February 8, 2012

I'm DONE, i had enough.


Okay semua.
From this moment,

aku nak stop blogging about TTC. 
eh silap. 
i will still blog, tapi aku nak stop TTC mcm ni, mcm selama ni, sebab it will never end.

Me and my husband dah lama decide, dari entry aku psl IUI?No! tu. 
yang kita dah takyah penat2 dah buat itu ini.
aku penat nak sakit ati dengan orang ramai termasuk kawan2 sendiri yang suka dan bangga tentang pregnancy dan cerita telatah anak2.
sebenanya aku takpayah sakit ati. tapi aku sakit ati sebab aku tgh TTC.
kalau aku tidak berTTC mesti aku mcm okay je dengan semua ni.
mesti aku mcm happy je dengan updates kwn2 aku.

so aku akan continue blogging and u can still ask me questions.
aku akan continue ber-BBT jugak, bukan semata2 TTC tapi just to monitor my hormones. like i said on my previous post, so that i know what happen to my body (whereas, who cares what happen, now)
tapi still nak jugak BBT. sebab, tah? addicted? hahaha
but ubat2, supplements, apejadah semua. saya nak stop. 
dan dah taknak kisah. biarlah.dah taknak google pasal infertility.
sebab tak perlu dah kejar2 utk dapat anak.

utk apa?
utk apa ada anak?
aku tanya diri sendiri byk kali.
utk apa aku ada anak?
aku pun tattau utk apa. sebab Allah je yang tau ape sebab dia bagi anak dekat oranglain.

aku bukan giveup. aku just taknak hope apa2 and aku dah SEGAN nak minta apa2 dengan Allah.
aku sangat MALU dengan Allah utk mintak mcm2.
aku tak marah lansung dengan Allah, aku syukur sebenanye, sebab semua ni ada hikmah. 
orang yg senang beranak tu pulak, ada hikmah dia dapat anak ramai.
aku pulak, ada hikmah kenapa masih takde anak. lagipun baru 3tahun je, ape yang nak kisah sgt, orglain 10,15tahun, 18tahun, 20 tahun, baru dapat. i should be thankful. sebab hidup aku taksusah pun kalau takde anak. dari ramai orang yang anak ramai, tapi hidup susah.

cuba fikir, minta nak anak ialah sama mcm minta diduga. 
bukan lah aku taknak diduga, hamba yang diduga Allah ialah hamba yang Allah pilih, dan kerana Allah sayang. tapi aku taknak minta apa2 sebab aku takut nanti aku jadi manusia tak bersyukur, dan kalau ada benda yang aku takmampu buat utk anak itu, atau anak tu dah besar jadi lagi degil dan keras kepala dari aku ni, aku takut aku benci anak tu dan aku benci kerana Allah bagi aku anak dan aku taknak satu ari aku ter-Wish yang aku takde anak. aku takot! aku taknakkkk aku jadi mcm tu,
cukup2 lah dengan dosa yang byk yang takmampu nak ditebus, mintak lagi dekat Allah mcm2. aku dah malu.
sangat malu dengan Allah. aku takpeduli nak malu dgn orang ramai, lebih baik aku malu dengan Allah.
aku cuma doa Allah bukak kan pintu rezeki, lindung hidup aku dan suami, and both keluarga kami, dan sahabat2 kami, semoga dijauhkan penyakit dan bencana.
itu je, itu dan aku taknak mintak lebih.Kalau aku dan suami memang meant to be parents already, aku akan terima dgn hati yang terbuka jika aku mengandung. which aku percaya, will be a miracle. mesti aku mcm tiba2 je, EH aku pregnant? (berangan) hahaha
Allah dah bagi cukup nikmat dah kat aku, meminta anak is too much.
TOOOO F*KING MUCH.
i've had enough.

kerana benda ni, aku byk benci orang, aku byk menyumpah orang yg pregnant. aku byk menyumpah orang yang update apa2 psl anak. aku byk benci saudara-mara, termasuk NENEK aku yang bila call je takde benda lain yang ditanya selain "DAH ADA?laaaaa takde lagi ke?? hmmm tok dah mati sok takkan baru ada?" 
aduh. berdosa benor aku takdapat beranak ni gamaknya? semua orang menjadikan benda ni mcm satu kesalahan. kenapa tak tanya Bila nak ada iphone? bila nak ada kereta bmw? bila nak beli rumah? bila nak bayar bil astro? bila nak tukar sport rim? bila nak bagi BBPIN dekat aku? bila nak pandai masak nasik beryani gam? Bila nak pasang Unifi?
TIDAK, orang takkan tanya, tapi orang akan tanya Bila nak kawin, bila nak ada anak, dan bila nak tambah anak. 
tapi orang tak peduli Bila anak kau nak pandai? bila anak kau nak dapat 8A? bila anak kau nak jadi top student dalam kelas? bila anak kau nak gaji 10k sebulan? 
orang takkisah dah tentang tu semua,by the time kau ada anak.
jadi Admit It, people. korang nak anak sebab nak tutop mulot orang. just admit it.
aku pun admit. Ya, memang nak tutop mulot orang dan buktikan aku tidak mandul.
Selain dari itu, nak isi kesunyian?
AKU TAK SUNYI LANSUNG.alhamdulillah.
*well, just bcoz i've got everything doesnt mean that aku mintak kesunyian itu. Disebabkan aku takut aku akan kesunyian lah aku takut nak minta benda2 lain takut bila aku dapat, aku terus jadi sunyi kerana mgkin, benda2 lain akan diambil*

*kenapa aku fikir cara mcm ni, mgkin sebab apa yang dah jadi kat aku. aku nak sangat kawin. taksabar2 nak kawin siap doa Ya Allah jangan Kau ambik mak aku kalau aku belum kawin sebab aku ni satu2nya anak perempuan dan aku nak mak aku tengok anak dia kawin. - pap..sebulan lepas kawin, Allah ambil mak aku. kenapa aku terdiam? Ya memang ajal di tangan Allah, tapi aku terdiam, sebab aku terdetik mcm tu. aku gitau diri aku sendri, tu la Kau yang mintak jangan ambil mama sebelum kawin. jadi lepas kawin, Allah ambillah!*

so aku taknak bersyarat2 dah dengan Allah. siapa aku?
"Be careful what you wish for. U might just get it."

aku tattau life orang lain yang beriya nak anak konon sebab sunyi dan tak ceria.
mungkin korang pagi2, pegi keje, balik keje, masak, then padang suami, suami pun pandang korang, tidur.. esok rutin yang sama. weekend, lawat keluarga, atau mertua, yang berduit lebih, pegi jalan2.
dah.
lepastu pandang oranglain yang ada anak 2 3 orang, rasa sedih, sebab hidup korang suamiisteri, tidak dikurniakan benda2 tu semua. Ok aku faham, sebab itulah korang rasa korang kepingin sangat anak.

LIFE SAYA.
pegi keje, balik keje, masak kalau rajin, kalau malas, pegi GravyBaby, kedai member saya, who is also the founder of Dream Mother group dekat facebook, yg mengumpulkan semua ladies yang berTTC atau takleh mengandung, utk meluahkan prasaan and share pendapat/info tu. Wani Ardy is her name. 
Kadang2 makan malam dekat situ, lepak sampai lewat malam bersama kawan2, main music, jamming dengan band saya, recording beberapa lagu kalau ada duit lebih, sibuk compose2 lagu utk seronok2 dengan kawan2, join activity2 charity spt pegi lawat rumah org tua2, rumah anak yatim, tlg kawan yang organize event2 charity, event2 acoustic, event2 puisi, event2 seni yang mcm2, hangout dengan kawan2, bercuti dengan kawan2, jalan2 dengan kawan2, lepak rumah kawan2 tgk dvd, pergi jogging & cycling dengan kawan2, DAN BANYAK.LAGI.

so hidup aku dan suami tak sunyi lansung lansung lansung.
mungkin Allah tak beri kami anak sebab anak itu tidak diperlukan lagi. dan sebab itu lah financial kami pun cukup2 makan je dan tengoklah, gaji aritu awal sangat, skang duit dah habis terus terang aku ada RM40 je skang. imagine ada anak? nak bagi apaaaaaaaaaaaaa?????

ya aku tau, esok kami tua, bukan kawan2 ini yang akan jaga kami. takpelah, kami jaga diri sendiri kalau takde anak.
Aku yakin Allah itu maha kaya dan maha adil.
aku takrase semue ni tak adil lansung. aku rasa semue ini adil. aku & suami takde anak, tapi hidup kami penuh terisi. kami tidak bergaduh (pernah la kdg2) tapi tidak la teruk2. dan ada anak atau tidak bukan penentu semua benda. Mertua aku pun tak membenci aku kalau takde anak lagi. 
Sebenanye, korang yang sibuk nak conceive pun dah ada semua ni, tak sunyi pun hidup korang, hidup korang semua cukup sebenarnya. tapi sebab NAK jugak pasal orang semua tanya. atau oranglain pun ada anak, atau adik ipar kau dah pregnant dulu walaupun ko kawin dulu dari dia. nak tutop malu suami kau kononnya. Atau suami korang dah rimas dengan soalan2 BILA bini kau nak pregnant ni? Kau tak power ke? dan sbgnya.
JUST, stop all of this. semua ni takkan habis. benda sakit hati ni, takkan habis. 
jadi TADAH je lah.

Korang nak sangat baby ni, pikir ke tak baby tu bukan kecik je. nanti akan besar. mase belum pandai apa, seronoklah main. Seronok beli baju, seronok ajar anak ABC, seronok subscribe BabyTv dan nyanyi2 lagu kartun dengan anak. Haa kau tunggu anak kau bila dah remaja. 
Ini kawan2 aku yg dah ada anak jugak yang ckp, mase kecik mmg la seronok, seronok belagak dengan org, tunjuk anak masing2. ada yang sepasang, ada yang 2 girl 1 boy, dan sbgnya. HAAA SOK KAU TUNGGU ANAK KAU BESAR.

i am telling this to myself as well. wah sebok aku yer nak conceive ni beriya ubat mcm2 check mcm2, aku boleh ke bentuk anak tu ikut mcm mana yang diperintah oleh Allah? DIRI SENDIRI PUN MCM NI wei! 
nak mintak Allah tambah dugaan lagi, dan tanggungjawap! WAHHHH! sumpah, aku taksanggup.
korang mmg ckp korang sanggup. mgkin sebab korang semua baik. korang semua tak mcm aku.
korang mgkin confident, or just bcoz, korang tak terfikir?
mase aku zaman belajar, aku ngaku aku anak yang degil, selalu buat hal dan ape yg mak aku slalu mention bila dia marah aku ialah "kau tau tak nak dapat kau punya la susah dulu? dah besar ko buat perangai!"
aku takrase ape2 pun dulu bila mak aku ckp mcm tu. aku igt mcm, alah dapat amende yg susah?
takfaham.
skang memang dah faham, dan aku terpikir kalau aku pulak satu hari ckp mcm tu dekat anak aku.
shit.
mase tu mesti aku mcm menyesal kenape laa aku nak sgt anak walhal dah besar buat tayik dkt aku. EH! 
choy!
entahlah. 
korang ni semua mgkin baik dengan makbapak kot. 
aku tak. aku jahat. aku anak yg kurang baik. aku pun taknak ade anak yang macam aku, walhal, tuhan dah kata apa yang kita penah buat, akan terbalas esok bila kite ade anak...erkkkk

semua ni dah tertulis dah people. 
ada atau tak, aku berserah. kalau ada, aku harap waktu itu aku cukup ilmu, aku cukup kekuatan utk mengharungi jadi Ibu. 
kalau tak, aku tau Allah takkan beri demi kebaikkan aku dan i will be so thankful for that. 

aku dah taknak sakit ati.
jawapan aku cuma satu je utk org yang tanya: Bila nak ada anak? Kenapa takde anak lagi?

jawapan saya ialah: SALAH KE KALAU TAKDE? 
kalau kau jawap SALAH, sila huraikan. 

utk entry bwh ni, mintak maaf, aku cuma luahkan perasaan. mintak maaf sbb aku panggil kau bodo-walaupun you act like one. (kalau ko terbaca blog ni)

8 comments:

  1. wohaaaa.. panjang gile luahan hati kau. tp aku paham. ive been there.

    aku stuju sikit sebanyak yg nk anak sbb tanak org mengata. tp bila kita dah realize yg anak bukan segalanya, yg kita masih bole bahagia, hidup kita akan happy. aku dlu pun putus asa ngn ttc. seyes aku nk berenti. then tup2 rezeki datang, yg langsung aku tak sangka. takpe jay, akan ada rezeki itu. kau yakin je. ketentuan DIA, kita tatau.

    DIA nak ko hepi2 ngn laki ko dlu, hanimun sana sini. lepak ngn member puas2, then DIA bagi, sekalik kembar. mana kita tau.

    dan, tak semua pregnancy itu indah. maksud aku bukan aku menyalahkan pregnancy, tp ko tgk aku je la. sejak dari 4weeks, aku yg dlu kuat, terus lembik. sakit memanjang, lepas satu satu. warded. sakit tapi takde medication, sbb pregnant, hanya bole sabar. owh, sape kate takde gaduh, gado gak, kesian suami aku, dulu aku wat, sekarang die kene wat sndrik, kene jaga aku plak tu yg prone to any kind of diseases (ni ayat doc aku). dan takde ape aku bole buat melainkan sabar. dan, terus terang aku kate, duit kuar utk aku sakit pregnant lagik kencang drp duit aku berttc.

    dan betul tu, muhasabah diri penting.

    if ko rasa to lay cool is ur best option, go with it. cuma, jgn lupa doa pada DIA. DIA sentiasa dengar.

    ok, mcm entry aku plak panjang gile. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha
      aku suke org komen2 blog aku panjang gila. aku suka org reply sms aku panjang2 gak. kalau reply "OK" atau worst, "K", boleh buat aku jadi hangin.
      hahaha so dont worry about komen panjang2.

      aku tau kalau aku pregnant pun entah ape pulak bala yang dtg, dugaan yg dtg. aku bersedia utk semua tu. just that, Allah maha tahu, yang bukan sekarang.
      ada hikmah dia Allah bagi sakit, nak beranak pun sebab nak bersihkan dosa. by the time kau beranak, dosa2 semua gugur, jadi suci dan bersih mcm baby ko. sebab tu kena tanggung sakit ini. aku doakan ko strong, yg rasa sakit tu ko bukan aku, aku tau, tapi kalau bila masa aku nanti, aku pun tau takkan semudah itu. tapi Allah tu mmg maha sayang kat kita smua. kite byk doa.
      aku tgk dgn sejak aku n asben aku dah takdulik psl doctor,klinik,supplement and watever shit, kami makin happy, makin bahagia. dulu, asal bertekak sket aku akan ckp Tau aa org tak pregnant lagi! takyah aa tengking mcm tu!
      (walhal die tak tengking aku kerana aku tak pregnant pun!, tapi benda tu akan jadi issue) so, itu adalah tidak baik!
      rupanya, dah pregnant pun bole buat gado. jadi sama je kan.
      biase lah asamgaram la semua ni :)

      Delete
    2. hahahha. sgt ok! kalo dlu gado duk kate die mara kite pasal takde anak, skang gado sbb kalo alpa sket jaga dri confrim die mara sbb die risau baby. pastu confirm la akan gado kalo dlu bole jaga die, skang cam bdak2 kecik mintak die plak jaga.

      tp tul tu. aku agree, aku byk buat silap, buat dosa, sakit kan pengubat dosa.

      hah ko tu, tak payah nk stop2 tulis, ade tak bekenan, sile tulis. simpan2 lagik gila kot nnti.

