July 25, 2012

Belajar


Saat kita di duga begini, banyak benda yang kita belajar.
Belajar sabar, belajar bersyukur, belajar beramal, belajar ilmu baru, belajar untuk redha, belajar menerima kenyataan, belajar mengenal diri sendiri, belajar untuk tidak riak, belajar untuk tidak menjadi manusia ignorant, belajar untuk menghargai.
Katakanlah kita tidak diduga, siapa yang akan belajar? 
Takkesahlah kalau senang beranak pun, tetap juga diduga. 
Dan beranak atau tidak beranak itu bukan satu2nya jenis dugaan. Sebenarnya kalau kita ambil tahu dugaan yang melanda orang lain, kita akan rasa dugaan TTC ni kecik sangat. Dugaan takde anak ni kecik sangat. 


Tapi itu kita yang rasa, orang yang takrasa, tidak tahu, malah lebih tidak bersyukur dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Mereka lagi lah takdapat belajar. Maksud aku, orang yang suka mempersoalkan tentang kita yang belum ada anak, suka kondem, suka menuduh, suka menghina, seolah2 kita buat dosa. Itu semua bukti yang diorang ni takpernah belajar (dalam erti bahasa kasar, bodoh tak pegi skolah.sekian.)

Kadang2 aku boleh emotional, kalau terbaca mana2 blog atau post di fb tentang kesedihan masing2 bila datang period, atau bila keguguran, bila takdapat 'beri' suami zuriat. (dah lupa ke manusia memang takbole beri nyawa?) 
Jangan lah kita ni bersedih sampai fikir macam orang yang takde agama. Minta maaf ye, ini jugak peringatan untuk diri sendiri. Statement aku paling stress kalau orang mengadu yang dia baru dpt news si sipolan pregnant, si adik ipar pregnant, si kawan opis pregnant, and then disusuli dengan ayat "murahnya rezeki dia :( " seolah2 trying to say that rezeki dia murah, rezeki kita mahal. sebab?
tak pregnant2.
hmm..tak baik weh. kita yg TTC ni memang akan dilanda dugaan melihat orang lain pregnant. itu dah memang lumrah. mana ada orang yg TTC tapi takkan dengar news pregnancy dari orang lain? mesti ada punya. paling ramai kita yg TTC lah yg akan menghadapi adik ipar yang pregnant dulu. itu biasa. 
itu sbenarnye tidak perlu diluahkan. pendam dan telan je. esok tu lupekan. 
sebab biasa. semua orang rasa. bukan bende yang aneh. 


Belajar lah redha. Tolong, aku stress gila kadang2 bila baca luahan hati orang. (itu pun boleh stress ke?) hahaha...maksud aku, luahan hati smua orang itu adalah apa yang aku pernah rasa, cuma aku tak cakap sebab aku takut bila aku terlalu nakkan sesuatu, benda yang dah ada ni akan diambil pula. 
Jadi aku BELAJAR untuk diam. 
Aku takut suatu hari ada statement seperti "ha tu la nak sangat anak, kan dah _______ pulak jadi" dilontarkan kat aku.


aaaaaaaaaa


ok mungkin aku fikir negatif, tapi itu bukan negatif. itu beringat.
beringat untuk tidak "Nak sangat" kalau benda tu takde. Yang ada ini, kita mesti NAK. 

Aku paham mungkin ada setengah kawan2 TTC yang lain yang lebih teruk ujiannya, mungkin dihina ibu mertua sendiri, mungkin ditertawakan kawan2, atau saudara-mara. atau dihina suami sendri. 
Tapi jangan jadikan issue2 itu semua untuk kita 24jam memikirkan bila nak pregnant, bila nak dapat anak. 
Untuk kita yang TTC, anak itu sesuatu yang takde di depan mata, tapi cuma ada dalam angan2 kita. 
Insyallah satu hari diturunkan oleh Allah ke rahim kita, tapi insyallah juga takkan diturunkan lansung sebab di akhirat kita akan diberi ganjaran lain. Tapi usaha haruslah diteruskan, tanpa jemu. Kalau ada penyakit yang membuatkan kita tak pregnant, then usahalah untuk ubat, sebab semua penyakit ada ubat. Cari, sampai jumpa. Niat dalam hati, usaha itu untuk buang penyakit, untuk sihat badan, supaya kalau ada rezeki zuriat pun, kesihatan badan takkan memudaratkan kandungan. Bukan ubat penyakit semata2 nak pregnant. 

Aku sertakan video persembahan sahabatku Wani Ardy dalam showcase AcidHadi & WaniArdy bulan May lepas di Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka KL. Lagu yang bertajuk BELAJAR hasil tulisan Wani sendiri. 
Wani Ardy ialah seorang kawan yang buat aku belajar jugak, she was diagnosed with Mayer-Rokistansky syndrome when she was 18 (Google please) which causes inability to get pregnant.




