July 7, 2011

Fertilaid by Fairhaven

i just purchased this online. (www.hamilshop.com), tgh tunggu dia courier.


Saja try.
apa yg ada boleh try.
try.
tak try tak tau.

before ni pernah beli Fertilitea by Fairhaven beli online from website tu. mmg cervical mucus mcm byk :D and terase mcm die cuci usus gak sbb asik nak buang air jek. tapi baru try 1 paket..sedap teh tu and herba2 dlm tu semua elok...but like i said, herbs doesnt work for everyone but it doesnt mean that it doesnot work at all. dia mgkin membantu slowly..kalau tak mengandung atleast it improves the quality of cervical mucus for sperms to swim.

ape2 pon period still sama gak. xdtg2, makan ubat force period baru period la.
Fertilaid ni works the same tapi dia ade vitamin2 skali. aku dah penat nak makan byk benda. so dlm ni ada semua bende dlm 1. kalau xpregnant pon, die improve health..so takkesah la try je dulu. rezeki kita mmg kita tattau...

July 6, 2011

Rahim.

Heh lame tak update nih.


Mule2 nak tunjuk chart aku last june. A Failed Letrozole cycle. and typical PCOS chart.



i decided to wait until 43 days, no sign of period, and no sign of pregnancy (obviously) sebab chart aku mcm tu je, kalau tak period tapi temp aku naik mendadak and maintain, so ade harapan sket.
ini die mcm tuu je, mmg sah2 tak pregnant n takkan period. so hari ke 43 tu, aku makan norethisterone yg doc bagi extra last cycle. aku makan 5 hari, ha tgk, temp aku naik kan? so it means aku mmg obvious gila, lack of progesterone.

pastuh dah 5 hari lepas last tablet, aku period. so temp drop balik. mmg tak normal chart mcm tuh, kalau org yg cycle dia normal, 14-16 hari temp die low, lepastu die drop sikit, 1 hari, esoknya naik mendadak, sampai 14hari. kalau org yg temp die naik takat 5 6 hari taksampai 10 hari, itu penyaket Luteal phase defect, dan lack of progesterone. and the main cause is, PCOS.

i honestly dont know what to do next. skg ni bdn dah rase xsedap sgt, so x ambik metformin sgt tapi ambik biodex balik. aku ambik 1 jenis je yg d-toxy tu sbb nak detox. sbb buang air tak lawas dah 2 3 bulan ni. bdn rase lemau, rase sgt gemok ! hahaha

skang ada product baru, namanya Permata Hati pulak. maybe kejenye lebeh kurang mcm biodex, ada herba2 dan sbgnya.
kdg2 aku dah malas nak caya. maybe benda2 tu mmg leh membantu tapi its just that it doesnt SOLVE PCOS.
skang ni mcm mana nak SOLVE PCOS je. takat herba2 or mende2 ni dok kata Untuk Kuatkan Rahim, sila lah anda semua buat research dulu.
Rahim sebenarnya tidak bersalah.
Jgn salahkan rahim. Kalau gugor, atau susah lekat, biasa kite dgr "oo rahim tak kuat la tu"
BUKAN BUKAN BUKAN! kesian rahim kene tudoh.
Lepas tu biasanye org akan suggest "pergilah berurut utk kuatkan rahim." or utk betulkan rahim"
urut la ko sampai bengkak pon kalo ko PCOS, sampai ke sudah makcik urut tu takboleh keluarkan or hasilkan telor yg sihat utk ko senyawakan.
aku penah tanye makcik urut, "makcik, kalau lepas urut pon tak mengandung jugak mcm mana?"
"oh maksudnya suami awak la masalah"

