October 21, 2011

Laparoscopy. Do it or Dont Do it?


Kalau dah pelbagai benda macam dah makan, kalau dah pelbagai supplement ditelan, kalau dah pelbagai krim disapu, kalau dah pelbagai doctor meng-consult, kalau dah terlalu banyak membebel dalam blog, kalau dah terlalu banyak buat self-research yang memanglah mendatangkan ilmu tapi hasilnya belum dicapai,


maka, i want to proceed to Laparoscopy. (OVARIAN DRILLING)
doctor, kau drill je lah ovary aku ni, keluarkan cyst2 kecik2 yang tak mendatangkan faedah ni. kau pecahkan la cyst2 ni, menyibuk gila dan aku tattau dari mana dia develop. or tattau kenapa dia STOP develop.

aku dah nak habis period, dan aku dah start pack baru Yasmin. (sebab dah after 7days since last tablet) kalau period dah betol2 kering aku nak gi check dengan Dr Delaila, mintak dia vaginal scan tengok ovary aku ape dah jadi. dari situ aku leh tau Yasmin ni membantu tak PCOS aku tu. dan LUMIGLOW ni ada memberi kesan ape2 tak, dan sambil2 tu aku akan monitor BBT aku untuk tgk ade ape2 perubahan tak. IF LUMIGLOW really have natural progesterone, my BBT will elevate. ini tidak tipu. kalau tak elevated, maksudnya kemungkinan memerlukan lagi 2 botol utk proceed tgk mcm mana, tapi kalau dah sebulan nothing happen, then it doesnt work with me.

benda yang nyata yang aku akan cuba dulu is to my husband. aku akan test kat kaki dia yang dulu bekas eksiden terok tu. dan kebetulan tadi die tunjuk kat aku belakang telinga dia mcm, kena kulit mengelupas ke ape tah, mcm melecet and bersisik..merah gila. aku teros sapu kat blkg telinga dia and nak tgk ade perubahan ape2 tak.yer2 aku bace testimonial dari blog2 lumiglow ni yang ade akak ni apply kat anak dia yg jatoh tersadung mcm mana tah, dan bengkak. esoknya dah hilang. amboi2 cepat nooo? yeke?

cer-cuba cer-cuba.

Laparoscopy lak, option yg aku nak cuba next year if after 3YEARSand 5MONTHS NOTHING HAPPEN, jadi aku nak refer to dr delaila, if she recommend laparoscopy ni. atau aku perlu IUI? alaa IUI ni kejadian baby tanpa berbaby dancing laa..mcm tak syok jeee...heheheheh
eh gatal lak aku ni.
why 3 years and 5 months? sebab itu jangka waktu yang MAK aku ambik untuk mengandungkan aku dulu. die tunggu 3tahun 5bulan baru mengandungkan aku. selagi aku belum 3tahun 5bulan kawin, aku cuba lagi apa yang boleh. skang baru 2 tahun 9 bulan lebih. duit boleh dicari. aku design 10 album sebulan leh dpt 3 ribu.so laparoscopy dlm 4-5k agaknya? kalau SJMC mau 10k..so buatlah album banyak2, kumpul duit. (rajin ke? EHh kene la rajin kate ikhtiar. kalau tak rajin bukan namenye ikhtiar!) gagaga



October 19, 2011

LUMIGLOW pulak?

Lumiglow



Cream yang ada WILD YAM. dan lain2 herbs. ni kire teknologi nano lah katenye. Happen to click on a facebook ad, "SUKAR HAMIL?" amboi mcm tau2 je. so aku pun klik dkt iklan page SENANG HAMIL tu. aku ingat mesti tahape2 jamu lah yang biase org promot. Zureat la, Bidadari DCL la, semua tu aku dah try, takjadi ape, maybe semue tu utk org2 yg takde masalah je kot. mane mungkin minum itu je tibe2 PCOS aku leh baik kan. tapi what i found 2 days ago was something different. aku assume benda ni ialah somewhat like 'Progesterone Cream' yang Gynae selalu guna tapi bila aku bace betol2, benda ni herbs yang diorg guna extract WILD YAM.
aku dah lame bace psl WILD YAM ni, ade byk website yg ckp die ade natural progesterone, ade yg kate Tipu plak. so tattau mane satu btol, kalau nak membace mmg leh muntah sbb byk sgt source nya. tapi live testimonial dari org2 yang dah penah guna Lumiglow ni, buat aku terpengaroh gak, and cara2 pemakaian nye pun aku agak terpengaruh.
cume yang nak gelaknye, Semua penyakit die boleh treat. Wah, tutop wei semua hospital mcm tu. tapi miracle nya, memang betol sometimes, disease that cannot be treated, tiba2 guna benda2 nano technology lah, herba lah., jamu lah, boleh baik.
i dont know, sometimes i am skeptical, tapi Allah memang ade sebut, semua penyakit ada ubatnya dan Dia tak ckp pun ubat tu semestinya dalam bentuk perubatan moden. kan?
so utk org2 yg bermasalah taksudah2 mcm aku ni, bila dgr product2 mcm ni, mula la nak mencuba kan?
sebab its different. its cream. takyah makan.

