gelak and cakap "kenapa tak suka"
aku diam je.

pastu aku teringat masa balik2 kampung, mak aku slalu kene perli "hai takkan sorang je? dah la nak dapat yg tu pun lambat, ni nak lama2 lagi ke?"
Entah macam mana la perasaan mak aku time tu.
Yang aku ingat, jawapan mak aku ialah "haritu buat bende tu, fail la. tak jadi"

Skang ni baru aku faham apebende yang mak aku buat. Aku takpasti apebende tapi mesti rawatan kesuburan. kalau setakat telan ubat, kenapa sampai warded? mesti IUI ke apa ni. Aku takde memory sgt, itu je yang aku ingat.

Masa aku kecik2, ramai orang suke tanya aku "Taknak adik ke?"
aku mesti jawap "TAKNAK"
hahahaha, ape la masalah aku mase tu.

Aku baru sedar bile aku dah skolah rendah, dalam darjah 5, aku ditanya kawan aku
"kau tak boring ke takde adik? kat rumah kau main dengan siapa?"


aku terkedu dgn soalan tu sebab aku takde jawapan.
Kawan aku lak suke citer perihal adik2 dia. Yang dia jaga adik dia, dia mandikan adik, suapkan adik makan. Citer yang dia main2 dengan adik dia macam2 jenis game. main batu seremban dengan adik2. main congkak, main game, lepastu die tanya "kau kat rumah main sorang2 ke?"

peh baru la aku terasa mcm aku sampah gila sebab takde adik.


Aku bukan taknak adik sebab apa pun, sebab aku taksuke jadi 'kakak'
Kan biasenye kalau kite zaman skolah ni kite mesti ade 'adik angkat' ke apa kan.
Aku mana ada. Takpernah ada adik angkat. Kakak and Abang angkat ramai lah.
Sampai aku masuk asrama pun, ada budak siap 'mintak' nak jadi 'adik angkat' aku.
aku reject dia.
Wakhakahkaha..kesian dia. aku cakap "eh sy takreti la jadi kakak." in fact, bahasakan diri aku "Kak Jay" pun aku rase Super Awkward.

aku dapat adik masa aku umur 12tahun.
Dan kami 2 beradik saja. Itu sahaja adik yang aku ada.
Aku syukur sebab Allah beri aku satu-satunya adik :)

Baru aku tau rasa seronok ada adik. Mase tu aku marah diri sendri, kenapa la dulu aku selfish gila nak jadi anak tunggal. padahal bukannya aku ni anak tunggal mcm orang lain yang dimanjakan. Sumpah tidak.
Bila jadi anak tunggal kadang2, aku yang asik kene marah dan if anything goes wrong in the house, aku yang kena. Jadi time dah ada adik, aku syukur gila. Lelaki pulak tu adik aku tu. Dan aku masih awkward menggunakan perkataan "Kak" jadi aku mintak mak n bapak aku bahasakan aku as 'Along' kat adik aku. So takde perkataan "KAKAK" kat depan.

Hahaha..terok betul aku ni.
Bila melihat orang lain ada adik ramai, baru aku sedar time tu, aku yang mintak taknak adik. Sebab tak suke jadi kakak.
Mengong.

Aku dari kecik pun stress dengan soalan "Bile nak dapat Adik?"
Tapi ye la aku kan kecik lagi, sumpah takde idea nak jawap ape.
Aku sampai pernah tanya mak aku "Ma, ape nak jawap kalau orang tanya bile nak dapat adik? memang semua org kene ada adik ke??"
naif sungguh soalan.

Mak aku jawap "Bagitau dia, Doakan la saya dapat adik cepat2"
Aku buleh lak tanya balik "kenapa kena cepat2 dapat adik?"

Aku takfaham mase tu.
Mak aku pun diam. Agaknye dia pun pedih bile aku tanya balik macam tu.

Dan soalan yang seLALU sangat kena kat makbapak aku dulu ialah
"Anak dah berapa? Satu? SATU JE? CUKUP KE?"

Serious aku SANGAT INGAT soalan ini. aku rase selama 12tahun jugak aku dgr soalan ni.

Aku teringat jiran aku, tak ingat namenye Auntie apetah. Dia 10tahun takde anak. mase tu la. Mak aku citer "auntie tu kan, 10tahun tau takde anak"
"kalau mama? berapa tahun?"
"mama 4tahun baru dapat awak. Lama jugak tu tapi tak la lame mcm auntie tu. 10tahun lagi lama banyak dugaan dia"

Aku tak faham sangat, aku oOOO  je.

Then mak aku rajin la 'pinjamkan' aku kat auntie tu, aku pun suke sbb kat rumah auntie tu byk sweets, chocolates, video games. :P auntie tu mmg baik la dgn aku smpai selalu cium2 aku, macam anak dia sendiri.

