November 27, 2012

Avocado Smoothie Recipe & Brown Rice Benefits

Salam,
Today I'm gonna share about how to make avocado smoothie walaupun kalau google ada belambak2 tapi dekat TTC group tu berulang2 dah soalan "Siapa tahu mcm mana nak buat Avocado Smoothie?"
Huhuhu, ok mari saya share. Sebenarnya kacang jek, dan aku buat pun bukannye sebab aku baca mana2 resipi. aku HANTAM saja. :P

Kenapa dengan Avocado? Sebab dulu aku dah pernah share info pasal Avocado ni
"Avocado, What Have we missed?"

Diantara kemungkinan yang menjadi contributing faktor before aku conceive sebelum ni, aku amalkan avocado smoothie ni for 3 bulan, dan to be honest, kat rumah aku dan husband aku hanya makan BROWN RICE. kitorang tak makan beras putih lagi dah since aku pernah baca brown rice ni boleh bantu PCOS.
Untuk lelaki pun bagus juga. Banyak kebaikan beras perang ni dari beras putih. Yang mana kata nak menurunkan berat badan tu, Brown Rice is the best for you. Ala memang mahal sikit tapi kite ni dok berdua je kan. Bukan duduk 7 org, so yang 5kg tu pun boleh tahan 3-4bulan jugak kot.

I will share the benefits of Brown Rice later, but first, nak share macam mana Avocado Smoothie yang aku buat. Mintak maaf, aku buat SIMPLE gila. Sebenarnya boleh tambah macam2, tapi aku cuma buat dengan cara aku.

Bahan2 yang diperlukan:
1. Avocado sebiji
2. Fresh Milk/Susu kambing/Anmum/Ikut suka
3. Honey/Gula Kurma

Cara-caranya


1. Belah avocado, buang biji. Korek isi dia guna sudu and terus masuk dalam blender.


2. Masukkan freshmilk secawan (kurangkan kalau suka pekat2) atau tambah dengan air kosong kalau nak cair.


3. Tambah Honey ikut citarasa anda. nak manis, letak lebih, nak tawar letak sikit. I use Gula Kurma (extract dari Kurma) pun sedap juga!

BLEND

SIAPPPPPPPPPP


MUDAH BUKAN?

Sebenarnya itu cara yang aku buat, cara paling pemalas. Tapi sangat mengenyangkan. Bulan puasa, kalau minum smoothie ni dulu, memang takyah makan nasik. ratah2 ikan/sayur je. Tapi kalau yang jenis cepat muak dengan rasa avocaco, leh tambah Strawberry, Pisang, Blueberry, Hersheys Choc Syrup, etc
Mcm my cousin, dia buat nampak cantik dan sedap sangat! Sorry lah mine is so buruks. hehehe

Credit to  http://akuera.blogspot.com/2012/10/mari-ber-bbt.html 
Credit to  http://akuera.blogspot.com/2012/10/mari-ber-bbt.html
Ha korang kalau tengok dia punya mesti terus mcm terliur and nak buat kan? Hehehh
Sebab mine mmg sgt basic, ada yang memang taklalu. Tapi i like the taste of avocado!
It's a good fertility food so amalkan je, amalkan sebab nak sihat. Kalau ada rezeki anak tu BONUS.
Jangan buat sesuatu benda tu semata2 sebab nak pregnant then bila takmenjadi terus taknak minum dah...jgnnn tau....tapi kalau uolls suka lah. kalau taksuka, takyah la buat heheh...
---

BROWN RICE 
Credit to  http://brianstpierretraining.com
Aku & hubby makan brown rice dari awal tahun 2012 lagi. Wait, i think end of 2011 kami dah cuba2.
Mula-mula memang rasa mcm susah nak buang air besar sebab brown rice ni banyak fiber. so sebenarnya kite kena minum banyak air kalau baru nak mula makan brown rice, nak introduce badan kita dengan brown rice.
Badan kita mesti lah terkejut, sebab dari kecik kita makan beras putih kan.
So memang ambik masa sikit nak introduce perut kita dengan brownrice ni. Tapi once dah ok, insyallah banyak manfaatnya.
Cara nak masak brown rice ni berbeza sikit dari beras putih. Untuk brown rice, kalau nasik 1 cawan, air mesti 2setengah cawan. Lepastu nak tunggu dia masak pun agak lama sikit, tak macam beras putih sekejap je dah masak kan.

