July 20, 2012
Ramadhan ke 4 Berdua
Kisah Ramadhan kami berdua.
Ramadhan 1430H (2009)
Kahwin January 2009, so takde hal lagi la kan tak pregnant after 7months married, masih seronok kerana dapat berpuasa sebagai seorang isteri, dapat masak sahur dan berbuka untuk hubby, masa tu aku still dok kat rumah bapak aku, taksampai hati nak tinggalkan bapak aku sebab mak aku baru meninggal sebulan lepas aku kahwin. Tapi lepas raya tu dia jumpe maktiri aku (umi) and they got married :) aku moved out sebab nak bagi diorang dok kat masterbedroom, and sebab aku dapat keje kat shah alam, dekat dgn laki aku yang keje uitm tu :)
Ramadhan 1431H (2010)
First time berpuasa berdua dekat rumah sewa kitorang, first time merasa bangun pagi2 gelap prepare sahur, merasa sama2 ke bazaar ramadhan beli juadah berbuka kalau xsempat masak, merasa kelamkabut balik rumah utk masak utk suami n buka bersama :)
First time jalan kaki sama2 ke masjid utk solat terawikh :)
Masa tu bersungguh2 berdoa nak pregnant jugak, sebab takot sangat dengan soalan2 orang keliling bila balik kampung utk raya nanti.
Ramadhan 1432H (2011)
Kali ke 3 berpuasa sebagai suami isteri, OK LAGI berdua, masa ni dah start buat activity2 charity masa bulan puasa, rasa syukur sebab diberi peluang, mungkin memang ada hikmah Allah tak beri anak lagi sebab nak suruh kami ni jadi insan prihatin kat orang2 susah!! cewah..hehehe
Masa ni dah hati kering dah pikir pasal raya, hati kering tembak orang balik, hahaha! dah takde perasaan walhal menahan marah, tapi dah mampu think positive. Segan nak doa pasal pregnant lagi, sebab banyak amal masih tak cukup, malu sangat dgn Allah taala, jadi doaku hanya untuk minta Allah lindung keluarga kami, kuatkan hati kami dalam mengharungi dugaan, dan panjangkan jodoh kami suami isteri ke akhirat :)
Ramadhan 1433H (2012)
Bakal menjelang esok insyallah. Teruja sangat sebab boleh ulang perkara2 di atas lagi.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati, semoga penyakitku bakal sembuh sempena bulan yang mulia ini, semoga dimurahkan rezeki semua rakan2 TTC ku sekalian.
Buat sahabat2 TTC-ian semua, Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia ini, banyak2 beramal dan berdoa :) Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki kalau ada entry yang menyinggung perasaan kalian, maafkan lah aku. Aku doakan korang semua sentiasa diberkati Allah Taala, sentiasa diluaskan rezeki, dan sihat walafiat selalu. Selamat berpuasa dengan suami tercinta ;)
ps: Dengar citer TTC Group Malaysia akan buat next gathering buka puasa pula, nanti aku update kat sini ok!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

salam ramadhan jay...
ReplyDeletetahun ni pon tahun ke-4 bg saya puasa berdua...moga doa awak dimakbulkan...Amin~~~
hai jay! selamat menyambut ramadhan :)
ReplyDeleteminta maaf mana yang salah silap, ya. :)
Selamat Berpuasa..
ReplyDeleteI tahun ni dah ramadan ke3 as a wife..rasanya dah bersedia kot buat selamba gi berkunjung rumah orang..haha..takat ni gitu lah perasaannya. tak tahu la dah raya akan datang nanti asyik menyentap je..haha..
Ramadan Mubarak! :-)
happy fasting jay!barakah ramadhan!=)
ReplyDelete