March 7, 2012

The Faint Bleeding Again.

Okay so nothing happened after pergi ke Jeram haritu kan.
Sebenanya ada, tapi sebab sangka takde apa2 pun.
It's the light bleeding again. Sebenanye dlm 3-4 minggu lepas aku memang ada terkena kencing kotor.
Jadi ada darah sikit bila urine, which i got confused, adakah ini darah period atau darah sebab bladder kotor.Tapi bila dah pegi klinik, doc ambik air kencing, dia tak cakap ade bleeding. die ckp probably dah ilang. tapi sbenanye dia continue 2 3 days before aku betul2 baik dari kencing kotor tu.
Then, lepas balik dari Jeram, die datang balik!

and here's my current BBT, dah 53 cycle days dah pun.
look at the ones yg ade symbol * * * * * * byk tu. itu masa light spotting seminggu.
sapa penah kena mcm ni aa?
i know that light spotting is common, and normal.
and i had light spotting before. tapi bukan lama sampai 8 hari. slalu 2 3 hari je. and usually, the spottings are somekind of brownish colour. bukan merah.
merah ini sangat cair, kdg2 mcm pinkish.
bile wipe visible. die lekat sikit kat seluar pun, it will faded.
kalau biasa mcm spotting nak period tu, dia tak fade kan, die terus lekat warna yg sama.
aku lak die mcm CAIR gila, astu die fade. WHAT WAS IT!? menci la nak anxious mcm ni.


dah 2 hari takde spotting itu lagi. tapi cramping pulak! [dont tell me to get the HPT, i already tested twice and as usual, the BFN.
so that's it for today. please tell me have you got light spotting seperti yang aku cakap ni.

March 2, 2012

Cer-Cuba


I know i said I've Had Enough. and I'm Done.
But it's damn hard to really-really-really forget that you are TTC, that i am still in the mission of Finding-Two-Lines-On-a-Stick.and it's hard to even stop reading the tips&tricks, petua, ok i just assumed that we need to ready sekadar utk ilmu pengetahuan. kan. 
lagipun sepanjang kita ber-TTC ni macam2 benda baru kita tahu, belajar, ambik pengajaran. ini juga rezeki kita. ILMU juga rezeki Allah. kan. 
*sedapkan hati sendiri* hiahahaha...


Petua Untuk Mengandung

Petua ni aku shared daripada page Senang Hamil di FB. Katernye ia dikongsikan dalam rancangan Tanyalah Ustaz @ TV9 tu. Jadi kawan2, tak salah mencuba petua ni pulak, caranya pun mudah dan mengikut Islam;
1. Ambil 4 biji kurma, suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian buang biji kurma tu
3. Blend kurma tadi bersama susu kambing
4. Minum air campuran tadi sorang segelas
5. Amalkan sekali sahaja seumur hidup
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi

InsyaAllah mujarab. Menurut ustaz tu, feedback yang dia terima, kebanyakan beroleh zuriat dlm masa setahun.

Selamat mencuba.

IM SOOO GOING TO TRY THISSSSSSSSSSS!!!
try sebab macam sedap, susu kambing + kurma. teringat rasa susu kambing biodex and masa campur dengan supreme diet biodex tu, ada campuran kurma jugak dalam tu. i remembered the taste! lemak-lemak manis berkrim. 
Nak try sebab sedap ke apa Jay? hahaha! 
tapi dia kata, Sekali saja seumur idup kan. 
OK so sekali je. we got nothing to lose. jom! saya janji saya takkan kecewa atau apa2 if nothing happen. 

Sihir (continued)




Ahad 19 Feb 2012 - Jadi kami pun pergi Ijok, aku, asben aku, dgn bapak mertua aku. 

Sampai dekat rumah orang yg ada tanam pokok kelapa hijau tu, orang tu bagi 2 bijik, kena kait lah. khabarnya susah nak tanam pokok kelapa hijau ni. dia susah nak hidup. mcm tu la diorang kata. jadi yang empunya pokok tu bagi 2bijik buah kelapa hijau, satu Jantan satu Betina katenye. dah memang ngam utk suami isteri. Katenye.


