October 5, 2012
Medication ruined me.
http://www.cottonbottommama.com/2012/02/circle-and-bloom.html
Read the article above, that lady tried Circle+Bloom method untuk conceive dan dia berjaya.
Mintak maaf kalau ada yang akan bangkang statement aku ni, tapi seriously I agree with this lady yang tulis article ni. Dia rasa medication ni patutnya LAST sekali, patutnya kena try untuk self-meditation, buat natural treatment dulu, then BARU lah ke arah medical treatment kalau smua yg natural tak berjaya. Kita ni pulak, medical treatment tak berjaya baru pegi ke natural treatment :P hehe tapi ikutlah macam mana cara pun, Rezeki tetap di tangan Allah.
Dalam usaha TTC ni kan, first things first, kite mesti akan jumpe gynae dulu. ATAU kalau period kite smua ok, kite akan try berurut dulu, makan jamu2 dan sebagainya. vice versa.
no matter which one u tried first, it's up to you.
tapi nak ikotkan la kan, awal2 TTC kalau kite terus sumbat pelbagai DRUGS dalam badan kite, otak kite akan jadi malas, dan synthetic2 hormone tu smua akan stay kat badan kite dlm kadar waktu yang lama. Dan synthetic hormone jugak boleh menyebabkan lemak2 berkumpul.
Buktinya?
Aku seorang yang VERY UNDERWEIGHT. dari kecik lagi aku dah underweight.
pada hari perkahwinan aku on Jan 2009, berat aku 34kg dan tinggi aku 150cm je. so imagine betapa kering nya aku.
kalau nak kata aku gemok lepas kawin, sbenanye tak pun. setahun aku takpenah ambik ubat2 hormone, berat aku cume naik 4 kg. hujung tahun 2009, berat aku baru 38kg. lepastu kadang2 turun balik ke 35kg.
Kawan2 aku kata EH kau ni tak gemok2 pun even lepas kawin?
tahun 2010 aku start jumpe doctor biasa je untuk bertanyakan pasal period aku yang tak regular. dia datang. tapi tak regular. 2-3 bulan skali. Doc tu cakap, aku kurus sangat. lepastu kalau period tak betul, memang susah pregnant. jadi dia bagi aku ubat utk period regular.
aku yang bangang ni pun, ikut je la cakap doc. Sebab katenye nak betulkan period dulu kan,.
Kisahnya, kalau kau dah start ambik birth control pills/hormonal pills utk induce period, once ko stop, chances kau nak period sendiri memang susah. Sebab brain kite ni dah biasa dengan 'arahan' dari ubat hormone. once ubat tu kite dah tak telan, otak kite diam je tunggu arahan. Dan tak buat apa2.
That's what happened to me lah. Berat aku naik 11kg lepas 3bulan on birthcontrol pill yang katanya utk betulkan period tu. Sampai aku freakout. Tapi berat aku terus jadi normal la 45kg cuma kawan2 aku, sdara-mara aku yg dah biasa tgk aku dari dulu memang kurus kering, terkejut la tgk aku dah ade pipi, ade lengan, ade peha, dulu aku kurus-kering-kontang je. Jadi tu buktinya hormonal pill mmg bagi kau gemok.
Dan aku continue je makan ubat2 hormone utk betulkan period sampai satu tahap bile aku tak ambik ubat period, SETAHUN aku tak period LANSUNG. so nampak tak ape kesan hormonal pills kat badan aku? (taktau la badan korang kan) Masa tu, Doc kat klinik UMRA dengan mudahnya berkata, Takpe kalau period u tak ok, kite bagi ubat period then masa u dah datang period u makan ubat subur (clomid) insyallah mengandung.
aku ni pun percaya je la dengan doc tu. Jangkaan aku salah. Mengandung bukan semudah itu.
Aku tukar gynae -Dr Delaila. Skali gynae yg baru kata OH birth control tu tak bagos utk induce period! (pulak)
and prescribe me with another hormonal pills yang bukan birth control tapi utk force period.
dia bagi aku ubat subur lain. Skali bila datang on Day 12, tengok telur satu pun takde yang besar. Terus dia suggest aku GONAL-F.
Dia kata "Takpayah buang masa, u've tried clomid, u've tried letrozole, all fail and no progress. so i nak suggest mcm mana lagi kat u?"
Start die suruh aku Gonal-F tu aku terus letak border line. This is ridiculous.
Sampai nak mencucuk2 perut untuk mengandung ni dah kenapa? ( i mean, im sorry kalau ada yang penah cuba Gonal-F, u guys memang tabah, i memang tak tabah lansung nak cuba kaedah cucuk mencucuk ni!)
