March 11, 2013
Msg to New members of TTC Group Malaysia
Alhamdulillah ramai yang minta aku add korang ke TTC Group Malaysia. Ramai, sangat ramai.
Baguslah kalau group ni makin ramai, makin ramai yang tak rasa keseorangan.
Kita yang TTC ni memang perlukan support group supaya kita tak down dan terus down. Dan terus rasa negatif kat diri sendiri.Ada orang yang takde lansung kawan berTTC, jadi mungkin dia cepat rasa down, bila kena soalan2 cepumas dari orang keliling, terus taktau nak buat apa kerana tiada moral support, akhirnya menangis je pengubat luka di hati.
Maka baguslah kalau ramai yang nak join group TTC ni, sebab kat situ ramai senior2 TTC, dan yang ex-TTC nak bagi moral support kat korang :)
Aku cuma nak bagitau yang ada beberapa orang dah email / komen page ni minta di-add kan di group tu tapi aku takboleh nak add atas SEBAB2 berikut:
1. Aku search email address & fb id yang korang bagi tak jumpa. Katanya not found. Maknanya korang mungkin dah setting "privacy" korang supaya orang takleh search.
2. Aku jumpe fb korang, tapi takde Add Friends button. Aku kena add korang as friends dulu lepastu baru boleh add kat group. Takpe kalau korang tak berkenan nak jadi friends aku :P sebab nanti aku unfriend balik lepas dah add korang. No offence please, aku sbenanye buat akaun fb tu my small circle of friends & relatives je, aku kurang nak share sangat life aku kat orang yang aku tak kenal. U understand me right :P
3. Kalau bagi nama saja without email add, aku jumpe 2 3 nama yang SAMA. Jadi aku tak add sebab taktau nak add yang mana satu. Dah message tapi tiada reply pulak. Jadi aku tak add.
4. Ada yang email or komen mcm ni je "Saya nak join!!!" Tapi tak bagi fb id, dan tak bagi email address login fb. Aku nak add hang guano???? :P
Sekian, harap check balik fb setting korang eh. Dah tukar setting, boleh email aku balik bgtau dah tukar so aku boleh add ke group TTC.
Lagi satu, kalau dah join group tu, WELCOME!!! :) Dan kalau korang ade kwn2 yang berTTC jugak dlm fb list korang, korang juga boleh ADD friends utk masuk ke group tu. Admin akan approve kemudian :)
--
UPDATE: MASIH ADA LAGI YANG EMAIL/KOMEN BLOG INI MINTA SAYA ADD TAPI SAYA TAKBOLEH SEARCH KAT FB SEBAB SETTING FB KORANG ADALAH PRIVATE. PLEASE CHANGE UR SETTING FIRST, MAKE SURE YOUR PROFILE IS SEARCHABLE. BETTER BAGI LINK FB TERUS. KALAU BAGI ID/EMAIL ADDRESS, DIA KATA NOT FOUND.
JADI LEPASNI KALAU NOT FOUND JUGAK I TERPAKSA IGNORE YOUR REQUEST. KALAU AGAK2 I TAK ADD LAGI AS FRIENDS MAKNENYE MEMANG UR PROFILE IS NOT SEARCHABLE. TUKAR SETTING DULU PLS :)
I HANYA BOLEH ADD FRIENDS DULU THEN BARU MASUK KE GROUP. JADI BILE SY ADD TU MAKNENYE I WILL HAVE TO WAIT FOR YOU TO APPROVE MY FRIEND REQUEST, THENNNN BARU I BOLE ADD YOU TO THE GROUP. KALAU LAMBAT SIKIT TUNGGU YA SEBAB I ONLY BUKAK FB VIA PC DURING LUNCH HOUR/AFTER 5-6PM. KALAU GUNA FON I TAKBOLEH ADD MEMBERS KE GROUP. HARAP MAKLUM TERIMA KASIH :)
March 7, 2013
Letting go my TTC Tshirt
Remember I used to sell TTC Tshirt?
I'm letting go 1 of my tshirt (used only once, washed once) Sbenanya aku ada 2, so yang first aku pakai sekali je. Since dah conceive, lepas ni takleh nak pakai lagi sebab macam tak kena pulak ayatnya. Yang satu lagi tu aku simpan la buat kenangan :) Nak let go 1 ni je.
So kalau ada TTCian yang nak, ini size S tau tapi size S ikut US standard. Maknenye kalau orang Malaysia S tu sama dengan M.
Harga RM 25 (including postage)
Kalau Sabah/Sarawak RM30
Diulangi, ini USED tshirt ye.
Still good like new. It's 100% Gildan Cotton.
