October 23, 2013

Cerita pasal Reen Zuhdi

Ahahaha...Reen mesti cam nak tampo je aku buat title blog macam tu.

Okay actually memang entry ni nak cerita pasal my TTCian friend bernama Reen Rawaida Zuhdi. Mula-mula kenal kat blog, pastu kat facebook, pastu aku join TTC Group Malaysia yang dia buat tu, pastu jumpa time gathering, pastu selalu lepak sama2 dengan kawan2 TTC yang lain, pastu lama2 dah macam stick sisters dah!

Dulu time TTC kunun aku ingat besor sangat lah dugaan TTC aku ni. Bile kenal Reen, aku terus rasa rupanya dugaan aku ni kecik nak mampos. Aku buat summary lah sikit ye kisah TTC Reen ni.

Reen kawin in May 2009, dia terus bunting pelamin, but ended up ectopic.

So tube kena buang.

Then she got pregnant again! - with the other tube.

But ended up natural miscarriage.
Then Reen pakai implant sebab taknak pregnant for a while,sebab mungkin masih trauma 2 kali miscarriage.
Then bila nak tanggal implant, Doc figured out that the other tube was blocked and narrow sikit. Reen pegi ke gynae2 yang lain untuk treat tube yang narrow sikit tu, then Dr Hamid Arshat says she was born dengan narrow tube. So there is no treatment for it. Then met Dr Colins, Dr Colins buang tube yang blocked & narrow tu. (ni cerita pendek sebenarnya kisah TTC Reen ni sangatlah panjang, tak termasuk lagi citer masa pegi jumpa Dr Adilah yang kata dia takleh pregnant lansung)

So NO TUBES left for her dan dia hanya ada peluang untuk pregnant via IVF.

1st IVF Attempt: Fail.
2nd IVF Attempt: Fail
3rd IVF Attempt: Conceived!

But ended up Cornual Pregnancy in 9 weeks- her babies (yes, babies, it were twins) have to be removed for her life's sake. Her uterus was scrapped off during the removable of the babies. Uterus dah jadi kecik. Doc terus cakap chances lagi tipis untuk pregnant lagi.

She didnt gave up and try another IVF few months later.

4th IVF Attempt: Conceived!

Her positive HPT was just a week earlier when i got my positive hpt too! And Alhamdulillah, her baby boy Darius Diyari was safely delivered via c-sect on 3rd May 2013. (11 days earlier than Fahim)

Left - Camy Aziz, Me & Reen (we were 7 months pregnant during this time - picnic at Congkak)
Itu cerite pendek lah, but dugaan dia doesn't end there, masa nak deliver Darius tu, ada tambah lagi dugaan sebab baby terlalu besar (4.2kg) doc terpaksa potong perut Reen until 9cm baru boleh keluarkan baby, lepastu keluar2 baby tak bernafas n tak nangis, terpaksa dikejarkan untuk bantuan oksigen pulak.

Lepas few hours baru Darius ok, tapi few days later doc diagnose yang Darius ni ada Laryngomalacia.
Penyakit yang normally kena kat babies yang besar. Kesian sangat tengok Darius yang terpaksa struggle untuk bernafas, Reen breastfeed her son tapi dia takboleh direct, sebab Darius will choke. So dia jadi exclusive pumping mom. Darius is still fully drinking breast milk until today, alhamdulillah.

But last Raya, tiba-tiba Reen whatsapp.

"I pening demam and asik loya. Pegi klinik kat Terengganu ni, doc suruh buat hpt. I said That's Impossible. But the doc insist so I buat je lah. Guess what, it's positive"

Aku cam Haaaaaa???

Mula-mula semua doc pun tak percaya. Bila Reen dah balik sini, jumpa pakar dia yang dia jumpa dari buat IVF tu, doc tu pun tak caya, sampai la doc buat ultrasound, baby dah ada jantung.

