November 16, 2011

She is so blessed.


PANJANG entry ni. baca sambil minum kopi pun ok.


dah share kat fb. kot2 ada readers yg takde my fb. baca lah blog di atas.
Pasal a 6-years-TTC woman finally blessed with 3 kids in her womb. 
aku taksure dia guna kaedah ape. mungkin IUI mungkin IVF, but not sure. 
she mentioned in her blog, she tried everything, including 'produk B'
ah, biodex la tu.
memang, aku pun mcm dia gak, terpengaruh dengan testimonial org yg 5thn, 10thn, 15thn trying. 
yang 15thn tu aku penah tgk die bagi 'live testimonial' mase aku pegi seminar biodex tahun lepas. memang dia dah nampak berumur skit. ye la kawin pun dah 15thn. dia bagi live testimonial sambil dukung anak dia. 
dia ckp dia dah 5 6 kali failed IVF dan memandang rendah pada mulanya dekat produk biodex ni. yelah, dia dah cuba benda yg berpuluh ribu. mcm mana produk yg berharga taksampai rm500 boleh buat dia pregnant.
tapi dia pregnant dengan biodex.
tapi tidak jugak orang lain yg tak berjaya, takkan dia nak publish testimonial kan. kalau dia nak publish testimonial orang2 yg tak berjaya, aku orang first nak bagi! haha! 
jadi aku takkan menyamakan cerita sape2 dgn achievement masing2. sebab rezeki yg Allah beri tu berbeza2 mengikut usaha masing2.
mungkin blogger tripletstory ni is so blessed. kite taktahu apelagi usaha yang dah dilakukannya, selain medication dan berdoa. mungkin dia banyak tolong orang, mungkin dia banyak bersedekah, mungkin dia telah redha, mungkin hati dia bersih..mungkin.
ape2 pun cerita dia ni sangat touching dan aku asik "mata berkaca" je bace blog dia.
sudah la cute gile 3triplets ni. mesti budak 3 org ni ditatang bagai minyak yang penuh.
6years of waiting akhirnya dikurniakan tiga terus. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Penyayang.

-----
But i only dont agree with 1 thing. this is too subjective okay. dont judge me by my opinion. this is only an opinion. u can have ur own. 

Mengapa perlu berniat utk suruh suami kawin lain kalau kita takboleh mengandung atau lambat mengandung?

Seriously la, why do we have to think that way?
Adakah menjadi satu kesalahan, kalau kita yang sudah berkahwin ni, tidak mempunyai zuriat?
Adakah Allah akan hukum kita, kalau kita takde zuriat?
Adakah hidup kita tak sempurna, tak normal, susah, payah, rezeki disekat, kerana tidak mempunyai zuriat?
Adakah kita akan hidup bersedih dan tidak bahagia, kerana tidak mempunyai zuriat?
Adakah ianya SATU DOSA BESAR, kalau kita tidak mempunyai zuriat?

Ya, memang SEMUA orang nak anak sendiri, nak rasa pengalaman mengandung, kalau boleh nak cepat2. Nak sekarang. Anak itu bagi aku, satu kemahuan bukan keperluan. Ia adalah satu keperluan bila kita sudah mempunyai anak nanti. Tapi selagi "BELUM ADA" ia dinamakan 'satu KEMAHUAN' sahaja.
Yang sudah dapat anak, mungkin memang itu salah satu keperluan yang sangat diperlukan sekarang oleh itu Allah beri sekarang. (sudah tu jangan le berlagak beno)
Tapi la kan, kalau dah kawin bertahun2 dan masih belum berjaya lagi, kenapa perlu mcm nak emo dan bersedih kerana 'kesian'kan suami yang nak sangat anak tapi kita takboleh beri?
diulangi, kita takBOLEH cakap pun yang kite ni BOLEH beri atau takboleh beri. kita siapa?
kita ke yg buat anak tu? kita ke yang tukang tiupkan roh anak tu? kita ke yang tukang tulis takdir sendiri kat Luh Mahfuz? 
kita ke yang BOLEH atau TAKBOLEH memberi itu? 
yang memberi itu siapa? ALLAH SWT kan?

jadi okay think this way la kan, kenapa kita perlu like,
"takpe la biar die kawin lain asalkan ade anak yang berbin kan nama dia" 
astu muka mcm ni :'(

i mean, kite siapa utk decide benda mcm tu? kita siape nak susun aturkan perjalanan hidup, rezeki, jodoh dan zuriat seseorang lagi-lagi la suami kite sendiri. Tah2 dah memang Allah tahu dia belum layak jadi seorang Ayah lagi. Tanggungjawap AYAH itu sangat berat tahu? mungkin Allah suruh suami kita cari ilmu yang tinggi, belajar erti hidup, baru boleh jadi AYAH untuk pimpin keluarga dan anak2. Kadang2 bukan sebab kita je, sebab dia juga. Penyakit kita ni cume penyebab saja untuk Allah nak uji. jadi mengapa harus decide, 
"OH! aku kesiankan suami aku, suruh dia kawin je la aku redha :( takpelah biarlah dia bahagia asalkan aku...bersedih?" atau "kalau die bahagia aku pun tumpang bahagia"..:( " 
JGN TIPU. u cannot lie to urself mate.

lepastu jgn heran kalau anda pengsan/sakit jantung di hari pernikahan suami anda yang anda sendiri relakan itu.

dulu aku wedding photographer dgn CS. 2006-2008. mase tahun 2007 ex-bos aku penah ambik gamba kawin sorg client ni yang kawin no 2. yang kitorang kagumnye, mase hari nikah tu, wife no1 tu ada di hari pernikahan tu, siap bergamba2 dengan gembiranya. 
mase tgk semua raw digital files bos aku tu, kitorg semua ternganga sampai tutop mulot nnt agas masok. (bukan lalat. kat opis lame aku byk agas je) 
tapi kitorg tattau ape tujuan mamat tu kawin no 2 sedangkan anak2 ade 5 6 org. dlm group photo tu, dia bergamba dgn wife baru, wife no 1 dan anak2 skali. siap berpelok mcm gamba Salih Yaacob I Follow bersama empat2 isterinya masa honeymoon di beijing tu.
lagi ternganga lah kami. taktau apekah punca die nak kawin lagi satu.
nak kate sbb takde anak, ade 5 6 org kot. wife nye tu nampak alim. tudung labuh. dan anak2 pun berkopiah bagai. mungkin ada lah kan sebab dia dan mungkin mmg jodoh Allah beri lagi satu kot kat dia.
esoknya tu hari reception dia. buat besar2an kat dewan. 
tapi gambar bos aku tu, separuh jalan. sampai kat makan beradab je. alkisahnya, wife yg no 1 tu pun ada di dewan itu,  tiba2 pengsan, kene sakit jantung. kena call ambulance dtg. 
dan pengantin tu tak bersanding pun, lepas makan semua bergegas ke spital.
kenape ye? kebetulan sakit jantung? mungkin lah. tapi why laa? memang ada penyakit? atau memang ada barah ke ape ke doctor ckp taklama je idup, so sbb tu bagi suami kawin biar dia tak keseorangan. gitu kot? 

jadi fikirlah, hati mana nak kasi suami kawin lain weh. inikan lagi pasal kau takboleh beranak or lambat mengandung. please dont think that way, i mean, how are u so sure that your husband will be happy kalau die kawin lain dan dapat anak dgn bini lain tu? mcm mana kau tau benda tu akan membahagiakan dia?
entah lagi WORST ke, mane kau tahu?
entah bila kawin lagi pun dia takdapat anak gak. 
jadi adakah nak suruh dia kawin lagi sampai la dapat anak?
atau fikir "eh silap plak. ceraikan lah minah tu. ingat kawin lagi satu bole branak. takleh gak.buang beras je"
camtu?
well if u think 'payung emas' tu is meant for wanita yang mengizinkan suaminya kawin lain semata2 untuk dapat ANAK, think again.
jangan lah beriye sampai begitu. tapi penah fikir ke kalau betol2 dia buat, dia akan happy dgn bini dia dan anak kandungnya (kalau ada) dan adakah hidup kau will be better? adakah hidup kau complete? (define complete, please. having children doesnt mean ur life is ALL complete) and it doesnt mean if u dont have kids, ur life is not normal, not complete, not blessed, and CURSED. 
why would u ask for something that u dont know what will the consequences be?
Ya anak itu rezeki betulllllll anak itu rezeki dari Allah. tapi benda yang selain anak, bukan rezeki ke?
hidup, nyawa dan kesihatan kau yang sempurna, bukan rezeki ke?
akal dan anggota badan yang sempurna, bukan rezeki ke?
suami yang penyayang dan adikberadik yang cukup, bukan rezeki ke?
kawan2 yang ramai dan mengambil berat, bukan rezeki ke?
mak ayah, mertua, bukan rezeki ke?
kebolehan dan bakat yang kau ada, bukan rezeki ke?
tempat tinggal dan shelter, kerjaya dan gaji yang tetap, bukan rezeki ke?
makan minum yang cukup setiap hari, bukan rezeki ke?

