December 16, 2013

Will PCOS Haunt You Forever?

I wondered last time, when I was still TTC for my 1st baby. Sampai bila PCOS ni akan menyibuk dalam hidup kita? Selagi tak pregnant ke atau lepas dah pregnant pun ada lagi ke atau dia akan hilang after few treatments?

So aku pernah la tanya Gynae aku Dr Delaila dulu,

"Sampai bila saya akan ada PCOS ni doc?"
"Actually once u are pregnant, PCOS will be gone"
"REALLY?"
"Kebanyakkannya macam tu. Sebab tu we advice patients untuk try-to-get-pregnant-immedietely once dah tahu ada PCOS."

Perkataan Get Pregnant Immedietely tu cam SENANG kan hahaha,,..cam Sila Pregnant Sekarang kerana Awak ada PCOS.
The problem is sebab PCOS la takboleh nak pregnant sekarang kan.

Hehe but yeah the doctor meant that Kalau dah tahu ada PCOS jangan la gatal nak planning pulak. So kena buat treatment untuk get-pregnant-immedietely supaya dapat eliminate PCOS tu.

Aku kurang percaya bila doc cakap PCOS akan hilang lepas pregnant dan beranak sebab kononnya aku ni dah dihantui PCOS terlalu lama. So aku takcaya benda2 gitu. Tahyul semua tu. Hahaha..But FORTUNATELY, my period came EVERY MONTH since aku habis nifas.

Ok aku bersalin May 2013 kan. Aku nifas dalam 44 hari. Sampai hari ke 46 macam ade spotting2 sikit je.
I got my first period after bersalin on August 2013 (Hari Raya Pertama). Mentang2 dah Raya, so period pun Raya sama. Aku pikir, Oh takpe la baru 1st time je period. Walaupun aku fully breastfeeding, tetap jugak period. Yeah aku tau setiap orang lain2 cuma biasanya orang tak period kalau breastfeed. Ok aku ingat, maybe bulan tu je.

But I got my period again on September 2013. Takde la 28hari, entah brapa hari tak ingat. 35 kot.
Then October 2013 pun aku period lagi, dan November pun period lagi. WAH!!!!!

Sumpah dari zaman sekolah aku tak pernah period EVERY MONTH!

Untuk anda yang period setiap bulan sila bersyukur ok. Sebab itu tandanya anda SIHAT.
Hehehe..

Eventhough aku on Motilium Pill (drug yang increase prolactin) pun, aku  boleh period every month. So adakah ini tandanya PCOS aku betul2 Gone? sebab ade je orang yang PCOS tapi still gets her period every month kan.
Wallahuallam sebab aku dah lama tak pegi scan2 uterus dah. Erk, pap-smear pun x buat lagi..gulp.

Samada PCOS betul2 gone tu betul atau tak, aku tak pasti tapi aku harap sebab aku period every month, hormon aku dah ok balik. Atau tune dengan sendirinya.
Kenapa aku rasa aku masih ada PCOS? Sebab aku ada problem breastfeeding sbenanya.
Susu aku semakin kurang lepas pantang. So bila aku google, sebenarnya PCOS-er yang ada masalah untuk get pregnant, akan ada masalah untuk menyusu badan. Sebab faktor "HORMON" yang tak stabil.

Ada PCOS Mommy yang ambik natural supplement dan berjaya improve. Aku pun dah cuba macam2 supplement and natural food. Ada yang berkesan, tapi sementara. Then dah tak berkesan. Aku sampai jumpa Lactation Consultant untuk mengadu masalah susu aku ni sebab seriously aku sangat nakkkk menyusu anak aku sampai 2tahun sebab dah niat macam tu mase aku TTC lagi. Aku kena tunaikan, sebab aku dah janji dengan Allah. Aku takleh simply give-up. Macam mana nak dapat anak pun aku tak semudah itu boleh giveup, takkan pasal susu nak giveup. Lepas jumpa LC, memang PCOS mommy akan ada masalah macam ni, dan kena cuba natural supplement dulu untuk tengok ada perubahan ke tidak.