Kelapa Hijau


Untuk buah kelapa tu orang tu taknak caj ape2 pun. tapi kami bagi la skit sedekah. dah kite pegi ambik buah kat dpn umah dia. takkan main ambik jek an.
Lepastu terus pegi umah cik Ramli di Jeram. 

Jeram - Di rumah cik Ramli.

Rumah dia biasa saja. rumah kampung. kami naik rumah dia terus dijemput minum. En ramli tu nampak mcm dah berumur. mungkin baya2 mertua aku jugak. terus dia interviu

EnRamli: Brapa lama kawin?
aku: 3tahun dah.
EnRamli: datang kotor, elok tak?
aku: susah nak datang kotor pun.
EnRamli: LANSUNG TAK DATANG?
aku: datang, tapi kadang2. makan ubat baru datang. sebab hormon ada masalah sikit. (nak je aku ckp SAYA polycystic, saya lack of progesterone, saya itu ini) tapi ko agak2 la nak ckp dgn pakcik tu benda2 gini, dia mesti taknak masok kepala pun.
EnRamli: NI RAHIM BENGKAK LA NI!

EWAH!
naik dah darah aku. zupppp! lagi lagi lagi nak salahkan rahim aku. aku menci aaa!
ok calm down. 

Ayah: diorang ni cuba macam2 dah dengan doktor pakar semua, ada la mengandung sekejap tapi gugur dah 3 kali. jadi ko tengok kan la. ikhtiar je mana yang boleh
EnRamli: Ye la ni, rahim bengkak ni. takpun darah ko taklancar ~WATEVER~
Aku: bukan bukan. rahim saya takde darah ketul ke bengkak ke. saya punya benih ni pakcik ramli, benih yang tak matang. dia tak membesar, dan tak sihat jadi sebab tu yang susah nak lekat tu.
EnRamli: Apa? ooo (angguk2)
....................eeeei ko paham ke idakkk ni
EnRamli: Dulu selalu aktif sukan?
Aku: TAK.
Enramli: Suka minum air gas? air sejuk? (duh this is too general. ramai je org suka minum air gas dan air sejuk dan beranak berderet2)
Aku: SUKA. 
EnRamli: Ha patut laa..ais ais jgn minummm (okkkkkkkkkk)

bini dia pun datang, minta aku naik ke rumah. aku dah la pakai jeans bagai. 
eh ni kata nak berurut lagi plak. Siapla.
aku bajet dia suh masuk bilik.
rupenye Tak? dia suh aku dok kat ruang tamu je. dan die dok depan aku. aku terlindung blakang almari la so yang mertua aku dgn laki aku dan enramli tu dok luar rumah mase tu. minom kopi. diorang taknampak pun aku.
mase kat luar tu aku nampak kelapa hijau tu enramli buang kepala dia skit. 
utk senang dilubangkan nanti.

Isteri EnRamli

dia dah sedia minyak yang dalam dia bercampur dgn bawang putih dan apetah lagi. bau mcm bau nak masak la kan. heheh. dia terus tanya:

makcik: Datang kotor mcm mana? Ok?


aku: tak ok, jap dtg jap takdtg. 4 5 bulan skali. tapi tahun lepas takdtg lansung. makan ubat baru datang. maknenye yang sendiri keluar takde.

makcik: memang mcm tu ke apa dari dulu?
aku: ak ah, dari kecik.

makcik tu tekan perot aku skit (dia tak usik lansung rahim)

makcik: kat part sini keras ni, pemakanan ko mesti takbetul.SUka makan cokelet eh?
Aku: tak de la SUka sgt pun. kdg2 je makan la
makcik: jgn amalkan tau. tak elok cokelet. air gas? air sejuk? 
aku: minum je. mcm orglain yg senang mengandung tu, minum juga air gas, air sejuk, boleh mengandung byk kali je.
Makcik: ehhh ko jgn, orglain sng mengandung mmg la. tu rezeki dia (pulak)
aku: tapi nescafe saya mmg minum setiap hari. kafein tak elok kan? 
makcik: eh, nescafe takpe (PULAK!)

dia urut kaki pulak, sambil tu borak2. 
borak2 kosong like "eh ko ni memang teringin benor ke nak cepat ngandung?"
aku: Takde ah. mase awal2 yer aa..dah lame2 dah takkisah sebab tak susah pun kalau takde anak.Nak memang nak laa..tapi dah tuhan belom nak bagi, takkesah lah
makcik: brapa lame dah kawin ni?
aku: 3tahun.
makcik: ohhh...baru 3tahun (mungkin lagi ramai 7 8 tahun 10 tahun agaknya yg dah jumpa dia)
aku: tapi saya sbenanya, bukan nak skrang, sebab sy dah taknak harap lansung ape2, saye period normal pun jadi la makcik. kalau takde anak, takpelah.

makcik: EH ko ni, sok ko tua sapa jaga ko?


aku: ala rumah orang tua banyak. (sengeh)

makcik: amboi, mintak betul2 jadi kang.
aku: bkn mintak, tapi ramai gak org ada anak ramai dah tua bukan anak2 tu jaga pun. jadi saya takkesah lah makcik. ade ke takde ke. tattau ape Allah nak sedia utk saya nanti. syukur je la.
makcik: EHHHH takleh cakap macamtuuuuuu, anak tu pentingggggggg

IM TIRED KO FAHAM TAK! leteh la! i dont know what to say or think! pikir positif tak jadi ape, pikir negatif kena marah. this is MY version of being neutral! tau tak! (eh nak marah tetiba)

aku: saya penah je mengandung, cuma baru nak lekat, die jatuh. dah 3 kali mcm tu.

(makcik tu tiba2 stop urut)
Makcik: Iya? jadi dia darah banyak la?
aku: ada yang banyak. ada yang kena makan ubat utk turunkan darah. dah tu setiap 3 kali tu, sebelum esoknya saya check pregnancy test negatif, malam tu mesti mimpi--
makcik: MIMPI ADA ORANG AMBIK?
aku: YA.

wah! dah biase ke dgn citer ni makcik.
makcik senyum lagi. helo ko jangan senyum mcm tu boleh?

tiba2 (aku kena kecikkan tulisan sebab aku sbenanya takot ter-aibkan orang tapi ini tujuan bukan utk memalukan, tapi memang nak share supaya korang tau benda seperti ini adalah WUJUD dan korang kena selidik jugak keturunan2 korang semua sebab ia memang berKAITAN dgn susah nak pregnant/sering gugur.

makcik: ko nak tau tak. bapak mertua ko ni baru buang susuk.

WHATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

aku: susuk? SUSUK? kenapa dia pakai susuk?
makcik: eh, takkan nak kasitau ko.
aku: oo. jadi?
makcik: jadi benda yang kite buang, dulu kite nak, skg dibuang, dia marah la. sbb tu dia makan nye janin2 keturunan korang. adik2 ipar ko semua penah ada kes anak ninggal dalam perut kan?
aku: hak aa ada. 
makcik: (senyum)
aku: jadi benda tu, dah buang??
makcik: dah. baru buang.
aku: APA? BARU BUANG? BARU tu bila?
makcik:hm.....bila ek mak mertua ko aritu sakit kan. ha sejak sakit tu dia dtg sini. eh ko jangan la pegi tanya dia pulak. sbenanya dia terlupa dia dulu penah pakai. ala biasa la muda2, zaman dulu2 orang semua jahil agama. skang dia kan guru agama. bagus dah skang, cumanya, dia betul2 lupa dia ada pakai. ala org dulu2 pakai pun sebab nak kuat, semua itu aje. dia skang dah buang sebab dia baru teringat, baru terfikir kenapa selalu jadi mcm ni kat anak2 dia. 
aku: habis, yang mak sakit aritu diorang kata kena sihir. bukan ke? 
makcik: alah, takkan dia nak cakap pasal dia. takde kena mengena dgn buatan orang pun. dia yang buat jadi mcm tu. takpelah dia terlupa. skang dia dah buang semua. ni yg makcik yakin ko mengandung punya lepas ni.
aku: bukan saka semua tu la? ini psl susuk?
makcik: keturunan pak mertua ko ni dulu mmg ada saka tapi dah buang lama dah. ini bukan psl saka. ini susuk ni. skang bila bpk mertua ko rajin n kuat agama, benda tu takleh nak makan tuan. jadi dia makan keturunan tuan dia. bini dia. semua dia buat.
aku: astaghfirullah...jadi semua ni pasal itu lah?
makcik: idak la semuanya. tapi tadi ko kata benih tak matang la, benih susah nak besar la telur ko banyak cyst la, kan? tu keje die laa...penyakit yg doktor ko ckp tu betul, tapi sebab sampingan nya ini jugak.

aku: (skeptical gila) Oo. jadi sebab tu dia beriya nak bawak pegi berubat ni?
makcik: ye la..takpe lah dia nak tolong, dia tau punca ade sikit dari dia. tah2 memang tu je punca. semua ni kuasa Allah gak. cuba la. yang penting anak2 menantu kena buat jugak kasi bersih kot2 ada lagi benda tu. tapi aku rasa takde dah. ni nak naikkan balik kesuburan ko je ni. 

Oh begitu ye ayah. Hm..ye lah, orang dulu2. aku faham. 
disini bukan aku nak memburukan dia. aku tau bapakmertua aku seorang yg baik. dia taat pada agama,. tapi masa muda semua orang pernah nakal, pernah tuntut ilmu tahape2 sebab masih jahil. nak2 lagi masa zaman dulu2. semue nak cuba. betul. dan dia terlupa dia belum buang susuk itu. dan dia sangka mungkin jadi sebab anak2 dia bermasalah. ada yang mengandung, mesti penah jadi kes anak meninggal. dan yang anak die dah meninggal tu die dah mengandung dan beranak lepastu, only after bapak mertua aku pagar satu rumah, pagar sana sini, suruh minum air yasin air mcm2 surah, utk protect the baby. alhamdulillah dah lahir dan kerana memang Allah nak bagi nyawa pun. adik ipar aku sorg lagi anaknya hidup tapi pernah seminggu tak bergerak dan takrasa apa2 dalam perot. mase tu dah nak deliver. pegi berubat dgn enramli ni lah, baru la rasa ada baby. jantung anak kembali normal. kalau tak before tu low. Wallahualam. 

lepas urut, dan sembang2. kami pegi depan rumah. tempat enramli lepak dgn asben aku n bpk mertua aku.

EnRamli (tanya bini dia): Dia kenapa? bengkak rahim dia?
Makcik: Ak ah...

cit! 

EnRamli: ha kan aku dah kate dah! (ok fine watever cepat la jampi buah kelapa tu hish!)

dia ambik tangan aku n laki aku letak atas buah tu (k ni kelakar skit tapi nak gelak takbole)
lepastu dia baco-baco laaa. dekat dua dua bijik kena buat bende sama. yg aku dgr ayat2 biase je pun dia bace, fatihah, qursi, 3Kul, selawat,..

kami kena minum air tu bila sampai rumah nanti. minum terus dari dalam tu takboleh tuang kat gelas ke ape. dan minum kene ONE SHOT. kalau rasa taklarat terus berenti, tak abis pun takpe. tapi takbole minum, berenti, minum berenti, takbleh. kene one shot, setakat yang mampu. 
lepastu buah tu kami kena tanam. jangan dibuang ke tongsampah.
dan kena pantang: takbole makan sayur pucuk paku, pucuk ubi dan semua yang berpucuk. jangan minum ais. jangan minum air gas (payah, aku dah minum jugak, sbb asik lupa)

Kesimpulan: 

Aku rasa istilah Rahim Bengkak, Rahim tak kuat, itu adalah untuk seluruh reproductive system kita. org2 tua takkan ckp Ovari, Tube, Progesterone, Estrogen, Uterus, Lining, Endometrium, Follicles, Ovum.
dia terus assume, semua benda tu nama dia Rahim.
jadi aku rasa Rahim bengkak kalau referring to Ovaries aku bengkak. aku terima.
sebab PCOS mmg buat ovaries bengkak sebab follicles yang tak mature ada banyak.

Mungkin ya. Mungkin, memang ada kena mengena dengan susuk yang dia belum buang. ADA KE BARU BUANG!? kami dah kawin 3 tahun kot ayah! (eh takbaik marah ayah)
ok takpe lah aku taksalahkan dia. semua ni ada hikmah. atleast dia teringat pasal tu. 
Aku percaya juga kalau benda tu makan benih,rosakan benih aku dan penghalang dia nak sihat. 
Makcik tu kata: dia dok kat rahim ko. mcm mana nak matang telur ko? semue die dah bagi tak elok. ( ISK! taktau nak pecaya ke tak! )
ni perut keras mcm ni (blah atas, bwh breast) ni sebab supplement banyak. Kan?
:D ok itu benar. habis kata suruh usaha? mesti la makan supplement smua. itu sebahagian dari usaha. 


makcik: Folic acid mesti ko makan banyak2 kan?
aku: Mase awal2 je, skang takmakan lansung dah. dalam sayur pun ada folic acid. 


ok this is not so-TYPICAL-makcik-urut. she knows more. baguslah! 


makcik: sebenanya, ko takpayah buat apa2 pun. ko memang boleh mengandung sendiri. masalahnya pasal ayah ko ni je. takpelah, dah buang pun semua. lepasni dah takde masalah, insyallah.


amboi. amboi. amboi. KALAU-LAH semudah tu! 


dan enramli ckp lagi "Lepasni keluar darah kotor belambak2 ni. ko jangan takut pulak tengok darah kau nanti...kang ade yg terkejut kan"


OK THAT IS WHAT I AM WAITING FOR UNTIL TODAY.
MANA?
mana? 
*nangis*


utk pengetahuan anda, Ya aku test HPT aku semalam. NEGATIF je! MANA!? darah takde, pregnant pun tidak!
hahahaha


oh air kelapa tu kami dah minum, dan kelapa nya kami dah tanam kat umah ayah. air die sedap, betul! dan aku google, kelapa hijau memang Penawar Segala Racun. 
---


Replying to all comments for below's post.

Sihir, yang aku maksudkan bukan lah direct -Sihir- yang seperti santau. ape jua yang ghaib aku dan kawan2 aku yg lain memang bahasekan as "sihir"
sorry for confusing. aku tidak disihir, tapi benda2 mcm ni termasuk kategori sihir. aku+laki aku terkena sikit tempias sihir itu. jadi mudahan2 lepas berubat ni, ada la nampak perubahan dekat PCOS aku ni. (walaupun dah 2minggu sudah, takde ape pun) tapi takpe lah, sedangkan makan ubat pun tak nampak terus menerus. inikan lagi benda2 tradisional. 


Bomoh - ada banyak jenis. selama ni aku memang tak percaya 'bomoh' kecuali ustaz2 yang belajar under Darulsyifa', dan cousin kpd kawan aku tu je. sebab last dia yang bagi nampak ulcer kat perot mak aku, selama 4tahun, xray,scan, semua usus mak aku clear gila. 
Ada bomoh yang korang senang nak detect dia fraud ke dia betul. kalau yang jenis cakap gebang, baca sekuat2 hati, cakap poyo gila, astu bagi syarat2 pelik2 seperti kena main dgn ustaz la watever tu dah sah2 ikut logiknya salah. 
tapi kalau dia just guna barang2 style perubatan kampung seperti kain kuning, sireh, bertih, 
paku2 karat, bunga 7 jenis atau lebih. itu semua memang perubatan kampung dan ada yang memang petua2 dari rasul/nabi. tapi kalau dah suruh benda mengarut, itu salah. 


jadi untuk en ramli ni memanglah aku percaya sikit sebab die sembuhkan mak mertua aku. yang doc spital klang dgn PPUM kata, takde ape2 takde ape2..tapi kaki dok bengkak dan besar. doc cakap takde apa2.
enramli & bini dia ubatkan, dah baik alhamdulillah. mungkin serasi. takde ape pun, die suruh sapu something., mcm kapur apetah. dah baik.


sorry sebab tulis panjang2, aku takreti pendekkan cerita,.
jadi nasihat aku utk korang yg skeptical pasal benda ni, boleh cuba. tapi jangan TAK PERCAYA. sebab benda ni selagi tak kena dekat korang, memang susah nak percaya. tapi pengalaman aku, dari ape yg penah kena kat family aku, family mertua aku, kwn2, benda ni memang ada. 
dan salah satu punca susah pregnant, boleh jadi sebabkan gangguan jin. cuma, bukan suruh percaya yang itu je, yang moden buatlah jugak. yang kampung buat jugak. 
jangan deny benda ni weh.