November 6, 2012

Wahai kita yang selalu stress masa TTC, renung2kan.

Quotes yang amat berguna untuk kita yang TTC dan yang dah berjaya pregnant untuk sentiasa beringat. Aku share apa yg kak Yus Anis quote di TTC group Malaysia facebook page. Mudahan2 beri manfaat kat semua. 

Salam kwn2...rasa nak berkongsi apa yg sy dpt td dr seorang ustazah..lebih kurang mcm ni bunyinya..

"Kalau kita diberi peluang utk menjadi seorang ibu/ayah..pastikan setiap hembusan & sedutan nafas kita tidak diiringi dengan dosa..pastikan kita didik anak itu betul2 ke jalan yg benar, ke jalan yg diredhai Allah..sesungguhnya, ibubapa akan menanggung kejahilan seorang anak andai kita tidak mendidik mereka dgn betul...bayangkan byk mana dosa yg akan kita tanggung hingga hujung nyawa..jgn ambil mudah soal pendidikan agama, ajarlah anak2 dr hal yg kecik2 sehinggalah yg besar, dari cara amik wudhu' sehinggalah kpd yg halal & haram..pastikan anak takut pada dosa, takut pada neraka.."

"Bila kita pandang org takde anak, kadang2 kita berasa beruntungnya mereka..sbb Allah tak bebankan mereka dgn d
osa2 sebegini.."

Sayu hati sy dgr nasihat ini...tiba2 rasa sgt2 lapang & redha dgn ujian ini...ya kwn2, Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita...kita hanya mampu berusaha..yg menentukan Allah...pasti ada hikmah disebalik semua ini..mungkin kita masih belum dikurniakan anak kerana Allah tahu kita belum betul2 bersedia utk mendidik anak ke jalanNya..

Jgn kita bandingkan kita dgn org lain yg nampak tak seberapa, tp dikurniakan anak berderet..belum tentu lagi dia beruntung @ tidak...kita tak nampak dosa & pahala yg terheret pd diri mereka..jadi, bersyukurlah dgn apa jua keadaan & ujiaan yg Allah tentukan pd kita..

Wallahua'lam..


Aziah Zakaria Petikan dr kuliah audio ustaz kazim elias 'harta yang tak pernah puas'..
Ni yg Allah SWT bg letak kat situ, kadang2 kita tak perasan. Kita tgk org yg mandul, yg xberanak, suami isteri xberanak, kita kutuk.

''kahwin dh 20 tahun kalau aku nikah lain lee
. Buat apa lg simpan dh takleh beranak, leceh la kamu''

Kadang2 berdesing telinga kita, merah telinga kita ni, yg isteri kita tarik muka masam dah.
Bukan tak mau anak, dh jenuh berubat dh tp Allah xbg anak.

Esok di hari kiamat, suami isteri ni rileks je. Anak takdak sapa nak dakwa,makan minum anak, anak tak dakwa. sembahyang anak, anak xdakwa. Pakaian anak, anak tak dakwa. Sebab, anak takdak.

Tuan2 yg ada anak ni, bagaimana esok anak dakwa?

Bila Allah tanya, ''kenapa kamu makan benda haram?''
''aik saya tak tau. Pak saya bawak balik beras tu, saya makan nasi tu. mak saya masak''
''Ni beras curi''
''Mana saya tau, saya makan saja''
Hah sudah tuan2. Jawabla kita.

Sebab tu jaga2. Dgn sebab ada isteri, dgn sebab ada suami, dgn sebab ada anak, pahala besar. Tapi silap jalan, lagi bala akan sampai pada kita



before ni aku penah baca somewhere, wanita pertama yang Rasulullah akan tunggu di pintu syurga ialah

1. Wanita yang tidak berkahwin dan taat pada perintah Allah semasa hidupnya.
2. Wanita yang tidak punya anak dan taat pada perintah Allah dan suami semasa hidupnya.

betapa specialnya kita yang TTC ni kalau tak punya anak juga sampai mati, rupanya dijanjikan Syurga oleh Allah dengan syarat mesti taat pada perintah Allah dan suami. Masyallah, Allah tu sayang sangat kat kita, kenapa kita mengeluh kalau lambat pregnant kan. Malunya lahai aku dgn diri sendiri yang jahil ni. 
Tapi bukan lah bererti baik takpayah anak sebab senang masuk Syurga, cuma dugaannya lebih berat, kalau Allah beri tu memang Allah beri rezeki utk nak uji kita supaya kita ni berubah dan boleh didik anak ke jalan Allah. Kalau ada anak dan kita boleh didik anak ke jalan-Nya, lagi berlipat gandalah ganjarannya kan. Wanita yang beranak pinak juga ada kelebihan masing2, setiap kali beranak diampun kan dosanya sebersih2 anak yang baru dilahirkan itu. Sebab tu la beranak tu sakit, sebab nak mengeluarkan segala dosa kita selama ni. Tapi kalau tak pernah rasa beranak, hanya perlu minta ampun pada Allah dan bertaubat, tak perlu rasa azab beranak walaupun itu yang setiap isteri impi2kan. 
Ya Allah semoga aku jadi ibu yang tabah dan mampu beri ilmu pada anak aku nanti (diri sendri pun hancor) Yarabbi apakah nak jadi aku ni :-S 

Update: Ada juga wanita yang TIDAK berkahwin, tak jumpa2 jodoh, Rasulullah mengatakan wanita golongan ini SANGAT disayangi oleh ALLAH oleh itu Allah tidak temukan jodohnya di Dunia, tapi mungkin di akhirat kelak. Allah nak dia terpelihara dari berdosa dengan suami, jadi wanita golongan ini hanya perlu taat perintah Allah sahaja, dan esok balasannya memang Syurga. Kalau orang kita?? Tengok orang tak kawin kite kutuk dia Andartu lah, cerewet lah, takde orang nak lah, Walhal Allah belum tentu sayang kita mcm Allah sayang kat wanita yang tak berkahwin tu.

Dan wanita yang TIDAK punya anak pulak Rasulullah mengatakan yang Allah nak pelihara dari menanggung dosa anak2, jadi dia cuma perlu taat pada Allah dan Suami sahaja. 
Kalau orang kita?? Wanita takde anak dikatakan rugi lah, membazir je kawin lah, membazir duit hantaran lah, buat ape kawin kalau tak dapat anak la. diorang ni lupe betul Allah nak bagi Syurga kat golongan2 begini. Kita pun sama jangan mudah lupa. 

Saya pun harap saya takkan lupa semua ini.
"Jangan BUTA pada yang ada" -quoted by Wani Ardy.
Kita ni sering nak bende yang takde depan mata, tapi yang depan mata, taknak hargai secukup2nya, esok nanti takut Allah tarik apa yang ada depan mata, masa tu padanlah dengan muka kita. - ini selalu sangat aku ingatkan pada diri sendiri. 
Kalau dah dapat apa yang diharapkan itu bonus dari Allah tapi kena lah ingat dia datang dengan se-bundle dugaan yang lain yang harus kita tempuhi. Apa2 pun hidup ni MESTI REDHA.

I'm NOT a 'lasak' person.



Seriously,
Kenapa orang ingat aku ni LASAK orangnya? hehe
dah la malas bersukan, bola pun takut, main bowling pun takreti, angkat baldi sikit pun dah mengah, jalan jauh skit dah semput, sebok cari inhaler. tang mana lasaknya?

Masa aku TTC, ada segelintir masyarakat yang kata
"Kau ni LASAK sangat, sebab tu lah tak pregnant2 lagi"

ok, aku lasak tang mana?
Adakah aku seorang athlete negara?
Atau aku kerja buat bangunan? kerja bertukang? kerja mekanik?
Atau aku selalu beraktiviti extreme seperti scuba diving, mount climbing, selalu masuk larian berkilo-kilometer, masih aktif as a photographer mcm zaman muda2 dulu
Atau aku extra rajin buat kerja rumah seperti menyapu sampah, mop lantai, lap tingkap, basuh cadar, basuh dapur, basuh toilet, basuh peti ais, lipat baju, memasak lauk sampai 3 4 jenis setiap hari?

Eheh...seriously weh aku ni orang yg lahirnya pemalas. :P terpaksa lah dedahkan buruk diri sendiri sebab nak bagitau kat orang yang mustahil aku ni orang yang lasak.
Cousin2 aku suka sangat cakap aku lasak. Kononnya sebab dulu aku photographer, keje siang malam 7days a week. lahai, aku benti keje tu 2009 kot. Aku slow dalam bidang yang aku sendiri minat sebab KONONNYA aku taknak jadi orang yang lasak. aku taknak jadi punca supaya orang leh kata aku susah pregnant kerana aku LASAK. EH tapi nak cakap gak.
Wife kpd cousin aku la especially, bila jumpa je, cakap benda yang sama. "takde lagi ke isi? laa tu la kan dah pesan awak jangan lasak2 sangat"
ewah, kalau kau tinggal serumah dengan aku, kau tahu lah betapa DEWA pemalas nye aku ni.
kalau buat satu bende tu SEKALI je. maknanya ONE SHOT. kalau aku nak kemas rumah, SEKALI je aku buat tapi sehabis baik. sampai sebutir habuk pun takda. tapi kalau aku taknak buat, ha tunggu sampai rumah aku jadi kapal karam baru aku kemas. nak masak pun begitu, nak membasuh pun begitu. yang syukurnya laki aku tau aku alergic habuk, jadi dia malas dengar aku bersin2 so bab menyapu, mop lantai, dia yang buat tapi rumah aku tu alahai kecik sangat je. depan rumah pun sekangkang kera je. so sapu sebulan sekali pun kire ok la :P

Aku ni sampai tukar profession la dari photographer/designer ke keje admin biasa je. sebab apa? sebab aku taknak jadi lasak. Sebab kalau keje admin, gi keje 830am kol 530pm dah balik. kat rumah aku takyah pikir pasal client semua. Kira makin aku TTC ni semakin aku relax je sbenarnya.

Then ada yang tengok gamba aku berbasikal haritu kat fb, dah semua ingat itu memang aktiviti mingguan aku. padahal 3 kali je awal tahun ni aku berbasikal. itu pun sebab memang nak exercise. hehe..nak ikutkan sebab tak exercise dan dewa pemalas la ade setengah orang yang tak subur sebab darah dalam badan tak lancar, toksik dalam badan tak keluar, tak berpeluh maka tak sihat.
Jadi apasalahnya aku berbasikal awal tahun haritu...alahai rajin ke aku ni bangun pagi2 every weekend? hahaha sebab tu la 3-4kali je kami berbasikal lepastu nak kejut kawan2 bangun pagi punya la payah sebab malam minggu biasanya semua melepak sampai ke pagi.
Lama2 dah tak cycling dah..3-4 kali itu je la awal tahun ni.

Jadi bebaru ni bila aku dah conceive, ada pulak sound aku "Ha kau jangan nak berbasikal dalam hutan tengah2 pregnant ni"
alaaaaaaaaaaa
i appreciate ur advice tapi dont make me look like a duff dimbo laa...takkan la aku sebodoh tuuu huwaaaaaaaaaa :((( tapi maybe advice tu gurauan je kan..ala nak emo gak :P Eh.
dah la susah nak lekat, takkan la aku gatal bontot nak pergi berbasikal pulakkkk
lepastu ada yang nasihat macam jangan buat kerja berat tu takkisahlah sebab aku sendri pun nasihat mcm tu kat kawan2 yang pregnant. Bende tu mcm general lah kan.
Aku terus gitau je, jangan kata bende berat, bende ringan pun pemalas nak buat.
Nak ikutkan hati kalau ofis ni bapak aku yang punya, memang aku tak gi keje 9bulan. letih kot aku turun naik tangga flet umah aku tu hari2. Kalau nak suh aku jangan lasak, bermakna aku sbenanye takyah gi keje. benti keje je. dok umah. sbb rumah aku flet, tingkat 3. mmg kene turun naik tangga hari2.
ada kakak yang stay kat tingkat 5 umah aku, pregnant 8 bulan skang ni hari2 aku tgk dia gagah turun naik tangga. tapi maybe die takde complication ape2 kot.

Bila TTC, ada setengah orang bila terlalu lasak, bende tu yang membuatkan dia susah lekat.
Macam contoh eh ada akak kat ofis aku ni, dia cerita dia nak dapat anak 1st tu dalam 2tahun lebih jugak. Tapi selama 2 tahun tu die memang suka join aktiviti lasak yang ofis aku buat. mcm treasure hunt la, mount climbing la, marathon la. sukan2 smua dia join. lepastu bila bawak kereta, dia suke modified2 kereta sampai lowered2, orang kata pompuan tak elok bawak kete lowered sebab senang terhentak2 semua kan.
Then bila dah 2years something tak conceive, mak dia suruh dia stop aktiviti2 ni dan modified balik kete dia tu, naikkan balik yg lowered tu. Then dia conceive, skang dah anak 2.

Ok itu dia.

Ada ex-dorm mate aku 5 years takde anak. Takpernah buat keje lasak. Tidak bekerja. Duk umah je.
Satu hari husband ajak mount climbing, then lepas join tu dia mcm jadi syok pulak, terus nak join aktiviti2 mount climbing yang seterusnya. Dia cakap, since dia memanjat gunung tu period dia bertambah baik, bertambah lancar and cycle die jadi cantik. 3 kali panjat gunung terus conceive.
(dia ni problem TTC ialah terlebih prolactin, macam2 injection dan ubat dah kena, pun tak jalan) tapi lepas mendaki gunung, rezeki sampai.

See? Sometimes Lasak tu terlalu subjective and depends dekat badan memasing. Bagi aku la, kalau ko nak stop aktiviti lasak semata2 TTC, kenalpasti dulu diri sendri mcm mana. Sebab aku rasa bodoh sangat aku stop semua benda masa awal kawin semata2 TTC dan period aku jadi lagi teruk, conceive takyah ckp lah mmg tak menjadi. Tahun ni aku join bermacam2 aktiviti, bukan cycling je sbenanye aku ade group charity dulu yang organize aktiviti2 charity ni, mcm gotong royong bersihkan rumah orang tua, tolong diorang pindah rumah dan sebagainya, jadi aku pernah la join awal tahun ni. Lepastu aktiviti dengan kawan2 pun macam2 jugak.
Tahun ni aku rasa mcm2 aktiviti sihat yang aku buat yang aku rasa mungkin contribute juga kat success aku conceive ni. So kalau leh, jangan stop bende lasak sampai tak buat apa2 ok?
Exercise tu mesti sebab peluh kite ni perlu dikeluarkan. Toxic perlu dikeluarkan :)
Sebab tu ada yang rajin exercise, period diorang lancar sebab toxic dalam badan clear.
Bukan la suruh pegi bungy jumping setiap hari kann hehehe
Sukan biasa2 pun dah ok tapi kalau rasa2 bersukan ni buat period semua lagi teruk....maybe kena stop sebab maybe badan anda takbenarkan anda berlasak2.

Jadi to be frank, its impossible to lasak2 sebab aku ni pemalas tapi maybe definisi LASAK itu pun luas. mungkin lasak tu maksudnya, aku kena jaga pergerakan, jalan terlalu laju juga bererti lasak. turun naik tangga laju2 juga lasak, bawak kereta dengan laju juga lasak, angkat plastik beg 1-2 pun dikira lasak.
mungkin maksud orang begitu (think positive) jadi kalau mcm tu betullah, kena jaga semua tu kan. Aku ni bawak kete mcm pelesit sebab kalau bawak slow aku pening. So kena bawak laju tapi terlanggar lubang, padanmuke aku kalau sakit. :P Mungkin lasak kat situ je kot, jadi aku kena belajar control diri sendri supaya pergerakkan aku tak melampau sangat.

*oh dan ada yang kata "lasak" itu bererti di atas katil hahahhaa.....siot je...ade kakak ofis aku ni dah tau aku pgnant, dia pesan "Jangan lasak2" tapi dia buat jari dia isyarat inverted commas tu " "
hahahhaa....so aku terus faham. dia pesan lagi "Jangan ganas2!!!"
cittt
astu kakak tu gelak besar..hahahaa ok tu pesanan kelakar tapi perlu dititik beratkan juga.

November 1, 2012

Cerita Saspen - at TwoLinesFound


Heyya ladies, sorry for the long silence.  
Thank you for those yang drop me an email, I’m glad that some enjoyed my ‘blabberings’ huhuhu...
Well actually, something happened to me last 2weeks.
And it’s about my pregnancy.
Please view my pregnancy blog TwoLinesFound 

--
owh and the previous entry i once publish, is now re-publish. please view the entry below:

http://findingtwolines.blogspot.com/2012/10/before-going-to-alternative-treatment.html