Kalau takde, then kena ambik Motilium drug. Dan dengan magicnya, ia sangat berkesan kat aku. Aku still ambik supplement untuk tingkatkan kualiti breastmilk semua but I have have have to take motilium. -if i dont, susu aku DROP immedietely. Perubahan kuantiti susu kat aku dengan Motilium dalam masa 24jam sahaja. Harini aku pump 1oz, esoknya aku dapat 3oz. (sekali pump). So aku shud maintain lah ambik motilium, on me, it doesnt have any side effect. Alhamdulillah. Supplement tu bukannya tak berkesan tapi LAMBAT, anak aku bukannya boleh puasa weh, dan aku taknak bagi FM selagi boleh, so yeah aku perlukan benda yang CEPAT, so sebab tu aku ambik dua2, drug and supplement for the quality :) -jangan cuba lepas baca entry aku,. sila rujuk dengan Lactation Consultant/Pharmacist k. (Cadangan gynae is not recommended regarding breastfeeding) -bagi aku la.

Tapi aku bukan nak citer pasal breastfeeding kat sini, aku nak gitau yang aku rasa aku masih ada PCOS sebab aku ada masalah susu. Take note dear PCOS-er, if dah berjaya conceive, anda INSYALLAH akan ada masalah susu oleh itu kena banyak baca gak pasal PCOS & breastfeeding (kalau niat nak menyusu anak secara exclusive la) dan aku pun strongly cadangkan korang supaya menyusukan anak secara exclusive. Mana tahu kerana tu jugak period aku get back to normal eh? Wallahuallam.

Aku rasa yang penting, apa yang diamalkan masa TTC, kena amalkan lepas bersalin jugak supaya PCOS tu takkan mengunjung tiba lagi. Apa yang dipantang masa TTC, lepas bersalin pun kena pantang jugak (caffein, air gas, fast food etc)

If you eat healthy, insyallah PCOS lama2 akan gone jugak. Ada kawan aku, dapat PCOS lepas beranak. Maybe dia tak jaga makan ke apa kot. Tapi biasanya berlaku kat orang yang belum dapat anak.

Aku akan share something important about PCOS on my next entry. It was about "Heavy Breakfast" and PCOS. Stay tuned ok? Ada keje sket ni. babai.

December 6, 2013

Pregnant at 56 Years Old

Ini bukan entry promosi ke apa, sebab aku snap gamba ni dari Majalah Wanita (taksure bulan berapa punya) yang aku baca kat gerai.



KAGUMNYA. Subhannallah, kuasa Allah. Makcik ni pulak tak putus asa, aku takpasti iklan ni semata nak tunjuk makcik ni memang TTC dan cuba produk ni ke atau dia sebenarnya beli produk ni untuk tujuan lain (sebab produk ni ada kata untuk kesihatan general Wanita kan) Astu dapat anak tu kebetulan ke, aku taksure.

So taktahu mana satu, kalau ada no fon makcik ni, dah boleh call tanya hahahaha...Tapi takde pulak no fon :P Kadang2 iklan2 selalu exegerate lebih, tapi takkisah la yang pastinya memang makcik ni mengandung at that age.

Benda kedua yang aku kagum, makcik ni BANYAK SUSU!....dia siap buat stok susu!!!
Ni la first time aku dengar orang 56tahun buat stok susu untuk anak! Kagum nyaaa......!

Petikan kat iklan tu "Kini saya & suami bahagia tanpa dibelenggu soal anak lagi"

Bayangkan dah tua pun orang tanya weh. Adoi, kesiannya. Tapi kalau nak tahu, aku pernah gak dengar suara2 orang mengata orang yang mengandung di usia lanjut ni. Like "Ape lah dah tua pun nak mengandung lagi"
"Nanti anak nak masuk tadika, ko dah tua kerepot taklarat jaga anak"

I think none of us should say that lah. Benda tu semua Allah yang rancang kot. Kalau tuhan bagi anak pada usia dah lanjut, ada lah sebabnya. Kita ni siapa nak judge pulak Allah punya plan. Bila pulak dalam Quran ade rule kata semua orang kena beranak muda je. Dah usaha sejak muda, dah tua baru ada hasil, nak buat macam mana?