Pelik tapi benar, Subhanallah, kuasa Allah. Tube takde lansung, tapi boleh pregnant naturally dengan kuasa Allah semata. Doc kata MAYBE ada tissue yang form as a "bridge" to the sperm yang membuatkan ianya boleh lekat. Apa2 pun bila Allah nak beri rezeki, cara macam mana pun possible.

Now kandungan 2nd baby dah 4months+, Darius dah almost 6months. huhuhu...
Kandungan sihat tapi keadaan uterus Reen yang tak berapa OK. Actually doc suruh dia "terminate" the pregnancy sebab boleh risk nyawa dia. Tapi, kitorang semua cakap jangan. Allah ade sebab kenapa Dia bagi 2nd baby ni. Yang penting, Allah tahu yang Reen mampu, sebab tu dia dapat lagi.

Semoga kandungan Reen selamat hingga 9 bulan, dan semoga Allah lindung sahabat aku yang satu ni dari segala perkara yang tak baik. Insyallah, amin.

Good news about Darius: After Homeopathy treatment, (and other treatment wallahuallam) Darius is getting better dan tak perlu operate paru-paru! Alhamdulillah :') Darius is a strong baby!

Darius & Fahim
Babytalk :P Fahim nampak cenonet je sbelah Darius :P -Pic Credit to Azrul & Linda Jaafar
---
Kenapa citer pasal Reen kat sini?

Actually aku nak share pada TTCians lain yang you should NEVER give up. Especially with Allah, and yourself. Allah tu Maha Penyayang, dan Dia tahu apa yang terbaik. Kalau aku kat tempat Reen, serious aku dah rebah. Memang tak mampu nak hadap IVF berkali2, lepas tu operate banyak kali sebab banyak kali ectopic, lepas tu baby twins kena buang at 9 weeks lepastu buat lagi IVF lepastu lekat, dah lahir anak sakit pulak, lepaas tu pregnant balik, anak meragam malam2, doc suruh bedrest jaga kandungan, takboleh bedrest sebab kena jaga anak, ha macam mana lah ye? Apa-apa pun sebab Allah tahu yang Reen mampu, sebab tu dugaan ni dapat kat dia. What i know is, Reen ialah salah satu kawan aku yang sangat KUAT. Supermak, weh.

Semoga TTCians juga diberi nikmat menjadi Ibu satu hari nanti, insyallah. Yang penting, usaha MESTI diteruskan.

25 comments:

  1. Allah Maha Besar, Maha pengasih Maha penyayang
    I will never give up too!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. allahuakbar! tahniah reen! mmg supermak

    ReplyDelete
  4. yup..masa saya mula2 baca kisah reen ni dalam group TTC masa raya lepas mmg terkejut...huhuh...perkara yg mustahil pada jangkauan akal kita tak mustahil kalau Allah nk bagi walaupun tak ada tiub pun.....selepas baca kisah Reen ni mmg saya jadikan penguat semangat saya...x ada yang mustahil dengan kuasa Allah..insya allah

    ReplyDelete
  5. tak kenal, maka tak cinta.. Reen yang nisa kenal, until now, die tetap Reen yang sama...
    dari sbl smp selepas ada Baby..

    Dugaan yang datang bersebab..n Allah tahu apa yang kita mampu, apa yang tidak.. semoga ttcian yang lain amik semangat Reen

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, rasa sebak bila baca kisah Reen ni.. Never give up!!!! Even doc ckp macam mana pun bila mmg dh rezeki Allah akan bagi juga,, tak cepat tak lewat..

    ReplyDelete
  7. ok i rasa sebak baca kisah ni... rasa dugaan kat diri sendiri ni kecik sangattttt! kuasa Allah kan,kalau dia nak bagi tak kira la keadaan kita macam mana.

    BTW Jay, i dah reconfirm kat other klinik lepas yang dapat result negatif kat klinik KK tu.

    Dr cakap i pregnant. dia wat vaginal scan ckp baru sangat..4 weeks 5 day. that's why macam tak nampak. i nak update dalam TTC grup hari tu..tp lepas taip panjang2 sekali tak boleh post..pastu terus lupa nak update. hehe

    ReplyDelete
  8. Jay...terima kasih kongsikan cerita perjalanan TTC Reen....boleh tolong sampaikan salam pada Reen tak, Jay?

    ReplyDelete
  9. Allahu Akbar..kun fayakun..kuasa Allah mengatasi segalanya..tahniah..dapat jadi semangat untuk semua TTCians..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...happy ending for her. semoga kandungan kali ini juga akan selamat dilahirkan. Thanks for sharing this wonderful story. At least, ia memberi semangat pada saya agar jgn mengalah. Insyaallah!

    ReplyDelete
  11. Tq utk cerita yg sungguh motivasi ini..
    Moga saya pun kuat seperti reen...

    ReplyDelete
  12. :) bila sebut nama Reen tebayang keramahan die... dugaan setiap org x sama...mcm jay ckp klu kita kt tempat die blom tentu lagi kita blh hadapi nye... Yat slalu jadikan cite Reen sebagai penguat semangat utk kwn2 yg beTTC..

    mudah2an da rezeki yat & kwn2 TTC yg lain selepas nie..amin

    p/s: bila lagi kita nk gath nie...

    ReplyDelete
  13. dugaan dia amat hebat... sebab Allah sayangkan dia :)

    ReplyDelete
  14. Kuasa Allah, perancangan Allah pasti yang terbaik buat kita semua..
    Kita berkongsi pengalaman yang sama, tapi jalan cerita yang berbeza-beza..moga kita semua yakin dan bersyukur dengan ketentuan Allah, pasti ganjarannya manis. :)
    and i'm so glad to have friends like u and others. syg korang!

    ReplyDelete
  15. So this prove that tube absence pun boleh pregnant. Before this baca pengalaman wanita luar negara, tak ada tube then pregnant. I thought just isolated case. Now, this prove the kuasa Allah per se.Dah ada bukti bahawa kehendak Allah mengatasi segala2nya. She is strong. Salutenya..Benarlah setiap selepas hujan Allah datangkan pelangi indah

    ReplyDelete
  16. very inspiring..
    cerita reen ni ajar ttcian supaya bertabah dan berusaha..
    tawakal dan yakin kehendak Allah...
    im so glad u share with us jay...
    thank u jay...

    ReplyDelete
  17. Allahurabbi.. kesat air mata sepuluh kali baca this entry.. Thanks jay sbb kongsi my journey to others... walaupun, ramai lagi yg menanggung dugaan yg jauh lebih hebat, harap2 cerita ni boleh naikkan semangat bagi sesiapa yg masih berusaha untuk dapatkan zuriat..

    "usaha, doa dan tawakkal" - 3 words yang org selalu suruh kita buat, tapi TAK MUDAH untuk kita buat! Tapi percayalah, setiap dugaan atau kesusahan yang Allah berikan, PASTI ade jalan penyelesaian.. Kita saja yg tak boleh berhenti mencari dan terus mencari..

    With all my heart and soul, i doakan semua yang sedang berusaha akan berjaya hendaknya.. Ive said this soo many times before, dugaan hebat datang pada kita, sbb di mata Allah, kita adalah insan yg hebat untuk diuji..Dont ever ever give up TTCians!

    ReplyDelete
  18. Reen is my cousin and I don't even know this miracle story. I got goosebumps. :) Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar!Allah Maha Besar..reen memang seorang yang super duper KUAT!

    ReplyDelete
  20. Ya Allah..besarmye dugaan untuknye...semoga saya kuat sepertinya...

    ReplyDelete
  21. Terkesima jap baca cerita ni.
    Besarnya kuasa Allah.
    Semoga Reen dan baby sentiasa selamat dan sihat.

    ReplyDelete
  22. subhanallah.... betul la kan.. ujian Allah dalam pelbagai bentuk. tinggal kita je nak kuat or give up.. semoga reen terus kuat n baby selamat..

    ReplyDelete