hehe, takpe la makcik urut cume belajar urut, bukan gynecology. makcik tu mmg penah urut satu org ni 10thn xde anak, lepas urut die dpt 7 anak berderet. asik branak je lepas urut.
mgkin kerana betol rahim dia yg kedudukannya tak boleh bagi benih dia lekat. lepas urut kedudukan dia teros strategik, dan memudahkan benih dia utk lekat. mgkin jugak org tu period dia terator and for 10years, dia period normal tapi taklekat. then YES urut MAY BE the option.
tapi masalah org mcm aku?
Hormon yang salah. hormon utk menguatkan rahim itu yg kurang atau absent. Progesterone laa. Ovary yg kena kuarkan hormon2 tu semua. so bila takde, rahim kite tak tebal. bile tak tebal sbb tu jatuh or tak lekat or gugur watsoeva. it means ur ovary doesnt do her work. or u have a lazy ovary. or ur brain doesnt send signals.
mana ade treatment fertility utk menguatkan rahim? ada? ada duphaston, doc pon guna bahase pasar, "ini utk kuatkan rahim" when i googled, duphaston tu progesterone pills, without estrogen. so mmg la keje dia utk menebalkan rahim.
kenapa treatment fertility semua ubat2 utk boost ovulation, untuk bagi telor subur, kene dtg hari ke 12 utk monitor telor besar ke tak..kenape takyah monitor rahim?
ade tak treatment yg specifically utk kuatkan rahim? takde kan?
sebab mmg rahim itu takde kena mengena.
its just a home for ur baby, but to make that home strong enough, u need the hormones. ur ovaries yang buat hormon itu.
rahim is just otot. dia flexible, boleh tebal, boleh nipis, boleh berubah2 kedudukan. tapi utk menebalkan dia semua tu hormon. bile hormon yg kurang, takyah gigih gi makan herba utk kuatkan rahim, sbb dia cume mengecutkan dan menyihatkan rahim agar tak dijangkiti bakteria dgn mudah, and utk mengetatkan, YES betol. tapi untuk menyuburkan, itu bukan keje rahim. sebab kalau betol herba tu btol2 boleh menguATkan rahim, period kita mesti teratur balik. tapi kalau period still takbetol gak, then the herb doesnt work utk what they called "menguatkan rahim"

aku penah tanye doc "doc, rahim saya tak kuat ke?"
"takde kena mengena lansung dgn rahim. u r POLYCYSTIC, thats the reason.rahim doesnt have to do anything with ur fertility. u tak keluarkan benih, mcm mana nak mengandung? rahim takde kene mengena"

kalau org ada ketumbuhan or blood clots dkt rahim, yes then maybe buleh ambik herbs utk rahim tu. tapi saya tak, saya PCOS. kenapa takde supplement utk PCOS!!!
ada, tapi doesnt work. dont know what works anymore.

heh alamak bunyi mcm putus asa je?
bukan la..tapi mcm tattau nak fikir mcm mana. rasanya bende2 gini dah kene include spiritual skali, dah kena main psychology, kdg2 ada org suka salahkan hormon dia takbetul, rahim tak kuat, period tunggang langgang, tapi benda2 yg tersirat tu taknak plak fikir..
skang aku jenuh cari benda tersirat..sbb tu payah nak fikir.

skg tattau ape lagi nak makan.
aku tgh cube nak praktik kan pcos diet. tapi sudahnye mgkin perot aku takreti apebenda yg aku makan ni, so die jadi susah nak buang air. makan mase gak, dah sebulan lebeh, buang air mcm takbrape lawas.

camne eh. camne nak solve pcos.
soalan aku bkan camne eh nak pregnant?
soalan aku camne nak solve pcos.
kalau pcos aku dah solved, aku redha kalau Allah mmg tak bagi aku ada anak atas sebab2 yang Dia je tau, walaupon kita nak sgt, tak semua benda kita nak tu bagus utk kita.

ape2 pon Allah suka kalau kita terus berusaha.

June 15, 2011

oh, baru tau.

Aku tak period lagi. Dah cycle day 41 dah hari ni.
aku dah xlarat nak tunggu. rasenye nak start sendri norethisterone(NE) tu supaya aku period.
sebab perot aku dah senak kiri kanan, maybe telor2 yg takmatang makin banyak..sebab tu lah sakit.

PCOS ni satu penyaket yg mcm rase nak sepak je ah doh :-L!
ak ah, betape buduh gak la aku time skolah aku sgt suka bila aku tak period.

kononnya bile period je menyusahkan. senggugut la, kene tukar2 pad la, basuh seluar sbb bocor la..
kenape aku tak realize yg bende tu akan menyusahkan aku lepas kawin nnt?
or kenape takde org gitau aku kalau period xnormal nnt susah dapat anak??

