April 17, 2014

Appreciate Your TTC Journey, You Will Appreciate Your Future Baby MORE

Atau dalam bahasa melayunya, Hargai Perjalanan TTC Anda, Kerana Anda Akan LEBIH Hargai Anak Anda Yang Akan Datang.

Gambar Hanya Hiasan
Bagi aku, lebih lama anda TTC, lebih kuat lah anda bila anda bergelar IBU nanti.
Masa aku TTC, apa yang aku fikir (dan orang lain fikir jugak kot) ialah nak ANAK sahaja. Kan?
Sebab kalau orang2 yang dah ada anak bagitau kita, 'Wei, enjoy your moment berdua, dah ada anak nanti penat, tak cukup tidur, takboleh jalan-jalan, takboleh honeymoon, etc etc.'
Tapi kita memang buat pekak dan rase pendapat2 tu semua macam annoying dan tak sepatutnya diperkatakan pada kita yang sedang TTC sebab orang yg bercakap tu ada anak, kita takde.
So kita anggap benda tu macam satu insult, as if trying to tell us, what we are trying to have now is something that will ruin our lives!

Sebenarnya bukan macam tu, yeah we all know that.
Kita nak rasa motherhood journey, nak rasa sendiri bagaimana jadi mak, bagaimana perasaan semasa mengandung, semasa melahirkan, semasa memegang anak sulung sendiri di tangan sendiri, HOLD IT! - but not all of us UNDERSTAND what it takes to survive motherhood.
Sebab belum merasa, jadi kita tak faham.
Aku pun tak faham dulu.
Aku just nak anak.

Bezanya TTC mommies dan orang yang bunting pelamin - Serious banyak bezanya.
Maaf, tapi ini cuma observation aku, dan aku tak mengatakan SEMUA orang yang bunting pelamin akan treat anak2 mereka sama.

Ada orang, sangat senang mengandung, lepastu masa mengandung sangat-sangat teruja announce kisah perjalananan mengandungnya pada orang, update status hari-hari biarpun muntah sikit bebenor, mengidam pelbagai makanan dan sebagainya, atau beritahu pada semua orang betapa untungnya dan indahnya dapat diberi peluang mengandung ATAU beritahu pada semua orang betapa STRESSnya mengandung, PENAT/SAKIT/ etc2.

Lepas bersalin - berbakul2 komplen, seperti

1. Sakit sebab celah bedah koyak rabak/jahitan banyak, atau tempat czer sakit nak mampos etc etc
2. TAKBOLEH TIDOR, anak asik meragam.melalak. etc etc
3. NAK TIDOR. tapi takboleh tidor mcm dulu, sebab anak taknak letak lansung, nak berdodoi etc etc (same la dgn no2 heheh)
4. LIFESTYLE terus LAIN, dah tak sama macam bujang/baru kawin - pada yang bunting pelamin, merasa berdua2an hanya utk 9bulan. Shock terus lepas dapat anak, terus kena COMMIT 100% to the baby.
5. Sakit itu ini, sakit nipple - sebab sekejap sangat belajar pasal breastfeeding, -atau tak sangka breastfeeding ni perlu ilmu yang BANYAK. Ingatkan baca sikit-sikit saja dah cukup, rupanya BANYAK lagi yang taktahu lansung pasal breastfeeding, pasal susu ibu dan sbgnya.-sebab mase pregnant asik sebok tengok stokin baby, tengok stroller, tengok babycrib, tengok baju..etc etc
6. Merasakan anak macam BEBAN. Bila anak membesar, anak akan ada pelbagai macam ragam, ada yang senang nak behave, ada yang sangat susah. Ada yang jarang sakit, ada yang ASYIK sakit. Jadi kadang-kadang rase terdetik/atau pernah terlepas cakap, Hish kau ni menyusahkan la! - ckp pada anak.
7. Takde perasaan rasa bersalah meninggalkan anak pada MIL/Mak Sendiri/Siapa2, untuk jagakan anak sementara diorang pegi enjoy-enjoy berdua2an (alasan: tak sempat honeymoon sbb kawin2 terus pregnant) seawal baru lepas pantang lak tu. Nak jalan bawak anak, anak kecik lagi -plus ape bezanya jalan2 bawak anak, mana boleh enjoy?

