November 20, 2012

Usaha anda, Pilihan anda

Abaikan je lah citer FK & DD kat bawah nih tak penting pun! hehehe
My blog, biasa lah nak ramble memacam.!

This is something i would like to share: 

My Prettiest BBT (Cycle 16Aug2012) - Conceived

Usaha TTC ni sebenarnya sangalah meluas. kalau nak kaji, sampai bertahun2 pun akan jumpa benda baru. Tu tandanya Allah sayang kita, memberi ujian tapi memberi peluang kat kita supaya cari ilmu yang lebih mendalam, dapat kenal sistem badan sendiri yang selama ni takpernah kita kisah, dapat jaga pemakanan yang selama ni takpenah kita risau. Bersemangat nak turunkan berat badan yang selama ni takpenah kita terpikir. Apa2 pun usaha ni semua pilihan korang. Mana nak start dulu? Pun pilihan korang.

Usaha yang paling popular ialah usaha dari segi medical lah. Tak salah, memang betul pun. Boleh lah cuba.
Tapi kena pandai guna akal yang tuhan bagi, sambil2 tu rajin-rajin kan lah membaca kat google tu. Apa ubat baru yang korang dapat, sila google, baca forum2 yang pernah bincangkan pasal ubat tu. Ambik berat jugak pasal side-effect ubat2 tu semua. Sebab manusia ni dijadikan berbeza-beza. Ada yang serasi dengan certain ubat, ada yang tidak. Ada yang dapat effect lebih baik..ada yang makin teruk.

Usaha ber-BBT, monitor Ovulation guna OPK, consume pelbagai jenis supplement (yg femes mcm EPO, Folic Acid, Vitex, Virgin Coconut Oil) pun pilihan anda juga.

Takut untuk jumpa dokter? Taknak try apa2? Pun pilihan anda juga (eh jangan pelik eh, memang ada orang yang bertahun2 TTC naturally dan taktau apa problem sebab takot jumpe dokter)
Yang ni aku kesian sikit la sebabnya mana lah tau memang ada penyakit, kenapa nak simpan penyakit and hanya harap rezeki turun dari Allah..Allah pun dah kata kalau tak usaha macam mana nak berjaya kan. Tapi seperti yang aku katakan, tu pilihan diorang dan mungkin ada sebab yang kita takkan faham.

Apa aku maksudkan dengan 'Pilihan Anda' tu ialah, when things got worst, kena kaji balik, ape ubat yang kita pernah makan. Banyak kan membaca, semua info banyak kat internet. Kalau before ni period tak seteruk macam lepas makan ubat, kena fikir, apa yang buat hormone kite haywire? Kalau dengan makan ubat2 tu semua cycle anda jadi lebih cantik, lagi elok, fine. Tapi kalau makin teruk, kena tepuk dada tanya selera.

Same goes dengan supplement/herbs. Kalau bende berubah ke arah lebih elok, kite sendiri boleh rasa. Kalau tidak, kite jangan ego nak mengaku yang apa kite cuba tu yang membuatkan kite makin teruk.
Masa tu kena lah stop apa yang dimakan tu and try something else.
Hmm jauh perjalanan TTC ni, trial N error. kalau ada rezeki, try satu dua benda dah lekat dah :)

bebaru ni ada yang comment kat twolinesfound, that dia amalkan avocado & susu kambing like i did, and berjaya! Alhamdulillah, wow ni first time dengar orang berjaya lepas i recommend that method. harap2 yang belum berjaya tu teruskan eh sbb dah terbukti ada sorang yang dah berjaya dgn izin Allah.

Bebaru ni ramai yang tengah cuba Al-Khisbun, ada yang kata taklalu, ada yang kata main telan jer tapi memang ada yang berjaya! wah, makin banyak produk2 di pasaran yang bantu kesuburan sebenarnya.
Yang penting-paling penting, kite kena la

1. Check dengan Gynae, apa masalah kita suami isteri. (buat semua test dari hormon test, sperm test, tube test (hSG) check follicles ape smua)

2. If doc gave u any medication, google about it first, baca sebanyak maklumat yang boleh, then kalau rasa confident, boleh cuba.