Eh. rasenye ade kot org bagitau..aku yg ignore.

sesungguhnya time sebelom kawin mmg aku x kisah lansong nak fikir utk improve kesihatan aku supaya aku sng dpt anak.maybe sebenanye before kawin aku tak pikir pon nak cepat dapat anak.

aku penah dpt wish card mase hari kawin aku, ramai gak org yg wish "cepat2 dapat baby ya"
frankly speaking, aku taktau kenape aku taksuke wishes yg mcm tu. PADA MASA ITU.

aku terdetik, "ala takde wish lain ke?" dan "takkan baru2 kawin terus suruh aku mengandung nih? bile aku nak enjoy? dah la baru je bercinta dgn laki aku 2bulan sebelom kawin!"

ya, maybe aku sendri pon mmg taknak. jadi tuhan bagi lambat terus :-S gulp..

nampak sgt deep inside, aku mmg taknak anak cepat.
ya, sebenanya aku dgn laki aku siap penah berbincang mase lepas balik drp kursus kawin..aku tanye dia "syg nak anak terus ke lepas kawin?"

"entah, suka ati la, org takde hal kalau nak rilek dulu pon takkesah, nak anak terus pon takkesah. terpulang la tuhan nak kasi mcm mana"

aku mmg tak paham lansung ayat 'terpulang tuhan nak kasi mcm mana' pada waktu itu.

aku ingat, by the time aku decide aku dah ready nak anak, aku akan mengandung SEMUDAH ITU.

aku totally lupe, yg aku ade kwn yg kakaknya lebeh 15tahun takde anak walaupon dah jual kete utk buat IVF.
aku totally lupe yg MAK aku sendri tunggu 4 tahon utk mengandungkan aku.
aku totally lupe yg aku ade kazen2 yg ramai lambat dapat anak walaupon dah buat mcm2 treatment.

jadi aku bina satu alasan, ketika aku kawin tu kan mak aku tgh sakit kuat. kononnya aku taknak mengandung lagi sebab nanti kalau mengandung, mesti aku xlarat, asik baring, muntah2, nanti sape nak jage mak aku?

i made up that excuses. lepastu, aku ckp dgn laki aku "eh kite enjoy2 la dulu nnt lepas setahun baru plan mengandung lah kan?"

tahape2tah aku, aku ni mcm taktau ape yg aku tgh ckp mase tu. kalau la ade org yg 5 6 tahun kawin lom dpt anak, dengar aku ckp mcm tu, mesti dia dah sembur depan2 aku. kenape takde suare yg berbisik kat telinga aku mcm ni "amboi, ko ingat lepas setahun kalau ko dah nak anak tu, boleh pregnant time2 tu jugak kE?"

rupenye, aku taktau yg BANGSA kita ni, takleh tgk org lepas kawin, taksampai sebulan kawin dah sebok nak tanya, "dah ada ke? dah ada ke?"

aku mmg taktau dan aku tidak merasai bende tu. aku takleh pREDICT pon benda tu akan berlaku.
org pertama yg tanya aku dah mengandung ke belum ialah bapak mertua aku. mase tu aku rase cam EK ELE apehal org tua ni? aku baru kawin 2 bulan takkan dah mengandung???

aku totally lupe yg ramai orang yg subur terus mengandung lepas kawin.

AKU KAN wedding photographer, kenape aku xrealise pon ramai ex-client aku yg mengandung lepas kawin?
aku sedar tapi aku dont care kot?
then lepas 5 6 bulan kawin, bila dah bertambah2 org bertanya,
aku start berpikir "oh, kalau kite tak mengandung org akan byk tanye, dan kite akan sakit ati"

baru aku tau. baru aku tau yg kite akan sakit ati dgn soalan "dah ada ke?"

atau

"bila?"

aku totally lupe yg kwn aku zack penah cite yg kakak dia tgk ikan beranak pon sakit ati, tgk kucing bunting pon sakit ati. taksangka aku akan rasa perasaan sakit ati itu skarang.

aku selalu tegur kucing yg kat bawah rumah aku tu sbb die asik2 mengandung. hot kot dia. setiap kali aku tegor dia aku ckp "asik mengandung jek ko ni? xde keje lain?"

naseb kucing tu tattau cakap. kalau die tau ckp mesti die dah sound "Eh, ko jeles ke?"

hahaha

semalam ade seorang lelaki yg mungkin kenal aku tapi aku takkenal dia, tanya kat aku mase meeting psl satu event yg akan dibuat oleh aku n budak2 band aku nnt.

