August 9, 2012

Raya is Coming.

Hehehe, cara aku menjawap dengan orang di post bawah ni jgn la ikut sgt ye hehehe kang orang benci lak kat kite :P tibe2 rasa bersalah mengajak orang utk menjawap2.

Tapi sbenanye itu my tips je, u dont have to follow mine, buat ayat sendri yg lebih neutral pun takpe.

Semalam, lepas lepak dekat Laman Seri S.Alam tu aku jalan2 kat bazar jualan yang ada kat situ, saja la tgk2 kuih raya, baju raya. then we all happen to bumped into my hubby's friend.
lepas dia borak2, kami pun nak blah aa, then kwn dia sEMPAT LAGI sound dari jauh "wei! berDUA JE KEEEE"

laki aku terus tarik tangan aku pegang erat2 tunjok kat kawan dia "berdua laaaaa :D :D :D" Sengeh banyak2.
terus rasa diri ini sgt dihargai dan disayangi HAHAHHAHAHAHAHAHA

ok harap2 jangan la laki aku jumpe post aku ni :P

padanmuke kawan dia tu! bajet nak harap kitorg sedeh statement tu meant for Bila nak bertiga, tapi who cares? laki aku siap nak pelok aku kalau boleh dpn kawan dia tu.

hohoho
BIAR LA org nak lovey-dovey bertahun pun yang orang susah tu kenapa? astaghfirullah

So raya dah nak dekat. Tipu la sbenanye kalau aku  tak jeles sket la kan orang lain beli baju anak2 astu matching2 dgn colour tema family, kfine la. jeles sikit laaa tapi takkesah sgt pun :P esok lusa aku ade la tu anak. kate la takde anak lagi bape tahun pun, kalau ade rezeki ambik anak angkat aku ambik je. pun boleh belikan baju cantik2, tak dosa pun.

Raya tahun ni aku jangka nanti ada orang dah mula risau pasal kami takde anak. biasa nya tahun2 lepas orang cuma tanya2 Bila nak ada, dah ada ke belum, dan sbgnya.

Tahun pertama 2009 balik raya: orang terus tanya selepas bersalam "dah ada isi?"
bila jawap belum dengan senyuman, diorang ok je mungkin perangai kepoci dlm diri sukar nak buang dlm setiap orang melayu, jadi soalan tu aku maafkan dan diorang tanya cuma sebagai pengganti soalan "Apa Khabar?" ok fine. diorang pun doakan "takpe mudahan2 cepat la dpt anak, baru lagi ni enjoy dulu"

Tahun kedua 2010 balik raya: orang mula raba perut aku sambil senyum2 dan itu adalah annoying tahap rasa nak tampo. Aku dengan selamba ckp "nak rasa taik ke?"
Jawapan mereka: Tak, nak rasa dah ada baby ke belum (selamba gile direct)
Jawapan aku: Belum la.
Muka diorang: *mencebik* dan cakap "ape la..bile nak berisi ni?..lambatnya"
Aku: tgh treatment dgn doctor la setakat ni dah 2 3 ribu dah duit abis.
Mereka: Ala takpe duit leh cari..usaha tu penting..(eh senangnye cakap duit leh cari)

Tahun ketiga 2011 balik raya: orang bertanya sambil muke berkerut macam aku ni tak taubat2 dari membuat dosa besar. menadah tangan dan tunjuk ke perut (mcm kelaparan tu) "TAKDA LAGI?"
Aku sengeh: TAKDA!
Mereka: Laaaaaaaaa lamenyeeeeeee (mcm dah 10tahun kawin) orang lain beranak pinak dah!
Aku: takpe, tak syok beranak beramai2, nnt orang berkira nak kasi hadiah. biar anak korang smua dah pegi skolah baru kite beranak k? jgn lupe beli present best2 dan bagi duit byk2 kat kite tau! *Sengeh besar*
Mereka: -___-

Tapi Bila tahun ke 4 balik raya 2012 ini pun takde apa2 aku rasa orang akan mula concern lebih serious dan mungkin dah tak ke arah perli-merli lagi.
Mula lah nanti ada banyak dokter2 tak bertauliah, tips2 dari sana sini. Yang kelakar nya none of it will be tips on how to get my periods back. smua nya pasal Tarikh nak bersama la (Zzzz) pasal apa nak kena makan or surah ape yg perlu amalkan la..(surah takpe, itu bagus)

bila aku kata "saya susah nak period"
takde sorg pun akan cakap selain dari "Pergi lah jumpe doktor!"
atau "ambik lah ubat period!"
hehehehe
so selama ni aku ambik ubat apa? besarkan bontot?
bila aku ckp "dah penah lekat dah tapi gugur"
diorang akan kata "rahim tak kuat laa tu..pegi la urut!"

