January 21, 2015

TTC Breakthrough Program?

Salam semua,

im so sorry for my loooooooooooooong silence
sumpah bizi -_- tapi Alhamdulillah, busy ni tanda rezeki dari Allah.
Dah 2015 dah pun, alhamdulillah anakandaku Fahim dah berusia 1tahun 8bulan.
Tahun ni, aku berazam nak bantu ramai sangat orang. Tak kisah la bantu dari segi apa pun.

Dengan ilham dari Allah Taala, tiba-tiba aku terfikir pasal satu mini-program yang aku boleh buat khas untuk TTCians semua. Patutnya dah lama nak buat, tapi belum konpiden. Kali ni insyallah konpiden habis :P

Berminat tak TTCians semua nak join:

TTC Breakthrough Program


Ok ape ke jadahnye TTC Breakthrough Program?
Apa yang anda akan dapat kat program ni? Ok anda akan dapat;

- Tips on how to cleanse your mind and pulihkan semangat diri on the difficulty to get pregnant, and how it can INCREASE your fertility chances.
- Tips on how to specify our DOA to Allah - yes kadang2 kita tak sedar cara kita berdoa tu ada yang tak betul. Allah memang MAHA mengetahui apa yang kite nak. The prob is, kita ni tahu tak ape kite nak? Don't be surprised if anda sendiri tak tahu apa yang anda nak selama ni. Nanti kite 'cungkil' bersama-sama during this program :D
- Tips on HOW TO ERASE all bad thoughts about not getting pregnant, towards pregnant mothers, towards facebook statuses, towards negative people yang asyik annoy korang, towards kenangan silam/pahit yang korang takpernah nak LET GO - yes, semua ni berkaitan dengan kenapa kita susah mengandung/selalu miscarried.
- Tips on how zikirullah can make your nerves & cells positive, supaya hormon anda LEBIH SIHAT, supaya telur anda LEBIH SIHAT, supaya dinding rahim anda LEBIH TEBAL, supaya serviks mucus anda LEBIH BERKUALITI untuk sperm berenang2 dan melekat dengan ovum anda utk menghasilkan seorang janin yang sihat walafiat.
- Tips on how to react with ignorants like makcik pakcik dan rakyat mesia yang mulut takde insurance TANPA menyakitkan hati anda dan hati mereka, dan INCREASE chances untuk pregnant. Ha..pelik tak macam mana cara kita jawap dengan orang BOLEH increase chances to get pregnant tanpa anda perasan.
- Kita akan adakan sessi 'breakthrough' di mana anda akan rasa LAPANG dada, lapang minda, tiba-tiba yakin 100% yang anda AKAN menjadi IBU dalam masa terdekat, insyaAllah. Ha nak tau apabenda breakthrough tu, kena la datang.

Siapa yang KENA datang?
TTCians yang mempunyai kriteria yang berikut:

- Golongan ISTERI sahaja.
- TTC more than 2 years diutamakan. Kalau TTC baru 6bulan...er pegi honeymoon lah dulu. Tapi taksalah kalau nak datang cuma aku bagi keutamaan pada TTCians yang dah bertahun TTC.
- Fail IUI/IVF/ICSI berkali2..sampai rasa pasrah, taknak cuba lagi dah. Sebab duit pun dah banyak habis.
- Pernah atau banyak kali miscarriage.
- Baru plan nak ambik supplement/fertility drugs prescribe by doc/nak buat IUI/IVF
- TTCians yang dokter pernah kata "U takkan boleh pregnant naturally" atau "Chances u nak pregnant adalah tipis" atau "Kalau u gemok macam mana nak mengandung!? Kuruskan badan dulu!" dan kata2 lain yang buat kite semakin down.
- PALING BENCI/SEDIH nak bukak Facebook/Media social yang lain sebab: Nanti tertengok orang update pasal anak, nanti terbaca pregnant mother yang update dia dah berapa minggu atau morning sickness yang dihadapi, nanti tertengok orang update pasal beli barang baby, nanti tertengok iklan Mother & Baby Expo, etc. FYI, ini masalah jiwa TTCians yang sangat serious. (Yang aku pernah alami dulu) I want to share on HOW to NOT feel like this anymore and increase the chances to 'tiba-tiba' je pregnant walaupun doc kata Takde harapan dah nak pregnant naturally -(mcm aku kena dulu)
- Selalu kena smash tanpa belas kasihan dari keluarga/sahabat handai/rakyat mesia pasal takde anak. Dan anda rasa keseorangan, takde orang yang faham. (husband kurang bagi support, takde kawan nak luahkan sebab kawan2 semua takfaham) So airmata ni sangatlah murah, asyik menangis je bila mengenangkan diri masih belum dapat merasai zuriat sendiri. Takde idea dah nak buat macam mana.
- Sentiasa avoid kenduri-kendara, reunion sekolah, gathering dan sebagainya sebab____ anda tahu kenapa.
- Dah lama tahu pasal kena mindset positif, dah cuba buat, tapi anehnya, SUSAH betul la nak jadi positif ni...sebab hidup dikelilingi orang negatif.

