Now to those yang SUKA BERTANYA pulak, a good TTCian friend of mine wrote this on her facebook page, and i feel like i really need to share it here. She wrote especially to speak our hearts out.
![]() |
| https://www.facebook.com/pages/Norshahidah-Sarif/735402349809036 |
[TAK PERLU TANYA]
Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu, ramai yang mempunyai sikap 'State the Obvious'. Apa maknanya State the Obvious ni?
Di sebuah stesen bas, kita terjumpa kawan lama. Ayat yang selalunya keluar,
"Eh Senah! Ko buat apa kat sini?"
Di sebuah majlis, kita ternampak kawan kita sedang makan berseorangan. Ayat yang selalunya keluar,
"Eh Temah, seorang je?"
Itulah State the Obvious. Kita menyatakan apa yang kita nampak, selalunya dalam bentuk soalan. Ya, saya faham. Orang kita ni berbudi bahasa, berkias-kias untuk memulakan bicara. Tapi kan boleh kita tanya benda yang berkaitan?
Contoh untuk situasi 1:
"Eh Senah, tunggu bas nak ke mana?"
Contoh situasi 2:
"Eh Temah, kenapa kau duduk seorang kat sini?"
Nampak?
Ok, isu yang saya nak bangkitkan di sini ialah mengenai soalan yang saya selalu dapat sejak 3 tahun kebelakangan ni.
"Eh berdua je ke? Bila nak bertiga?"
"Wah ke mana-mana asyik berdua je, tak teringin ke nak anak?"
"Kau ni bila lagi nak ada anak?"
"Kau ada jumpa doktor tak?"
"Dah lama juga ya kau kahwin, masih belum ada anak ye?"
Saya faham, orang bertanya sekadar nak tahu perkembangan semasa. Orang bertanya sebab prihatin. Orang bertanya sebab nak ambil tahu. Tapi, kadang-kadang terlalu ambil tahu, terlalu prihatin dan terlalu mengikuti perkembangan semasa itu menjadi sesuatu yang merimaskan orang yang ditanya. Boleh kan tanya soalan lain, kenapa soalan yang menonjolkan kelemahan orang itu yang perlu ditanya? Bukankah kita boleh bertanya soalan-soalan yang melibatkan perkembangan semasa orang itu yang menjurus ke arah masa depan? Contohnya, "Eh kau kerja mana sekarang?". Soalan yang kita betul-betul tak tahu.
Takkanlah orang yang dah tunggu bertahun-tahun untuk memiliki zuriat tak bawa anaknya itu ke mana-mana majlis kan? Maknanya kalau kita memang dah tau dia belum ada anak, bila kita jumpa dia masih berdua, dia belum ada anak lah tu!
Kan bagus daripada kita tanya dia, kita doakan dia dalam hati. Antara doa yang akan dimakbulkan Allah ialah doa yang dilakukan oleh orang lain tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Saya suka berkawan dengan rakan-rakan saya yang berbangsa Cina. Maaf, bukan nak double standard kaum Cina, tetapi saya memang rasa ada perbezaannya berkawan dengan kaum lain. Orang Cina bila berborak, mereka akan bercerita perihal akan datang.
"What's your plan this weekend?"
"When you want to further your study?"
"How are things?"
Saya suka soalan terakhir tu. "How are things?"
Soalan itu tidak spesifik, bermakna orang yang ditanya itu berhak untuk menjawab apa sahaja yang berkaitan hidupnya yang difikirkannya selesa. Sekiranya orang yang ditanya itu selesa untuk memberitahu isu anak, maka dia akan cerita. Bila kita tanya soalan spesifik atau direct, orang yang ditanya akan terasa keterpaksaan untuk menjawab soalan anda. Nampak tak beza? Biar orang sendiri yang menceritakan perihal hidup dia dengan sukarela, kerana hidup dia adalah peribadi, privacy. Tak perlu untuk sibuk-sibuk memasuki zon peribadi (private zone) orang lain.
Private zone adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dipelihara, sama seperti anda menutup private body anda. Orang lain tak boleh tengok melainkan suami/isteri anda. Kerana, hanya dengan ikatan/hubungan tertentu yang membolehkan seseorang itu LAYAK untuk melihat kawasan peribadi anda itu.