mcm senanggg nyeee solution dlm kepala otak diorang? eh apa kata korang jadi gynae. sebab korang nye jalan penyelesaian sgt mudah. Pegi la urut. Makan la jamu. Makan la folic acid. Bacalah doa. (ok doa tu memang la mesti baca) tapi mcm buat semua tu je kompem pregnant terus.

aku memang nak jawap setiap apa tips yg diorang bagi, aku nak tanya kalau aku tak mengandung gak mcm mana? apa kata kite bet? kalau aku buat apa yang korang suggest ni (seperti mengurut, sengkak rahim, watever, minum jamu akar kayu watever, bermain pada tarikh2 yang disyorkan) dan aku tidak mengandung dlm masa 3 bulan, korang kene bagi aku RM500. amacam? mesti tak brani suggest kan? :P
nanti kalau aku tak mengandung gak mesti diorang kata Dah takde rezeki nak buat macam mana?
Jadi apa beza dengan apa yang aku dah usahakan selama ni? Sama la jugak Takde rezeki jawapannya to every failure. bukan takde, BELUM. and there's nothing wrong about LATE being a mommy.
I'm late, i know. But what's wrong?
ko tunggu sok, anak ko 2 3 orang smua kelas belakang2, kelas budak takpandai. anak aku lambat keluar tapi IQ genius sampai tahap leh solve soalan fizik form 5. Haaaaaaaa skang sapa ketinggalan??? *perasan*

sbenanye aku bukan lah EGO taknak terima nasihat atau tips. Im okay if u are helping. just some of it are annoying sebab macam mudah sgt nak buat. macam aku bodo sangat taktau itu ini. I'll appreciate if org2 yg nak bantu ni to be spesifik sket nak membantu. bukan just Pegi lah urut, Makan lah jamu, Jumpa lah doctor. as if selama ni aku tak jumpe jalan pegi klinik. please lah guna otak. i dont buy all that.
Aku faham if my cousins concern pasal PCOS aku ni, aku takkisah pun. kadang2 aku lega bila aku dapat explain apa penyakit aku, dan aku akan lega bila they share what they know about it. Tapi makcik pakcik yang tidak bertauliah tolong diam and stop berkerut dahi pasal aku tak mengandung boleh?

Tapi since berubat dgn tuan haji haritu aku rasa ada modal baru leh cerita ni hahaha, itu pun kalau diorang faham. tapi makcik pakcik, kompem suka cerita2 mistik dan aneh seperti ini. TAPI, kompem aku kene suggestion lain (which is ke arah positive) seperti Ha banyakkan mengaji, baca quran, supaya tak terkena jin lagi..blablabla OK yang ini aku lebih rela. jadi apa kata aku guna je modal psl berubat kampung haritu.

Funny thing is, aku taksuke menunjukkan kesedihan kepinginan aku nak anak tu sebab AKU OKAY je sbenanye. i dont go " :( saya sedih, dah lama dah kawin tapi xde anak lagi ni..mcm mana aa....leh tolong tak ape2 tips :(" dan muka asik begini :( :( :( :(
becoz im noT!
IM NOT that pathetic. serious. aku OKAY.
tapi kdg2 bila orang tanya2 tu rasa mcm bende tu patut disedihkan. SAYA DIPAKSA BERSEDIH.
dia mcm EH apa kau gelak2 takde anak ni, takde anak itu SERIOUS! kau kena risau! kau kena sedih! bukan gembira! mcm tu?
its like being happy for having cancer.
haaaa mcm tu la diorang punye nak suruh aku sedih tu.

atau apa kata bile diorang tanya je, aku terus meraung mcm org histeria?
like, "Eh kenapa tak mengandung2 lagi ni?"
aku pun terus "Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahwaawaaawaaaaaaaaaa!!!!" *menarik2 rambut menghentak2 kaki, meraung menangis berjujuran air mata di depan org ramai*

macam orang gile kan? nak kene buat mcm tu baru orang tak tanya kot?
hoho.

