December 4, 2012
Perbincangan
Hi TTCians
Mari kita bincang, apa yang korang masih fikirkan masa TTC ni?
I mean tentang relationship korang dengan husband. Getting worst ke atau bertambah baik?
Aku doakan semua bertambah baik dan jangan lah sangka buruk pada relationship yang Allah telah hadiahkan pada korang.
Orang lain kawin, ko nak kawin. Nah, tuhan bagi jodoh, mungkin tak sekaya mana, tak semacho mana, tapi korang sayang. Cukup la serba-serbi, serba melengkapi.
Dah kawin, nak anak pulak. Nah, tuhan bagi dugaan TTC, terus lupa nikmat berumahtangga. Terus lupa ramai orang tu hidup andartu sampai tua, terus lupa ada yang ramai anak tapi suami penagih dadah/kaki judi/kaki pukul/kaki perempuan, Terus lupa semua nikmat, semata-mata kerana - ?
Belum ada anak.
Come off it la wei.
Ingat aku tak paham ke perasaan TTC ni? Nah ni blog ni bukti perasaan yang aku dah curahkan selama 3tahun 8bulan. Tapi jangan ikutkan sangat hasutan setan tu dengan menyesali perkahwinan anda.
Which one do you prefer?
Ada suami tapi lambat dapat anak.
atau
takde suami. takde anak. idup la ko sorang2. ha padan.
eh terkasar pulak bahasa aku.
Takde la, aku geram. Aku pun bukannye baik sangat. Bukannye betul sangat. Tapi kalau aku dengar orang yang suka blame rumahtangga semata2 takde anak ni bagi aku , mintak maaf cakap eh. Mintak maaf sangat2. Cetek sangat pikiran tu. dah lupa kenapa tujuan Allah letak otak dekat atas dan hati tu di bawah. kalau kena cakap ikut hati, dah lama hati tu di atas. tapi ini otak yang di atas, maka cakap pakai lah otak.
Nanti tuhan turunkan bala yang MASYALLAH kat ko, baru ko reti bersyukur yang ko masih ade suami, ada makbapak smua.
Kita ni memang PERIT la bila TTC. tapi kena sedar diri skit, yang tuhan masih sayang.
Ironi nya, sebab tuhan sangat sayang yang Dia beri dugaan TTC. Bukan seperti yang kita sangka, "aku ni berdosa sangat kah sampai tuhan taknak bagi anak? Tuhan benci aku sangat ke sebab tu aku takde anak?" tidak. Ironinya Dia SANGAT sayang, sebab itu lah Dia beri dugaan ini pada kita.
Sebelum ditariknya nikmat2 yang ada skang ni, sampai ko hilang semua benda, baik ko hargai apa yang ada.
Hargai relationship suami isteri.
Fine, selalu bergaduh?
Aku pun sama. Aku takkan lah nak citer hal gaduh dalam blog, tapi memang sihir la rumahtangga yang takde pergaduhan, takde perselisihan faham, takde rasa cemburu, takde rase marah, takde rase kecik ati, semua tu ada dalam rumah tangga. Kalau takde semua ni, itu pembohong besar.
Tapi, sekurang-kurangnya anda dikurniakan seorang Suami.
Apa yang indah ada suami?
Sebab keje kite senang je.
1. Taat perintah Allah, solat semua jangan tinggal.
2. Taat perintah suami.
3. Mengasuh dan mendidik anak (jika ada) jika tiada, taat yg 2 di atas je.
DAH.
Tapi buta taknampak semua tu, yg nampak ialah oranglain yang mengandung, ada anak, tapi kita takde.
Terus buta akal nak mensyukuri nikmat rumahtangga, betapa besar nya nikmat rumahtangga ni kalau dikaji betul2. Solat jemaah berganda pahala, masak untuk suami berganda pahala, makan bersama berganda pahala, cium tangan suami berganda pahala-malah GUGUR dosa-dosa kecil lepas cium tangan suami, picit kepala suami berganda pahala. bukakkan stokin suami berganda pahala. Eh banyak lagi.
Tapi sebab pahala tu taknampak kan?
So terus lupa. Aku pun pernah rasa terlupa. Tapi aku syukur sebab aku ada blog ni yg bantu aku utk tidak terus hanyut dengan mainan otak aku yang suka membayangkan keburukan tiada anak ni.
Bila aku tulis2 mcm cakap sorang2 ni, aku macam sound diri aku sendiri. Lepas aku sound diri sendiri aku akan cepat sedar.
