November 6, 2012
I'm NOT a 'lasak' person.
Seriously,
Kenapa orang ingat aku ni LASAK orangnya? hehe
dah la malas bersukan, bola pun takut, main bowling pun takreti, angkat baldi sikit pun dah mengah, jalan jauh skit dah semput, sebok cari inhaler. tang mana lasaknya?
Masa aku TTC, ada segelintir masyarakat yang kata
"Kau ni LASAK sangat, sebab tu lah tak pregnant2 lagi"
ok, aku lasak tang mana?
Adakah aku seorang athlete negara?
Atau aku kerja buat bangunan? kerja bertukang? kerja mekanik?
Atau aku selalu beraktiviti extreme seperti scuba diving, mount climbing, selalu masuk larian berkilo-kilometer, masih aktif as a photographer mcm zaman muda2 dulu
Atau aku extra rajin buat kerja rumah seperti menyapu sampah, mop lantai, lap tingkap, basuh cadar, basuh dapur, basuh toilet, basuh peti ais, lipat baju, memasak lauk sampai 3 4 jenis setiap hari?
Eheh...seriously weh aku ni orang yg lahirnya pemalas. :P terpaksa lah dedahkan buruk diri sendiri sebab nak bagitau kat orang yang mustahil aku ni orang yang lasak.
Cousin2 aku suka sangat cakap aku lasak. Kononnya sebab dulu aku photographer, keje siang malam 7days a week. lahai, aku benti keje tu 2009 kot. Aku slow dalam bidang yang aku sendiri minat sebab KONONNYA aku taknak jadi orang yang lasak. aku taknak jadi punca supaya orang leh kata aku susah pregnant kerana aku LASAK. EH tapi nak cakap gak.
Wife kpd cousin aku la especially, bila jumpa je, cakap benda yang sama. "takde lagi ke isi? laa tu la kan dah pesan awak jangan lasak2 sangat"
ewah, kalau kau tinggal serumah dengan aku, kau tahu lah betapa DEWA pemalas nye aku ni.
kalau buat satu bende tu SEKALI je. maknanya ONE SHOT. kalau aku nak kemas rumah, SEKALI je aku buat tapi sehabis baik. sampai sebutir habuk pun takda. tapi kalau aku taknak buat, ha tunggu sampai rumah aku jadi kapal karam baru aku kemas. nak masak pun begitu, nak membasuh pun begitu. yang syukurnya laki aku tau aku alergic habuk, jadi dia malas dengar aku bersin2 so bab menyapu, mop lantai, dia yang buat tapi rumah aku tu alahai kecik sangat je. depan rumah pun sekangkang kera je. so sapu sebulan sekali pun kire ok la :P
Aku ni sampai tukar profession la dari photographer/designer ke keje admin biasa je. sebab apa? sebab aku taknak jadi lasak. Sebab kalau keje admin, gi keje 830am kol 530pm dah balik. kat rumah aku takyah pikir pasal client semua. Kira makin aku TTC ni semakin aku relax je sbenarnya.
Then ada yang tengok gamba aku berbasikal haritu kat fb, dah semua ingat itu memang aktiviti mingguan aku. padahal 3 kali je awal tahun ni aku berbasikal. itu pun sebab memang nak exercise. hehe..nak ikutkan sebab tak exercise dan dewa pemalas la ade setengah orang yang tak subur sebab darah dalam badan tak lancar, toksik dalam badan tak keluar, tak berpeluh maka tak sihat.
Jadi apasalahnya aku berbasikal awal tahun haritu...alahai rajin ke aku ni bangun pagi2 every weekend? hahaha sebab tu la 3-4kali je kami berbasikal lepastu nak kejut kawan2 bangun pagi punya la payah sebab malam minggu biasanya semua melepak sampai ke pagi.
Lama2 dah tak cycling dah..3-4 kali itu je la awal tahun ni.