apa2 pun, aku pun mcm korang.
berdebar tunggu raya sebab takot sakit hati.
haritu aku ada buat satu post kat TTC Group Malaysia which mengenekan batang hidung sendri dan orang lain yg TTC. tapi aku ckp tu mmg utk sama2 kite jgn busuk hati dan buruk sangka.
Nanti aku copy paste balik apa yang aku post tu. skang ni takleh bukak fb sbb office hour.
i said something like this :
Bila orang tanya kita Bila nak ada anak? Dan kita sakit hati - ITU SETAN. 
Bila dengar pregnancy news org lain, Dan kita sakit hati - ITU SETAN.

Yes mende2 di atas yang aku tulis ni sama seperti buruk sangka tapi i cant help it sebab aku dah trauma 3tahun terkena mcm tu. jadi apa yang aku boleh buat before raya dan sebelum berjumpa orang raya ni nanti, cuma zikir banyak2 dan berdoa orang tak sakitkan hati kita. itu je kite mampu.

Raya lagipun, Bulan baik. yang setan tu smua ready nak berkompang sbelah kita supaya kite nangis, sedih, benci sesama saudara-mara sbb dia dah target kite kompem sedih dgn soalan Anak tu. jadi mari lah sama2 kite lawan supaya kita jangan geng dengan setan.
Setan mmg keje dia suruh kite menci sesama umat islam.
Itu punca kenapa kite sedih, marah, sakit hati dgn orang. Sama2 kite perbaiki diri k.
aku sendri pun takleh kontrol marah dgn menulis2 bende di atas ni, tapi itu trauma.
aku cuba terapkan dlm otak supaya kita jangan buruk sangka dgn orang dan membayangkan perbuatan tu akan buat setan berkompang berjoget kegembiraan kerana berjaya buat kite sedih/benci/marah/pissedoff dgn saudara-mara kita apatah lagi buat kita rasa benci nak ziarah saudara-mara. LAWANNNN



8 comments:

  1. oi terbaek la besarkan bontot! hahaha. gelak besar aku bace.

    tp sungguh aku stuju, lawan setan tu. jeles, cemburu, envy sume setan. lawan!

    tho aku pun same gak cam ko dlu. patience is virtue, sunggguh nnatti ttibe anak ko kuar genius kan, mana tahu ketentuan Allah, aku bole ckp, hah, tu anak kawan mummy tu! *tumpang bangga*

    ReplyDelete
  2. J...

    kelakar la entry kali ni...more tips for me...;))..
    tp kekdang tu kalau kita ckp,seolah2 itu doa kita..
    xpe la,Tuhan tau kita jawap tu utk protect diri kita...

    take care darling...;)

    ReplyDelete
  3. J...ayat yang u bagi tu memang meletop habis la...takat ni sy bagi ayat simple2 je...bila org tny, 'dh berapa org anak?'saya jawab 'ada 2' ni, anak mata dan anak tekak' senyum pahit je org yg tanya tu jadinya...hahaha

    ReplyDelete
  4. Diorg yg suke bg kite rasa feel down.. Have to sad n worries every second...walhal kite ok.....ok means,ade alhamdulillah...tkde,life must go on........ Ade pon,klu dpt cepat,alhamdulillah...kalau lambat n tatau bile,sabar je la yg mampu kite buat......n all the fcuking thing ni la buat aku rasa sedih,meluat.... Bkn sbb aku x pregnant...tp sbb org yg tak memahami knp kite tk pregnant...........so what klu xdpt lahirkan anak....hinakah kami? Atleast,weols tk la smp nyushkn korang byr bill2 ktorang .......l!!! - entry ter emosi plak :)

    ReplyDelete
  5. Haha. Rasa kelakar pulak la. Orang lain seronok nak raya, kita seronok gak, tapi nervous dalam masa yang sama. Menyampah pun ada.

    I ni jay, tak payah tunggu 2nd raya, 1st time jumpa balik lepas majlis org da tanya, pegang perut, bagi tips siap. Makcik biras (menantu gak) lagi teruk kena sebab dia kawen lama sikit. Memang kalau ada majlis wedding ke apa ke, makcik tu tak balik kg pun.