3. Kalau gagal, doc biasanya mintak try lagi ubat yang sama tapi naikkan dos.

4. Kalau gagal gak, doc biasanya tanya nak proceed Gonal-F ke atau IUI, atau IVF? My advice is, bila dah sampai sini, fikir lah sepanjang-panjangnya, do research and read as many infos as you can. Frankly speaking, masa doc suggest Gonal-F aku dah surrender. Sebab aku rasa dah macam melampau sangat sampai nak mencucuk2 badan. (tu pendapat aku je, mungkin sbb aku taktahan) Tapi aku respek yang TTCians lain sanggup cuba. Aku taksanggup masa tu. Lagipun kurang mampu nak beli pen Gonal-F tu banyak2...IUI lagi lah. So bila sampai sini korang fikir la panjang2. Boleh cuba IUI kalau dah rasa mcm lama sgt TTC. kalau gagal, cuba lagi. Sambil2 tu amalkan la pemakanan sihat k.

5. Kalau yang takde tube, ada cyst or benda2 yg menyusahkan diri untuk pregnant, boleh buat terus IUI/IVF ni sebab mmg doc dah kata susah sbb ada banyak halangan. kalau takde tube memang takde choice, kena IVF je. tu pun ramai yg fail 1st attempt, berjaya at 2nd attempt ke atas.

6. Gagal jugak, and rasa nak proceed to perubatan alternative? Silakan, ada banyak sangat kat luar sana. Rawatan Islam, Rawatan Bekam, Rawatan Acupuncture, Rawatan Homeotherapy. Semua ni pun bagus.
Masa dah try ubat subur berkali2 tak berjaya kalau nak terus tukar to natural treatment pun boleh. Try la dulu Biodex or Al-Khishbun tu :) tapi kena tau la kalau herbs ni effect dia lambat, tapi selamat! so kena banyak sabar eh. Me dulu sabar jenuh la telan Biodex berkotak2 after setahun setengah mcm takde mende pun,....hehe mase tu yang agak2 biodex wont work for me tapi it works for others :)
Yang penting believe in yourself.
Korang kena cakap "aku boleh pregnant, aku pun wanita normal seperti orang lain"
hari2 cakap.
Insyallah Allah permudahkan :D 

The fuss about FK & DD - post is deleted!


ahaha! sape sempat bace nasib lah
sape tak sempat baca takyah baca.

why i deleted that post? sebab ye lah mungkin aku takde hak pun. aku tak cakap ape pun cuma aku sedih sebab diorang announce pregnancy awal, ramai orang nak menabur fitnah.
tapi ada komen berbunyi begini yang aku tak sedap:





Adelina said...
hye jay :)
i'm a silent reader of ur blog..
to me biarla dia...
sbb u pon sama jugak dulu , u xsuka org post pic upt or pic scan baby yg baru 6 weeks...
tp skrg u buat jugak...
so just let them , dah rezeki dorg :)


Okay, baik lah.
"sbb u pon sama jugak dulu , u xsuka org post pic upt or pic scan baby yg baru 6 weeks...
tp skrg u buat jugak..." ----> yang post hpt diorang itu di mana? social media kan? instag kan? did i post on facebook? instagram? tidak kan. i post it on my own online journal, not social media.
My own TTC journal yang of course lah aku akan letak gambar positive and the scan pics updated every week/months because that's my blog and my blog pun cuma TTCians dan close friends yang kenal aku je baca. Apakah yang sama nya. did DD and FK berTTC sekian lama? tidak kan.

this is my reply to Adelina:


