Alhamdulillah dah discaj hari isnin aritu. Dpt MC lagi 2 hari so harini kamis baru masuk ofis.
mcm biase bile masok ofis, meja dah tak serupa meja, monitor pc byk postitnotes bertampal sana sini.
aaaaaaaaaaaaa
bukak email ada 104 NEW
AMBOI AMBOI AMBOI
Rase happy bila tgh sakit ramai kawan2 dtg. Tenkiu kawan2.
Betol la bila kite sakit, kawan2 dtg dia mcm bole relieve sket stress.
Kesian gak kat laki aku sbb kene tido dlm wad, nasib la ade mcm kerusi panjang yg boleh baring, dan ade blanket utk dia. Heheh, rase best gak sbb bile sakit, asben mcm manje2kan kite. SUKE :D
Well, utk TTC bulan ni aku pon taksure sbb aku rase aku on antibiotic dan mesti la effect sket hormon2 aku kan. tapi aku gigihkan jugak apply cream lumiglow tu. harap2 dapat la dia stabil kan hormon aku walaupon aku tau dgn just apply cream tu takkan mengubah ape2 sgt pun...so aku makan la supplement2 mcm EPO & habbatussauda. harini aku dah CD 11 je baru. takleh track sgt BBT sbb BBT aku naik mase aku warded, ye la bile tgh makan ubat and tak sihat, mmg la temp naik. so takleh rely sgt on BBT bulan ni.
harini baru BBT aku turun to normal. 36.36 (suhu biasa waktu belum subur)
aku nak think positive je bulan ni dgn harapan hormon aku akan betul dengan sendrii.
Ape2 pun aku nak tukar to DEMC lak pasni. bukan pasal aku taksuke Dr Delaila. tapi pasal klinik die jauh sket and aku leh jumpe dia malam je. lepas kol 9. penat kot tunggu.
DEMC leh set appoinment..lagipun aku dah penah warded kat sini, senang diorang ade rekod, and aku pon tattau aku just simply fell in love dgn DEMC! hahaha harap2 kalo pregnant nanti ade rezeki aku branak kat DEMC je :)
aku kena follow up appoinment due to bronchitis aku ni, on 2nd Dec ni. aku ingat alang2 pegi sana aku nak pegi kat OBGYN punye clinic skali :D
aku dah prepare TTC Chronology aku utk bwk ke sana nnt. nnt datang suh doc baca sejarah TTC aku sudah.
November 24, 2011
November 19, 2011
I'm having Bronchitis and it sucks.
![]() |
| This pic was taken on Monday 14 Nov 2011 - 1st Neb for this week.-sebelum warded This morning: 15th Neb for this week. :-L |
Just the matter of updating,
im admitted to DEMC at this moment. selepas berminggu2 batuk berpanjangan dan asthma yang tak hilang2 walaupun dah 2 kali doc prescribe ubat, akhirnya masok gak wad.
itu pon pasal aku dah takbleh tahan sebab minggu ni dah 7 kali sedut nebulizer and nothing happen. lepastu sel darah putih naik, sebab ada infection.
xray mula2 kate clear, tapi pagi tadi doc examine balik katenye paru2 aku ade white spots which looks so much like a bronchitis, cuma tidak lah teruk sgt. tapi it doesnt look OK la kalau dah kena warded kan.
lastnight setiap 2hours nurse dtg bwk nebulizer, astu asik sedut je la kejenye. bila nak tido?
jadi takpelah, dah memang cara treatmentnye mcm tu. ini betol lah lagi terok dari asthma. kalau asthma mane ade sampai setiap 2jam kene sedut. biasenye kalau terok pon satu hari sekali je la kan.
well while sitting on my bed tadi i was having fun watching Home&Health Discovery Channel. Tersengeh2 aku sorang2 dan kdg2 rase nak nanges sket. Terharu dan segalanya.