    ReplyDelete
  6. setuju sangat part yang orang buat kita rasa depressed tu..
    memang la nak anak, tapi kalau belum rezeki, tunggu & berusaha je la..ok la part tu semua TTCian tahu, ok je kita ni, ada rezeki ada la, belum ada tunggu je la, kita ok je belum ada anak, rasa positive dan happy je bersama orang tersayang..

    yang menjadi punca stress adalah si pemulut bangkai berbisa..yang memuntahkan benda busuk ke atas kita..mereka nilah yang merosakkan mood kita, yang buat kita nangis dan kecik hati dan rasa down pada diri sendiri..

    bukanlah nak mengungkit atau tak ikhlas, tapi yang pinjam duit kami laki bini semua orang yang beranak pinak..tak malu ke dah sibuk tanya hal dalam kain orang tapi nak bagi makan anak pun kena mesej dalam telefon siap bagi no akaun bank dengan amaun sekali..siotlah..kesian i pada orang macam ni, nampak sangat mentality pada tahap 3rd class, tak ada budi bahasa, tak ada sensitiviti, pendek akal, dan kulit tebal tak malu.

    memang betul la actually bila mereka make nasty remarks of our inability to procreate, mereka cuma nak downkan kita je..nak kita rasa tak sempurna. boleh blah! semakin lagi mereka mengata, semakin i bertambah eksyen, eksyen dengan my possession, show off kemesraan suami isteri, show off my happiness, show off my money, show off my handbag, garments, shoes, gadget,show off gambar2 vacation, takpun give them souveneir2 dari tempat kami melancong-- bukan sebab i berlagak, tapi sebab i nak object and oppose their assumption and nasty remarks. kalau kat rumah mertua pula, nak beli suratkhabar pun my husband ajak i keluar sama then kami melencong pula ke tempat lain. plus, setiap kami keluar the nieces&nephews nak ikut i buat tak tahu je..har har har..kejam dan i memang hati kering.sebab maknya sibuk sangat hal i tak ada anak kan..

    from my observation,cara ni kalaupun tak kurangkan assumption mereka, tapi dapat slow down kan sikit mulut mereka..some of them ada yang langsung putuskan our friendship, sebab dah malu kot flamboyant pasal anak then end up dia yang rasa tak seronok sebab they have to bear all difficulties jaga anak and then stress, pastu tak dapat g holiday then bertambah stress then senyap sunyi dari i terus..nak tunggu orang macam ni buat kemunculan semula bila tau? masa pregnant anak ke 2..and the same thing happen and rotate..

    sekianlah luahan dari saya yang hati kering ni..huhu..harap2 ada kekuatan di hari raya nanti..

    ReplyDelete
  7. i totally agree with u B&C, macam seolah2 kita ni takleh happy. taklayak happy sbb takde anak, bg diorg kite kene sedih n meratap n terus berusaha sampai la ade anak, baru leh happy. baru leh tunjuk happy kat org. mcm menjadi kesalahan kalau hidup takde anak and be happy about it.
    we are not being happy about takde anak tapi kita taknak meratap pasal takde anak. so kite enjoy and life must go on. tuhan marah kalau kite terus sedih pasal rezeki yang belum kunjung tiba, rezeki yang ada pun melimpah ruah alhamdulillah, tapi sibuk jugak nak suruh org sedih.
    maknanya bukan benda yang patut kita happy. sbb tu i kata, like being happy for having cancer. maknanya kite takleh gembira kerana itu adalah musibah.
    payah idup mcm tu, mcm orang takde agama.
    itu baru kena kat kita, kalau kena kat diorang atau anak diorg mcm mana pulak? hari2 agaknye di-torture nya suruh mengandung. selagi tak mengandung selagi tu lah di torture nya. sampai kat depan orang ramai pun nak disuarakan ketidakpuas-hatian dia kat anak/anaksaudara whomever yang dia rasa patut mengandung tu. like "Hai sipolan tu kenapaaaa lah tak mengandung lagi! nak jadi apa tah!"
    serious, mcm org takde agama. i doakan la orang2 mcm ni dapat hidayah.

    ReplyDelete
  8. soalan orang2 kita ada berperingkat2, macam minyak sri murni.

    1. bila nak kawin?
    2. bila nak dapat anak?
    3. bila nak dapat anak LAGI?
    4. bila nak terima menantu?
    5. bila nak dapat cucu?

    mungkin kena adakan kempen dan exposekan orang2 kita dengan soalan2 lain, banyak lagi benda lain boleh tanya.

    ReplyDelete