Lain la kalau time muda tak usaha, buat bodoh je, tiba2 dah tua baru sebok nak anak, memang pelik jugak lah kan.
Yang memang dah ramai anak, suddenly at usia lanjut, termengandung lagi, pun ada orang mengata. Mak Long aku mengandung anak no 8 at 46years, kate kazen aku orang kampung semua mengata.
Semua kata nanti anak cacat lah, anak terencat lah, anak bodoh lah.
Sudahnya kazen aku yg no 8 tu skang sempurna sihat walafiat, mase kecik, IQ dia paling bijak sekali antara kitorang semua. Sebab masa mengandung tu 9 bulan MakLong aku mengaji Quran taktahu khatam berapa kali. Mungkin berkat mengaji Quran pun ye jugak kan. -anyway anak MakLong yg ke 8 ni dah kawin pun :D

Jadi kita ni patut ubah mentaliti, sebab mengandung di usia lanjut tu Allah yang beri. Yang beri nyawa dan roh tu kuasa Allah. Takyah la mengata.
Dan pada TTCian yang dah usia lebih 30, takyah risau kalau mengandung lambat sangat sebab dah tua dan sebagainya. Aku pernah sangka macam ni dulu, what if aku dah 35 baru ada anak? Nanti kesian anak tu aku dah tua dia baru nak sekolah dan etc etc...I shouldn't say that.

Sebab Allah tahu dan it's HIS business kenapa dia bagi setengah orang beranak muda, setengah orang beranak tua, ikut suka Allah nak kasi bila pun, sebab Dia hanya bagi yang Terbaik. Kan?

Apa-apa pun makcik ni memang rawkk....oh, tentang Jus Perawan ni aku rasa TTCian can give it a try kot? Mana tahu ada hasil kan. Aku pun macam nak try since susu makcik ni banyak pulakk lepas minum jus ni.

Happy Weekend all :)

ps: Scary pulak yang Gel Gegetah Cinta tu. HAHAHAHA

December 2, 2013

AlFatihah

Baru je haritu tulis pasal Reen Zuhdi's miracle pregnancy.
Well, semuanya di tangan Allah.

Reen's baby Daryan telah pulang ke Rahmatullah pada hari Jumaat 29 November lepas at 5months+ fetal age.
Actually this pregnancy is not so stable. Memandangkan rahim belum kecut dan pulih sepenuhnya lepas melahirkan Darius on 3rd May lepas. Mulanya baby memang sihat cuma Reen banyak bleeding on and off, nak masuk 5 months ni heartbeat baby dropped, and the doctor says it can no longer survive sebab dah semakin low dan low. So the doctor says this pregnancy should be terminated. So Reen was induced, and telah mengeluarkan baby secara Normal. The baby was so small, ye lah baru 5months. Reen could only hold it for 5minutes, before the baby hembuskan nafas terakhir.

Innalillah..
Reen beri nama Daryan Darda.
Jenazah semuanya telah diuruskan, dan tahlil telah pun dibuat di rumah Linda semalam.

Your miracle son is waiting for you in heaven, Reen. :')
Semoga Daryan gembira melalui kehidupannya di alam sana, di sisi Allah.
--
Aku takleh nak buat kesimpulan apa-apa..yelah sebab bila semuanya kehendak Allah, siapalah kita untuk membuat kesimpulan.

Sometimes aku rasa, orang-orang terpilih saja yang akan lalui benda-benda macam ni. Tak semua orang mampu dan Allah juga uji pada hambaNya yang mampu. Reen was battling all of this alone, sebab husband dia kerja offshore and takboleh balik. Dia pulak taknak susahkan sesapa, so kami semua tak tahu until the time doc kena keluarkan baby, time tu baru kami dapat whatsapp dari Reen
-_-
Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali doakan yang terbaik je dan mohon semoga Allah selamatkan baby and Reen, yeah but we know memang susah nak selamatkan baby yang belum cukup develop anggota badannya.      
Apa-apa pun syukur semuanya dah selesai sekarang and insyallah, ada rezeki lagi next time. In the mean time, rahim kena rehat dulu supaya betul2 sembuh.

Funny thing is Doc suruh Reen makan pil perancang...huhu..walaupun takleh pregnant normal tapi sebab dah pernah lekat naturally itu yang kena gak makan...Wallahuallam.