July 4, 2014
How Do I Overcome The Negative Thoughts During TTC
Kali ni aku nak share macam mana aku overcome semua perasaan negative masa TTC.
Sejujurnya aku bagitau, aku masih faham perasaan TTCians, dan aku takkan lupa sebab aku ni ex-TTCians.
Aku masih INGAT, fresh dalam otak, macam mana perasaan bila :
1. Dengar berita pregnancy
2. Terserempak banyak kali dengan perempuan mengandung
3. Hadir ke kenduri dan ditembak soalan anak.
4. Hari Raya melihat sepupu-sepapat dengan anak masing-masing dan kita cuma berdua.
5. Di soal oleh makcik/pakcik kepoci.
6. Di banding-bandingkan oleh kawan-kawan.
7. Mendengar perbualan orang tentang anak masing-masing dan kita cuma berdiam sahaja.
8. Terbaca di facebook tentang update seseorang yang mengandung/yang share gambar ultrasound
9. Takut orang yang kawin selepas kita semuanya mengandung dahulu
10. Orang lain cuba nak nasihat kita supaya jangan tunggu lama2, as if kite ni planning, etc.
Dan banyak lagi perasaan yang sama.
Aku masih INGAT dan rasa apa yang kalian rasa biarpun ada yang aku tahu, lebih lama TTC dari aku.
Dari no 1-10, semuanya aku tangani dengan penuh NEGATIVE sejak aku dihujani soalan tentang baby, sejak 2009 sampai tahun 2011. 2tahun jugak aku tangani dengan negative.
Tangani dengan negative tu maksud aku, contohnya seperti ini:
1. Sesiapa yang bertanya, akan dibalas dengan makian hamun dari aku -walaupun dia golongan warga emas aku peduli apa. Orang yang kenal perangai aku, tahu aku ni macam mana. WALAUPUN dia tanya BAIK-BAIK.
2. Balik rumah dan bergado dengan laki aku sebab laki aku tak backup aku masa kena tembak. Malah dia hanya jawap - belum rezeki, nak buat macam mana. Nope, that answer doesn't satisfy me at all! Kalau tak bergado pun, dapat bertekak pun jadi. Gado dengan bertekak lain skit kot. Hahaha..
3. Update kat blog ini, dan meluahkan perasaan sakit hati kerana ada kawan yang tak sensitive lansung issue orang yang takde anak ni dengan asik lah nak cerita pasal anakkk sahaja depan2 aku. Aku beranggapan bahawa orang yang ada anak perlu rasa sensitip sikit bile nak cite pasal anak depan orang yang takde anak. Kadang2 orang yang ada anak tu tak citer depan aku pun aku nak sakit hati sebab terbaca kat blog dia/status fb/twitter. Padahal tu account die, sukeati die lah nak cite pasal ape pun sape suruh aku bace kalau tak suke kan? HAhaha tapi nak rase BENCI gak. Biasa la negative mindset.
4. Menyumpah orang yang mengandung seperti sengaja-sengaja lalu depan aku - padahal dia tak tau apa.
5. Bengang bila dijemput ke kenduri Akikah. Seperti sengaja nak gitau dia ada anak.
Ada banyak lagi yang aku dah tak ingat. Tapi semua tu cara yang SALAH.
Diulangi
SALAH.
Diulangi
SALAHHHHHHHHHHH.
Dan jika anda TTCians sedang merasai apa yang aku pernah rasa, SILA BUANG.
Macam mana nak buang?
Aku mula korek dalam2 hati sendiri pada awal 2012. Aku tanya diri sendiri.
Kenapa nak anak?
Sebab orang tanya?
Sebab oranglain pun ada anak?
Sebab,..eh normal la smua orang nak anak!
Tapi kenapa?
Aku ni, sempurna ke nak jadi parents?
Cukup ke ilmu nak curah pada anak?
Cukup ke kekuatan nak mengharungi hidup sebagai ibu?
Sebab, nak merasai perasaan mengandung, ya juga.
Nak merasai macam mana beranak walaupun semua tahu beranak itu sakit, ya juga.
Tapi, lepas beranak, dah habis cerita ke?
Anak perlu dijaga, dari lahir hingga dewasa, lihat sahaja diri sendiri, macam mana mak sendiri jaga kita. Macam mana perangai kita masa kecik, masa muda. Lihat macam mana mak kita asuh kita.
