Its November 2011 already.
Takpernah sangka, hingga November 2011 masih belum ada zuriat, dan belum ada tanda2 mengandung.
Masa aku kawin, dalam setahun tu aku fikir, 'alah, tak lama je lagi ni pregnant la ni...maximum tah2 2tahun mesti dah ada anak"
sekarang sudah hampir 3 tahun :P
tu la lainkali jangan confident sangat..
tapi ada sebab je semua ni.
mcm asben aku, taktau lah brapa kali aku nak tanya dia utk legakan hati sendiri:
me: betul ke kalau kite takde anak sayang ok?"
hubby: ok je. dari sebelum orang pegi merisik orang dah fikir dah semua benda ni. yg penting kita hidup berdua ni cukup, takda yang kurang. kalau kurang, kita usaha. kalau nak anak, kita usaha. tapi kalau dah lama sangat takde jugak, redha je. teruskan usaha."
me: betul taknak kawin lain? sebab kalau memang sayang nak zuriat sangat, terpaksa la org kasi syg kawin lain. kan byk org mcm tu"
hubby: eh memang mintak ke apa ni?"
me: bukan mintak, tapi rela je walaupon benci"
hubby: benci tapi rela camna lak tu? kalau takde dah. takde terfikir pun nak kawin lain ke apa. mak dgn ayah pun takckp apa2. kalau takde, maksudnya takdir tuhan kata kita cukup bahagia berdua sahaja. mungkin kalau bertiga berempat, idup makin tak bahagia. ape ingat kalau ada anak tu happy sentiasa ke? orang lain tu sebab memang tuhan bagi anak sebab dengan anak tu yang membuatkan mereka lebih bahagia. mcm kita, takyah ada anak pun kita boleh bahagia. mane tau kan"
me: tapi orang nak"
hubby: nak kena berdoa selalu la. ini rezeki Allah kita takleh paksa Allah untuk bagi semua yang kita nak. bila asik merungut je macam tak bersyukur, macam asik nak paksa Allah pulak. kita sedar tak kita ni siapa?"
pak mertua aku (FIL)
FIL: korang kalau takde jugak, jgn buat IVF, jgn ambik anak angkat.
me: kenapa??
FIL: IVF tu kita tattau, janin yang doctor buat tu betul ke tak dari benih kita. korang dah byr puloh ribu, doctor mesti la nak kasi benda tu jadi jugak kan. tah2 masa senyawa, tak berjaya, die try pulak benih oranglain, tengok2 jadi. ha lepastu dia pun masukkan dalam rahim. jadi memang jadi tapi sah ke benih kita? heyy jangan lah! ayah takkasi!
me: eh ade je orang buat IVF yg tak berjaya ayah.
FIL: mmg la mungkin rezeki diorg Doctor tu tak wat gitu. yang jadi tu kita kompem ke?
erkkk tattau lak begitu sangkaanya. boleh jadi. tapi tu lah, Wallahualam.
FIL: anak angkat pun jangan ambik!
me: kenapaaa?
FIL: ko tgk pak ude ko tu. 20thn baru bini dia ngandung. mase 10thn kawin takde anak, ambik la anak angkat. anak angkat dah darjah 4 baru bini mengandung. maksodnya ko tunggu 20thn pun, Allah tetap akan kasi. Lagi satu anak angkat ni kita taktau asal usul keturunan dia blabla.
me: tapi kalau Allah takdirkan rezeki anak tu datang dari Anak Angkat mcm mana pulak?
FIL: memang la tapi kalau boleh, takpayah la ambik anak yg bukan dari benih kita sendiri. kalau takde, sudah. maksodnya takdir Allah kata memang korang hidup bahagia sampai tua walaupun berdua saja.
me: ala nanti kitorg mati, takde anak2 yg angkat jenazah kitorg ayah. kalau ade anak angkat pun jadi la.
FIL: eh, anak buah kan ramai.
hohohoho
mak mertua aku (MIL)
MIL: Alah, rezeki la semua ni jihan. Kalau takde tu jangan sedih sebab yang penting korang takde gado2, korang hormat orang tua, ingat dekat family, kawan2 pun ramai..nak main dengan budak datang je sini ramai anak2 buah. Lagipun keturunan ko memang ramai susah nak beranak kan..mak ko nak ngandungkan ko pon tunggu 4 thn kan..so apa nak heran nye? esok2 ada la tu cuma lambat je..mak takkesah lansung, cuma kalau jiran2 mak bercakap tu ko pandai2 la menjawap dengan diorg balik bagi ayat pedas2..biar padan muke diorg, sebok je asik nak check tepi kain orang.
:)
saudara mara je yang selalu : LAAAA TAKDE ANAK LAGI KE????
f***