dan lain2. Apa yang aku taip di atas adalah observation aku terhadap orang yang aku nampak . Tapi bukan semua sebab aku respect dan belajar byk benda from a few of my friends yang bunting pelamin tapi sangat EMBRACE motherhood, prepared their mind for a lot things, belajar banyak sangat pasal parenting, thanks to ALLAH, sebab time aku TTC, aku kenal diorang, so aku apply pada anak aku sekarang. Dan ada jugak yang awal dapat anak tapi menunjukan benda2 negatif yang tak sepatutnya dilakukan seorang mak di depan aku, aku ambik benda tu sebagai pengajaran utk aku jugak.
Selalunya aku akan terdetik dalam hati - Oh, sebab senang dapat anak, dia tak appreciate anak tu betul2. Selalu amik mudah, anggap tak salah pun kalau tinggalkan anak sekejap (or for a week). Well some parents might feel benda tu tak salah, kalau sekali-sekala. - bagi aku lak, kenapa kena tinggalkan anak korang supaya korang leh ENJOY!? HAA? - marah :P
Maybe sebab takrasa SUSAH nak dapat, so senang2 je bagi kat sesiapa.
Pernah tak korang terbayang kalau masa rilek2 pegi hanimun enjoy2 berdua-duaan, ada something bad berlaku pada anak korang time korang suruh orglain jagakan.
Bagi aku ini beza kalau kita pergi kerja sebab kerja tu pun tanggungjawap, nak jadi benda tak elok time kita kerja pun boleh kan?
Tapi i think its worst kalau berlaku time korang tgh enjoy2. Sebab korang boleh bawak anak tu sekali, tapi taknak, pilih utk berdua-duaan, takpuas berchenta gamaknya.

Dari no 1-7 tu aku rasa happen to kebanyakan new mommies, tapi aku rasa utk TTCians, kalau ianya berlaku, kita cepat2 nak rasa yang sepatutnye kita bersyukur dengan nikmat tu. Sebab kita yang tertunggu2 nikmat tu. - Sepatutnye la..tapi ada gak orang yang aku kenal, yang TTC dah lama tapi bila dapat je anak dia cakap SUSAH rupenye ade anak ni...PENAT rupenye ade anak ni - tak dinafikan aku sendiri fikir mcm tu sebab hakikatnye menjadi ibu bukan KERJA SENANG. Tapi usahlah mengeluh, luahkan kepenatan dekat husband je cukup, lelain, mintak Allah beri kekuatan SuperMak je.
Kita yang nak sangat anak, so kena bersedia benda2 tu semua.
Kita yang TTC ni, sedang menuju ke arah - KESAKITAN YANG AMAT AZAB (sakit beranak adalah sakit yang kedua selepas MATI), TIDOR yang TAKKAN PERNAH CUKUP, LIFESTYLE yang terus BERBEZA, Memikul tanggungjawap dan AMANAH yang sangat BESAR, dan ENJOY yang dah taksama between the both of you.

ok part last skali, ENJOY cara lain ada banyak, to be frank, aku yang dah ada anak, masih leh cari time utk enjoy myself-with husband-with ANAK. Siapa kata takleh hangout, keluar lepak dengan kawan, pergi holiday bersama kawan2.. aku masih hidup macam tu - but i NEVER leave Fahim with ANYONE masa melepak/holiday. Ada jugak orang tanya aku, kalau aku gi jejalan dengan kekawan, Fahim tinggal kat sapa?
Aku rase soalan tu sangat pelik sebab kenapa perlu tinggalkan Fahim dekat sesiapa??? AKU BAWAK LA SKALI NYAWA AKU TU! Haish..feel bad for people yang suka tinggal2kan anak! >.< (kecuali kerja of course! -takde choice)

Perasan tak, masa kita TTC, kita doa pada Allah semoga permudahkan urusan untuk mendapat zuriat.
Lepastu macam lama sangat, ada yang akhirnya dimakbulkan. Ada yang takdapat-dapat.
Bagi aku itu lah sebenarnya yang Allah MUDAHKAN kerana there must be something inside us yang belum kite betulkan, dan PERLU dibetulkan sebelum jadi emak..jadi Allah nak mudahkan urusan kita sebelum jadi emak dengan menyuruh kita bersedia dan betulkan apa-apa yang patut.
Benda ni takleh nak jangka ape dia. Boleh jadi benda ni kecik je, tapi kite tak perasan.
Ada orang mengandung lepas minta maaf pada seseorang yang mungkin dia pernah lakukan kesilapan,
Ada orang mengandung lepas berhenti kerja.
Ada orang mengandung selepas dapat kerja baru.
Ada orang mengandung lepas beli rumah.
Ada orang mengandung lepas balik umrah/haji.
Ada orang mengandung lepas bersedekah, ambik anak angkat, etc..banyak lagi.

Sometimes benda kecik2 mcm tu ada hikmah yang lead kite to zuriat sendiri..iNsyallah.
Aku tahu some of TTCians rasa kenapa orang lain senang-senang je mengandung?
Even aku yang dah dapat anak ni pun, kalau dengar orang bunting pelamin aku terdetik gitu gak tapi itu rezeki dia dan bahagian dia, mustahil kalau orang yang senang dapat anak, dia takde dugaan lansung, entahkan dugaan dia, kau pulak tak mampu pikul.
Betul tak?
Tak semestinya kita tengok orang senang mengandung, kita susah, hidup dia sangat indah, hidup kite semua nightmare. Sebab-kita susah dapat anak. Macam tu?

Satu imagination yang perlu TTCian ada sebelum berjaya conceive ialah, having a child is a VERY CHALLENGING job.

Masalahnya TTCians suka nampak yang indah2 saja bila ada anak.
Maybe semua yang berkaitan dengan baby tu nampak sweet, cantik, comel, = Indah.
Ya, aku tak cakap tak indah bila ade anak, sangat indah, sangat miracle, TAPI - face the reality, it is SO challenging. not easy, and not ALL can actually pikul the tanggungjawap.

Kenapa aku suruh imagine? Supaya korang tak rasa sedih, malang, if oranglain pregnant dulu. Take this peluang untuk prepare diri sehabis baik, supaya korang jadi ibu yang terbaik. I know ayat "Ibu yang Baik" tu sangat subjective. Tapi sometimes bila aku tengok orang suka menengking anak di depan orang ramai, atau memarahi anak dengan perkataan yang tak elok..maybe if dia tahu betapa susah nak dapat anak, maybe dia hargai kehadiran anak/amanah Allah tu dengan menjaga sikit kelakuan/pertuturan pada anak.

Cuma pendapat & observation aku sahaja..
Boleh utarakan pendapat korang jika mahu..

*saja tukar layout blog, Dah boring :P

26 comments:

  1. pernah mengandung lepas rescue kucing beranak 4..merasakan perasaan mengandung tu sbb rezeki selamatkan kucing.. tp cuma utk 3 hari je..pastu gugur *ke perasaan jer camtu..?* ape2pun..blm rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah lps selamatkan kucing beranak 4 u terus pregnant ehh? But sorry to hear yg u gugur lepas tu, yeah rezeki belum tibe ape2 pun semua rahsia Allah.. Insyallah dah diganti dengan rezeki lain :) when He closes one door, He opens another.

      Delete
    2. sebenarnyer perasaan dan perasaan jer..bkn sbb kucing semata2 tp lebih kepada kuasa Allah yg meminjamkan untuk sementara..thanks Jay..

      p/s: ekceli saya org yg sama ngan julsjulie atas tu..cuma blog phatlady80 ni blog ttc saya.. yg blog julsjulie80 tu saje gatal nak wat blog lagi satu tp bkn pasal ttc..hahaha boleey giteww :p

      Delete
  2. betul tu Jay.. sokong 101%
    semua ada hikmah.
    lain org yg mudah dapt dng yg ssh dpt..
    sblm ni sy ttc jgk.. now my baby dah 8mnths.
    kite lg mnghrgai & bnyk ilmu yg dpt kumpul.
    syukur alhamdulillah.. :-)

    salam pekenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kan :) alhamdulillah..dah 8months baby u. Tapi tak dinafikan ade yg tak TTC (bunting pelamin or tak lame pun tggu utk dpt anak) sangat byk ilmu sbb diorg betul2 embrace motherhood tu sendiri..