Masa tu aku fikir SANGAT PANJANG. berbulan2 aku fikir for the gONAL-F. whether it is necessary.
aku google sana sini utk tgk brapa ramai orang yg berjaya with 1st attempt of Gonal-F.
(aku ni lak jenis taksuka nak try sesuatu benda sampai byk2 kali without knowing dia nye effectiveness)
Jadi rata-rata yang aku baca, smua orang beli berkotak2 Gonal-F baru berjaya. 1-2% je berjaya at 1st attempt. hmm so sebab itu jugak aku lupekan niat nak cuba Gonal-F sebab bagi aku RIDICULOUS gila nak cucuk2 perut semata2 nak pregnant. I feel like telling Allah, "Ya Allah kau berilah aku anak aku sanggup cucuk badan aku semua asalkan kau bagi aku anak"
Kadang2 aku pernah confuse jap between Usaha dan Memaksa.
Kalau tak buat apa yang doc suruh, maknanya kita cepat give-up ke? Tak jugak. Aku pun tatau. Tapi aku tau yang Gonal-F tu wont do any good for me. Silap2 membazir duit je. Nanti bila takjadi, aku marah dekat Allah. Baik aku jangan buat kalau aku takut sangat untuk kecewa.
Aku selalu tanya diri aku dulu, aku ni nak paksa Allah bagi anak ke, sampai semua benda aku buat tanpa jemu. Tapi aku fikir balik, eh aku bukan paksa, ini kan ikhtiar.
Tapi kalau sampai takleh nak fikir benda tu memudaratkan atau tak, macam nak paksa la kan? Padahal dah baca ni Gonal-F tu mmg akan menyebabkan ovary bengkak whatsoever. Aku slalu pikir sok aku degil sgt dgn takdir Allah, aku buat gak Gonal-F ni astu ovary aku bengkak, lagi complicated kan keadaan, baru padanmuke aku? So aku kensel Gonal-F.
Mase tu aku cube kenal pasti betul2 problem aku ni. Apa masalahnye sbenanye aku ni. PCOS. ok.
kenapa metformin tak memberi kesan? Kenape Gonal-F tu next option?
Aku google banyak2 rupenye PCOS yang TIDAK insulin resistant TIDAK memerlukan metformin.
Thanks doc. Ye la aku pun tak pikir yang doc tak buat pun insulin test kat aku. dia sbenanye ASSUME je aku insulin resistant.
Sbenanya aku lack of hormones kerana pituitary gland aku tak trigger.
Aku track BBT, aku tengok ape kesannya ubat2 tu smua kat hormone aku, TARAK.
Maknanya ubat2 tu smua tak jalan.
It's something in my BRAIN tau.
Semua ni sebab aku tergesa2 makan ubat hormone. awal aku kawin terus sumbat drugs ni konon nak betulkan period and endup screwing my whole system!
KALAU lah aku buat natural treatment dari awal, mungkin, mungkin aku conceive awal skit. Atau mungkin badan aku tak penuh dengan toxic & drugs. sampai memerlukan setahun lebih untuk clear all the drugs and ovulate normally. itu pun lepas perubatan alternative dan sedikit self-meditation, hypnosis, zikir. Tapi mungkin jugak semua ni dah ditentukan oleh Allah, kerana Allah nak aku REALIZE benda ni dan sampaikan kat korang smua. Alhamdulillah boleh pun lekat dengan a few "tuning". So aku sangat2 suggest yang TTCians smua, u can decide whatever the doc suggest. itu kerja dia sebab takkan lah doc nak cakap "oh u pergi la jumpe ustaz2," atau "u try la makan kurma + susu kambing"
takde doc akan suggest benda2 ni. ni smua kite sendri yg kena jadi bijak pergi cari info.
When the doc suggested a method or a medication yang kau rasa mcm ridiculous, kau kena jadi bijak sket nak ikut atau cari option lain. UNLESS memang kau ada penyakit yang dah terang2 memerlukan medication, without it u'll die. then ikutlah ape doc ckp. doctors sbenanye memang expert. tapi dalam bidang perubatan saja. sadly, infertility doesn't only caused by medical problem je. Ada macam2 sebab boleh buat kite tak subur. So mane lah kite tau, tah2 badan kita tak subur NOT BECAUSE of medical problem, kalau tak cari alternative lain, mcm mana kite nak tau kan.
Sebab itu lah ada Unexplained Infertility. Tapi ada gak Explained Infertility yang boleh diubat dengan cara lain bila medical treatments tak berjaya. So, selamat mencari info, rajin2 la membaca especially about your condition. kalau ade PCOS, rajin2 cari info sebanyak mungkin.
Selamat berjaya :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment