TTcians yang masih mencari2 tips2 untuk berjaya pregnant, boleh view my friend's blog http://haveyoufoundonewomb.blogspot.com/2012/12/ttc-efforts-month-before-conceived.html
She is a PCOS-er jugak, ttc for almost 2years, dah penah chemical pregnancy and kalini rezeki dia. Alhamdulillah.
Tapi kalau tak usaha macam2 tak jugak jadi apa kan.
Hope u guys dapat manfaat from what she did.
She tried Al-Khishbun, EPO, berurut, husband pun ada ambik supplements, done some 'muhasabah diri' berzikir, dan macam2. She failed fertility treatments like me. So boleh lah cuba! :) good luck!
December 5, 2012
December 4, 2012
Perbincangan
Hi TTCians
Mari kita bincang, apa yang korang masih fikirkan masa TTC ni?
I mean tentang relationship korang dengan husband. Getting worst ke atau bertambah baik?
Aku doakan semua bertambah baik dan jangan lah sangka buruk pada relationship yang Allah telah hadiahkan pada korang.
Orang lain kawin, ko nak kawin. Nah, tuhan bagi jodoh, mungkin tak sekaya mana, tak semacho mana, tapi korang sayang. Cukup la serba-serbi, serba melengkapi.
Dah kawin, nak anak pulak. Nah, tuhan bagi dugaan TTC, terus lupa nikmat berumahtangga. Terus lupa ramai orang tu hidup andartu sampai tua, terus lupa ada yang ramai anak tapi suami penagih dadah/kaki judi/kaki pukul/kaki perempuan, Terus lupa semua nikmat, semata-mata kerana - ?
Belum ada anak.
Come off it la wei.
Ingat aku tak paham ke perasaan TTC ni? Nah ni blog ni bukti perasaan yang aku dah curahkan selama 3tahun 8bulan. Tapi jangan ikutkan sangat hasutan setan tu dengan menyesali perkahwinan anda.
Which one do you prefer?
Ada suami tapi lambat dapat anak.
atau
takde suami. takde anak. idup la ko sorang2. ha padan.
eh terkasar pulak bahasa aku.
Takde la, aku geram. Aku pun bukannye baik sangat. Bukannye betul sangat. Tapi kalau aku dengar orang yang suka blame rumahtangga semata2 takde anak ni bagi aku , mintak maaf cakap eh. Mintak maaf sangat2. Cetek sangat pikiran tu. dah lupa kenapa tujuan Allah letak otak dekat atas dan hati tu di bawah. kalau kena cakap ikut hati, dah lama hati tu di atas. tapi ini otak yang di atas, maka cakap pakai lah otak.
Nanti tuhan turunkan bala yang MASYALLAH kat ko, baru ko reti bersyukur yang ko masih ade suami, ada makbapak smua.
Kita ni memang PERIT la bila TTC. tapi kena sedar diri skit, yang tuhan masih sayang.
Ironi nya, sebab tuhan sangat sayang yang Dia beri dugaan TTC. Bukan seperti yang kita sangka, "aku ni berdosa sangat kah sampai tuhan taknak bagi anak? Tuhan benci aku sangat ke sebab tu aku takde anak?" tidak. Ironinya Dia SANGAT sayang, sebab itu lah Dia beri dugaan ini pada kita.
Sebelum ditariknya nikmat2 yang ada skang ni, sampai ko hilang semua benda, baik ko hargai apa yang ada.
Hargai relationship suami isteri.
Fine, selalu bergaduh?
Aku pun sama. Aku takkan lah nak citer hal gaduh dalam blog, tapi memang sihir la rumahtangga yang takde pergaduhan, takde perselisihan faham, takde rasa cemburu, takde rase marah, takde rase kecik ati, semua tu ada dalam rumah tangga. Kalau takde semua ni, itu pembohong besar.
Tapi, sekurang-kurangnya anda dikurniakan seorang Suami.
Apa yang indah ada suami?
Sebab keje kite senang je.
1. Taat perintah Allah, solat semua jangan tinggal.
2. Taat perintah suami.
3. Mengasuh dan mendidik anak (jika ada) jika tiada, taat yg 2 di atas je.
DAH.
Tapi buta taknampak semua tu, yg nampak ialah oranglain yang mengandung, ada anak, tapi kita takde.
Terus buta akal nak mensyukuri nikmat rumahtangga, betapa besar nya nikmat rumahtangga ni kalau dikaji betul2. Solat jemaah berganda pahala, masak untuk suami berganda pahala, makan bersama berganda pahala, cium tangan suami berganda pahala-malah GUGUR dosa-dosa kecil lepas cium tangan suami, picit kepala suami berganda pahala. bukakkan stokin suami berganda pahala. Eh banyak lagi.
Tapi sebab pahala tu taknampak kan?
So terus lupa. Aku pun pernah rasa terlupa. Tapi aku syukur sebab aku ada blog ni yg bantu aku utk tidak terus hanyut dengan mainan otak aku yang suka membayangkan keburukan tiada anak ni.
Bila aku tulis2 mcm cakap sorang2 ni, aku macam sound diri aku sendiri. Lepas aku sound diri sendiri aku akan cepat sedar.
Aku tak tipu. Ni entry2 aku sound diri sendiri:
1. Kenapa nak anak?
2. Cuba banding diri kita dengan orang lebih malang
3. Happy :)
4. Oh, baru tau.
5. Congratulate me, Now
6. Infertility, When Will it Ends?
Dulu masa belum conceived, aku cakap dengan laki aku, yang aku jeles orang boleh beranak sebab boleh cuci dosa. Kan bile beranak tu dosa2 pun gugur sekali kan.
Laki aku cakap "Sebab tu tuhan belum bagi sbb skang ni kena byk mintak ampun, taubat semua supaya time dah mengandung, nak beranak nanti takde la sakit sangat sebab banyak sangat nak keluarkan dosa tu"
Errrrkkkkkk
Terkono eden.
Jadi persoalan dari awal tadi? Getting worst ke rumah tangga korang?
Kalau tanya aku, ok aku terus terang.
awal kawin, suka sangat menikmati relationship yang Halallantoyyibban. :P
Setahun tu aku ok, memang dah start rimas dengan percakapan orang keliling tapi aku tau keturunan aku semua lambat pregnant, tapi memang semuanya boleh pregnant cuma lambat.
Takpenah issue anak ni jadi issue gaduh lakibini. slalu gaduh tu pasal benda lain. bukan anak.
Tahun kedua, masa aku dah start treatment tu ok lagi, tapi dah byk kenal perangai suami. Baru faham, yang laki aku ni panas baran orangnya. tapi bukan dari segi panas baran yang menjerit2. Dia tak tunjuk dengan bahasa. Tapi perbuatan. Hempas itu ini. Tutop pintu kuat2. Itu cara dia lepas baran. Aku ajak terkejot walaupun berkawan biasa dengan dia hampir 7 tahun, tapi takpernah tengok dia macam tu, maybe sebab masa tu 'kawan-biasa' bukan couple2. Tapi aku cuba telankan attitude dia sambil aku syukur agaknya ini yang tuhan nak suruh aku belajar, disamping kenal perangai suami, aku sendiri kena belajar bersabar.
Dulu aku takreti sabar. mungkin sebab tu ex-ex boyfriend ramai menyampah dengan perangai baran aku.
Dulu zaman muda2 aku teringat lagi ex-bf aku penah ckp "kalau i kawin dgn u entah macam mana lah i nak tahan dengan perangai u"
ha agaknya sbb tu la takde jodoh.
Aku pun baran. Cara aku tulis dalam blog pun korang tau aku baran.
Tapi bila aku dapat laki yg 2kali lagi baran, BARU PADAN DENGAN MUKA AKU.
Jadi takkan lah api nak lawan dengan api?
Aku terpaksa mengalah dan jadi air.
Masa tu aku belajar bersabar dan mengerti apakah yang 'trigger' baran laki aku ni.
Mula-mula memang takfaham lansung, benda kecik pun die leh baran. Tapi lama2 aku dah reti nak kontrol dan dah tau apa nak buat kalau dia baran.
Boleh dikatakan hampir 3tahun 'study' perangai laki aku, aku dah boleh khatam dan alhamdulillah, tahun ketiga (2012) ni tak gaduh pun. Takde gaduh2 yang besar2 sampai jerit2 nangis2 tu semua takde.
Alhamdulillah.
Laki aku cakap,dia pun puas kenal perangai aku. HEH. jadi selama 3tahun ni kami dah masak dengan perangai masing2. Busuk2 pun lakibini. Sape tak sayang laki? Sape tak sayang bini oiii?
Dia cakap awal2 pun dia takpaham dengan perangai aku yg baran tak kena tempat (walhal itu yg aku pikir tentang dia) rupanya kami berdua same jek.
Lama2 bila dah belajar, baru faham apa hikmah 3tahun 8bulan tuhan belum beri anak.
Aku pernah terlepas cakap sekali je masa kitorg gaduh dulu, aku cakap "Kalau ada anak mesti kita tak gaduh kan?"
Wah silap besar aku cakap mcm tu, itu lebih menyemarakkan api kemarahan laki aku. gagaga
dia lagi jerit pukul 3am tu dan kata DAH BUKAN REZEKI KITA LAGI! JGN NAK JADIKAN ANAK TU ALASAN! -______-
padan muka aku lagi.
Aku harap korang semua berbaik2 lah dengan suami dan jangan salahkan relationship tu semata-mata takde anak. Kalau betul la semua orang macam tu, maka JAIS tu tak penuh la dengan kes penceraian kerana rata-rata kebanyakan kes cerai semuanya ada anak. Jarang yang berceraii sebab takde anak. Ada, tapi jarang.
Biasanya yang bercerai semua mempunyai anak. Saudara-mara aku, dan orang2 yang aku kenal, yang sudah bercerai, belum ada satu kes lagi yang takde anak. Semua tu ada anak.
Jadi, anak tu bukan issue. Memang ada orang bercerai dan orang itu tiada anak tapi jarang kita dengar.
Aku minta maaf kalau ayat aku ni mengguris hati sesiapa. Aku cakap ni general, termasuk ditujukan pada diri sendiri. Aku pun manusia, aku pun penah bengang dgn laki aku, tapi smua tu asam-garam. Tanpa semua ni macam mana nak kenal suami? kite ni pun, baik sangat ke? Entah taktau yang kite dok mengumpat sana sini, kutuk sana sini, suami kita yang tanggung semua dosa tu?
Jadi, hargailah relationship bersuami isteri sementara Tuhan bagi free kat kita ni, sebelum ditarik keindahan ini, syukurlah.
i love my husband so much. #EhTetiba.
November 27, 2012
Avocado Smoothie Recipe & Brown Rice Benefits
Today I'm gonna share about how to make avocado smoothie walaupun kalau google ada belambak2 tapi dekat TTC group tu berulang2 dah soalan "Siapa tahu mcm mana nak buat Avocado Smoothie?"
Huhuhu, ok mari saya share. Sebenarnya kacang jek, dan aku buat pun bukannye sebab aku baca mana2 resipi. aku HANTAM saja. :P
Kenapa dengan Avocado? Sebab dulu aku dah pernah share info pasal Avocado ni
"Avocado, What Have we missed?"
Diantara kemungkinan yang menjadi contributing faktor before aku conceive sebelum ni, aku amalkan avocado smoothie ni for 3 bulan, dan to be honest, kat rumah aku dan husband aku hanya makan BROWN RICE. kitorang tak makan beras putih lagi dah since aku pernah baca brown rice ni boleh bantu PCOS.
Untuk lelaki pun bagus juga. Banyak kebaikan beras perang ni dari beras putih. Yang mana kata nak menurunkan berat badan tu, Brown Rice is the best for you. Ala memang mahal sikit tapi kite ni dok berdua je kan. Bukan duduk 7 org, so yang 5kg tu pun boleh tahan 3-4bulan jugak kot.
I will share the benefits of Brown Rice later, but first, nak share macam mana Avocado Smoothie yang aku buat. Mintak maaf, aku buat SIMPLE gila. Sebenarnya boleh tambah macam2, tapi aku cuma buat dengan cara aku.
Bahan2 yang diperlukan:
1. Avocado sebiji
2. Fresh Milk/Susu kambing/Anmum/Ikut suka
3. Honey/Gula Kurma
Cara-caranya
1. Belah avocado, buang biji. Korek isi dia guna sudu and terus masuk dalam blender.
2. Masukkan freshmilk secawan (kurangkan kalau suka pekat2) atau tambah dengan air kosong kalau nak cair.
3. Tambah Honey ikut citarasa anda. nak manis, letak lebih, nak tawar letak sikit. I use Gula Kurma (extract dari Kurma) pun sedap juga!
BLEND
SIAPPPPPPPPPP
MUDAH BUKAN?
Sebenarnya itu cara yang aku buat, cara paling pemalas. Tapi sangat mengenyangkan. Bulan puasa, kalau minum smoothie ni dulu, memang takyah makan nasik. ratah2 ikan/sayur je. Tapi kalau yang jenis cepat muak dengan rasa avocaco, leh tambah Strawberry, Pisang, Blueberry, Hersheys Choc Syrup, etc
Mcm my cousin, dia buat nampak cantik dan sedap sangat! Sorry lah mine is so buruks. hehehe
![]() |
| Credit to http://akuera.blogspot.com/2012/10/mari-ber-bbt.html |
![]() |
| Credit to http://akuera.blogspot.com/2012/10/mari-ber-bbt.html |
Sebab mine mmg sgt basic, ada yang memang taklalu. Tapi i like the taste of avocado!
It's a good fertility food so amalkan je, amalkan sebab nak sihat. Kalau ada rezeki anak tu BONUS.
Jangan buat sesuatu benda tu semata2 sebab nak pregnant then bila takmenjadi terus taknak minum dah...jgnnn tau....tapi kalau uolls suka lah. kalau taksuka, takyah la buat heheh...
---
BROWN RICE
![]() |
| Credit to http://brianstpierretraining.com |
Mula-mula memang rasa mcm susah nak buang air besar sebab brown rice ni banyak fiber. so sebenarnya kite kena minum banyak air kalau baru nak mula makan brown rice, nak introduce badan kita dengan brown rice.
Badan kita mesti lah terkejut, sebab dari kecik kita makan beras putih kan.
So memang ambik masa sikit nak introduce perut kita dengan brownrice ni. Tapi once dah ok, insyallah banyak manfaatnya.
Cara nak masak brown rice ni berbeza sikit dari beras putih. Untuk brown rice, kalau nasik 1 cawan, air mesti 2setengah cawan. Lepastu nak tunggu dia masak pun agak lama sikit, tak macam beras putih sekejap je dah masak kan.
Kenapa white rice lagi tak bagus dari brown rice?
The process that produces brown rice removes only the outermost layer, or hull, of the rice kernel and is the least damaging to its nutritional value. On the other hand, the milling and polishing that converts brown rice into white destroys 67% of its vitamin B3 content, 80% of B1, 90% of B6, half of the manganese, half of the phosphorus, 60% of the iron and all of the dietary fiber and essential fatty acids.
Brown rice is like a healthy food course all in one item. Just a cup of brown rice, for example, will provide you with nearly 90% of the recommended daily requirement of manganese, a critical component of an important antioxidant enzyme called superoxide dismutase, which protects against cell-damaging free radicals created during energy production.
READ MORE HERE
-http://www.pcos.insulitelabs.com/blog/3412/brown-rice-is-the-pcos-healthy-choice/
Ape rase brown rice ni?
Sebab ada yang taklalu nak makan. Sebenarnya brown rice dengan white rice rasanya adalah SAMA cuma brown rice kadang2 ada nutty taste skit. which is sedap gak :D
Nak makan dengan apa2 hentam je semua pun boleh, ikot korang nak makan lauk apa.
Aku makan je lauk2 yang aku suka, tapi aku makan dengan brown rice.
Kadang-kadang aku buat brown rice goreng, SEDAP!
Lama-lama kitorang dah taknak makan white rice.
Kalau kat luar tu makan je la kan, tapi kalau kat umah memang brown rice lah yang kami makan dari awal 2012.
Taktahu lah kalau makan brown rice ni contribute ke tak, yang nyata dia lebih sihat dari white rice dan kalau nak turunkan kolestrol, nak regularkan blood sugar, nak kurangkan insulin resistant, nak turunkan berat badan, (sbb brown rice takde kanji)
Jadi tukar lah kepada brown rice :)
![]() |
| credit PIC
http://price.malaysiamostwanted.com/products/jasmine-sun-brown |
Kalau nak cari brown rice, biasanya kat pasaraya besar2 mesti ada. Kalau kedai runcit tak sure pulak.
Kalau ke Tesco, Giant, Carrefour, Mydin, mesti ada. Brand apa2 pun takkisah, aku pakai Jasmine (sebab paling murah) huhuhu
Subscribe to:
Posts (Atom)