      Delete
  3. i pulak Jay, lain macam sket... masa mabuk teruk mula2 tu lupa kejap yg i pernah TTC selama 3 tahun dan hari2 mintak nak baby..asik la ckp nak merasa sgt pengalaman mengandung..sekali mengandung, nah amek mabuk teruk.. masa tu macam putus asa jugak.. sebab tak tahan dengan alahan.. asik la mengomel je.. then baru i terfikir agaknya ini lah sebab tuhan bagi i anak lambat sebab dia tau i jenis yg tak tahan bab2 macam ni..sedangkan anak yg ditunggu lama ni pun kdg i bebel2 penat la itu la ini la...baru mengandung belum ada anak lagi..bayangkan kalau i kawen terus pregnant.. hmmm...semua ada hikmah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...u mmg alahan teruk jugak ek? I alhamdulillah takde alasan sgt time pgnant even nak beranak pun xrasa sakit contraction tapi azab I dpt time I rasa mase czer huhuuu...pastu until now dah 11months anak I jenis hyper susah nak tido asik nak mainnn je hehehe...dugaan lain2 kan setiap org..anyway..now kalau u ngomel byk..u wait until u dah deliver nnt..hehehe..but motherhood is fun, insyallah. Jgn byk ngomel beb..smua ni nikmat yg ditunggu2 :D

      Delete
  4. senyum je i baca entry u ni ...

    i bunting pelamin...lps kawin terus ada anak..x sempat nak berselang lenang dgn suami.. dan x sempat nak berdua2an dengan suami pon...
    masa tu susah..baru kawin..baru nak bina idup..kewangan juga blum stabil...

    Now anak dah 8 thn....tidak pernah merancang..besenang lenang dan puas honeymoon dgn anak sekali..dah lama sgt kot.haha.menunggu rezeki yang masih belum tiba..menunggu dengan tabah dan redha...
    hampir lupa segala hirewire ada anak kecik..hampir lupe pglman tak boleh tdo malam sb anak meragam.. dan hampir lupa pgalaman membesarkan anak kecik sb dah terlalu lama...haha..
    masih sabar, pasrah dan redha...yakin rezeki itu akan datang jua :)

    kalo dtgla rezeki tu...i akan tabah..x nak merungut2 ada anak kecik...nak sgt kan..haa..hadapla..hahha...xleh nk komplen...sb malu nanti..org disekeliling smua org tau..i nak sgt ada baby..hehehe

    ReplyDelete
  5. Syukur u dah ade seorang anak..sekurang2nya dah ada sorg..but I understand ur situation..arwah mak I nak conceive I pun 4years dan I tunggu nak dpt adik for 12years..insyallah kalau ada rezeki u dptla u timang 2nd baby, I doakan k..don't giveup dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dear..i mmg bersyukur..:)
      & i never give up ....Inshaallah..TQ ur doa

      Delete
  6. thanks for this post jay. ade terfikir nk beli buku2 pregnancy or bf even x preggy lg..tp tkut2 org pk kite ni beria sgt plak..xpreggy lg nk bc buku2 cmni..but after i read ur post rase membara plak nk beli..ok i should get one for a start.. dah mmg beria nk preggy kan..ape salahnya ek.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes i guess you should! i mase ttc pun ade beli magazine Pa&Ma (sesaje feeling2 tgk gambar baby n bace tips2 pregnancy) actually reading all this is to prepare ur mind for pregnancy, insyallah bile dah pregnant & jadi mommy nanti semuanya senang..byk sgt org yang kawin2 terus pregnant taktahu byk benda, i think ttcians knows more than the bunting pelamin mommy (bukan semualah kan) sbb kite ade byk mase nak bace smua tu mase ttc :) lagi satu, pengalaman org yg pregnant dulu dari kite pun mengajar kite something jugak :)

      Delete
  7. 5 bintang utk post ini.....enjoy baca....sekurang2nya bg saya sedikit semangat...
    thank you again...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      hey u dah pregnant pun akhirnya kan..tahniah tauu jaga elok2 :) berbaloi sgt journey TTC kita ni..lama pun takpe tapi once dah dapat u akan faham kenapa sekian lama baru dapat..