JANGAN datang kalau anda

-Taknak perbaiki diri sendiri dan rasa it's okay untuk hari-hari bersangka negative.
-Jenis yang nak pregnant sekarang jugak tanpa buat apa2
-Don't like the idea of Positive Mindset dan menganggapnya Bullshit.

--
So if you are interested,
Please EMAIL me at jayfarhana@gmail.com (atau komen bawah ni pun boleh) tapi email lebih senang aku nak track.
Insyallah Fee nya cuma RM35 (include breakfast & lunch)
Tentative date 28 Feb 2015 at Avenue Crest, Sek22 Shah Alam.
9am-5pm

Program ini hanya LIMITED untuk 25 orang sahaja.

Siapa aku untuk buat program ni? Siapa JayFarhana tu??
-Aku bukan PAKAR kesuburan, bukan juga pakar motivasi.
-Tapi I'm the SUCCESS story. Apa yang aku share adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa rakan TTC yang lain ada yang berjaya conceived bila buat exactly macam yang aku buat - dengan rezeki Allah. Aku dah lama nak sangat share apa yang boleh tiba2 menyebabkan datangnya Muhammad Fahim Maliqi, yang diturunkan dari Allah pada aku.
-Aku janji tak jual produk apa2. Ni bukan perangkap untuk anda tiba2 jadi ahli MLM :P hahaha

Insyallah sahabat baik aku Reen Zuhdi - yang juga TTCians - with PCOS - with NO TUBES - conceived via 4th IVF - akan menjadi speaker bersama2 dengan aku kat program ni.

Program ni santai-santai je. Tak formal pun, jangan risau :D
So TTCians?
Email me at jayfarhana@gmail.com and copy paste this:

YES I AM INTERESTED TO JOIN TTC BREAKTHROUGH PROGRAM!


September 18, 2014

Two Lines, Was Found.

And Gone.

Heheh.

Saspen tak?
Kehkeh..aku taktau nak tulis cite ni kat blog ni atau TwoLinesFound. Tapi aku rasa aku share je lah kat dua2 blog. Sorry lah aku bizi sangat (malas sebenarnya) nak update sebab terlalu banyak tertinggal cerita last2 lupa semua apa nak tulis. Aku cuba tulis apa yang aku ingat.

First sekali, Fahim dah stop bf.
Takdapat aku bf kan dia sampai 2 tahun. Cuma 1tahun 2 bulan sahaja. Sebab dia sendiri yang reject. Bukan direct je, yg pump isi dalam botol pun reject. Semuanya sebab aku pisah tido dengan dia masa aku warded denggi bulan 6 haritu. Disebabkan aku warded, dia minum sustagen mase aku takde. Dan terus suka sustagen -_- Walau dah pump pun, dia tahu, itu bukan sustagen.
Since aku tak bf, period aku normal (actually masa aku lepas bersalin pun memang normal cuma period tu very light and tak banyak, 3 hari je macam tu) Tiap2 bulan datang lepas aku nifas, ada la skali je yg tak period 3bulan, then period balik. Bila aku stop bf, aku kembali period tiap2 bulan cuma cycle panjang sket dalam 40days.

Bila dah tak bf, USUALLY, ini usually ok. PCOSers yang dah bersalin, dan keep on breastfeed selama yang mungkin, bila stop je bf, ovulation akan triggered immediately - silap2 kembali NORMAL.
Say goodbye to PCOS!

Aku boleh rasa ovulation. Lenjun basah seluar dengan egg white. Haha..dah lama tak rasa gitu.
Kami tak decide apa2. Takde pun cakap dah ready for 2nd baby. Tak jugak cakap tak ready. Kitorang berserah je. Kalau Allah bagi lagi, maknanya Allah tahu kami mampu dan perlukan 2nd baby. Rezeki semua Allah yang tetapkan. Jadi kami takde pun planning atau guna so called protection ke apa2.
Umur pun bukan makin muda.

