August 16, 2012

Why We Mustn't 'Canang'

Baru2 ni aku update status dekat facebook.

"Awal-awal jangan canang sangat. So-Not-Kewl"


kpd yang ada add aku dlm friendlist, korang mesti ada terbaca status tu, LIKE atau ada komen.

I've deleted that post sebab RAMAI yang salah faham. 
i dont mean pregnancy only. i meant anything general. 
Anything.

Contoh 1:
Awal2 bercinta jgn terlalu canang kat orang pasal nak hidup bersama sehidup semati la sanggup renangi lautan api la lautan pasir la lumpur la, skali breakup or bf ada scandal, sedih terlampau2. Ubatnya? Awal2 jgn canang sangat.

Contoh 2:

Awal2 bertunang jgn terlalu canang kat orang sgt, My fiance this my fiance that, lovey2 dovey la konon, astu asik update hal2 kawin je. Survey brg hantaran with tunang, dating with tunang, tunang bagi me present, tunang says he misses me, blablabla. Skali putus tunang...haaaa tau plak kata Takde jodoh.nak buat mcm mana....Ubatnya? Awal2 jgn canang sangat.

Contoh 3: 

Awal2 kawin, sket2 citer pasal hubby ku ini, hubby ku itu, hubby this hubby that, thank you hubby, miss ur kisses hubby, OKAY fine sweet la kalau kena pada tempatnya tapi kalau asik dok citer hubby je macam kau sorang je ada hubby??
and kena ke thank you kat hubby kat wall memasing? i mean, u cannot talk at home la? ke maybe hubby jauh sgt ada kat oversea kot..then paham la kalau mcm tu kan..hehhee but cant u just keep it private? takperlu canang, tayang sgt kat orang yang awak tu bahagia walaupun halal. rilek2 sudahhh
esok lusa kau bergaduh, caci maki sesama sendri, sebok bercerai-berai,
update pulak status gini: Lelaki semua sama..Lelaki smua kejam..Kenapa saya diduga begini..blablabla.
ha haritu ko kepoh sgt hubby itu hubby ini. 
Ubatnya? Awal2 jgn canang sangat.

and same goes to pregnancy, yg ni takyah bagi contoh smua tau apakah contohnya. semua boleh bagi contoh sebab semua pernah alami. kan. 
Masa aku pernah lekat 3 kali dulu pun aku takottttttt sangat kalau TER update apa2 yang berbaur pregnancy. Aku penah update "Letih la harini" 
Itu pun ada orang komen "ada isi ke?" 
Then terus aku delete post tu sebab aku takot.
Then 2minggu pastu aku bleeding. Terus aku janji aku TAKKAN update apa2 sbb takot jatuh riak, takot orang salah faham, takottt sangat :( please lah rasa takot kalau diri terjadi RIAK. please.
Yang tak penah kena memang takkan rasa takot dan aku doakan korang jgn lah terkena tapi satu je, buang lah sifat riak kerana banyak kelakuan kite yang kita tak sedar telah mendatangkan RIAK. 

But canang awal2 tu, i meant GENERALLY...bukan satu benda je.
takyah canang awal2 benda yang belum tentu.
nanti makan diri sendri nauzubillah :( 
mintak dijauhkan kita dari suka canang-mencanang ni. tahan diri. 
keep it to urself and closefriends/relatives only. okay? 

for me skali skala ok laa kite happy, semua org berhak utk rasa gembira dan ingin share. takpe its okay dan tak salah pun. dan itu bukannya "Canang"
Canang maksudnya disini HEBOH KECAH sana sini kepoh citer kat satu dunia, kat public, semua org baca, and be proud about it. That's Canang.
(what's ironic is that, bile sedih pun, Canang juga) haish! 

zaman skg org asik salahgune kan facebook/social media, sampai boleh mengundang fitnah. 
Salah faham pun ramai, i think i should not update anything that's not important anymore.
Sebab orang salah faham and when orang salah faham, it annoys me. 
It annoys me especially when people thought I AM THE ONE who is pregnant and secretly taknak canang awal2, tapi baru bgtau orang nih, taknak canang, tapi orang tanya pregnant ke jay? tibe2 mengaku. errrr kan macam tak kena tu. 