Jadi bebaru ni bila aku dah conceive, ada pulak sound aku "Ha kau jangan nak berbasikal dalam hutan tengah2 pregnant ni"
alaaaaaaaaaaa
i appreciate ur advice tapi dont make me look like a duff dimbo laa...takkan la aku sebodoh tuuu huwaaaaaaaaaa :((( tapi maybe advice tu gurauan je kan..ala nak emo gak :P Eh.
dah la susah nak lekat, takkan la aku gatal bontot nak pergi berbasikal pulakkkk
lepastu ada yang nasihat macam jangan buat kerja berat tu takkisahlah sebab aku sendri pun nasihat mcm tu kat kawan2 yang pregnant. Bende tu mcm general lah kan.
Aku terus gitau je, jangan kata bende berat, bende ringan pun pemalas nak buat.
Nak ikutkan hati kalau ofis ni bapak aku yang punya, memang aku tak gi keje 9bulan. letih kot aku turun naik tangga flet umah aku tu hari2. Kalau nak suh aku jangan lasak, bermakna aku sbenanye takyah gi keje. benti keje je. dok umah. sbb rumah aku flet, tingkat 3. mmg kene turun naik tangga hari2.
ada kakak yang stay kat tingkat 5 umah aku, pregnant 8 bulan skang ni hari2 aku tgk dia gagah turun naik tangga. tapi maybe die takde complication ape2 kot.
Bila TTC, ada setengah orang bila terlalu lasak, bende tu yang membuatkan dia susah lekat.
Macam contoh eh ada akak kat ofis aku ni, dia cerita dia nak dapat anak 1st tu dalam 2tahun lebih jugak. Tapi selama 2 tahun tu die memang suka join aktiviti lasak yang ofis aku buat. mcm treasure hunt la, mount climbing la, marathon la. sukan2 smua dia join. lepastu bila bawak kereta, dia suke modified2 kereta sampai lowered2, orang kata pompuan tak elok bawak kete lowered sebab senang terhentak2 semua kan.
Then bila dah 2years something tak conceive, mak dia suruh dia stop aktiviti2 ni dan modified balik kete dia tu, naikkan balik yg lowered tu. Then dia conceive, skang dah anak 2.
Ok itu dia.
Ada ex-dorm mate aku 5 years takde anak. Takpernah buat keje lasak. Tidak bekerja. Duk umah je.
Satu hari husband ajak mount climbing, then lepas join tu dia mcm jadi syok pulak, terus nak join aktiviti2 mount climbing yang seterusnya. Dia cakap, since dia memanjat gunung tu period dia bertambah baik, bertambah lancar and cycle die jadi cantik. 3 kali panjat gunung terus conceive.
(dia ni problem TTC ialah terlebih prolactin, macam2 injection dan ubat dah kena, pun tak jalan) tapi lepas mendaki gunung, rezeki sampai.
See? Sometimes Lasak tu terlalu subjective and depends dekat badan memasing. Bagi aku la, kalau ko nak stop aktiviti lasak semata2 TTC, kenalpasti dulu diri sendri mcm mana. Sebab aku rasa bodoh sangat aku stop semua benda masa awal kawin semata2 TTC dan period aku jadi lagi teruk, conceive takyah ckp lah mmg tak menjadi. Tahun ni aku join bermacam2 aktiviti, bukan cycling je sbenanye aku ade group charity dulu yang organize aktiviti2 charity ni, mcm gotong royong bersihkan rumah orang tua, tolong diorang pindah rumah dan sebagainya, jadi aku pernah la join awal tahun ni. Lepastu aktiviti dengan kawan2 pun macam2 jugak.
Tahun ni aku rasa mcm2 aktiviti sihat yang aku buat yang aku rasa mungkin contribute juga kat success aku conceive ni. So kalau leh, jangan stop bende lasak sampai tak buat apa2 ok?
Exercise tu mesti sebab peluh kite ni perlu dikeluarkan. Toxic perlu dikeluarkan :)
Sebab tu ada yang rajin exercise, period diorang lancar sebab toxic dalam badan clear.
Bukan la suruh pegi bungy jumping setiap hari kann hehehe
Sukan biasa2 pun dah ok tapi kalau rasa2 bersukan ni buat period semua lagi teruk....maybe kena stop sebab maybe badan anda takbenarkan anda berlasak2.