Smlm aku tgk 19kids and Counting. mcm menyampah gak sket! hahahha sebab tak paham kenape yg minah ni asik mengandung je sampai 19 dah anak dia and when they are celebrating their 25th Year Aniversary, SHE IS PREGNANT WITH THE 20th!!! GILA KE WEH? its like OI KO TAKDE KEJE LAIN KE!
hahahaha, yeah thats what we call God's Miracle. memang gila and yg bagusnye couple sgt LOVEY DOVEY walaupon anak dah nak masok 20. gile siot dia ni. tapi dlm diam hati aku mcm, Hai mengape 19org tuhan bagi dia eh...mgkin die memang mampu dan boleh jaga berpuloh anak pun......
how about us?
hehe, pagi tadi pulak tengok "I Didnt Know I Was Pregnant" (Cheryl's story)
mmg touching gila.before Cheryl ni decide to TTC, die dah ambik anak angkat dulu..lepastu lepas die decide nak TTC naturally after 3years kawin, tiba2 dia ectopic, so tube dia ruptured dan kene buang la. tapi RE dia kate, kalau sbelah tube effected, sbelah lagi mesti effected jugak..so doc ckp kat dia "U may not able to have any children"
:( sedih gila
lame gak die nak terima kenyataan tu, hari2 die bersedih...anak angkat dia mase tu dah 3tahun.
tapi aku kagum sebab dia ckp "Why was I Complaining? God had given me this kid and i should be thankfull" refering to anak angkat dia :) see? baguskan dia cakap mcm tuh.
Yang kelaka nye selama 20tahun die believe yang dia memang takboleh pregnant lansung. tiba2 satu hari die sakit perut sgt2, tibe2 pengsan. masok je spital doc buat ultrasound tengok ada BABY!!!!!!!!
and dah 28weeks!!!!
die sendri takpecaya, asben dia pon takcaya. tapi doc ckp plasenta die mcm dah nak tertanggal, so bile tanggal, blood supply semue takleh pegi ke baby dan baby akan mati. so dandan tu jugak kene emergency C-Sect utk keluarkan baby.
baby dah dikeluarkan, kecik gila and keadaan critical gak. masok dlm incubuter. Si Cheryl ni plak lagi terok, tibe2 kena cardiac arrest, stroke 2 kali.....teros mcm nak nazak dah. Doc suroh asben dia panggil semua family member. sebab katenye, satu satu organ dia shut down! :-O sedih weh.
lame gak die mcm koma, and idup dengan life support. tapi memang kuasa tuhan la tu, dia tersedar beberape minggu lepastu, dah sihat. die ckp mase koma die mcm nampak ada cahaya putih sbelah kiri dia. astu die nampak diri dia sendri, happy dgn family dan anak2 angkat dia...then die mcm diberi pilihan, nak mati ke atau nak continue hidup...die ckp die pilih nak hidup dgn family dia lagi. so tibe2 die sedar. WAH!
tengok2 tibe2 dah ade anak kandung sendri kat sbelah :) auuuwww
die dapat baby boy..baby tu pon lepas dah cukop berat, boleh balik...parents die ckp "we never thought that we could have a grandchildren. thanks to the lord"
:'')
so what's a bronchitis asthma?
![]() |
| pic credit: http://pennstatehershey.adam.com |
Yang aku bencinye tuh...dah aa baru nak try TTC betol2 lepas 2cycles of yasmin ni....dah masok wad sbb bronchitis la plak kan...astu kalo dah masok antibiotic dan drug yg mcm2...mcm mana hormon nak betol balik? haduiiiii
November 16, 2011
She is so blessed.
PANJANG entry ni. baca sambil minum kopi pun ok.
Sharing this link http://tripletstory.blogspot.com
dah share kat fb. kot2 ada readers yg takde my fb. baca lah blog di atas.
Pasal a 6-years-TTC woman finally blessed with 3 kids in her womb.
aku taksure dia guna kaedah ape. mungkin IUI mungkin IVF, but not sure.
she mentioned in her blog, she tried everything, including 'produk B'
ah, biodex la tu.
memang, aku pun mcm dia gak, terpengaruh dengan testimonial org yg 5thn, 10thn, 15thn trying.
yang 15thn tu aku penah tgk die bagi 'live testimonial' mase aku pegi seminar biodex tahun lepas. memang dia dah nampak berumur skit. ye la kawin pun dah 15thn. dia bagi live testimonial sambil dukung anak dia.
dia ckp dia dah 5 6 kali failed IVF dan memandang rendah pada mulanya dekat produk biodex ni. yelah, dia dah cuba benda yg berpuluh ribu. mcm mana produk yg berharga taksampai rm500 boleh buat dia pregnant.
tapi dia pregnant dengan biodex.
tapi tidak jugak orang lain yg tak berjaya, takkan dia nak publish testimonial kan. kalau dia nak publish testimonial orang2 yg tak berjaya, aku orang first nak bagi! haha!
jadi aku takkan menyamakan cerita sape2 dgn achievement masing2. sebab rezeki yg Allah beri tu berbeza2 mengikut usaha masing2.
mungkin blogger tripletstory ni is so blessed. kite taktahu apelagi usaha yang dah dilakukannya, selain medication dan berdoa. mungkin dia banyak tolong orang, mungkin dia banyak bersedekah, mungkin dia telah redha, mungkin hati dia bersih..mungkin.
ape2 pun cerita dia ni sangat touching dan aku asik "mata berkaca" je bace blog dia.
sudah la cute gile 3triplets ni. mesti budak 3 org ni ditatang bagai minyak yang penuh.