aku bace gak Lumiglow ni rupanya Uptrend yg punya. aah, MLM ke. Takpe lah, aku bukan nak masuk pun. nak beli product je. Korang try google or find kat fb yer. Atau klik je iklan tu kalau kuar kat page korang. iklan tu ade gamba ibu mngandung astu die tulis "SUKAR HAMIL?" mcm tu la. owner FB tu jual lumiglow ni dgn harga staff, so boleh la tanya.

pagi tadi aku dah email dia, dia reply link ni http://uptrend.com.my/uptrend.aspx?name=per_care

so korang tgk lah, aku tau WIld Yam tu, so aku bace bende ni pun takguna. aku dah tau wild yam tu ape benefit dia. ade satu negara kat afrika, ade town kecik nama "the twin city" ke hape tah, semue org kat situ majoriti TWINS, bila kaji2, rupenye diorg hari2 makan WILD YAM, so saintis2 kaji lagi, wildyam ni ada source of progesterone, so org2 kat situ semua subur. Wallahuallam...aku cume nak tau in which way that thing will help. maksud aku, dengan menyapu krim sahaja ke? then badan kite menyerap krim tu kemana?

aku jumpe gak kat fb dia, dia ade list kan semue penyakit and masalah wanita. Contoh: kalau susah pregnant, cara sapu dia begini, and dkt mana.
Kalau slalu gugur, sapu mcm mana, kalau muka byk kedut, sapu katmana. (believe me, tempat sapu tu tak semestinya kat tempat yg masalah tu. kdg2 kene sapu kat tengkuk la tetiba, kat tapak kaki la,...aku rase ade kene ngene dgn point refleksologi gak kot? psl mende ni katenye akan lalu ikot darah terus, takkan pegi ke otak. EH same mcm GONAL-F lah? i know its not the same, Gonal-f is a drug. but it seems like it works the same way kot?

aku tattau. aku nak cuba baru tau. aku dah nak order dah ni kang. have anyone of you heard of this Lumiglow? aku jumpe website yg kutok2 pun ada, katenye mana logik, sapu krim je muke yg huduh tibe2 leh jd cantik. itu la aku pun taknak caya, tapi live testimonial weh. Yang ada cyst, tetibe cyst ilang lepas guna. Siap website diorg tunjok bukti doctor nye diagnosis lagi, ade minah ni ade cyst brape cm tah, astu guna lumiglow, check balik dgn doctor, doctor tulis, cyst gone.
gitu la.
ade pompuan ni gugur 8 kali since 5years kawin, siap tunjuk kad dari klinik gomen tu yg kaler merah tu, doc tulis dia gugor siap ada tarikh smua. tiba2, after 8kali, kali ke 9 tu die mengandung dan dah beranak. hmmmmmmmm.......oh punca die gugur sbb kurang hormon, hormon tak stabil. aku assume progesterone die kurang aa tu sbb byk kali sgt gugur. tapi die mudah ovulate? probably shes not a PCOS-er. Kuasa Allah kan..
hmmm.....kalau bende ni tipu takyah beli dah la kan. yg penting its harmless.


October 18, 2011

Until day 114th, PERIOD!

FINALLY i've got my period last Sunday 18 October 2011, since my last period: somewhere in June. haih!
Mula2 Sabtu tu mcm sangat sakit gila, malam tu siap muntah2 gaye pregnant. Esoknya senggugot amat, dah agak la mmg akan period anytime now. Then puan period pun keluar. Ahad tu tengok movie dalam keadaan senggugot giLA! but how i miss the senggugut moment. hahah, boleh gitu lak.

finally dah boleh start new cycle dalam my BBT chart. kalau tak, dah sampai 114 days dah. gilo.
I created a new page: BBT charts. where i will paste all my charts there.

Agak awal gak aku period, patutnya aku kire, on day 28 lepas aku makan yasmin tu, tapi day 24 dah period, hm tattau mungkin hormon aku taksaba2 nak suroh die period kot. so i will start another pack of Yasmin this Thursday. just to regulate my periods back. Kasi dia topup hormon2 yang hilang tu.

Anyway, Welcome to my new blog! its all the same, i just exported all my posts, pics, your comments, pages, from wordpress. So jayblabbers.wordpress will be closed from now on. Please change my link in your blog kalau ada :D