Jadi to be frank, its impossible to lasak2 sebab aku ni pemalas tapi maybe definisi LASAK itu pun luas. mungkin lasak tu maksudnya, aku kena jaga pergerakan, jalan terlalu laju juga bererti lasak. turun naik tangga laju2 juga lasak, bawak kereta dengan laju juga lasak, angkat plastik beg 1-2 pun dikira lasak.
mungkin maksud orang begitu (think positive) jadi kalau mcm tu betullah, kena jaga semua tu kan. Aku ni bawak kete mcm pelesit sebab kalau bawak slow aku pening. So kena bawak laju tapi terlanggar lubang, padanmuke aku kalau sakit. :P Mungkin lasak kat situ je kot, jadi aku kena belajar control diri sendri supaya pergerakkan aku tak melampau sangat.
*oh dan ada yang kata "lasak" itu bererti di atas katil hahahhaa.....siot je...ade kakak ofis aku ni dah tau aku pgnant, dia pesan "Jangan lasak2" tapi dia buat jari dia isyarat inverted commas tu " "
hahahhaa....so aku terus faham. dia pesan lagi "Jangan ganas2!!!"
cittt
astu kakak tu gelak besar..hahahaa ok tu pesanan kelakar tapi perlu dititik beratkan juga.
November 1, 2012
Cerita Saspen - at TwoLinesFound
Heyya
ladies, sorry for the long silence.
Thank you for
those yang drop me an email, I’m glad that some enjoyed my ‘blabberings’ huhuhu...
Well
actually, something happened to me last 2weeks.
And it’s
about my pregnancy.
Please view
my pregnancy blog TwoLinesFound
--
owh and the previous entry i once publish, is now re-publish. please view the entry below:
http://findingtwolines.blogspot.com/2012/10/before-going-to-alternative-treatment.html
--
owh and the previous entry i once publish, is now re-publish. please view the entry below:
http://findingtwolines.blogspot.com/2012/10/before-going-to-alternative-treatment.html
October 17, 2012
TTC Husbands.
Suami korang mesti yang paling gagah dan sangat tabah kan, sebab seriously tak semua suami sanggup tahan ber TTC ni. aku penah dengar suami orang yang mendesak2 wife nya begini, "syg, abg nak baby. abg nak baby. abg nak baby"
ada suami lak jenis "awak ni kenapa period je? mcm mana saye nak dapat anak ni?"
Alahai, abang2 suami sekalian, kesiannya lah kat wife korang tuh. Nasib baik bukan korang yang kena mengandung kan? cuba kalau korang yg kena mengandung? mentang2 wife yang kena mengandung, senang lah cakap. Takbaik weh, sepatutnya suami2 pun kena tanya diri sendiri, entah2 aku ni yang tak bersedia jadi bapak orang lagi. Entah2 tuhan kata aku ni belum cukup lagi ilmu nak pimpin keluarga dan anak2..
ha cuba fikir?
Ini tak, nak salahkan bini je. Bini period, terus bengang.
Bini lambat period, paksa beli pregnancy test cepat2. Amboi kemain pressure nya suami2 mcm gini.
(eh emo lagi aku)
Tapi aku salute suami2 yang bersama-sama dengan wife bersusah payah masa TTC ni. tak kira duit, masa, shoulder,..hehe. Masa aku TTC dulu memang lah asyik sedih dan stress kan tapi kadang2 bila fikir pasal suami aku, terus aku bersyukur sebab suami aku takpenah pun pressure aku lansung pasal benda ni. TAK PERNAH SEKALI pun cakap "bile kite nak ade anak?"
atau "kenape syg tak pregnant lagi?"
atau "syg pegi la buat treatment cepat2"
Dia TAKPERNAH pun mintak aku pegi treatment ni smua. Yang sebok nak buat semua aku.
Pernah gak terlintas, Eh die ni taknak anak ke?
