May 16, 2012

Back from Langkawi


Hey ladies!
Sorry lah baru ada masa nak update blog :P lepas balik langkawi tu busy kemain sebab cuti lama, kerja pending lepastu terus mcm takde masa nak menaip.
So yeah we are back from langkawi last 29April and i miss langkawi already!!!
Dah la mase kitorang pegi tu cable car boleh tengah maintenance pulak! Tak dpt naik cable car! :(
tapi dapat island hopping and we finally meet miss Dayang Bunting! hhehe.. i mean, kami dapatlah pegi Tasik Dayang Bunting tu.

Here's some pics!

























Waterfall atas ni dekat 7 Wells (Telaga Tujuh) sebelah GeoPark tempat cable car tu. kecewa cable tutop, jadi kami pegi Waterfall ni utk tenangkan otak. ada yang mandi ada yg lepak je. yg nyata dalam 1 hari 3 tempat kami pegi mandi. Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Telaga Tujuh Waterfalls. hahaha..

Seronok?
Tentulah! Berjimba, tak hengat. sampai kering kontang jadinya bulan ni.
Haritu janji taknak makan dairy ye katenye? Abeh tu yg borong chocolate banyak2 dekat Kuah tu? Tak makan la ye Jay? Memang bedal coklet je bulan ni -____-
ahahaha
Tak tahan la choc byk dan murah! Plus dgn org kirim2 lagi, takkan belikan orang je sendri tak beli?!
(alasan)
Yang pegi mase tu kami 9 orang. yg dah kawin cuma me & wani ardy je. kununnya beriya lah kami bermandi bagai di Dayang Bunting tu. Tapi sumpah, betul orang cakap. Air dia LIKAT dan PEKAT.
Selamba aku minum jek air tu masa mandi2. Aku pakai life jacket sebab taktau swimming. Wani tau swimming, tapi tu pun die cakap memang penat sangat nak swim dlm tu sebab memang rasa tarikan graviti kuat sgt. kalau taklarat mmg leh tenggelam -___-
Air dia, hijau sungguh. pemandangan la yang hijau, sbenanye jernih airnya.
Aku ambik air dia bwk balik sebotol.
Aku minum skit2, sebab sayang. Hehe. ok airnya rasa Air Zamzam. tak tipu.
Betul airnya mmg bersifat alkali. So patutlah yg ada masalah getting pregnant, boleh pregnant sebab dia me-neutralize kan badan kita kalau terlebih acid. sebab semua tau kan, acidic environment can harm the sperm.
tapi kalau byk sgt complication, memang susahlah. Sebab tu ada yang tak berjaya pun.
Pasal citer dongeng tu, anggap je la dia Mitos. mungkin pernah berlaku. mungkin juga tidak. mungkin berlaku di alam ghaib. Wallahuallam.
Dah rindu kat tasik tu. Taktau lah kenapa. sumpah tenang bila mandi kat situ, mungkin sbb dgn kawan2. bergelak ketawa kemain, mcm takde masalah hidup. hahaha...

Ada lagi benda nak cerita tapi alaaa saya busy! I'll be right back ya!
in the meantime congratulations to my TTC fren yang dah selamat melahirkan baby boy baru2 ni. her blog is HERE and HERE

April 26, 2012

Langkawi, tunggu aku.

Esok 27Apr-29Apr, aku akan ke Langkawi bersama kawan2 aku untuk berjimba.
Hehehe.

Credit Pic: Google Images
Lepastu kami takkan lepaskan peluang untuk ke Tasik Dayang Bunting yang femes tu. Yang dikatakan mungkin ada miracle untuk kita yang susah conceive ni. mungkin.
Nak kata percaya atau tak, aku taktau. aku rasa mungkin ia adalah Myth. Mungkin juga kalau jadi pun, kebetulan. Atau mungkin memang ada scientific reason kenapa dia boleh menyuburkan seseorang yang bermasalah TTC.

Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting
Taktau lah. Mungkin juga cerita Dongeng sahaja. tapi RAMAI betul orang pegi sana dan pregnant. Walau dah bertahun2 kawin. Aneh juga. Rezeki Allah nak bagi, nak jadikan sebab je kan.
Then ada aku jumpe page yang mengatakan matsaleh penah buat kajian kat tasik ni. Sebab pelik sangat. air tawar, warna hijau, lepastu TAKDE DASAR. ok weird.
dan Subhanallah. Dan hasil kajian diorang mengatakan batu2, algae dan tumbuhan2 dalam tasik tu ada khasiat whatever ape tah untuk improve fertility. Wallahuallam.

Aku tak kira tahyul ke tidak, aku just nak pegi dan berendam dan minum dan watever yang disuruh orang tua for the sake of I've also tried this, and that, for TTC. kalau takjadi takpe, tak kecewa.
sebab bukan makan kos beratus2 ringgit pun. tambang naik bot untuk Island Hopping je kan.
Yang penting dapat release tension dan happy2 dengan kawan2. kami pergi 9orang.
doakan kami selamat pegi dan balik!

April 23, 2012

Infertility Game

HAhaHAHAHAH how cute is this??

Source: http://stillwaitingforabfp.tumblr.com/post/20472347578
CHOMEL.

Actually i have something else in my mind that i think i NEED to share tapi im not ready if i could take it :( 
well, its another SIHIR issue.
Nantilah.
Entah.
Sementara nak alih fikiran ke benda merisaukan ni, main board game ni jom! :P