But its my bad, aku yang being too general and my TTC friends thought i only mean pregnancy. 
No, Anything can go with that statement.

(but no im not pregnant, dont worry) baru je test 2 hari lepas and its negative anyway :P

so itu saja penerangan saya :P hehehe maaf zahir batin aku tidak berniat sakitkan hati sesapa sekadar nak ingatkan diri sendri dan kawan2 yg lain. 
sayang sangat kat my TTC friends!!! mmuahhhhxx <33333


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ;) 
maafkan saya kalau ada blog entry yang menyinggung perasaan sape2, saya hanya manusia lemahhhh (ceh!) :P hehehe minta maaf dari hujung rambut sampai ujung kuku kaki yaa..
SELAMAT MENJAWAP SOALAN CEPUMAS DARI SAUDARA MARA hehehehe dan DRIVE SAFELY!!! 
JGN CANANG SANGATTTT TAUUU RAYA NI :P heheheh

August 9, 2012

Raya is Coming.

Hehehe, cara aku menjawap dengan orang di post bawah ni jgn la ikut sgt ye hehehe kang orang benci lak kat kite :P tibe2 rasa bersalah mengajak orang utk menjawap2.

Tapi sbenanye itu my tips je, u dont have to follow mine, buat ayat sendri yg lebih neutral pun takpe.

Semalam, lepas lepak dekat Laman Seri S.Alam tu aku jalan2 kat bazar jualan yang ada kat situ, saja la tgk2 kuih raya, baju raya. then we all happen to bumped into my hubby's friend.
lepas dia borak2, kami pun nak blah aa, then kwn dia sEMPAT LAGI sound dari jauh "wei! berDUA JE KEEEE"

laki aku terus tarik tangan aku pegang erat2 tunjok kat kawan dia "berdua laaaaa :D :D :D" Sengeh banyak2.
terus rasa diri ini sgt dihargai dan disayangi HAHAHHAHAHAHAHAHA

ok harap2 jangan la laki aku jumpe post aku ni :P

padanmuke kawan dia tu! bajet nak harap kitorg sedeh statement tu meant for Bila nak bertiga, tapi who cares? laki aku siap nak pelok aku kalau boleh dpn kawan dia tu.

hohoho
BIAR LA org nak lovey-dovey bertahun pun yang orang susah tu kenapa? astaghfirullah

So raya dah nak dekat. Tipu la sbenanye kalau aku  tak jeles sket la kan orang lain beli baju anak2 astu matching2 dgn colour tema family, kfine la. jeles sikit laaa tapi takkesah sgt pun :P esok lusa aku ade la tu anak. kate la takde anak lagi bape tahun pun, kalau ade rezeki ambik anak angkat aku ambik je. pun boleh belikan baju cantik2, tak dosa pun.

Raya tahun ni aku jangka nanti ada orang dah mula risau pasal kami takde anak. biasa nya tahun2 lepas orang cuma tanya2 Bila nak ada, dah ada ke belum, dan sbgnya.

Tahun pertama 2009 balik raya: orang terus tanya selepas bersalam "dah ada isi?"
bila jawap belum dengan senyuman, diorang ok je mungkin perangai kepoci dlm diri sukar nak buang dlm setiap orang melayu, jadi soalan tu aku maafkan dan diorang tanya cuma sebagai pengganti soalan "Apa Khabar?" ok fine. diorang pun doakan "takpe mudahan2 cepat la dpt anak, baru lagi ni enjoy dulu"