Hi Adelina, i assumed u just registered ur google account to remain anonymous? no? hehehe takpe i post my 6weeks hpt & scan pics at MY BLOG (yang few people je tau) AS A DRAFT first but didnt publish em until it was confirmed, maksudnya,masa i dah jumpa Sac baru i post all DRAFTs, anyway i post them at MY JOURNAL kot, bukan announce kat social media. and my blog pun only TTCians je yang tau since ada followers dari findingtwolines yang mmg dah tau me one of TTCians yang dah lama, so i post for my own record, not to announce kat fb or twitter, sebab tu ramai of my relatives n even bestfriends dont event know im pregnant. until now pun ramai taktau. u tau sebab u baca my blog but i didnt even know u. of coz lah i memang akan update kalau positive because that was my TTC journey. and bila yg diusahakan selama ni dah mendatangkan hasil, tentulah nak di-update pasal pregnancy tu sebab nak memberi semangat to my TTC friends juga Including you.
it's 2 different thing compared to them. tapi takpe i take ur comment positively, THANKS FOR REMINDING ME THEN. :D
anyway i tak bangkang lansung rezeki diorang, i know people may say "alah kau pun sama" but still tak sama. i tak nikah lepas 16 hari and got pregnant and post the hpt to everyone. my battle is not the same. they are not even battling with any TTC stuffs. this is just a pendapat, bukan judging them. i just kesian disebab kan gambar itu, manusia2 yang takbaik telah menabur fitnah kat diorang, skang u faham tak apa mesg post tadi tu? bukan sebab i jeles noo diorang update gamba hpt tu, tapi sebab gamba tu, ramai betul manusia memfitnah diorang, sedih lah bila baca orang pertikaikan taraf anak orang semua. im more to pissed off sebab mulut org yang fitnah, dari tunjuk gamba hpt tu sebenarnya.
kan i dah tulis previously that Itu memang hak diorang.

Yeah, like u say "JUST LET THEM"
 i just let them dan tak kacau diorang pun hehe!

November 12, 2012

Kata-kata itu Doa


Kita biasa dengar perkataan ni kan?
Tapi kita jarang mempraktikkannya.
Atau kita takreti nak mempraktikkannya.
Aku ada beberapa tips nak share untuk jadikan "Kata-kata itu Doa" especially during TTC.
Biasanya bila dengar orang pregnant, adik ipar, adik beradik, atau kawan2 rapat lah dugaan paling berat kita nak tanggung, especially kita tiba-tiba rasa berat nak cakap "Tahniah" tu.
Well we really mean it sbenanye tapi lepas cakap tahniah, orang tu pegi tanya pulak "awak tu jangan lah tunggu lama-lama, saya ni dah ada dah" atau "awak bila lagi?" time tu rasa nak menyumpah dia balik kan? Walaupun dia tak niat jahat lansung. Tapi hati kita ni biasalah kan, hanya yg pernah melalui je yg faham kan?

Ok instead of feeling 'sad' atau stress lepas dengar khabar berita pregnancy orang especially bila diberitahu Directly, like depan2 kita. It's worst kalau orang yg pregnant tu sendiri yang bagitau "saya pregnant"
How we should react?? i have some tips:

1. Say "Alhamdulillah!! Meh rapat dgn saya sket meh..biar jangkit!" then gelak2. (this is lame i know but i've used this words to my adik ipar, diorang pun gelak2 sambil kami melaga2 perut)
2. Say "Tahniah!! Tak lama lagi saya la nih, entah2 saya ni dah ada tapi tak sedar je ni..hehehe" (gelak gedik)
3. Say "Okay, lahir je anak awak, saya pulak pregnant! yayyyy nanti anak awak ade la geng!"
4. Say "Haaaa bulan depan saya pulak. cycle ni confirm lekat. nanti kita leh beranak sesama!"
5. Say "Ha takpe, awak beranak dulu, nanti baru saya sebab kalau kita sama-sama beranak nanti orang berkira nak kasi present :P biar time saya sok, saya je beranak. kite kasi can kat awak dulu laaa" hehehee 

All of those words, kalau kita ucapkan, memang bunyinye macam perasan, mcm berangan, tapi kan itu doa yang baik? Selain daripada "Tahniah ye" balik rumah nangis kat husband.
Takyah tunggu balik rumah, masuk je kereta terus meleleh airmata astu update la status kata Stress la, Touching la ada orang yang kawin lagi lambat dari kita dah pregnant.
Apa dapat?
Kalau buat mcm tu, Esok tu pregnant ka?? Memang TAK lah.
Jangan amalkan sangat perangai gini, dulu aku mcm ni lah, membuatkan aku makin terok PCOS, emotional pun makin teruk. Tak bagus. So I'm sharing this sebab taknak korang ulang kesalahan yang aku buat masa TTC.

