October 17, 2012
TTC Husbands.
Suami korang mesti yang paling gagah dan sangat tabah kan, sebab seriously tak semua suami sanggup tahan ber TTC ni. aku penah dengar suami orang yang mendesak2 wife nya begini, "syg, abg nak baby. abg nak baby. abg nak baby"
ada suami lak jenis "awak ni kenapa period je? mcm mana saye nak dapat anak ni?"
Alahai, abang2 suami sekalian, kesiannya lah kat wife korang tuh. Nasib baik bukan korang yang kena mengandung kan? cuba kalau korang yg kena mengandung? mentang2 wife yang kena mengandung, senang lah cakap. Takbaik weh, sepatutnya suami2 pun kena tanya diri sendiri, entah2 aku ni yang tak bersedia jadi bapak orang lagi. Entah2 tuhan kata aku ni belum cukup lagi ilmu nak pimpin keluarga dan anak2..
ha cuba fikir?
Ini tak, nak salahkan bini je. Bini period, terus bengang.
Bini lambat period, paksa beli pregnancy test cepat2. Amboi kemain pressure nya suami2 mcm gini.
(eh emo lagi aku)
Tapi aku salute suami2 yang bersama-sama dengan wife bersusah payah masa TTC ni. tak kira duit, masa, shoulder,..hehe. Masa aku TTC dulu memang lah asyik sedih dan stress kan tapi kadang2 bila fikir pasal suami aku, terus aku bersyukur sebab suami aku takpenah pun pressure aku lansung pasal benda ni. TAK PERNAH SEKALI pun cakap "bile kite nak ade anak?"
atau "kenape syg tak pregnant lagi?"
atau "syg pegi la buat treatment cepat2"
Dia TAKPERNAH pun mintak aku pegi treatment ni smua. Yang sebok nak buat semua aku.
Pernah gak terlintas, Eh die ni taknak anak ke?
So aku tanya dia, Sayang ni taknak anak ke? mcm takkesah je orang tak pregnant?
die jawap: Orang gila je yang taknak anak.
ok faham. Lepastu die kate "Sayang nak anak cepat2 nak buat ape?"
dah aku tattau nak jawap ape. aku cakap, "Ye la abis tu nak anak lambat2?"
dia kate lagi "kalau lambat, salah ke?, nak lumba dengan siapa?"
heh...ok dah aku tak tanya lagi. malu aku. aku lak beriya2, die rilek je. redha je.
dalam solat kalau berjemaah, memang dia masukkan doa "Ya Allah kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah, yang menurut perintahMu dan RasulMu.."
bila dia doa gitu, lega lah aku yang sebenarnya dia memang nak anak tapi dia takkan pressure aku sebab ni memang kerja tuhan.
Dia pun tau aku ada masalah kesihatan, so selagi tak baik die tau memang aku susah pregnant dan dia pun tak harap sangat. Dia cuma cakap, kita usaha je sampai berjaya :)
kadang2 teringat laki sendri..senyum sorang2. (pehal aku ni)
Aku bengang gak kadang2 sebab dia kadang2 mcm buat derkkkkkk je dengan usaha TTC aku ni. Dia memang lah dengar semua benda yg aku bebel2, aku beli ubat tu la vitamin itu ini..semua dia angguk je.
Aku ingat die tak semangat..rupenye die memang jenis kool dan rilek je. walaupun hati dia pun panas kalau kena hentam dengan orang, dia takpenah pun citer kat aku (dah lama baru cerita).
Kalau kita yang kene tembak dgn org pasal anak ni, mesti kite balik2 nak ngadu kat asben kan?
Dia tak citer pun...walhal dah penah nak bertumbuk dengan ofis mate dia sebab mulut kurangajar sangat..
Ada pakcik dia pernah sound dia "eh kau ni taknak anak ke? bini ko kenape tak ngandung2 lagi?"
dia selamba je tanya pakcik dia balik "saya ni tuhan ke??????"
diam terus pakcik dia dan terus cakap "Takde lah, jangan lah marah. baru tanya sikit nak marah"
jawap laki aku "bukan marah, saya tanye je balik je, Saya ni tuhan ke? kot la kalau saya tuhan, memang saya buat sekarang jugak anak tu"
lagi diam pakcik dia. sumpah tak tanya lagi sampai skang.
yang paling best bila FIL aku backup sekali tanya "eh kau ni takde agama ke tanye macam tu kat anak aku?" (feveret question pak mertua aku memang itu)
haaaaaa terus lah terdiam seribu bahasa pakcik dia tu.