Faham?
Bila berkumpul atau berkawan dengan orang Melayu ni, antara perkara yang akan dibualkan adalah gossip/umpat perihal orang lain.
"Eh dah lama tak jumpa Minah kan? Dia dah kahwin ke belum ek?"
"Eh korang tau tak si Begedol tu kena buang kerja?"
Orang Melayu lebih selesa menceritakan perihal orang lain kerana mereka hendak menutup cerita/aib sendiri. Jadi mereka jadikan cerita orang lain sebagai bahan bualan untuk melencongkan trafik perbualan daripada tertumpu ke arah dirinya.
Jangan tipu, kita pun pernah buat kan?
Henti-hentikanlah bertanya soalan yang kita tak tau jawapannya.
"Bila nak kahwin?"
"Bila nak ada anak?"
"Seorang je anak? Bila nak tambah lagi?"
Dua soalan ini adalah soalan paling popular dalam masyarakat kita. Dan soalan inilah yang paling sukar sekali untuk diberi jawapan oleh yang ditanya. Kerana, soal jodoh, anak, adalah urusan Allah. Siapalah kita untuk mempersoalkan jalan hidup orang lain yang telah Allah catit? Manusia tiada daya untuk mengubahnya melainkan dengan Kekuasaan & Keesaan Allah. Yang manusia mampu buat, hanyalah berdoa dan berusaha mencari jalan untuk menjadikannya realiti. Itupun dengan Keizinan dari Allah swt.
Tahukah anda berapa banyak wang yang telah dihabiskan oleh insan-insan yang menanti zuriat ini? Tahukah anda berapa banyak prosedur dan pembedahan yang telah dilalui oleh insan-insan ini? Tahukah anda berapa banyak airmata yang telah mengalir setiap kali usaha itu gagal? Tahukah anda berapa dalam luka yang telah ditoreh pada hati-hati insan istimewa ini? Tahukah anda berapa ramai insan-insan ini yang menjadi 'kera sumbang' kerana ingin mengelak soalan-soalan dari anda? Tahukah anda berapa ramai yang mengembara ke serata dunia mencari penawar?
Tahukah?
Tahukah anda?
Semuanya kerana soalan-soalan anda.
Tiada soalan = tiada tekanan = tiada gangguan emosi = tiada kesedihan dalam hidup.
Kami juga berhak hidup bahagia & gembira seperti orang lain. Please RESPECT.
"Anda bila nak mati?"
Ada jawapan?
-----
Soalan terakhir itu jika anda sangkakan agak harsh untuk dibalas pada mereka yang soal kita pasal zuriat, sila lah invent soalan lain pula. Itu cuma contoh. (tapi my FIL pernah tanya soalan tu kat kawan dia yang kondem aku dulu mase lambat pregnant, heh, pak mertua ku bekap menantu tawwww) :P
Jika nak share, mohon share dari page Wanda ok. Share terus di facebook dari facebook dia, biar semua orang bukak mata. Please LIKE her facebook page: Norshahidah Sarif
For pengantin baru - yang baru-baru TTC nak masuk setahun atau lebih, please expect this SOALAN yang akan dipertanyakan SENTIASA tak kira di mana jua dan apa jua keadaan sekalipun :D
Bila anda dah espek soalan dan tohmahan pelbagai yang diberikan, anda mungkin tak terlalu down atau dah boleh prepare dengan jawapan "back-up diri sendiri" jika ditanya.
Soalan yang MESTI WAJIB DITANYA
1. Dah ada isi ke?
2. Bila nak ade baby?
3. Merancang ke?
Tuduhan atau ayat2 insulting yang AKAN diberikan oleh orang terhadap kita yang belum mengandung:
1. Orang lain kawin lepas kau dah mengandung dulu dah. (kalau anda baru je kawin)
2. Orang lain yang kawin lepas kau dah beranak-pinak dah (kalau anda DAH LAMA kawin)
3. Takkan dah tua baru nak ade anak?
4. Kau suruh la laki kau berurut.
5. Kau pegi la berurut.
6. Kau tak takot ke laki ko cari lain?
ada banyak lagi. Apa lagi ye soalan2 dan ayat2 common yang slalu kite terkena? Boleh share kat comments di bawah? So that new TTCians boleh tahu.
