October 7, 2013

Infertility Etiquette - Some agreed, some NOT.

Okay aku tak ingat aku penah ke post kat sini tahun2 lepas. Tapi rasanye pernah kot.
Pada yang belum baca, boleh baca Infertility Etiquette; Things You Should NEVER Say to an Infertile Friend.

Mule2 aku setuju gile! Mase TTC dulu, dan lepas bersalin pun bila bace balik, Agak setuju semua!. Tapi bila dah asik brainwash diri sendiri untuk Stay Positive ni, bila aku bace balik Etiquette tu, ada some parts yang aku tak setuju. Ok here's few of my reviews.

Yang aku TAK SETUJU.

Don't Tell Them to Relax
-Er, habistu nak suruh buatpe? Suruh menggelabah? Aku definitely akan suruh diri aku RELAX mase aku TTC dulu. Sebab bile ko tak relax ko lagi tension kot? So Why we should never say to an infertile friend to relax? I even use the same word till today, dari aku sama2 TTC dengan kawan2 yang TTC, aku ckp kat diorang takpe, Relax..Sabar, Redha..Kalau tak relax nak redha ape?

Don't minimize the problem.
Comments like, "Just enjoy being able to sleep late . . . .travel . . etc.," do not offer comfort. Instead, these comments make infertile people feel like you are minimizing their pain. 
Bukan macam tu, tujuan suruh ENJOY being able to sleep late tu sebab nak suruh HARGAI moment tu. Banyak antara kite time TTC ni terlupa untuk ENJOY, sebab kite stress ourselves out hari2, All i want is to get pregnant, All i ever want is to have a baby. Appreciate dan syukurlah waktu2 ketika masih berdua, Allah kan ade sebab kenapa dia bagi setengah orang tu lambat, atau cepat? Jadi syukurlah keadaan macam mana sekalipun. Aku paham agak annoying orang yang ada anak untuk cakap gitu kat kite yang TTC. Memang ia takkan bagi apa2 kesan positif pun, kite lagi sakit hati ade lah, sebab KO tak membantu aku pun, ko suruh aku enjoy-enjoy-enjoy, nak buatpe? aku nak anak la pekak! -kite sure fikir gitu kot...tapi ketahuilah, maksud orang cakap macam tu ialah sebab nak bagi kita sedar n hargai saat2 berdua dengan suami. Not that its a Regret to have a baby, bukan. Tapi life akan berubah, taksama macam berdua, mungkin lebih bahagia tapi Tak sama macam berdua. Bahagia bertiga-itu kategori lain.

Don't Say There are Worse Thing That Could Happen.
Okay, for me, depends on what situation and apekah yang worst thing that could happen tu?
Aku sendiri suka imagine "worse thing that could happen" mase aku TTC. Tujuan aku ialah supaya aku BERSYUKUR. aku nak ingatkan diri supaya BERSYUKUR dengan APA YANG ADA. Bukan menatap apa yang takde. Sementara ape yang ADA ni ADA, bersyukurlah sebab kita taktahu kalau satu hari Allah ambik ape yang ADA ni pulak.
Aku memang pernah gitau diri sendiri, Alhamdulillah la berdua, ada suami. Dari yang takda?
Atau, dari yang suaminya diambil oleh Allah, atau kehilangan orang2 tersayang yang lain? Bila aku imagine worst thing that could happen, aku cepat2 bersyukur, dan redha dengan setiap ketentuanNya. Tapi cara nak cakap tu kena lah tepat dengan gayanya...janganlah dok kata kat org yg TTC, weh syukur la weh, dari suami ko mati, lagi haru....tu memang mintak penampo laa....

Yang di bawah ini, aku SETUJU.

Don't Say They Aren't Meant to Be Parents
-gile kurangajar nak cakap mcm tu kat orang yang TTC. Jangan cakap kat die la. Even lepas ko nilai cara hidup dia yang agak kurang sesuai jadi parents, ko cakap dalam hati cukup la kalau kot ye pun dah terdetik "hm..patut lah Allah takbagi anak - sebab dia super-busy dengan career die, Allah kasi rezeki harta, tapi takde rezeki anak.."
Ko just doakan je la die. Jangan la ko pegi gitau die, Weh aku rase Allah mmg takdirkan ko takde anak sebab ko ni careerwoman...itu, DUSHHHH jawapnye.

Don't Ask Why They Aren't Trying IVF
-IVF TU MAHAL, jangan ler simply tanya "Awak tak try IVF ke?"
"Awak nak belanja?"

