July 22, 2013

Yang masih Raya Berdua


Alhamdulillah insyallah tahun ni dapat lah Raya Bertiga.
Seperti yang orang2 suka tanya, Bila nak bertiga? Bila nak bertiga?
Skang aku balik bertiga kalau ada yang tanya Bila nak berempat? Memang aku cucuk mate dia!

Yang masih Raya Berdua, bersyukurlah, sekurang2nya Berdua, bukan sorang2.
Yang sorang2 pulak, tak semestinya sorang2, anda ada keluarga kan? Jadi takde lah raya sorang2.
Raya berdua bukannya salah pun. Tak dosa, kan?
Ada ke Allah kate salah kalau raya tanpa anak? Takde kan?

Aku ada tips (tips ulangan gak sbenanye) untuk Raya ni.
Last tips aku, tahun lepas. Aku taktau pun aku dah conceive time tu.
Ada kat entry ni. The Happiest Raya

Soalan Bila nak ada baby? Atau Dah ade isi ke belum? Pastinya akan menjadi soalan hangat setiap tahun raya.
Jangan lari. Memang kena punya.
Tipsnya ialah jangan TAKOT sangat dengan soalan tu. Jangan terlalu nak anticipate soalan yang menyakitkan hati. Kalau orang tanya jugak, senyum just ckp takde belum lagi. Then cepat2 susuli dengan soalan ko pulak. Takyah la tunggu die je tanya tanya tanya...yang ko menyirap tapi terpaksa senyum, annoying kan buat macam tu?

Bile die tanye je, ko jwp then cepat2 tanye die balik. Tanye lah ape2, die keje mane skang? Dok kat mane? Ape2 lah! Asalkan jangan biar dieeee je tanye kite.

Tahun lepas ade cousin laki aku tanye. "Awak lom pregnant2 lagi eh"
Aku jawap "Belum :) Eh awak dah rase ke kek yang mak buat?"
"oh yang tu buat ke?"
"buat laa..penat tau kite tolong..bnlaalbalbla"

Yo-yoo je aku. MIL aku beli sbenanye kek tu. Saje je aku nak suh die diam. Secara taklansung, kalau kite tukar topik, si penanya mungkin faham yang kite taksuke ditanya macamtu.

Daripada kau biar je die tanye, pastu kau pun jawap la the USUAL jawapan like "belum ada rezeki..doakan lah..blablabla..." kompem die lagi bizi bodi nak tanye soalan lain seperti "tak buat treatment ke? awak try la produk itu ini..blablabla"
Kepada yang selesa bercakap tentang TTC dgn orang yang takpaham TTC, silakan.
Aku dulu cuma selesa ckp psl TTC dengan orang yg FAHAM TTC je. Yang PERNAH mengalaminye. Yang takpenah, aku mmg boring nak cite. Jadi sebab tu aku lebih suka tukar topik dari menyakitkan hati sendri.

Atau boleh juga macam ni,
"Dah ada isi?"
"Dah kot..hahaha..." (sambil buat muke kering)
cakap je KOT...mane tau jadi betul2..haha..aku buat mcm tu lah lastyear. Bile aku jawap Ada kot?
Orang terus cakap Alhamdulillah...bukan kite nak tipu tapi kite cakap KOT je. KOT tu maknenye belum check, mane tau check2 ada? Jadi jawap je ADA KOT.
(kata2 tu kan doa) eheh..

Manusia ni suka judge. Dari setiap inci celah kain ko pun die nak judge.
Kalau ko belum kawin die akan tanya, bila nak kawin.
Seterusnya bile dah kawin, tanya anak, dan tambah anak, dan forever pun akan ditanya macam2.
Bila dah dapat anak pulak, macam2 nak ditanya pasal anak tu yang berbaur "judging" gak.

"Susu badan ke?"
To my surprise, bile aku jawap Ya, Susu badan. Makcik2 mencemuh aku.
Pelik kan? Ada sorang je makcik laki aku yang cakap Alhamdulillah, bagus lah menyusu badan.
Yang lain2 Mencemuh aku.

