May 28, 2012
Everyone's Lifestyles are Different
Children? Who Needs Them?
This is a good read shared from Emy Suraya's blog
Bacalah!
---
Lifestyle semua orang tak sama. Ini lebih kurang nak merumuskan article di atas ni. Memang betul ada anak atau takde anak dua2 ada Pros & Cons. Tuhan pula memberi anak mengikut keperluan dan ketentuan setiap makhluk yang diciptaNya.
Whether we really need it or not, tu Allah je yg tahu. Tapi tak salah usaha untuk apa yang kita mahu. Nak duit banyak? Cari lah, rajin kerjalah. Nak beli kereta? Rumah? Kumpul lah duit. Semua boleh usaha.
Nak kahwin? Bersiap sedia lah. Tengok diri sendiri. Bersediakah dari mental & fizikal? Dari segi kewangan? Dari segi emosi? Atau nak kawin sebab ramai kawan2 dah kawin? Atau jeles tengok wedding kawan2 ?
Nak Anak? sama juga.
Bersediakah dari mental & fizikal? Dari segi kewangan? Dari segi emosi? Atau nak anak sebab ramai kawan2 dah ada anak? Atau jeles tengok anak kawan2 ?
----
Tuhan takkan temukan jodoh kita kalau kita belum sampai masa.
Tuhan takkan beri zuriat kita kalau belum sampai masa.
Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu menanggungnya.
----
Lifestyle kau sama ke dengan kawan kau yang dah ada anak tadi?
Mesti jawapannya beza. Sebab tak semua orang ada lifestyle yang sama. I'm not saying my lifestyle is much happier, interesting than anyone else's. I'm not saying your life sucks either. I'm not saying people with kids suffer from boredom because they cant be young anymore, they cant live like they used to. Or they probably love their new life? maybe. well most of them. Having kids, experiencing Parenthood could be a Gift.
Kadang2 aku tak brapa suka when im trying to defend myself saying Im OK with no kids yet, ada jugak orang yang nak gak suruh aku irihati dengan memperkatakan "best woooooo ada anak...rasa complete sangat family"
jadi aku dan laki aku tak complete? serba kekurangan? tak happy?
kalau kau, mungkin ya. kalau kau, takda anak, mungkin hidup kau tak best.
lifestyle aku dengan kau sama ke?
aku rasa lifestyle aku terisi without kids, walaupun Having Children is what everyone Wanted.
a family. Yes, everyone wants a family, of course.
tapi membezakan aku dan engkau, aku belum ada, kau sudah ada.
kau dah rasa, aku belum rasa.
jadi it suits u, u may need kids now, maybe u wont have anything else to do if u dont have kids.
no offence ya, but please think of it.
what makes u think, our lives are boring?
because u imagined how TRAGIC it could be if u are us?
that's why lah kau dah ada anak sekarang.
agree?
kau tinggal dengan kami ke? tak kan?
hari2 tengok kami ni termenung kat rumah ke?
tak kan?
orang yang dah ada anak rasa tak best takde anak sebab diorang DAH ADA anak.
u already love them. but we, are struggling to have one, to LOVE one.
but u ALREADY have, u already LOVE
u already FEEL how's it like to have kids, and couldnt imagine how sad life is if they dont exist.
mcm kau bela kucing.
kau sayang sangat kucing tu. sampai kalau bayangkan kucing tu kalau mati, ya Allah sedihnya kemain. tak sanggup kehilangan kucing kesayangan.
then kau cakap dekat orang yang takde masa bela kucing walaupun suka kucing, "best woooo bela kucing!"
"u should bela kucing!"
WTF?
faham tak.
jadi berbalik kepada lifestyle.
aku heran, kalau orang sekeliling yang judge kami lakibini ni kuat berjimba sebab itu lah takde anak.
Atau, sebab takde anak tu lah kami berjimba.
Suka hati lah?
abis tu kau nak kami buat macam mana untuk puaskan hati kau?
beranak sekarang jugak? atau letak bantal dalam seluar aku utk pretend kat kau yang aku mengandung?
baru kau puas hati sebab kami ni normal macam kau?
orang yg takde anak, are not normal. asyik enjoy je.
takde perasaan nak anak.
begitu?
Bila tunjuk yang kami bersedih sebab takde anak, kau cakap Enjoy lah dulu.
Bila tunjuk yang kami enjoy bersuka-ria, kau cakap Patutlah takde anak.