BELAJAR
Oleh Wani Ardy

Kata, mudah, murah, percuma
Kelat, lidah, kita, merasa

Bukan mempersoal- melangut cuma

Aku manusia biasa, kadang lupa


Jangan, buta, pada, yang ada

Rangkul, aku, waktu, hancur

Minta nyawa dan asa,
Aku manusia biasa, kadang sia

Melihat hujan sebagai rahmat; 
biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari sayang di dalam benci; 
merendah diri, membuka hati
Melihat gelas separuh penuh; 
yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan

Sukarnya namun aku belajar

Melihat hujan sebagai rahmat; 
biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari helai daun yang hijau, 
dalam terbentang luas kemarau
Melihat gelas separuh penuh; 
yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan

Sukarnya namun aku belajar

Copyright © 2002-2010 WaniArdy TintaJiwa Ent.

July 20, 2012

Ramadhan ke 4 Berdua


Kisah Ramadhan kami berdua.

Ramadhan 1430H (2009) 
Kahwin January 2009, so takde hal lagi la kan tak pregnant after 7months married, masih seronok kerana dapat berpuasa sebagai seorang isteri, dapat masak sahur dan berbuka untuk hubby, masa tu aku still dok kat rumah bapak aku, taksampai hati nak tinggalkan bapak aku sebab mak aku baru meninggal sebulan lepas aku kahwin. Tapi lepas raya tu dia jumpe maktiri aku (umi) and they got married :) aku moved out sebab nak bagi diorang dok kat masterbedroom, and sebab aku dapat keje kat shah alam, dekat dgn laki aku yang keje uitm tu :)

Ramadhan 1431H (2010)
First time berpuasa berdua dekat rumah sewa kitorang, first time merasa bangun pagi2 gelap prepare sahur, merasa sama2 ke bazaar ramadhan beli juadah berbuka kalau xsempat masak, merasa kelamkabut balik rumah utk masak utk suami n buka bersama :)
First time jalan kaki sama2 ke masjid utk solat terawikh :)
Masa tu bersungguh2 berdoa nak pregnant jugak, sebab takot sangat dengan soalan2 orang keliling bila balik kampung utk raya nanti.

Ramadhan 1432H (2011)
Kali ke 3 berpuasa sebagai suami isteri, OK LAGI berdua, masa ni dah start buat activity2 charity masa bulan puasa, rasa syukur sebab diberi peluang, mungkin memang ada hikmah Allah tak beri anak lagi sebab nak suruh kami ni jadi insan prihatin kat orang2 susah!! cewah..hehehe
Masa ni dah hati kering dah pikir pasal raya, hati kering tembak orang balik, hahaha! dah takde perasaan walhal menahan marah, tapi dah mampu think positive. Segan nak doa pasal pregnant lagi, sebab banyak amal masih tak cukup, malu sangat dgn Allah taala, jadi doaku hanya untuk minta Allah lindung keluarga kami, kuatkan hati kami dalam mengharungi dugaan, dan panjangkan jodoh kami suami isteri ke akhirat :)

Ramadhan 1433H (2012)
Bakal menjelang esok insyallah. Teruja sangat sebab boleh ulang perkara2 di atas lagi.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati, semoga penyakitku bakal sembuh sempena bulan yang mulia ini, semoga dimurahkan rezeki semua rakan2 TTC ku sekalian.

Buat sahabat2 TTC-ian semua, Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia ini, banyak2 beramal dan berdoa :) Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki kalau ada entry yang menyinggung perasaan kalian, maafkan lah aku. Aku doakan korang semua sentiasa diberkati Allah Taala, sentiasa diluaskan rezeki, dan sihat walafiat selalu. Selamat berpuasa dengan suami tercinta ;)

ps: Dengar citer TTC Group Malaysia akan buat next gathering buka puasa pula, nanti aku update kat sini ok!

July 10, 2012

LAST CALL for TTC Tshirt

Hi all!
Just a friendly reminder:
Minggu ni minggu LAST untuk order TTC Tshirt. 
Jadi yang interested nak TTC TSHIRT ni please view the link di sebelah kanan anda------------>

RM35
RM35

and i this batch will be the FIRST AND THE LAST batch because I will NOT order anymore of this design after this. Itu pun belum tau lagi bila nak buat tshirt baru sebab yang ada ni pun mcm slow..hehehe!

Semua maklumat pembayaran, size, dan design (ada for men jugak!) ada di link sbelah kanan (atas skit) tu!
again i repeat

LAST ORDER: 15 JULY 2012 11.59PM

i repeat again, and please minta kerjasama anda dont ask the same question again and again. :D
Maklumat pembayaran dan cara2 order ada di link sebelah kanan anda. terima kasih ;)