      Delete
    3. aku tak kate pun aku nak stop menulis lerr..aku kan mane leh stop membebel. hahaha..aku cume nak stop TTC.
      so aku taknak scan ape2, (selagi tak sakit ape2) and aku dah taknak jumpe doctor mana2, (selagi tak sakit ape2) and aku dah taknak makan ubat ape2 (selagi tak sakit ape2). aku just nak sihat, tenang, dan bahagia. jadi period aku kan takbetol, so misi aku ialah utk betulkan hormon sahaja. utk betulkan hormon, takpayah tunggu Takdir Allah. itu boleh usaha sendiri. kan.
      kalau sendri tau ada penyakit tapi takbuat ape2, mmg makin sakitlah kan.
      tapi utk pregnant yg tunggu Takdir Allah.
      byk je kot benda aku sakit ati yg aku tulis tapi dlm draft je. hahaha aku tunggu masa yg sesuai je. kot2 takde mase nak menaip, aku publish. :P
      dah tu aku ni kan tulis post aku mcm tulis novel.
      hahaha

      Delete
  2. Please don't. don't stop writing..kalau tak berTTC pun tak apa..tapi at least don't stop writing..don't stop inspire us..inspire us bahawasanya kita yang belum ada anak ni OK je dengan kehidupan kita..inspire us that orang macam kita yang belum ada anak bukan lah miserable sangat. Misery gila bila orang tanya & orang perli. Tu je kan..
    Inspire semua the TTCians yang kehidupan kita ni best apa..tak de apa yang kurang.siap boleh bercuti-cuti sana sini, beli gajet, etc..

    Oh Teringin gila nak hangout dengan kaki-kaki seni macam korang..

    Don't stop writing ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, of coz i wont stop. mcm mana i could not stop membebel, mcm tu la i could not stop writing :P hehe!
      sbenanya in real life, apebenda yg keluar dari mulut i adalah harsh. kdg2 ramai org terasa. mula2 rasa sgt berdosa. tapi bila pikir balik, org yg bagi kita sakit ati, takpenah pun pikir hati kita.
      jadi kdg2 kena jadi garang,kerek,berlagak, kat org2 yg suka bg kita sakit ati. sbenanye semata2 utk kuatkan diri. lepastu, mintak maaf lah balik dgn dia.

      eh, ada event seni on 25-26 Feb 2012 ini kat laman budaya s.alam. byk sgt event seni yang ada, nanti i akan post flyers nya kat sini.

      Delete
  3. Dear,

    I really like the statement "korang nak anak sebab nak tutop mulot orang. just admit it."

    For us, memang nak anak, tapi kalau belum ada, haruskah menyalahkan Allah? My latest post, his twin brother is expecting. Dua kali kami dalam situasi yg abang dah ada, adik belum lagi. Tapi husband cakap pada my MIL, "Takpe rezeki dia. Mak ampunkan dosa kami dan doakan kami kaya dan berjaya". The best answer for our current situation.

    Mohon pada Allah mesti, tapi mesti disulami dengan syukur dan usaha juga. All the best dik. Ahkak ni nak masuk 6 tahun dah, rileks je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok semua,
      sila baca komen akak MRS ARK niii, she's almost 6 years married, RILEKS lagi. so yang baru setahun 2 tahun, 3tahun...hm pergi do something else yang buat korang happy la eh? hehehe...thanks kak, for visiting my blog.
      boleh tau have u been pregnant before? like, miscarried ke atau memang belum pernah sekalipun? i went to ur blog tadi. u are a pCOS-er too right.
      so skang still lagi ke atau getting better ke mcm mana?

      Delete