So aku tanya dia, Sayang ni taknak anak ke? mcm takkesah je orang tak pregnant?
die jawap: Orang gila je yang taknak anak.
ok faham. Lepastu die kate "Sayang nak anak cepat2 nak buat ape?"
dah aku tattau nak jawap ape. aku cakap, "Ye la abis tu nak anak lambat2?"
dia kate lagi "kalau lambat, salah ke?, nak lumba dengan siapa?"
heh...ok dah aku tak tanya lagi. malu aku. aku lak beriya2, die rilek je. redha je.
dalam solat kalau berjemaah, memang dia masukkan doa "Ya Allah kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah, yang menurut perintahMu dan RasulMu.."
bila dia doa gitu, lega lah aku yang sebenarnya dia memang nak anak tapi dia takkan pressure aku sebab ni memang kerja tuhan.
Dia pun tau aku ada masalah kesihatan, so selagi tak baik die tau memang aku susah pregnant dan dia pun tak harap sangat. Dia cuma cakap, kita usaha je sampai berjaya :)
kadang2 teringat laki sendri..senyum sorang2. (pehal aku ni)
Aku bengang gak kadang2 sebab dia kadang2 mcm buat derkkkkkk je dengan usaha TTC aku ni. Dia memang lah dengar semua benda yg aku bebel2, aku beli ubat tu la vitamin itu ini..semua dia angguk je.
Aku ingat die tak semangat..rupenye die memang jenis kool dan rilek je. walaupun hati dia pun panas kalau kena hentam dengan orang, dia takpenah pun citer kat aku (dah lama baru cerita).
Kalau kita yang kene tembak dgn org pasal anak ni, mesti kite balik2 nak ngadu kat asben kan?
Dia tak citer pun...walhal dah penah nak bertumbuk dengan ofis mate dia sebab mulut kurangajar sangat..
Ada pakcik dia pernah sound dia "eh kau ni taknak anak ke? bini ko kenape tak ngandung2 lagi?"
dia selamba je tanya pakcik dia balik "saya ni tuhan ke??????"
diam terus pakcik dia dan terus cakap "Takde lah, jangan lah marah. baru tanya sikit nak marah"
jawap laki aku "bukan marah, saya tanye je balik je, Saya ni tuhan ke? kot la kalau saya tuhan, memang saya buat sekarang jugak anak tu"
lagi diam pakcik dia. sumpah tak tanya lagi sampai skang.
yang paling best bila FIL aku backup sekali tanya "eh kau ni takde agama ke tanye macam tu kat anak aku?" (feveret question pak mertua aku memang itu)
haaaaaa terus lah terdiam seribu bahasa pakcik dia tu.
:P tu la kadang2 memang rasa bersalah sangat kan bila laser2 orang ni...tapi laki aku cakap kita kena tunjuk kite sensitif..kalau tak diorang ingat kita ni bodoh je taknak anak..walaupun die tau anak tu keje tuhan tapi tetap nak tembak orang dengan soalan tu...ada yang sengaja provok mcm tu sebab nak korek2 apa usaha kita...aduh sebok gila! lepastu nak 'play doctor' dengan suggest itu ini like Pergilah jumpe pakar, makan lah jamu, makan lah gamat, pergi lah berurut"
Berbalik kepada Suami TTC, sebenarnya diorang lelaki yg sangat tabah. Aku syukur sebab pasal TTC ni pun sebenanye merapatkan hubungan kami, (memang lah pernah gaduh) tapi bila korang TTC, time ni la tuhan bagi ko peluang untuk KENAL husband korang sepuas2nya, dan utk husband korang KENAL korang sepuas2nya....nanti bila dah pregnant, sangat berbaloi moment2 TTC tu :)
Skang ni aku dah conceived pun laki aku takpernah kecoh kat sapa walaupun die penah kena tembak dgn ofismate2 dia. aku tanya dia, siapa budak ofis yang tau?
dia cakap sorang je, kwn baik dia lah. yg lain semua tattau. die ckp Takpe lah dah nak beranak sok baru cakap :P
hehehe..aku tau laki aku memang kewl.
Subscribe to:
Posts (Atom)