Entry ni panjang jugak :-| kalau ada kerja, pegi buat kerja dulu. dah free baru baca. haha!
.......
I came over an 'infertility' blog just now, not complaining about not having a baby, but not having grandchildren! orang ini takde anak dan of course lah, takde cucu. dia ni dah berumur la. so bila kawan2 rapat dah start ada cucu, dia lagi stress dan sedih, kerana seumur hidup tak pernah rasa "the joy of having an infant. newborn, or "related to us" babies or even granbabies"
dan dia sedih bila tengok facebook ramai yang post gambar cucu2 mereka bersama anak2, the joy of having a big family gathering dan sbgnya.
......
tiba2 terfikir adakah benda ini akan berlaku pada aku nanti?? :-O
hahaha, well i dont know, when will it ends really? skarang masa muda, memang komplen and sedih pasal takde anak and if we dont get over it, SAMPAI TUA pun benda ni takkan habis, sampai mati pun takkan habis. tah2 dah nazak pun masih bersedih, "Kalau ada anak, mesti anak2 dah doakan aku, dan tolong jaga aku"
yeah well, maybe its true, anak2 itu memang penting tapi siapa lah kita ni kan, untuk bangkang takdir Allah.
mesti ada sebab kenapa we cant have them.-and sama ada kita sedar atau tak, that was the best for us. like it or not.
aku masa kat wad haritu, aku tgk Health&Home discovery tu kan, ada tunjuk iklan pasal orang ni buat IVF ke apetah, then dia cakap
"its important for me to have a child. its important for me to experience pregnancy"
aku terus mcm fikir..oooh really?....betul lah, lain pompuan lain fikiran dia. same gak dengan kaum lelaki. mungkin bagi diorg pun
"Its important for me to be a father, to experience being a father"
bagi mak2 mertua kita pulak mungkin
"its important for me to be a grandmother, to experience being a grandmother and wait for my children to come back for hari raya so i can give duit raya to my grandchildren, that's why it's important to push my daughter in law to get pregnant quickly so i can stop worrying about not being able to experience being a grandmother"
hahaha! mcm tu ke?!
aku takpenah terlintas pun perkataan whether its IMPORTANT or not benda ni sebab benda ni benda yang dah tertulis. mcm mana nak buat pasal benda yang Allah plan? aku takde jawapan untuk benda ni. selain dari berusaha, apekah lagi benda yang kita boleh buat, (selain berdoa). bersedih lah kan? bersedih, berharap, lagi??
kalau orang putih, atau yg bukan islam, some of them anggap infertility ni ialah satu masalah yang boleh diubat, dan takde kena mengena dengan kerja tuhan. aku penah baca infertility forum matsaleh, yang mengatekan sape yg ckp inferitility ni kerja tuhan, itu salah! sebab kalau betul tuhan yang rancang semua ni, kenapa tuhan begitu kejam beri anak dekat orang yg akan membuang anak? dah tentu tuhan dah tau anak itu akan kena abuse dan sbgnya? kenapa tuhan beri anak dkt org yg sah2 akan gugurkan kandungan sebab taknak anak?
jadi bagi diorang, jangan salahkan tuhan. agaknye bagi diorang tuhan takde kena mengena dengan ketentuan whether kite ni meant to be parents or not and WHEN. semua terpulang dekat usaha kita. bukan tuhan yg decide.
(hak ah, mcm la kite berkuasa untuk meniup roh manusia ni semua)
itu pandangan mereka yg bukan islam.
bagi aku dan aku harap semue kita yg islam ni fikir yg sama. kalau orang yg taknak anak, yg belum kawin tu semua dapat anakharam tu bukan satu benda yang "blessed" or "gift", itu satu balasan dan dugaan. yang buang anak tu semua, yang campak anak dari tingkat 3, yang bungkus anak dgn plastik sampah, yang tanam anak idup2, dan lain2....kita memang rase sakit ati dan benci dan kesian dan sedih melihat nasib bayi itu...
tapi penah fikir tak, tah2 bayi2 tu semua takrase sakit sikit pun. dah masuk syurga dah pun. itu semua tuhan nak tunjuk perangai manusia akhirzaman, supaya kita ni bersyukur, dan insaf. bagi aku itu semua tuhan nak tunjuk saje, mmg perbuatan manusia2 tu semue tetap lah salah, cume its not that tuhan itu kejam pegi bagi anak dekat orang2 yang akan buang/bunuh anak itu dan kat kita, tak penah skali pun bagi anak. aku selalu wonder benda ni..
aku takde lah berdoa nak mati sorang2. takde anak2.
tapi kadang2 aku wonder jugak..kalau benda ni kita jadikan sebagai satu masalah hidup, benda ni memang takkan habis.
kalau mase muda kite dok envy orang mengandung dan ada anak, dok envy orang update status 'mengandung' dekat fb, atau upload gamba baby newborn, SAMPAI TUA agaknya kite akan continue perasaan ini. bila dah tua, benci pulak bila kawan2 kita dah ada cucu, dah dok bercerita tentang anak masing2 or menantu masing2 dah mengandung, sedangkan kita?
Wah, sampai bila??? Sampai bila kita nak jadi Obsess About What's Next?
What's Next is Next?
Lahir, Membesar, Sekolah Tadika, Sekolah Rendah, Menengah, University, Graduate, Dapat Kerja, Dapat Awek/BF, Kahwin, Pregnant, Dapat Anak, Tambah Anak, Anak Besar, Anak Sekolah, Anak masuk U, Anak Konvo, Anak Kerja, Anak dapat awek/BF, Anak Kahwin, Dapat cucu, Tambah cucu,.....