Kita boleh buat tak?
- mesti boleh. Itu yang aku fikir.
- Ala yang tu kemudian la fikir..mengandung dulu yang penting sebab orang cuma nak tahu kita dah ada isi ke tak.
Tapi motif hidup dalam dunia ni, untuk apa?
Adakah Allah jadikan semua manusia ini fokusnya utk dapat anak sahaja?
Jadi aku larikan fokus aku sejak awal 2012, kalau baca kat my TTC Chronology, aku ada tulis di awal 2012 yang aku kata I'M DONE.
Aku betul2 surrender masa tu. Bukan surrender TTC, tapi macam mana ek nak cakap. Aku surrender utk struggle seperti mana aku sebelum tu.
Kadang-kadang sebab kita TERLALU fokus nak kan sesuatu benda dan kita harapkan hasilnya cepat. Tapi bila lambat atau gagal, benda tu dah macam ruining our lives. Sebab kita akan down teruk. Frust. Semua ni torture emosi kita sendiri kan? Masa tu aku rasa TTC ni macam menyusahkan hidup aku.
Aku terpaksa fikir 10 kali nak pegi kenduri, nak lepak dengan kawan2 lama, nak pegi visit kawan yang bersalin, semua aku kena fikir 10 kali sebab aku tengah TTC. Jadi aku asyik RISAU kalau emosi aku terganggu bila buat benda2 tu smua.
Then aku try fikir, kalau aku tak TTC mesti aku tak risau semua2 tu kan?
Mana yang tak ruin our lives nye kalau ko asik MARAH, asik BENCI, asik SEDIH.
Hidup ni perlu macam tu ke? - aku tanya diri aku sendiri
Hidup ni perlu rasa benci kat orang, rasa sedih, mengeluh, kecewa, beli pregnancy test, google for fertility info, hidup ni semata untuk itu ke?
Macam mana dengan semua yang Allah tuntut? Ada buat? Perkara2 wajib dan sunat, ada buat?
Baca quran, ada buat?
Sedekah pada anak yatim, ada buat?
Bantu mereka yang sakit tenat, dan memerlukan, ada buat?
Aku tanye gitu kat diri sendiri. So aku larikan fokus aku untuk buat benda yang lain, dan aku anggap yang rezeki anak akan tiba bila Allah nak bagi. Aku yakin satu hari Allah tetap akan bagi.
Berapa lama pun takpe, aku sanggup tunggu. Yang penting aku yakin aku boleh mengandung dan Allah akan bagi jugak satu hari nanti.
Jadi sepanjang 2012, aku tukar mind set aku. Aku tukar mentaliti aku.
Aku beranikan diri pergi kenduri, dan jawap soalan orang dengan (tegas) dan tenang.
"Bila nak ade anak ni? dah 3 tahun kawin kan?"
Jawapan: "Maybe lepas anak semua orang dah besar sikit kot!"
Senyum je sepupu aku lepas aku jawap macam tu.
I mean, memang PEDIH LA soalan tu, tapi apa yang effect dalam jiwa kau tu ialah cara macam mana kau HANDLE soalan itu. Kalau ko pilih utk sedih, ko boleh je jawap
" hmm..entah la...dah cuba byk kali..masih tak berjaya..sedih :("
atau
"jangan la tanya..sakit hati la.." Lepastu asyik repeat soalan orang tu banyak kali dalam kepala sendiri.
Effectnye, kau balik dengan perasaan semakin bengang sebab kau sedih. Kenapa pilih untuk sedih?
Allah bagi pilihan dah kat kau mase tu, nak sedih atau nak happy?
Aku pilih untuk menjadi manusia happy, jadi aku jawap benda yang positif seperti tadi, atau hentam saja "Esok la tuu saya mengandunggg"
Balas je dengan senyuman dan sengeh kerang.
Caya cakap aku, kalau ko rajin jawap jawapan yang happy bercampur loya burok yang tak keterlaluan, orang akan berhenti bertanya.
Pernah jugak aku jawap gitu tapi orang balas balik "Ceh, asyik esok esok..takde jugak isinye!"
Then bila soalan itu keluar, terpaksa lah aku jawap dengan kasar sikit "EH kenapa pulak awak yang susah? Tak mintak duit awak pun utk belanja saya buat rawatan sampai ribu2 semata2 nak satisfy soalan awak tu."
Dan disusuli dengan "HEH gurau je jangan marah eh!"