"Ha? Abis tu macam mana nak masuk keje nanti?"
- "Er..pam la"
"Ade ke susu?" ( eh, aku nak kene selak tetek picit susu kat ko ke apa???)
- "Ada la jugak"

Ade versi yang macam ni gak "Kenapa masih nyusu badan lagi? Takcukup zat lahh, kena tambah jugak susu tepung tu"
- "Takyahh..cukup je susu badan"
"Mane awak tau cukup?"
- "Sebab nabi suruh. Maknenye cukup la"

diam....

Macam2 lagi. Kenapa tu kenapa ni.

Yang penting, enjoykan diri beraya bersama husband nanti. Pedulikan orang nak tanya, RAYA is not about soalan bila nak dapat anak tu. Raya ialah ziarah saudara-mara dan bersedekah..
Aku bukannye senang2 je cakap mcm ni. I've been there. Aku lagi terok lah dulu. Asik2 nak lari je bile orang tanya. Kalau taksempat lari, nak bergaduh pulak aku dengan orang tu.-yang ni sila jangan contohi aku hahaha...

Jawap saja Insyallah taklama lagi Allah bagi.
Kena jugak tadah benda yang kite taksuke ni.
Kalau taknak, jangan balik raya. Senang.
Pegi raya kat Gua. -like I told myself dulu.

12 comments:

  1. "Ade ke susu?" ( eh, aku nak kene selak tetek picit susu kat ko ke apa???)

    ok, seyes aku gelak besar kat opis nih.

    ReplyDelete
  2. ya..betul..
    pada yg baru kawen setahun : ala..belum lgi la..nanti adalah..hik hik hik
    pada ygn 2 taon : belum lagi..kau dah kenapa?dh tkde soklan lain dh?
    taon ke 3 : insyaallah..doa2kan ye..tak sabar nk ada tau..eh?ko tukar keta baru ya?bla bla bla...
    taon ke 4 : dh study ragam orang kn?jadinya Lantak ke deme la nk tanye ape, yang penting..AAK!! selamat hari raya :D

    ReplyDelete
  3. ramai org prihatin yg dlm tak sedar menyakiti hati org..

    ReplyDelete
  4. ok, boleh praktis ckp, "Ada kot.."

    ReplyDelete
  5. TTC kena menguasai 'the art of changing topic'. heheheh :-)Mmg betul u cakap Jay, bila kita dok anticipate org tanya, mmg la stress. Just go with the flow. Kalo tanya, jawab and terus tukar topik.

    ReplyDelete
  6. kalau asik peknen pon orang ngata gak.
    EH ade lagi??
    ade la, kan boncit ni. DUSHHH

    ReplyDelete
  7. hahahhaa...tq jay!sengih srg2 baca part ni..

    "Ade ke susu?" ( eh, aku nak kene selak tetek picit susu kat ko ke apa???)

    *tahan gelak sebab boss ada kat meja sebelah ;p

    ReplyDelete
  8. I yg berempat ni pun org tanya gak jay.
    "Tak nak tambah lagi ke?"
    Awat, nk bagi duit kat i bulan2 ke kalu tambah lagi?
    Kesimpulannya, they will never stop asking. Baik berdua, bertiga, berempat hatta bersepuluh sekalipun.

    ReplyDelete
  9. rasa nak lempang laju2 je muka org yg bertanya soalan2 mcm tu...*dalam otak je la boleh fikir mcm tu, tapi realitinya? Hurm.....hati bagai ditoreh2 rabak jatuh , senyuman PALSU di bibir.

    ReplyDelete
  10. Ada satu buku tu I baca dia suruh praktikkan cara broken record atau tape rosak. macam ni la lebih kurang..

    Dah berisi? Entah.Tak tahu.
    Bila nak ada ada isi? Entah. Tak tahu.
    Agak2 bila boleh dapat anak? Entah. Tak tahu.
    Dah period tak bulan ni? Entah. Tak tahu.
    Kenapa susah pregnant? Entah. Tak tahu.
    Dah buat treatment? Tak ingat.
    Ada try produk bla, bla, bla? Tak ingat.
    Kira waktu subur tak? Tak ingat.
    Buat tak macam tu macam ni lepas bersama? Tak ingat.
    Plan ke? Tak ingat.

    --Tapi sounds annoying & impolite jugalah--haha!

    ReplyDelete