Don't Be Crude - It is appalling that I even have to include this paragraph, but some of you need to hear this-Don't make crude jokes about your friend's vulnerable position. Crude comments like "I'll donate the sperm" or "Make sure the doctor uses your sperm for the insemination" are not funny, and they only irritate your friends.
Kalau versi melayu, orang suke cakap Sperm ko tak power kot, Ko tembak tak tepat, Ko takde skill..blabla...Yeah, TAK KELAKAR. Masih ramai ignorant pasal ni.

Don't Complain about Your Pregnancy
-True. Please, until skang even aku dah beranak pun aku rimas dengar pregnancy-complain dari orang yang mudah sangat pregnant. Tolonglah, jangan komplen depan orang yang TTC. Orang sakit hati je dengar. Kadang2 orang senyum, sebab die kata kat diri die "positive..be positive..be positive"
Tapi sket sebanyak rengekkan kau tu buat orang meluat gak, just, ngadu kat husband je la eh? Jgn la komplen penat muntah, penat bawak perot..kat orang yang TTC, they are DYING to be in your shoes, so, tolong faham...Aku komplen kat laki aku je. Bukanlah komplen tapi meluahkan je la mase aku hari2 sakit pinggang tu. Tapi idok ler pegi buat status SAKITNYE PINGGANG SAYE!!! kompem geng2 TTC aku meluat kat aku hahahaha...

Don't Treat Them Like They Are Ignorant
-TTCians tak ignorant pasal babies. Jangan asik cakap "Ko takde anak- ko taktau" INI SALAH.
Orang yang takde anak kadang-kadang LEBIH TAHU daripada orang yang anak ramai.
Pengalaman, maybe menang kat orang yang ada anak. Tapi ilmu pengetahuan, sometimes yang takde anak lagi tahu banyak benda. Allah bagi TTCians ni spend masa TTC diorang dengan belajar, carik ilmu, observe pengalaman orang lain, buat research, dan macam2 lagi. Yang mungkin orang bunting pelamin tak sempat buat. Jadi, yang TTC ni bukanlah taktau apa2.

Don't Gossip About Your Friend's Condition
-Toksah cite la husband kwn sipolan tu, sperm count die berapa smua..buatpe gossip hal infertility orang.

Don't Push Adoption (Yet)
-Kalau orang tu nak ambik anak angkat, die sendri yang akan gitau hasrat die. Kite takyah sesebok ckp "ko taknak amek anak angkat ke?"
Ada orang 15tahun kawin takde anak pun masih berusaha dan belum terbuka hati lagi nak ambik anak angkat, dan ada pulak orang yang baru 2tahun kawin, hati terus terbuka amik anak angkat.
Hati kite, bukan keje kite.

Let Them Know That You Care
- Of course, tapi jangan buat2 asik tanya je la..takde bende nak citer, jangan la asik tanye Eh camne treatment ko? Unless die sendri bukak citer. Mase aku TTC, aku just nak kawan2 aku appreciate aku yang sedang battle masalah TTC ni dengan tidak asik nak citer pasal anak memasing je kot? Citer lah pasal hal-hal lain yang aku mungkin leh masuk campur..ni bile cite hal anak..terus aku taktau ape nak selit..huhuhu....belajar dari pengalaman diorang tu betul..aku banyak cedok pengalaman diorang gak..tapi kalau asik-asik nak cite pasal anak, eh bosan juga kan :P

Remember Them on Mother's Day
-Yes, because every women is a Mother at heart.

Support Their Decision to Stop Treatments
-Sometimes memang kite dah penat nak treatment2 ni. Dah letih, so sebagai kawan yang tak TTC, support je kawan asalkan diorang happy. Suggest je kat kawan untuk pegi holiday, or buat something yang berfaedah, macam blaja menjahit ke, blaja buat kek ke..hahaha..ape2 lah yang kite rase kawan kite tu akan enjoy ;)

-
So that's all. Wah kemain laju aku taip. Tibe2 plak mood baik nak menaip pasal ni hari ni :P

7 comments:

  1. salam Jay,

    Ai dah masuk keje tempat baru. memang ada orang-yang-baru-kenal tanya soalan2 tentang IVF la, tentang anak angkat la, tentang sape ada masalah la, tentang kenapa lama sangat kwen takde anak lagi la....

    semua pertanyaan tu hanya Ai balas dengan senyuman. agaknya sebab asyik senyum, diam tanpa ada membalas masih ada yang tak puas hati.

