February 20, 2012

It's a Harsh World




Ok, Yang tak TTC sapa? angkat tangan?
awak? awak?
ok, saya cadangkan JANGAN baca blog saya.

INI ENTRY MARAH, KALAU RASA TAKBOLEH TERIMA, JANGAN BACA LANSUNG POST INI!

aku taknak buat invited readers tu sebab supaya senang nak kongsi info, nak share apa2 yang baru, takpayah orang nak tunggu aku invite. tapi its worst bila kita bebel kat "rumah" kite sendiri, orang lain baik sangat nak beri hujah2 utk counter what i said in MY BLOG, dekat BLOG orang lain, EH sempat pulak nak counter to every perenggan on my latest post. Kau taknak cuba check post aku dari tahun 2010 berapa banyak ayat aku yang boleh buat kau sakit ati? taknak counter every pages tu pulak?

CLEARLY, aku dah tulis di atas, my blog contain HARSH words.
well, IT'S A HARSH world lady.
kau yang TTC, sakit ati dengan mulot orang mengandung/or yang dah beranak. 
Kau yang mengandung, sakit ati dgn orang yg TTC bila komplen pasal kau yang suka komplen masa mengandung/atau pasal anak.
IT'S A HARSH WORLD.

kau taknak pulak try to tiba2 "ter-link" at page TTC Group kat Facebook, tengok kat sana lagi meriah pulak orang meluahkan perasaan? Taknak cuba pulak kau huraikan pendapat kau kat situ?

Post aku bawah ni about my husband sound officemate dia yang hari2 komplen pasal anak, dan husband aku dah fedap teros sound member dia, "Bunuh je la anak tu".
Ok skang ni aku tanya kau seriously think that he meant it ke?
Takkan kau takleh beza statement sarcastic (sebab dah lama fedap), dengan statement jujur?
Kau ingat ofismet die tu baru komplen sekali je ke? 
Dari lahir anak, sampai anak dah 8bulan citer dia hari2 komplen komplen komplen! 
seolah2 sedih pulak hidup susah lepas dapat anak. seolah2 mintak hidup ni lebih bagus kalau takde anak sebab semuanya susah, utang semakin banyak, tido makin tak lena, nak gomol2 dengan bini pun payah sebab asik2 ade anak yang menyusu. tu semua dia komplen kot! kau ke yang komplen tu? bukan kan?
Dia siap cakap "taksangka pulak bila ada anak ni hidup aku makin susah" 
mcm tu kau tau dia cakap dgn laki aku! (walhal mase bini pregnant kemain dia eksen dengan laki aku sbb bini dia pregnant, bini laki aku ni takpregnant2, kemain belagak! dah tu komplen lah pulak mcm tu! Memang MINTAK kena maki laaa)

kalau kau jadi makbapak yang appreciate pemberian Allah, skali skala ko merungut sebab penat, tu orang semua faham lah, tapi aku rasa kau pun tak merungut hari2 sampai anak dah besar mcm member dia tu! 
Jadi utk nak bagi member dia BERPIKIR, dia cakap lah begitu. Bukan lah kata SURUH BUNUH betol2, yang kau bangang pegi take serious tu kenapa? Siap nak explain "mana ada ibu2 yang komplen pasal anak sebab benci anak sampai nak membunuh anak la ape la. itu the way nak express diorang nye stress la, 
MEMANG LA! DUH?????????????
kan aku dah cakap dah kat entry aku, obviously that wasnt what he meant tapi pasal dah fedap sangat kalau hari2 dok dgr komplen je, memang kena cakap benda yang paling bagi sakit hati baru taknak komplen lagi. 
ini pun pengajaran jugak kat diri sendiri, supaya sok kalau dah nak ada anak jangan eksen sgt time pregnant, lepastu tuhan baru duga sikit dah macam mengeluh hari2. dah tentu la anak tu pun memang kita susah nak jaga, kena redha dan syukur, sambil menempuh semua benda ni for the sake of ur own zuriat, tapi jangan lah sampai setiap hari make it sounds like anak tu burden hidup kau!
sok kau tua, anak tu jugak yang nak jage kau kan! 

