![]() |
| Gambar Hanya Hiasan |
Masa aku TTC, apa yang aku fikir (dan orang lain fikir jugak kot) ialah nak ANAK sahaja. Kan?
Sebab kalau orang2 yang dah ada anak bagitau kita, 'Wei, enjoy your moment berdua, dah ada anak nanti penat, tak cukup tidur, takboleh jalan-jalan, takboleh honeymoon, etc etc.'
Tapi kita memang buat pekak dan rase pendapat2 tu semua macam annoying dan tak sepatutnya diperkatakan pada kita yang sedang TTC sebab orang yg bercakap tu ada anak, kita takde.
So kita anggap benda tu macam satu insult, as if trying to tell us, what we are trying to have now is something that will ruin our lives!
Sebenarnya bukan macam tu, yeah we all know that.
Kita nak rasa motherhood journey, nak rasa sendiri bagaimana jadi mak, bagaimana perasaan semasa mengandung, semasa melahirkan, semasa memegang anak sulung sendiri di tangan sendiri, HOLD IT! - but not all of us UNDERSTAND what it takes to survive motherhood.
Sebab belum merasa, jadi kita tak faham.
Aku pun tak faham dulu.
Aku just nak anak.
Bezanya TTC mommies dan orang yang bunting pelamin - Serious banyak bezanya.
Maaf, tapi ini cuma observation aku, dan aku tak mengatakan SEMUA orang yang bunting pelamin akan treat anak2 mereka sama.
Ada orang, sangat senang mengandung, lepastu masa mengandung sangat-sangat teruja announce kisah perjalananan mengandungnya pada orang, update status hari-hari biarpun muntah sikit bebenor, mengidam pelbagai makanan dan sebagainya, atau beritahu pada semua orang betapa untungnya dan indahnya dapat diberi peluang mengandung ATAU beritahu pada semua orang betapa STRESSnya mengandung, PENAT/SAKIT/ etc2.
Lepas bersalin - berbakul2 komplen, seperti
1. Sakit sebab celah bedah koyak rabak/jahitan banyak, atau tempat czer sakit nak mampos etc etc
2. TAKBOLEH TIDOR, anak asik meragam.melalak. etc etc
3. NAK TIDOR. tapi takboleh tidor mcm dulu, sebab anak taknak letak lansung, nak berdodoi etc etc (same la dgn no2 heheh)
4. LIFESTYLE terus LAIN, dah tak sama macam bujang/baru kawin - pada yang bunting pelamin, merasa berdua2an hanya utk 9bulan. Shock terus lepas dapat anak, terus kena COMMIT 100% to the baby.
5. Sakit itu ini, sakit nipple - sebab sekejap sangat belajar pasal breastfeeding, -atau tak sangka breastfeeding ni perlu ilmu yang BANYAK. Ingatkan baca sikit-sikit saja dah cukup, rupanya BANYAK lagi yang taktahu lansung pasal breastfeeding, pasal susu ibu dan sbgnya.-sebab mase pregnant asik sebok tengok stokin baby, tengok stroller, tengok babycrib, tengok baju..etc etc
6. Merasakan anak macam BEBAN. Bila anak membesar, anak akan ada pelbagai macam ragam, ada yang senang nak behave, ada yang sangat susah. Ada yang jarang sakit, ada yang ASYIK sakit. Jadi kadang-kadang rase terdetik/atau pernah terlepas cakap, Hish kau ni menyusahkan la! - ckp pada anak.
7. Takde perasaan rasa bersalah meninggalkan anak pada MIL/Mak Sendiri/Siapa2, untuk jagakan anak sementara diorang pegi enjoy-enjoy berdua2an (alasan: tak sempat honeymoon sbb kawin2 terus pregnant) seawal baru lepas pantang lak tu. Nak jalan bawak anak, anak kecik lagi -plus ape bezanya jalan2 bawak anak, mana boleh enjoy?
dan lain2. Apa yang aku taip di atas adalah observation aku terhadap orang yang aku nampak . Tapi bukan semua sebab aku respect dan belajar byk benda from a few of my friends yang bunting pelamin tapi sangat EMBRACE motherhood, prepared their mind for a lot things, belajar banyak sangat pasal parenting, thanks to ALLAH, sebab time aku TTC, aku kenal diorang, so aku apply pada anak aku sekarang. Dan ada jugak yang awal dapat anak tapi menunjukan benda2 negatif yang tak sepatutnya dilakukan seorang mak di depan aku, aku ambik benda tu sebagai pengajaran utk aku jugak.
Selalunya aku akan terdetik dalam hati - Oh, sebab senang dapat anak, dia tak appreciate anak tu betul2. Selalu amik mudah, anggap tak salah pun kalau tinggalkan anak sekejap (or for a week). Well some parents might feel benda tu tak salah, kalau sekali-sekala. - bagi aku lak, kenapa kena tinggalkan anak korang supaya korang leh ENJOY!? HAA? - marah :P
Maybe sebab takrasa SUSAH nak dapat, so senang2 je bagi kat sesiapa.
Pernah tak korang terbayang kalau masa rilek2 pegi hanimun enjoy2 berdua-duaan, ada something bad berlaku pada anak korang time korang suruh orglain jagakan.
Bagi aku ini beza kalau kita pergi kerja sebab kerja tu pun tanggungjawap, nak jadi benda tak elok time kita kerja pun boleh kan?
Tapi i think its worst kalau berlaku time korang tgh enjoy2. Sebab korang boleh bawak anak tu sekali, tapi taknak, pilih utk berdua-duaan, takpuas berchenta gamaknya.
Dari no 1-7 tu aku rasa happen to kebanyakan new mommies, tapi aku rasa utk TTCians, kalau ianya berlaku, kita cepat2 nak rasa yang sepatutnye kita bersyukur dengan nikmat tu. Sebab kita yang tertunggu2 nikmat tu. - Sepatutnye la..tapi ada gak orang yang aku kenal, yang TTC dah lama tapi bila dapat je anak dia cakap SUSAH rupenye ade anak ni...PENAT rupenye ade anak ni - tak dinafikan aku sendiri fikir mcm tu sebab hakikatnye menjadi ibu bukan KERJA SENANG. Tapi usahlah mengeluh, luahkan kepenatan dekat husband je cukup, lelain, mintak Allah beri kekuatan SuperMak je.
Kita yang nak sangat anak, so kena bersedia benda2 tu semua.
Kita yang TTC ni, sedang menuju ke arah - KESAKITAN YANG AMAT AZAB (sakit beranak adalah sakit yang kedua selepas MATI), TIDOR yang TAKKAN PERNAH CUKUP, LIFESTYLE yang terus BERBEZA, Memikul tanggungjawap dan AMANAH yang sangat BESAR, dan ENJOY yang dah taksama between the both of you.
ok part last skali, ENJOY cara lain ada banyak, to be frank, aku yang dah ada anak, masih leh cari time utk enjoy myself-with husband-with ANAK. Siapa kata takleh hangout, keluar lepak dengan kawan, pergi holiday bersama kawan2.. aku masih hidup macam tu - but i NEVER leave Fahim with ANYONE masa melepak/holiday. Ada jugak orang tanya aku, kalau aku gi jejalan dengan kekawan, Fahim tinggal kat sapa?
Aku rase soalan tu sangat pelik sebab kenapa perlu tinggalkan Fahim dekat sesiapa??? AKU BAWAK LA SKALI NYAWA AKU TU! Haish..feel bad for people yang suka tinggal2kan anak! >.< (kecuali kerja of course! -takde choice)
Perasan tak, masa kita TTC, kita doa pada Allah semoga permudahkan urusan untuk mendapat zuriat.
Lepastu macam lama sangat, ada yang akhirnya dimakbulkan. Ada yang takdapat-dapat.
Bagi aku itu lah sebenarnya yang Allah MUDAHKAN kerana there must be something inside us yang belum kite betulkan, dan PERLU dibetulkan sebelum jadi emak..jadi Allah nak mudahkan urusan kita sebelum jadi emak dengan menyuruh kita bersedia dan betulkan apa-apa yang patut.
Benda ni takleh nak jangka ape dia. Boleh jadi benda ni kecik je, tapi kite tak perasan.
Ada orang mengandung lepas minta maaf pada seseorang yang mungkin dia pernah lakukan kesilapan,
Ada orang mengandung lepas berhenti kerja.
Ada orang mengandung selepas dapat kerja baru.
Ada orang mengandung lepas beli rumah.
Ada orang mengandung lepas balik umrah/haji.
Ada orang mengandung lepas bersedekah, ambik anak angkat, etc..banyak lagi.
Sometimes benda kecik2 mcm tu ada hikmah yang lead kite to zuriat sendiri..iNsyallah.
Aku tahu some of TTCians rasa kenapa orang lain senang-senang je mengandung?
Even aku yang dah dapat anak ni pun, kalau dengar orang bunting pelamin aku terdetik gitu gak tapi itu rezeki dia dan bahagian dia, mustahil kalau orang yang senang dapat anak, dia takde dugaan lansung, entahkan dugaan dia, kau pulak tak mampu pikul.
Betul tak?
Tak semestinya kita tengok orang senang mengandung, kita susah, hidup dia sangat indah, hidup kite semua nightmare. Sebab-kita susah dapat anak. Macam tu?
Satu imagination yang perlu TTCian ada sebelum berjaya conceive ialah, having a child is a VERY CHALLENGING job.
Masalahnya TTCians suka nampak yang indah2 saja bila ada anak.
Maybe semua yang berkaitan dengan baby tu nampak sweet, cantik, comel, = Indah.
Ya, aku tak cakap tak indah bila ade anak, sangat indah, sangat miracle, TAPI - face the reality, it is SO challenging. not easy, and not ALL can actually pikul the tanggungjawap.
Kenapa aku suruh imagine? Supaya korang tak rasa sedih, malang, if oranglain pregnant dulu. Take this peluang untuk prepare diri sehabis baik, supaya korang jadi ibu yang terbaik. I know ayat "Ibu yang Baik" tu sangat subjective. Tapi sometimes bila aku tengok orang suka menengking anak di depan orang ramai, atau memarahi anak dengan perkataan yang tak elok..maybe if dia tahu betapa susah nak dapat anak, maybe dia hargai kehadiran anak/amanah Allah tu dengan menjaga sikit kelakuan/pertuturan pada anak.
Cuma pendapat & observation aku sahaja..
Boleh utarakan pendapat korang jika mahu..
*saja tukar layout blog, Dah boring :P