Blah.
Sentiasa doa pada masyarakat sekeliling supaya mereka faham sensitivity soal anak. Minta lah pada Allah semoga bukakkan hati diorang. Kalau kena jugak tembak, rileks je sebab kau kena fikir kau elak macam mana pun orang akan tanya.
Kecuali ko lari dok dalam hutan. Mungkin beruk takkan tanya.
Kalau takot pada tekanan pada soalan orang, sila be aware of TEKANAN bile anda mengandung,beranak,jaga anak dan sebagainya. Tekanan yang itu lebih dari yang korang sangkakan.
Tekanan itu adalah double tripple daripada tekanan setakat orang bertanya "Bila nak ada isi?"
Betul, aku tak tipu.
Jadi untuk menuju ke arah itu, Allah pilih KITA utk TTC, sebab kekuatan masa TTC ni akan digunakan masa nak mengandung/dah dapat anak nanti.
Berapa lama yang Allah peruntukkan untuk kite TTC tu MUNGKIN masa yang diperlukan untuk bina kekuatan diri sendiri bila dah ada anak.
Sebab kita taktahu apa yang Allah sediakan untuk kita. Semua rancangan Allah.
Kalau sekadar tertekan dengan soalan orang, hmm..itu belum cukup nak dinamakan "tertekan"
Masalah orang lain lebih besar dari itu, cuba kite fikir.
Rasa susah sebab takde anak?
Orang kat somalia ramai lagi yang tak makan. Yang takde tempat berteduh. Takpayah somalia. Kat KUALA LUMPUR sahaja ramai yang HOMELESS dan tak cukup makan, takde tempat tidur, tak cukup pakaian.
Kita, diberi 1000 macam nikmat, tetiba takde yang satu, kita tertekan mengalahkan apa. Aku malu sebab dulu aku macam tu. Jadi aku harap, TTCians semua kuatkan hati dan sabarlah dalam usaha TTC ni.
Aku tau, kita yang TTC ni kalau dengar orang berbual pasal anak pun takboleh kan? Rasa macam orang tu perli kita. Walaupun kita sendiri tau yang orang tu takde niat cuma kita yang paranoid sendiri.
Bila difikirkan secara LOGIKnye, macam mana kau nak kontrol orang nak borak pasal apa?
Dia nak borak pasal anak dia, bukan dia kata "hmm tgk si jay tu, kesian kan takde anak mcm kita hahahaha" - kalau orang tu cakap macam tu, baru lah LOGIK kite nak sakit hati. Tapi ini tak ditujukan lansung kat kite.
Diorang cuma borak pasal anak dah pandai jalan, anak dah masuk tadika etc. Why do u have to think that perbualan tu sounds like "Oh thanks for reminding me that i am childless"
"Oh thanks for reminding me that i'm not yet pregnant"
- agaknya kalau dia dengar detik hati kite macam tu, dia boleh balas balik "Am i talking to YOU?"
LIKE WTF?
Dah kenapa hati kita mcm tu?
Pergi lah minum air zam2 banyak2, niat nak cuci hati tu kalau asyik fikir macam tu. Kalau tak cukup, mandi je terus dengan air zam2 -_-
Trust me, kalau bertahun-tahun TTC pun kita masih beranggapan macam tu towards orang lain yang ada anak, THAT'S FKING SICK. Kau ada masalah JIWA.
I'm sorry but this is true.
Dan kita sangka boleh pregnant cepat dengan berperasaan macam tu?
Tanya lah diri sendiri.
Aku pernah taknak ucap tahniah kat ofismate yang pregnant dan bila dia beranak pun aku buat takreti je. Ya, aku pernah. Effect pada cycle aku? Makin teruk, tak ovulate, takde telur, rahim nipis, darah banyak toksik dan sebagainya. Korang pun nak macam tu? Ha cuba lah berperasaan dengki pada orang lain dan pergi check level hormone sendiri lepastu.
Sebab tu aku cakap, bukan senang nak ubah mindset ni. Tapi kena cuba sikit demi sedikit.
Kita ni smua manusia normal je. Semua rezeki lain-lain.
Kalau dapat rezeki yang satu ni, kita taktahu dugaan ape yang Allah sediakan selepas tu. Sebab tu kena tahan yang INI dulu, sebab nanti lepas tu bila ade NEXT dugaan, kita dah kebal dan dapat handle dengan jayanya.
Aku selalu anggap, aku lambat dapat anak sebab Allah nak beri aku yang terbaik. Jika diberi sekarang, samada aku takkan jadi ibu yang baik atau anak tu mungkin ada masalah yang aku taksanggup nak handle. Aku pernah gugur 3 kali, dah aku redha kenapa Allah ambik balik sebab masa tu maybe aku memang belom bersedia. Kami mungkin belom bersedia. Jadi Allah nak selamat aku dan anak itu. Allah nak beri yang terbaik.
Jadi Allah uji lagi.
Lagi satu aku ni masa TTC dulu dikelilingi orang yang LEBIH BESAR dugaannya berbanding aku.
Jadi aku terus meletakkan diri aku ni sbenanye dugaan kecik je.
Aku ada kawan yang takde rahim, aku ada kawan yang hilang satu tube dan aku jugak ada kawan yang takde tube lansung. Aku jugak ada kenal orang yang ada masalah kesihatan yang teruk (penyakit tulang - lupe namenye) yang menyebabkan dia takboleh lansung ambik ubat-ubatan untuk fertility sebab ia akan effect penyakit tulang dia tu. Orang ni adalah adik Umi. Dah 9 tahun, memang takde anak dan takboleh lansung usaha nak TTC.
Mula2 nak buat IUI, tapi lepas buat health checkup, dia takboleh proceed sebab nanti penyakit tulang dia akan makin teruk. Dia ni jenis yang tangan takboleh genggam. Susah nak explain tapi lebih kurang macam kalau nak pegang barang berat, pinggan berat, semua takboleh. Tangan dia takboleh genggam.
- jadi, kalau ada anak macam mana nak pegang anak kan.
Bagi aku dia ni special. Mesti Allah dah sediakan rezeki lain. Cuma aku kagum sebab dia suami isteri memang bahagia. Happy je aku tengok, romantik je. Katanya ada cadangan nak adopt anak angkat. Tapi nak ambik yang dah besar sebab kalau kecik dia takboleh pegang.
Tibe2 aku rase sayu bila dia cakap gitu..sebab, oranglain yang adopt pun, dapat merasa macam mana jadi new mommy sebab kita jaga baby yang newborn, ada setengah yang dapat breastfeed pun kan..so walaupun tak mengandung tapi dengan adopt baby newborn ni same juga lah rasa macam orang baru bersalin.
Kesian aku tiba2 dengan die sebab kalau ambik yang dah besar, takdapatlah rasa nikmat macam mommy yang lain tu. TAPI, semua ni ketentuan Allah jugak kan. Dah itu kemampuan dia, mesti ada hikmah.
Aku doakan dia dipermudahkan usaha nak adopt anak.
Benda-benda macam ni yang buat aku kuat untuk TTC dan lawan negative thoughts tu.
Selalunya kite akan negative terok dulu, baru kite akan jadi positive.
Dan selalunya perasaan negative ni amik masa 1-3tahun jugak, untuk berubah kpd positive. Ada orang yang lebih awal dari tu dah berubah mindset, bagus! Tapi ada orang yang dah lamaaaaaaa pun, masih negative.
Yang ni aku pun susah nak kata macam mana. Taknak kata pun, tak baik mengata.
Cuma benda2 kecik yang takperlu nak sangka negative and busuk hati, buangkan je lah.
Terutama sekali bab dengar berita pregnancy dan dengar orang lain borak pasal anak.
Takpayah lah sakit hati bile kawan2 ofis borak pasal hal perihal anak. Diam saja kalau taknak masuk campur atau dengar dan jadikan pengalaman diorang tu sebagai ilmu untuk kita.
Aku dah lupe aku baca kat blog siapa tapi dia tanya diri sendiri, kalau aku dah ade anak, nanti aku macam tu jugak ke?
YES you will.
Aku dah melaluinye.
Mustahil kalau ko dah ada anak pastu ofismate ajak berborak tanya pasal Eh anak kau dah pandai apa?
Anak kau minum susu apa? Oh anak aku skang dah kurang meragam, blablabla. Logik ke kalau tibe2 ko nak fikir yang - EH ada orang katsini belom ada anaklah! takyah borak pasal anak la weh, kesian dia terasa.
Logik ke?