Aku tak tipu. Ni entry2 aku sound diri sendiri:
1. Kenapa nak anak?
2. Cuba banding diri kita dengan orang lebih malang
3. Happy :)
4. Oh, baru tau.
5. Congratulate me, Now
6. Infertility, When Will it Ends?
Dulu masa belum conceived, aku cakap dengan laki aku, yang aku jeles orang boleh beranak sebab boleh cuci dosa. Kan bile beranak tu dosa2 pun gugur sekali kan.
Laki aku cakap "Sebab tu tuhan belum bagi sbb skang ni kena byk mintak ampun, taubat semua supaya time dah mengandung, nak beranak nanti takde la sakit sangat sebab banyak sangat nak keluarkan dosa tu"
Errrrkkkkkk
Terkono eden.
Jadi persoalan dari awal tadi? Getting worst ke rumah tangga korang?
Kalau tanya aku, ok aku terus terang.
awal kawin, suka sangat menikmati relationship yang Halallantoyyibban. :P
Setahun tu aku ok, memang dah start rimas dengan percakapan orang keliling tapi aku tau keturunan aku semua lambat pregnant, tapi memang semuanya boleh pregnant cuma lambat.
Takpenah issue anak ni jadi issue gaduh lakibini. slalu gaduh tu pasal benda lain. bukan anak.
Tahun kedua, masa aku dah start treatment tu ok lagi, tapi dah byk kenal perangai suami. Baru faham, yang laki aku ni panas baran orangnya. tapi bukan dari segi panas baran yang menjerit2. Dia tak tunjuk dengan bahasa. Tapi perbuatan. Hempas itu ini. Tutop pintu kuat2. Itu cara dia lepas baran. Aku ajak terkejot walaupun berkawan biasa dengan dia hampir 7 tahun, tapi takpernah tengok dia macam tu, maybe sebab masa tu 'kawan-biasa' bukan couple2. Tapi aku cuba telankan attitude dia sambil aku syukur agaknya ini yang tuhan nak suruh aku belajar, disamping kenal perangai suami, aku sendiri kena belajar bersabar.
Dulu aku takreti sabar. mungkin sebab tu ex-ex boyfriend ramai menyampah dengan perangai baran aku.
Dulu zaman muda2 aku teringat lagi ex-bf aku penah ckp "kalau i kawin dgn u entah macam mana lah i nak tahan dengan perangai u"
ha agaknya sbb tu la takde jodoh.
Aku pun baran. Cara aku tulis dalam blog pun korang tau aku baran.
Tapi bila aku dapat laki yg 2kali lagi baran, BARU PADAN DENGAN MUKA AKU.
Jadi takkan lah api nak lawan dengan api?
Aku terpaksa mengalah dan jadi air.
Masa tu aku belajar bersabar dan mengerti apakah yang 'trigger' baran laki aku ni.
Mula-mula memang takfaham lansung, benda kecik pun die leh baran. Tapi lama2 aku dah reti nak kontrol dan dah tau apa nak buat kalau dia baran.
Boleh dikatakan hampir 3tahun 'study' perangai laki aku, aku dah boleh khatam dan alhamdulillah, tahun ketiga (2012) ni tak gaduh pun. Takde gaduh2 yang besar2 sampai jerit2 nangis2 tu semua takde.
Alhamdulillah.
Laki aku cakap,dia pun puas kenal perangai aku. HEH. jadi selama 3tahun ni kami dah masak dengan perangai masing2. Busuk2 pun lakibini. Sape tak sayang laki? Sape tak sayang bini oiii?
Dia cakap awal2 pun dia takpaham dengan perangai aku yg baran tak kena tempat (walhal itu yg aku pikir tentang dia) rupanya kami berdua same jek.
Lama2 bila dah belajar, baru faham apa hikmah 3tahun 8bulan tuhan belum beri anak.
Aku pernah terlepas cakap sekali je masa kitorg gaduh dulu, aku cakap "Kalau ada anak mesti kita tak gaduh kan?"
Wah silap besar aku cakap mcm tu, itu lebih menyemarakkan api kemarahan laki aku. gagaga
dia lagi jerit pukul 3am tu dan kata DAH BUKAN REZEKI KITA LAGI! JGN NAK JADIKAN ANAK TU ALASAN! -______-
padan muka aku lagi.
Aku harap korang semua berbaik2 lah dengan suami dan jangan salahkan relationship tu semata-mata takde anak. Kalau betul la semua orang macam tu, maka JAIS tu tak penuh la dengan kes penceraian kerana rata-rata kebanyakan kes cerai semuanya ada anak. Jarang yang berceraii sebab takde anak. Ada, tapi jarang.
Biasanya yang bercerai semua mempunyai anak. Saudara-mara aku, dan orang2 yang aku kenal, yang sudah bercerai, belum ada satu kes lagi yang takde anak. Semua tu ada anak.
Jadi, anak tu bukan issue. Memang ada orang bercerai dan orang itu tiada anak tapi jarang kita dengar.
Aku minta maaf kalau ayat aku ni mengguris hati sesiapa. Aku cakap ni general, termasuk ditujukan pada diri sendiri. Aku pun manusia, aku pun penah bengang dgn laki aku, tapi smua tu asam-garam. Tanpa semua ni macam mana nak kenal suami? kite ni pun, baik sangat ke? Entah taktau yang kite dok mengumpat sana sini, kutuk sana sini, suami kita yang tanggung semua dosa tu?
Jadi, hargailah relationship bersuami isteri sementara Tuhan bagi free kat kita ni, sebelum ditarik keindahan ini, syukurlah.
i love my husband so much. #EhTetiba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jayfarhana,
ReplyDelete"aku ni berdosa sangat kah sampai tuhan taknak bagi anak?" <---inilah soalan yang selalu bermain dalam fikiran yani selama ni. soalan yang masih belum ada jawapannya.
kadang kala tu, bila baring2 dengan suami sebelum tidur, selalu tanya soalan bodoh kat suami pasal anak, sedangkan tahu kalau dah pandai tanya, kenalah terima apa2 jawapan dari mulut dia....alhamdulillah, setakat ni encik suami tak pernah lukakan hati yani dengan jawapan dia.
takpe la jay, yani dh cukup bersyukur ada suami yang memahami masalah kesihatan yani ni...yani sampai terfikir, tak mengapa kalau tak ditakdirkan memiliki zuriat, asalkan encik suami ada disisi yani.
mmg btul, bukan yani je, jay pun penah fikir mcm tu. smpai terkenangkan dosa2 lama terus la menyesal sbb byk buat dosa, dan ni balasannya, tapi fikir balik, mungkin Allah mmg nak kite sedar sebelum terlambat kan. Apa2 pun semua tu (mungkin) bukan berkaitan dgn anak, semua org pun ada dosa dan kadang2 tuhan tak bagi anak lagi sbb Dia nak kita dekatkan diri pada Dia. yg sng dpt anak pun mustahil takpernah berdosa. kalau kite ni senang je, mungkin kita cepat lupe diri. Diuji dengan kesenangan tu lebih menakutkan :)
ReplyDeleteaaa..bestnyelah baca entri macam ni. tq jay ;)
ReplyDeletenice entry this one. saya pernah pergi majlis kekah anak kawan sy. no. 2. mungkin dia nak sejukkan hati ke apa ke, tapi kata-kata yang paling diingati adalah "korang takpelah, kenal hati budi masing-masing dulu, aku ni dah kawin, terus ada anak, terus bertiga, la ni dah berempat, banyak benda nak fikir. tak sempat nak buat banyak benda dengan husband."memang terasa sejuk hati jugak. terus sy cakap, dia macam ni, kau jeles kat aku, aku jeles kat kau..kau jeles sebab aku tak anak, aku jeles sebab kau ada anak..so we are even.. the point here is, just cherish every moment...moment dengan suami, moment dengan mak ayah..nak sesuaikan diri, belajar masak, hang out dengan kawan-kawan.. dan sebagainya.. :)
ReplyDeleteSalam perkenalan dari umie..Betul tu..Sebenarnya semua itu dugaan dari allah..Ada hikmahnya Allah lambat bagi anak pada kita..Kadang-kadang kta dah kawin bertahun pun belum tentu betul-betul faham perangai suami kita.Gaduh-gaduh manja 2 biasa la masa mula-mula kawin.Baru nak serasikan diri.Tapi alhamdulillah sepanjang 2 tahun berkahwin,rumah tangga umie bahagia.
