May 27, 2013

Fahim - Penantian 4 tahun 4 bulan.

Salam semua,

Sorry for the long silence. Sbenarnye dah cuti since end of April masa nak masuk 37 Weeks, kononnya sebab nak stand by awal, since my baby dah engaged awal, takot2 kalau nak terberanak kat office. (plus dah malas nak tgk office) hahah....so aku ambik MC sampai bersalin. So bila dah cuti, mmg no access to internet sebab aku takde broadband kat rumah. Takbole update blog thru fon. Dan aku dah stay kat rumah bapak aku since adiktiri aku pun nak kawin minggu tu so aku terus stay je la kat situ sampai bersalin sebab mmg plan nak pantang rumah bapak aku pun. Broadband pulak prob mase tu so takleh la update blog sampai ke hari ini. kekeke.....
...
Alhamdulillah Syukur pada Allah swt on 14th May 2013 - 4 Rejab 1434h jam 7.29pagi, Muhammad Fahim Maliqi bin Muhammad Faisal was borned via emergency c-sect at DEMC Shah Alam.




Fahim was borned at 38 weeks and 5 days.
Kisah bersalin aku tak berapa thrill sangat, hahah...tapi ia berlaku tanpa dijangka. Yelah I've been spending my 9 Months reading about Gentle Birthing jadahh semua, practice breathing techniques bebagai, akhirnya kena c-sect sebab Fahim advance, sudah berak kat dalam.

On 14th May tu, memang aku dah rasa sakit dalam pukul 12am - 2am mcm tu, which i guess was a contraction tapi takde la contraction yang teruk macam yang kat astro discovery home & health tunjuk tu. Mindset aku memikirkan kalau sakit nak beranak mesti la aku sakit sangat2, opismate2 pun dah gitau, sakitnye sakit yang amat sangat, so unbearable. Tapi aku sakit mcm senggugut yang teruk je, takde la sakit sangat2 so aku agak mungkin aku nak beranak dlm minggu tu jugak la kot.

at 4.45am, dalam keadaan sedar tibe2 ade bunyi poop! brrrrrrrrr.................... (pecah air kutuban, keluar macam air paip yang sangat laju) - ok forgive me i dont know how to make the water broke sound. Aku panggil laki aku, suruh die rasa. Dengan paniknye die pun kate EHHH ni air kutuban pecah dahh jom jom jom....*gelabah mode* masing2 tukar baju, laki aku panggil Umi ajak teman skali ke DEMC, aku lak poyo bagai nak pegi basuh konon air yang pecah tu, Umi kata Takpayah..biar je basah2 mcm tu gi hospital.

Heheh..so kami bertiga masuk kereta, aku pakai towel sebab air tu keep on keluar laju. BANJIR. Salam bapak aku, mintak ampun mintak maap dulu. Gile, aku dah nak beranak dah japlagi! Bapak aku tak ikot sebab die tak brapa sihat due to batu karang haritu, so die kate nanti die datang kemudian.

Dalam kereta, nampak gaya laki aku panik sungguh bawak kete. Nak tekan minyak tapi tak jalan rupenye gear dekat N. astu die pegi gear R. ha begitulah gaya gelabah. gagaga
Umi tanya "Tak sakit ke?"
Aku jawap "er..tak?"
Aku pun cuak sebab aku tak sakit. Dibuatnye takde contraction, lame laa aku kat LR nanti, kang dah sah2 la kene cucuk macam2. Takpe doa je dalam hati.

Aku sempat whatsapp kawan2 pulak mintak doakan. EH sempat tweet jugak wei mase on the way dari Putra Heights ke DEMC tu.

Sampai DEMC kol 5.10am
Diorang segera contact gynae aku iaitu Dr Fairuz. Sampai kat LR je, nurse tanya "awak check tak air kutuban kaler ape?"
aku ckp "entah, mcm jernih je"
"ok takpe baring la"
Tukar dulu baju hospital smua. Mase bukak seluar tu aku notice mcm ade brownish stain kat peha aku, aku assume itu darah la kot.