Status: SOLD
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Then ada balance lagi 2 tshirt yang tak habis dijual.
Size: L (US Size) Kalau Asia, its an XL.
Masih BARU dalam plastik lagi.
Harga masih sama macam dulu RM35 (including postage)
RM40 (sabah/sarawak)
Status: SOLD
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu lagi ni LONG SLEEVE tapi design lain.
Size XL (Asian Size, sebab long sleeve ialah custom made. So they made XL ikot Asian size)
Masih BARU jugak.
Harga: RM50 including postage
RM55 (Sabah/Sarawak)
HOW TO MAKE PAYMENT?
Email me!
jayfarhana@gmail.com
I will give you my acc.details :)
ps: HPT design was designed by Me, Miracles design was designed my Nor Azlin Rosli (TTC Group member)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
CEPAT ADA 3 NI JE TINGGAL! This Tshirt takkan Re-PRINT lagi! Sebab nak buat design lain pulak! ;)
I'm letting go 1 of my tshirt (used only once, washed once) Sbenanya aku ada 2, so yang first aku pakai sekali je. Since dah conceive, lepas ni takleh nak pakai lagi sebab macam tak kena pulak ayatnya. Yang satu lagi tu aku simpan la buat kenangan :) Nak let go 1 ni je.
![]() |
| Front: NOT YET: But I Will |
![]() |
| Back: TTC Group Malaysia Logo and link |
![]() |
| Clearer Back View |
![]() |
| USED TShirt, Size S, RM25 |
Harga RM 25 (including postage)
Kalau Sabah/Sarawak RM30
Diulangi, ini USED tshirt ye.
Still good like new. It's 100% Gildan Cotton.
Status: SOLD
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
![]() |
| NEW: Size L, RM35 |
Size: L (US Size) Kalau Asia, its an XL.
Masih BARU dalam plastik lagi.
Harga masih sama macam dulu RM35 (including postage)
RM40 (sabah/sarawak)
Status: SOLD
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
![]() |
| New Long Sleeve, Size: XL, RM 50 |
![]() |
| Clearer front view. |
![]() |
| BACK |
Size XL (Asian Size, sebab long sleeve ialah custom made. So they made XL ikot Asian size)
Masih BARU jugak.
Harga: RM50 including postage
RM55 (Sabah/Sarawak)
HOW TO MAKE PAYMENT?
Email me!
jayfarhana@gmail.com
I will give you my acc.details :)
ps: HPT design was designed by Me, Miracles design was designed my Nor Azlin Rosli (TTC Group member)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
March 4, 2013
Kalau takde anak, siapa nak doakan kite time kite dah mati?
Aku taksuke sbenanye bile dengar TTCian kata
"Kalau takde anak, siapa nak doakan kite time kite dah mati?"
Maaf, boleh aku tanya.
Kenapa ye fikir mcm tu?
Seolah2 nak mengatakan Allah tu kejam tak bagi anak kat kite sebab takbagi sesiapa pun doakan untuk kite mati esok.
Seolah2 Allah sengaja taknak kita didoakan oleh anak2 kite sendiri.
Kalau ambik anak angkat, doa mereka tak valid kah?
Adakah mati esok nanti, bila anak2 angkat, atau anak susuan doakan kite, malaikat kate "Oh dia ni anak angkat..pulang balik lah doa, takleh sampai ke Allah. Kerana dia bukan anak kandung"
Macam tu?
Aku taksuke bile dengar perkataan2 yang seolah2 menyalahkan kerja Allah. As if Allah tu tak tahu. As if Allah tu kejam sebab terlupa dekat kite. As if Allah tu sengaja jadikan kite 'perempuan yang tak sempurna' kalau takboleh melahirkan anak.
Kat entry previous aku pasal doa malaikat tu pun, kite sbenanye kena doakan orang dengan IKHLAS baru lah malaikat doakan kite dan bukannye mendoakan orang sebab mengharapkan doa malaikat.
Jadi yang kita ni dok nak anak sebab nak anak yang doakan kite kenapa?
Jadi orang yang sampai tua tiada anak tu, tak guna lah hidup sebab takde orang mendoakan mereka. Walaupun mereka beramal dan dekatkan diri pada Allah, tiada anak pun tidak berguna kerana bekalan amalan di dunia tu tak complete sebab 'tiada doa dari anak'.
Begitu ke?
Salah ke kalau aku fikir macam ni?
Korang fikir macam aku tak?
Aku fikir bende ni dari aku TTC lagi.
Sebab orang2 tua slalu cakap kat aku bila aku cakap "Saya tak kisah ade anak ke takde anak sebab Allah yang tentukan"
Makcik-makcik macam tak setuju bila aku cakap TAK KESAH lalu mengatakan "Siapa nak doakan ko bile mati sok????"