Last period on before ni masa raya ke 2. 30 July. Then patutnye bulan 9 ni aku patut period. Aku tunggu2 jugak. Rasa cramping senggugut tu come and go, tapi takde darah.
Nak dijadikan citer on 8 Sep, aku kena sakit mata yang terok.
Pegi DEMC utk checkup and ambik ubat. Masa check blood pressure tu memang nurse bagitau, bp aku low. Dia tanya

"Puan mengandung ke?"
"TAKKKK" -laju jawap
"Bp low ni puan. Takde lah low sangat, tapi low la"

Aku pulak takpenah ade rekod bp low. Tapi aku pikir, maybe penat ke apa kot.
Doc bagi mc 5 hari and ubat titik+ubat makan.

Lepas dah baik sakit mata, aku realize aku asik nak tertumbang. Bangun dari duduk, mesti nak jatuh.
Teringat la aku kat nurse yang kata aku bp low tu.
Apesal aku low bp ni?
Malam 11 Sep, aku loya yang terok gila tahap takboleh tido. Semua tak kena.
Aku suh laki aku cari ice lemon tea kol 4 pagi.
Lepas minum 2 teguk, lega.
Then laki aku sengih2 kat aku. Apahal?

Jumaat 12 Sep aku decide utk beli hpt sebab aku rasa dah lain macam sangat ni.
Dah CD45 mase tu. Aku memang dah lama tak buat BBT sebab tidor tak betul. Malam pun memang bangun banyak kali utk buat susu/fahim nangis. So memang tak relevan kalau berBBT.  So aku taktau ape status aku ni sbeananye.

Lepas check hpt. Result dia:


:-O

Sebab tak caya dengan samar2 ni, aku pegi cari Clearblue digital.
Dan result dia:

:-O

Aku taktau nak kate ape sebab macam, EH???? Ya Allah. Aku makan semua tak jaga. Minum neskepe (dah langgar pantang) kopi, ais, ngarut2 semua tahyul. So PCOS IS GONE?
Ya Allah, alhamdulillah, I can conceive normally again. Betul kata dr delaila. PCOSers ni once beranak anak no 1, lepastu dah takde masalah insyallah.

Malangnya. Hari ahad aku tiba2 bleeding dan sakit yang amat.
Aku dah agak, aku miscarried. Ye betul.
Keluar seketul daging sebesar duit 10sen.


Sorry kalau geli nak tengok.
Rupenye macam nak jadi janin dah. - gambar tak berapa jelas memandangkan camerafon aku sangat sedih :P
Terkedu aku dengan laki aku tengok daging tu huhu..sedih pun ada. :P
Haha...takpe, belom rezeki lagi.
We can try again.
Aku pegi check isnin aritu utk scan whats going on.
Doc kate ada satu line kat rahim aku ni which kalau pregnant, line tu macam terbukak. Tapi  line tu dah tertutup, so memang betul lah dia dah keluar and biar je bleeding tu semua kuar sampai habis.

Aku ni dah la baru terhegeh2 nak beli folic acid haritu (Omg lama dah takmakan :P) Baru beli susu kambing jugak. yeah, maybe we are ready for no 2. :)

Kalau ada rezeki, adalah..usaha je.
PCOSers yang still struggling, insyallah tak lama lagi uolls akan preggy. Amin amin amin..aku selalu doakan my TTC friends. Tune dulu few things in your lives, buang segala busuk hati. - Walau sekelumit benda yang busuk dalam hati, buanglah. Once pregnant, insyallah nak pregnant yang kedua dah tak sesusah pertama :) insyallah mudah-mudahan.

Sebab aku kenal a few TTCians yang dah berjaya preggy n bersalin, takde masalah untuk conceive yang 2nd. Ramai gak sebenarnye macam tu.

Babydust to all of u :)

September 4, 2014

The After Raya - entry basi

Rupanya2 entry ni dok dalam draft, lupa nak publish!!!! ADOIII

----
How's RAYA??
Harap semuanye enjoy dan happy beraya dgn family & suami tercinta :)
Aku ada jalan2 kat beberapa facebook group mainly yg berkenaan dengan TTC (bukan TTCGM je)
Ada la beberapa posting members yang bercerita pasal raya haritu, macam biasa la kebanyakannye kena tembak dengan soalan2 yang kite paling benci.
Kadang2 aku pun taktau camne nak cakap, kesian sangat kite yang TTCians ni kan. Sampai bila pun terpaksa hadapi benda macam tu. Dah beranak pun sebenarnya masih kena tapi aku rasa sakitnye hati tu lebih terok bila masih takde zuriat lansung dan takpernah mengandung lansung.
Mungkin kalau pernah mengandung, boleh jugak la cakap Oh haritu saya keguguran. Atleast kite boleh harap yang orang takkan cakap kite mandul.
Tapi ada jugak kawan aku yang memang anak meninggal dalam perut or few times ectopic/keguguran, masih jugak di-cap mandul oleh orang2 yang takde sensitiviti.