Skali nurse check, "Alamak dik....ni meconium.....baby dah berak kat dalam"

.........................

Pause.
The thing i feared the most ialah Baby dah berak kat dalam.
:(((((
Aku sangat takot kalau die dah tertelan semua, and of course there's no chance for me to deliver normal! Ambik risiko berat tu kalau aku nak normal tu.
Then diorang pasang CTG, baby's heart rate is totally normal, stabil. Sister tu cakap, takpe ade je kes yang baby dah berak kat dalam tapi boleh normal IF bukaan aku dah banyak.

Nurse mintak nak check bukaan.
Baru 2cm.

........

"Dek, ni kena c-ser ni dek. Bahaya kalau normal takot baby dah tertelan nanti effect paru2 and otak dia"

Haih, i told myself earlier, jangan kecewa kalau takdapat deliver normal. Sebab yang penting anak selamat. Nak dapat dah lah susah, so please dont be selfish. Benda ni tuhan yang tentukan. Aku redha.

Baby's heartrate makin low..low..low...Doctor mane ni weh/?? Ni mesti doc mandi2 dulu smayang subuh dulu ni..tapi bile heartrate dah drop, nurse lari call doc.

At 6.50am
Dr Fairuz rupenye dah ade kat bawah and dah bagi arahan suh diorang prepare OT.
Dr Fairuz masuk LR dan cakap "See...i dah cakap, bila benda2 takdapat dielakkan mcm ni, kite takboleh buat apa okay..so kite c-ser yaa.... :)
hehe, aku dah agak dr fairuz nak membahankan aku sebab sepanjang 9 bulan aku asik cakap kat dia, Doc saye taknak c-ser. Doc, saye taknak c-ser.
Aku sbenanye takpenah operation ape2 seumur idop aku. Jadi aku sangat takot perot kene potong. Yang rabak kat bawah tu aku tak takot tapi aku lebih takot kene potong perot. Dah la dalam keadaan sedar lak tuuu.
But then, ape boleh buat. Kite merancang tuhan yang menentukan.
Aku time tu redha je sebab yelah, aku TTC pun 4tahun+ takkan nak  berdegil untuk normal. Sah2 DEMC reject aku. Gila. Takpe lah.

7.29am
Anak aku berjaya dikeluarkan dengan selamat, (aku taknak citer lagi pengalaman c-ser sebab trauma)
-bius ye? bius? AKU BOLEH RASA.

ok nanti esok2 baru citer pasal c-ser.
Masa aku pengsan (ya aku mintak gas pengsan sbb aku leh rase) skejap je dah dengar suara Wekk wekk wekk wekk wekk....aku boleh pikir Eh anak siapa tu?

Aku celik mata, toleh kiri nampak baby puteh melepak2....nurse tgh cuci2 kan die sket. Aku tanye doc, Dah keluar ke?
"dahh! tu dia anak kamu :) congratulations"

Subhanallah. (Terlupa jap perot kena robek ni)
Nurse bawak anak kat aku "Puan, puan tengok ni baby boy ke girl?"
"Boy" :D Sempat aku sengih

Nurse pusingkan muke anak kat aku, aku pun kiss2 baby banyak2. WANGINYA!
Then nurse bawak anak aku pegi.

Saat perot aku dirobek tadi nak dijahit balik, aku mule dahhh trauma. (sbenanye reflection lampu kat ceiling tu aku leh nampak ape yang dilakukan kat perot aku so lagi skali aku TRAUMA) - xnak cite.

hahaha.....adoi..

Ape2 pun syukur, anak aku dah selamat.
Berat dia 2.46kg je, kecik tapi panjang 50cm.
Die berdarah A - same dgn laki aku.
Dan Alhamdulillah, Fahim tak tertelan meconium. :D That's my boy :)

My hubby masa tengah azankan Fahim

Fahim Day 2



Bukan taknak pakaikan die mitten tapi asik tertanggal sebab tangan kecik sangat......


Diberi nama Muhammad Fahim Maliqi bin Muhammad Faisal

Muhammad - Yang terpuji
Fahim - Yang Faham
Maliqi - Yang Cerdik

Terima kasih atas doa kalian semua, aku tetap mendoakan semua TTCians akan merasai nikmat menjadi ibu satu hari nanti insyallah, usaha jangan pernah putus asa. Terima kasih juga pada rakan2 TTCians yang ada datang melawat me and baby Fahim kat DEMC haritu..

Congratulations to Reen Zuhdi too, yang selamat bersalin awal 11 hari dari aku (3 May 2013). Anak lelaki yang diberi nama Darius Diyari. Maya Nadirah bersalin 1 hari lepas aku (15 May 2013), baby girl yang diberi nama Syifaa. Same Seedar yang bersalin 2 hari lepas aku (16 May 2013), baby girl jugak kalau taksilap. And to other TTCians yang dah delivered their bundle of joys this May.

Cerita belum habis....nanti sambung.

Sorry pada yang email mintak di add kan ke TTC group Malaysia. I've only got limited access to the internet, please cari admin2 lain di facebook iaitu Wanda Safwan, Camy Aziz, Reen Zuhdi, Dhila Fadh, Nor Azlin Rosli. So sorry, me myself pun dah lama tak bukak fb guna pc.

Sorry jugak pada yang nak order MAQ 100 & Susu Kambing Sohih, saya tengah berpantang skang ni takleh pegi orderkan :( i'm so sorry.

April 23, 2013

So Long, Baby Wilda Umaira...

Ini entry yang terlambat post..

Credit to http://serikandijiwaraga.blogspot.com/2013/04/adenovirus-pneumonia.html
Awal bulan lepas, kami kat TTC Group Malaysia dapat berita yang anak salah seorang TTCian (ex-ttcian) bernama Wilda Umaira mengidap penyakit Adenovirus Pneumonia.
Warded kat beberapa hospital since March, last sekali di PPUM, PJ.

Credit pic from http://serikandijiwaraga.blogspot.com/2013/04/adenovirus-pneumonia.html
Sedih sangat tengok gamba baby yang baru berusia 8 bulan, diletakkan di PICU dengan bercucuk wayar sana sini :( Me and my TTC friends Reen Zuhdi and Camy Aziz pegi visit baby Wilda last 2 weeks di PPUM, mase tuh kami nak hantar sumbangan ikhlas dari TTC Group untuk ibu Wilda, Shadiyah Sheikh Omar.
Ini beberapa gambar masa kami visit Wilda, dapat tengok dari luar je sebab selain parents, tak dibenarkan masuk dalam bilik cermin ni takot virus merebak.



Kami dapat tengok dari luar cermin je.

Camy Aziz & Shadiyah 

Me, Sha & Reen
Memang nak mengalir airmata lah, tengok baby sekecik itu dicucuk macam2 :( Shadiyah memang sangat tabah melalui semua dugaan ini. Kalau aku tattau berapa kali rebah agaknya :(

Wilda is such a strong baby. Masa kami datang tu, Sha kate Wilda dah improve a lot. Oksigen dari 4% dah naik ke 85% lepas doc suggest kat Sha mintak guna cara psychology dengan banyak bercakap2 dengan Wilda, tunjuk kartun kegemaran dia, walaupun masa tu, Wilda takboleh bukak mata sebab doc inject dengan ubat 'deep sleep'.
Tapi lepas beberapa hari, Wilda boleh bukak mata dan boleh tengok kartun :)
Paru-parunya yang PUTIH penuh kahak+virus semakin hilang slowly, dah nampak hitam2 di paru-paru.