      Delete
  8. nora kasi 4 bintang!
    weh mmg BESAR tanggungjawab jadi ibu weh. Kalau i boleh CAPSLOCK lg besar perkataan 'BESAR' tu, sure i besar kan lagi. Lagi satu i nak add up. Bila dah jadi ibu, kite kena be prepared benda2 yang kita tak sangka akan terjadi kat kita. Macam i, I got post natal high blood pressure, doc said will be disappeared after 3 months delivery. But mine, tak penah hilang. KEKAL sampai sekarang. Still on meds. Doc said maybe running in my genetics. Yup, my dad ada high blood pressure. Takpe, aku dah redha. So aku just control my food and tension.

    Opss.. Bukan tu je, latest.. since giving birth, i ade carpal tunnel syndrome which sakit sengal area wrist tangan and numbness are finger tips. Go on and off, and getting wirst last month bile i angkat a pile of air (rumah kene catuan air). Bukan baldi besar pon.. baldi kecik je. I tak puas ati sbb the syndrome tak blah2 padahal anak i da masuk 9 bln kot! So go to pakar ortho. Guess whut? Doc ambil 9 tubes of my blood to run tests.. Actually as a precaution, die nak check whether i have arthritis. Repeat ARTHRITIS. AT YOUNG AGE! Doc kate, can be happened to young female, but rare case. This May baru review the result. I dah redha. Serius dah redha. At least i have sofea. Berbaloi. Titik.
    (nak nangis la plakkkkkk)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah faham kan maksod BESAR tu kan. BESAR as in, susah nak cakap, i mean without this TTC journey i rasa i takkan sekuat ni. but OMG i taksangka pulak banyak camtu skali u kena lepas bersalin? i cuma tahu yg hbp tu jeee :'( kesiannya u!! but yeah ALLAH je yg tahu segala2nya kann...ape2 pun, sakit la macam mana tapi tengok muka anak, smua sakit pun hilang btul tak..i doakan u akan cepat sembuh tau!! SUPERMAK u nihh! :')

      Delete
  9. aku mcm nak cite je kisah Hantu Kak Limah aku kan
    tapi motherhood is choice weh. Mak yg pilih nak tentukan anak mcmne Tapi mak lupa ade balasan dihari tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko memang paling hantu kak limah...aku harap anak2 ko smua tahu yg mase diorg kecik, mak diorg kene jadi hantu kak limah utk bela diorg hehehehe :D

      Delete
  10. 100% stuju dengan entry ni.
    Moga Allah kuatkan semangat aku ber-TTC .. amin.

    dan semoga rezeki anak ku menyusul selepas itu. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah, somehow i realize, tujuan Allah suruh berTTC dulu for few years tu utk bina kekuatan di masa hadapan. we will never know what will happen after kita dapat anak. for me, husband operation kaki n cant walk for 3months (refer my other blog for this post-kalau nak bace lah) i rasa without kekuatan ni i mesti dah giveup or pengsan or taktahu lah, sbb husband cant walk, anak kecik lagi, i have to do everything alone. and refer reply from Joanna OT jugak atas ni..we will never know what dugaan Allah beri 'selepas' dapat anak therefore Dia wujudkan journey TTC ni utk kite supaya kite ada kekuatan di masa hadapan, insyallah rezeki u akan tiba satu hari nanti :) never give up k

      Delete
  11. thanks for this entry jay. 100% agree. bookmark entry ni!
    anyway, salam kenal. I'm new to TTC. semoga ada rezeki tak lama lagi.

    ReplyDelete
  12. Bw jumpa blog jay...fuhhh sgt betol...even skrg ai nk jaga diri sendiri pon tunggang langgang dgn br pindah rumah...kalau ada anak mcm mane la ai menyinga kot..ai yakin one fine day He will send amanah itu...skrg perbaiki diri dulu....jgn nak honeymoon sgt...kikiki tp honeymoon lah skali...xkan nak lepas peluang...byk tips kat blog u ai korek2...thanx may Allah reward your sharing with thousands good things...;))

    ReplyDelete