So please espek soalan2 dan ayat2 di atas. Semua orang kena. yes, semua orang.
Yang SEMUA ORANG NI PUN ENTAH TAKKAN BERUBAH AGAKNYA YA. :P
Mungkin itu fitrah, tapi kita boleh ubah.
Mudahan2 kita yang TTC ni lepas dapat anak, kita tak buat orang mcm tu :)

i like this post... setuju sangat2.. moga2 kita x buat org lain rasa apa yg kita rasa kan...
ReplyDeleteBetul tu Jay....hopefully lepas nie tiada lagi soalan2 cepucemas dan sakarstik mcm nie lagi dari org2 yang xpernah memahami perasaan org2 yg TTC nie...dan semoga kita pun x tergolong dalam golongan yang buat mcm2 kat org lain...Amin....
ReplyDeletejom list down soalan tak berakal.
ReplyDelete1. dah pegi berubat?
2. kalo jawab dah doctor pakar lagik. dia tanya plak, berubat kg da cuba?
3. biodex/shaklee/segala mak nenek ubat yg mampu buat org pregnant dah cuba? sipolan tu amik sebulan je dah lekat.
4. mmg keturunan susah nak lekat kot ko nih.
5. teknik bersama salah ni.
ok. aku dah xley pk. hahahaha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam jay,
ReplyDeleteAi harap dengan pelaksanaan K-BAT (kemahiran berfikir aras tinggi) yang bakal dilaksana di sekolah pada tahun depan akan boleh mengubah pertanyaan2 yg dangkal spt yg disenarai di atas.
sebab apa? sebab K-BAT ini lebih merangsang minda para pelajar. jadi Ai harap nanti bila generasi baru (yg skrg baru nak masuk f1), pada masa akan datang mereka takkkan lontarkan persoalan begini dan tidak akan state the obvious. mmg makan masa lagi nak tunggu yang f1 tu berkahwin tapi atleast bila sampai turn mereka, mereka takkan tanya lagi soalan2 mcm tu. mungkin cara pertanyaan mereka tu akan berubah selari dengan transformasi pendidikan. Ai tak boleh bayang,manalah tahu nanti time anak cucu Ai pula ada yang lambat mcm Ai. Ai harap mereka takkan berada dlm situasi yang 'mencabar' mcm kita.
maaf Jay. mungkin komen ini agak berat nak faham tapi percayalah yang generasi sekarang ini terhasil dari sistem pendidikan yang lama-generasi hafal soalan dan jawapan-tu yang narrow minded sikit.
Communication skill tak berapa tajam lagi tu..tu sibuk stating the obvious and tanya benda private.
ReplyDeleteI used to write this thing dalam one of the social media, then ada one person tu (before this apa2 hal sibuk sindir2 i dah pregnant ke belum) macam terasa sendiri, then dia kata, "ala, tanya2 soalan macam tu nak mulakan perbualan je.."
so i jawab, "tanya soalan boleh, biadap jangan."...
Any, soalan lain yang tak berapa cerdik tu like,
1) Pandai kira waktu subur tak?
2) Bersama tak masa waktu subur tu?
3) Lepas bersama tu, letak bantal tak? Saya buat macam tu, tu dapat ni ha (tunjuk anak dia)
4) Puasa penuh bulan ni?
5) Tak subur ke?
6) Hah! Tak ada lagi? weh, aku dah nak masuk 3 ni..
7) Masih tak ada lagi ya?
Hal dalam kain semuanya excited nak ambil tahu.
opk rm1.20 - ovulation predictor kit / kit mengesan kesuburan
ReplyDeleteupt rm1.00 -urine pregnancy test/ ujian kehamilan (urin)
termometer rm10 - satu titik perpuluhan sahaja
min pembelian 10 keping (blh cmpur2 upt & opk utk cukupkan 10)
kontek 0122723104 nor