Entahla. Aku pun taktau ape sebenarnya yang masyarakat fikir.
Aku kan selalu kempen suruh orang think positif, set mindset positif semua kan.
Tapi agak susah nak buat kalau orang keliling kita yang tak positif.

Contoh la kalau ada situasi dimana kita memang betul2 positif dan tak sedih lagi pasal belum mengandung. Tapi MIL asik bagi ayat2 yang pedih kat telinga. Lepastu husband pulak diam je taktau camna nak backup. Kita senyum, jawap baik2, tapi MIL tetap dengan ayat2 yang buat kite jadi sedih, dari berkobar-kobar nak positif, terus negatif balik.
Masa aku dah ubah semua mindset aku jadi positif dulu, some TTCians ada cakap aku beruntung sebab MIL & FIL memahami, jenis tak pressure. Apetah lagi parents sendiri. Ada yang cakap aku beruntung sebab ada suami yang backup aku gila2 kalau kena tembak soalan zuriat. Kadang2 dia sanggup bergaduh bertumbuk dengan orang yang bash kami pasal anak.
Tapi itu apa yang orang nampak je. Kalau takde effort sendiri nak change things pun, aku boleh jadi masih negatif jugak. Cuma mungkin tak seteruk mereka yang takdapat support dari family/orang2 yang rapat la kot.

Kadang-kadang bukan pasal zuriat je, if kite move on untuk adopt pun, kena bash jugak. Biasenye yang halang pasal adoption ni parents sendiri atau in laws la kan. Even my own FIL pun bash aku mase aku saje2 cakap aku maybe amik anak angkat if dah lama takde zuriat. Alasan dia, kita tak tahu keturunan anak tu. Kenapa dengan keturunan? Masalahnye anak kandung yang berketurunan baik pun ramai juga yang jadi sampah. Yang tu macam mana pulak.
Tapi memang la orang tua cakap based on pengalaman diorang ikut zaman diorang kan.
Skang zaman pun dah berubah.
Dan kebanyakan TTCians yang memula kena bash utk adopt, bila betul2 dah dapat baby tu, parents/PIL yang bangkang before ni akan jadi sayang terus lepas tengok baby tu. Itu la keistimewaan bayi sebenarnye.
Yelah, datang dari syurga. Orang gila je yang suka buang benda yang datang dari syurga ni.

Raya haritu aku period. Teruk gila senggugut package darah ketul, breast sakit gila dan sakit kepala.
Wah, dah lama sungguh aku takrasa gini. Alhamdulillah period aku normal lepas bersalin. Cuma ada la penah tingtong skejap sebab aku breastfeed. Skang dah kurang breastfeed sebab anak aku dah campur sustagen. Sebab tu yang aku kot2 ter-ovulate haritu. Sebab 2weeks before period aritu memang aku dapat discharge yang egg white tu. Lenjun habis seluar. Sorry TMI :p

Nak kata ready for next baby, susah nak cakap sebab nak dapat sorang pun tunggu lama.
Aku sengih je bila raya haritu orang tanya Fahim dah boleh dapat adik ke belum? Aku susah nak jawap memandangkan nak dapat yang 1 pun susah. Kalau aku cakap Fahim dah boleh dapat adik, bulan depan tu kompem lekat ke?
Makcik2 ada yang marah aku. Diorang cakap tak semestinye dapat yang 1st susah, yang 2nd pun susah.
Kebanyakan orang nak dapat yang 1st je susah. Lepastu berderet2.
Aku nak iyakan pun tidak, nak menidakkan pun tidak.
Aku cume diam je.
Aku just cakap ikot je Allah nak bagi rezeki bila2. Terima je.
Beriya nak tambah anak ramai2 ni bukan macam tambah gelang kat lengan. Bukan macam tambah gula kat kopi. Bila dah ada sorang anak, baru faham rasa jadi emak tu macam mana.

Ada jugak some of my TTCian friends yang berjaya dapat positive hpt, tapi mungkin Allah nak pinjamkan sekejap je. Tapi tentu ada hikmah. Mana lah tahu next cycle berjaya pulak kan. Aku selalu doakan kawan2 TTC semua dipermudahkan untuk dapat zuriat. Supaya semua dapat merasa jadi ibu.