Tahun kedua 2010 balik raya: orang mula raba perut aku sambil senyum2 dan itu adalah annoying tahap rasa nak tampo. Aku dengan selamba ckp "nak rasa taik ke?"
Jawapan mereka: Tak, nak rasa dah ada baby ke belum (selamba gile direct)
Jawapan aku: Belum la.
Muka diorang: *mencebik* dan cakap "ape la..bile nak berisi ni?..lambatnya"
Aku: tgh treatment dgn doctor la setakat ni dah 2 3 ribu dah duit abis.
Mereka: Ala takpe duit leh cari..usaha tu penting..(eh senangnye cakap duit leh cari)

Tahun ketiga 2011 balik raya: orang bertanya sambil muke berkerut macam aku ni tak taubat2 dari membuat dosa besar. menadah tangan dan tunjuk ke perut (mcm kelaparan tu) "TAKDA LAGI?"
Aku sengeh: TAKDA!
Mereka: Laaaaaaaaa lamenyeeeeeee (mcm dah 10tahun kawin) orang lain beranak pinak dah!
Aku: takpe, tak syok beranak beramai2, nnt orang berkira nak kasi hadiah. biar anak korang smua dah pegi skolah baru kite beranak k? jgn lupe beli present best2 dan bagi duit byk2 kat kite tau! *Sengeh besar*
Mereka: -___-

Tapi Bila tahun ke 4 balik raya 2012 ini pun takde apa2 aku rasa orang akan mula concern lebih serious dan mungkin dah tak ke arah perli-merli lagi.
Mula lah nanti ada banyak dokter2 tak bertauliah, tips2 dari sana sini. Yang kelakar nya none of it will be tips on how to get my periods back. smua nya pasal Tarikh nak bersama la (Zzzz) pasal apa nak kena makan or surah ape yg perlu amalkan la..(surah takpe, itu bagus)

bila aku kata "saya susah nak period"
takde sorg pun akan cakap selain dari "Pergi lah jumpe doktor!"
atau "ambik lah ubat period!"
hehehehe
so selama ni aku ambik ubat apa? besarkan bontot?
bila aku ckp "dah penah lekat dah tapi gugur"
diorang akan kata "rahim tak kuat laa tu..pegi la urut!"

mcm senanggg nyeee solution dlm kepala otak diorang? eh apa kata korang jadi gynae. sebab korang nye jalan penyelesaian sgt mudah. Pegi la urut. Makan la jamu. Makan la folic acid. Bacalah doa. (ok doa tu memang la mesti baca) tapi mcm buat semua tu je kompem pregnant terus.

aku memang nak jawap setiap apa tips yg diorang bagi, aku nak tanya kalau aku tak mengandung gak mcm mana? apa kata kite bet? kalau aku buat apa yang korang suggest ni (seperti mengurut, sengkak rahim, watever, minum jamu akar kayu watever, bermain pada tarikh2 yang disyorkan) dan aku tidak mengandung dlm masa 3 bulan, korang kene bagi aku RM500. amacam? mesti tak brani suggest kan? :P
nanti kalau aku tak mengandung gak mesti diorang kata Dah takde rezeki nak buat macam mana?
Jadi apa beza dengan apa yang aku dah usahakan selama ni? Sama la jugak Takde rezeki jawapannya to every failure. bukan takde, BELUM. and there's nothing wrong about LATE being a mommy.
I'm late, i know. But what's wrong?
ko tunggu sok, anak ko 2 3 orang smua kelas belakang2, kelas budak takpandai. anak aku lambat keluar tapi IQ genius sampai tahap leh solve soalan fizik form 5. Haaaaaaaa skang sapa ketinggalan??? *perasan*

sbenanye aku bukan lah EGO taknak terima nasihat atau tips. Im okay if u are helping. just some of it are annoying sebab macam mudah sgt nak buat. macam aku bodo sangat taktau itu ini. I'll appreciate if org2 yg nak bantu ni to be spesifik sket nak membantu. bukan just Pegi lah urut, Makan lah jamu, Jumpa lah doctor. as if selama ni aku tak jumpe jalan pegi klinik. please lah guna otak. i dont buy all that.
Aku faham if my cousins concern pasal PCOS aku ni, aku takkisah pun. kadang2 aku lega bila aku dapat explain apa penyakit aku, dan aku akan lega bila they share what they know about it. Tapi makcik pakcik yang tidak bertauliah tolong diam and stop berkerut dahi pasal aku tak mengandung boleh?