ReplyDeleteAlhmdulillah, spnjang 7years plus nih x pernah gaduh pasal anak. Hubby i mmg x pressure i langsung...Dia la yg bg semangat kt i. Mmg betul kata u jay, manusia ni mmg cpt lupa apa yg dia dh ada... Yg x ada tu la yg dirisaukn...padahal yg ada ni anytime boleh kena tarik balik. I hv a fren yg dh anak 3, but end up bercerai jugak... This is a very good entry...reminder to myself as well :-)
ReplyDeletethis is reminder to all TTC..tak kire wife atau husband..jgn jdikan alasan anak utk berpisah/bergadoh.. selalulah pndg ape yg tuhan bg pada kite....dah cukup sempurna, nak2 dpt suami yang sgt2 best! lagi satu, muhasabah lah diri kita sendiri.... peringatan utk diri saya sendiri...
ReplyDeleteAlhamdulillah, sebenar nya beluma da anak ni,merapatkan hub kt suami isteri. Masa bersama lbh bnyk. Bila dah ada anak, mungkin masa kurang. Hargai masa berdua ni ye
ReplyDeleteAlhamdulillah sy dgn husband xde gaduh2 pun pasal anak.. gaduh pasal lain byklah...haha...husband salalu cakap 'takde rezeki lg, nak wat camne'
ReplyDeletebagus lah kalau semuanya positive mcm ni.
ReplyDeleteada masalah mcm mana pun, takboleh salahkan jodoh yg ditetapkan Allah. Allah tak jodohkan umatNya semata2 kerana org itu boleh beranak atau tidak. kalau begitu org yg takboleh beranak lansung tak layak utk kawin kah? besok kalau dah ada anak pun kalau bergaduh dgn suami, mula lah jadikan anak itu pula sbg issue yg jodoh mereka tak pnjang. sampai bila nak habis mcm tu..
jay , this is so true . my 1st marriage was a disaster sebab benda2 ni la . i was sooo young , baru 19 n he's 26 . anak org kaya tapi mak bapak mulut cilaka. kawen x sampai setahun dah tuduh i mandul . n guess what ? dia loser . perngai dia i malas nk cerita , tpi sampai i fadeup n walk away frm the marriage.... .dia xnk setelkan hal cerai sampai laa my husband yg skrg ni face to face dgn dia and his family ! sebabkan dia laa kitorg nak nikah pun problem . shit dah cerai pun nak menyusahkan orang kot . and yes , masa i kat court , mmg most of them dah beranak pinak . ade yang anak still kena bedung pun dah bawak naik mahkamah . sigh ! benda2 mcm ni tak boleh nak salahkan takdir n jodoh semata , kena muhasabah diri . gaduh sikit-sikit tu biasa la . yg pukul2 tu luar biasa ! and orang yg dah ada anak ni , mostly gaduh pasal penat layan anak kot ? haih
ReplyDeleteomg sorry to hear that nina, alhamdulillah u dah dpt suami baru yg much better, anak pun nak masuk 2 dah kan..hm hope kalau bekas mertua u tu tau dia kunyah kata2 dia! baru taksampai setahun dah mengata org mandul..hish..kalau mandul pun tak berdosa lahhh...
ReplyDeleteishh . it's okay , sbb benda2 tu yg buat kita lg matang dalam life . dulu benda kecik pun perang besar , now ? dah tak heran . kadang buat x nampak je sbb kita tau yg our husband is the one for us . salah silap buruk baik dia kita terima , mcm mana dia terima kita . i bkn nak ckp ape , but until now my ex tak kawen2 lagi... .n boleh kata biras2 i yg konon subur sgt bunting pelamin bagai tu tutup mulut bila tgk i sekarang :)
ReplyDeletekadang2 bukan kita yg sibuk2 pasal anak. i mean husband chill je takde anak. kite confirm ah nk anak kan, tp sbb famili die cucuk2 tak bagi2 zuriat dan akan sampai satu masa gak nnti die terpengaruh.
ReplyDeleteah normal gaduh laki bini. sedang jalan pun kaki bole tepelecok, ni plak laki bini kan (aku tukar sket). tp point aku, tho hubungan kite suami isteri ok, external factor banyak. mungkin tak sekarang dia berkata2, mungkin nnti.
cm aku, mule2 laki aku ok, lama2 bile dah byk sgt yg cucuk2 die, terkeluar gak mulut die pasal aku xmengandung2 lagik. dah kalo tiap2 kali dapat call dr kampung tanye bini dah berisi ke belum, tak ke stress mamat tu. dan lama2 tak ke lead to bergaduh pasal anak?
ok, aku berkata2 ikut pengalaman aku. sesape tak terkena mcm aku, itu rezeki mereka.
so, tho kite baik camne pun ngn laki kite, tak tentu lagik external force takkan buat kite bergado. lagik2 kalo external force tu famili die sndrik. again, diri sndrik la nk take up camne. teruk gak aku gado aritu. tup2 rezeki datang. terdiam la sume org. hah amik kau!
