December 21, 2012

Issue Tiada Anak Bukan Lawak - Astro dah tau.

Hahaha...
Linda memang superb. Dia buat report dekat NCCC (Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional) pasal TalkShow Kembang Sa-Taman yang selamba buat lawak pasal issue sensitive. Dan NCCC mmg sangat efficient. Hari yang sama gak pihak NCCC hubungi Linda (sebab linda left her phone no). Dekat FB Astro Warna lak dah 200+ yang like, jom mana yang belum like tu, cepat2...biar hari2 org like status tu. Hoho...


Post Linda di FB Astro Warna:



Post Linda di FB TTC Group Malaysia

NCCC Rocks!!!!
Linda rocks jugakkkkkkk *HUGSSSS**!!!

December 20, 2012

Issue Tiada Anak Bukan Lawak.

Sebenarnya dah lama nak tulis kat blog pasal Astro Warna.
Bukan nak promote channel tu, channel tu aku memang tengok hari2 sebab aku nak buat bahan gelak since aku TTC sampai la dah pgnant pun tu channel feveret aku. Sebab banyak benda aku leh gelak untuk ilangkan stress.
Masalahnye start dari haritu, Maharajalawak Mega. AC Mizal mula-mula tanya LisaSurihani.
"Bila nak ada isi???"
Gila tak naik merah muke Lisa ditanya soalan mcm tu secara live pulak tu depan2 berjuta orang penonton. Kita ni kena dengan saudara-mara pun rasa nak meletop kan? Entah macam mana perasaan Lisa. Bukan aku minat beno pun Lisa ni, tapi dia pun salah sorang yang telah berkahwin dah belum ada zuriat.
Tipu lah kalau Lisa tu taknak anak. Semua orang nak anak termasuk artis kecuali kalau diorang memang planning, diorang akan cakap je terus terang.
Mujur Lisa memang professional, dia jawap "Abang AC tolong doakan ye" :) dan senyum semanis-manisnya. But i know that look. That-Look. Kite semua penah buat.
Masa aku tgk show tu, aku terus maki2 depan tv, Apebendalah AC nih sebok sangat nak tanya soal anak!
Then aku pikir, hmm maybe AC bukan orang pertama yang ajukan soalan tu pada Lisa dan pada artis2 lain.
Dan mungkin AC bukan berniat nak malukan Lisa, mungkin bagi dia Gurau-gurau je. TAPI CUBA BE SENSITIVE SKET BOLEH TAK.

Tapi bukan sekali je Lisa kena. Kali kedua mungkin tak berniat nak ditujukan pada Lisa.
Masa tu lepas kumpulan Pimai perform, si Imuda pakai wig rambut panjang. then sementara tunggu kritikan, AC Mizal datang dari belakang dan cakap "Wah, ini dari belakang dah mcm Lisa Surihani dah, kalau Yusry tengok ni, dah ada isiiii dah Lisa tu"

DAH KENAPA? Tak habis lagi issue suh Lisa berisi ni??

Kali ketiga (ini semua pada MALAM yang sama ye) Masa lepas Boboi perform, AC Mizal pun keluar dan ucap tahniah pada Nabil yang dah dapat anak perempuan. Lepastu ayatnya "Ini terbukti bahawa Pelawak pun subor!!!!"
Mungkin statement tu tak ditujukan pada Lisa. Tapi bila camera tunjuk Najip Ali dari tepi, ternampak muka lisa. she made That-Look again. That-Look was so familiar. Mimik-mimik muka yang TTCians je kenal.
yang TTC dalam Malaysia ni bukan 100-200 orang. Malah beribu2.