Aku fikir jugak gitu tapi kadang2 kalau keterlaluan sangat berborak tu, kita cuba lah ubah topik - asyik cite pasal anak gaya macam takde life pulak kan. Tapi kalau oranglain keep on jugak cerita, ape kite boleh buat?
Nak panas telinga sorang2? Buat apa?
Kite boleh kontrol ke benda macam tu?
Diam saja dan ignore. Itu hak mereka nak bercerita pasal apa.
Yang kita pegi anggap benda tu macam satu benda untuk insult kite tu kenapa?
Kite yang salah ke diorang?
Memang susah nak buat orang faham perasaan TTCians, tapi lebih SUSAH untuk kontrol apa yang orang lain nak cakap yang boleh buat TTCians terasa.
Lebih-lebih lagi kalau secara indirect. Kalau secara direct tu mungkin boleh kontrol lagi.
Tapi macam yang aku cakaplah, benda yang tak dituju kat kite, kite pegi terasa.
Lalu kedai baby, terasa.
Pernah kan macam tu? Sebab aku pun pernah. Hahah!
Jadi adakah kedai baby itu bersalah sebab berada di situ? Tak kan.
Itu semua point untuk 'sengaja' nak torture emosi sendiri.
So camne nak buat?
Buat taktau je lah!
Anggap je la macam lalu kat kedai tayar ke. Lalu kat kedai memancing ke.
Aku tak nafikan memang ada TTCians yang takboleh tengok or lalu lansung kedai baby.
Nampak iklan EXPO Mom & Baby pun nak bengang tak tentu pasal.
Padahal time awak mengandung esok, Mom & Baby Expo tu masih ada je. Bukan time awak TTC tu je Mom & Baby expo tu wujud. Memang sejak dari dulu sampai bila2 pun insyallah tak lari mananya expo tu.
Tiap2 tahun ada beb. Sabar lah, sok turn kau mengandung, selamat berasak2lah dengan orang membeli pampers/baju baby yang murah2 dan cantik2 tu. Bertolak2 berlari2 bagai semata nak kejar voucher murah.
Tapi kalau masih TTC pun, ape asalahnye kalau just pegi dan belikan je la untuk anak buah ke. Anak kawan ke. Anak jiran ke. Niatlah sedekah. Takboleh ke gitu?
Aku yang mase mula2 TTC dulu takboleh tengok or lalu kedai baby, aku tukar dengan habit SUKA pegi kedai baby untuk beli barang2/baju2 untuk anak buah atau anak kawan2. Banyak jugak la baju yang aku beli dan bagi kat anak orang, rasa happy bila buat macam tu. Tak stress lansung.
Rasa lebih happy bila orang yang kita bagi baju tu bagi anak dia pakai baju tu depan kita.
HAPPY tak terkata.
So, nak pilih untuk menjadi TTCian yang happy atau TTCian yang sedih?
Sendiri yang buat pilihan.
Jangan salahkan orang.
Salam jumaat - selamat berpuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam kak Jay. I wish to be the happy one. I wish. I wish. I will... ;)
ReplyDeletehahahaa.. babe i penah bengang dgn member dah la i yg bawa die g jenjalan Jusco (jusco je ponnn) tapi die ajak i gi section bdk2 sbb nak bli baju tido anak2 dia.. hahaha yg x memasal, aku lak yg bengang sbb rase membe tu tak sensitif kat aku... nan hado je negatif ni.. serius mmg x best ah negatif vibes ni.
ReplyDeletePositive thinking, positive thinking, positive thinking....menjelang nak raya ni.
ReplyDeleteTapi bila terbaca ada blogger yang dah preggy bulan Ramadhan ni, sayu balik hati.
Hai la hati, bertabahlah. Kuat sebenarnya dugaan hati, bisikan halus dalam hati sendiri.
Cakap-cakap orang lain sebenarnya tak se'teruk' mana, mungkin dah imun. Senjata sengih macam biasa akan digunakan. Tapi tu la, kalau once dah tersentuh hati....lara hati sendiri telan.
hi salam kenal.. jauh sy jalan dari blog cujen lagi die sebut awak.. sy pun sedang lalui perkara tu tp nak jadi TTCian yang happy =)
ReplyDeletesalam...sama mcm komen atas..jumpa dr blog cujen. though u have a kid now, but your stories are timeless..apa jay story kat atas, is exactly what i'm facing right now. and kindda stuck dekat masalah hati. emm..doakan..doakan hati ku bersih kembali :)
ReplyDelete