yang kata bersyukur pasal anak tu murahkan lagi rezeki ke, yang syukur anak tu konon lagi merapatkan hubungan lakibini ke, menceriakan rumahtangga ke, TAKDE!
semuanya komplen as if anak tu mcm teros ruin hidup dia! TAHU? 
siapa yang dah ada anak pun sakit ati kot dengar mcm tu! aku cite kat kawan aku yang memang dah beranak 2-3 pun bengang! takde pun kawan2 aku tiba2 explain mcm kau ni, Pasalnya kau taktau citer seluruhnya! Ni takpasal2 aku pulak kena citer A-Z kenapa laki aku cakap mcm tu sebab kau takfaham terus assume kami ni anggap orang yang komplen pasal anak tu memang benci anak. Eeeeeeiiii

dah la yang komplen itu adalah seorang Bapak Budak, KAU FAHAM TAK? 
taktau citer, DIAM LAINKALI, kan aku dah cakap, taktau diam! taktau diam! taktau DIAM!
Gatal sangat jari2 ko tu nak jugak menaip nak explain, gatal jugak rasa panas hati bila orang2 TTC komplen.

Skang ni yang bukan TTC jangan sebok nak baca blog orang TTC. 
yang dah tak TTC lagi sebab dah conceive, u may understand this. tapi yang mcm tiba2 pregnant lepas nikah, kau takkan rasa benda ni semua, dan kalau boleh kau jangan lah cakap besar sgt kang tuhan pulak uji kau mcm kitorang, silap2 kau lagi meroyan. bila ckp kitorg meroyan, PANDAI!
kau nak sangat rasa meroyan ke? silap2 sok anak kau tuhan ambil satu-satu. baru tau meroyan?

kalau korang rasa ada lagi benda yang aku share yang bole bagi manfaat kat korang, sila lah teruskan baca. Aku bukannya tiap2 hari ada entry marah pun. Kan? Yang rasa akan stress atau sakit ati bila baca blog aku lepasni, takpayah baca. 

Pros nya disini, bagus juga aku terdengar benda2 mcm ni kan. supaya aku belajar. supaya aku tak berperangai mcm tuh kalau Allah bagi anak. supaya aku tau siap2, bila ada anak pun, penat juga, bukannya semua nya indah. like u said, pompuan. "kalau semua orang tak bahagia lepas ada anak, buat apa satu dunia sebok2 nak ada anak?"
bangang sungguh statement kau ni. padahal takde sape yg TTC pun cakap mcm tu. Kau yang salah faham. Padahal ckp benda2 mcm tu je yang bole make us stronger. 
Utk sejukkan hati sendri (sambil bagi panas kat orang lain yg TIDAK MEMAHAMI STATEMENT)
Let's say orang2 yang belum kahwin, yang tak jumpa2 jodoh, mesti penah kata benda2 utk make her stronger like, "ala yang dah kawin pun bercerai jugak, kena pukul dengan suami, suami curang, stress pasal suami panas baran.."

tapi ade ke kite semua yang dah kawin ni bengap sangat nak pegi explain kat dia yang 
"Tak semua laki mcm tu, kalau semua orang yg dah kawin ni tak bahagia, kenapa satu dunia sebok2 nak kahwin?"
taknak cakap mcm tuh? 
kau sendri tau dia tak maksodkan semua lelaki kan!
ha so same lah mcm ape jua yg orang TTC cakap pasal orang2 yang dah ada anak, walhal kami semua tau bukan semua orang yg dah ada anak mcm tu. jadi perlu sungguh ke kau nak explain to every points yang kitorang dok bebel kat blog masing2 ni? perlu?

and thanks B&C for deleting those comments including mine, memang takbagus pun sebenarnya.

tapi aku nak tetap jugak bagitau dia ni sebab mungkin dia tidak tahu, jadi perlu educate dia (LIKE WHAT SHE SAID KAN, ORANG yang taktau, kite educate them!) 
padahal aku takreti educate orang! so this is MY WAY of educating! and fortunately ramai juga change their way of thinking bila baca blog aku, ramai feedback utk thank you kat aku sebab diorang pun nak positive juga supaya tak meratap sangat tentang lama ber-TTC. 
tapi kalau orang mcm kau, aku mmg tak positive! 
nak sangat suruh educate, kang bila sound kau tu TAK TAU, ko cakap, we should educate orang yang taktau ni supaya diorang faham. kemain.
yang makcik2 taktau apa, tiba2 nak pulak aku pegi EDUCATE mereka spt: "makcik, saya ni polycystic ovarian syndrome makcik, saya punye ovari ni, memang lah ada follicles, tapi dia tak grow sangat ada yang grow tapi jadi cysts je sebab hormon level saya tak balance, blabla, jadi haritu saya chemical pregnancy makcik, bukan takpenah mengandung tapi takcukup hormon lagi saya ni, biasa lah penyakit, kena makan ubat lah makcik, insulin level saya pun takberapa nak balance sangat itu yang saya susah ovulate tu makcik, progesterone saya pun susah nak ada sebab basal body temperature saya tak jumpe peak day lagi, macam mana nak jumpe kalau asik below coverline je.."

