Okay, tajuknya saja aku dah taktau macam mana nak start,
Dah lama nak cerita tapi tertangguh. Jadi baik tulis sekarang sebelum terlupa terus.
i have and have to write this. and i have to share with you.
Memang dah lama aku dok pikir, nak berubat kampung.
Tapi dari awalnya kami just decide to go for gynaes/perubatan moden sebab taknak lah awal2 dah sangka yang sihir,.yang susah nak nampak.
sedangkan benda terang2 dah tau aku ni penyakit apa. lain la kalau period normal, semua normal tapi susah nak mengandung jugak.
aku tau yang membuatkan aku susah nak pregnant ialah PCOS.
tapi teringat kan arwah mak aku yang meninggal sebab suffer kerana Ulcer dalam perut.
tapi ULCER tu tak dapat detect sehinggalah dia dah sebesar bola pingpong.
dan kenapa takleh detect? walhal dah scan masuk ikut atas, ikut bawah, endoskopi whatever namadia. pun taknampak and the diagnose was "usus mak awak PERFECT"
perfect apakah kalau dari berat dia 60kg jadi 28kg sahaja, menurun setiap bulan dari stat dia sakit bertahun2.
siapa jua yang dah lama tak jumpe mak aku waktu tuh, akan menangis sebab terkejot mcm mana dia boleh sekurus tu. jadi bapak aku cari alternatif lain.
pakar hukm yang ubat mak aku pun suggest bende yang sama. berubatlah cara kampung.
sebab ini dah bukan bidang diorang.
nak citer psl penderitaan mak aku ni mmg akan berjela. jadi aku pendekkan.
mcm2 bomoh dan ustaz2 dah jumpa.
semuenya baik skejap, 2 3 hari dtg balik. sampai dah giveup taktau nak tanya siapa.
ditakdirkan Allah, husband aku yang waktu itu just 'kawan baik' aku, introduce cousin kawan dia kpd kitorg, yang dikatekan pandai berubat kampung.
3 kali mak aku berubat dgn dia. dan kali ke 3, bila bwk ke hospital, scan taknampak ape2 lagi.
sampai bapak aku mengamok paksa doctor check betul2. sebab mak aku mase tu kritikal sangat.
doc kata Takde ape2 jugak. dah petang, baru la nampak red patches dekat usus dia. dan terus dia emergency kena operate, buang ulcer yang ada 2bijik, besar.
kisahnya, dia memang ulcer.
tapi ada orang telah main SIHIR utk mengenakan keluarga kami, dan ulcer itu dikaburkan.
jadi guna lah segala toknenek xray, scanner, semua takbole nampak. die kaburkan mata semua org dgn memperlihatkan usus mak aku itu sihat dan normal. walhal dah pecah2 teruk.
mak aku meninggal dunia 6month lepas operation, agaknya sebab dah lambat sngat, dan dia buang air besar pun guna stoma, (beg yang diletak diluar perot. sebab ususnya dipotong sikit)
bila terlalu lama buang air tak normal mcm manusia biasa, semue organ jadi haywire.
dan Ajal dia dah sampai, jadi Allah ambil dia.
Kisahnya kat sini, SIHIR can do anything to u.
disebabkan ULCER, SIHIR itu boleh memburukkan lagi keadaan dgn menunjukkan yang dia takde ape2. jadi dia takperlu dirawat, kononnya. padahal, dah sakit terok.
Jadi, apetah lagi kita yang susah mengandung ni.
Ramai, yang aku pernah baca blog, atau fb group, yang kononnya takmau try ubat kampung, dan memandang rendah kononnya diorang ni tak pandai, diorang bukan blaja sains, dan sebagainya.
Ok betul.
tapi mcm mana dgn Pakar HUKM yang takbole buat apa dengan condition mak aku waktu itu, dan mengatakan ini sudah bukan bidang dia?
Ko kena faham.Doctor kerja dia utk merawat ko jika penyakit ko memang under perubatan moden. tapi kalau ko kene sihir, kena santau, atau ada saka keturunan, dan sebagainya, ko ingat Doktor tau nak buat apa?