Kenapa white rice lagi tak bagus dari brown rice?

The process that produces brown rice removes only the outermost layer, or hull, of the rice kernel and is the least damaging to its nutritional value. On the other hand, the milling and polishing that converts brown rice into white destroys 67% of its vitamin B3 content, 80% of B1, 90% of B6, half of the manganese, half of the phosphorus, 60% of the iron and all of the dietary fiber and essential fatty acids. 
Brown rice is like a healthy food course all in one item. Just a cup of brown rice, for example, will provide you with nearly 90% of the recommended daily requirement of manganese, a critical component of an important antioxidant enzyme called superoxide dismutase, which protects against cell-damaging free radicals created during energy production.
 
READ MORE HERE

-http://www.pcos.insulitelabs.com/blog/3412/brown-rice-is-the-pcos-healthy-choice/


Ape rase brown rice ni?

Sebab ada yang taklalu nak makan. Sebenarnya brown rice dengan white rice rasanya adalah SAMA cuma brown rice kadang2 ada nutty taste skit. which is sedap gak :D
Nak makan dengan apa2 hentam je semua pun boleh, ikot korang nak makan lauk apa.
Aku makan je lauk2 yang aku suka, tapi aku makan dengan brown rice.
Kadang-kadang aku buat brown rice goreng, SEDAP!
Lama-lama kitorang dah taknak makan white rice.
Kalau kat luar tu makan je la kan, tapi kalau kat umah memang brown rice lah yang kami makan dari awal 2012.
Taktahu lah kalau makan brown rice ni contribute ke tak, yang nyata dia lebih sihat dari white rice dan kalau nak turunkan kolestrol, nak regularkan blood sugar, nak kurangkan insulin resistant, nak turunkan berat badan, (sbb brown rice takde kanji)
Jadi tukar lah kepada brown rice :)

credit PIC  http://price.malaysiamostwanted.com/products/jasmine-sun-brown

Kalau nak cari brown rice, biasanya kat pasaraya besar2 mesti ada. Kalau kedai runcit tak sure pulak.
Kalau ke Tesco, Giant, Carrefour, Mydin, mesti ada. Brand apa2 pun takkisah, aku pakai Jasmine (sebab paling murah) huhuhu

November 23, 2012

TTCians Must Read This.

Kawan2 TTC ku sekalian,
Sila baca blogpost ini "Affirmation and Fertility Boost"

It is similar to what I did last August until I conceived, alhamdulillah.
Kena baca post tu dulu baru paham apa yang aku nak sampaikan.

Aku petik beberapa ayat dari blog B&C ni.
"Kalau baca secara saintifik, rupanya bila kita adaptasi positive thinking with our life, ada hormon yang dirembeskan oleh badan kita yang merespon terhadap our thinking tadi. Kalau kita takut dengan kemiskinan, we keep thinking about it, we indirectly attract kemiskinan."

Same goes to fertility, bila kita keep focusing on infertility, secara tak langsung badan kita merespon terhadap infertility sebab our hormone and receptor tak boleh bezakan yang mana satu yang kita hendak atau yang mana satu kita tak nak sebab dia cuma boleh receive vibration which is our thoughts. Our thoughts mesti come from our affirmation. Our affirmation and thoughts has become command to them. And that's why bila kita nak pregnant, kita mesti focus our thoughts, energy and focus to be a mother. Or act as if." 