"jay, ko pregnant eh?"
"eh, asal? aku nampak mcm pregnant ke?"
"er..ak ah doh..berisi lain mcm je...pregnant kannnn :D"

aku tattau mungkin die mmg nak ckp aku dah gemok lainmcm so die kaber line OR aku mmg nampak mcm org pgnant.

"aku xpregnant. tgh usaha la. ko doakan k"
"serious ko tak pregnant???"

EH DAK NIH!

astu die tgk aku cam nak marah. dia sambung "eh, aku doakan la ni..heheh"

aku teringat, aku dulu time skolah rajin beli magazine2 omputeh..magazine2 teenagers..dlm tu ada kuiz tahape2.
penah ada satu soalan "how many child do u want in the future?"

aku jawap "i dont know. 2 is enough"

gagaggaa...nampak beno aku ni mmg jenis taksuka budak or aku takkesah lansong psl tu. 2 pon aku dah leh ckp Enough.
aku taktau..yg aku tau skang yg sebetulnya aku mmg belum ready utk pregnant/bergelar IBU. walaupon itu yg aku nak sgt buat mase skang ni.

byk lagi benda kena pikir. aku serah dekat Allah untuk tentukan. Bila2 masa saja aku mengandung je, ITU LAH THE BEST TIME untuk aku mengandung.
ya, jadi aku redho dengan segala mcm ujian yg Allah bagi dekat aku dan aku bersyukor gak sebab buat masa ni, hidup aku lakibini adalah bahagia. Mungkin laki aku tidak la romantik mana, nak berbagai2 dgn aku atau melayan aku rengek ngada2 ke apa, die mmg takkan layan. tapi much better than suami2 org lain yg pukol bini, suka merayau malam2, balik lambat, kaya hensem keje kat kompeni besar2 tapi dikelilingi minah2 seksi tahape2 yang boleh mengundang jeles atau gadoh, yang kaki gadget or kaki internet, asik fb, BB, chatting dgn sapa2 yg boleh mengundang curiga, ya aku bersyukor hidup aku sederhana je mcm ni. aku harap rumahtangga aku akan kekal sampai akhirat nanti.

takpelah, kalau takda anak dekat dunia, dekat akhirat mungkin Allah beri yg lain.
Bahagia tu pun bukan dtgnya dalam bentuk anak saje. byk cara boleh Allah beri. BANGSA kita yg takreti.

takde anak je, PATHETIC kononnya. mcm membawa masalah kpd tukang tanya tu. mcm akan menyusahkan negara kalau takde anak. bukan takde je, LAMBAT pun salah. so semue org kene cepat beranak eh?
kalau lambat dapat anak, idup akan susah.

mcm tu?

bapak mertua aku adalah org yg sgt paham aku, walaupon dia org pertama yg tanya aku "dah mengandung ke belom??"
bile dia dah tau mcm2 aku buat utk pregnant, dia pun kdg2 tolong.

kdg2 bile sdara-mara laki aku tanye psl aku Dah ADA Ke BELOM, bapak mertua aku yg akan jawap.

skang aku dah ada jawapan baru, aku slalu jawap yg aku lambat pregnant sebab anak aku keluar sok jadi doctor. yang keluar awal2 ni takjadi ape.. Mintak maap eh kalau kwn2 aku yg beranak teros lepas kawin ni. aku bukan ngate anak korang. aku tak bermaksud lansong pun. aku ckp camtu sbb nak backup diri aku sendri. supaya diorg ni sedar yg LAMBAT ke CEPAT tu bukan ukuran.

kalau cepat2 pun anak besar takjadi ape, takguna.
atau cepat2 pun anak baru tgh nakal, ko dah fedap2 siap nekad taknak mengandung lagi...serik dgn perangai budak2 nakal yg susah nak jaga. RAMAI je org mcm tu. baru anak 2 dah bising EH TAKNAK LAGI LAA CUKUP LA NII TAKLARAT BLABLA....mcm mana agaknye kalau org yg berusaha gigih utk pregnant mendengar kata2 org yg tak bersyukor mcm tu?

MAKSUD aku itu. tapi bukan aku kate korang akan jadi gitu OR anak korang akan jadi takguna.

tidak..sebab kalau betul cara didikan kita, berguna lah jadinya anak itu.

sedangkan aku yg keluar lambat pon, dah besar tak jadi ape. heheh.

jadi aku ckp camtu utk backup diri aku supaye diorg tAK TANYA LAGI SOALAN ITU dkt aku.

ok enough for today.