Memang la, keadaan sekeliling semua org pun kdg2 terok, ada yg tak brape terok, ada yg mertua sampai paksa ceraikan bini smpai jadi punca gadoh. cuma bagi aku, itu bukan alasan utk kite sangka buruk kat jodoh yg Allah tetapkan, maksud aku, nak gadoh gadoh la, then jgn terfikir oh mungkin bukan jodoh sbb tu tuhan takbagi anak sbb bagi aku kalau anak tu yg jadi penyebab jodoh, kenape yg dah mmg ada anak ramai pun bercerai jugak..kalau bole masalah besar mcm mana pun, sedih jugak la kalau terfikir mcm tu even kdg2 aku pun terfikir cuma bila ckp dkt public mcm tu, mcm down kan smua org gak la. heheh then bile ko pun pgnant smua org pun diam kann...time tuhan bagi anak tu betul2 the right time :D
ReplyDeleteaku harap ko paham point entry ni, maksud aku, jgn sangka buruk pada jodoh Allah taala. kalau aku nak kontrol semua org supaya jgn gadoh psl anak, aku ni bukan ada kuasa power rangers pun :P so bukan hak aku nak menghalang org nak gadoh :P, nak gaduh pasal TTC/takde anak, fine tapi jgn anggap smua tu terjadi psl korang bukan jodoh, dah nama jodoh tu pun keje Allah jugak..
ReplyDeleteHehe. Aku phm je maksud ko tu. Dah time bcinte kemain lagik lautan hapi direnangi. Haha.
ReplyDeleteXdela. Buruk mana pun jodoh kite yg nk at e first place, bkn mak bapak paksa kawen. Sbb tu tho byk external force, kite yg kene tentukan hidup kita. Kasik pasangan paham, once die da phm, insyallah senang. Tp nk kasik paham tu camne,hah itu kene pepandai la tackle.
As'salam jay,
ReplyDeleteJust nk say thank you pd jay coz lps sy bc blog ni, sy br dpt idea utk wat BBT. alhamdulillah, berkat kesabaran kami, br 2 cycle wat BBT, sy telah d sahkan pregnant 6 minggu.
Penantian selama 4 thn 7 bln, akhirnya BERJAYA..
lps wat laparotomy utk buang cyst bln 2 thn ni, sy d inject hormon utk stop period selama 7 bln. So boleh bygkn, sy mmbzir masa selama mana..n kami mmg da nekad utk wat IVF kalu slps 3 bln try natural conceive x bjy.
Alhamdulillah, sy x perlu melalui kaedah IVF,.Sy cdgkn pd kgkwn sy yg sdg TTC, utk lawat blog jay.
byk ilmu yg boleh d kongsi, semoga Allah shj yg dpt membalas jasa baik jay yg berkongsi ilmu dkt cni :)
salam jay...
ReplyDeletebaru tjmpe blog u ni arini...sye juga salah sorang TTCian jugak....
btw,1st of all...congratulation ye after a few years,u dah pregnant....
doakan utk kawan2 lain ye..
best bce all ur entry..mostly best..
and for this entry,i totally agree with u..yes..kite kene sentiasa bersyukur apa yang kite ade skrg...ALLAH sayangkan kite dan amat2 sayangkan kite,thats why DIE bgi ujian ni pada hambaNYA...
apepon...thanks for ur sweet word n reminder...
i will follow and support ur blog continuously,insyaallah....
have a nice day,ya....
hai jay, nice post sgt. :) i pn lebih kurang mcm u, pns baran, tp hubby rupanya lg pns baran. last2 kite kene ngalah. i kawin bulan 4 thn ni. blum ade baby. u tau, bile i gado, nnt bile da baik, i ckp kt hubby i, i nak baby, nnt xdela i kacau die da. nnt i kwn dgn baby je, xde nk carik psl dgn die da. haha.. but i know, how he also want a baby like me.. wish me preggy ye jay. doa dr sorg ibu mengandung mcm u. amin.. :)
ReplyDelete