2minggu lepas, last aku cakap aku dah taknak beriya TTC lagi. bila aku cakap aku dah taknak pegi treatment, kan? malam tu aku singgah rumah FIL & MIL aku saja2 melawat MIL aku yang baru nak baik dari sakit. tibe2 je FIL aku cakap.
"esok buat apa?"
"esok? kenapa?"
"ayah nak ajak pegi Ijok"
"ha, buat apa?"
"nak cari kelapa hijau"
"ooo....untuk?"
"untuk korang berdua lah"
(aku dgn laki aku) "Ha???? Buat hapa???"
"nak bawa jumpe En Ramli, kawan ayah tu, nak minta dia tolong ubatkan korang pasal...pasal...pasal ni la..pasal nak dapat anak ni"
ok fikir sejenak.
aku BARUUUUUUUUUUUUUUUU je cakap TAKNAK PIKIR APA APA PASAL TTC LAGI ETC ETC ETC KAN. JADI MENGAPAAAAAAA PERLU DUGAAN INI DATANG SEKARANG!
calm down. jay.
ok bertanya lagi aku kat bapak mertua aku.
"En Ramli nak buat apa?"
"takde la, sbenanya dah lama ayah tanya dia korang ni mcm mana nak bantu, dia suruh ayah cari kelapa hijau. masalahnya kelapa hijau ni susah benor nak cari. tibe2 ada satu orang ni berubat dgn dia, dia ckp dia dapat kelapa hijau tu dekat Ijok, itu yang nak ajak korang pegi ambik kelapa tu esok tu. lepastu, terus kita ke rumah cik ramli tu dekat Jeram, nanti dia jampikan la kelapa tu, ko pulak kena la urut sket"
URUT LAGI.
ok tarik nafas dalam2 supaya jangan meletop didepan mertua sendiri.
mak pulak menyampuk "yang urut tu bukan dengan dia la..dengan bini dia."
aku nampak laki aku telan liur dan memandang aku dengan rasa sungguh serba salah. dia tau aku nak marah..die mcm nak cakap Sabaaaa Sabaaaaa sayang.
Aku terkedu taktau nak balas apa. Ayah terus cakap lagi
"kita cuba je la ape yang patut, kena ikhtiar juga. korang kan dah cuba macam2. dah try ubat moden, dah jumpa pakar tapi takde ape2 kan..gugur pulak lagi dah 3 kali..jadi kita kena ikhtiar cara lain. mane lah tau ada rezeki. EnRamli tu ayah kenal dah lama. Mak ko pon berubat dgn dia jugak aritu (ok ni different story lah, MIL aku aritu memang ade terkena sihir katenye) Jadi dah beberapa orang bertahun2 takde anak, Alhamdulillah lepas jumpe EnRamli---------(korang SAMBUNG)"
aku diam lagi.
laki aku pun diam.
Bapak mertua aku tgk kami diam, dia tanya "So mcm mana? ok ke?"
aku tarik nafas dalam2 dan cakap
"ayah, sbenanya. kitorang dah takkisah la ayah. ade ke takde ke lambat ke cepat ke. Dah taknak sakit ati. dah kira, TAK KISAH la. ayah takpayah risau ayah, kitorang memang OK.lagipun URUT tu takkan leh ubah hormon punya"
laki aku sambung pulak
"lagipun kitorang busy tahun ni ayah, macam2 nak buat dah dalam plan pun. takmo pikir dah laaa benda2 anak ni. tension nantii...kitorang ok je ayahh"
mak cakap "tak tak, urut tu bukan die urut rahim ko. dia tau la mcm mana nak buat. ni cara tradisional ni, ko cube je la"
aAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaa
Aku cuba utk pikir positif, yang mertua aku hendak menolong.
jadi aku jangan sombong.
orang nak tolong.
jangan berlagak pandai, dan layankan aje. jangan mengharap. just, layankan aje.
jadi. esoknya kami pun setuju bawa ayah ke Ijok.
to be continued..
(nak balik dah!)
esok aku sambung cerita.
:D