:(
Wilda dah boleh bukak mata tengok kartun :)
Kagum, sebab Sha masih breastfeed Wilda (perlu pump dan kena masukkan dalam tube), Entah taktau lah kalau jadi pada kita macam ni, Sha ni TTC for 8years. Bila dah dapat, diuji begini pula oleh Allah. Memang Allah sangat sayangkan parents Wilda ni. Allah memang tahu mereka dapat hadapi dugaan ini, sebab Allah takkan uji pada hambaNya yang takmampu hadapi. Ya Allah, strongnya parents Wilda...

Esok lusa, kami dengar berita gembira yang Wilda semakin improve dan insyallah akan ditempatkan di wad biasa.

Sampai lah tiba2 dia dapat virus lain pula iaitu Rotavirus :(

Maka takdapat lah Wilda masuk ke wad biasa, dan masih stay di PICU yang sama.
Ya Allah, tabahnya Sha.
Wilda baby yang special, dah berminggu2 warded masih boleh fight lagi.

Until pagi semalam 22 April 2013 5.22am, kami dikejutkan dengan berita kembalinya baby Wilda Umaira ke Rahmatullah oleh Sha, berdasarkan status facebooknya.



Ya Allah, :(( taktau nak kata apa.
Rasa nak berjurai terus air mata walaupun haritu dapat tengok Wilda dari jauh je.
Allah sangat sayangkan Wilda.
Dan Allah sangat sayangkan parentsnya juga.

Semoga Wilda Umaira bahagia di sisi Allah swt sekarang, menunggu parents nya di Syurga.
Sha dan suami bertuah kerana sudah ada anak yang menunggu di pintu syurga :')

Kami doakan Sha n suami akan digantikan dengan anak yang baru tak lama lagi, insyallah.
Allah ambik Wilda, insyallah Dia akan gantikan yang lain. Kami semua doakan ya Sha. :')

Oh, if u're wondering about her TTC stories, aku pun tak berapa tahu, sebab baru je kenal Sha ni. Tapi menurut kata kawan2 TTC yang lain, lepas dah 6-7tahun TTC macam tu, tried everything, maybe medical+alternative semuanya dah dicuba dan gagal. She gave up, redha and stop semua treatment and taknak fikir..tahun ke 8 tu yang dia conceive NATURALLY. (correct me if im wrong)

I believe that Sha can get pregnant again, insyallah. Apa-apa pun, she's already a mother of an angel.
Aku yakin Wilda akan sentiasa 'lihat' ibu dia dari somewhere we dont know.

Semoga Sha dan suami tabah menghadapi ujian yang hebat ini.

Pic from Sha's FB
Al Fatihah untuk baby Wilda Umaira Bt Kamarul Arifin.
An Angel in Heaven.

UPDATE from ibu Wilda's fb


OMG :'(

Yelah, rupa-rupanya Sha memang dah redha...sebab dah taksanggup tengok seksa Wilda :(
Aku taktau kalau aku kat tempat Sha macam mana Ya Allah....
Aku doakan Sha akan dapat Wilda yang baru, insyallah, Allah tu tak kejam.
Ye betul, Mungkin ini perjanjian Wilda dengan Allah sebelum lahir, kita tak tahu.

...

April 15, 2013

35 Week, standby

Salam semua followers blog ni,

I sincerely apologize for everything that i wrote yang ada menyakitkan hati siapa2.
Semoga kalian mendoakan saya selamat melahirkan baby saya yang pertama after waiting for 4 years+

Kami (me & husband) juga turut mendoakan semua rakan2 TTC semoga dikurniakan zuriat satu hari nanti, yang penting jangan lah putus usaha & doa.

Convince yourself that on ONE FINE DAY,  you WILL get pregnant and experience motherhood. Insyallah :)


Me at 33weeks, alhamdulillah, pic by my bestfriend CarlosNizam.