Baru aku faham la skang, 10tahun kot takde anak, mesti la rasa teringin yang amat kan.
Dia pernah bawa aku pegi shopping complex belikan baju2 semua.
Dia masakkan aku lauk sedap2. Dia suapkan aku makan (walhal mak aku pun taksuap aku makan, aku makan sendri beb) Tapi sebab die teringin sangat agaknya.
Suami dia je macam kurang sket dengan aku mUNGKIN aku bukan anak dia atau entah? Aku mase tu takfaham nape suami dia mcm layan tak layan je dgn aku.
Tapi ye lah, naluri keibuan org perempuan ni lebeh kuat kan.

Pernah satu hari Auntie tu pandang aku lame2 dan menangis. Aku gelabah betul mase tu sebab aku ingat aku ade buat die marah. Mesti dia fikir pasal anak sendiri entah bila nak ada kan :(

Bile aku dah masuk skolah rendah, kami pindah ke Taman yang lain, dan aku ingat lagi mase aku darjah 2 ke 3 tah, mak aku ckp kat aku "Ingat tak auntie yang duk sbelah umah kite tu? Die dah mengandunggg!!!! Alhamdulillahhhh!!!"

Yang aku pulak "ooOO..........."

takde perasaan. HAhahaha! ye la ape la yang aku faham kan mase tu!
Mak aku EXCITED GILA siap hari2 gitau bapak aku, hari2 die mcm asyik mention pasal tu. Ayat yang aku ingat "Ya Allah, 12tahun akhirnya dapat jugak!!!"

Aku mmg blur. Aku tak faham istilah 'dapat jugak' tu.
Masa Auntie tu dah bersalin, memang kami satu family visit dia kat taman yang lama tu sebab nak tengok baby dia. dia dapat girl :)
Dah lama lepastu mak aku dah lost contact dengan auntie tu so taktau ape perkembangan die skang.

Satu lagi benda yang aku teringat, masa aku darjah 3 ada orang tanya, "Mak awak umur berapa?"
"37"
"37? tipu lah! Takkan dah 37 anak baru 9tahun.?"

Aku takfaham gak istilah tu. Mase tu mak aku join team netball rukun tetangga, aku tunggu mak aku tepi padang dan aku ditanya soalan tu oleh satu makcik ni.

Lepas mak aku main netball, dia tanya lagik kat mak aku.
"Pah, awak dah 37tahun ke?"
"iyeee"
"laaa....kenapa lambat beno nak dapat si Jihan ni? dia dah 9tahun!? udah tu, ni sorang je ke?"
"iye kak sorang je baru ada"
"Laaaa.......sorang jeee? kesian laa dia ni takde adik!"

Aku memang blur. Aku takpaham ape makcik tu maksudkan.
Yang aku ingat, mak aku balik menangis2 lepastu maki2 makcik tu kat rumah. Mak aku siap cakap dengan aku Lainkali ckp cakap ape2 dgn makcik tu lagi!
Aku sumpah blur.

Skang memang aku dah faham.
Hish! If i could get back to that moment aku nak cili2kan makcik tu!!!!!!!!
Doraemon! Pinjam mesin cahaya masa!!!

*kidding*

Mak aku sendri banyak betul lalui dugaan TTC ni dulu even dah dapat aku pun dia masih terima azab soalan2 begitu. Mak aku mesti seorang yang sangat kuat kan. Melihat adik-adik ipar kawin lepas dia dan beranak, melihat kakak dia yang no 3 yang tiap2 tahun beranak...Ya Allah, sekurang2nya aku ni takyah compete dengan adikberadik sebab aku ada sorang je adik itu pun die masih sekolah.
Mak aku? adik beradik dia ramai, adik beradik bapak aku pun ramai.

Aku baru sedar sbenanye mak aku dulu sangat strong.
Mesti dia pun invent macam2 ayat2 positive utk support diri dia kan?
Kalau kita skang ni untung lah ada internet, ada facebook boleh update status2 utk meluahkan perasaan, ada blog untuk meluahkan perasaan.

Mungkin mak aku ada diary kot? Heheh. Tapi kesian la orang dulu2 TTC, maklumat semua kurang.
TV pun ada 3 channel je. Yang ada cuma dokter pakar.

Mungkin kalau dapat la mak aku cakap kat aku time ni, mesti dia kata
"Ha macam ni la mama rase mase nak dapatkan kau"
hehe.

Yang tak bestnya, Allah dah ambik mak aku sebulan lepas aku kawin. Jadi nak share experience TTC ni memang takdapat. Tapi mungkin ada hikmah sebab Allah nak aku belajar sendiri.
Aku conceive pun betul2 sama dengan mak aku iaitu 3tahun 8bulan lepas kawin.
Memang Allah nak aku belajar sesuatu.
Allah sayang mak aku teramat sangat jadi dia taknak burden mak aku dengan memikiran prob aku yang lama tak conceive agaknya.
Agaknya.

Mama during my Akad Nikah day 3 Jan 2009

Alfatihah utk mama, esok (7 February) genap 4tahun dia meninggalkan kami.
Aku tahu Allah dah tempatkan dia di tempat orang2 solihin. :)
Aku tahu mak aku bahagia disana :) Dan dia mesti dah happy sebab aku dah learn my lesson a lot during TTC.:)

Harap semua boleh be strong macam mak aku.