Tapi since berubat dgn tuan haji haritu aku rasa ada modal baru leh cerita ni hahaha, itu pun kalau diorang faham. tapi makcik pakcik, kompem suka cerita2 mistik dan aneh seperti ini. TAPI, kompem aku kene suggestion lain (which is ke arah positive) seperti Ha banyakkan mengaji, baca quran, supaya tak terkena jin lagi..blablabla OK yang ini aku lebih rela. jadi apa kata aku guna je modal psl berubat kampung haritu.

Funny thing is, aku taksuke menunjukkan kesedihan kepinginan aku nak anak tu sebab AKU OKAY je sbenanye. i dont go " :( saya sedih, dah lama dah kawin tapi xde anak lagi ni..mcm mana aa....leh tolong tak ape2 tips :(" dan muka asik begini :( :( :( :(
becoz im noT!
IM NOT that pathetic. serious. aku OKAY.
tapi kdg2 bila orang tanya2 tu rasa mcm bende tu patut disedihkan. SAYA DIPAKSA BERSEDIH.
dia mcm EH apa kau gelak2 takde anak ni, takde anak itu SERIOUS! kau kena risau! kau kena sedih! bukan gembira! mcm tu?
its like being happy for having cancer.
haaaa mcm tu la diorang punye nak suruh aku sedih tu.

atau apa kata bile diorang tanya je, aku terus meraung mcm org histeria?
like, "Eh kenapa tak mengandung2 lagi ni?"
aku pun terus "Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahwaawaaawaaaaaaaaaa!!!!" *menarik2 rambut menghentak2 kaki, meraung menangis berjujuran air mata di depan org ramai*

macam orang gile kan? nak kene buat mcm tu baru orang tak tanya kot?
hoho.

apa2 pun, aku pun mcm korang.
berdebar tunggu raya sebab takot sakit hati.
haritu aku ada buat satu post kat TTC Group Malaysia which mengenekan batang hidung sendri dan orang lain yg TTC. tapi aku ckp tu mmg utk sama2 kite jgn busuk hati dan buruk sangka.
Nanti aku copy paste balik apa yang aku post tu. skang ni takleh bukak fb sbb office hour.
i said something like this :
Bila orang tanya kita Bila nak ada anak? Dan kita sakit hati - ITU SETAN. 
Bila dengar pregnancy news org lain, Dan kita sakit hati - ITU SETAN.

Yes mende2 di atas yang aku tulis ni sama seperti buruk sangka tapi i cant help it sebab aku dah trauma 3tahun terkena mcm tu. jadi apa yang aku boleh buat before raya dan sebelum berjumpa orang raya ni nanti, cuma zikir banyak2 dan berdoa orang tak sakitkan hati kita. itu je kite mampu.

Raya lagipun, Bulan baik. yang setan tu smua ready nak berkompang sbelah kita supaya kite nangis, sedih, benci sesama saudara-mara sbb dia dah target kite kompem sedih dgn soalan Anak tu. jadi mari lah sama2 kite lawan supaya kita jangan geng dengan setan.
Setan mmg keje dia suruh kite menci sesama umat islam.
Itu punca kenapa kite sedih, marah, sakit hati dgn orang. Sama2 kite perbaiki diri k.
aku sendri pun takleh kontrol marah dgn menulis2 bende di atas ni, tapi itu trauma.
aku cuba terapkan dlm otak supaya kita jangan buruk sangka dgn orang dan membayangkan perbuatan tu akan buat setan berkompang berjoget kegembiraan kerana berjaya buat kite sedih/benci/marah/pissedoff dgn saudara-mara kita apatah lagi buat kita rasa benci nak ziarah saudara-mara. LAWANNNN



August 3, 2012

Kering dan Kebal

i wrote this few days ago tapi kept it as draft, harini baru publish.

