Mase ice-breaking on TTC Gath aritu, aku terkedu dengan TTC history brief by kak Aziah Zakaria.
Dia dulu TTC for 5years before dpt baby (tak ingat naturally or IUI) dah lupa.
Katenye 5years tu memang macam2 dugaan lah, biasa la dengan pertanyaan orang lagi, dengan beberapa failure lagi kan. Menangis pun taktau berapa kali sampai satu tahap die rase dah taknak nangis dah. By the time Allah bagi rezeki yang satu tu, masa confirm blood test positive and doc pun siap happy utk dia, on the same day jugak dia dapat berita yang Mak die ade cancer (stage berapa tak ingat) dan suami pulak kena operation - due to sakit ape dah tak ingat, tapi kritikal- Sori aku ni byk pulak point yang aku dah lupe gagaga..tapi nak citer jugak! Hehe..
Katenye mase tu, bile dengar 2 news mengejot tu, segala kesedihan time TTC semua hilang mcm tu je. Dah takde makne lagi part stress dgn soalan orang la ape smua..smua tu dah takde makne bile dgr yang both of her mom and husband tgh dlm keadaan kritikal. Tapi katenye sebab pernah melalui dugaan yang mcm2 mase TTC, dia dapat bina kekuatan untuk melalui semua tu.
Kak Aziah punye cerita sebenanye panjang dan aku malam tu rase nak nangis je bila dengar die cerita.
Kesimpulannya, dugaan datang sekarang kerana bersebab. Bukan saja-saja nak datang.
Tuhan tak bagi dugaan semata2 nak uji.
Sebenarnya tuhan nak kite bina kekuatan untuk sesuatu yang lebih besar yang akan datang.
Bile kite dengar perkataan Everything Happens for a Reason, kadang2 kite tak paham, kerana kite tak temui ape reason tu. Tapi percayalah reason tu satu hari akan terjawap sendiri. Time tu kite akan kate, Oh patutlah Allah uji aku time TTC, rupenye ini yang akan aku hadapi nanti. Mase tu, kite dah tak heran sebab kite dah ade strength yang dah lame terbina.
Mungkin selama ni kite lemah sbenanye. Terlalu lemah, sampai Allah nak kita bina sesuatu kekuatan.
Aku percaya orang yang sabar tu Allah janjikan ganjaran yang sangat besar.
Dan Allah tak pernah kejam, takpernah sesuatu dugaan tu datang kerana Allah bencikan kita.
Aku cakap macam ni sebab aku lately ni macam2 benda menimpa. Tapi tak semua lah boleh cerita dalam blog. Salah satu nye ade cerita kat my other blog TwoLineFound. Ayah fahim operation kaki and takboleh jalan for 3months. Dan ini memerlukan aku menjadi SUPERMAK sebab selame ni kami berdua sama2 memerlukan each other utk jaga Fahim. Tapi bile seorang dah takboleh, kecuali pangku or pegang sekejap je, Aku memang kene jadi SuperMak.
Sometimes bile penat sangat memang aku nak ter-mengeluh. Yelah kite manusia biasa kan.
Tapi bile teringatkan zaman TTC aku yang punye la aku hadapi dengan kental, takkan dugaan macam tu pun takbole handle?
Sebab tu la bile datang dugaan baru yang menguji kesabaran, aku terus faham kenapa dulu2 tu Allah datangkan dugaan.
Rupanya, Allah nak kita bina kekuatan ganjil yang luar biasa yang SATU HARI kita akan gunakan.
Jadi untuk setiap dugaan-dugaan yang Allah berikan, kite hendaklah sentiasa bersabar and bersyukur kerana diberi peluang membina satu kekuatan yang boleh digunakan di masa hadapan.
Jay, betul tu..Yani setuju bab Allah uji kita bersebab. Pengalaman Yani sendiri la (especially sekarang ni), Yani suami isteri duduk serumah dengan mak Yani. Sakit pening mak Yani, Yani dan suami yang uruskan dulu sebelum distribute pada adik beradik.
ReplyDeleteKadang-kadang bila tengah drive, terfikir...ada sebab Allah belum beri rezeki zuriat sekarang, dari sudut positif Yani dan suami boleh fokus untuk jaga mak yang kurang sihat buat masa ni. Adik beradik yang lain ada keluarga dan anak-anak, jadi kelebihan untuk diri Yani dan suami untuk jaga mak waktu sakit ni.
Bila sibuk uruskan mak, persoalan dan fikiran negatif kenapa belum conceive lagi tak terfikir dah masa ni. Yang nampak skrg ni hanya nak take care mak Yani je.
Nice entry jay...reminder for me :-) memang everything yg berlaku ada hikmah... sooner or later, kita akan realised apa hikmahnya... Semoga kita semua menjadi hamba Nya yg sentiasa bersyukur... Amin....
ReplyDeleteHi jay.
ReplyDeleteKata kunci kat sini : Membina kekuatan ganjil.
Sokong u, jay. Bila dah lama-lama kita tak sangka yang kita sebenarnya ada kekuatan macam tu. Kadang-kadang i rasa bangga, pat diri sdr on the shoulder. (the good bangga la, bukan bangga berlagak kan)
True. Kekuatan fizikal semua orang boleh bina dan boleh training, tapi kekuatan mental dan jiwa belum tentu semua orang boleh tanggung. Rebah berkali-kali tak semestinya tak mampu bangkit langsung. Gagal bukan satu vocabulary dalam hidup, rather it is a delayed success. Bila dah bina kekuatan mental dan jiwa, come what may semua boleh hadapi.
ReplyDelete"He breaks you to build you, deprives you to give you, this pain in your heart was created to make you yearn less for this life and to yearn more for Jannah" (Yasmin Mogahed)
Yup..setuju dengan Jay...apa yang berlaku sebelum ni ada sebab musababnya.....akan buat kita lebih kuat di masa akan datang....tuhan tak akan turunkan ujian kalau kita tak mampu nak hadapinya...:)
ReplyDeleteYani: yes ur right, imagine kalau semua adikberadik yani sebok uruskan rumahtangga+anak2, siapa pula nak tlg jage mak kan? sebab tu Allah beri kelebihan pada yani supaya jaga mak, time ni la nak balas jasa mak yang penat jage kite dari kecik kan :) semoga ur mom cepat sihat insyallah
ReplyDeletesweet tooth: betul tu, sekarang memang tak nampak. Nanti bila suatu waktu itu tiba, time tu kite akan faham..
Anis: i agree with the kata kunci: membina kekuatan ganjil. :) pat myself on my own shoulders gak :P hehehe
b&c: betul beb, i stuju dengan u. semoga kita semua menjadi semakin kuat dengan dugaan yang Allah beri.
Anna: Yes dan dengan ujian tu jugak lah kita belajar sesuatu. Allah uji kerana Dia sayang. :)