Kawan2 TTC ku sekalian,
Maksudnya katsini kalau kita ni keep on focusing "haih kenapa lah aku tak pregnant. Kenapa lah sipolan tu dah pregnant. Kenapa lah sipolan tu dah beranak. Kenapa semua orang boleh pregnant and not me?"
Kalau itu yang asyik kita fikir, memang lagi ranap lah system badan anda.
Ini serious, sebab aku pernah berfikiran mcm tu.
Aku pernah buat kesilapan itu.
Fikiran aku is WORST than anybody else sbenarnya.
Kalau ada yang follow blog aku dari 2010, banyak ayat-ayat yang taksepatutnya aku cakap, aku tercakap masa tu. Padahal baru setahun lebih je kawin time tu. Punya la jahat hati aku, takleh tengok orang mengandung, sampai terdetik dalam hati "Kau ni kenapa mengandung? Apsal kau nak sakitkan hati aku? Ko takyah mengandung boleh? ko gugurkan kandungan ko boleh??? Benci aku tengok perot ko tau tak? Nak aku tendang perot ko? Nak kena jalan2 depan aku kenapa? Nak tunjuk yang kau boleh mengandung? Macam tu???"

Akibatnya tahun 2011 jangan kata pregnant, PERIOD pun lansung tidak.
Lepastu hati ni, mcm busuk sangat. Itu perasaan aku terharap stranger. Terhadap kawan-kawan pulak, ada kawan masa zaman sekolah asrama dulu ajak lepak, bersama sorang lagi geng aku masa tu. sorang tengah mengandung 6bulan, sorang dah beranak dua. Aku selamba reply "Sory aku taknak jumpa korang. Aku taknak tengok anak dia dan perut ko. Aku taksanggup nak dengar korang citer pasal perut dan anak masing2. sory eh"
Kawan aku sedih aku cakap mcm tu,  tapi nak buat macam mana, hati aku time tu takde sape yang faham.
BUT NOW, remembering that i used to say that, ASTAGHFIRULLAHALAZIM!
Kenapa lah busuk beno hati aku?!
Macam laaa kawin dah 10tahun takde anak! baru setahun lebih!!! Poyo weh aku masa tu.
Aku citer kat husband aku, dia marah gila. dia cakap "Sampai bila nak macam tu? Elok sangat la mcm tu?"
-__- padanmuke kena marah.

So bila aku duduk termenung, aku terfikir entah2 hati aku yang busuk. Entah2 otak aku yang sangat negative, Entah-entah sebab semua ni, aku jadi tak subur. Sebab semua ni, aku fail to ovulate, fail to make follicles. Sedangkan zaman aku sekolah dulu, memang la period aku cycle panjang2, tapi pernah ke aku makan ubat2 hormon? Takpernah lansung. Walau aku tak period setiap bulan macam kawan2 yang lain, aku period la jugak dlm 2-3bulan sekali. Purata dalam setahun aku period dalam 6-7 kali.
Tapi kenapa lepas kawin tahun 2009, ada la dalam 6 kali agaknya. 2010, 7-8 kali tapi mostly dengan ubat. 2011 Tak period sendiri lansung. aku period 3 kali je dan tiga2 ni ialah ubat, bukan naturally.

Tahun 2010 - kakak sdara aku dah cadangkan method mind-set ni. Tapi aku degil. Bagi aku benda ni LAMBAT. Aku cuba sekali sekala tapi aku hilang focus dan aku cepat frust. aku rasa bila aku buat macam tu, aku lagi bertambah stress. Aku rasa impossible kalau dengan 'imagining' things je aku boleh conceive.