kau ingat makcik tu faham? 
jangan kate makcik tu, Kau faham? kawan2 kau yang kau backup tu, faham?
Member yang aku bengang kat twitter aritu, faham? 
bila maki2, faham pulak. bila cakap suruh bunuh, 
FAHAM pulak.
bila tanya SALAH KE KALAU TAKDE SKANG?faham pulak. 
jadi kesimpulannya,

IT'S A HARSH WORLD.
you're harsh. so am I. 
aku pun terima hujah2 kau yang tak membina tu, sbg point2 orang yang tidak TTC. 
nak marah, marah kat sini. takpayah sempil kat blog orang lain utk counter entry2 aku. 
ada ruang utk komen aku bagi, kau nak gak gaya mcm berani-berani cuak, pegi komen kat post orang lain pasal ape yang aku tulis kat blog aku sendri.-dengan nickname and akaun palsu, annonymous la konon. nak sound tapi takut, ha tu kau lah!
so embarassing! 
ni, yang aku bingit pasal member aku sound pasal Cara and Tarikh salah tu pun kelakar juga, baik gila nak explain apekah maksud member aku tu sedangkan member aku tu 10kali lagi harsh dari aku, takgune nak anggap dia cakap mcm tu utk mengharap cadangan dia berjaya pun! dia cakap tu pasal memang takde benda nak cakap pun sbenanya! dan dia memang dari dulu suka kutuk orang yg tak pregnant2 ni sebab takde skill! suka buat lawak pasal benda2 sensitive! dah bagitau pun, buat lawak jugak! sebab dia tak kena! 

beriya lah kau ni! backup orang yang kau tak kenal!
lawak!

aku aritu kata dah taknak marah pasal TTC, kan dah marah balik! tayik la!

February 14, 2012

TTC Facebook Pages

Go on and LIKE these pages on Facebook.

DREAM MOTHERS Support Group
created by Wani Ardy.
My friend, the one who's with MRKH Syndrome, borned without uterus.
Korang ada uterus? Pergi lah sujud syukur dari bingit pasal period or tidak pregnant2.
pasal this syndrome, go and google about it.
She is the reason i am stronger, dan terus dah takkisah dah. Ada ke takde ke. Syukur.

TTC Group Malaysia
Random TTC Group page for us Malaysians, boleh share everything there. Sana lagi ramai yang lagi lama dari kita, 8-10tahun pun ada.

ps: just, jangan lah guna medium fb page ni utk luah benda2 like, kene sindir dengan mertua, jiran2, kawan2, watever. go share some knowledge! or ask them anything! taksalah share luahan hati just that kalau berpanjangan begini, macam mana nak berjaya? sebab mind set asik stress dan sedih je. body system korang pun merajuk dengan perangai korang.
heee.

ok, nite!


February 13, 2012

Matangkan lah diri anda.

Ada satu orang ni. (bukan satu. ramai)
Senang sangat beranak.

1. Lepastu asik complain pasal penat nak breastfeed.
2. Lepastu asik complain penat nak riba anak yang suka breastfeed lama2.
3. Lepastu bengang sebab takboleh tengok wayang, takboleh jalan2 dating2 dengan husband, sebab leceh kena bawak anak.
4. Lepastu suka bina alasan untuk taknak attend majlis2 saudara-mara, atau kawan2 dengan mengatakan, Anak sakit. Anak taksihat, Leceh bawak anak nanti anak merengek, Nanti anak kacau majlis orang.
5. Complain sebab takcukup tidur, penat sebab hari2 anak meragam.


Komen aku utk yang no 2.
Eh kau sok dah tua kerepot kan, aku doa2 anak kau taknak jaga kau.
Astu aku nanti nak gitau dia, Weh mak ko dulu malas nak riba kau weh. dia kate penat nak susukan ko. ko jangan jage lah dia, dia masa ko baby pun berkira nak jaga kau weh. ko letak je dia ni kat rumah org tua.
mase ko kecik die bukan suke pun bela ko. asik komplen je penat lah, takcukup tido lah, kena riba lame2 lah..ko buat tattau je mak ko tu. 