As if, aku bersalah kerana cakap aku takkesah kalau aku takde anak.
Jadi, AKU MESTI KESAH sebab nanti aku mati, doa anak kandung itu perlu.
(kite ni selalu tak doakan untuk makbapak kite?) - sendiri pun kurang doakan makbapak tibe2 harap doa dari anak yang belum ada pulak. -_-
Orang-orang tua ni pun, bila sound orang, kadang2 macam tak make sense.
Bila tang solat yang takcukup, tang ibadat yang serba kekurangan, takde pulak dipersoalkan sebegitu rupa.
Tapi bila tiada anak, terus tanya Siapa-nak-doakan-ko-kalau-mati-esok.
Aku pernah jawap kat sorang makcik yang sound aku mcm tu dulu.
Makcik tanya "Mana boleh takkesah kalau takde anak. Esok kau mati siapa nak doakan?"
Aku jawap "Makciklah doakan, salah ke? (sambil tersengeh kerang buat2 muke sengal)
heh. makcik tu bengkek je aku jawap macam tu. Sorry sket, if you think of any words to let me down, I won't let you!
Aku SENTIASA akan jawap balik sampai kau diam.
Aku cuba untuk tak menjadi manusia kurang ajar, jadi aku jawap baik2.
So aku jawap mcm tu, makcik tu kata "KALAU makcik idup lagi, kalau tak idup?"
"Kalau tak idup, orang2 yang masih hidup lah doakan saya. Kenapa doa selain doa anak, tak valid ke makcik?"
Makcik geleng2 kepala dan mengatakan "Ade je jawapan kau ni"
Lalalalala.....aku senyum, aku cakap "Jangan lah marah. Saya tanye je sebab mane lah tau doa selain doa anak tu tak valid, saya kene bekerja keraslah untuk dapat anak ni...sebab doa ibubapa, saudaramara, kawan2, amalan2 saya, semuanya tak valid...susah juga saya bila mati nanti, maknanya saya dalam bahaya!" (buat2 muke sengal lagi) Padahal aku perli.
Makcik tu macam nak buat muka OK-BYE! je kat aku, heh tapi die explain 'Bukan macam tu, kalau doa anak sendiri, lebih makbul, lebih afdhal"
oh, begitu. Aku nak tanya lagi, kalau doa anak angkat macam mana? Tapi makcik tu macam pissed-off dengan aku dan terus chow. Heheh....
Biasenye kite yang pissed-off dan melarikan diri dari orang, time aku dah takkesah time TTC dulu, aku pulak buat orang pissed-off :P
Harap diorang maafkan aku. Aku sbenanye mengharapkan diorang tu jadi lebih sensitive. Ape kau ingat kau tanya aku macam tu, aku terus mengandung esoknye?
Memang kalau tak lawan untuk kuatkan diri, memang lagi down lah.
Sebab orang2 yang tak sensitive macam ni la membuatkan ramai TTCian jadi orang negative.
Kononnya sebab bila tiada anak-tiada orang nak doakan time kite mati.
Jadi ramai TTCian akan mindset macam tu.
Tapi kite tak peduli pulak nak tingkatkan amalan kite supaya amalan kite saja pun dah terlebih2 nak membantu kite time kite mati. Takperlu doa anak.
Tapi kite tak, kite nak harapkan anak yang doakan kite sebab orang tua2 dah cakap macam tu kat kite.
Mindset kite pun berubah dengan memikirkan nasib kite dah tua esok tiada anak yang nak doakan kite.
Kite ni sebenarnya selalu rasa down sebab orang sekeliling suka bagi "TEORI" yang bukan-bukan kat kite, supaya kite rasa sedih, down, stressed.
Macam ada hadis atau sunnah Rasulullah pulak yang kata macam tu.
Hadis Rasulullah tentang zuriat yang berbunyi "Sesungguhnya tikar di hujung pintu adalah lebih baik dari perempuan yang tidak dapat anak"
Itu adalah HADIS PALSU.
Isteri Rasulullah, Aishah r.a juga tiada anak, takkan lah Rasulullah nak bercakap begitu tentang isterinya sendiri???
Dan kadang-kadang ade orang tua yang menggunakan hadis untuk untuk kita yang susah dapat anak ni. Jadi kite ni lebih buruk dari tikar di hujung pintu?
Aku pun takpaham kenapa, kenapa orang sekeliling suka down kan kite.
Bila kite cakap sesuatu yang positive, they try to make us think negative jugak.
Contoh bila aku kata aku 'Tak Kesah" tadi.