Ada hikmahnya aku terkena gangguan jin haritu, lepas buat rawatan, tuan haji mokhtar yang rawat aku tu suruh aku berzikir, which is frankly speaking lah aku ni jarang berzikir. Kalau solat tu lepas solat baca surah2 lazim, doa2 lebih kurang lepastu aku cabut telekung. Tengok, nampak sangat berdoa pun tak serious. Memang patut lah tuhan tak bagi aku anak awal dulu.
Bila aku zikir tu, aku tanya apa hikmahnya?
Tuan haji cakap "Zikir ni KHASIAT nya banyak, sambil zikir tu imagine kotoran2 dalam badan semua keluar, imagine awak sihat, imagine benih awak subur..."
EH? Macam pernah dengar je kaedah ni kan???
Aku terdiam, dan aku teringat balik mind-set method ni. Aku rasa mungkin ada betulnya. Sedangkan matsaleh mempraktikkan bende ni, kita yang orang Islam ni patut lebih untung sebab kita boleh apply sekali dengan zikir, dan meditasi ni boleh dibuat waktu selepas solat. Bukankah lebih menenangkan?
Kalau dengan imagining je mungkin kaedah ni tak berapa "power". Tapi kalau apply sekali dengan kehebatan Zikirullah, mesti kaedah ni lagi berkesan.

Aku memang sangat cadangkan TTCians semua BERHENTI lah dari torture diri sendiri dengan ayat2 yang macam nak DOWN kan diri sendiri. Percayalah, oranglain yang pregnant tu tak berniat nak downkan anda lansung. Itu kehendak Allah. STOP saying things like "ala adik ipar dah mengandung pun :("
"ala kawan saya yang kawin lepas saya tu dah mengandung pun....blablabla"
Stop saying negative things to yourselves. STOP bragging your husband about not getting pregnant.
kalau aku nak suruh STOP Crying, itu mungkin mustahil sebab siapalah aku nak halang korang kalau korang nak menangis? Korang juga manusia macam aku. bezanya aku ni mungkin jenis keras hati. keras hati yang bersamaan dengan DEGIL. aku sebenarnya boleh nangis. Tapi aku tak nangis.Maknanya aku tahan nangis.
Aku ego lebih sket :P
Tapi malangnya, aku tukar perasaan tahan nangis tu kepada perasaan marah. Which is worst.
Bila marah, aku mula mengeluarkan kata-kata kesat dan tak sepatutnya. Lebih teruk dari orang yang menangis. Lebih baik menangis dari marah.
Jangan buat apa yang aku buat. Aku memang silap, sebab tu aku tak subur, sebab tu mungkin jin 'bertandang' kat rahim aku, Sebab tu setan suka hasut kepala aku supaya cakap benda2 tak baik.
kan manusia yang suka bersedih dan marah ni setan & jin suka? Jadi memang salah aku.

Oleh itu kawan2 semua, please practice apa yang B&C share tu. Sangat bagus. Imagine good things. Kalau nak anak, imagine kita ni mommy, imagine kehidupan harian kita bila ada baby nanti, buat2 la macam kira-kira duit untuk keperluan barang2 anak semua. Walaupun macam berangan tapi benda ni bring good vibes :)
Benda yang bring bad vibes macam elakkan diri jumpa orang pregnant, elakkan diri jumpa orang yang dah ada anak especially diorang kawin lagi lewat dari kita, semua tu contributing to masalah kita.
Aku bukan perli korang je, aku sendiri pernah buat kesilapan ni. Macam yang aku citer kat atas.
Kawan-kawan baik sendiri pun banyak yang aku taknak jumpa dan aku beri macam-macam alasan.
Aku konon nak jumpe dan lepak dengan kawan-kawan senasib je. Yang bernasib baik dari aku semua aku anggap menyakitkan hati.
Tu kesilapan aku. Padahal kenapa la aku bodoh sangat anggap diorang tu lebih bernasib baik?
Padahal, aku la lebih nasib baik. Aku ada peluang menimba pelbagai ilmu selama TTC ni, join macam2 aktivity, enjoy sana sini, diorang perlu focus pada anak sahaja. Jadi sebenarnya aku yang lebih bernasib baik (Cakap untuk sedapkan hati laaaa)

Tell yourself this everyday:
"I'm normal, I'm healthy, I'm fertile, I can ovulate, I can get pregnant, I can be a good mother"
After solat baca zikir lazim Subhanallah/Laillahaillah/Alhamdulillah/Allahuakbar
Bayangkan ovary anda sihat, bayangkan ovary keluarkan telur yang matang dan sihat. Bayangkan tube semua clear, bayang rahim anda kuat dengan lining yang tebal.

Insyallah, focus betul2 mesti berjaya.


November 22, 2012

Hikmah & Musibah Keguguran

Jap, kandungan aku masih sihat, alhamdulillah dah 14weeks hari ni.

Cerita keguguran ni aku terasa nak tulis sebab laki aku baru je sembang dengan aku semalam, yang officemate dia sanggup mintak transfer balik ke Shah Alam (before ni diorang dah pindah ke Sg Buloh, faculty medical di hospital sg.buloh).
Yang mintak transfer tu tau kenapa?, semata-mata sebab frust wife dia keguguran.
YaRabbi. Sampai begitu sekali frust sampai nak mintak transfer?
Sebab diorang duduk area Shah Alam ni, so officemate laki aku ni macam bengang entah apebenda, dia bengang sebab officemate yang perempuan ramai pregnant, dan kaum2 lelaki pun suka jugak sembang2 pasal anak2 dalam office ni (kalah pompuan) huhu. So mamat ni macam bengang dan mintak transfer sebab frust sangat.
Dia baru je kawin beberapa bulan lepas, dan keguguran ni sbenanye aku rasa Chemical Pregnancy sebab dia baru je dapat positive lepastu dia pi citer la satu ofis yang wife nya dah 'berisi'. Biasalah lelaki kan. Wife dah berisi segera lah nak bagitau satu dunia, laki aku ucap congrats je la masa dia announce tu.
Tapi bila keguguran macam ni, laki aku cakap mamat ni macam terus malu gila. Sampai taknak jumpa orang.
Sanggup la mintak transfer sebab nak dekat dengan wife satu hal, satu lagi sebab taksanggup dengar dah citer pasal anak/tengok orang mengandung. Erk???
Aku agak yang dia gugur ni mungkin dia baru 4-5weeks kot.

Laki aku kata memang mintak kena ceramah betul dia ni.
Tapi taksempat kene bebel dengan laki aku, dia dah blah cepat2. Maknanya dia transfer tu dalam keadaan tergesa-gesa.

Then laki aku sambil sembang2 dengan ofismate dia yang pompuan, dia cakap la
"La, takkan la sebab bini gugur terus nak transfer, redha je la, kan baru je kawin, esok2 lekat la balik.."
Then budak2 pompuan ofis dia backup la pulak mamat tu, diorang cakap "Eh kena la faham, dia frust tu. maklumla baru je kawin, dah mengandung tiba2 gugur pulak, sedih la dia nak mengadap kite"

(memang ayat mengundang kemarahan laki aku)
ahahaha
Laki aku terus cakap "Ey, ini semua kuasa Allah, kalau dia ambik balik tu maksudnya ada hikmah, mungkin janin tu taksihat ke apa ke, Allah nak bagi yang terbaik. Bukan kite nak ejek2 die pun, nak buat mcm mana Allah yang nak ambik balik. Ko ingat bini aku takpenah gugur ke? 3 kali bini aku gugur! Ada aku tension sampai mcm tu? Ada aku sampai nak mintak2 transfer?"

Ofismate pompuan smua ternganga :-O "Oh wife ko penah mengandung? Gugur 3kali? Eh takpenah kitorang nampak kau sedih pun?"