jadi jika dah ada itu semua, siapalah kita untuk decide suruh husband kawin lain semata2 untuk make him happy to have a child of his own, to be a normal man, to be a father. sedangkan kau bersedih, curse diri sendri, sebab takboleh "beri" husband kau anak. Kau mmg takboleh beri pun sayang. Allah yang tentukan Dia nak bagi atau tak. kalau Dia nak bagi mcm mana-mana-mana-mana pun Dia akan bagi and please stop cursing yourself and let ur husband find someone else.
KALAU eh, KALAU suami kau yang mandul, suami kau nak ceraikan kau dan biarkan kau kawin dengan lelaki yg tidak mandul supaya kau boleh dapat anak, kau sanggup?
(if ur husband in a way, likes to fight with u because of ur infertility, ask this question to him, kalau dia kata Ya dia sanggup ceraikan kau asal kau boleh mengandung. Oh GOD) 

Unless ur husband sendiri yang mintak. dia sendiri yang rasa dia tak complete kalau takde anak. atau makbapak dia yang kisah sangat pasal takdapat cucu. rase mcm masuk neraka agaknye kalau takde cucu.
(kalau laki yg jenis gatal dgn pompuan, die suke je kot bini kasi kawin lain!)-but i dont think all men are the same.
Bersyukurlah please. aku bukan la cakap besar, this is just my opinion and some of it FIL aku yang banyak ceramah kat kitorang. to be honest i am very thankful God had given me such an understanding and supportive and RASIONAL father&mother in laws. aku kagum kerana pemikiran diorang tidak kolot dan kekampungan. yang tidak paksa anak sendri ceraikan bini or kawin lain sebab "lambat" dapat anak. atau "mandul". katanya BUANG MASA sebab kawin dengan orang yg takboleh beranak. Tak worth it katanya. Takde motif kalau kawin, jika takboleh ada anak.-katenye. 
Memang patut lah kalau FIL aku suruh tanya orang2 mcm ni, "awak agama ape?"

Utk tripletstory mommy ni, aku ade baca yang die sampai pernah terniat mcm tu, nak bagi husband kawin lain supaya dia boleh dapat anak dgn pompuan tu. its not that i 'judge' u, not to offend you as well, and well u already have 3kids now.
I understand it was all emotional, kite ni pompuan memang golongan yang lemah yang hatinya halus, cepat tersentuh, and i ADMIT, i used to feel the same way and ask my husband the same question. (lepastu kena marah)
tapi aku cepat2 sedarkan diri, dah la baru 2tahun lebih kawin, dah sangka mcm tu. mcm tak bersyukur. mcm paksa Allah. mcm nikmat yang Allah bagi skang ni tak cukup2 lagi, nak mintak lagi dkt Allah macam2. Allah dah bagi suami, nak macam2, banyak lagi orang lain yang takde suami yang takde teman idup, single sampai tua, mati sorang2, ramai lagi. Hanya kerana kita ni suke pandang orang yang lebih bernasib baik dari kita, kita lupe ramai gila orang yg lagi SEDIH dari kita. Bila bab beramal, pernah kita banding diri kita dengan orang yang rajin beramal? pernah? pernah kita jealous dgn orang yang tak tinggal solat, yang hafiz alquran, yang alim, yang rajin sembahyang malam2, yang mcm2 lah yang religious. Tapi kita suka banding diri kita dengan orang yg cepat kawin, yang suaminya kaya, yang cepat dapat anak,..dll.
Tak salah mintak dengan Allah tapi its like please dont make it looks like apa yang ada ini, TAK CUKUP lagi. 
Dengan itu kalau aku terjaga malam2 dan pandang sbelah aku, aku syukur aku ade suami yang tidur sebelah aku, yang sedang memeluk aku dalam tidurnya. bila aku bangon pagi, teros nampak suami aku di sebelah aku. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Allah beri aku seorang suami. 

