September 5, 2011

RAYA stories

Sepatutnya aku citer psl raya dulu kan? hehehe

Well, my RAYA this year, alhamdulillah, dapat jumpe semua saudara-mara, dan atok saya, yg sihat walafiat even dia dah 84 tahun..(she's my mother's mother) byk tempat gak kami beraya this year, dan kami balik naik Alphard (yg bapak aku sewa) sebab adektiri aku ikut raya skali. jadi kami ber-Enam, mula2 ke

1. Tangkak
2. Bkt Kangkar, Muar
3. Kluang (tido satu malam)

then buleh jumpe kwn saya HANA plak kat hotel tu, kami ni dimana2 pun berjodoh, bilik pun satu floor, leh layan sembang depan bilik plak. hehe!

4. JB (tido satu malam)
5. Kota Tinggi
6. Pontian
7. Tangkak balik, then terus balik Shah Alam.

Happy, jumpe semua org. Mcm biasa soalan2 yg telah dijangka akan ditanya oleh pakciks dan makciks, aku patut nak plan jawap mcm bawah ni yg aku pernah tulis tu..tapi Allah kurniakan aku dgn idea baru by the time diorg tanya tu. aku tibe2 jawap "Rilek dulu!! Biar org lain beranak dulu...nanti kalau semue org beranak skang, tahun2 depan takde baby baru plak..tak best kan!"

aku ckp mcm tu sbb kazen aku ada 2 org yg due this raya. ada yg due awal syawal, ada yg hujung syawal. yg due hujung syawal tu dah bersalin (dalam kereta) 2hb Sept aritu. Sangat Drama. Tapi baby dia lahir dalam kereta, dan dia sambut sendri baby dia. Congrats Kak lin! Tunggu lama utk 2nd baby ni...4-5thn i guess, akhirnya keluar baby boy yg sgt bertuah :D hehehe, lahir pulak hari jumaat....alhamdulillah.. Yg due awal syawal tu pun dah bersalin 1 hari lepas kazen aku yg bersalin dlm kereta tu. oh dia bersalin normal. bukan dlm kereta gak. hehehe.

Back to soalan2 mereka, aku berjaya jawap dgn rasa tak salah dgn diri sendri, dan berjaya jawap dgn tiada rasa sakit di hati. WAH gitu. masa kat kluang, kene lagi..

"jihan...TAKDE LAGI KE? BABY??"

Allahuakbar..mengapakah kamu ini semua??

aku jawap "eh, biar anak orglain besar dulu nnt baru kite branak....nnt semue org tgk anak kite sorg je...hehe"

then org yg bertanya tu gelak je. (worth it ke ko tanya aku astu aku jwp mcm tu tah?) Alhamdulillah Allah kasi aku idea begini. Allah saves my heart!

Masa kat Kota Tinggi, makcik aku pegang perut aku, dan berkata "Ini? Dah Ada?"

aku tattau kenapa aku jawap "entah ada kot?"

"IYA KEEE???"

"Mana la tau kan, kot2 dah ada tapi tak perasan ke kan?"

"Mudah-mudahan..aminn" makcik aku jawap gitu. Ha kan ke elok tu? Happy plak aku dpt jawap benda yg tidak menyakitkan hati aku sikit pun. i feel happy! kalau ckp takde, mcm doa jadi takde je kan. kalau ckp ada, dia leh jadi doa mcm ada kan! kata2 tu kan doa..

so korang semua, pinjam je ayat aku atas ni. ckp je "Tah dah ada kot? nnt saya cek esok." People will keep their mouth shut after that.

kalau ko ckp belom ada org akan tanye tanye tanye, sebok tanye ada check ke tak? ade gi urut ke tak? suggest makan jamu la suggest makan vitamin la...surprisingly ada yg penah suggest "tah2 suami awak masalah tak?"

blueghhh

takkan la aku kene ckp "awak ni bodoh ke?" to each questions yg pernah diajukan kat aku? haih..

Masa kat JB,

Aku bagi duit raya kat atok aku, atok aku kata

"alhamdulillah, mudah2an jihan murah rezeki, panjang umur, kekal dgn suami..cepat dapat anak (sambil pegang perot aku)"

aku pon ckp "trima kasih tok, sbb doakan"

tibe2 dia tarik aku "MEH sini tok ajar"

aku cam HA??? atok nak ajar??? aku cepat2 himpit2 sbelah atok aku.

"cepat tok, ape dia yg atok nak ajar?"

"niii..atok nak ajar bersetubuh"

ALAMAK! ATOK gua yg 84 tahun nak ajar bersetubuh ni. aku tattau mana nak letak muke aku mase tu. adik aku awal2 dah lari gi dudok kerusi lain. hahahahaa

"nanti kalau nak bersetubuh dgn suami, buat la mase 1hb, 15hb, 30hb"

"bulan hijrah ke bulan biasa tok?"

"MANA MANA laaa...same je"

"EH! atok! mane bleh tok! nabi tak bagi, wasiat nabi tu tok,,,...1hb, 15hb, dgn 30hb tu tak elokk"

"ey, wasiat nabi apa? ini ATOK yg ckp!"

hehehehehhee, okay i dont know whether its funny or not. tapi masa ni aku konpius dah..baru je aku paste wasiat Rasul tentang berjimak bwh ni..tibe2 tarikh tu atok aku kata KENA plak buat..

takpe, aku senyum je. aku cume ckp kat atok aku, jgn berhenti doakan aku...

 

2 comments:

  1. HAHAHA Atok comeeeeeeeeel!
    Let's pray together-gether ok Jay?
    Everything will be alright Insya Allah ;)

    P.S. Informative gila blog ni! I'm so sharing it at http://www.facebook.com/DreamMothers!

    ReplyDelete
  2. Atok mmg chomel, siap kata dia dah ajar a few couples yg berjaya..amboi..kalau semudah itu takyah jumpe gynae kan...tapi paham je la tips2 org tua :D hehe!

    Okay boleh tapi wani jgn letak nama jayfarhana tauuuu
    sbenanya awal2 dulu nak remain anonymous n kawan2 rapat je tau tapi skg ni mcm byk leh share dgn org, just that takyah tulis jayfarhana..tulis je jayblabbers. gagaga (dah la byk ayat pedas dlm ni) huhuhuhuhu

    ReplyDelete