    ada sekali tu, seorang yang lebih muda daripada Ai, dia dapat baby pada tahun ke-2 perkahwinan dengan selamba cakap,

    "akak ingat dengan senyum tu boleh bagi anak ke pada akak? kalau orang tanya tu jawablah"

    Ai tak jawab ape Jay. Ai tetap senyum je.
    Allah je tahu betapa sedihnya Ai tapi Ai tak mahu runtuhkan tembok positif diri.

    lantaklah kome.
    ohoiiii

    ReplyDelete
  2. "Try to relax" or "You can sleep, travel, shopping, partying, etc..." tu I tak kisah sangat, sebab I know they meant well..Somehow rasa lega pun ada, sebab those comments tak la menyakitkan sangat...Ada orang comment "takpe, Tuhan bagi honeymoon lama sikit.." ataupun "takpe, skrg ni honeymoon jalan2 dulu, nanti dah ada anak leceh tau.." - ni pun I tak kisah,..Sebab memang betul pun, ada anak dengan tak ada anak agak berbeza rutin kehidupan seharian.. the little human need perennial attention..unless ada maid ke apa ke tu best la..

    Yati: I suka your respond and your attitude..Tahniah...I pun sedang mengaplikasikannya dalam kehidupan I...Sebab ada I stumbled upon the quote macam ni bunyinya, "Smile - it confuses people who wish you to be unhappy."...Smile indeed is a powerful thing, it shows your have a great strong heart..

    ReplyDelete
  3. most of what u said is completely i agree too. mcm dont push about ivf or adoption...so many people just simply said 'kau amik la anak angkat je,kan senang..' as if its the easiest thisng in the world. no one really understand how everyone including us want anak sendiri jugak.
    And what you said about dont treat like we are ignorant is totally true too. most of the time we know more about taking care a baby then the parents themself. And dont complain about pregnancy mmg yang paling i setuju.

    yati: me too baru start keje baru and ramailah yang interview mcm2, i totally understand your feeling. sometimes ada yang sampai bertanya 'u tak suka budak2 ke?kenapa u tak de anak ye?u mmg tak nak anak ke?' kite mampu menjawab dgn senyuman pada mereka, tapi dalam hati ni hanya Allah je tahu...

    ReplyDelete
  4. my boss cakap...'owh, tak dpt buat lagi(refer tu my IUI), kalau camtu stop dulu setahun, tahun depan kalau takde amik anak angkat.lepas tu ada lah..- just simply as dat...kan....dia hepi la i tak cuti2 dah dalam seminggu..uhhhu...

    kawan yg 24/7 cakap pasal anak - ini mmg realiti.lama2 aku pn mahir pasal anak..tunggu time je nk beranak! hehehhe

    ReplyDelete
  5. k.Ai: Bagus sgt akak ni, takpe kak, teruskan je senyum. like B&C ckp, bile kite senyum, it shows that u have a strong heart. Penat nak explain kat smua org TTC journey kite..kalau bgtau bukan org faham pun..senyum je lah, itu yg lebih baik.

    B&C: yes, ade anak dgn takde anak, rutin harian sgt2 berbeza. depends kat setiap org, but mostly mmg akan berubah, but it doesnt mean, once ada anak, the fun is over. Boleh juga enjoy lepas ada anak, enjoy dgn anak la kan. ada maid mmg sng sbb maid buat semua cuma yg takbagusnye, anak lg rapat dgn maid, bukan dgn kite. -tapi utk yg suke dgn keadaan mcm tu, mmg seronok la. like my SIL, die suke je kalau anak die asik nempek kat bibik. :P

    shazrina: smua ni i cuma review dari website asalnya, (ada provide link atas skali) takot u ingat output ni i yg keluarkan ehehe..i cume review je. Ish ade jugak manusia tanye u 'u memang taknak anak ke?" alahai....org gile je kot xnak anak..smua yg dah berkahwin mesti la nak anak..pelik jugak kdg2 manusia ignorant suke tanye mcm tu kat kite kan. isk...

    ReplyDelete
  6. Nissa: hurm..sng je org decide kan. nak amek anak angkat pun bukan mcm petik jari je kot...nak amek anak angkat dgn nak conceive dugaannya SAMA....bukan sng, kena lalui byk frustrations jugak..dan bergantung pada rezeki jugak..hmm org ckp mmg sng ek nissa.

    ReplyDelete
  7. lame tak singgah sini.. mulut orang kadang2 cakap tak ikut perasaan.. geram je kan.. derang tak rase boleh la kan..

    ReplyDelete