Masa tertengok preview iklan Propaganza pulak, ada part Siti Nurhaliza cakap "kalau tengok saya terlompat-lompat tuh, takde lagi lah! hahaha" (siap gelak lagi) well, that's fake, we all know that.
Dia sebenanye entah taktau nak sedih macam mana lagi pasal getting pregnant ni. Tu tak lain tak bukan ditanya pasal "Dato Siti dah ada isi ke?"
Gila ke wartawan yang tanya tu? Orang tu dah dekat 6 tahun belum berjaya lagi, ko ingat Siti nak citer ke die buat treatment sana sini ke apa? Aku tgk badan Siti chubby mcm tu pun aku dah tau ni mesti banyak makan ubat subur. Tapi yang tak sensitive hal ni, bukan tau apa! tau nak tanya dan sakitkan hati orang je!
Aku tak minat Siti gak. Tapi issue TTC ni, haihhh mmg aku sentap. Dan ramai lagi yang sentap.
(propaganza bukan one of Warna's show)

Then baru-baru ni, KEMBANG SA-TAMAN. yang Salleh Yaacob dengan Kak Engku tu.
Aku sbenanye tak tengok pun episod tu, tapi aku baca fb status dari geng2 TTC yang mengatakan SY & KE ni buat lawak pasal issue orang takde anak. Ada sketsa menunjukkan couple yang dah tua yang takde anak, so takde orang jaga mereka (mcm tu lah lebih kurang) Then si SY/KE kata "Tu lah lainkali buat lah anak banyak-banyak, takde la dah tua esok takde orang nak jaga!" (Lebih kurang begitulah!!)
Lepastu mereka bergelak-ketawa.
KELAKAR KE HAHHHHHHHHHHHHH
Aku taknak tengok pun show tu sebab nanti aku darah tinggi pulak. tengah2 gini memang tak elok utk aku nak stress, so bile rancangan ulangan tu keluar, aku cepat2 tukar channel lain.

Sedih aku kadang2. Sebab pelawak tak ambik kisah benda mcm ni. Astro pulak mcm lepas je benda2 yang mcm ni. Tak sensitif lansung la kirenye, benda biasa, agaknya?
Kalau issue politik wah kemain cepat2 artis/celebrity/personality tu kena banned on the spot.
Terus kena gam takleh kuar tv.
Kemain takleh USIK lansung issue politik!
Tapi bab kuasa Tuhan berani sungguh!
Takot dengan politik, dengan Allah tak takot!
Selamba je nak buat lawak benda2 yang berkaitan dengan kuasa Allah. Sedap-sedap ko je ye.
si KE tu pun, awak tu dah la janda. Kalau orang buat lawak pasal issue janda, bengang tak?
Ko ada anak ramai2 pun takde suami BUAT HAPA?!
HAH?! BUAT HAPA! Mintak maaf kalau ada yang berstatus Janda baca blog aku ni. aku bukan tujukan ayat ni pada korang. ini pada KE sahaja. Sebab dia gelak2 issue ni sedangkan dia pun ada kekurangan.
walhal aku penah minat la tgk gelagat dia. sbb dia suke berseloroh. Tapi bile ko buat lawak pasal benda mcm ni, terus aku nak anti kat ko. SY pun sama!
Awak ingat bini awak yang 4 org tu dengan anak yg berderet2 tu Tuhan takleh ambik balik!?
Entah2 nasib awak lagi terok dari orang yang takde anak time dah tua nanti!

Yelah, kite ni sape pun nak judge die mcm tu kan? kite bukan tuhan. tapi die tu patut ke buat lawak pasal tu?
Nak je aku tampo.

For me, kalau nak gelakkan orang pasal takde orang nak jaga bile dah tua nanti, bukan issue nya pasal die ada anak atau tidak. Kau ingat bodoh sangat orang yang dah kawin ni semua decide taknak anak?
Gile bodoh kalau semua orang mcm tu?
Dan kau ingat, orang2 tua yang takde orang nak jaga, yang terlantar di rumah Warga Emas tu, semuanya Childless? Semua takde anak? Semua bodoh taknak buat anak ramai-ramai seperti yang Sy&KE katekan tu? Ko pegi la buat survey sendiri dan tanya, berapa orang anak diorang ada.
Kalau SEMUA orang tua kat rumah warga emas tu takde anak, aku leh terima lawak yang mcm tu walaupun itu bukan LAWAK. tapi aku sendiri pernah ke rumah warga tua dan rata-rata semuanya DITINGGALKAN oleh anak. Anak ada yang dok oversea, ada yang keje dokter, ada yang akauntan. Bukan calang2 orang. Mungkin yang takde anak tu memang betul2 diorang tak berkahwin ke apa. Tapi ada lah sorang dua. Yang lain semua ada anak!
Kalau lah semua orang tua yang tak terbela bila dah tua tu takde anak, kenapa ada pepatah "Seorang ibu boleh menjaga anak 10 orang, tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu"
MaKSUD NYA APA?!!!