Sebenarnya I was trying to keep positive dan cuba taknak sakitkan hati sendiri.
Takkan aku nak meraung-histeria pulak depan makcik tu?
Atau menangis di kaki makcik tu dan berkata:
"Huwaaaaaaaa!! Tu la makcik! Saya nakk anak! Nanti takde orang doakan saya macam mana! Huwaaaaa!!! Malangnya nasib saya makcik oi!!! Apa saya nak buat ni makcik!!!! Makcik tolong lah saya dapat anak cepat!! Mane tau esok mati ke siapa pulak nak doakan saya!!! Masuk neraka lah pulak saya sebab takde anak!! wUWUuUuUu!!!!!!
(sambil berguling2 menarik2 kain makcik sampai terlondeh di depan khalayak ramai)
Makcik tu nak macam tu ke?
So bila aku cakap aku Tak Kesah, makcik-makcik should be embarassed sebab Tuan Badan yang takde anak pun takkesah kenape pulak kau yang kepoci?
But instead, sebab ego-taknak-kalah, they say something like that to make us down.
Supaya kite yang Tak Kesah tadi jadi Kesah.
Apesal aa?
Jadi kite ni pun, mindset: "Ada anak boleh doakan kite bila mati. Kalau takde, sape nak doakan?"
Ada banyak lagi selain takde orang doakan ni.
Ada pulak suara2 pernah kata "Takde anak membazir je kawin"
or worst "Takde anak, bazir je duit hantaran"
OMG. Istighfar lah weh wahai makcik-pakcik yang suka bagi mindset salah :(
Kadang-kadang bukan golongan makcik pun berkata begitu, kawan-kawan ofis kite pun boleh tahan juga lasernya. Tapi agaknye mindset yang sama juga diberikan kpd mereka oleh orang2 tua kan.
Haih, bila lah orang tua nak ubah mindset :( Or it will never happen?
Haritu aku sound selamba je kat seorang kakak yang sedang pregnant ni, dengan selamba nya bertanya soalan" AWAK TAKDE APA2 LAGI KE?" pada seorang kawan yang baru kawin 2 bulan. Kawan tu terus merah muka. Dan jawap "takde :) belum lagi"
Aku terus cakap camni kat si tukang tanya: "Kak! Jangan tanya orang macam tu boleh tak! Tak malu ke?! Dia baru kawin 2 bulan kot! Rilek2 laaaa!"
Akak tu gelak2 dan kata "Alaaaaa saje je nak usik dia!"
Aku cakap "TAKBOLEH USIK! Usik bende lain! Nanti kesian dia baru kawin dah stress sebab semua orang tanya soalan mcm akak! Akak ni la punca orang yang lambat dapat anak tu jadi stress! Mentang2 akak kawin2 je terus mengandung, terus nak tanya orang mcm tu! (tibe2 pulak aku emotional melampau2 time tu aghahahahhahaa -ok this is pregnancy hormone :P) Akak tu kawin lambat, tapi rezki dia terus pregnant lepas kawin.
Then akak tu sengeh2 tepuk belakang aku dan kata "OK OK OK OK Akak tak tanye lagi dah :D hehehee! Amboiiii ko ni, takboleh akak tanye lansung, ko fobia ehhh? :D" (tengok tu?)
Aku cakap "YE LA! Saya 4tahun orang dok tanya Dah ada ke belum? Dah ada ke belum? Ha akak pun nak jadi orang mcm tu jugak! Kesian tau orang2 yang lambat dapat anak asik kena tanya mcm tu!"
Then kawan yang baru kawin tu kata "Kitorang takkesah kak, bile2 pun takkesah la Allah nak kasi bila pun, ade ke takde ke, redha je"
Akak tu terus marah "Ehhhhh mana boleh cakap takkesah! Perlu tauuu ada anak ni! Tua esok sapa nak tolong jaga ko?"
(See? another typical teori)
Aku jawap "Kak, yang kite sama2 pegi gotong-royong kat Rumah OKU Nur tu, orang-orang tua kat situ semua ada anak apahal anak die tak jage?"
Akak tu sengeh "Eh, ak aa kan. Hehe"
Eeee aa akak ni ade aku cubit japlagi.
Then kawan yang baru kawin tu pulak kate " Tulah, kitorang balik kampung pun semue orang tanye macam tu :( memang kawin2 je kene terus mengandung ke camna ni??"
"Tak! Semua keje ALLAH, ko honeymoon je puas2!" aku cakap camtu. Akak tadi tu sengeh2 kat aku cam rase bersalah tapi nak ajak bergurau lagi.
Hahahaha...adoi..manusia...
Subscribe to:
Posts (Atom)








