April 26, 2012

Langkawi, tunggu aku.

Esok 27Apr-29Apr, aku akan ke Langkawi bersama kawan2 aku untuk berjimba.
Hehehe.

Credit Pic: Google Images
Lepastu kami takkan lepaskan peluang untuk ke Tasik Dayang Bunting yang femes tu. Yang dikatakan mungkin ada miracle untuk kita yang susah conceive ni. mungkin.
Nak kata percaya atau tak, aku taktau. aku rasa mungkin ia adalah Myth. Mungkin juga kalau jadi pun, kebetulan. Atau mungkin memang ada scientific reason kenapa dia boleh menyuburkan seseorang yang bermasalah TTC.

Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting
Taktau lah. Mungkin juga cerita Dongeng sahaja. tapi RAMAI betul orang pegi sana dan pregnant. Walau dah bertahun2 kawin. Aneh juga. Rezeki Allah nak bagi, nak jadikan sebab je kan.
Then ada aku jumpe page yang mengatakan matsaleh penah buat kajian kat tasik ni. Sebab pelik sangat. air tawar, warna hijau, lepastu TAKDE DASAR. ok weird.
dan Subhanallah. Dan hasil kajian diorang mengatakan batu2, algae dan tumbuhan2 dalam tasik tu ada khasiat whatever ape tah untuk improve fertility. Wallahuallam.

Aku tak kira tahyul ke tidak, aku just nak pegi dan berendam dan minum dan watever yang disuruh orang tua for the sake of I've also tried this, and that, for TTC. kalau takjadi takpe, tak kecewa.
sebab bukan makan kos beratus2 ringgit pun. tambang naik bot untuk Island Hopping je kan.
Yang penting dapat release tension dan happy2 dengan kawan2. kami pergi 9orang.
doakan kami selamat pegi dan balik!

8 comments:

  1. jay,

    yani baru balik dari langkawi isnin lepas. masa gi island hopping, dari hotel dah ready sebotol kecil mineral untuk ambil air dari tasik tu.

    masa kat tasik tu, macam segan2 nak cedok isi air dlm botol sebab ramai sgt org, tp hati dah tawakal....last2 minta suami cedokkan air tasik tu. alhamdulillah sampai juga air tu ke melaka. cumanya tak tahu mcm mana nak minum...nak kena masak dulu ke atau terus minum macam tu.

    suami yani kata mmg dalam giler air tasik tu, dia terjun dan berenang kat bahagian depan tasik, yani tak berani, cuma mandi dan basah2kan badan kat bahagian yg berjaring (tapi berlumut skit la).tu pun x basah satu badan.hehehe

    ReplyDelete
  2. pernah minum air tasik dayang bunting mase baru nikah 3 hari... tp belum rezeki lg..

    ReplyDelete
  3. sy nak g gak!!5-7/5 ni..insyaAllah..kita usaha je kan..=)

    ReplyDelete
  4. Jay,

    Have fun dear. Masa musafir adalah salah satu masa mustajab utk berdoa. So jangan lupa eh. Take a deep breath, focus and doa sungguh-sungguh.

    Mandi kat Tasik tu memang best. Tapi, kalau pregnant, Allah yang berkuasa, tasik tu penyebab je. I pun kalau belum rezeki, nak plan pi sana la jugak..

    Bye, take care.

    ReplyDelete
  5. betul tu..ada kajian mana entah cakap air tu improve fertility..InsyaAllah ada rezeki, ada lah..

    ReplyDelete
  6. cantiknyer tasik tu...kalo bpeluang, i pun nak pg jgk...:):)

    ReplyDelete
  7. happy holiday..! semoga tasik ni boleh jadi penyebab untuk jay jugak. ;) hehe. teringin pulak nak pergi..

    ReplyDelete
  8. salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete