January 25, 2012

Mimpi

Entah kenapa, 2 bulan ni, dalam seminggu akan mimpi pegang baby. 3 4 malam berturut akan mimpi benda mcm tuh. Pegang baby, bagi baby minum susu, aku menyusukan baby, ada org hulur anak dekat aku suruh jaga, mimpi bukak2 bungkusan tiba2 ada baby, tengah duduk diam tiba2 ada anak orang tersengeh tepi aku. EH kadang2 macam scary pun ada!


tapi 3 hari lepas, aku mimpi benda lain. aku mimpi nampak, ada satu pulau, aku kat pulau tu, tiba2 ada ikan paus/ikan besar (entah Wallahualam tattau ikan apa) tapi BESAR GILA. GIANT FISH yang muncul dari tengah2 laut tu, aku ingat mcm monster ke apa, tapi bila tgk muke ikan tu, CHOMELNYA mcm dolphin! tapi sumpah BESAR GILA ikan tu. die datang dekat tepi pulau tu, macam jinak gila. siap ada bunyi2 dolphin tu. dia macam suruh aku pegang2 kepala dia. aku nak pegi tapi terpikir, kang aku pegi, dia ngAP aku mampos. so aku tgk dari jauh je. ikan tu warna blue-black. 


aku citer kat kawan2 husband aku yg supportive pasal rezeki anak ni. haha, diorg semua lelaki tapi agaknya sebab kawan rapat, semua memahami bab2 mcm ni walaupun diorang tu tak kawin lagi.
sorang ni cakap 


"Oh kalau mimpi ikan tu, selalunya rezeki jay...agaknya nak dapat duit..atau nak dapat baby tak?" 


sorang lagi tanya, "dalam perut ikan tu ada baby kot?"


Kalau perut ikan tu yg ada baby, kenapa die nak bagi anak ikan pulak kat akuh!!!
hahahaha


Aku mcm biasa, Google Whore kan. hahaha, benda mcm ni pun aku pegi google. dah beberapa source aku dapat dari website indon, mimpi ikan paus bermaksud : Sahabat baik kita akan pergi.


Ok. Pergi mana? kalau just PERGI ke sesuatu tempat memang betul lah, kawan aku Hana, yang rapat since berbelas tahun dulu memang akan PERGI ke UAE, ikut husband dia (yang juga 2pupu aku). dapat kerja dekat sana (Oil & Gas)
tapi kalau PERGI di ambil Allah, astaghfirullahalazim :( aku sayang semua kawan2 aku :((( apa2 pun aku redha, tapi kalau boleh mintak jauh lah. pergi jalan2 takpe, jangan pergi terus kawannnn2 :(((


ada source aku jumpe dari website melayu, ada tafsir mimpi mengikut al-quran dan sunnah. 
mimpi melihat ikan paus bermaksud: akan mendapat rezeki yang banyak.


Apa2 pun bentuk rezeki, aku bersyukur. sebab seperti yang aku katakan, Rezeki itu bukan dalam bentuk "anak" sahaja. 
Mempunyai ibubapa juga rezeki, ditemukan jodoh juga rezeki, mempunyai sahabat karib yang ramai dan baik2 juga rezeki, Mempunyai pekerjaan tetap, tempat tinggal dan makan minum yang cukup, juga rezeki.


Alhamdulillah. 


Taken from WhaleTime.com




ps: Tapi mimpi ikan paus ni betul2 first time dalam hidup. Teringat sangat muka ikan paus tu yang chomel. BIG dolphin agaknya. hehe! mcm free willy tu, whale kan? ha die lebih kurang lah tapi besar dia mcm KAPAL. dan dia muncul macam gambar di atas. hehe! 
Kawan2 tetap kata "nak dapat baby tu jay! ikan paus tu rezeki besar tu!" 
hm apa2 pun, terima kasih kerana mendoakan, tapi aku n husband aku redha dan terima je apa2 bentuk rezeki yang Allah beri. 