Tua, Mati? taknak obsess pulak pasal mati? Lepas mati, kena soal kubur pulak. taknak obsess ke pasal soal kubur? apekah soalan2 dalam alam barzakh nanti? :D
Heh seram pulak pemikiran aku ni kadang2...
---
Aku tetap berusaha untuk kebaikan kesihatan aku as a woman, supaya aku jauh dari penyakit2 puan yang kian belambak skang ni. dan aku tetap akan continue researching about infertility, dan knowledge2 dan tips2 yang aku tau utk share dengan korang yang senasib dengan aku. aku sangat ikhlas nak share. if i dont, buat ape aku tulis blog yg actively updated since May 2010, kalau aku rajin update gambar2 dan design2 wedding aku, mesti dah dapat banyak client! tapi benda ni pulak yang aku dok buat. :D maybe i was obsess too before this?
But im glad writing long blabbings in this blog had changed my way of thinking about things.
Ada anak atau tidak aku berserah semua dekat Allah. aku cuma nak Allah bagi aku (kami) anak, bila kami dah betul2 bersedia nanti, sedia atau tak itu semue Allah je yang tau. kita memang lah ckp dah sedia, tapi betul2 ke? atau just nak anak sebab semua orang ada? sebab nak tutop mulot orang?
kawan saya wani ardy kata "kalau nak kawin tu semata2 nak dapat anak, baik takpayah kawin, pun boleh dapat anak ape?"
betol lah kan?
knowing ramai gila manusia yang infertile, aku terus lali. aku dah jadi takkesah. bcoz im not alone and there's Zillions out there yg infertile. yang CHILDLESS. maybe not for you yang baru kawin taksampai setahun lebih, u wont feel lali yet. nevermind. go ahead and experience annoying feeling ini.. aku mengaku tahun 2010 aku stress nak mati psl issue not yet conceive ni.
tapi skang aku makin lali dan mungkin aku dah ke arah 'tak rase ape2' unless i was directly offended by someone.unless ada makcik yang dtg sembur depan muka aku "hai, tak beranak2 lagi ke sampai skang?!" ha u prepare la makcik, aku dah tak pedulik kau makcik ke kau budak lepastu.
aku dah start undo unsubscription facebook aku kat orang2 yang mengandung. aku dah cube utk cuci hati. bagi aku, itu kegembiraan diorang. biarlah. mungkin tuhan tak bagi aku skang sebab kalau aku jadi diorang, aku lagi terok heboh2 satu dunia pasal pregnancy. tah2 aku akan annoy lebih ramai kawan2. lebih baiklah aku takde skg dan belajar sikap org pregnant yg lain supaya aku beringat.
itu hak mereka, biarlah. sebab kita kalau happy pun kita mcm tu. nak share dgn orang. kdg2 saje je mention benda tu banyak kali dpn2 orang on purpose. supaye rasa diri kita ramai yang concern. supaya ramai orang ucap tahniah dan pegang2 perut kita.
its like the same feeling when u are telling everyone u are getting married. happy bila semua orang tanya psl persiapan, psl honeymoon katmana, psl siapa yang akan makeup, siapa photographer? kita rase flattered sangat. tapi mase tu mesti tak penah terfikir perasaan orang sekeliling kita yang lambat kawin, yg takde boyfriend kan? lepas tu asyik mention benda ni depan2 orang yg belum kawin. like cousin2 yang dah umur 35thn, yg masih belum kawin. atau yang baru putus tunang? dalam hati kita pernah ke terfikir 'alamak aku ni kepoh sgt, mesti die terasa aku asik cite psl kawin, kang dia ingat aku perli dia"
PERNAH?
aku sedar benda ni last month, mase lepak dgn kawan2 dekat ikea, sambil2 makan2 me and my other girlmates citer tentang husband masing2, perangai husband masing2 yang suka kan furniture jenis mcm mana, yang suka sepah2 barang, atau yg suka arrange2 frame gambar, (sambil tengok catalog ikea) aku terperasan salah sorg kawan kami yang diam je. ya baru aku terfikir, dia belum kawin. sebab tu dia diam. aku tiba2 meletakkan tempat aku kat tempat dia skejap, for 1minit. terus aku terasa.
wah, semue org cite psl rumah, psl beli furniture dgn husband.....aku?
OH god, mase tu aku terus ajak diorang tukar topik supaya benda ni tak berpanjangan. aku takot orang terasa. sama lah mcm mana kite terasa orang citer psl baby, psl anak..psl susu, psl pampers, psl checkup doctor..mungkin cara untuk dia tenangkan hati dia, dia fikir 'takpe lah dah jodoh diorang'.
kita pulak fikir kat orang yg dah ada anak atau sedang mengandung "takpelah dah rezeki diorang"
dulu, bila aku dgr berita pregnancy je, cakap dlm hati,
"shit la. tak habis2 mengandung. aku ni bila? takbole ke kalau kau tak mengandung? boring betol la, benci! tendang perot kau baru tau!"
balik rumah, nangis. astu harap husband pujuk..laki aku selamba marah aku "habis tu marah la dgn Allah sebab bagi dia mengandung?"
terus aku diam.
3 hari lepas, member aku Alin bagitau "Jay, bini Yat pregnant lagi" (yat is a lelaki. our friend)
aku berjaya rasa happy dan sikit takde rase sakit ati lansung pun dgn berita tu. dengan mengatakan
"Alhamdulillah! memang elok la utk Yat pasal dia tu kaki enjoy sgt. elok la ade anak ramai2 supaya beringat sket ada tanggungjawap and berubah!"
i seriously spontan je cakap mcm tu, then i congratulate myself for being optimistic.
i hope u guys do the same. :)
sekian.