Jadi kalau nak buat sesuatu statement (YANG TAK KELAKAR) fikir la dulu. Kalau Ac nak buktikan Pelawak semua subor, bagi aku walaupun subor tapi BODOH nak buat apa.
Aku nak pulak cakap, Ini terbukti Pelawak semua taktakot tuhan! ha camne? ko nak cakap ape?
kalau orang yang sensitive pasal issue kuasa Allah ni, takkan ko berani buat lawak mcm tuh?!
Sedor diri la sket, korang pun ada kekurangan. Takyah nak persenda Kuasa Allah sangat.

PS: Thanks to a TTCian friend, Linda Nazmi. Dia dah bukak issue ni di FB page ASTRO WARNA.
TTCians sekalian, please support her statement by clicking LIKE and comment la apa2 yang patut. Kita nak bagi banyak LIKES supaya ASTRO alert benda ni.
Yang mana takde dalam TTC Group Malaysia, sila-sila lah search Astro Warna kat fb dan cari post dari Linda Nazmi Jaafar.
Need ur support supaya Astro be sensitive sket about this issue. Walaupun aku rasa, tipis je harapan yang diorang tu nak ambik kesah,  but atleast they know benda ni menyinggung ramai rakyat Malaysia. 

December 12, 2012

Some Thoughts to Ponder

I'm sharing this quote from an ex-TTCian Nazehah Zainuddin.
Dia pun TTCian, pernah conceive last few months, and gugur at 9weeks, she kept thinking postive, and dah conceive balik. Alhamdulillah dah 8weeks rasanya dia. Tahniah diucapkan, Alhamdulillah.



Some thoughts to ponder:

Kita yang berttc ni sebenar diuji dengan terlalu banyak dugaan. Yup, the main ujian is the ttc journey itself. Sepanjang ttc nak menghadapi dugaan utk soalan2 yg terlalu memedihkan, dugaan when finding out about our problems, dugaan with all the necessary treatments, bila dah lekat dugaan nak menjaga sebaiknya, dugaan keguguran, dan macam2 lagi dugaan related to ttc.

Disamping tu kita juga x terkecuali dgn dugaan2 dr bisikan2 syaitan dimana didalam hati kita terselitnya rasa cemburu, benci, buruk sangka, meluat, menyampah etc etc towards org2 disekeliling kita yg tiada masalah untuk conceive. Setiap perkataan/ayat/status mereka kat fb, kita melompat, benci, menyampah, buruk sangka lebih2 lagi bila syaitan mencucuk2 untuk kita berperasaan begitu.. marah, dengki, etc etc tu semua perasaan2 yg syaitan suka. At all times, kita sebenarnya tak tahu pun apa yg dialami oleh orang2 tu hence they put up they status, so x elok 
la buruk sangka and mengata2 lebih.

Saya pun x terkecuali dr dugaan2 diatas. Setiap kali terbaca mmg melompat tapi cepat2 istiqfar. Biar la diorg nak tulis status pasal diorg, janji x kacau kita. biar la kalau sekali pun status mereka mmg berniat nak meraih pujian or bermegah2. Itu antara dia dgn Allah. Tak perlu la kita menambah dosa kita dgn mengata2 atau buruk sangka dgn diorg.

Setiap usaha yg kita lakukan towards mendapatkan anak ni adalah ibadat. Samada anak dr zuriat sendiri atau anak angkat, biarla mendapat keberkatan. InsyaAllah, pasti membuahkan kejayaan. Bersihkan hati dan sanubari kita semua, istiqamah, doa byk2 utk diri kita dan kawan2. InshaAllah..