:D jahatnya saya!
sbenanya kalau ada diantara kita sok ada rezeki jadi ibu, jangan lah berkira nak bela anak.
tuhan beri anak itu utk JAGA la bukan untuk seronok2 dan menunjuk2 dengan orang je.
tuhan bagi anak tu bukan semata2 untuk korang update gamba anak kat twitter, dekat facebook je.
tuhan bagi anak tu bukan semata2 supaya korang leh tutop mulot orang yang kutok korang Tak Power di ranjang. 
Memang bagi anak itu utk JAGA, BELA, ASUH. mana ada baby yang lahir keje die sengeh je, berak cebok sendiri..nak susu bancuh sendiri. lepastu diam je. tak pernah nangis. ada?

Tiba-tiba bila aku teringat rumah orang2 tua yang aku pernah pegi dulu, diorang cakap masing2 ada anak 3 4 orang,  6 org..dan aku rasa marah kerana anak2 diorg letak mak ayah kat situ kan.
tiba2 aku terpikir, tah2 mase diorang dulu2 mengandung, penah berlagak agaknya dengan org yg tak subur,
atau suka sangat berlagak pasal anak. last2 dah tua baru tau anak2 yang korang berlagakkan dgn org ramai tu tak bela kau pun. sudahnya, dicampakkan ke situ.
agaknya. tapi kelakuan itu masih salah. aku takcakap betul, masih salah.
mungkin itu dugaan, atau balasan. kita taktau.
JUSTSAYING.

Komen aku untuk yang no 4.

Ini dah selalu sangat. aku sampai naik menyampah. atau just bcoz aku takde anak, aku leh cakap macam ni? bila aku ada anak, adakah aku mcm ni gak?

aku: wei ko datang tak wedding sipolan?
kawan: tak tau lagi la, anak aku meragam nanti...kacau majlis orang je.

aku: wei anak sipolan nak bertunang, ko pegi tak?
kawan: anak aku sakit ni, tak pegi kot.

aku: rombongan ke rumah sepupu kita nanti, nak convoy dari mana?
sepupu: eh, tak join kot. leceh la ade anak kecik. nanti asik menangis lah nak susu lah.

JADI semua anak yang salah?
semua anak jadi issue. takboleh pergi, sebab anak.
Anak sakit, anak meragam anak itu ini.
camtu campak je la anak korang tu dalam lombong. kalau semuanya anak jadi penghalang.
Mulut laki aku lebih laser bila kawan2 ofis dia komplen pasal penat nak jaga anak, penat sebab anak selalu sakit, penat itu ini, semue nya penat pasal anak, penat cari duit..semua penat.

laki aku: meh bagi aku anak tu biar aku bunuh.

kawan dia: wei, pehal lak?

laki aku: abis, penat lah letih la leceh jaga anak la, laaa anak tu menyusahkan korang je rupenye, bunuh je la. buatpe bela?

kawan dia: kau ni senang la cakap, kau bukan ada anak.

laki aku: kalau asik nak komplen je susah nak jaga anak, bunuh je la!, buang ke, jangan bagi orang yang takde anak. ko buang!.(SARCASTICALLY) sebab mana ada orang yang senang jaga anak. jaga anak memang satu pekerjaan yang susah. kalau kau nak yang indah je bila ada anak, bunuh je la anak tu wei. bazir je bagi kat ko. lepas dah bunuh senang la, dah boleh tidur lena, boleh jalan2 semua, duit pun saving, kan?

kawan dia: (sumpah aku rasa lepasni takkan sebut pasal susah jaga anak lagi depan dia)

:D

ok.bukan untuk ditiru ye apa yang laki aku jawap kat orang tu.
nak tiru, boleh juga.
hahaha.
sebab bila kita jawap benda skema like "takbaik kau ni..anak tu kan Amanah Allah...anak tu kan rezeki balblabla...."
bende ni tak laku. diorang tau anak tu amanah Allah. tapi tetap nak komplen. bila kita cakap benda yang betul dan sopan, orang takkan terasa dan faham. bila cakap benda sarcastic macam, "Ala bunuh je anak tu"

baru kau tau marah?
dah tu kau komplen kenapa? kan?
laki aku memang TAK la berniat membunuh anak. tapi bila cakap macam tu baru member dia ada OTAK nak fikir.