Ada orang, hidup senang, cukup makan, kerja boleh tahan, gaji besar, makbapak dua2 hidup lagi dan sihat-walafiat, tapi sebab takde anak, meraung bagaikan benda2 yang dah sedia ada ini tak cukup lagi, and doesn't matter. dah bagi makbapak, nak suami. dah bagi suami nak anak. dah ada anak, nak anak kembar,...sudah-sudahlah. sudah-sudahlah memikirkan BILA nak mengandung. we should just forget about this. bukan takpayah berusaha, usaha diteruskan tapi kadang2 kita kene NAK apa yang kita ada. bukan NAK apa yang kita takde. ayat ni quote dari kawan aku Wani Ardy.(www.waniardy.com) kite kene nak ape yg kite dah ada. seperti mak ayah kawan2 adik beradik kerja makan minum, dll. 


dulu aku ada mak. sbelum mak aku diambil Allah, aku rasa mungkin takcukup aku spend masa dengan mak aku, tak sungguh2 aku jaga mak aku ketika dia sakit, skang dia dah takde, mesti mula fikir, Kenapa aku tak jaga mak aku betul2? Kenapa mase mak aku ada aku tak appreciate dia betul2? Kenapa masa mak aku ada aku asik sebok keje, sebok ambik gambar, sebok buat design, balik rumah 3 4 pagi, weekend pun kerja. mak sakit lansung tak ambil peduli. bila dah kritikal, baru lah nak ambik cuti, lansung aku terus benti keje sebab nak jaga mak aku.
Dan lepas aku kawin Allah ambil mak aku. Memang lah itu semua takdir. 
Tapi sekarang ni tiba2 rasa mcm, aku nak mak aku. Tapi die dah takde.
Jadi kite kenalah NAK ape yang kita ada. aku kena lah Nak bapak aku, adik aku, mak tiri aku, adik tiri aku, suami aku, kawan2 baik aku,..aku mesti NAK kat diorang. sebab diorang tu semua masih ada. 


Bukan nak benda yang takde. bila kita asik nak benda yang takde, sebab tu lah hidup asik runsing, pikir benda yang sama. Honestly im tired of thinking about bila nak mengandung. i had enough of it, sudah2lah. orang lain mengandung, mengandunglah. kerana mereka memerlukan anak. tanpa anak, diorg takleh move on with life. Allah sayangkan diorang dah berikan mereka anak kerana guide utk diorg teruskan hidup. (maksud teruskan hidup ni, luas ya) fikirkanlah.
Allah sayangkan kita dan kita belum lagi memerlukan anak. sebab itu lah kita tidak mengandung2 buat masa skarang. 
Hidup semua orang takkan sama. Allah takkan susun aturkan dugaan, dan jalan hidup setiap umat dia dengan cara yang sama. 
Husband aku penah cakap, setiap kali sebelum kami nak bersama, dia akan berdoa, "Ya Allah, kalau kami bersama ni berlandaskan nafsu semata2, jangan kau jadikan Janin ini"


wow.
that's deep. aku penah gak nak tanya, kalau takde nafsu camne nak main? heheheh
tapi dia cakap maksudnya bukan SEMATA2 kerana nafsu. anak yang dijadikan dari nafsu semata2 itu anak yang bakal jadi takbaik. entahlah. sebab itu Rasulullah saw ajar dan guide macam mana dan bila nak bersama, ada tarikh dan waktu sesuai. 
itu sebenarnya langkah awal je. kalau taknak buat, suke ati lah. 
bukan just nak main, sbb nak anak nak anak, nak anak. nak anak.
lansung ke tak fikir bende like, aku nak anak yang baik. taknak anak yg jahat.
aku nak anak yang akan bantu aku bila aku susah, bukan anak yang lupekan aku bile die senang. 
buat mase skg, apa dlm otak kita ialah nak anak nak anak  nak anak.
aku taknak just 'anak'.
aku nak anak jika anak itu aku memang perlukan bila aku tua. dan anak itu akan membanggakan ibubapa dia. dan anak itu takjadi matrempit, matdadah, minah bosia. (kalau dia nak main musik takpe) EH! mcm tu lak aku.  hahahaha....
kalau anak itu, dah besar die campak aku kat rumah orang2 tua, TAKPAYAH ADA ANAK. 


serious doh.


agaknye sebab kami ni banyak sangat syarat, jadi Allah takbagi2..hahaha..tapi aku percaya Allah nak bagi yang terbaik, sebab kami memang nak yang terbaik. Kalau takde anak buat masa skang itu terbaik, so be it. kalau lagi 3 bulan akan datang masa terbaik utk mengandung, so be it. 
Kan before ni aku pernah citer aku pegi rumah orang tua2 dekat titiwangsa. diorang tu masing2 ada anak 3 4 orang. ada yang ada anak 6 org. kenape letak mak ayah dekat situ?
aku takfaham. 
jadi aku terus berniat, kalau aku ada anak tapi anak aku taknak jaga aku mase tua nanti, Ya Allah, Kau jangan bagi aku anak. aku redha. jangan bagi. 
aku taknak sebok nak mengandung sekarang, tapi tak terfikir anak tu esok nak jadi apa. tak terpikir apakah perubahan yang bakal berlaku nanti. memang lah akan ada perubahan hidup lepas ada anak tapi kearah yang lebih baik, alhamdulillah, tapi mintak jauh la kalau ke arah tak baik.
Dan kalau ada anak tu suami aku jadi lagi annoying, lupa diri, malas keje, kami selalu bergaduh dan anak itu yang menjadi issue dan sbgnya, pun JANGAN bagi aku anak, ya Allah.
dan aku terkedu dan kesian tengok budak2 down syndrome yg ada menumpang dekat rumah orang2 tua tu, sebab parents diorang buang diorang. taknak jaga diorang. . aku terfikir lagi, Ya Allah kalau aku mengandung nanti anak tu jadi cacat, down syndrome or watever yang tidak sempurna, pun JANGAN BAGI aku anak. aku taknak aku beriya nak pregnant sangat, tiba2 bile dah mengandung, lahir2 anak tu, dia bukan seperti yang aku harap2kan. aku takut aku tak redha. aku takut aku akan salahkan Allah. aku takut aku jadi manusia tak bersyukur. aku taknak! apa yang ada ni, aku sangat syukur. tak apa lah. dengan apa yang ada ni, aku bahagia sgt.

ini serious. 
tips utk korang yang frust bila period. cuba anggap, janin itu tak jadi sebab kromosom yang tak elok, taksihat, embryo tu takbagus, kalau jadi anak tu taksempurna. kaki sbelah cacat ke, ada penyakit otak ke, buta ke, bisu ke. sebab tu Allah jatuhkan. just anggap mcm tu. ada orang finance ni, beriya pujuk aku mase aku frust aku gugur tahun 2010 dulu. diorang cakap "janin tu tak elok, bagus lah gugur. kalau jadi orang, kau marah dkt Allah sebab bagi anak cacat pulak"


eh bagus juga dia sedarkan aku. sejak tu aku terus redha.


aku tetap ber-BBT mcm biasa. just to make sure nothing like Cyst ke Endo ke hape ke jadi kat aku. langkah berhati2..BBT can let us know what is happening. hormones yang stabil pun aku dah bersyukur. period pun aku syukur. BBT helps a lot. kalau mudah frust dgn BBt yang takde peak hour, atau tunggang langgang mcm aku, jangan ber-BBT. sakit ati je nanti. heheehe!


ok ladies, dont giveup and percaya pada Allah. saya tak giveup. but im done to be obsessed too much. aku nak just go with the flow je. 





1 comment:

  1. mimpi ikan banyak orang kata rezeki sebab ikan kan part of makanan..mimpi air laut lagi lah best sebab saya baca ia bermaksud kita akan dapat extra ilmu..tapi mimpi anak/baby/menyusukan is not a good thing la..kalau google tanda-tanda gangguan jin memang salah satunya menyusukan anak..tapi tak boleh generalize macam tu je.sebab bila kita hendak sangat sesuatu kita akan proses benda tu dalam mimpi kita kan..?

    entri-entri dalam ur blog ni kan inspiring..anak tu satu hal la, tapi banyak lagi benda yang indah dalam dunia ni yang boleh dinikmati..cumanya masyarakat melayu ni faham-faham je la macamana mindanya, tak kisah lah ustaz ke serbanista ke, kadang2 orang yang huha huha tu lebih matang dan berfikiran jauh pulak..

    ReplyDelete