Eh semua orang yg tuhan cipta ni perlu ada kehidupan yang sama eh? kalau kau kerja akauntan, aku pun patut kerja akauntan, sebab kalau aku jadi pelukis, tak normal.
mcm tu?
Jadi kalau kau ada suami dan ada anak 3 orang lepastu laki kau jarang balik rumah and tiba2 ada pompuan lain, anak kau pulak tak senonoh perangai. Then macam mana?
Best wooooo ada anak! cakap lah?
Best ada anak mase anak tu tengah chomel. Takreti apa, kecik benor lagi.
Best ada suami mase baru2 kawin, gigih bercinta lagi macam sebelum kawin.
Jadi sebelum apa2 jangan lah judge lifestyle orang. Atau assume macam2.
Baru2 ni aku terborak dengan cousin aku yang sangka kami ni PLANNING.
bila ditanya Eh belum lagi ada lagi ke isi, mcm dah lama sangat je korang enjoy.
Oh as if when i decide OK DAH TAKNAK ENJOY, terus trengg treng treng! Pregnant!
mcm tu ka?
Aku bengang terus aku cerita A-Z sampai la cerita SIHIR dibawah.
ha baru la nak "haaa yeke..yaAllah kesiannya....yarabi taktau pun awak berusaha selama ni...laa taktahu pulak dah berhabis duit ingatkan sengaja taknak anak..."
kau ingat semua orang takde anak ni planning rupanya?
semua orang yang takde anak ni takpenah jumpa doctor?
entah, aku takde la marah. tapi aku pelik dengan mind-set orang yg kawin2 terus dapat anak ni. diorang terus sangka orang yang takde anak ni memang sENGAJA taknak anak. siap kata Cepatlah bersedia, nanti dah ada anak, best woooo.
i beg your pardon?
Cepatlah bersedia?
haihh, unik jugak kadang2 tutur kata manusia ni.
i tried not to tell the whole world about my problem, my medical issues or 'mystical' issues yang baru diketahui baru2 ni. tapi it seems like kadang2 PERLU jugak bagitau baru diam. tapi penatlah kalau nak citer.
aku bagitau jugak kazen aku ni "dah gugur 3 kali"
baru la nak cakap LAAAA pernah pregnant rupenye.
jadi sebelum judge orang fikirlah! padahal i dont need ur sympathy at all! Tapi kalau dah cetek sangat pemikiran kau, meh sini aku bagitau semuanya. ha terus kau serba salah kan? ingat aku suke ke nak citer? lainkali pikir la skejap, tah2 orang ni penah pregnant then gugur ke atau byk kali fail fertility treatment ke, kenape terus nak "Eh bila nak bersedia ni?"
BEST WOOO ADA ANAKKKK, kau kata lagi.
Pernah ada kakak HR ni, dia jaga claim staff utk medical, tanya aku "kenapa dah lama tak claim? dah ada isi ke?"
hahaha nampak sangat muka aku yang selalu claim medical sebab pegi treatment.
bila tak claim terus ingat aku dah pregnant. haha! :D
aku kata "takde pun, saja taknak pegi klinik lagi. dah stop"
"akak rase awak kena ubah lifestyle kot, takperlu dah ubat2 ni kdg2 tak elok kalau lama2 sangat ambik."
"memang dah tak ambik dah kak"
"akak rase awak ubah cara diet, lifestyle awak kena ubah, kadang2 lifestyle kita yang buatkan kita mcm tak sedia"
betul tu kak. aku sikit tak marah kat dia sebab apa dia cakap tu betul.
lifestyle aku totally lain dan tak sesuai lansung kalau ada anak.
So kalau ada nanti, semua ni perlu dikorbankan.
takde lagi melepak di acoustic shows sampai kol 2 pagi.
takde lagi bercuti ramai2 dengan kawan2 selalu.
takde lagi pergi gigs, pergi jamming. Eh tak ingat dunia ke pegi jamming tapi ada anak kat rumah? nak bagi sapa jaga? kate lah mak mertua aku lagi? *taknak. kesian mak*
so semua ni takkan ada lagi lepas ada anak nanti.
But i CAN change.
I know when i have a baby (kalaulah), I will miss all of my past lifestyles,
tapi semuanya adalah berharga :) semua ni hadiah dari Allah.
Semua ni fasa belajar.
Yang terus dapat anak pun belajar.
Yang belum dapat anak pun belajar.
Bezanya dari segi dugaan je.
Dugaan orang lambat dapat anak, perlu cari fertility treatment, perlu cari maklumat untuk improve kesihatan, perlu hadapi failure of fertility treatment seperti IUI yang tak menjadi, IVF dah kali ke 3 pun tak lekat. Duit pulak banyak dah keluar for nothing. Hadap pulak saudara-mara yang suka tembak kita pasal tak mengandung2.