6years of waiting akhirnya dikurniakan tiga terus. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Penyayang.
-----
But i only dont agree with 1 thing. this is too subjective okay. dont judge me by my opinion. this is only an opinion. u can have ur own.
Mengapa perlu berniat utk suruh suami kawin lain kalau kita takboleh mengandung atau lambat mengandung?
Seriously la, why do we have to think that way?
Adakah menjadi satu kesalahan, kalau kita yang sudah berkahwin ni, tidak mempunyai zuriat?
Adakah Allah akan hukum kita, kalau kita takde zuriat?
Adakah hidup kita tak sempurna, tak normal, susah, payah, rezeki disekat, kerana tidak mempunyai zuriat?
Adakah kita akan hidup bersedih dan tidak bahagia, kerana tidak mempunyai zuriat?
Adakah ianya SATU DOSA BESAR, kalau kita tidak mempunyai zuriat?
Ya, memang SEMUA orang nak anak sendiri, nak rasa pengalaman mengandung, kalau boleh nak cepat2. Nak sekarang. Anak itu bagi aku, satu kemahuan bukan keperluan. Ia adalah satu keperluan bila kita sudah mempunyai anak nanti. Tapi selagi "BELUM ADA" ia dinamakan 'satu KEMAHUAN' sahaja.
Yang sudah dapat anak, mungkin memang itu salah satu keperluan yang sangat diperlukan sekarang oleh itu Allah beri sekarang. (sudah tu jangan le berlagak beno)
Tapi la kan, kalau dah kawin bertahun2 dan masih belum berjaya lagi, kenapa perlu mcm nak emo dan bersedih kerana 'kesian'kan suami yang nak sangat anak tapi kita takboleh beri?
diulangi, kita takBOLEH cakap pun yang kite ni BOLEH beri atau takboleh beri. kita siapa?
kita ke yg buat anak tu? kita ke yang tukang tiupkan roh anak tu? kita ke yang tukang tulis takdir sendiri kat Luh Mahfuz?
kita ke yang BOLEH atau TAKBOLEH memberi itu?
yang memberi itu siapa? ALLAH SWT kan?
jadi okay think this way la kan, kenapa kita perlu like,
"takpe la biar die kawin lain asalkan ade anak yang berbin kan nama dia"
astu muka mcm ni :'(
i mean, kite siapa utk decide benda mcm tu? kita siape nak susun aturkan perjalanan hidup, rezeki, jodoh dan zuriat seseorang lagi-lagi la suami kite sendiri. Tah2 dah memang Allah tahu dia belum layak jadi seorang Ayah lagi. Tanggungjawap AYAH itu sangat berat tahu? mungkin Allah suruh suami kita cari ilmu yang tinggi, belajar erti hidup, baru boleh jadi AYAH untuk pimpin keluarga dan anak2. Kadang2 bukan sebab kita je, sebab dia juga. Penyakit kita ni cume penyebab saja untuk Allah nak uji. jadi mengapa harus decide,
"OH! aku kesiankan suami aku, suruh dia kawin je la aku redha :( takpelah biarlah dia bahagia asalkan aku...bersedih?" atau "kalau die bahagia aku pun tumpang bahagia"..:( "
JGN TIPU. u cannot lie to urself mate.
lepastu jgn heran kalau anda pengsan/sakit jantung di hari pernikahan suami anda yang anda sendiri relakan itu.
dulu aku wedding photographer dgn CS. 2006-2008. mase tahun 2007 ex-bos aku penah ambik gamba kawin sorg client ni yang kawin no 2. yang kitorang kagumnye, mase hari nikah tu, wife no1 tu ada di hari pernikahan tu, siap bergamba2 dengan gembiranya.