Laki aku jawapla "Benda kena redha. Bukan tak sedih tapi nak buat macam mana. teruskan je la usaha. Baru kawin lagi la banyak masa lagi nak cuba. aku ni dah 3tahun lebih dah kawin, ada korang tengok aku merungut? korang lagi nak kutuk aku ade lah!"

diam je ofismate dia yang lain.
Laki aku cakap, kawan dia yang mintak transfer ni, hari2 pakai kopiah pegi keje.
Kalau solat jemaah tu, memang dia lah yang imam. Kalau ada jamuan apa2, dia lah yang baca doa. Alim la diorang gelarkan kawan dia tu, ada yang gelarkan "Ustaz" sebab ala2 ustaz suka ceramah2 agama dekat kawan2.
Tapi bila berlaku musibah mcm ni, kemain takleh terima sampai taknak jumpa orang. Terus lupa yang benda ni kehendak Allah.
Aku memati la ingat gugur dah 3-4months ke kan, memang la kalau baru kawin pun sedih gila la gak sebab janin pun dah rupa manusia. Tapi takkan lah sampai taknak jumpa ofismate2.
Entah kadang2 hati orang ni, kita mana boleh duga.
Bila frust, terlalu frust sampai taknak jumpa orang.
Bila happy, canang satu dunia.

Aku tertarik dengan blogpost Dr Zubaidi pasal keguguran awal kehamilan ni.
http://drzubaidi.com/blog/?p=750 <---cerita penuh.
Ada patient yang beriya mintak Dr Zubaidi selamatkan kandungannya. Kawin baru 5bulan.
Katanya "semua orang dah bertanya, kalau boleh saya nak bayi ni diselamatkan!"
Mungkin Dr Zubaidi ni harsh orangnya (atau dia pun dah fedap) so dia tanya soalan sarcastic yang mungkin telah menyakitkan hati patient.
Katanya "Macam mana kalau janin ni taksihat? Atau cacat?"
Suami patient tu terus tumbuk meja dan chow. Kununnya marah la dengat statement Doc tu.

Maksud Dr Zubaidi tu aku memang faham la sangat.
Maksudnya bila dah keguguran tu its natural kalau kita sedih.
Kalau tak sedih tu orang gile lah, tapi jangan lah sampai mengharap benda yang dah takboleh diselamatkan tu diselamatkan jugak. Kalau jatuh, ada hikmahnya.
Aku sentiasa beringat benda ni walaupun kalau berlaku kat aku lagi sekali aku tattau lah boleh ke tak aku terima,, tu yang takot sangat. Hari2 doa baby aku ni sihat dan selamat dilahirkan.
Dr Zubaidi kata ada couple non-muslim yang merungut anaknya sakit jantung.
Siap kata "Doc, kalau saya tahu anak saya ni akan sakit jantung dan ulang alik ke ICU mcm ni, awal2 saya dah suruh doc gugurkan"

Itu non-muslim lah kan. Tapi kita yang muslim mgkin takkan cakap mcm tu tapi mungkin akan TERDETIK mcm tu. Sebab tu Allah yang SANGAT sayangkan kita ni kadang2 menurunkan musibah sebab ada hikmah dan rahmatNya.
Moga-moga kita semua akan tabah melalui ujian dan dugaan dari Allah.
Dan bukannya melawan Takdir.

Ps: Teringat masa arwah mama aku meninggal. Kawan2 aku cakap yang aku ni macam tak nangis sangat dan aku nampak strong. Tipu lah kalau aku tak sedih, aku memang lembik masa tu. Tapi mungkin aku tak meratap teruk, sebab aku tau Allah sayang mak aku. Aku tau Allah dah sediakan tempat istimewa untuk mak aku, patutnya aku kena bersyukur yang Allah lepaskan derita sakit mak aku yang bertahun2 tu dengan men'jemput'nya. Itu yang aku fikir masa tu. Sebab aku yakin idup ni sementara je. Kita semua akan mati dan akan berjumpa kembali. Jadi aku just anggap mak aku pergi sekejap je nanti kita akan jumpa balik. Maybe that's what makes me strong.