Dugaan orang cepat dapat anak. Perlu spare duit lebih, perlu kerja lebih, perlu korban time2 enjoy, perlu cukupkan pampers dan susu anak, perlu korban waktu rehat, waktu nak bercuti, nak bermanja berdua2. semua perlu dikorbankan. Hadap pulak saudara-mara yang komplen tentang kita yang takpandai jaga anak sebab anak asyik sakit, atau suka biarkan anak melalak sampai ganggu orang -entah mane aku tau masalah org ade anak :P Apa2 pun dah tentu dugaan bila ada anak tu lebih banyak.
Aku salute korang yang dah jadi mak, sebab kamu sudah sedia dan mampu.
sebab tu zuriat itu dah dilahirkan :)
Habuan nya? Orang yang lambat dapat anak - dapat ilmu.
Orang yang cepat dapat anak - pun dapat ilmu. ilmu yang berbeza lah.
beza dua ilmu tu macam sains dan matematik! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wow!!!...
ReplyDeletereally garang this entry...hihihi...i like the way you think...;)...pd saya,selagi lom ade anak ni la kita nk berjimba ramba...esok2 dh ade anak,kita berjimba2 lak dgn anak...hahha...take care darling..;)
nice one jay!
ReplyDeleteaku rasa cousin ko tu macam ditampar2 10x pipi die kiri dan kanan!
hah amik ko! mulut kalo tak reti jaga, diam, jgn tanya2! adey, tak sekolah ka?
dan, aku setuju 110% dgn entry kau!
-awe-
hihihi. sangat suka dengan entry ini.
ReplyDeletetiap manusia itu lain dugaanya.
kita yng TTC ni pun lain. yang senang sangat dapat anak pun lain dugaan.
salam kenal Jay.
i'm Seedar..:)
Syazni: heheh mana ada garang, byk lagi post yg lebih marah dari ni :P Popular post kat sbelah ni adalah diantara entry marah :P haaha!
ReplyDeleteAwe: aku takrase sgt die kena tampo, mgkin rase mcm kena tolak kepala je kot :P takde lah takkan la die takpenah dgr jutaan lagi manusia yg susah dpt anak, yg 10tahon xde anak smua. takkan takpenah terfikir it could happen to anyone including cousin dia ni? haih..kazen aku ni laki so mmg ignorant lah sebab bini terus pgnant je lepas kawin. kalo bini dia pun xpegnant2 lagi mgkin dia paham la. bila dah citer baru terdiam n try to suggest benda2 yg 2 3 tahon lepas aku dah buat seperti berurut lah, watever. (menguap)
Seedar: Hye seedar! thanks for reading ;P hehe amboi pagi2 lagi dah bace my blog ya..minta maaf lah kalau bahasa2 dlm blog ini agak emosi :P katmana lagi nak luahkan perasaan kalau bukan kat blog kan :D
im new ttc blogger... jom follow
ReplyDeletesaya dh follow awak... salam perkenalan...
Semalam lagi da baca.tp tak sempat nk komen.
ReplyDeletesangat2 suka dengan ayat2 yang awak tulis.
bestnya kalau saya pandai hasilkan ayat2 superb best cam awak.hihi.
banyakkan menulis lagi ek.
:)
errr.. kat mana lagik nk luahkan perasaan kalo tak kat blog? hahahah. hati2 jay, kalo kene cam aku nnti. (sambil tangan letak kat bahu, kepala sedikit senget) hahahahha
ReplyDeletebut then, blog kita, lantak la nk kata apa kan. keep on writing and aku akan keep on commenting. (aku tak ley tulis dah, sbb malas nk kene hentam teruk2 dah.haiyaaa)
awe!
Awe: ahahaha berani lah sapa nak bentak aku kat blog. aku cari sampai lubang cacing. *kakak garang lagi gengster kg dusun*
ReplyDeletehahahha. nice one jay. nice one!
ReplyDeleteaku sbaner skang ni tgh mencari medium untuk melepaskan angin2 marah. hahahaha. gile
mrs s
hahahaha byk je tempat yang boleh, ada twitter, senyap je pulak ko.
ReplyDeleteaku menyampah masuk twitter asik hang je. notebook aku yg lembab or network or aku yg lembab twitter pun aku tatau. hahahah
ReplyDeletei likeeee...hehe...good komen!
ReplyDelete