mase tgk semua raw digital files bos aku tu, kitorg semua ternganga sampai tutop mulot nnt agas masok. (bukan lalat. kat opis lame aku byk agas je)
tapi kitorg tattau ape tujuan mamat tu kawin no 2 sedangkan anak2 ade 5 6 org. dlm group photo tu, dia bergamba dgn wife baru, wife no 1 dan anak2 skali. siap berpelok mcm gamba Salih Yaacob I Follow bersama empat2 isterinya masa honeymoon di beijing tu.
lagi ternganga lah kami. taktau apekah punca die nak kawin lagi satu.
nak kate sbb takde anak, ade 5 6 org kot. wife nye tu nampak alim. tudung labuh. dan anak2 pun berkopiah bagai. mungkin ada lah kan sebab dia dan mungkin mmg jodoh Allah beri lagi satu kot kat dia.
esoknya tu hari reception dia. buat besar2an kat dewan.
tapi gambar bos aku tu, separuh jalan. sampai kat makan beradab je. alkisahnya, wife yg no 1 tu pun ada di dewan itu, tiba2 pengsan, kene sakit jantung. kena call ambulance dtg.
dan pengantin tu tak bersanding pun, lepas makan semua bergegas ke spital.
kenape ye? kebetulan sakit jantung? mungkin lah. tapi why laa? memang ada penyakit? atau memang ada barah ke ape ke doctor ckp taklama je idup, so sbb tu bagi suami kawin biar dia tak keseorangan. gitu kot?
jadi fikirlah, hati mana nak kasi suami kawin lain weh. inikan lagi pasal kau takboleh beranak or lambat mengandung. please dont think that way, i mean, how are u so sure that your husband will be happy kalau die kawin lain dan dapat anak dgn bini lain tu? mcm mana kau tau benda tu akan membahagiakan dia?
entah lagi WORST ke, mane kau tahu?
entah bila kawin lagi pun dia takdapat anak gak.
jadi adakah nak suruh dia kawin lagi sampai la dapat anak?
atau fikir "eh silap plak. ceraikan lah minah tu. ingat kawin lagi satu bole branak. takleh gak.buang beras je"
camtu?
well if u think 'payung emas' tu is meant for wanita yang mengizinkan suaminya kawin lain semata2 untuk dapat ANAK, think again.
jangan lah beriye sampai begitu. tapi penah fikir ke kalau betol2 dia buat, dia akan happy dgn bini dia dan anak kandungnya (kalau ada) dan adakah hidup kau will be better? adakah hidup kau complete? (define complete, please. having children doesnt mean ur life is ALL complete) and it doesnt mean if u dont have kids, ur life is not normal, not complete, not blessed, and CURSED.
why would u ask for something that u dont know what will the consequences be?
Ya anak itu rezeki betulllllll anak itu rezeki dari Allah. tapi benda yang selain anak, bukan rezeki ke?
hidup, nyawa dan kesihatan kau yang sempurna, bukan rezeki ke?
akal dan anggota badan yang sempurna, bukan rezeki ke?
suami yang penyayang dan adikberadik yang cukup, bukan rezeki ke?
kawan2 yang ramai dan mengambil berat, bukan rezeki ke?
mak ayah, mertua, bukan rezeki ke?
kebolehan dan bakat yang kau ada, bukan rezeki ke?
tempat tinggal dan shelter, kerjaya dan gaji yang tetap, bukan rezeki ke?
makan minum yang cukup setiap hari, bukan rezeki ke?
jadi jika dah ada itu semua, siapalah kita untuk decide suruh husband kawin lain semata2 untuk make him happy to have a child of his own, to be a normal man, to be a father. sedangkan kau bersedih, curse diri sendri, sebab takboleh "beri" husband kau anak. Kau mmg takboleh beri pun sayang. Allah yang tentukan Dia nak bagi atau tak. kalau Dia nak bagi mcm mana-mana-mana-mana pun Dia akan bagi and please stop cursing yourself and let ur husband find someone else.
KALAU eh, KALAU suami kau yang mandul, suami kau nak ceraikan kau dan biarkan kau kawin dengan lelaki yg tidak mandul supaya kau boleh dapat anak, kau sanggup?
(if ur husband in a way, likes to fight with u because of ur infertility, ask this question to him, kalau dia kata Ya dia sanggup ceraikan kau asal kau boleh mengandung. Oh GOD)
Unless ur husband sendiri yang mintak. dia sendiri yang rasa dia tak complete kalau takde anak. atau makbapak dia yang kisah sangat pasal takdapat cucu. rase mcm masuk neraka agaknye kalau takde cucu.