:P tu la kadang2 memang rasa bersalah sangat kan bila laser2 orang ni...tapi laki aku cakap kita kena tunjuk kite sensitif..kalau tak diorang ingat kita ni bodoh je taknak anak..walaupun die tau anak tu keje tuhan tapi tetap nak tembak orang dengan soalan tu...ada yang sengaja provok mcm tu sebab nak korek2 apa usaha kita...aduh sebok gila! lepastu nak 'play doctor' dengan suggest itu ini like Pergilah jumpe pakar, makan lah jamu, makan lah gamat, pergi lah berurut"
Berbalik kepada Suami TTC, sebenarnya diorang lelaki yg sangat tabah. Aku syukur sebab pasal TTC ni pun sebenanye merapatkan hubungan kami, (memang lah pernah gaduh) tapi bila korang TTC, time ni la tuhan bagi ko peluang untuk KENAL husband korang sepuas2nya, dan utk husband korang KENAL korang sepuas2nya....nanti bila dah pregnant, sangat berbaloi moment2 TTC tu :)
Skang ni aku dah conceived pun laki aku takpernah kecoh kat sapa walaupun die penah kena tembak dgn ofismate2 dia. aku tanya dia, siapa budak ofis yang tau?
dia cakap sorang je, kwn baik dia lah. yg lain semua tattau. die ckp Takpe lah dah nak beranak sok baru cakap :P
hehehe..aku tau laki aku memang kewl.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jay...
ReplyDeleteAlhamdulillah...suami saya xpenah pressure saya..
lagi pulak berfikiran mungkin ekonomi kami lom stabil lagi....;)...
tuh la..xtau cam ner pressure kalau husben jenis xsupport dalam hal2 ttc nie. semua nk salahkan isteri. kesian kat wife sikit. kene jg hati dorang gak.
ReplyDeletedan yup..husben2 TTC nie sgt tabah. sgt kuat. macho aje nmpk. dalam hati dia, kite pon xtahu. tuh yg kalau kene laser ke hape, bior kitte je la yg kene, xyah dia. cian dia.at least, kite nie pandai laser skit (org lain xtahu ler)
da yup..tq en suami sb jd suami sy yg kewl jgk (mcm husben jay ;P)
hubby definitely sorang TTC husband yg paling rilek & redha. Walaupun slalu kene tembak dgn membe2, die balik tak pernah nk bising2.. cuma bila die tgk i asyik sedih bile org len tembak i, baru die cerita yg dia pun alami masalah yg sma.. cuma, dia minta kite bsabar & bdoa... bile kena cmtu, i terdiam.. dan terus menangis bdoa kt Allah terima kasih Kau kurniakan suamiku kpd ku. Kalau ditakdirkan tiada anak, atleast aku ada suamiku (bayangkan org yg tiada suami?)
ReplyDeletevery the cool la itu abg syg jay...=)
ReplyDeleteAlhamdulillah, suami Yana pun tak pernah memaksa. Walaupun Yana dapat rasa dia nak sangat anak, nasib dia memahami. Keluarga pun macam tu
ReplyDeleteso sweet...mmg cool abg awk ;)
ReplyDeletetrharu kot bace huhuhu...
suami2 gagah katakan..alhamdulillah, sy dipertemukan dengan orang yg boleh terima seadanya sy, n tak pnh btanye pn pasal hal zuriat ni..maybe die faham.. :D dats y sy bersyukur , and at the same time rasa sedih jika ada antra suami2 ttc ni yg tak dpt thn dugaan ttc ni..
ReplyDeletesemoga kita pn sama2 jadi tabah mcm husband2 kite ok!
macam sue, suami yang selalu pujuk, dia setakat ni takde la pressure2.. and sue sentiasa berdoa, supaya akan2 datag dan sampai bila2 pun dia bersikap supportive.. kadang2 takut jgak..huuu
ReplyDeletethanks jay for still updating this blog walaupun dah conceive. seronok baca tulisan awak.. :)
ReplyDeleteand agree sangat-sangat.. kita nak lumba dengan sape tah nak cepat-cepat ni.. if ada then ada. Allah tahu kalau kita bersedia. wifey memang selalu terkena soalan cepu emas, tak kurang jugak untuk suami. banyak benda yang dia tak cerita, saje taknak kasi kita pressure. tapi i selalu tanya, kat office ramai tak orang tanya pasal kita takde anak lagi..haha, cari pasal..
untuk suami yang setia dan cool dengan semua dugaan dan cabaran ini, tabik spring pada u ollz!
well said.
ReplyDeleteso true.
p,s: love ur FIL's reply. *wink.
i love the fact that you update this blog walaupun dah conceived a baby..
ReplyDeletesangat suka with your husband punya statement, "nak dapat anak cepat tu nak lumba dengan siapa?" very well said. I nak guna juga the 'lumba' thing tu kalau ada orang tembak i
Salam.. baru jumpe this blog.. slamat bekenalan..
ReplyDeleteSuke dng jawapan husband sis tu.. lpas ni sy pun nak jawab mcm tu jugak lah.. mmg kena dng batang idung org yg tny tu..
org yg xrasa mmg xkan faham..