aritu aku tgk Salih Yaacob Show - I Follow tu, die jemput Mus May.
jadi mase tu die citer kisah die and wife dia, tibe2 Salih Yaacob tanye "anak brape org? dah besar dah?"
dia jawap
"ha sebenarnya kami ni masih honeymoon lagi"
"oo yeke? brapa tahun dah kawin?"
"25 tahun"

picture credit to puadede.com

HAH DENGAR TU! 25 tahun WOAH! masih boleh jawap "kami masih BER-HONEYMOON"
mcm mana dengan kite yg baru setahun jagung takde anak sudah curse diri sendri. Mus May rilek jawap masih honeymoon! aku sendri ternganga doh!
and aku kagum dia jawap
"Memanglah, semua orang bertanya, tapi saya taknak jadikan Takde Anak tu sebagai penyebab untuk takboleh bahagia. Sebagai masalah untuk jadi masalah hidup. kami bahagia je walaupun takde anak, Alhamdulillah, anak angkat pun dah ramai. yang menyebok offer jadi anak angkat pun ramai! Bukan tak berusaha, macam2 dah dilakukan tapi dah takde, takboleh buat ape kita cume teruskan usaha je la" 

dah 25tahun masih boleh cakap "teruskan usaha" aku kagum doh Mus May!

jakgi salih yaacob plak kate "saye plak tak sempat honeymoon dah ada :D"
aku tampor lak salih yaacob ni kang. awak tu ada 4 bini! 

----

November 15, 2011

Kejam - TTC ladies, read at your own risk.

MENGAPA AKU PEGI TENGOK BENDA2 NIHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!


ok jadi aku paham. kepada ibu2 mengandung, aku paham perasaan korang skg, kenapa asik nak post gamba baju baby, beli barang2 baby, lebih excited dari yg lain2. aku paham. kerana mmg takleh tahan tengokkkkkkkkkk!!!
designer2 baby apparels ni semua KEJAMMMMMMMMMMMM!!!!
huwaaaaaaaaaa

takpe takpe, nanti kalau aku pregnant, korang hadiahkan la aku eh.
hehehehe

tapi sumpah aku sgt suka gila benda2 yang diorg design ni.
yg rock rock punk semua bagai.

becoz fyi, me and my husband used to be involved in those "Youth Subcultures"
ala, muda2.
hahah, well, the subculture brought us together.
before we know each other, (and when we're already bestfriends and he was the bassist of my band) he was a punk. a REAL PUNK. bukan poser. bukan yg fashion punk. bukan yang saje2 dressup dan pacak2 kan rambut. dia memang budak PUNK. yg jahat. hhahaha..well, u know how a true punk lives.
and i was a. skinheadgirl. hurup kecik sket. segan. well it was worth the memory. being young, and mase muda semua nak jadi macam2. nak ikut2. tapi aku bukanlah the REAL skinheadgirl. aku cuma yang support the local scene, dan mmg nak sangat ada band yang boleh represent the culture walaupun culture itu di zaman itu, semue org benci. dan masok tv, "makan sampah" katenye.
bodoh, ape ingat kami ni takde perut ke nak makan sampah? ingat tak busuk ke sampah tu?
hahaha, teringat zaman itu.
tapi tak dinafikan bila dah tua2 ni (ala mane tua 27thn) kami masih lagi bermain musik. tapi subculture tu semua dah tak wujud. yg tinggal semue kenangan yg indah.
taksangka jumpe jodoh aku dalam subculture ni. dulu aku anggap dia macam abang jek, dan mase die join band aku takpenah pun aku ade hati kat dia. (rupenye dia ade hati kat aku dari dulu lagi!) hehehe....
so when we are married, and we still enjoy the "songs" and we still play some music. cuma tidak la se-active dulu2...kalau perform pun kat acoustic shows je tu pun main lagu yg radiofriendly (eh kami mmg radiofriendly pun, radio je tak friendly dgn kami hahaha) tapi April 2011 aritu ada gak dapat show kat KL, budak punks+skinhead rupenye masih wujud dan mereka masih kenal dan ingat kami! (and singalong our songs too!) bangga! :D 
aku penah janji nak stop main musik dulu. nak concentrate on TTC kononnya. tapi bila tak berhasil, mula lah nak main musik balik. haih! aku tipu.
aku masih minat DrMartens, and i still wear them. and i still collect them. kasut hantaran aku pun kasut DrMartens (tapi mintak yg heels la skit takde la nampak rebel sgt :P) dan kasut hantaran aku tu ialah DrMartens aku yg ke 9. cume rambut aku dah takde la mcm dulu. pakcik aku benci gila tgk rambut aku dulu. dia tanya PESEN APA NI? aku ckp sbb aku budak limkokwing. so budak2 limkokwing mmg style rambut macam2.
hahahha.

So why these pictures drives me nuts? aku rase kalau laki aku tgk baju baby yg ada lambang "Anarchy" tu pun mesti dia nak nangis gak n nak suruh aku beranak skng! hahaha

ok scroll at your own risk.
Taktau nak credit mcm mana sebab semua ni aku Google Images. so credit to Google Images.


BABY CLOTHING

BABY SHOES

BABY BIBS!!!!