---

Looking at my ticker ----> I'm TTC for 3 Years, 6 Months, 3 weeks, and 6 days.
36 36 Wahhh amboi gangster nye nomboooo....
hahahahhaa

Tidak disangka dah 3tahun setengah, tak pregnant lagi! huuuuuu
semakin lama aku rasa aku dah makin kering. bukan badan kering, badan aku ok je cume bulan puasa ni turun sekilo dah, 44kg skang uhuhuhuk...
tapi hati yg kering. aku dah rasa mcm KERING gila nak hadap semua ni. agaknya kalau tahun depan tak pregnant2 lagi taktau apa lagi kering dari kering.

Aku ni pun sengal yang nak pregnant sangat kenapa?
ha dah 3tahun setengah takde anak, ok je idup kitorang?
hmmm
Rupenye ok je kalau takde anak ni, yg tak ok cume mental.
Dan orang sekeliling. sbenanye kitorg OK tapi org sekeliling yg tak OK. hahaha!

Hehe. Eh adik ipar aku bersalin anak no 2 dah minggu lepas, dapat boy pulak dia so dia dapat sepasang. Aku KERING je tgk baby dia :P tersengeh2 aku sorang2 sbb baby tu dgr suare aku terus sengeh! maksodnya dia tau aku auntie yang cool. heheheh

tibe2 baby tu melalak. Hahhh terus telinga aku rasa bingit dan terus dlm hati berkata "mcm niiii aku nak baby sgt?"

Aku ni sabar je la tunggu raya ni kan, dah la tahun ni laki aku nak raya umah mak dia kan, so aku kompem kene tembak punye dengan senapang, pistol buruk, pistol air dengan makcik2 sdara dia yang dah lame takjumpe. yg adikbradik dia, mertua aku, smua OK sporting jekk..yg lelain tu aku fobia sket.
Aku nak jangka tembakan diorg nnt mcm mana, dan jawapan aku yang neutral tapi bagi diorang menci nak tanya lagi. :P EH tak baik la aku buruk sangka! Ok ni bukan buruk sangka, ini persediaan untuk diri sendri, eh orang yg penah kena tembak je akan rasa Fobia mcm ni. Ok kita cuba jgn buruk sangka, kalau leh berdoa lah semoga diorang tak tembak kita atau boring dah nak tembak kite. tapi andai kata kENA tembak juga, aku nak sedia jawapan ini supaya aku tak bengang dgn diorang.

1. Eh kakcik dah anak 2 ni, dahla kawin lepas kau, kau ape pun takde???
JAWAPAN AKU: Eh, ada ni kat sbelah ni anak saya. Tak nampak ke? Hm sapa taknampak pendek umur. dah 2tahun dah dia ni ha, pandai jalan dah. Taknampak gak? Sah pendek umur. :D

2. Ha, yg korang nih? Berdua je lagi? tak boring ke??
JAWAPAN AKU: TAK BORING. sebab kitorang rockstar dan retis fofular (buat muka perasan dan menjengkelkan). Dengar cite orang yg ada anak lagi boring? Eh  bukan ek? Kawan2 saya yang ada anak asik komplen boring je..hm cuba tanya diorang lak tak boring ke ada anak? EH salah eh tanya gitu.

3. Ey, dah berurut ke belum?? ---> soalan wajib
JAWAPAN AKU: Dah urut dah. selagi tak mengandung kene urut hari2 ke macam mana? Ke nak kene tunggu perut bengkak baru berhenti urut ke mcm mana? 

4. Ape nak jadi ni tak mengandung2??? Taknak anak ke?
JAWAPAN AKU: Sebenarnye banyak benda saya nak. Saya nak anak, saya nak kereta besar, saya nak rumah banglo, saya nak guitar gibson, saya nak kawin dengan sultan, tapi semua takdapat. Acane tu Johan?

ok itu saja utk hari ni.
hehehee