(kalau laki yg jenis gatal dgn pompuan, die suke je kot bini kasi kawin lain!)-but i dont think all men are the same.
Bersyukurlah please. aku bukan la cakap besar, this is just my opinion and some of it FIL aku yang banyak ceramah kat kitorang. to be honest i am very thankful God had given me such an understanding and supportive and RASIONAL father&mother in laws. aku kagum kerana pemikiran diorang tidak kolot dan kekampungan. yang tidak paksa anak sendri ceraikan bini or kawin lain sebab "lambat" dapat anak. atau "mandul". katanya BUANG MASA sebab kawin dengan orang yg takboleh beranak. Tak worth it katanya. Takde motif kalau kawin, jika takboleh ada anak.-katenye.
Memang patut lah kalau FIL aku suruh tanya orang2 mcm ni, "awak agama ape?"
Utk tripletstory mommy ni, aku ade baca yang die sampai pernah terniat mcm tu, nak bagi husband kawin lain supaya dia boleh dapat anak dgn pompuan tu. its not that i 'judge' u, not to offend you as well, and well u already have 3kids now.
I understand it was all emotional, kite ni pompuan memang golongan yang lemah yang hatinya halus, cepat tersentuh, and i ADMIT, i used to feel the same way and ask my husband the same question. (lepastu kena marah)
tapi aku cepat2 sedarkan diri, dah la baru 2tahun lebih kawin, dah sangka mcm tu. mcm tak bersyukur. mcm paksa Allah. mcm nikmat yang Allah bagi skang ni tak cukup2 lagi, nak mintak lagi dkt Allah macam2. Allah dah bagi suami, nak macam2, banyak lagi orang lain yang takde suami yang takde teman idup, single sampai tua, mati sorang2, ramai lagi. Hanya kerana kita ni suke pandang orang yang lebih bernasib baik dari kita, kita lupe ramai gila orang yg lagi SEDIH dari kita. Bila bab beramal, pernah kita banding diri kita dengan orang yang rajin beramal? pernah? pernah kita jealous dgn orang yang tak tinggal solat, yang hafiz alquran, yang alim, yang rajin sembahyang malam2, yang mcm2 lah yang religious. Tapi kita suka banding diri kita dengan orang yg cepat kawin, yang suaminya kaya, yang cepat dapat anak,..dll.
Tak salah mintak dengan Allah tapi its like please dont make it looks like apa yang ada ini, TAK CUKUP lagi.
Dengan itu kalau aku terjaga malam2 dan pandang sbelah aku, aku syukur aku ade suami yang tidur sebelah aku, yang sedang memeluk aku dalam tidurnya. bila aku bangon pagi, teros nampak suami aku di sebelah aku. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Allah beri aku seorang suami.
aritu aku tgk Salih Yaacob Show - I Follow tu, die jemput Mus May.
jadi mase tu die citer kisah die and wife dia, tibe2 Salih Yaacob tanye "anak brape org? dah besar dah?"
dia jawap
"ha sebenarnya kami ni masih honeymoon lagi"
"oo yeke? brapa tahun dah kawin?"
"25 tahun"
![]() |
| picture credit to puadede.com |
HAH DENGAR TU! 25 tahun WOAH! masih boleh jawap "kami masih BER-HONEYMOON"
mcm mana dengan kite yg baru setahun jagung takde anak sudah curse diri sendri. Mus May rilek jawap masih honeymoon! aku sendri ternganga doh!
and aku kagum dia jawap
"Memanglah, semua orang bertanya, tapi saya taknak jadikan Takde Anak tu sebagai penyebab untuk takboleh bahagia. Sebagai masalah untuk jadi masalah hidup. kami bahagia je walaupun takde anak, Alhamdulillah, anak angkat pun dah ramai. yang menyebok offer jadi anak angkat pun ramai! Bukan tak berusaha, macam2 dah dilakukan tapi dah takde, takboleh buat ape kita cume teruskan usaha je la"
dah 25tahun masih boleh cakap "teruskan usaha" aku kagum doh Mus May!
jakgi salih yaacob plak kate "saye plak tak sempat honeymoon dah ada :D"
aku tampor lak salih yaacob ni kang. awak tu ada 4 bini!
----
Subscribe to:
Posts (Atom)