BOTTLES!!!!!!!!!!!!

Ok yang botol susu tengkorak tu aku nak sangattttttttttttttt (eh tapi takbaik la kan tengkorak2 ni?) hehehe malaikat taksuka! ala tapi chomel! haih! benci la aku! 


:( 


Takpe, its ok to dream :)


November 14, 2011

Just got back from Penang!

Gaye mcm lama je pegi. Padahal pegi petang jumaat, balik sabtu malam. so 1malam jek tapi puas la berjalanbersame kwn2 :) tq wani ardy sebab ajak berjalan. sonok! lenkali nak jalan2 dgn kwn2 lagi!

alin-wani-jay - at Batu Feringhi, Penang
clockwise: ermie,wani,syafiq,alin,jay,along at Bukit Bendera, Penang
Naik cable car! 



Mase kat Penang, asik LAPAR je. aritu citer berat dah turun kan? Balik dari Penang, naik 2 kilo balik hehehhe.....maybe sbb makan beramai2..mcm berselera je gaknye. nasik kandaq sedap!

BBT hari ni naik, tapi period dah turun dah. maybe esok2 die turun balik kot. kali ni macam lambat lak period lepas last tablet. tapi kali ni cycle jadi 29days. alangkah bagusnya kalau mmg setiap bulan begitu? :(
Here's the completed chart for October-November cycle.


Cuba tengok, bila berubah je temperature, coverline pun hilang. dah tak PRETTY dah chart aku :( hehehe so memang sah2 la aku ni sgt PCOS sebab rocking mountain sgt chart aku ni. tapi takpelah.. yang penting period keluar. Progesterone aku pun terok jugak..start from day 16, progesterone aku takat tu je (walaupun dgn yasmin) aku ni seriously perlukan Progesterone treatment. ok start dari hari ni, aku akan apply cream lumiglow tu dengan bersungguh2 dan monitor tgk ada progress tak. memang takkan terus nampak la dalam 1st month ni kot...tapi aku akan cuba sedaya-upaya!
what's a PRETTY chart looks like?

OVULATED ON DAY 15, BUT NOT PREGNANT

OVULATED ON DAY 15 AND PREGNANT
Bagus lah 2 owner charts kat atas ni, ada hormones yg stabil dan cantik dan mengikut buku teks..haih...

SENTAP JAP.

Tadi aku agak bengang bile sorg akak yg pregnant no 3 dari tgkat atas turun bwh saje nak borak2 dgn kwn dia..then seMUA org bertanyekan progress dia mcm mana, ade mengidam ape2 tak, muntah2 tak, suami layan mcm mane best tak dpt manje2, ape beza pregnancy 1st dgn 2nd dia byk beza tak, time pgnant ni ade memasak tak, amboi diorg niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak pandang sekeliling pun! aku cam nak je jerit WAA BESTNYE PREGNANT KAN SEMUE ORG CONCERN KAN!!!!! suami manje2kan kite ke tak pun nak tanye!
(eleh suami saye pun manjekan saye takpayah pregnant pun boleh manje! wek!) - dengki

ye la aku paham, buatpe diorg nak jage ati aku takpasal2 kan. jadi aku biarkan mereka berbual2..sambil aku buat pekak konon2 tgh dgr mp3 tapi sbenanye aku tattau mcm mana nak cover supaye aku sbenanye tidak mendengar perbualan diorg :(
aku mcm nak je tanye akak tu, "Eh dah ada dua dah la, ape nak tambah2? Cube bagi peluang kat orang yg lom pregnant2 ni!" atau nak je aku tanye " Eh pregnant ke kak? BORINGnye"
hahahaha,,tapi tu kehendak Allah, aku sape nak pi tanye mcm tu kat die yg Happily Pregnant. Takbaik pikir mcm tu kat orang. :-|
Alah biase la itu my inner-darker side yg bercakap. Sbenanya, itu rezeki mereka. Aku ni cukup2 la nak terase tak habis2. hish..

Astu tadi kat fb ade org update status" Eh betul ke 2 line ni! dah test 3 kali masih 2 line! am i pregnant guys?? tolonggggg!! OMG! pregnantkah aku???"

nak je la aku komen: Kau pernah makan tapak kasut bernama Dr Marten?
kalau test 3 kali lagi mau tanya kat fb "pregnant kah aku?"
eh tak pregnant lahhhhhhh! 2line tu maksudnya tak berak 10 hari!!

bodo.

Ehhh sudah sudahh lahhhhhh nak marah orggg!
:P
saya period. emo lebeh.