Masa balik raya tahun lepas dan tahun ni, makcik2 kompem tanya. Betul?
Bila tanya "Dah ada ke?"
Aku jawap je "Tu la..dah kot....tapi tak check lagi hehe doa2 la tah2 dah ade ke mane tau kan?"
Cakap je mcm tu. Itu semua doa. Doa dari mulut kita sendiri.
Bulan puasa haritu, aku ada 2 orang kawan rapat yang bersalin. Siapa yang tak envy sikit melawat baby kawan2 ni kan, tapi everyyyyytime bersalam dengan diorang aku terus cakap "tahun depan aku lak beb"
kawan2 mesti cakap "Insyallahhhh, aku doakan jay!"

Bila asyik doa kat diri sendiri macam tu, lama2 makbul juga. Memang betul pun tahun depan aku punya due, Insyallah. So I suggest u do the same. Ini cara utk "Be Positive". Positive ni bukan kena Think je, u MUST BE. Ada yang cuba nak "Think Positive" tapi taktahu macam mana nak start. Ada yang ingat dengan mengatakan ayat "Think positive, think positive, think positive" pada diri sendiri tu dah cukup positive, dah macam zikir pulak..baik ko zikir je Lailahaillallah kan :P tapi bila cuba nak think positive, dengar pregnancy news orang je terus down, ape yang positive nya?
Mana yang redha nye? Setan terus tepuk tangan and kata "haha! aku menang"

Korang kena berjaya melepasi fasa ni dulu.
Dengar je orang pregnant, korang memang kena rasa kering.
Dan say these things above utk bantu 'support' korang. Trust me, orang yang pregnant tu bila dengar kita cakap mcm tu, dia mesti akan cakap "Insyallah, saya doakan"
kan bagus kalau gitu kan?
Dari kite doh mengeluh kat org tu "Saya ni belum lagi :( wuwuwu..doakan la saye"
instead of saying that, better say things yg lebih convincing macam di atas.
Takkan lah dia nak kate "Yeke? Ah berangan la kau nak pregnant bulan depan"
Kalau dia cakap gitu, kompem busuk. itu mintak kasut namanya.
hahaha...

Itu kalau DIRECT, kalau kita tau dari blog-blog, dari facebook status, twitter, macam mana pulak?
Ignore je. Kalau facebook, rasa nak ucap congrats, ucap je then disusuli dengan "Lepas ni aku weh"
haaa, cakap je gitu. Bila kawan2 update status gitu, aku memang akan cakap congrats then aku cakap "Lepas ni aku"
Kawan aku ade yang jawap "Insyallah weh! entah2 ko beranak kembar, lagi advance dari aku!"
kita aminkan je lahhh...hahaha.
Tapi, kan itu satu doa?

Before confirm yang aku conceive, aku dah perasan perut adik ipar aku boyot skit. Tapi aku diam je. Dalam hati aku memang terdetik "dia ni pregnant lagi ke" tapi aku tak tanya. until aku dengar MIL aku gurau2 dengan cucu dia, dia tanya "kakak nak adik tak? mama dah ade adik tu"
then cucu (yg anak no 2 adik ipar aku ni la) kata "TAKnakkkkkk"
then MIL aku gelak2 and kata "eleh taklama lagi dah boleh terima la tu, skang takleh terima kenyataan lagi"
MIL tak perasan aku belakang dia. dia ingat aku takde kat situ.
Aku tanya "terima kenyataan ape mak?"
Mak terkejut, mak jawap "oh takde apa-apa"
dalam hati aku, EH kenapa taknak gitau aku???? Terus diorang semua tukar topik.
Tapi aku hargai mungkin diorang faham and taknak aku kecik ati.
Aku tanya asben aku, asben aku cakap die pun taktau adik dia pregnant.

Masa tu before aku pegi Redang tau.
kan aku pun pregnant sbenanyer tapi aku taktau kan. Before gi Redang tu asben aku tanya sendiri kat adik dia "kau mengandung ke?"
astu die jawap "ak aa..tapi malas la kecoh2"
"oooo alhamdulillah" asben aku cakap.
Asben aku balik umah, gitau aku "ak ah, KakLang memang pregnant"
aku terus cakap "Ooo ha betul la tu, kompem lepas ni kite lak" (senafas je aku cakap gitu haha..)
laki aku ckp "insyallah"

Eh kan betul2 jadi! Aku dengan adik ipar aku tu jarak 2 bulan, aku due on May, dia due on March.
Ha korang cuba tau!
Kata-kata itu memang Doa. Serious.
Berangan pun kadang2 satu doa.